EDUP3143 SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN TUGASAN 2 - PENGHASILAN PRODUK NAMA : ARDILA SUFIA BINTI AMINUDDIN NO. K/P : 030513-14-0656 ANGKA GILIRAN : 2021232340512 PROGRM : PISMP AMBILAN : JUN 2021 UNIT : PENDIDIKAN MUZIK A (SK) NAMA PENSYARAH : EN JOHAIBI BIN JUHAN
SOALAN TUGASAN Kesan-kesan stratifikasi sosial Faktor-faktor kepelbagaian sosiobudaya serta Implikasinya terhadap komuniti sekolah yang berhubungkait dengan pendidikan di Malaysia
Selain itu, sosiobudaya termasuk dalam unsur budaya dan masyarakat yang mengalas peranan penting dalam membentuk jati diri seseorang. Setiap kepelbagaian budaya mesti perlu diterima dan dihayati oleh semua orang. Murid juga, membawa bersama warisan budaya dan linguistik yang memperkayakan pengalaman pembelajaran. Pendidikan juga mesti memahami dan menghormati sosiobudaya murid dan tidak menjadikan bahasa dan nilai tradisi sebagai penghalang sumber kekayaan. Pentadbir, guru dan ibu bapa boleh memainkan tanggungjawab dalam mewujudkan persekitaran yang menjadikan murid boleh bertukar budaya. PPEENNGGEENNAALLAANN Umum mengetahui, pengetahuan tentang strafikasi sosial dan sosiobudaya dalam komuniti sekolah amat penting untuk pembangunan pendidikan inklusif menyeluruh. Komuniti sekolah bukan tempat menerima ilmu sahaja tetapi tempat dimana pelbagai lapisan masyarakat dan budaya bertemu dan bersatu padu. Strafikasi sosial merujuk kepada hierarki lapisan masyarakat yang boleh memberikan kesan kepada pelbagai aspek termasuk dari segi pendidikan. Dalam sudut komuniti sekolah, strafikasi sosial boleh digambarkan sebagai perbezaan ekonomi, status keluarga dan pelbagai faktor lain yang mempengaruhi pengalaman pendidikan murid. Sebagai contoh, murid dari strata sosial yang lebih baik mungkin memperoleh lebih banyak peluang dan akses sumber berbanding dengan murid yang tidak bernasib baik status keluarganya.
Hal ini mencetuskan perbezaan infrastruktur berdasarkan jenis sekolah seperti sekolah kawasan luar bandar dan kawasan bandar. Kemudahan dan prasarana yang kurang lengkap di kawasan pendalaman akan menyebabkan murid-murid akan terpinggir dalam dunia pendidikan berbanding dengan murid di bandar yang mempunyai pelbagai kemudahan. Tidak melihat kepada kemudahan lagi tapi lihat kepada kemampuan murid untuk menempatkan diri di sekolah yang bagus. Maksudnya, murid seawal 12 tahun lagi perlu berusaha gigih untuk mendapat keputusan yang cemerlang untuk masuk ke sekolah kluster dan mendapatkan tempat yang lebih baik. KESAN-KESAN STRATIFIKASI SOSIAL SEKOLAH Sekolah berfungsi sebagai institusi sekolah yang merupakan satu unit sosial yang berusaha mencapai matlamat yang telah ditetapkan untuk organisasi tersebut. Terdapat kumpulan manusia iaitu murid, guru, pentadbir dan kakitangan bukan guru lain yang mempunyai tugas yang sama untuk mencapai matlamat. Setiap kumpulan di sekolah mempunyai ekspektasi tugas dengan cara sendiri walaupun berada di bawah kepimpinan seorang guru besar atau pengetua Basri Hassan (2015). Masalah ini sering berlaku kerana masing-masing mempunyai kefahaman ekspektasi tugas yang berbeza dan tidak memahami cara kumpulan lain berperanan. Sebagai contoh, seorang guru tidak berpuas hati dengan pihak pentadbir sehingga mencetuskan pergaduhan dan berbeza pendapat. Kadangkadang guru tersebut masih belum dapat menyesuaikan diri di sekolah kerana berbeza dengan keadaan guru tersebut semasa masih belajar. Selain itu, wujud pengkelasan di sekolah yang di mana mempunyai sekolah elit (berasrama), sekolah kluster (SMKA & MRSM), sekolah harian dan sekolah antarabangsa.
