The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PANDUAN PENGAJARAN PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 5

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mahiranman, 2021-09-28 20:47:54

PANDUAN PENGAJARAN PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 5

PANDUAN PENGAJARAN PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 5

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

PANDUAN PENGAJARAN

PENDIDIKAN MUZIK

TAHUN 5

Terbitan

Kementerian Pendidikan Malaysia

Bahagian Pembangunan Kurikulum
2014

Cetakan Pertama
© Kementerian Pendidikan Malaysia

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian
artikel, ilustrasi, audio dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan cara
apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain
sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan
Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Perpustakaan Negara Malaysia DataPengkatalogan-dalam-Penerbitan

Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia. Bahagian Pembangunan Kurikulum
Panduan pengajaran pendidikan muzik Tahun 5 : Kurikulum standard sekolah
rendah :

ISBN 978-967-420-050-2
1. Music-Instruction and study. 2, Curriculum Planning.
I. Malaysia. Kementerian Pendidikan. Bahagian Pembangunan Kurikulum.
372.87

Pengenalan v
Judul Lagu vii

CONTOH AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 3
Perincian Tajuk Kecil Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran 4
Nyanyian 8
Perkusi 12
Muzik dan Gerakan 16
Rekoder 28
Penghasilan Muzik 30
Apresiasi Muzik 34
Notasi Muzik

REPERTOIR LAGU 42
Amalan Kita 50
Edelweiss

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN (RPH) 61
Contoh RPH
64
MAKLUMAT LAGU 66
Maklumat Lagu
Kandungan CD 68

PENGHARGAAN
Penghargaan

Buku Panduan Pengajaran Pendidikan Muzik Tahun Lima ini telah dihasilkan
oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Buku ini disediakan sebagai bahan rujukan untuk membantu guru menjana idea,
merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Muzik di sekolah. Buku ini diharapkan dapat membantu guru untuk
menterjemahkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), Pendidikan Muzik.

Sehubungan dengan itu, Bahagian Pembangunan Kurikulum mengambil inisiatif
mengumpulkan panel-panel terpilih bagi mencurahkan idea untuk menghasilkan
Panduan Pengajaran ini. Buku ini mengandungi pelbagai contoh aktiviti pengajaran
dan pembelajaran bagi memberi pengetahuan dan pengalaman kepada murid
melakukan aktiviti muzik dengan sokongan pelbagai bahan audio.

Panduan Pengajaran ini mengandungi contoh aktiviti pengajaran dan pembelajaran:
 Nyanyian
 Perkusi
 Muzik dan Gerakan
 Rekoder
 Penghasilan Muzik
 Apresiasi Muzik; dan
 Membaca dan Menulis Notasi Muzik

Strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam buku ini merupakan
cadangan. Guru digalakkan menggunakan kreativiti sendiri untuk mengubah suai
aktiviti tersebut supaya bersesuaian dengan kesediaan dan kebolehan murid dalam
setiap pengajaran dan pembelajaran. Peruntukan waktu Pendidikan Muzik ialah 30
minit seminggu. Bagaimanapun setiap unit pengajaran direka bentuk mengikut
peruntukan masa yang sesuai. Ini bermakna, guru mempunyai waktu fleksibel yang
selesa untuk mencapai standard pembelajaran dalam waktu yang diperuntukan
untuk setiap unit pengajaran.

v

Buku panduan ini dibekalkan dengan CD audio. CD ini mengandungi lagu, muzik
iringan dan latihan pendengaran untuk membantu guru mencapai standard
pembelajaran yang dihasratkan. Namun, lagu-lagu yang dibekalkan
merupakan lagu cadangan. Guru boleh memilih dan menggunakan lagu daripada
koleksi mereka sendiri yang sesuai dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
yang dijalankan.
Bahagian Pembangunan Kurikulum merakamkan jutaan terima kasih atas
sumbangan pelbagai pihak yang terlibat secara langsung dalam penghasilan buku
panduan ini. Buku Panduan Pengajaran Pendidikan Muzik Tahun Lima ini diharap
dapat dimanfaatkan dalam usaha melahirkan modal insan yang mampu
menyumbang ke arah pembangunan negara selaras dengan kehendak Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.

