KEINDAHAN BUDAYA DI MALAYSIA Mac 2024
Sidang Redaksi SILAT GAYONG 18DTK23F1018 PENASIHAT MUHAMMAD HARITH BIN HAFIZUN MUHAMMAD AFIQ BIN MD SHUKRI AINUL FARHAAN BINTI HARUN 13 MEI 18DTK23F1019 1
Sidang Redaksi SUKAN BADMINTON 18DTK23F1016 KEENAKKAN LAKSA NYONYA 18DTK23F1003 MUHAMMAD ZAMEER AIZZAT BIN ABDULLAH MUHAMMAD NAZRAN KHAIRI BIN SOBRI MUHAMMAD HARITH IZZUDDIN BIN MOHD ZUKI KERIS: WARISAN SENI DAN KEBUDAYAAN 18DTK23F1023 2
ISI KANDUNGAN SIDANG REDAKSI ISI KANDUNGAN PENGHARGAAN SENI SILAT GAYONG SOALAN TEMU BUAL KEENAKKAN LAKSA NYONYA SOALAN TEMU BUAL PERISTIWA 13 MEI 1969 SOALAN TEMU BUAL SUKAN BADMINTON SOALAN TEMU BUAL WARISAN KERIS SOALAN TEMU BUAL GALERI ALBUM PENUTUP RUJUKAN DISEDIAKAN OLEH 1~2 3 4 5~9 10~12 13~15 16~18 19~23 24~26 27~34 35~37 38~44 45-47 48~50 51 52 53 3
Ketua Editor zameer aizzat Penghargaan KEINDAHAN BUDAYA DI MALAYSIA "Salam sejahtera kepada para pembaca setia majalah. Dengan penuh rasa syukur, kami menyambut kedatangan anda ke dalam edisi terkini majalah kami. Kami berharap bahawa kandungan yang kami sajikan kali ini akan memberi manfaat dan inspirasi kepada anda semua. Seperti yang selalu kami lakukan, kami berjanji untuk terus menyampaikan kandungan berkualiti yang relevan dengan minat dan keperluan anda. Tanpa sokongan anda, pembaca yang setia, kami tidak akan mencapai kejayaan ini. Terima kasih di atas sokongan anda yang berterusan." "Pada hari ini, kami ingin menghulurkan penghargaan khas kepada pasukan penyunting dan penyumbang kandungan majalah kami yang telah bekerja keras untuk menyediakan kandungan berkualiti setiap bulan. Tanpa komitmen dan semangat mereka, majalah ini tidak akan mencapai tahap kejayaan yang kita nikmati pada masa kini. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pembaca kami yang setia, yang sentiasa menyokong dan memberikan maklum balas yang bernilai. Semangat anda untuk terus membaca dan menyokong kami adalah pemangkin utama kami untuk terus berusaha. Semoga majalah ini terus menjadi sumber inspirasi dan pengetahuan bagi anda semua. Terima kasih atas kesetiaan dan sokongan anda." 4
SILAT SENI GAYUNG MALAYSIA OLEH : MUHAMMAD AFIQ BIN MD SHUKRI 5
S ilat Seni Gayong Malaysia diasaskan Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman silat Seni Gayong ialah ilmu persilatan asli yang tidak diciplak.Selain itu, Silat Seni Gayong diperkenalkan buat pertama kalinya di Taiping, Perak. Beliau telah menzahirkan ilmu pusaka dan ia ialah amanah yang diterima dari Allahyarham Dato’ Laksamana Hang Tuah di kalangan rakan terdekat. S elain itu, hubungan silat dengan bangsa lain di Malaysia tercermin dalam keberagaman etnik dan budaya negara tersebut. Silat di Malaysia dipengaruhi oleh berbagai budaya, termasuk Melayu, Tionghoa, India, dan pribumi lainnya, mencerminkan keragaman warisan budaya yang memperkaya dan memperluas teknik serta falsafah dalam seni bela diri tersebut. 6
"Keanggunan Pesilat Sabah: Tradisi Bertudung Dalam Seni Silat yang Mendunia" Pesilat non-Muslim dari Sabah menggambarkan keanggunan mereka dalam seni silat dengan mengambil langkah berani untuk memakai tudung semasa bersilat. Inisiatif ini bukan sekadar sebagai penanda identiti, tetapi juga sebagai ungkapan penghargaan terhadap warisan seni Melayu yang semakin dikenali di peringkat global. Dalam wawancara eksklusif dengan pesilat berbakat, kita menyelami motif dan makna di sebalik pemakaian tudung ini, membuka tirai keindahan dan keperkasaan yang tersirat dalam setiap gerakan mereka. Merrywati Manuil Penjelasan s " a B y a a nyak yang tertanya kenapa saya pakai tudung walaupun S Kristian. Silat adalah warisan orang-orang Melayu. me a n y g a sebagai orang bukan Melayu sangat menghormati, di F agumi dan mencintai silat," katanya menerusi catatan acebook pada Ahad. K M a e t r e rywati memenangi pingat emas pada kejohanan itu bagi juar gori Solo Kreatif Wanita sekali gus memegang status a dunia. p G i a n d g is berketurunan Murut itu antara penyumbang tujuh seka at emas skuad silat negara di kejohanan tersebut Pers li gus mencapai sasaran yang ditetapkan oleh ekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka). PESILAT BUKAN ISLAM BERTUDUNG? 7
