The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by afifahahmad32, 2022-03-23 14:05:08

KERANGKA TPACK SECARA UMUM.pdf

KERANGKA TPACK SECARA UMUM.pdf

Keywords: TPACK

KERANGKA TPACK SECARA UMUM

Kerangka TPACK memainkan peranan penting dalam menyedikan guru yang boleh
mengintegerasikan pengetahuan tiga komponen ini iaitu teknologi, pedagogi dan
kandungan dalam amalan pengajaran. TPACK adalah asas pengajaran yang berkesan
dengan teknologi, ia memerlukan pemahaman konsep menggunakan teknologi; teknik
pedagogi yang menggunakan teknologi dengan cara yang konstruktif untuk mengajar
kandungan; apakah pengetahuan yang membuatkan konsep sukar atau mudah untuk
belajar dan bagaimana teknologi boleh membantu menyelesaikan masalah P & P dan
membina pengetahuan baru berasaskan pengetahuan sedia ada. Sebagai contoh
penggunaan Internet dalam pembelajaran dalam talian memaksa guru memikirkan isu
pedagogi seperti memuat turun kandungan dalam LMS dan bagaimana menggalakkan
interaksi pelajar dengan bahan dan melibatkan mereka dalam forum dalam talian.

Secara umum kerangka TPACK adalah terdiri daripada 7 komponen
iaitu; CK - Content Knowledge atau Pengetahuan Kandungan
PK - Pedagogical Knowledge atau Pengetahuan
Pedagogi TK - Technological Knowledge atau
Pengetahuan Teknologi
PCK - Pedagogical Content Knowledge atau Pengetahuan Pedagogi Kandungan
TCK - Technological Content Knowledge atau Pengetahuan Teknologi
Kandungan TPK - Technological Pedagogical Knowledge atau Pengetahuan
Teknologi Pedagogi TPACK - Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan

1

Rajah 1 - 7 Komponen TPACK

Pengetahuan Kandungan (Content Knowledge - CK)

CK merupakan pengetahuan pengajar terhadap kandungan yang akan disampaikan

kepada pelajar. Sehubungan dengan itu, pengajar perlu menguasai kandungan seperti

konsep, teori, idea-idea, rangka kerja, keterangan dan bukti serta amalan-amalan yang

diperlukan ke arah membangunkan pengetahuan itu (Koehler & Mishra, 2009). Dalam

konteks kajian ini, CK merujuk kepada kandungan pengaturcaraan komputer.

Pengetahuan Pedagogi (Pedagogical Knowledge – PK)

PK merupakan pengetahuan tentang jenis-jenis pedagogi yang boleh digunakan sebagai

menyokong pengajaran berkesan. Menurut Koehler dan Mishra (2008), PK merangkumi

pengetahuan tentang proses serta amalan yang digunakan dalam pengajaran. Selain itu,

pengajar perlu membuat kajian terhadap teori-teori pedagogi secara khusus agar mereka

tidak lesu dalam memperkasa kaedah pengajaran bagi menghasilkan suasana P&P yang

berkualiti (Archambault & Barnett, 2010). Dalam konteks kajian ini, pengajar perlu

mengetahui teknik dan kaedah yang harus digunakan dalam pengajaran pengaturcaraan

komputer.

Pengetahuan Teknologi (Technology Knowledge - TK)

Domain TK meliputi pengetahuan terhadap jenis-jenis alatan, perkakasan atau perisian

termasuk boleh mengendalikannya dengan baik sehingga membantu atau memudah

cara pekerjaan seorang pengajar (Koehler, 2011). Hal ini merangkumi apa sahaja

pengetahuan seorang pengajar terhadap teknologi yang biasa digunakan dalam

pengajaran sama ada teknologi berbentuk analog (mikroskop, papan putih, video dan

lain-lain) mahupun digital (telefon pintar, internet, persidangan video dan lain-lain).