vi

JUDUL LAGU CD/TRACK MUKA SURAT

Abang Balik Kampung (Vokal) 03 6
Adikku Sayang (Vokal) 01 5
Amalan Kita 39 48
Edelweiss 47 56
Negaraku Tercinta (Vokal) 09 10

vii



CONTOH
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN



PERINCIAN TAJUK KECIL
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Aktivi Waktu
pengajaran pengajaran
3 waktu x 30
dan minit
pembelajaran
Cadangan
Fokus Bahan Bantu
pengajaran Belajar
dan
pembelajaran Merujuk
kepada
Merujuk Dokumen
Dokumen Standard
Standard Kurikulum
Kurikulum dan
dan Pentaksiran
Pentaksiran (DSKP)
(DSKP) Pendidikan
Pendidikan Muzik Tahun
Muzik Tahun 5
5
Cadangan
Merujuk aktiviti.
Dokumen
Standard
Kurikulum
dan
Pentaksiran
(DSKP)
Pendidikan
Muzik Tahun
5

Cadangan
Elemen
Merentas
Kurikulum.

3

Lagu Berkembar Track 01 Adikku Sayang (Vokal)
Track 02 Adikku Sayang (Instrumental)
Track 03 Abang Balik Kampung (Vokal)
Track 04 Abang Balik Kampung (Instrumental)
Track 05 Adikku Sayang (Vokal) + Abang Balik

Kampung (Vokal)
Track 06 Adikku Sayang + Abang Balik Kampung

(Minus one)

Pengalaman Muzikal Rujuk DSKP Pendidikan Muzik
1.1 Menyanyi lagu daripada pelbagai repertoir. Tahun 5

1.1.2 Bernyanyi lagu berkembar. Minggu 1
1. Mendengar, menepuk detik dan
Elemen nilai murni
- Kerjasama. menyanyi lagu Adikku Sayang.
- Yakin pada diri sendiri. (Track 01 dan 02)
Minggu 2
4 2. Mendengar, menepuk detik dan
menyanyi lagu Abang Balik Kampung.
(Track 03 dan 04)
Minggu 3
3. Menyanyi lagu Adikku Sayang dengan
audio vokal Abang Balik Kampung.
(Track 03)
4. Menyanyi lagu Abang Balik Kampung
dengan audio vokal Adikku Sayang.
(Track 01)
5. Murid dibahagikan kepada dua
kumpulan. Kumpulan A menyanyikan lagu
Adikku Sayang, kumpulan B menyanyikan
lagu Abang Balik Kampung secara
berkembar.

Adikku Sayang

Bangun adikku sayang
Bawa pukat dan joran
Tangkap ikan dan udang
Buat jamu hidangan

Adik adikku sayang
Nun jauh abang pulang
Riang dan rindu hilang
Kita keluarga riang

5

ABANG BALIK KAMPUNG
Abang balik kampung
Kampung dekat gunung
Rumah tepi sungai
Kawan hidup damai
Jangan marah marah
Abang sayang saya
Kalau balik rumah
Boleh kita jumpa

6

LAGU BERKEMBAR

Adikku Sayang & Abang Balik Kampung

Adiikku
Sayang

Abang
Balik

Kampung

Adikku
Sayang

Abang
Balik

Kampung

Adikku
Sayang

Abang
Balik

Kampung

7

Irama Track 01 Adikku Sayang (Vokal)
- meter

Rujuk DSKP Pendidikan Muzik Tahun 5

Pengalaman Muzikal
1.2 Memainkan alat perkusi.