GAMBAR MERRYWATI MANUIL MENDAPAT EMAS Merrywati, juara dunia silat Solo Kreatif Putri Untuk makluman, Merrywati Manuil merupakan salah seorang pesilat daripada pasukan Pencak Silat Negeri Sabah. Beliau telah memenangi pingat emas untuk acara Solo Kreatif Putri sekaligus dinobatkan sebagai juara dunia semasa Kejuaraan Dunia Pencak Silat ke-19 2022 yang diadakan di MITC Melaka pada penghujung Julai 2022 lalu. "Tudung bukan sahaja wajib untuk menutup aurat bagi wanita Melayu, tetapi bagi saya untuk nampak lebih sopan, kemas dan beradab semasa pertandingan," ujarnya. 8
Tuntasnya, pentingnya perpaduan kaum adalah untuk kerjasama dan persatuan antara berbagai etnik dan budaya dalam menciptakan harmoni serta memperkuatkan bangsa. Melalui latihan dan pengalaman dalam silat, kita belajar menghormati, memahami, dan bekerja sama dengan orang-orang dari latar belakang yang berbeda untuk mencapai tujuan bersama. Kesimpulan 9
Soalan Pertama, 1.Pada pendapat anda, mengapakah seni mempertahankan diri sangat penting bagi seseorang itu? Pada pandangan saya, seni mempertahankan diri sangat penting bagi seseorang itu untuk memelihara seni warisan bangsa. Selain itu, seni mempertahankan diri juga sangat penting bagi seseorang itu untuk meningkatkan kemampuan diri dari segi fizikal dan mental Soalan Kedua, 2.Mengapakah silat pada zaman sekarang kurang mendapatkan perhatian oleh generasi muda sekarang? Silat pada zaman sekarang kurang mendapatkan perhatian oleh generasi muda sekarang kerana kurang mendapat pendedahan daripada orang tua. Selain itu, silat juga kurang mendapat perhatian oleh generasi muda sekarang kerana ibu bapa mereka bimbang dengan anak mereka akan hilang nilai-nilai kesopanan, bersikap agresif dan ganas T E M U R A H M A H NAMA : Vicarl Jivel Jinau UMUR : 19 BANGSA : Kadazan INSTITUSI : Politeknik Syed Sirajuddin10
Soalan Pertama, 1.Pada pendapat anda, mengapakah seni mempertahankan diri sangat penting bagi seseorang itu? - Seni mempertahankan diri sangat penting bagi seseorang kerana ia memberikan kemampuan untuk melindungi diri dari ancaman atau situasi berbahaya. Ia juga meningkatkan kesedaran dan kepercayaan diri, serta membina kekuatan fizikal dan mental. Tambahan pula, seni mempertahankan diri mengajarkan disiplin dan mengurangkan stres. Soalan Kedua, 2.Mengapakah silat pada zaman sekarang kurang mendapatkan perhatian oleh generasi muda sekarang? - Silat, sebagai seni bela diri tradisional, mungkin kurang mendapatkan perhatian oleh generasi muda sekarang disebabkan oleh kurangnya kesedaran dan penghargaan terhadap nilai budaya dan sejarah silat sebagai warisan budaya. Di samping itu, perubahan gaya hidup dan kepentingan generasi muda yang lebih cenderung ke arah teknologi dan media sosial juga boleh menyumbang kepada kurangnya minat dalam aktiviti fizikal seperti silat. T E M U R A H M A H NAMA : Pratibha Anak perempuan Thamotharan UMUR : 19 BANGSA : India INSTITUSI : Politeknik Syed Sirajuddin 11
Soalan Pertama, 1.Pada pendapat anda, mengapakah seni mempertahankan diri sangat penting bagi seseorang itu? Pada pandangan saya, kebaikan mempertahankan diri dapat meningkatkan kesihatan fizikal dan mental. Latihan mempertahankan diri dapat meningkatkan kecergasan, kekuatan otot dan kelenturan badan. Aktiviti seperti bersukan atau bersenam ini lebih menarik kerana mempunyai gerak-geri tertentu yang perlu dipatuhi. Sebagai contoh , bermain bola tampar dan berjogging. Selain itu, seni mempertahankan diri juga membantu mengurangkan tekanan dan meningkatkan kesihatan mental. Soalan Kedua, 2.Mengapakah silat pada zaman sekarang kurang mendapatkan perhatian oleh generasi muda sekarang? Silat pada zaman sekarang kurang mendapatkan perhatian oleh generasi sekarang kerana perubahan gaya hidup ke arah teknologi canggih yang cenderung mengarahkan minat mereka pada aktivitas dan hiburan lainnya seperti teknologi, olahraga modern, dan media sosial. Selain itu, kurangnya promosi dan pemahaman tentang nilai budaya dan sejarah silat juga dapat mempengaruhui minat generasi muda terhadap seni bela diri ini. T E M U R A H M A H NAMA. : MUHAMMAD IRFAN HAQEEM BIN MOHD YUSWADI UMUR : 19 BANGSA : Melayu INSTITUSI : Politeknik Syed Sirajuddin 12
