2023 CHINTA SAFIYA E - P O R T F O L I O
ISI KANDUNGAN SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN BAHASA MELAYU SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU PRAMERDEKA SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU PASCAMERDEKA CABARAN DAN MASA DEPAN BAHASA MELAYU RUMUSAN PENGENALAN 1. 2. 3. 4. 5.
SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
PENGENALAN Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi di Malaysia dan Brunei, dan juga salah satu bahasa rasmi di Singapura. Bahasa ini turut digunakan di Indonesia, Thailand Selatan, dan Filipina Selatan. Sejarah bahasa Melayu bermula pada zaman kuno di Asia Tenggara, Bahasa Melayu Kuno digunakan sejak abad ke-7 hingga ke-14, dan Bahasa Melayu Klasik digunakan sejak abad ke-15 hingga ke-19. Bahasa Melayu Moden kemudian berkembang pada abad ke-19 setelah kedatangan penjajah Eropah seperti Portugis, Belanda, dan Inggeris.
SEJARAH PERKEMBANGAN TULISAN BAHASA MELAYU
Tulisan Palava Tulisan Palava berasal daripada tulisan Hindu yang disebarkan apabila pengaruh Hindu bertapak di alam Melayu.Tulisan Palava digunakan bagi menulis persuratan bahasa Melayu pada zaman bahasa Melayu kuno.Pada masa itu, bahasa Sanskrit menjadi bahasa pentadbiran dan ilmu pengetahuan.Penyebaran tulisan dan bahasa Hindu hanya terhad dalam golongan istana dan bangsawan sahaja.Hal ini kerana tiada kemudahan asas untuk mengajar orang kebanyakan membaca dan menulis. Bukti penggunaan tulisan Palava terdapat pada yupa(tiang batu persembahan)atau prasasti di daerah Muara Kaman,iaitu pertemuan antara Sungai Mahakam dengan Kedang Kepala,sekitar 125 km atau dua jam perjalanan dengan menaiki bot laju ke hulu Tenggarong,ibu kota Kabupaten Kutai Kartanegara.Yupa tersebut menggunakan aksara Palava dalam bahasa Sanskrit yang dijumpai oleh pekerja topografi Belanda pada tahun 1897.
Rajah 1: Tulisan Palava Tujuh yupa tersebut kini berada di Muzium Nasional Jakarta.Yupa ini menceritakan pencapaian Raja Mulawarwan,cucu Kudungga.Yupa tersebut yang berasal dari tahun 400 Sebelum Masihi merupakan tinggalan pemerintahan Hindu pada zaman itu.
Rajah 2: Prasasti Yupa
Tulisan Kawi Tulisan Kawi merupakan tulisan Jawa kuno yang wujud pada abad ke-8.Huruf-huruf kawi asalnya adalah huruf Vangki (Wenggi),iaitu huruf yang dibawa oleh orangorang India dari Coromandel.Huruf ini lenyap pada tahun 1400 Sebelum Masihi. Orang Melayu kuno sering menulis tulisan ini pada kulit kayu,daun lontar,kepingan logam dan batu-batu yang dikenali sebagai batu bersurat.Seterusnya,tulisan ini merupakan sebuah huruf yang digubah dari India Selatan.Tulisan ini ditulis tanpa adanya ruang kosong dan mempunyai 47 huruf.
Rajah 4: Contoh Teks Tulisan Kawi Rajah 3: Contoh Huruf Tulisan Kawi
Tulisan Jawi Tulisan Jawi adalah antara tulisan terawal yang pernah ditemui. Tulisan ini telah berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai kemudian disebarkan ke Kerajaan Melaka, Kerajaan Johor dan juga Aceh pada abad ke-17. Bukti kewujudan tulisan ini di Malaysia adalah dengan terjumpanya Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 702H atau 1303M manakala tulisan Rumi yang paling awal ditemui adalah pada akhir kurun ke19. Ini menunjukkan tulisan Jawi telah sampai ke negara ini lebih awal berbanding tulisan Rumi. Tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi bagi NegeriNegeri Melayu Tidak Bersekutu semasa penguasaan British. Kini tulisan ini digunakan dalam urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu yang kebanyakkannya di Johor, Kedah, Kelantan, Perlis, dan Terengganu.