1.2.1 Memainkan corak irama Minggu 1
berdasarkan skor. 1. Menyanyi sambil menepuk detik lagu

- meter Adikku Sayang (Track 01).
2. Murid menepuk corak irama

berpandukan kad irama untuk mengiringi
lagu.
Minggu 2
3. Murid dibahagikan kepada 2- 4
kumpulan. Setiap kumpulan memilih
satu jenis alat perkusi dan satu kad
irama.
4. Murid memainkan alat perkusi
mengiringi lagu Adikku Sayang bermula
dari bar yang bertanda ( * ) .
(Track 01)
5. Murid memainkan gabungan mana-mana
corak irama untuk mengiringi lagu
Adikku Sayang bermula dari bar yang
bertanda ( * ) mengikut kumpulan.
(Track 01)

Elemen kreativiti
- Memainkan perkusi dengan pelbagai corak irama.

8

Arahan
1. Murid menepuk corak irama seperti yang terdapat pada kad irama.
2. Murid dibahagikan kepada kumpulan. Setiap kumpulan memilih satu jenis alat perkusi dan satu

kad irama bagi mengiringi lagu Adikku Sayang. Mainkan alat perkusi bermula dari bar yang
bertanda (*).

Kad irama

Kad irama 1 Kad irama 2

Kad irama 3 Kad irama 4

9

Adikku Sayang

Bangun adikku sayang
Bawa pukat dan joran
Tangkap ikan dan udang
Buat jamu hidangan

Adik adikku sayang
Nun jauh abang pulang
Riang dan rindu hilang
Kita keluarga riang

10



Pergerakan berdasarkan Track 07 Sajak Negaraku Tercinta
- warna ton Track 08 Muzik Iringan Sajak NegarakuTercinta
- irama Track 09 Negaraku Tercinta (Vokal)
Track 10 Negaraku Tercinta (Instrumental)
Track 11 Negaraku Tercinta (sajak + lagu Vokal)
Track 12 Negaraku Tercinta (sajak dan

lagu Instrumental)

Rujuk DSKP Pendidikan Muzik
Tahun 5

Pengalaman Muzikal Minggu 1
1.3 Bergerak mengikut muzik. 1. Mendengar rakaman sajak Negaraku

1.3.1 Membuat pergerakan berdasarkan Tercinta. (Track 07)
muzik yang didengar. 2. Berbincang tentang kesan bunyi yang
- warna ton
- irama didengar pada iringan muzik
tersebut. (Track 07)
3. Murid membuat pergerakan berdasarkan
bunyi yang didengar.
Contoh: Bergerak mengikut bunyi air dan
helikopter. (Track 07)
Minggu 2
4. Murid mencipta kesan bunyi berdasarkan
rakaman muzik iringan sajak Negaraku
Tercinta. Contohnya menggunakan alat
perkusi, perkusi badan dan suara untuk
mendapatkan warna ton. (Track 08)
Minggu 3
5. Murid mencipta pergerakan kreatif
berdasarkan rakaman muzik iringan
sajak Negaraku Tercinta.(Track 08)
Minggu 4
6. Murid membuat persembahan puisi
Negaraku Tercinta sambil membuat
pergerakan dan kesan bunyi.
(Track 11 dan 12)

Elemen kreativiti
- Mencipta kesan bunyi dan pergerakan.

12

Negaraku Tercinta

Kau tanah tumpah darahku
Lahir hasil perjuangan bangsa
Dahagakan kemerdekaan
Yang tak rela bumi dijajah.

31 Ogos tahun 57 sejarah telah dilakar
Jalur Gemilang megah berkibar
Tersohor dalam acara segala
Harum namamu di persada dunia.

Oleh,
Khairul Bariah Binti Haroen

Catatan:

Semasa pengajaran, guru hendaklah memberi
penekanan terhadap aspek aktiviti berikut:
i. penghasilan kesan bunyi
ii. pergerakan

13

GGee

14



Rekoder: Track 13-18 Latihan perlidahan dan penjarian
- Penjarian not E dan F not F
- Melodi kaunter
Track 19-24 Latihan perlidahan dan penjarian
not E

Track 25 Latihan perlidahan dan penjarian not F
dan E

Track 26 Melodi Kaunter 1 (Adikku Sayang)
Track 27 Melodi Kaunter 2 (Adikku Sayang)
Track 28 Melodi Kaunter 1 dan 2 (Adikku Sayang)