KESAN-KESAN STRATIFIKASI SOSIAL MASYARAKAT Perbezaan dalam akses dan peluang pendidikan antara kelas sosial mewujudkan keretakan dan meningkatkan perpecahan sosial. Mungkin sukar bagi orang daripada kelas sosial yang lebih rendah untuk mencapai prestasi akademik yang setanding yang boleh yang membawa kepada kekangan dalam mobiliti sosial. Sebagai contoh, murid kelas atasan atau kelas menengah lebih mempunyai peluang pekerjaan yang lebih baik yang datang daripada hasil persekitaran yang bagus manakala murid yang berada dalam masyarakat yang tidak mahu keluar dari kepompom sendiri dan masih mengharapkan bantuan percuma, ini tidak akan memperbaiki taraf sosial murid pada masa akan datang. Keadaan ini akan menyebabkan keciciran dalam pelajaran golongan kelas bawahan kerana tidak mementingkan pendidikan (Yusri Yusof, 2019). Pada zaman moden ini, pendidikan merupakan satu cara mudah untuk mengubah nasib masyarakat golongan kelas bawahan. Tambahan pula, ketidaksamaan dalam akses kepada pendidikan mempunyai implikasi kepada isu sosial dan ekonomi yang lebih luas. Kadar jenayah mungkin meningkat dalam kalangan individu yang terpinggir dan masyarakat secara keseluruhan mungkin menghadapi cabaran untuk pembangunan ekonomi yang saksama dan memberi ruang kepada penyalahgunaan kuasa, dengan individu atau kumpulan tertentu mengambil kesempatan daripada status sosial untuk kepentingan peribadi.
KESAN-KESAN STRATIFIKASI SOSIAL KELUARGA Stratifikasi sosial keluarga memberi kelebihan kepada golongan kaya dengan mengorbankan golongan miskin. Maknanya yang kaya semakin kaya yang miskin semakin miskin sehingga menimbulkan jurang antara dua golongan tersebut. Ini akan menyebabkan tekanan emosi terhadap orang yang tergolong dalam lapisan sosial yang lebih rendah kerana mereka tidak akan dapat hak yang sama dengan golongan kaya seperti kekayaan, prestij dan kuasa. Apabila melihat kepada zaman moden ini strafikasi sosial boleh disamakan dalam bentuk ketidaksamaan sosioekonomi. Sebagai contoh jurang gaji yang berterusan antara lelaki dan wanita, kaum atau etnik mahu pun keturunan (Noraimi mohd, 2014). Dalam konten pendidikan pula, perbezaan kelas sosial ini menyebabkan akses sumber terhadap pendidikan adalah berbeza. Keluarga dari kelas atas atau menengah akan mampu menyediakan segala kemudahan kepada anak-anak untuk memastikan mereka berjaya seperti mengupah guru peribadi, memiliki gadjet yang canggih dan apa-apa bentuk bantuan yang anak-anak perlukan manakala bagi golongan kelas bawahan hanya boleh mengharapkan bantuan sekolah dan belas kasihan warga lain untuk membantu anak mereka dalam pengajaran. Golongan bawah ini mampu sahaja memberikan akses sumber kepada anak-anak tapi tidak sebagus golongan atas dan menengah. Semakin tinggi pendapatan ibu bapa dan tahap pendidikan mereka, semakin tinggi tahap pencapaian akademik anak-anak mereka.
Pengaruh faktor seperti bangsa terhadap kepelbagaian sosiobudaya di sekolah memainkan peranan penting dalam membentuk persekitaran pendidikan yang pelbagai bangsa sebagai elemen penting dalam kepelbagaian sosiobudaya, mempunyai kesan yang luas dan mendalam terhadap interaksi antara pelajar, guru, dan seluruh komuniti sekolah. Bangsa memainkan peranan dalam membentuk identiti budaya pelajar (Noor Mohd et. al, 2014). Di sekolah, kehadiran pelajar dari pelbagai bangsa mewujudkan peluang untuk pertukaran budaya yang memperkayakan pengalaman pendidikan dan menggalakkan persefahaman. FAKTOR-FAKTOR KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA BANGSA Tambahan pula, pengaruh bangsa turut mempengaruhi pembentukan kumpulan sosial di sekolah. Pelajar cenderung berkumpul dengan pelajar dari latar belakang bangsa yang sama, yang boleh mengakibatkan pembentukan kumpulan yang diasingkan dalam sekolah. Walau bagaimanapun, sekolah juga merupakan tempat yang sesuai untuk menggalakkan persefahaman dan toleransi antara kumpulan bangsa yang berbeza.
