BENGKEL
PENULISAN SKRIP
PENCERAMAH: CIKGU MAHIRAN BINTI MAN
MIDDLE LEADER
OBJEKTIF
Kita dapat menghasilkan slide pengajaran dan pembelajaran serta penulisan
skrip yang betul bagi penghasilan video rakaman
KRITERIA KEJAYAAN
Menghasilkan slide Menghasilkan skrip bagi
Pdpc mengikut subjek rakaman video
pengajaran pengajaran berdasarkan
slide pengajaran yang
telah dihasilkan
PENGHASILAN SLIDE
1. Saiz slide yang sesuai untuk rakaman video pengajaran adalah
widescreen 16:9
CARA MENGHASILKAN SLIDE WIDESCREEN
Klik view Klik slide Klik slide saiz Pilih Tick ruler,
master widescreen gridlines dan
16:9 guides
CONTOH SLIDE SEJARAH TAHUN 4
SEJARAH
TAHUN 4
Cikgu Mahiran binti Man
SK Sultan Hisamuddin Alam Shah, Kuala Lumpur.
Apa yang kita belajar hari ini?
Menyatakan maklumat lengkap mengenai
tempat tinggal
Menerangkan bentuk muka bumi kawasan
tempat tinggal
Menjelaskan sejarah tempat tinggal
Menghuraikan tokoh setempat
Setiap tempat tinggal mempunyai alamat.
Maklumat yang ada pada alamat ialah
nombor rumah, nama jalan, poskod, nama
bandar dan nama negeri. Setiap kawasan
tempat tinggal mempunyai kemudahan dan
keistimewaan tersendiri.
Florence Jessy
Penerangan tentang alamat Florence Jessy
No. 45 merupakan nombor rumah Florence
Rumah Panjang Sungai Mamut merupakan
nama tempat
98150 merupakan poskod
Miri merupakan bandar
Sarawak merupakan negeri
Lukman Hakim
Penerangan tentang alamat Lukman Hakim
No. 14 merupakan nombor rumah Lukman
Jalan Tiram 17/B, Taman Saujana merupakan
nama jalan dan tempat
81800 merupakan poskod
Johor Bahru merupakan bandar
Johor merupakan negeri
Peter Jackson
Penerangan tentang alamat Peter Jackson
No. 17 merupakan nombor rumah Peter
Jalan Randagong Himbaan, Kampung
Kesisingon merupakan nama jalan dan
tempat
89300 merupakan poskod
Kundasang merupakan bandar
Sabah merupakan negeri
AKTIVITI JOM BUAT
Bahan-bahan
sampul surat setem
pen
AKTIVITI JOM BUAT
Langkah aktiviti
Kepada:
Ahmad bin Abu
No. 1, Jalan Dutamas 3,
50480 Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan
Setiap kawasan tempat tinggal mempunyai
bentuk muka bumi yang berbeza-beza
seperti Kawasan tanah tinggi, tanah
pamah, pesisir laut dan pinggir sungai.
Bentuk muka bumi ini mempengaruhi
kegiatan masyarakat dan mempunyai
keunikan tersendiri.
E-mail Florence kepada sahabatnya
Penerangan tentang e-mail Florence
Florence menerangkan bahawa dia tinggal di kawasan
pendalaman di Miri Sarawak
Bentuk muka bumi kawasan tempat tinggalnya
berbukit bukau dan tanah pamah
Keistimewaan tempat tinggalnya ialah batu berbentuk
kuda laut di Pantai Tusan dan gua batu kapur di Taman
Negara Mulu
Florence juga memberitahu bahawa bentuk muka
bumi tempat tinggalnya merupakan kawasan tanaman
komersial kelapa sawit
E-mail Lukman kepada sahabatnya
Penerangan tentang e-mail Lukman
Lukman menerangkan bahawa dia tinggal di Kawasan
Johor Bahru, Johor
Bentuk muka bumi Kawasan tempat tinggalnya pinggir
laut dan tanah pamah
Keistimewaan tempat tinggalnya ialah Tambak Johor
yang menghubungkan Johor Bahru dan Singapura serta
pelabuhan antarabangsa Tanjung Pelepas.