Rajah 6: Batu Bersurat Terengganu Rajah 5: Huruf Jawi
Rajah 7: Kitab Tafsir Al-Quran iaitu Al-Baidawi di tulis dalam Tulisan Jawi
SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU PRAMERDEKA
Pejabat Karang Mengarang Sebuah badan terjemahan yang ditubuhkan pada tahun 1923 di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim (MPSI) Pengetuanya ialah OT Dussek dan pembantunya ialah Zainal Abidin bin Ahmad (Za'ba) Peranan Pejabat Karang-mengarang lebih kurang sama dengan peranan Balai Pustaka di Indonesia Antara tokoh penulis serta penterjemah yang bertanggungjawab dalam Pejabat Karangmengarang ialah Andul Kudus Muhamed, Abdul Rahman Yusuf, Ahmad Murad Nasaruddin dan Yazid Ahmad Sumbangan Pertubuhan dan Institusi :
Bertujuan untuk menghasilkan penerbitan ilmiah dalam bahasa Melayu dan Inggeris serta memperbanyakan bahan rujukan kepada semua golongan. Menerbitkan hasil penyelidikan warga akademik dalam bentuk buku,jurnal dan sebagainya. Membuka peluang kepada warga akademik menyebarluaskan kepakaran mereka dalam bidang yang diceburi dan dapat mengimarahkan budaya penulisan dalam kalangan universiti. Menganjurkan bengkelbengkel penulisan serta kursus penterjemahan Peranan
Mengendalikan perbincangan tentang bahasa Melayu Mewujudkan perpustakaan Menerbitkan buku-buku tentang bahasa Melayu, nahu Melayu, sejarah Melayu dan lain- lain Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa Peranan Badan ini merupakan salah satu lembaga pembinaan dan pengembangan bahasa Melayu sebelum kemerdekaan. Ia ditubuhkan di Johor Bahru pada tahun 1888 untuk memajukan bahasa Melayu secara berkelompok. Dato' Seri Amar Diraja Abdul Rahman Andak dan Dato' Muhammad Ibrahim Munsyi tergolong sebagai pengasas badan tersebut. Sumbangan Pertubuhan dan Institusi :
Memperluaskan dan mempertinggikan martabat kesusasteraan dan kebudayaan Melayu. Ahli-ahli ASAS 50 akan mendapat perlindungan undang-undang dan hak yang sewajarnya sebagai penulis atau pengarang. Menjadikan Bahasa dan Kesusasteraan sebagai alat perpaduan kebangsaan dan kemerdekaan. Asas 5O ASAS 50 merupakan singkatan bagi Angkatan Sasterawan 50. Ditubuhkan pada 6 Ogos 1950 dan merupakan pertubuhan pertama di Malaysia sebelum perang. Bersifatkan kemasyarakatan dan menggunakan bahasa sastera sebagai wadah untuk mencapai kemerdekaan pada 1957 Merupakan agen pencorak perkembangan sastera Melayu Moden yang bertunjangkan prinsip "Seni untuk Masyarakat Peranan Sumbangan Pertubuhan dan Institusi :
Laporan Barnes 1951 Jawatankuasa ditubuhkan pada tahun 1950 Pengerusi L.J Barnes dan merupakan Pengarah Latihan Sosial dari Universiti Oxford Objektif : Menyiasat keadaan dan kemudahan pendidikan yang disediakan untuk orang Melayu Cadangan : Sistem sekolah kebangsaan yang mengumpulkan pelajar dari semua kaum, menggantikan sistem sekolah vernakular. Pendidikan rendah di sekolah kebangsaan menggunakan bahasa Melayu dan Inggeris sebagai bahasa pengantar. Pendidikan menengah masih lagi menggunakan bahasa Inggeris sahaja sebagai bahasa pengantar. Pelajaran bahasa Cina dan bahasa Tamil akan disediakan terdapat keperluan di sesebuah sekolah. Bahasa Melayu wajib diajar di Sekolah Inggeris dan bahasa Inggeris wajib diajar di Sekolah Melayu.