Pengetahuan Pedagogi Kandungan (Pedagogical Content Knowledge - PCK)

CK apabila diintegrasikan dengan PK menjadikan PCK iaitu pengetahuan teras

pengajaran yang meliputi kurikulum, penilaian dan pedagogi (Koehler & Mishra, 2009).

PCK masih mengambil kira konsep yang diperkenalkan oleh Shulman (1986) di mana ia

merangkumi pengajaran, pembelajaran, kurikulum, pentaksiran, dan laporan yang

melatari cara penyampaian pengajaran kepada para pelajar. Shulman turut menyatakan

bahawa guru yang mengajar tanpa mengetahui aspek-aspek seperti kurikulum dan

pentaksiran tidak mampu memenuhi keperluan pembelajaran oleh para pelajar.

Pengetahuan Teknologi Kandungan (Technological Content Knowledge - TCK)

CK apabila diintegrasikan dengan TK menghasilkan domain TCK. Domain TCK

merupakan pengetahuan terhadap teknologi tertentu yang paling sesuai untuk

menangani hal pembelajaran dan bagaimana ia membantu kandungan yang sesuai

apabila berlaku perubahan pada teknologi tersebut (Koehler & Mishra, 2009).

Sehubungan dengan itu, Koehler dan Mishra (2008) menyatakan bahawa CK dan TK

telah lama mempunyai hubungan konsep dalam bidang sains tulen dan sains sosial.

Sebagai contoh, seorang doktor bedah misalnya tidak mungkin boleh mengajar para

pelajarnya untuk melakukan pembedahan tanpa menggunakan teknologi seperti

stetoskop dan alat pengimbas. Begitu juga dengan bidang astronomi dan pengukuran di

mana teknologi adalah penting untuk diketahui terlebih dahulu oleh pengajar seperti

teleskop dan barometer sebelum pengajaran dilakukan. Pada masa kini, kemajuan

teknologi beralih dari teknologi analog kepada teknologi digital yang lebih canggih dan

pengetahuan seorang pengajar terhadap teknologi digital yang sesuai digunakan dengan

kandungan pengajaran akan menjadikan pengajaran itu lebih berkesan (Nelson,

Christopher & Mims, 2009).

Pengetahuan Teknologi Pedagogi (Technological Pedagogical Knowledge - TPK)

PK apabila diintegrasikan dengan TK menghasilkan domain TPK. Domain TPK

merupakan pengetahuan tentang bagaimana P&P boleh berubah apabila teknologi

tertentu digunakan dengan kaedah tertentu (Koehler & Mishra, 2009). Hal ini meliputi

pengetahuan pedagogi dan kekangan pelbagai alat teknologi yang berkaitan dengan

disiplin reka bentuk pedagogi dan strategi pengajaran. Bagi menjelaskan TPK, Koehler

dan Mishra (2008) menyatakan bahawa seorang pengajar mestilah mengetahui

bagaimana P&P perlu dilaksanakan mengikut kesesuaian teknologi masa kini yang

menyokong proses dan amalan pengajaran semasa. Dalam konteks kajian ini,

pendidikan pengaturcaraan komputer menghadapi cabaran yang hebat kerana

perubahan teknologi berkaitan amalan pembangunan aplikasi dan bahasa

pengaturcaraan komputer yang berlaku terlalu cepat.

Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan (Technological Pedagogical Content

Knowledge –TPACK)

TPACK adalah pengintegrasian pengetahuan teknologi dalam pengajaran yang

dilakukan mengikut disiplin ilmu pengetahuan pengajar di mana ia perlu difahami secara

mendalam dari sudut CK, PK, TK, PCK, TCK dan TPK (Koehler, 2011). Menurut Koehler

dan Mishra (2008), integrasi pengetahuan teknologi, pedagogi dan kandungan dalam

pengajaran akan menghasilkan P&P yang efektif dan sempurna bagi seorang guru atau

pengajar. Justeru, hasil dapatan daripada kajian ini akan digunakan sebagai panduan

pembinaan modul P&P pengaturcaraan komputer untuk kanak-kanak.

SEKIAN
TERIMA KASIH

5


Click to View FlipBook Version