KEENAKAN LAKSA NYONYA PENDAHULUAN: OLEH: MUHAMMAD HARITH IZZUDDIN BIN MOHD ZUKI INFO TAMBAHAN: BABA NYONYA MERUPAKAN KAUM PERANAKAN YANG TERHASIL APABILA PEDAGANG CINA BERKAHWIN DENGAN MASYARAKAT MELAYU TEMPATAN. Laksa Nyonya merupakan makanan berkuah tradisional kaum Cina Peranakkan ataupun lebih dikenali sebagai Baba dan Nyonya. Makanan ini merupakan makanan Baba Nyonya yang paling unik kerana ia merupakan gabungan selera kaum Melayu dan Cina. Ia juga sangat diminati oleh kaum lain yang ada di Malaysia seperti India, Cina dan kaum minoriti lain yang terdapat di negara kita. Laksa Nyonya ni senang didapati di Melaka yang merupakan salah satu penempatan kaum Baba Nyonya. Laksa Nyonya ini mempunyai pelbagai variasi mengikut negeri kerana cita rasa kaum Baba Nyonya yang unik. Selain itu, Laksa Lyonya bukan sekadar hidangan tetapi merupakan salah satu warisan budaya kaum Baba Nyoya. 13
LAKSA NYONYA LAMBANG PERPADUAN Laksa Nyonya merupakan salah satu detik perpaduan kerana terdapat banyak kaum lain yang meminati Laksa Nyonya dan mempunyai ramai peminat dari pelbagai kaum hingga ke Borneo. Kaum Baba Nyonya di Pulau Pinang mempunyai variasi laksa Nyonya mereka sendiri yang sedikit berbeza daripada Laksa Nyonya di Melaka. Laksa Nyonya merupakan makanan Baba Nyonya yang paling terkenal di antara makanan Baba Nyonya yang lain kerana ia mempunyai elemen rasa orang Melayu yang suka akan rasa rempah dan elemen cita rasa orang cina yang suka rasa pedas. Laksa Nyonya juga dapat menyatukan pelbagai kaum tanpa mengira agama dan latar belakang contohnya terdapat restoran makan Baba dan Nyonya di Kuching serawak iaitu Nyonya Kitchen by Sonia yang tidak menggunakan lemak dan daging khinzir dalam makanan mereka supaya semua orang dapat menikmati makanan Baba Nyonya tanpa memikirkan perkara syubhah. *Masyarakat berbeza kaum menikmati Laksa Nyonya sama - sama . *Nyonya Kitchen by Sonia OLEH: MUHAMMAD HARITH IZZUDDIN BIN MOHD ZUKI 14
*Laksa Nyonya merupakan warisan budaya kaum Baba Nyonya yang harus kita pertahankan kerana kaum ini kian terhakis dek masa. *Laksa Nyonya mencerminkan keunikan kepelbagaian budaya yang ada di Negara kita . *Laksa Nyonya bukan sahaja dapat memberikan kita kekenyangan tetapi dapat memberi pemahaman yang lebih terhadap kaum Baba Nyonya. KESIMPULAN Oleh : Muhammad Harith Izzuddin Bin Mohd Zuki 15
Temu ramah 1 Nama: Norsyazriana Airin Kaum: Suku Banjar Umur: 18 tahun T. Tinggal : Tawau, Sabah Soalan 1: Bagaimanakah makanan tradisonal kita dapat menarik pelancong luar ke negara kita? *Makanan tradisional kita yang mempunyai pelbagai jenis makanan dan rasanya yang unik. Soalan 2: Apakah makanan kaum lain yang menjadi kegemaran awak? Mengapakah anda meminati makanan tersebut? *Saya meminati rendang kerana rasa kuah rendang yang unik dan sedap serta rupanya yang menyelerakan. Oleh : Muhammad Harith Izzuddin Bin Mohd Zuki 16
Temu ramah 2 Nama: Pang Jia Jie Kaum: Cina Umur: 19 tahun Institut : Universiti Tunku Abdul Rahman, Kampar Soalan 1: Bagaimanakah makanan tradisonal kita dapat menarik pelancong luar ke negara kita? *Makanan tradisonal kita dijual dengan harga yang berpatutan dan rasa makanan tradisonal kita yang enak menarik pelancong luar ke negara kita. Soalan 2: Apakah makanan kaum lain yang menjadi kegemaran awak? Mengapakah anda meminati makanan tersebut? *Saya meminati nasi lemak kerana kuah sambalnye yang sedikit pedas sedikit manis dan sedap serta harganya yang murah. Oleh : Muhammad Harith Izzuddin Bin Mohd Zuki 17
Temu ramah 3 Nama: Shakila Nur Amira binti J. Mexkel Kaum: Baba Nyonya Umur: 17 tahun T.Tinggal : Tangkak, Johor Soalan 1: Bagaimanakah makanan tradisonal kita dapat menarik pelancong luar ke negara kita? *Keunikkan bentuk makanan tradisional kita yang pelbagai dan makanan tradisional kita jugak mempunyai citarasa tersendiri. Soalan 2: Apakah makanan kaum lain yang menjadi kegemaran awak? Mengapakah anda meminati makanan tersebut? *Saya meminati nasi lemak kerana nasi lemak menggunakan bahan yang unik dan ia merupakan salah satu makanan tradisional kaum Melayu. Oleh : Muhammad Harith Izzuddin Bin Mohd Zuki 18
P E N D A H U L U A N P U N C A B E R L A K U N Y A P E R I S T I W A 1 3 M E I 1 9 6 9 K E S A N D A R I P A D A B E R L A K U N Y A P E R I S T I W A 1 3 M E I 1 9 6 9 K E S I M P U L A N T E M U B U A L PERISTIWA 13 MEI 1969 DISEDIAKAN OLEH:MUHAMMADHARITH BIN MOHD HAFIZUN 19
