TEMPLAT KONSEP VIDEO SEJARAH TAHUN 4
TAJUK: SEJARAH TEMPAT TINGGAL
Oleh: CIKGU MAHIRAN BINTI MAN SK SULTAN HISAMUDDIN ALAM SHAH KL
LANGKAH SKRIP CATATAN
Kenalkan diri Assalamualaikum dan Selamat sejahtera murid-murid!
Cikgu harap kamu semua sihat dan sentiasa bersemangat.
Saya, Cikgu Mahiran binti Man, dari Sk Sultan Hisamuddin
Alam Shah, Kuala Lumpur.
Pada episod kali ini, cikgu akan menerangkan tajuk Sejarah
tempat tinggal.
Tempat tinggal merupakan keperluan asas manusia.
Cikgu akan menerangkan maklumat lengkap tentang bentuk
muka bumi, sejarah dan tokoh setempat.
Objektif Pembelajaran < slide 2 >
Mari kita lihat apa yang kita belajar hari ini?
Pertama,
Menyatakan maklumat lengkap mengenai tempat tinggal.
Kedua,
Menerangkan bentuk muka bumi Kawasan tempat tinggal.
ketiga
Menjelaskan sejarah tempat tinggal
dan yang keempat
menghuraikan tokoh setempat
<slide 3: Apa yang kita belajar hari ni?>
Penerangan dan isi Baiklah sekarang, mari kita lihat Di sinilah saya tinggal.
kandungan
Setiap Kawasan tempat tinggal mempunyai alamat.
Maklumat yang ada pada alamat ialah nombor rumah, nama
jalan, poskod, nama bandar dan nama negeri.
Setiap Kawasan tempat tinggal memiliki kemudahan dan
keistimewaan yang tersendiri
<slide 4: disinilah saya tinggal>
Sekarang kita mempunyai tiga orang sahabat kita dari Miri
Sarawak, Johor Bahru, johor dan Ranau Sabah.
Sahabat kita yang pertama ialah Florence jessy dari Miri
Sarawak.
Jom kita lihat apakah maklumat yang ingin disampaikan oleh
Florence kepada kita.
Saya tinggal di no. 45, Rumah Panjang Sungai Mamut, 98150
Miri, Sarawak.
Tempat tinggal saya berhampiran dengan Gua Niah yang
terkenal dengan tingalan zaman prasejarah.
Di Kawasan tempat tinggal saya terdapat sekolah dan klinik
kesihatan.
<Slide 5: Florence Jessy>
sekarang mari kita lihat penerangan tentang alamat Florence
Jessy
pertama: no. 45 merupakan nombor rumah Florence.
kedua: Rumah Panjang sungai mamut merupakan nama
tempat.
ketiga: 98150 merupakan poskod
keempat: Miri merupakan bandar
dan yang kelima: Sarawak merupakan negeri
<Slide 6: penerangan alamat florence>
baiklah mari kita lihat pula sahabat kita yang kedua Lukman
Hakim.
Apakah maklumat yang ingin disampaikan oleh Lukman Hakim
kepada kita.
Alamat rumah saya ialah no. 14, Jalan tiram 17 palang B, taman
saujana. 81800 Johor bahru, Johor.
Tempat tinggal saya berdekatan dengan Teluk Danga dan
Istana Bukit Sarene.
Kawasan tempat tinggal saya terdapat sekolah, hospital dan
taman rekreasi
<Slide 7: lukman hakim >
sekarang mari kita lihat penerangan tentang alamat Lukman
Hakim
pertama: no. 14 merupakan nombor rumah lukman
kedua: Jalan Tiram 17 palang B Taman Saujana merupakan
nama jalan dan tempat
ketiga: 81800 merupakan poskod
keempat: Johor bahru merupakan bandar
dan yang kelima: Johor merupakan negeri
<Slide 8: penerangan alamat lukman>
baiklah mari kita lihat pula sahabat kita yang ketiga Peter
Jackson
Apakah maklumat yang ingin disampaikan oleh Peter Jackson
kepada kita.
