The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by afifahahmad32, 2022-03-23 12:24:57

Ejaan-Dan-Tanda-Baca

Ejaan-Dan-Tanda-Baca

Keywords: Ejaan dan Tanda Baca

A.SALINA BINTI AHMAD SALLEH
MUNSYI DEWAN

ž Merupakan simbol atau tanda yang
digunakan untuk memberi isyarat
kepada pembaca supaya melakukan
sesuatu dalam bacaan

ž Diletakkan di tempat-tempat tertentu
dalam ayat berdasarkan tujuan dan
kesesuaiannya

A. Tanda Titik (.)

1. Tanda titik digunakan pada akhir ayat
yang bukan pertanyaan atau seruan.
Contoh:
Saya sedang mengikuti kursus di
Kajang.

Ayat diakhiri dengan titik. Apabila
diteruskan dengan ayat baharu, perlu
diberi jarak satu huruf . Cara ini dilakukan
dalam penulisan karya ilmiah.

2. Tanda titik digunakan pada akhir
singkatan nama orang.
Contoh:
Irwan S. Gatot
George W. Bush

Tetapi apabila nama itu ditulis lengkap,
tanda titik tidak digunakan.
Contoh:

Anthony Tumiwa

3. Tanda titik digunakan pada akhir
singkatan gelaran, jabatan, pangkat,
dan sapaan.

Contoh:
Bapanya dianugerahkan pingat
P.J.K. oleh Sultan Terengganu.

4. Tanda titik digunakan pada singkatan kata
atau ungkapan yang sangat umum.
Pada kata singkatan yang terdiri daripada tiga
huruf atau lebih, hanya digunakan satu tanda
titik.
Contoh:
dll. (dan lain-lain)
dsb. (dan sebagainya)
tgl. (tanggal)
Dalam karya ilmiah seperti manuskrip,
makalah, laporan, tesis, dan sebagainya
disarankan tidak menggunakan singkatan.

Jika berupa angka, maka urutan angka itu
dapat disusun sebagai berikut dan tanda titik
tidak digunakan pada akhir sistem perpuluhan.
Contoh:

1. Petikan Umum

1.1 Isi Karangan

1.2 Ilustrasi

1.2.1 Gambar Tangan

1.2.2 Jadual

1.2.3 Grafik

Tanda titik tidak digunakan di belakang angka
atau huruf jika angka atau huruf itu merupakan
yang terakhir dalam deretan angka atau huruf.

5. Tanda titik tidak digunakan untuk
memisahkan angka ribuan, jutaan, dan
seterusnya yang tidak menunjukkan
jumlah.

Contoh:
Nama Ivan terdapat pada halaman
1210 dan dicetak tebal.

B. Tanda Koma (,)

1. Tanda koma digunakan bagi mengasingkan kata
yang berturut-turut dalam satu ayat.
Contoh:
Saya menjual baju, seluar, dan topi.
contoh penggunaan yang salah:
Saya membeli udang, sayur dan ikan.

2. Tanda koma digunakan untuk memisahkan ayat
setara yang satu daripada ayat setara yang
berikutnya, yang didahului oleh kata seperti, tetapi,
dan melainkan.
Contoh:
Saya bergabung dengan Wikipedia, tetapi tidak
aktif.

3. Tanda koma digunakan untuk
memisahkan unsur-unsur dalam ayat
yang berbeza-beza.

Contoh:
Kalau hari hujan, saya tidak akan
datang.
Kerana sibuk, dia lupa akan janjinya.

.

4. Tanda koma digunakan di belakang
kata atau ungkapan penghubung
antara ayat yang terdapat pada awal
ayat seperti oleh sebab itu, jadi, lagi
pula, meskipun begitu, akan tetapi.

Contoh:
Oleh sebab itu, kamu harus datang.
Jadi, saya tidak dapat datang.

5. Tanda koma digunakan di belakang
kata-seru seperti amboi, wah, aduh, eh,
yang terdapat pada awal ayat.

Contoh:
Oh, begitu!
Wah, bukan main hebat!