PENDAHULUAN •10 Mei 1969 -Keputusan pilihan raya umum Malaysia yang memicukan ketegangan politik dan sosial di negara. •Malam 12 Mei 1969 -Kerusuhan bermula di Kuala Lumpur, dimana terdapat laporan-laporan tentang pergaduhan antara penyokong parti politik yang berlainan. •13 Mei 1969 -Kekerasan merebak di seluruh Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya, dengan konflik antara kaum melayu dan kaum cina •Pasca-13 Mei 1969 -Keadaan terus tegang dan keganasan berlanjutan.Menyebabkan kerusakan harta benda dan kehilangan banyak nyawa. 20
P U N C A B E R L A K U N Y A P E R I S T I W A 1 3 M E I 1 9 6 9 •Ketidakmampuan untuk menyelesaikan konflik dengan damai: Peristiwa ini menunjukkan kegagalan dalam menyelesaikan ketegangan sosial dan politik melalui negosiasi dan pendekatan damai. •Kekerasan sebagai penyelesaian: Daripada memilih jalan penyelesaian yang bersifat etika,pihak yang terlibat menggunakan kekerasan dan tindakan tidak bermoral untuk menyelesaikan perbezaan pendapat. •Kehilangan tolerasi dan penghormatan: Peristiwa ini mencerminkan kehilangan nilai-nilai asas seperti toleransi dan penghormatan terhadap kepelbagaiam budaya agama di dalam masyarakat. 21
•Kemuncak Rusuhan: -Pada 13 Mei 1969 ketegangan antara kaum melayu dan kaum cina mencapai kemuncaknya di Kuala Lumpur -Kekerasan merebak di kawasan bandar dengan kerusakkan harta benda dan pergaduhan antara dua kaum tersebut. •Kematian: -Sejumlah besar nyawa hilang akibat keganasan tersebut. -Kematian dan kecederaan meliputi warga Malaysia dari pelbagai kaum. •Pengisytiharan Darurat: -Pihak berkuasa Malaysia mengisytiharkan darurat pada 15 Mei 1969. -Tentera dikerahkan untuk mengawal keadaan dan menghentikan keganasan yang berterusan. KESAN DARIPADA BERLAKUNYA PERISTIWA 13 MEI 1969 22
Kesimpulannya, Peristiwa 13 Mei 1969 di Malaysia menunjukkan bahawa keharmonian antara pelbagai kaum adalah kritikal untuk kestabilan dan kemajuan negara. Pengajaran daripada peristiwa ini menekankan keperluan untuk menghormati dan memahami perbezaan budaya serta mempromosikan perpaduan dan toleransi dalam masyarakat. Ini memberi amaran bahawa keteguhan masyarakat bergantung kepada usaha bersama untuk mencapai kesepakatan dan saling hormat-menghormati antara semua kaum. KESIMPULAN 23
Nama:Chong Jia Xiang Umur:19 Bangsa:Cina Institut:Politeknik Tuanku Syed Sirajjuddin TEMU RAMAH Soalan 1 Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mencegah berulangnya tragedi seperti Peristiwa 13 Mei 1969 di masa akan datang? Generasi muda perlu sentiasa berkomunikasi dengan kaum lain dan mengenali budaya kaum lain serta menghormati kaum lain. Soalan 2 Apakah pengajaran yang boleh dipelajari dari Peristiwa 13 Mei 1969 dalam membangunkan masyarakat yang berbilang kaum? Kita perlu mementingkan hubungan hubungan antara kaum dan kurang fokus pada isu yang menghasut sentimen kaum-kaum. 24
TEMU RAMAH Nama:Nur Basyirah Binti Soni Abdullah Umur:19 Bangsa:Melayu Institut:Kolej Komuniti Sungai Petani Soalan 2 Apakah pengajaran yang boleh dipelajari dari Peristiwa 13 Mei 1969 dalam membangunkan masyarakat yang berbilang kaum? Pengajaran dari Peristiwa 13 Mei 1969 termasuk pentingnya perpaduan, bahaya penghasutan perkauman, memahai sejarah dan memahami ekonomi negara, serta komitmen terhadap prinsip warganegara yang bertanggungjawab. Soalan 1 Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mencegah berulangnya tragedi seperti Peristiwa 13 Mei 1969 di masa akan datang? Langkah yang boleh diambil ialah memastikan kebebasan bersuara dan kebebasan beragama untuk semua warganegara sebagai asas demokrasi yang kukuh. 25
TEMU RAMAH Nama:Deererk Singharaj A/L Udom Umur:19 Bangsa:Siam Institut:Kolej Komuniti Sungai Petani Soalan 2 Apakah pengajaran yang boleh dipelajari dari Peristiwa 13 Mei 1969 dalam membangunkan masyarakat yang berbilang kaum? Pengajaran yang dapat kita ambil dari Peristiwa 13 Mei 1969 ni ialah hindari penghasutan,memahami prinsip negara dan mementingkan hubungan antara kaum. Soalan 1 Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mencegah berulangnya tragedi seperti Peristiwa 13 Mei 1969 di masa akan datang? Langkah yang boleh kita ambil ialah memperkukuhkan udang-udang di negara dan membaik pulih ekonomi negara. 26
BADMINTON T I D A K A D A H A S I L Y A NG ME NGK I A N A T I U S A H A HENDAK SERIBU DAYA TAK HENDAK SERIBU DALIH MUHAMMAD NAZRAN KHAIRI BIN SOBRI 27