Alamat rumah saya ialah nombor 17, Jalan Randagong
Himbaan,Kampung Kesisingon, Kundasang, 89300 Ranau,
Sabah.
Tempat tinggal saya berhampiran dengan gunung Kinabalu
yang merupakan gunung tertinggi di Asia Tenggara.
Di Kawasan tempat tinggal saya terdapat sekolah dan pasar
<Slide 9: Peter Jackson>
sekarang mari kita lihat penerangan tentang alamat Peter
Jackson
pertama: no. 17 merupakan nombor rumah Peter
kedua: Jalan Randagong Himbaan, kampung Kesisingon
merupakan nama jalan dan tempat
ketiga: 89300 merupakan poskod
keempat: Kundasang merupakan bandar
dan yang kelima: Sabah merupakan negeri
<Slide 10: penerangan alamat peter>
aktiviti Kawasan tempat tinggal perlu dihargai kerana mempunyai
keistimewaan dan keunikan tersendiri.
Baiklah murid-murid, sekarang tibalah masanya kita membuat
aktiviti yang menarik iaitu aktiviti Jom Buat.
Apakah aktiviti jom buat hari ini?
hari ini cikgu ingin mengajak murid-murid menulis alamat pada
sampul surat untuk sahabat murid-murid.
baiklah bahan yang diperlukan ialah:
pertama: sampul surat
Kedua: setem
dan ketiga ialah pen untuk menulis.
<Slide 11: aktiviti Jom buat>
Baiklah..cikgu harap murid-murid telah bersedia bersama
bahan yang diperlukan.
Sekarang mari kita lihat langkah aktiviti.
pertama; tuliskan perkataan “kepada” pada bahagian atas
sebelah kanan sampul surat.
Kedua: Tuliskan nama dan alamat rakan kamu yang kamu ingin
utuskan surat tersebut pada bahagian tengah sampul surat.
Contohnya: Cikgu menulis nama dan alamat rakan cikgu pada
bahagian tengah sampul surat.
dan ketiga: lekatkan setem pada bahagian atas sebelah kiri
sampul surat tersebut.
mudahkan aktiviti ini. Cikgu harap kamu dapat melakukan nya
dengan baik.
<Slide 12: langkah aktiviti>
Sekarang mari kita lihat pula Kawasan tempat tinggal saya.
Setiap Kawasan tempat tinggal mempunyai bentuk muka bumi
yang berbeza-beza seperti Kawasan tanah tinggi, tanah pamah,
pesisir laut dan pinggir sungai
Bentuk muka bumi ini mempengaruhi kegiatan masyarakat dan
mempunyai keunikan nya tersendiri
<Slide 13: Kawasan tempat tinggal saya>
Baiklah sekarang mari kita baca email yang dihantar oleh
Florence kepada sahabatnya.
Kepada sahabat saya lukman hakim dan peter.
Apa khabar? saya ingin bercerita tentang tempat tinggal saya.
Saya tinggal di Kawasan pendalaman bahagian Miri. Sarawak
Bentuk muka bumi Kawasan tempat tinggal saya berbukit
bukau dan tanah pamah.
Bentuk muka bumi yang berbukit bukau ini membolehkan
tanaman komersial seperti kelapa sawit diusahakan.
Selain itu, keistimewaan yang terdapat di tempat tinggal saya
ialah batu berbentuk kuda laut di pantai Tusan dan keunikan
gua batu kapur di taman negara Mulu.
Disini saya sertakan gambar tempat-tempat menarik di
Kawasan saya.
Bagaimana pula tempat tinggal Lukman dan Peter? harap anda
dapat menceritakannya kepada saya.
daripada: Florece Jessy
<Slide 14: email Florence kepada sahabatnya>
Baiklah sekarang mari kita lihat penerangan tentang email
Florence.