6. Tanda koma digunakan sebelum tanda
pembuka kata (“) dan penutup kata (“)
dalam cakap ajuk.

Contoh:
Kata adik, "Saya sedih sekali.”

7. Tanda koma digunakan antara
(i) nama dan tarikh
(ii) bahagian dalam ayat
(iii) tempat dan tarikh, dan
(iv) nama tempat dan wilayah atau negeri yang
ditulis berurutan.

Contoh:
Kuala Lumpur, 9 April 2012
Kajang, Selangor.

8. Tanda koma digunakan antara bahagian
dalam bibliografi.

Contoh:
Asmah Hj. Omar, 1980. Nahu Melayu

Mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

9. Tanda koma digunakan antara nama
orang dan gelaran akademik yang
mengikutinya untuk membezakannya
daripada singkatan nama diri, atau
keluarga.

Contoh:
Rinto Jiang,S.E.

10. Tanda koma digunakan untuk menandakan
tempat berhenti sebentar.

Contoh:
Berikan surat ini kepada ibumu, Ali.

11. Tanda koma digunakan untuk mengapit
keterangan tambahan.

Contoh:
Pengurus Wikipedia kegemaran saya, Borgx,

pandai sekali.

12. Tanda koma digunakan untuk
menghindari salah baca di belakang
keterangan yang terdapat pada awal
ayat.

Contoh:
Dalam pembinaan dan pengembangan
bahasa, kita memerlukan sikap yang
bersungguh-sungguh.

Bandingkan dengan:
Kita memerlukan sikap yang
bersungguh-sungguh dalam pembinaan
dan pengembangan bahasa.

13. Tanda koma tidak digunakan untuk
memisahkan petikan langsung daripada
bahagian ayat lain yang mengiringinya
jika ayat itu berakhir dengan tanda
tanya atau tanda seru.

Contoh:
"Di mana Rex tinggal?" tanya Stepheen.

C. Tanda Koma Bertitik (;)

1. Tanda koma bertitik dapat digunakan
untuk memisahkan bahagian-bahagian
ayat yang sejenis dan setara.

Contoh:
Malam makin larut; kami belum selesai

juga.

2. Tanda koma bertitik dapat digunakan
untuk memisahkan ayat yang setara
dalam suatu ayat majmuk sebagai
pengganti kata penghubung.

Contoh:
Ayah mengurus tanamannya di

kebun; ibu sibuk bekerja di dapur, adik
menghafalkan nama-nama pahlawan
nasional; saya sendiri asyik mendengar
siaran “Pilihan Pendengar.”

3. Digunakan pada baris pertama pantun
dua kerat

Contoh:
Ada ubi ada batas;
Ada budi ada balas.

4. Digunakan pada baris kedua pantun
empat kerat

Contoh:
Kalau ada jarum patah,
Jangan disimpan di dalam peti;
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati.

D. Tanda Titik Bertindih (:)

1. Tanda titik bertindih digunakan pada
akhir suatu pernyataan lengkap apabila
diikuti rangkaian atau pemerian.

Contoh:
Barang-barang yang perlu dibawa
adalah seperti berikut : parang, sabit,
dan cangkul.

2. Tanda titik bertindih digunakan untuk
memberi penjelasan atau
memperkenalkan sesuatu.

Contoh: 3 April 2012
Tarikh : 2.00 petang
Masa : Bilik Gerakan
Tempat :

3. Tanda titik bertindih digunakan dalam
teks drama kata yang menunjukkan
pelaku dalam percakapan.

Contoh:
Borgx : "Jangan lupa perbaiki
halaman bantuan Wikipedia!“

Rex : "Siap, Boss!"

4. Tanda titik bertindih digunakan
(i) antara jilid atau nombor dan
halaman,
(ii) antara bab dengan ayat dalam
kitab-kitab suci, atau
(iii) antara judul dengan subjudul suatu
karangan.