Seperti kebanyakan sukan yang terdapat pada hari ini, badminton juga mempunyai sejarahnya yang tersendiri.Pada peringkat awal permainan ini, tidak ada sebarang undang-undang atau peraturan yang boleh dijadikan panduan permainan. Mereka yang bermain hanya sekadar memukul bulu tangkis ciptaan mereka itu.Namun permainan mereka itu telah berjaya menarik minat sebahagian masyarakat. Atas usaha seorang askar Inggeris iaitu Kolonel H.Q. Selby yang bertugas di Karachi, India pada ketika itu, dia telah menubuhkan pasukan Badmintonnya sendiri yang diberi nama ‘Bath Badminton Club’ dan undang -undang permainan dicipta tetapi masih belum sempurna.Oleh itu, seperti permainan yang lain yang mempunyai badan atau persatuannya sendiri diperingkat antarabangsa untuk menguruskan atau menyelaraskan permainan, pada tahun 1934Persekutuan Badminton Antarabangsa (IBF) ditubuhkan dan Presiden pertama ialah Sir GeorgeThomas yang menjawat dari tahun 1934-1955. SEJARAH BADMINTON DI MALAYSIA MUHAMMAD NAZRAN KHAIRI BIN SOBRI 28
Datuk Dr Mohmed Misbun bin Dato' Haji Mohd Sidek, DMSM, nama singkatan: Bun, lahir 17Februari 1960 di Kanchong Darat, Banting, Selangor, merupakan bekas dan jurulatih badminton profesional dari Malaysia. Beliau merupakan anak sulung lelaki daripada lima adik beradiknya. Pada 28 Ogos 2008, kerajaan negeri Melaka menganugerahi jurulatihBadminton Kebangsaan kepada Misbun Sidek dengan darjah kebesaran negeri iaitu Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran ‘Datuk’. Yang di -Pertua Negeri Tun Mohd Khalil Yaakob menyampaikan darjah kebesaran itu kepada bekas pemain badminton kebangsaan di IstanaMelaka.Beliau telah dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pembangunan Insan) oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Beliau menjadi juara Kejohanan Badminton Negeri Sembilan bagi acara perseorangan, bergu dan bergu campuran (1961-1963). Juara remaja kejohanan Badminton Gabungan Asia (ABC) di Kuala Lumpur pada 1962.Punch Gunalan mewakili skuad Malaysia ke Piala Thomas 1970 dan sekali lagi pada 1973. Punch Gunalan memenangi pingat emas acara beregu di Sukan Asia pada 1970.Pada tahun 1974,beliau cemerlang apabila meraih emas acara perseorangan dan gangsa bagi acara beregu di Kejohanan Komanwel,Christchurch,New Zealand.Punch Gunalan berpasangan dengan Ng Boon Beedalam Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England 1971 dan menjadi juara. Tahun 1974,beliau ditewaskan oleh Rudi Hartonodalam acara perseorangan. Badminton Pemain dan jurulatih terkenal MUHAMMAD NAZRAN KHAIRI BIN SOBRI 29
PEMAIN TERBAIK MALAYSIA Sepanjang kerjaya atletnya, beliau telah berjaya merangkul gelaran juara untuk Kejohanan Terbuka Malaysia sebanyak 12 kali. Satu rekod yang masih belum dapat dicabar oleh mana-mana atlet tempatan sehingga ke hari ini. Berikut merupakan rekod kejayaan yang pernah dikecapi sepanjang bergelar atlet profesional: Pingat emas pada Sukan Olimpik 2006 dan dinobatkan sebagai pemain nombor satu dunia sebanyak dua kali pada tahun tersebut, 5 pingat emas dalam Sukan Komanwel. 3 Pingat perak dalam Sukan Olimpik. 3 Pingat perak dalam dalam Kejohanan Badminton Dunia. Memegang ranking pemain nombor satu dunia selama 348 minggu. Memenangi 69 kejohanan antarabangsa. Merangkul johan sebanyak 4 kali dalam Kejohanan All England. Dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Lelaki oleh Badminton World Federation (BMF) sebanyak 5 kali. Menerima Anugerah Olahragawan Negara sebanyak 4 kali. Mendapat jolokan Olahragawan paling berjaya di Malaysia. Disenaraikan dalam Dewan Kemasyhuran Hall of Fame (BMF) Pencapaian dalam sukan badminton MUHAMMAD NAZRAN KHAIRI BIN SOBRI 30
Keluarga Sidek Keluarga Sidek dalam arena sukan tanah air bukan sekadar titian menonjolkan imej negara,Malah menjadi lombong emas badminton tempatan dan menyumbang kepada perkembangan pasaran antarabangsa bernilai berjuta-juta ringgit.Kemunculan Misbun dan adik-adiknya (Razif, Jalani, Rahman dan Rashid) mula memberi saingan di Asia pada awal 1980-an, mendorong kepada keberanian Kumpulan Pengurusan Antarabangsa (IMG) menerokai bidang badminton di Malaysia. Kelima-lima anak lelaki kepada Sidek Abdullah Kamar ini telah menjadi hero dan kebanggaan negara dengan pelbagai pencapaian dan anugerah yang diraih dalam sukan badminton. Sumbangan keluarga Sidek kepada negara tidak perlu disangkal lagi sehinggakan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Taib telah membina sebuah monumen keluarga Datuk Sidek pada tahun 1992 di kediaman keluarga itu di Kanchong Darat, Banting, Selangor. Monumen ini sebagai tanda ingatan dan memberi inspirasi kepada generasi baharu. MUHAMMAD NAZRAN KHAIRI BIN SOBRI 31