FAKTOR-FAKTOR KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA BAHASA Murid yang berkomunikasi menggunakan bahasa ibunda mereka mungkin membawa nilai budaya yang mendalam bersama mereka. Ini mewujudkan kepelbagaian yang kaya dan menyumbang kepada pembelajaran pelajar lain yang mungkin kurang biasa dengan budaya tersebut. Pengaruh bahasa terhadap kepelbagaian sosiobudaya di sekolah juga dapat dilihat dalam konteks pendidikan formal. Murid yang mempunyai pemahaman yang lebih baik tentang bahasa pengantar mungkin dapat menunjukkan prestasi akademik yang lebih baik. Oleh itu, adalah penting bahawa sekolah menyediakan sokongan tambahan untuk pelajar yang menghadapi kesukaran memahami atau menggunakan alat pengajaran Bahasa merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi utama sebagai medium komunikasi terpenting. Bahasa memainkan peranan penting dalam membentuk dan mencerminkan kepelbagaian dalam kalangan murid. Pertama, perbezaan bahasa boleh menyebabkan perpecahan dalam kalangan murid. Hal ini demikian kerana murid yang bertutur dalam bahasa lain mungkin berasa tersisih atau mengalami kesukaran untuk berinteraksi dengan rakan sebaya yang bertutur dalam bahasa lain. Oleh itu, adalah penting untuk mewujudkan persekitaran di sekolah yang menggalakkan penggunaan pelbagai bahasa tanpa diskriminasi Kedua, bahasa juga merupakan medium untuk memelihara dan mewariskan budaya.
FAKTOR-FAKTOR KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA KEPERCAYAAN DAN AGAMA Kepelbagaian sosiobudaya di sekolah dipengaruhi bukan sahaja oleh bangsa dan bahasa, tetapi juga oleh kepercayaan dan agama. Unsur-unsur ini menyumbang secara signifikan kepada kekayaan dan komuniti pendidikan. Kepercayaan dan agama adalah asas kepada nilai dan budaya yang diterapkan oleh pelajar, guru, pentadbir dan kakitangan sekolah. Di dalam kepelbagaian ini terdapat pengaruh yang membentuk hubungan dan pembelajaran interpersonal. Penerimaan terbuka terhadap perbezaan akidah dan agama mewujudkan ruang persefahaman dan kerjasama dalam kalangan pelajar. Dalam konteks akidah, pelajar dapat membawa nilai moral dan kerohanian yang mendalam kepada persekitaran sekolah. Ini mewujudkan sikap positif, etika kerja, dan hubungan sosial yang seimbang. Selain itu, peluang untuk memahami dan menghormati kepercayaan setiap individu boleh mewujudkan budaya inklusif di sekolah (Farhana Rahman et. al, 2020). Kepelbagaian agama di sekolah membuka pintu kepada pelbagai amalan dan perayaan agama. Inisiatif seperti program pendidikan agama yang menyeluruh dan penyertaan dalam perayaan keagamaan dapat meningkatkan kefahaman dan penghayatan terhadap kepelbagaian ini Saling hormat-menghormati antara pelajar yang berlainan agama juga menggalakkan keharmonian di kalangan warga sekolah. Walau bagaimanapun, pengaruh akidah dan agama juga boleh menyebabkan kesukaran. Perbezaan kepercayaan sering menimbulkan ketegangan dan konflik jika tidak ditangani dengan bijak. Secara keseluruhannya, kesan kepercayaan dan agama terhadap kepelbagaian sosiobudaya di sekolah boleh menjadi positif jika diurus dengan bijak.