Pengalaman Muzikal Rujuk DSKP Pendidikan Muzik
1.4. Memainkan rekoder secara ensembel. Tahun 5

1.4.1 Memainkan not E, F, G, A, B, C ‘ dan Minggu 1
D’ dengan ton yang baik. 1. Murid mengenal pasti penjarian not F
- memainkan not
dan memainkan latihan penjarian not F.
- penjarian not E dan F (Track 13-18)
- pernafasan 2. Murid mengenal pasti penjarian not E
- perlidahan ( dengan sebutan ‘tu’ ) dan memainkan latihan penjarian not E.
- embouchure (Track 19-24)
- postur Minggu 2
3. Latihan perlidahan, pernafasan dan
penjarian not F dan E. (Track 25)
4. Murid mengenal pasti not E dan F
pada melodi kaunter 1 dan memainkan
melodi kaunter 1 lagu Adikku Sayang.
(Track 26)
Minggu 3
5. Murid mengenal pasti not E dan F
pada melodi kaunter 2 dan memainkan
melodi kaunter 2 lagu Adikku Sayang.
(Track 27)
Minggu 4
6. Murid memainkan kedua-dua melodi
kaunter lagu Adikku Sayang dengan
iringan muzik.(Track 28)

Nilai murni semasa melakukan aktiviti muzik
- Bertoleransi semasa melakukan aktiviti muzik
- Bertanggungjawab terhadap tugas dan peranan yang diber.

16

Ulangkaji : Asas penjarian rekoder

7
6

5

4
Tangan kanan

3

2
1

0
Tangan kiri

17

Penjarian rekoder not F

F

4 Tangan kanan

3

2
1
0

Tangan kiri

18

Latihan perlidahan dan penjarian not F

Arahan :
Murid mendengar rakaman CD, menyanyi dengan sebutan perlidahan dan memainkan rekoder.

Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3
Murid mendengar rakaman CD Murid menyanyi dengan Murid memainkan rekoder

Latihan 1 : Track 13 sebutan perlidahan

tu tu tud

Latihan 2 : Track 14

tu tu-ud

Latihan 3 : Track 15

Latihan 4 : Track 16 tu tu tu tud
Latihan 5 : Track 17 tu tu tu tu-ud
Latihan 6 : Track 18 tu tu tu tu-ud
tu tu tu tu tu-ud

19

Penjarian rekoder not E

E

5
4 Tangan kanan

3

2
1
0

Tangan kiri

20

Latihan perlidahan dan penjarian not E

Arahan :
Murid mendengar rakaman CD, menyanyi dengan sebutan perlidahan dan memainkan rekoder.

Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3
Murid mendengar rakaman CD Murid menyanyi dengan Murid memainkan rekoder

sebutan perlidahan

Latihan 1 : Track 19

tu tu tud

Latihan 2 : Track 20

tu tu-ud

Latihan 3 : Track 21

Latihan 4 : Track 22 tu tu tu tud
Latihan 5 : Track 23 tu tu tu tu-ud

Latihan 6 : Track 24 tu tu tu tu-ud
tu tu tu tu tu-ud

21

Latihan

Arahan :

1. Tepuk corak irama skor di bawah.
2. Menyanyi dengan sebutan perlidahan.
3. Memainkan rekoder.

4. Ambil nafas pada permulaan frasa bertanda V.

5. ‘tu_’ disebut di pertengahan frasa.
6. ‘tu_ud’ disebut pada akhir frasa.