PEMAIN BERGU PELBAGAI KAUM A/M - Project Bukan saja berkelas dunia, badminton adalah contoh terbaik konsep Keluarga Malaysia dengan pembabitan pemain berbilang bangsa walaupun majoritinya masih kaum Cina.Umum dapat melihat pembabitan semua kaum dalam sukan itu bermula dari era Datuk Punch Gunalan, diikuti penguasaan anak-anak Sidek dan kemudian Datuk Lee Chong Wei yang mengharumkan nama di pentas antarabangsa.Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Norza Zakaria berkata, BAM melakukan usaha keras untuk memberi ruang kepada semua kaum menunjukkan kebolehan mereka.Katanya, banyak proses dilakukan BAM kerana bangsa itu tidak memainkan peranan utama, tetapi ia berpandukan kemampuan dan ruang diberikan setimpal kepada semua kaum. 06 MUHAMMAD NAZRAN KHAIRI BIN SOBRI 32
PENYOKONG BERBILANG KAUM Penyokong yang menghadiri perlawanan tersebut bukan sahaja dapat melihat atlet tanah air kita bersaing antara satu sama lain tetapi ianya juga dapat menaikan semagat pemain yang akan bersaing tersebut dan dengan adanya sorakan sorakan daripada penyokong tersebut meraka akan lebih semangat untuk meraih sesuatu yang membanggakan negara kita . Dengan adanya sorakan penyokong turut membantu pasukan negara merangkul Piala Thomas pada 1992. Penyokong yang terdiri daripada pelbagai kaum itu mengikut rentak ketua sorak mereka memberi sorakan. Sukan bukan semata-mata pentas persaingan atlet mana yang paling kuat dan hebat. Tanpa kita sedari, sukan sejak sekian lama telah menjadi ejen perpaduan paling berjaya dalam menyatukan rakyat sesuatu negara tidak terkecuali di Malaysia. Lihat sahaja bagaimana apabila kejayaan ahli sukan diiringi dengan berkibarnya Jalur Gemilang, berdendangnya lagu Negaraku dan lebih hebat seluruh stadium bergema dengan sorakan pelbagai lapisan kaum. MUHAMMAD NAZRAN KHAIRI BIN SOBRI 33
Kesimpulannya,perpaduan yang dapat dilihat dari perkembangan sukan di negara kita ialah contoh dalam sukan badminton yang telah mendapat nama di peringkat tinggi iaitu Dato'Lee Chong Wei.Beliau telah mengharumkan nama negara Malaysia dengan menyertai sukan ini.Selain itu,perpaduan antara kaum dapat dilihat antara satu sama lain.Pelbagai kaum iaitu Melayu,India dan Cina telah berganding bahu untuk memberi sokongan yang padu kepada Dato'Lee Chong Wei dalam sukan badminton ini.Hal yang demikian menjelaskan bahawa telah wujud perpaduan melalui sukan dalam negara kita. MUHAMMAD NAZRAN KHAIRI BIN SOBRI 34
Nama : Qatrunnada Binti Mad Shukry Umur : 18 Tahun Bangsa : Melayu Institut : SMK AYER HITAM KEDAH Pada pendapat anda, bagaimana cara bagi menyepadukan perpaduan dalam permainan badminton? Pada pendapat saya, antara cara bagi menyepadukan perpaduan dalam permainan badminton adalah dengan mengadakan latihan dan pertandingan berpasukan secara campuran. Misalnya, pemain dari latar belakang yang berbeza bekerjsama dalam satu pasukan yang sama untuk meningkatkan pahaman dan kerjasama antara pelbagai kaum yang menyertainya. Apakah langkah-langkah yang boleh di ambil untuk menyokong penglibatan lebih ramai dari pelbagai kaum dalam aktiviti badminton di peringkat komuniti? Antara langkah yang boleh diambil bagi menyokong penglibatan lebih ramai pihak dari pelbagai kaum dalam aktiviti badminton di peringkat komuniti ialah dengan mempromosikan permainan badminton sebagai sukan yang boleh dinikmati oleh pelbagai kaum tidak kira bangsa dengan mengadakan program atau acara khas bagi tujuan meningkatkan penyertaan dan partisipasi yang dapat melibatkan kaum,bangsa dan etnik. Tambahan lagi, pihak yang terlibat juga boleh menganjurkan liga kecil atau pertandingan badminton dalam bentuk komuniti yang mesra semua kaum untuk mendorong persaingan dan motivasi dalam bersukan serta merapatkan hubungan silaturrahim antara kaum MUHAMMAD NAZRAN KHAIRI BIN SOBRI 35