Pertama: Florence menerangkan bahawa dia tinggal di
Kawasan pendalaman Miri, Sarawak
Kedua: Bentuk muka bumi Kawasan tempat tinggalnya berbukit
bukau dan tanah pamah
ketiga: Keistimewaan tempat tinggalnya ialah batu berbentuk
kuda laut di Pantai Tusan dan gua batu kapur di Taman Negara
Mulu
dan yang keempat: Florence juga memberitahu bahawa bentuk
muka bumi tempat tinggalnya merupakan kawasan tanaman
komersial kelapa sawit
<Slide 15: penerangan email florence>
Baiklah sekarang mari kita baca email yang dihantar oleh
Lukman kepada sahabatnya
Terima kasih Florence kerana mengirimkan e-mail.
untuk pengetahuan Florence dan Peter, saya tinggal di Johor
Bahru, Johor.
Bentuk muka bumi di Johor Bahru ialah pinggir laut dan tanah
pamah.
Keistimewaan yang terdapat di Johor Bahru ialah Tambak Johor
yang menghubungkan Johor Bahru dan Singapura serta
perlabuhan antarabangsa Tanjung Pelepas.
Selain itu Kawasan tempat tinggal saya juga dibangunkan
Kawasan perindustrian dan perkilangan.
daripada: Lukman Hakim
<Slide 16: Email lukman kepada sahabatnya>
Baiklah sekarang mari kita lihat penerangan tentang email
Lukman.
pertama: Lukman menerangkan bahawa dia tinggal di Kawasan
Johor Bahru, Johor
Kedua: Bentuk muka bumi Kawasan tempat tinggalnya pinggir
laut dan tanah pamah
ketiga: Keistimewaan tempat tinggalnya ialah Tambak Johor
yang menghubungkan Johor Bahru dan Singapura serta
pelabuhan antarabangsa Tanjung Pelepas.
dan yang Keempat: Lukman juga memberitahu bahawa tempat
tinggalnya merupakan kawasan perindustrian dan perkilangan
<Slide 17: Penerangan tentang e-mail Lukman>
Baiklah sekarang mari kita baca email yang dihantar oleh Peter
kepada sahabatnya
Terima Kasih atas e-mail Florence dan Lukman.
Saya juga ingin bercerita tentang tempat tinggal saya.
tempat tinggal saya terletak di Ranau Sabah.
Bentuk muka bumi di Ranau adalah tanah tinggi dan sungai.
Kawasan tanah tinggi dijadikan kawasan tarikan perlancongan
dan pertanian.
Keistimewaan yang terdapat di Ranau ialah kolam air panas
poring dan ladang penternakan lembu yang terletak di
mersilau, Kundasang.
daripada: Peter Jackson
<Slide 18: e-mail peter kepada sahabatnya>
Baiklah sekarang mari kita lihat penerangan tentang email
Peter.
pertama: Peter menerangkan bahawa dia tinggal di kawasan
Ranau, Sabah
Kedua: Bentuk muka bumi kawasan tempat tinggalnya tanah
tinggi dan sungai
ketiga: Keistimewaan tempat tinggalnya ialah Kolam Air Panas
Poring di Ranau dan penternakan lembu di Mersilau
Kundasang.
dan yang Keempat: Peter juga memberitahu bahawa tempat
tinggalnya merupakan kawasan tarikan pelancongan dan
pertanian
<Slide 19: penerangan e-mail peter>
Baiklah murid-murid, berdasarkan maklumat daripada e-mail
sahabat kita, bolehlah disimpulkan bahawa tempat tinggal
mempunyai keistimewaan tersendiri walaupun mempunyai
bentuk muka bumi yang berbeza-beza.
Tempat tinggal juga boleh dijadikan tempat tarikan
perlancongan, sumber ekonomi dan peluang pekerjaan.
Baiklah sekarang mari kita lihat pula sejarah tempat tinggal.
Setiap Kawasan tempat tinggal mempunyai sejarah tersendiri.
Sejarah tempat tinggal menceritakan asal usul nama tempat
dan peristiwa penting yang pernah berlaku.