IMPLIKASINYA TERHADAP KOMUNITI SEKOLAH YANG BERHUBUNGKAIT DENGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA PENTADBIR - TEMUBUAL Selain itu, implikasi stratifikasi sosial dan sosiobudaya juga melibatkan keperluan menangani isu diskriminasi di dalam sekolah. Pihak pentadbir perlu mengambil tindakan tegas untuk memastikan setiap pelajar dilayan secara adil tanpa mengira latar belakang sosial atau budaya mereka. Ini mungkin melibatkan pelaksanaan dasar anti diskriminasi, pendedahan kepada budaya yang berbeza, dan pengiktirafan serta penghormatan terhadap keunikan setiap pelajar. Melalui kesedaran, amalan dan penjajaran asas, mereka boleh membawa sekolah ke arah yang memupuk semangat keadilan sosial dan menyokong kepelbagaian sosiobudaya dalam kalangan pelajar di Malaysia Setelah menemubual pentadbir sekolah, apa yang didapati pentadbir perlu menghadapi cabaran untuk menyelaraskan sumber dan memberikan sokongan yang sama kepada pelajar dari lapisan sosial yang berbeza. Ketidaksamaan ekonomi boleh membawa kepada jurang dalam akses kepada buku teks, bahan pengajaran dan kemudahan pendidikan yang lain. Untuk cadangan penambahbaikan adalah pentadbir perlu memastikan pengagihan sumber yang menyeluruh bagi memenuhi keperluan pelajar dari semua lapisan masyarakat. Sebagai contoh, pentadbir mesti mengenal pasti murid yang kurang bernasib baik dan memberikan bantuan sewajarnya supaya murid tersebut tidak berasa tersisih dan malu untuk datang ke sekolah. Implikasi kedua ialah keperluan untuk memberi latihan dan pengukuhan kepada guru supaya mereka dapat mengendalikan kepelbagaian sosial dan budaya dalam kalangan pelajar. Guru perlu mempunyai kemahiran komunikasi dan kesedaran budaya yang berkesan untuk memahami dan bertindak balas terhadap keperluan pelajar daripada latar belakang yang berbeza. Pentadbir sekolah memainkan peranan penting dalam membangunkan program latihan yang berkaitan untuk meningkatkan kompetensi guru dalam menyokong pelajar dari pelbagai lapisan sosial.
IMPLIKASINYA TERHADAP KOMUNITI SEKOLAH YANG BERHUBUNGKAIT DENGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA GURU - SOAL SELIDIK Separuh dari responden mengatakan setuju sekolah kluster MRSM lebih menjamin kejayaan murid. Hal ini demikian kerana guru dari MRSM mempunyai pengalaman yang bagus untuk melatih murid-murid berfikir aras tinggi manakala cikgu sekolah harian mungkin menghadapi cabaran dalam mendapatkan akses kepada latihan dan pembangunan profesional yang diperlukan. Ini boleh memberi kesan kepada kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Cadangan penambahbaikan adalah dengan menghantar guru ke kursus yang mampu mengasah kemahiran guru dengan lebih baik. Sebagai contoh, guru yang kurang pandai dalam penggunaan teknologi boleh menyertai pelbagai kursus untuk meningkatkan pengetahuan dalam penggunaan teknologi di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, Dalam konteks pendidikan di Malaysia, penekanan terhadap keadilan sosial dan peluang yang sama dalam pendidikan perlu menjadi fokus utama untuk menangani implikasi stratifikasi sosial dan sosiobudaya kepada guru. Pelbagai inisiatif, seperti latihan sensitiviti budaya dan pendekatan pengajaran inklusif, boleh membantu mewujudkan persekitaran pendidikan yang lebih saksama dan inklusif. Ini akan menyumbang kepada pembangunan masyarakat yang lebih seimbang dan adil di Malaysia. Majoriti mengatakan guru harus membuat aktiviti berkumpulan untuk mengalakan murid-murid berkawan antara satu sama lain. Faktor sosiobudaya seperti kepelbagaian budaya dalam kalangan pelajar juga mungkin mempengaruhi guru. Guru perlu berinteraksi dengan pelajar dari pelbagai latar belakang, dan kepekaan terhadap kepelbagaian ini adalah penting. Guru yang tidak memahami atau menghormati budaya yang pelbagai mungkin menghadapi cabaran dalam membina hubungan positif dengan pelajar dan keluarga mereka. Cadangan penambahbaikan adalah setiap guru mestilah mempunyai sifat seperti guru kaunseling untuk memahami keadaan murid yang berbeza latar belakang dan budaya tanpa menghukum mereka dengan mata kasar, guru perlu mengkaji dan mengetahui sebab serta tidak seharusnya pilih kasih antara murid yang berbeza bangsa dan status.