Latihan perlidahan dan penjarian not F dan E

Am Dm F Am
Dm E Am
V

F

V

22

ADIKKU SAYANG
SKOR MELODI KAUNTER 1
Melodi Kaunter 1
Melodi Kaunter 1
Melodi Kaunter 1

23

ADIKKU SAYANG
SKOR MELODI KAUNTER 2
Melodi Kaunter 2
Melodi Kaunter 2
Melodi Kaunter 2

24

ADIKKU SAYANG
SKOR MELODI KAUNTER

Melodi Kaunter 1
Melodi Kaunter 2

Melodi Kaunter 1
Melodi Kaunter 2

Melodi Kaunter 1
Melodi Kaunter 2

25

Latihan

NAMA : _______________________________________ KELAS : _______________
Arahan :
Hitamkan pada lubang penjarian rekoder not F dan E

FE

26

JENIS-JENIS REKODER

Contra Bass

Bass

Tenor
Alto

Soprano
Sopranino

27

Irama: Track 01 Adikku Sayang (Vokal)
- Corak irama Track 03 Abang Balik Kampung (Vokal)

Penghasilan Muzik Rujuk DSKP Pendidikan Muzik
2.1 Menghasilkan idea muzikal kreatif. Tahun 5

2.1.2 Mencipta corak irama mudah. Minggu 1
- meter 1. Guru memperkenalkan kad corak irama

meter .

2. Murid menepuk corak irama tersebut.
Minggu 2
3. Murid bermain permainan Kotak

Beracun dalam kumpulan kecil.
(lampiran penghasilan muzik)
Minggu 3
4. Murid memainkan ciptaan corak
irama untuk mengiringi lagu Adikku
Sayang atau Abang Balik Kampung.
(Track 01 atau 03)

Elemen kreativiti dan nilai murni
- Eksplorasi muzik melalui ciptaan irama yang berbeza-beza.

28

Aktiviti Permainan Kotak Beracun
Arahan :
1. Guru menyediakan 4 set kad corak irama.
2. Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan kecil.
3. Murid duduk dalam bulatan mengikut kumpulan masing-masing.
4. Guru memainkan muzik dan murid mengedarkan kotak mengikut pusingan jam.
5. Apabila muzik berhenti, murid terakhir dalam setiap kumpulan yang memegang kotak akan

mengambil satu kad irama.
6. Murid tersebut dikehendaki melekatkan corak irama di papan hitam mengikut ruang yang

disediakan untuk setiap kumpulan dan menepuk corak irama tersebut. Murid yang lain
mengajuk tepukan corak irama mengikut giliran kumpulan masing-masing.
7. Aktiviti 3 hingga 5 diulang semula sebanyak 3 kali tetapi murid kedua dan seterusnya
dikehendaki menepuk corak irama dari kad corak irama yang pertama.
8. Murid memainkan ciptaan corak irama kumpulan masing-masing.

Contoh kad irama

29

Muzik Tradisional Malaysia Track 29 Dikir Barat
- Dikir Barat Track 30 Audio rebana ubi ibu
Track 31 Audio rebana ubi anak
Track 32 Audio tetawak
Track 33 Audio marakas
Track 34 Audio canang

Apresiasi Muzik Rujuk DSKP Pendidikan Muzik
3.1 Menghayati muzik daripada pelbagai Tahun 5

repertoir. Minggu 1
- Muzik Popular 1. Mendengar audio Dikir Barat.
- Muzik Tradisional Malaysia
- Muzik Klasik Barat (Track 29)
- Muzik Asia 2. Bersoal jawab tentang cara

3.1.1 Memberi pendapat tentang muzik persembahan Dikir Barat.
yang didengar menggunakan
terminologi muzik secara Minggu 2
berpandu. 3. Guru memperkenalkan alat muzik Dikir

Ciri-ciri muzik : Barat. (gambar dan audio)
- Alat Muzik - rebana ubi ibu (Track 30)
- rebana ubi anak (Track 31)
( contoh: alat bertali, tiupan) - tetawak (Track 32)
- Cara Persembahan - marakas (Track 33)
- canang (Track 34)
4. Menamakan alat muzik yang terdapat
dalam persembahan Dikir Barat
berdasarkan audio yang didengar.
(Track 35)

Elemen TMK dan kreativiti
- Melayari internet untuk mengenal pasti muzik tradisional di Malaysia.

30

NOTA GURU
Dikir Barat merupakan muzik tradisional Malaysia yang popular di negeri Kelantan.