Contoh:
(i) Tempo, I (1971), 34:7
(ii) Surah Yasin:9

5. Tanda titik bertindih tidak
digunakan kalau rangkaian atau
pemerian itu merupakan
pelengkap yang mengakhiri
pernyataan.

Contoh:
Kita memerlukan kerusi, meja,

dan almari.

E. Tanda Sempang (-)

1. Tanda sempang untuk menyambungkan
suku-suku kata dasar yang terpisah oleh
penggantian baris.
contoh:
....dia beli ba-
ru juga.
….Di samping cara-cara lama itu ada ju-
ga cara yang baru.

2. Tanda sempang menyambungkan kata yang
diulang dan kata ganda – dieja rapat.

Contoh:
anak-anak
riuh-rendah

3. Tanda sempang merangkaikan se dengan kata
yang berikutnya yang bermula dengan huruf
besar dan ke dengan angka.

Contoh:
se-Malaysia
se-Tanah Melayu
ke-10

tahun 1990-an

4. Tanda sempang digunakan untuk
memisahkan huruf kecil dengan
huruf besar.

Contoh :
sinar-X
rahmat-Mu

F. Tanda Sengkang (—)

1. Tanda sengkang membatasi penyisipan kata
atau ayat yang memberikan penjelasan khusus

Dalam karangan ilmiah, tanda sengkang
dinyatakan dengan 2 tanda hubung tanpa
jarak.

Contoh:
Medan—Ibu kota Sumut—terletak di Sumatera

2. Tanda sengkang menegaskan adanya
keterangan yang lain sehingga ayat
menjadi lengkap.

Contoh:
Rangkaian penemuan ini—evolusi, teori
kenisbian, dan kini juga pembelahan
atom—telah mengubah konsepsi kita
tentang alam semesta.

3. Tanda sengkang digunakan antara dua
bilangan atau tarikh yang bermaksud
sampai dengan atau antara dua nama
kota yang bererti 'ke', atau 'sampai'.
Contoh:

1919 —1921

Medan —Jakarta

10 —13 Disember 2011

Dalam penulisan, tanda sengkang
dinyatakan dengan tulisan jarak.

G. Tanda Elipsis (...)

Tanda ini dinyatakan dengan
menggunakan tiga titik, untuk
mengekspresikan jeda dalam ayat agar
pembaca dapat memahami situasi.
Tanda ini juga digunakan untuk
menggambarkan bahwa ayat tersebut
dilisankan dengan berbisik atau suara
yang perlahan sekali. Dalam penulisan
tanda elipsis diulang-ulang beberapa kali.

1. Tanda elipsis digunakan dalam ayat
yang terputus-putus.

Contoh:
Kalau begitu ... ya, marilah kita bergerak.

2. Tanda elipsis menunjukkan bahawa
dalam suatu ayat atau frasa ada
perkara yang dihilangkan.

Contoh:
Sebab-sebab kemerosotan ... akan diteliti

lebih lanjut

H. Tanda Tanya (?)

Ditulis hanya pada akhir ayat untuk
menggambarkan ayat pertanyaan, sehingga
pembaca akan mengerti intonasi ayat tersebut
jika dilisankan/ diucapkan. Dengan demikian
ayat tanya merangsang pembaca atau
pendengar untuk menjawab pertanyaan
tersebut.

1. Tanda tanya digunakan pada akhir ayat tanya.
contoh:
Bilakah adik kamu akan bersekolah?

2. Tanda tanya digunakan pada akhir
ayat tanya sebelum tanda penutup
kata (“).

Contoh:
“ Apa yang kamu lihat?” tanya

Jimmy

I. Tanda Seru (!)

Tanda seru digunakan sesudah ungkapan atau
pernyataan yang berupa seruan atau perintah
yang menggambarkan kesungguhan,
ketidakpercayaan, ataupun rasa emosi yang
kuat.