Nama : Linggamoorthi A/L Ganesan Umur : 19 Tahun Bangsa : India Institut : Politeknik Tuanku Syed Sirajjuddin Pada pendapat anda, bagaimana cara bagi menyepadukan perpaduan dalam permainan badminton? Pada pendapat saya, antara cara bagi menyepadukan perpaduan dalam permainan badminton adalah dengan mengadakan Temasya sukan Malaysia iaitu Sukma setiap dua tahun sekali yang mana dapat memupuk perpaduan dalam kalangan permain dan penonton Apakah langkah-langkah yang boleh di ambil untuk menyokong penglibatan lebih ramai dari pelbagai kaum dalam aktiviti badminton di peringkat komuniti? Antara langkah yang boleh diambil bagi menyokong penglibatan lebih ramai pihak dari pelbagai kaum dalam aktiviti badminton di peringkat komuniti ialah dengan menyediakan fasilitas badminton yang mudah diakses dan terjangkau dapat mendorong lebih banyak orang untuk terlibat.Hal ini meliputi lapangan badminton yang baik,perlengkapan seperti raket dan bulu tangkis,serta fasilitas pencahayaan yang memadai untuk bermain malam hari. MUHAMMAD NAZRAN KHAIRI BIN SOBRI 36
Nama : Xiu ying Umur : 22 Tahun Bangsa : Cina Institut : University Teknologi Petronas PERAK Pada pendapat anda, bagaimana cara bagi menyepadukan perpaduan dalam permainan badminton? Pada pendapat saya, antara cara bagi menyepadukan perpaduan dalam permainan badminton adalah dengan mengadakan pertandingan badminton antara kaum Kegiatan sukan yang melibatkan pelbagai etnik memang dapat memupuk semangat kesukanan yang kuat dan sekali gus dapat mengeratkan lagi perpaduan masyarakat. Tidak kira dalam apa jua sukan, kerjasama dan hubungan akrab akan lahir apabila pemain bertungkus-lumus dan bekerjasama menyahut cabaran sebagai satu pasukan. Apakah langkah-langkah yang boleh di ambil untuk menyokong penglibatan lebih ramai dari pelbagai kaum dalam aktiviti badminton di peringkat komuniti? Antara langkah yang boleh diambil bagi menyokong penglibatan lebih ramai pihak dari pelbagai kaum dalam aktiviti badminton di peringkat komuniti ialah dengan mempromosikan program kesedaran berkaitan sukan badminton.Hal ini dapat menarik lebih banyak orang yang akan mengetahui tentang kesempatan untuk bermain badminton.Seterusnya, hal ini juga dapat dilakukan melalui media sosial,papan pengumuman di tempat-tempat umum,atau kerjasama dengan sekolah atau orginisasi masyarakat setempat. MUHAMMAD NAZRAN KHAIRI BIN SOBRI 37
K E R I S W A R I S A N S E N I D A N K E B U D A Y A A N OLEH MUHAMMAD ZAMEER AIZZAT BIN ABDULLAH 18DTK23F1023 38
Keris merupakan sejenis senjata tradisional yang berasal dari wilayah Nusantara, termasuk Indonesia, Malaysia, dan Filipina. Asal-usul keris masih menjadi perdebatan, namun ia diyakini telah wujud sejak berabad-abad yang lalu, mungkin bermula sejak zaman Majapahit atau lebih awal lagi. Keris dianggap sebagai lambang keberanian, kehormatan, dan kuasa. Dalam sejarahnya, keris telah menjadi sebahagian penting dalam budaya Malaysia. Selain digunakan sebagai senjata, keris juga mempunyai peranan simbolik dan sering dianggap mempunyai kekuatan magis atau pelindung spiritual. Keris turut memainkan peranan penting dalam upacara adat, perkahwinan, dan acara keagamaan. SEJARAH KERIS OL EH ZAME E R AIZZAT 39
Seni ukiran keris adalah proses mengukir motifmotif pada bilah keris. Ia mengambil inspirasi dari motif tradisional seperti bunga, haiwan, atau simbol agama. Memerlukan kemahiran yang tinggi dan pengalaman dalam menggunakan alat ukir tradisional. Setiap keris mempunyai ukiran yang unik dan seni ukiran ini juga membawa makna simbolis yang mendalam, sering kali menggambarkan kekuatan atau keberanian. Kelestarian seni ini penting untuk warisan budaya Indonesia dan Malaysia. Seni Ukiran Keris OL EH MUHAMMAD ZAME E R AIZZAT B IN ABDUL LAH 40
MAK N A B U DAYA DALAM SE N I UKI RA N KE R IS Makna budaya dalam seni ukiran keris adalah penting sebagai simbol keberanian dan kehormatan dalam budaya Masyarakat Melayu. Seni ukiran ini juga merupakan penghormatan terhadap tradisi nenek moyang kita yang kaya dan berharga. Setiap ukiran mengandungi cerita dan nilai-nilai yang dihargai, menjadi bahagian penting dari segi identiti budaya dan warisan bangsa. Selain itu, seni ukiran keris juga memperlihatkan aspek spiritual yang mendalam, yang tercermin melalui motif-motif dan simbol-simbol yang digunakan. 41
Keris Jawa: Keris Jawa memiliki bilah yang panjang dan melengkung dengan hujung yang tajam. Biasanya memiliki ukiran yang rumit dan dihiasi dengan perak atau emas. Keris Jawa sering digunakan dalam upacara adat, termasuk pernikahan dan acara keagamaan. Keris Bali: Keris Bali memiliki ciri khas bilah yang lurus dan ukiran yang lebih sederhana berbanding dengan keris Jawa. Namun, keris Bali sering dihiasi dengan hiasan-hiasan yang berwarna-warni dan merupakan bahagian yang penting dalam budaya Bali. Keris Bugis: Keris Bugis berasal dari Sulawesi Selatan dan memiliki bilah yang relatif pendek dengan hujung yang lebih melengkung. Keris Bugis dikenail dengan ukiran yang halus dan sering dihiasi dengan hiasan perak. JENIS JENIS KERIS 42