<Slide 20: Sejarah tempat tinggal>
Sebelum ini kita telah pun mengetahui alamat tempat tinggal
dan bentuk muka bumi tempat tinggal sahabat kita Florence
jessy, Lukman Hakim dan Peter jakson.
Sekarang mari kita lihat pula sejarah tempat tinggal mereka.
pertama: sejarah tempat tinggal Florence.
Florence menceritakan sejarah di Miri. Miri pernah dikuasai
oleh Kesultanan Brunei dan keluarga Brooke.
Miri berkembang maju kerana industri petroleum sejak tahun
1910. Miri diiktiraf sebagai bandar raya pada tahun 2005.
<Slide 21: Sejarah tempat tinggal florence>
Baiklah sekarang mari kita lihat sejarah tempat tinggal sahabat
kita yang kedua.
sejarah tempat tinggal lukman.
Lukman menceritakan sejarah Johor Bahru. Tanjong Puteri ialah
nama asal Johor bahru.
Tanjong Puteri diasaskan oleh Temenggong Daeng Ibrahim
pada tahun 1855.
Kemudian Sultan Abu Bakar menukar nama Tanjong Puteri
kepada Johor Bahru pada tahun 1866
<Slide 22: sejarah tempat tinggal lukman>
Baiklah sekarang mari kita lihat sejarah tempat tinggal sahabat
kita yang ketiga.
Sejarah tempat tinggal Peter.
Peter pula menceritakan sejarah asal usul Ranau. Ranau berasal
daripada perkataan “Ranahon” yang bermaksud sawah padi.
Ranau pernah dijadikan kubu pertahanan Mat Salleh ketika
menentang British.
Taman Negara Kinabalu yang terletak di Ranau diiktiraf sebagai
Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada tahun 2000.
<Slide 23: sejarah tempat tinggal peter>
Baiklah murid-murid, sekarang kita telah mengetahui sejarah
tempat tinggal Florence, Lukman dan peter.
Mungkin murid-murid pernah terfikir, Mengapakah kita perlu
menghargai Kawasan tempat tinggal kita?
Ya, betul. tepat sekali jawapan nya.
kita akan berasa bangga dan menghargai tempat tinggal kita
kerana sejarah asal usul dan keunikan sejarah nya berbeza dan
tidak sama dengan kawasan tempat tinggal orang lain.
Sekarang kita beralih pula kepada tokoh setempat.
Apakah yang dimaksudkan dengan tokoh setempat?
ya. Betul. Tepat sekali jawapan kamu.
Tokoh setempat bermaksud individu yang banyak
menyumbang jasa dan bakti kepada komuniti.
Mereka dikenali oleh penduduk setempat dan biasanya
memegang jawatan tertentu dalam komuniti
<Slide 24: Tokoh setempat>
Sekarang mari kita lihat tokoh setempat di Sabah.
Junaydie bin Sihan.
dilahirkan pada 10 julai 1977. Beliau bertugas sebagai Malim
gunung di gunung Kinabalu.
Tugas beliau adalah untuk menjaga keselamatan pendaki serta
membantu pihak Taman Negara Kinabalu dalam penjagaan
alam sekitar.
Menyampaikan ceramah tentang tugas malim gunung dan
membantu mempromosikan kawasan ekopelancongan
berasaskan komuniti.
<Slide 25: tokoh setempat di sabah>
Baiklah murid-murid, mungkin kamu tertanya-tanya apakah
maksud malim gunung?
Malim gunung ialah orang yang bertugas sebagai penunjuk
jalan semasa pendakian gunung.
tanpa malim gunung, pendaki akan mengalami pelbagai
kesukaran dan berkemungkinan mereka akan tersesat semasa
pendakian.
Jadi tugas malim gunung sangat diperlukan oleh pendaki bagi
memudahkan pendakian mereka.
Baiklah sekarang mari kita lihat pula tokoh setempat di Johor.
Muhammad Azali Kalki bin Abdullah
Dilahirkan pada satu ogos 1964. Beliau bertugas sebagai guru
dan mengajar di sekolah kebangsaan Nusantara di Johor
bahru.