Contoh:
Alangkah mengerikannya peristiwa itu!
Bersihkan meja itu sekarang juga!
Sampai hati dia membuang anaknya!
Merdeka!

J. Tanda Kurung ((...))

1. Tanda kurung mengapit keterangan
atau penjelasan.

Contoh:
Julia melanjutkan pelajarannya di Pusat
Matrikulasi, Universiti Islam Antarabangsa
(UIA)

2. Tanda kurung mengapit keterangan
atau penjelasan yang bukan bahagian
utama dalam ayat pokok.

Contoh:
Peningkatan penjualan tahun ini (lihat
jadual 9) menunjukkan adanya
perkembangan baharu dalam pasaran
negeri.

3. Tanda kurung mengapit huruf atau kata yang
kehadirannya di dalam teks dapat
dihilangkan.

Contoh:
Pelumba kereta itu berasal dari (kota) Medan.

4. Tanda kurung mengapit angka atau huruf
yang menjelaskan satu urutan keterangan.

Contoh:
Bahagian Pemasaran mengalami masalah
(a) produk (b) harga (c) tempat dan
(d) promosi

K. Tanda Kurung Siku ([...])

1. Tanda kurung siku mengapit huruf, kata,
atau kelompok kata sebagai pembetulan
atau tambahan pada ayat atau frasa
yang ditulis oleh orang lain. Tanda itu
menyatakan bahawa kesalahan atau
kekurangan itu memang terdapat di
dalam naskah asal.

Contoh:
Sang Sapurba men[d]engar bunyi

gemerisik.

2. Tanda kurung siku mengapit
keterangan dalam ayat penjelas yang
sudah bertanda kurung.

Contoh:

Persamaan kedua proses ini
(perbezaannya dibincangkan dalam
Bab II [lihat halaman 35-38]) perlu
dibentangkan di sini.

L. Tanda Petik ("...")

1. Tanda petik mengapit petikan
langsung yang berasal daripada
pembicaraan dan naskah atau
bahan tertulis lain.

Contohnya:
"Saya belum siap," kata Mira,

"tunggu sebentar!"

2. Tanda petik mengapit judul syair,
karangan, atau bab buku yang
digunakan dalam ayat.

Contohnya:
Novel “Esok Masih Ada”

memenangi hadiah pertama.

3. Tanda petik penutup mengikuti tanda
baca yang mengakhiri petikan.

Contohnya:
Kata Jalil, "Saya juga minta satu."

4. Tanda petik digunakan pada
ungkapan yang membawa maksud
khusus.

Contohnya:
Kerana warna kulitnya, Budi

mendapat gelaran "Si Hitam".

M. Tanda Petik Tunggal ('...')

1. Tanda petik tunggal mengapit petikan
yang tersusun di dalam petikan lain.

Contohnya:
Tanya Basri, "Kau dengar bunyi 'kring-

kring' tadi?"

2. Tanda petik tunggal mengapit makna,
terjemahan, atau penjelasan kata atau
ungkapan asing.

Misalnya:
feed-back ‘maklum balas'

N. Tanda Garis Miring (/)

1.Tanda garis miring digunakan untuk menyatakan
"atau", biasanya untuk dua kata yang
bersinonim.
Contoh:
Membuat / melakukan. (dibaca: membuat
atau melakukan)

2. Tanda garis miring digunakan untuk dua hal
yang hampir serupa bunyinya, dalam hal ini
tanda "/" tidak dibaca. Contoh:
RT/RW
AC/DC

3. Tanda garis miring digunakan sebagai
lambang matematik untuk pembahagian
(tanda bahagi).
Contoh:
50/2 =…
400/2 =…

4. Tanda garis miring dipakai dalam nombor
surat, nombor pada alamat, dan
penandaan masa satu tahun yang
terbahagi dalam dua tahun takwim.
Contohnya:
No. 7/PK/1973
Jalan Keramat III/10
Tahun Anggaran 2011/2012


Click to View FlipBook Version