Keris Madura: Keris Madura berasal dari Pulau Madura dan memiliki bilah yang cenderung lurus dengan hujung yang tajam. Keris ini sering kali memiliki gagang yang sederhana namun elegan. Keris Minangkabau memiliki ciri khas bilah yang pendek dan melengkung dengan hujung yang meruncing. Keris ini sering dihiasi dengan ukiran-ukiran geometri yang rumit. Keris Lombok: Keris Lombok berasal dari Pulau Lombok, Indonesia. Keris ini mempunyai bilah yang agak pendek dan tajam, dengan hulu yang sederhana namun elegan. Motif ukiran pada keris Lombok sering menggambarkan alam atau kehidupan sehari-hari masyarakat Sasak. JENIS JENIS KERIS 43
CERITA LAGENDA Lagenda Keris Taming Sari: Menurut cerita lagenda Melayu, Keris Taming Sari adalah senjata sakti yang dimiliki oleh seorang pahlawan bernama Hang Tuah. Keris ini dipercayai memiliki kekuatan magis dan dapat memberikan keberanian serta kekuatan luar biasa pada pemiliknya. Dalam cerita tersebut, Keris Taming Sari menjadi simbol keberanian Hang Tuah dalam menghadapi berbagai rintangan dan musuh yang mengancam keselamatan kerajaan Melayu. Kisah perjuangan Hang Tuah bersama Keris Taming Sari telah menjadi legenda yang terkenal di seluruh Nusantara dan menjadi sebahagian dari warisan budaya yang dihormati. Kesimpulan Keris memainkan peranan yang penting dalam budaya orang Melayu sebagai lambang kebanggaan, warisan budaya, dan identiti nasional. Dalam masyarakat Melayu, keris tidak sekadar dilihat sebagai senjata tradisional, tetapi juga sebagai karya seni yang indah dan bernilai tinggi yang mencerminkan kemahiran dan kreativiti para pengukir keris. Keris juga dihubungkan dengan nilai-nilai spiritual, keberanian, dan kehormatan, sering digunakan dalam pelbagai upacara adat, perayaan, dan acara penting. Warisan budaya keris juga berperanan sebagai penghubung antara generasi serta sebagai penanda identiti budaya yang unik bagi masyarakat Melayu. Oleh itu, usaha untuk melestarikan dan menghargai keris adalah penting bagi menjaga warisan budaya yang kaya ini untuk generasi masa depan. 44
TEMU RAMAH 1 Soalan 1: Pada pendapat anda, apakah halangan yang ada untuk mengekalkan tradisi pembuatan keris di era moden ini? Pada pendapat saya, antara halangan yang ada ialah perubahan gaya hidup masyarakat yang semakin moden dan sibuk menyebabkan masyarakat kurang berminat terhadap tradisi keris ini. Soalan 2: Pada pendapat anda, adakah keris masih relevan dalam masyarakat moden? mengapa? Pada pendapat saya, ya keris masih relevan dalam masyarakat moden kerana keris melambangkan identiti bangsa kita kerana sering digunakan dalam upacara rasmi seperti perkahwinan dan sebagainya. Nama: Nur Najwa Binti Zuhan Khan Kaum: Melayu Umur: 17 Institut: SMK Permas Jaya 2 45
TEMU RAMAH 2 Soalan 1: Pada pendapat anda, apakah halangan yang ada untuk mengekalkan tradisi pembuatan keris di era moden ini? Pada pendapat saya, halangan yang paling jelas ialah generasi muda zaman sekarang kurang berminat terhadap tradisi keris ini. Mereka lebih tertarik pada hal hal yang bersifat moden. Soalan 2: Pada pendapat anda, adakah keris masih relevan dalam masyarakat moden? mengapa? Pada pendapat saya, ya keris masih relevan dalam masyarakat moden kerana ia merupakan sebuah seni yang tidak ternilai serta masih ada penggemarnya yang menyimpan keris sebagai koleksi. Nama: Shuveathaa A/P Vadivel Kaum: India Umur: 18 Institut: Uitm Merbok 46
TEMU RAMAH 3 Soalan 1: Pada pendapat anda, apakah halangan yang ada untuk mengekalkan tradisi pembuatan keris di era moden ini? Pada pendapat saya, halangan yang ada ialah masyarakat kurang faham dan menghargai nilai budaya serta sejarah tentang keris ini. Soalan 2: Pada pendapat anda, adakah keris masih relevan dalam masyarakat moden? mengapa? Pada pendapat saya, ya keris masih relevan. Kerana keris meruapakan simbol kebangaan di negara kita dan masih digunakan dalam upacara tertentu. Nama: Lim Yu Xin Kaum: CIna Umur: 19 Institut: SMK Ibrahim 47
ALBUM KETIKA MENGUBAHSUAI TEMPLET 48
ALBUM KETIKA BERBINCANG 49