IMPLIKASINYA TERHADAP KOMUNITI SEKOLAH YANG BERHUBUNGKAIT DENGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA IBU BAPA - SOAL SELIDIK Sebanyak 72.7% setuju akan status keluarga yang baik akan mendatangkan kejayaan kepada pembelajaran murid-murid dan 27.3% tidak bersetuju akan perkara tersebut. Majoriti ibu bapa yang setuju mengatakan anak akan dapat kemudahan yang lebiu baik apabila sedang membesar, keluarga akan mempengaruhi psikologi anak-anak kerana setiap apa yang berlaku di rumah akan memberikan kesan kepada emosi anak-anak manakala ibu bapa yang tidak setuju mengatakan tidak, sifat individu tersebut yang mendatangkan kejayaan kepada dirinya jika dia berusaha sedaya upaya mencari ilmu dan mungkin bergantung kepada rezeki masing- masing. Untuk kupasan perkara ini, ada yang betul dari segi logik dan ada yang betul dari segi keajaiban. Hal ini kerana ibu bapa merupakan orang paling dekat dengan anak-anak selepas guru, untuk memastikan anak-anak sentiasa belajar adalah ibu bapa sendiri.Bayangkan kalau ibu bapa tidak dapat menyediakan pelbagai kemudahan ini pasti mematahkan semangat anak-anak dan berasa kurang bermotivasi. Ibu bapa daripada lapisan sosial rendah mungkin menghadapi cabaran untuk menyediakan buku teks, bahan pembelajaran atau perkhidmatan tambahan yang boleh meningkatkan pembelajaran anak-anak mereka. Hal ini berlaku kerana duit yang diperlukan harus digunapakai untuk keperluan rumah dan sebagainya jadi ibu bapa tidak kisah akan pelajaran anak- anak dan guna apa yang ada untuk terus belajar. Jika mendapat anak yang terlahir mempunyai motivasi tersendiri tidak mengapa tetapi sebaliknya ini akan merugikan masa depan anak-anak. Mereka anak- anak perlu galakan dan nasihat dari ibu bapa untuk terus berjaya. Antara cadangan penambahbaikan adalah ibu bapa mesti menumpukan perhatian kepada anak dan sentiasa pantau akademik dan kokurikulum. Tidak mengapa untuk tidak memiliki banyak sumber pelajaran asalkan anak-anak sentiasa bergantung dengan sumber yang sekolah beri dan sentiasa menyiapkan, aktif dan terlibat mana- mana aktiviti untuk membentuk personaliti berkepimpinan yang berwibawa. 100% responden ibu bapa setuju jika sekolah anak mereka menyambut hari perayaan bangsa lain. Majoriti mereka mengatakan dapat mengeratkan hubungan dengan pelbagai bangsar dan budaya luar, kesedaran dan pengalaman dapat mengajar anak untuk sentiasa menghormati sesama bangsa. Ini jelas menunjukkan ibu bapa di Malaysia tidak mengamalkan sikap perkauman dan anti dengan kaum lain sehingga merebak kepada anak-anak.Kalau kita bayangkan ibu bapa “racist” terhadap kaum lain mesti anak akan terikut dan bawa sikap tersebut di sekolah. Ini kerana ibu bapalah mencorak perangai anak-anak dari rumah lagi. Cadangan penambahbaikan untuk mengelakan anak-anak mempunyai sifat perkauman adalah dengan menasihati mereka tidak memilih dalam berkawan dan tidak mengejek kawan yang berbeza warna kulit darinya. Sentiasa memberikan mereka maklumat baharu tentang kaum lain agar mereka tidak menyentuh sensitiviti yang mengundang konflik.