Memperkenalkan modul pencegahan dadah untuk komuniti
bagi membantu bekas penagih dadah.
Memberikan sumbangan sebagai penceramah dan aktivis
pencegahan dadah bagi membantu bekas penagih dadah
untuk kembali ke dalam masyarakat.
<Slide 26: tokoh setempat di johor>
baiklah sekarang kita beralih pula kepada tokoh yang ketiga.
tokoh setempat di Sarawak.
Siti Jaharah Binti Matassan.
Dilahirkan pada 16 Mac 1951. beliau merupakan usahawan kek
lapis di Miri.
Mula menghasilkan produk kek lapis dan menjual di kampung
nya secara kecil-kecilan. Perniagaan nya semakin berkembang
sehingga ke luar negara.
Mengadakan kelas masakan, menyediakan peluang pekerjaan
dan membantu mempromosikan produk tempatan di luar
negara.
<Slide 27: tokoh setempat di sarawak>
imbas kembali Berdasarkan kepada ketiga-tiga orang tokoh tersebut, dapatlah
disimpulkan bahawa jasa tokoh setempat haruslah dihargai
dan menjadi tauladan untuk kesejahteraan dan kemajuan
negara.
Kamu juga boleh menjadi tokoh setempat pada masa akan
datang di kawasan tempat tinggal kamu.
Murid-murid, sekarang mari kita imbas kembali apa yang telah
kita pelajari dari topik kali ini.
Pertama: Disinilah saya tinggal.
maklumat tempat tinggal meliputi nombor rumah, nama jalan,
poskod, nama bandar dan negeri.
Kedua: kawasan tempat tinggal saya
Kawasan tempat tinggal berbeza-beza mengikut bentuk muka
bumi.
<Slide 28: imbas kembali>
latihan Ketiga: sejarah tempat tinggal
Setiap kawasan tempat tinggal mempunyai sejarah tersendiri.
dan yang keempat: tokoh setempat.
Tokoh setempat ialah individu yang banyak berjasa untuk
kemajuan setempat.
<slide 29: imbas kembali>
baiklah murid-murid, sekarang mari kita selesaikan latihan yang
telah cikgu sediakan ini. terdapat 2 bahagian latihan untuk
kamu fikir dan jawab.
bahagian A.
Padankan penyataan dibawah.
pertama: Gunung tertinggi di Asia tenggara terletak di tempat
tinggal saya.
baiklah, sekarang mari kita semak jawapan yang cikgu sediakan
ini. adakah jawapan kamu sama dengan jawapan cikgu?
Tahniah! tepat sekali jawapan kamu. Jawapan nya ialah Ranau.
Sekarang mari kita cuba jawab soalan kedua.
saya tinggal di rumah Panjang sungai mamut.
baiklah, sekarang mari kita semak jawapan yang cikgu sediakan
ini. adakah jawapan kamu sama dengan jawapan cikgu?
Tahniah! tepat sekali jawapan kamu. Jawapan nya ialah Miri
mari kita lihat soalan ketiga
Petroleum pernah dijumpai di tempat tinggal saya,
baiklah sekarang mari kita semak jawapan yang telah cikgu
sediakan. Adakah jawapan kamu sama dengan jawapan cikgu?
Tahniah! tepat sekali jawapan kamu. Jawapan nya ialah Miri.
mari kita lihat soalan keempat:
Nama asal tempat tinggal saya ialah Tanjung Puteri
baiklah sekarang mari kita semak jawapan yang telah cikgu
sediakan. Adakah jawapan kamu sama dengan jawapan cikgu?
Tahniah! tepat sekali jawapan kamu. Jawapan nya ialah Johor
Bahru.
mari kita lihat soalan ke lima:
Tempat tinggal saya pernah menjadi kubu pejuang tempatan.
baiklah sekarang mari kita semak jawapan yang telah cikgu
sediakan. Adakah jawapan kamu sama dengan jawapan cikgu?