Cara Persembahan Dikir Barat
1. Awak-awak

 Awak-awak merupakan kumpulan
penyanyi latar dalam Dikir Barat.

 Awak-awak berperanan sebagai
penyanyi korus (beramai-ramai) dalam
kumpulan.

 Mereka menyanyi sambil
menggerakkan lengan, tangan dan
bahagian atas
anggota badan dalam posisi duduk
seolah-olah menari mengikut irama
muzik.

 Persembahan ini boleh dimeriahkan
dengan tepukan yang kuat.

2. Juara / Tok Juara

 Juara / Tok Juara duduk sebaris
dengan awak-awak di barisan hadapan.

 Juara / Tok Juara memulakan lagu,
gaya pergerakan seperti zikir dengan
lenggok suara yang bebas.

3. Tukang Karut

 Tukang Karut merupakan penyanyi
utama dan ketua bagi kumpulan Dikir
Barat.

 Tukang Karut bebas bergerak di atas
pentas sambil menyanyi.

31

Latihan
NAMA : ____________________________________ KELAS : ________________.
1. Namakan setiap gambar dibawah berdasarkan peranannya dalam persembahan Dikir Barat.

a. ___________________

b. ____________________

c. _________________
2. Penyanyi korus dalam kumpulan Dikir Barat dikenali sebagai _______________________
3. Bagaimanakah lagu dan gaya pergerakan oleh Tok Juara dalam persembahan Dikir Barat?

________________________________________________________________
4. Siapakah yang dimaksudkan dalam penyataan di bawah?

 Berperanan penyanyi utama
 Bebas bergerak di atas pentas
________________________________________________________________

32

CD 1 Track 35
Latihan:

NAMA: _____________________________________ KELAS: _______________

1. Namakan alat muzik ensembel Dikir Barat berdasarkan gambar di bawah.
2. Tuliskan nombor berdasarkan turutan audio yang didengar.

marakas tetawak rebana ubi anak canang rebana ubi ibu

GAMBAR NAMA NOMBOR AUDIO

33

Not E dan F

Kad Baluk
Kad Huruf

Rujuk DSKP Pendidikan Muzik
Tahun 5

Membaca dan Menulis Notasi Muzik Minggu 1
4.1 Membaca dan menulis notasi muzik 1. Murid diperkenalkan kepada not E

4.1.2 Menama dan menulis not dan F pada baluk.
E, F, G, A, B, C ’ dan D’ pada baluk. 2. Murid bermain permainan Kuiz

E F G A B C’ D’ Menamakan Not.

- Semibrif Minggu 2
- Minim Bertitik 3. Murid diperkenalkan dengan not minim
- Minim
- Krocet bertitik .
- Kuaver
4. Murid membuat latihan menulis dan
menamakan not.

5. Latihan pengukuhan.

Penciptaan
- Mencipta irama berdasarkan kad irama

34

Permainan Kuiz Menamakan Not

1. Guru mengedarkan kad imbasan kepada murid ( kad baluk dan kad huruf ).
Contoh kad baluk dan kad huruf:

kad baluk kad huruf

2. Guru menunjukkan kad baluk, murid menjawab dengan menggunakan kad huruf.
3. Guru menunjukkan kad huruf, murid menjawab dengan menggunakan kad baluk.

Catatan:
Guru memperbanyakkan kad huruf dan kad baluk G, A, B, C’, dan D’.

35

Latihan

NAMA: _____________________________________ KELAS: _______________
1. Tulis not E dan F dalam bentuk semibrif.

EF

2. Tulis not E dan F dalam bentuk minim bertitik.

EF

36

Latihan

NAMA: _____________________________________ KELAS: _______________
1. Tulis not E dan F dalam bentuk minim.

EF

2. Tulis not E dan F dalam bentuk krocet.

EF

37

Latihan

NAMA: _____________________________________ KELAS: _______________
1. Tulis not E dan F dalam bentuk kuaver.

EF

38

Latihan
NAMA:____________________________ KELAS:_______________
Arahan: Tuliskan not berikut.

39


Click to View FlipBook Version