IMPLIKASINYA TERHADAP KOMUNITI SEKOLAH YANG BERHUBUNGKAIT DENGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA MURID - SOAL SELIDIK Untuk soalan nombor 1, 60% mengatakan tidak untuk berasa sedih dan cemburu jika kawan lagi kaya dan 40% cemburu dan sedih melihat kawan lagi kaya. Setelah diselidik ini menimbulkan rasa tidak senang kerana murid sekolah rendah tidak sepatutnya merasa begitu di usia yang masih muda. Untuk mengatasi ini adalah ibu bapa dan guru mestilah memberikan motivasi dan menasihati mereka supaya bersyukur dan tidak iri hati dengan rezeki murid lain. Kalau murid mengamalkan ini, akan menjejaskan hubungan baik diantara rakan dan terjadinya pergaduhan. Untuk soalan nombor 2 masih 60% setuju akan semua murid harus mendapat bantuan dan 40% tidak setuju semua murid mendapat bantuan. Setelah dikupas isu ini, murid 60% merupakan murid kurang senang dan murid 40% merupakan murid berada. Penyebab murid tidak bersetuju kerana mereka sedar bahawa mereka sudah memilik pelbagai sumber dan lebih baik memberikan kepada murid yang memerlukan. Ini mungkin terjadi sedikit kekeliruan tetapi tahniah kepada ibu bapa dan guru yang berjaya mendidik mereka yang tetap berfikir tentang nasib orang lain walaupun masih muda. Untuk soalan nombor 3 sebanyak 90% tidak pernah dibuli kerana latar belakang dan 10% mengatakan di buli maknanya dari 10 orang hanya seorang mengalami peristiwa buruk. Setelah dikaji murid tersebut merupakan murid baru berpindah dan sekolah terdahulu merupakan sekolah golongan yang berada jadi disebabkan murid tersebut tidak memakai beg yang berjenama sepeti smiggles jadi murid-murid lain tidak mahu berkawan dengannya. Cara untuk mengatasi perkara ini adalah ibu bapa mestilah berjumpa dengan guru dan berbincang supaya menasihati murid agar tidak menormalisasikan perkara ini. Soalan nombor 4 pula, 90% faham akan bahasa guru dan rakan di sekolah dan 10% tidak faham. Setelah di cari, murid tersebut merupakan murid bangsa cina yang bersekolah di sekolah melayu jadi murid tersebut belum fasih lagi untuk bercakap bahasa melayu dan kadang-kadang lebih banyak berdiam diri dan pasif di dalam kelas. Cadangan penambahbaikan adalah guru mestilah sentiasa berkomunikasi dengannya agar murid tidak tersisih dan ibu bapa harus berbuat sesuatu untuk melancarkan lagi penggunaan bahasa melayu di rumah untuk memudahkan proses berkomunikasi di sekolah
Kesimpulannya, topik ini memberikan banyak maklumat tentang stratifikasi sosial dan sosiobudaya di sekolah sehingga membuka mata saya terhadap alam realiti kehidupan pendidikan yang sentiasa mempunyai masalah tersendiri dan harus diselesaikan dengan cepat supaya tidak merebak dan menganggu generasi yang seterusnya. Selain itu, topik ini membuatkan sifat empati dan belas kasihan saya semakin tinggi untuk memahami setiap unit kumpulan di sekolah. Masing-masing ada tugas dan tanggungjawab untuk mencapai matlamat institusi sekolah yang cemerlang. Tidak lupa temu bual dan soal selidik secara digital menambah lagi ilmu pengetahuan saya dan dapat berkongsi idea bersamasama. REFLEKSI
BUKTI Temu bual bersama pentadbir sekolah Soal selidik untuk ibu bapa, guru dan murid
RUJUKAN Basri Hassan. (2015, July 26). kesan stratifikasi sosial dalam pendidikan. Scribd. https://www.scribd.com/document/587179136/kesanstratifikasi-sosial-dalam-pendidikan Norimi Bt Mohd Rani (2014). Kesan Strafikasi Sosial Dalam Pendidikan. Diakses daripada https://www.slideshare.net/NoorlydaAbdLatip/stratifikasi-dlmpendidikan Yusri bin yusuf (2019). Topik 6 : Stratifikasi Sosial. Diakses daripada https://www.slideshare.net/cikgutika/topik-6-stratifikasi-sosial-mobilitisosial Nur Farhana Abdul Rahman, Khadijah Mohd Khambali @ Hambali, Nur Solehah Shapiee, & Nur Ashilah Kahar. (2020). Pendefinisian Pluralisme Agama dalam Konteks Malaysia. Islamiyyat, 41(2), 61-70. Noor Aziera Mohamad Rohana, Mohd Faizal P Rameli, Rawi Nordin & Siti Nurul Izza Hashim. (2017). Kepelbagaian dan Kesepaduan Etnik di Malaysia Menurut Islam. Jurnal Sains Insani, 2(2), 88-97.