Tahniah! tepat sekali jawapan kamu. Jawapan nya ialah Ranau
mari kita lihat soalan keenam:
Tempat tinggal saya diasaskan oleh temenggong daeng
Ibrahim
baiklah sekarang mari kita semak jawapan yang telah cikgu
sediakan. Adakah jawapan kamu sama dengan jawapan cikgu?
Tahniah! tepat sekali jawapan kamu. Jawapan nya ialah Johor
Bahru.
<slide 29: fikir dan jawab>
Baiklah sekarang kita beralih pula ke soalan bahagian B.
Soalan yang pertama: Senaraikan tiga kemudahan yang
terdapat di tempat tinggal anda?
baiklah sekarang mari kita semak jawapan yang telah cikgu
sediakan. Adakah jawapan kamu sama dengan jawapan cikgu?
pertama: sekolah
kedua: taman permainan
ketiga: pasar
mari lihat pula soalan yang kedua:
Berikan du acara untuk mengekalkan keindahan alam sekitar di
kawasan tempat tinggal anda?
baiklah sekarang mari kita semak jawapan yang telah cikgu
sediakan. Adakah jawapan kamu sama dengan jawapan cikgu?
pertama: tidak membuang sampah merata-rata
kedua: menjaga harta awam
baiklah sekarang kita lihat soalan yang terakhir iaitu soalan
ketiga:
Mengapa kita perlu mengenali tokoh setempat?
baiklah sekarang mari kita semak jawapan yang telah cikgu
sediakan. Adakah jawapan kamu sama dengan jawapan cikgu?
Cinta akan negara Jawapan nya ialah mengenang jasa beliau terhadap
masyarakat.
Baiklah murid- murid, Kamu telah melihat jawapan cikgu.
Kamu juga boleh menjawab soalan bahagian B berdasarkan
keadaan di tempat tinggal kamu dan boleh memikirkan
jawapan yang lain selain daripada jawapan yang cikgu berikan.
<slide 31: soalan bahagian B >
Kita sebagai rakyat Malaysia perlu menanamkan sikap cinta
akan negara.
Kita harus bersyukur kerana mempunyai tempat tinggal. Kita
perlu menjaga kawasan tempat tinggal demi kesejahteraan
generasi akan datang.
Kita sebagai anggota masyarakat perlu memainkan peranan
untuk membangunkan negara. Peranan kita adalah sebagai
individu, masyarakat dan negara.
<slide 32: cinta akan negara>
sebagai rakyat Malaysia kita perlu memainkan peranan untuk
membangunkan negara berdasarkan tiga kategori iaitu:
pertama: terhadap diri kita sendiri iaitu kita perlu menghargai
tempat tinggal agar kita menjadi warga negara yang
bertanggungjawab dan prihatin terhadap alam sekitar
kedua: terhadap masyarakat iaitu sikap menjaga alam sekitar
menjadi kunci keharmonian dan kesejahteraan masyarakat kita
yang berbilang kaum
dan yang ketiga terhadap negara: iaitu kesejahteraan
masyarakat dapat memberi inspirasi kepada warganegara
untuk membangunkan negara tercinta.
<slide 33: cinta akan negara>
Rumusan Sekian sahaja sesi pembelajaran kita bagi topik Sejarah tempat
(ulang semula apa yang tinggal. Cikgu harap murid-murid berjaya menguasai objektif
patut murid tahu pembelajaran kita pada hari ini iaitu
daripada objektif
pembelajaran pada Pertama: Menyatakan maklumat lengkap mengenai tempat
video ini) tinggal.
Kedua:m Menerangkan bentuk muka bumi Kawasan tempat
tinggal.
ketiga: Menjelaskan sejarah tempat tinggal
Penutup dan yang keempat: menghuraikan tokoh setempat
Kalau ada sumur di ladang
Boleh cikgu menumpang mandi
Jika ada umur yang Panjang
Sehingga kita berjumpa lagi!
Selamat Maju Jaya! Jangan lupa pertemuan kita di episod yang
akan datang.
bye-bye.