Lukman juga memberitahu bahawa tempat tinggalnya
merupakan kawasan perindustrian dan perkilangan
E-mail Peter kepada sahabatnya
Penerangan tentang e-mail Peter
Peter menerangkan bahawa dia tinggal di kawasan
Ranau, Sabah
Bentuk muka bumi kawasan tempat tinggalnya tanah
tinggi dan sungai
Keistimewaan tempat tinggalnya ialah Kolam Air Panas
Poring di Ranau dan penternakan lembu di Mersilau
Kundasang.
Peter juga memberitahu bahawa tempat tinggalnya
merupakan kawasan tarikan pelancongan dan
pertanian
Setiap Kawasan tempat tinggal
mempunyai sejarah tersendiri. Sejarah
tempat tinggal menceritakan asal usul
nama tempat dan peristiwa penting
yang pernah berlaku.
Sejarah tempat tinggal Florence
Florence menceritakan sejarah di Miri. Miri
pernah dikuasai oleh Kesultanan Brunei
dan keluarga Brooke. Miri berkembang
maju kerana industri petroleum sejak tahun
1910. Miri diiktiraf sebagai bandar raya
pada tahun 2005.
Sejarah tempat tinggal Lukman
Lukman menceritakan sejarah Johor Bahru.
Tanjong Puteri ialah nama asal Johor bahru.
Tanjong Puteri diasaskan oleh Temenggong
Daeng Ibrahim pada tahun 1855. Kemudian
Sultan Abu Bakar menukar nama Tanjong
Puteri kepada Johor Bahru pada tahun
1866
Sejarah tempat tinggal Peter
Peter pula menceritakan sejarah asal usul
Ranau. Ranau berasal daripada perkataan
“Ranahon” yang bermaksud sawah padi.
Ranau pernah dijadikan kubu pertahanan
Mat Salleh ketika menentang British.
Taman Negara Kinabalu yang terletak di
Ranau diiktiraf sebagai Tapak Warisan
Dunia oleh UNESCO pada tahun 2000
Tokoh setempat bermaksud individu yang
banyak menyumbang jasa dan bakti kepada
komuniti. Mereka dikenali oleh penduduk
setempat dan biasanya memegang jawatan
tertentu dalam komuniti
Tokoh setempat di Sabah
Tokoh setempat di Johor
Tokoh setempat di Sarawak
Sekolah
taman permainan
pasar
tidak membuang sampah merata-rata
menjaga harta awam
mengenang jasa beliau terhadap masyarakat
CINTA AKAN NEGARA
Kita harus bersyukur kerana mempunyai
tempat tinggal. Kita perlu menjaga kawasan
tempat tinggal demi kesejahteraan generasi
akan datang
Kita sebagai anggota masyarakat perlu
memainkan peranan untuk membangunkan
negara. Peranan kita adalah sebagai
individu, masyarakat dan negara.
CINTA AKAN NEGARA
Sebagai rakyat Malaysia kita perlu memainkan peranan untuk
membangunkan negara berdasarkan tiga kategori iaitu:
Diri iaitu kita perlu menghargai tempat tinggal agar kita
menjadi warga negara yang bertanggungjawab dan prihatin
terhadap alam sekitar
Masyarakat iaitu sikap menjaga alam sekitar menjadi kunci
keharmonian dan kesejahteraan masyarakat kita yang
berbilang kaum
Negara iaitu kesejahteraan masyarakat dapat memberi
inspirasi kepada warganegara untuk membangunkan negara
tercinta.
PENULISAN 1. Sediakan tapak untuk menulis skrip
SKRIP berdasarkan slide yang telah dihasilkan
2. Penulisan skrip bertujuan untuk penyampaian
menjadi lebih lancar.
3. Penulisan skrip hendaklah ringkas dan tepat
4. Guru akan membaca skrip yang akan
dipaparkan semasa rakaman dijalankan
5. Guru merancang masa yang sesuai untuk
setiap skrip yang telah dihasilkan