Laporan Fenn-Wu 1951 Dipengerusikan oleh William P.Fenn seorang pensyarah yang memiliki pengalaman luas dalam sistem pendidikan di China dan Wu The Yao seorang pakar daripada Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu Objekif : Untuk mengkaji sistem pendidikan orang Cina. Cadangan : Matlamat pendidikan hendaklah menuju ke arah pembentukan warganegara yang bercorak kebangsaan Sekolah vernakular dibenarkan berfungsi dan menggunakan tiga bahasa iaitu Melayu, Cina dan Tamil dan bahasa kebangsaan juga diadakan. Sekolah-sekolah aliran jenis kebangsaan (Inggeris) dikekalkan Sekolah-sekolah vokasional terus dikembangkan untuk menampung keperluan tenaga pekerja mahir yang diperlukan untuk pembangunan negara.
Ordinan Pelajaran 1952 Jawatankuasa Pusat Penasihat Pendidikan terdiri daripada 20 orang ahli pelajaran, pegawai pemerintah dan ahli luar yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India. Ditugaskan mencari jalan tengah, bagaimana kerajaan dapat melaksanakan perakuan daripada Laporan Barnes dan Fenn-Wu. Akhirnya, pihak Inggeris kemudiannya telah menyatukan kedua-dua laporan itu dan dijadikan Ordinan Pelajaran 1952. Objektif : Membentuk warganegara yang bersatu di seluruh negara yang terdiri dari pelbagai kaum. Cadangan : Sekolah Kebangsaan sebagai corak sistem persekolahan kebangsaan. Sementara sekolah vernakular iaitu Sekolah Cina dan Sekolah Tamil tidak diterima sebagai sistem persekolahan kebangsaan. Bahasa Cina dan Tamil cuma diajar sebagai bahasa ketiga.
Laporan Razak 1956 Diperkenalkan padaa April 1956 Diketuai oleh Allahyarham Tunku Abdul Razak Nama laporan ini telah diambil sempena nama Tun Abdul Razak Objektif : Membentuk identiti bangsa Malaya melalui pendidikan dan menubuhkan peraturan pendidikan kebangsaan. Cadangan : Semua sekolah di tanah air mempunyai sukatan yang sama Bahasa Melayu dijadikan bahasa Kebangsaan dan menjadi bahasa pengantar utama. Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris diwajibkan bagi semua sekolah rendah dan sekolah menengah. Bagi sekolah jenis kebangsaan, bahasa Inggeris, Cina dan Tamil menjadi bahasa pengantar. Sekolah-sekolah rendah ditukar kepada sekolah kebangsaan dan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama. 1. 2. 3. 4. 5.
SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU PASCAMERDEKA
Pengenalan Bahasa Melayu Moden Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Kerjasama Serantau dan Pengantarabangsaan
Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atau nama asalnya Balai Pustaka ditubuhkan di Johor Bahru sebagai sebuah jabatan kecil di bawah Kementerian Pelajaran pada 22 Jun 1956. Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka DBP bertujuan untuk mengembangkan bahasa Melayu yang akan bakal dijadikan bahasa kebangsaan pada ketika itu.Pada tahun 1956,DBP telah dinaik taraf sebagai sebuah badan berkanun menerusi Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka 1959.
Peranan DBP membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuksains dan teknologi Memajukan bakat kesusasteraan, terutama dalam bahasa kebangsaan Membakukan ejaan dan sebutan, membentuk istilahistilah yang sesuai dalam Bahasa Kebangsaan Menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul
Kerjasama Serantau dan Pengantarabangsaan Bahasa Melayu telah memainkan peranan penting sebagai bahasa dunia atau antarabangsa sejak zaman purba lagi, khususnya semasa zaman Sriwijaya pada abad ke-7 Masihi dan terus berkembang maju sehingga ke zaman Kesultanan Melayu pada beberapa ratus tahun berikutnya. Bahasa Melayu telah melintasi sempadan negara dan telah menjadi bahasa pengantar dalam bidang pendidikan, terutamanya dalam strategi pengajaran bahasa Melayu kepada penutur asing. Meskipun Bahasa Melayu klasik tidak mendominasi seperti Bahasa Inggeris yang menjadi bahasa utama, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa antarabangsa tidak dapat disangkal.
Usaha Mengantarabangsakan Bahasa Melayu Melalui Kerjasama Negara 2. Usaha-usaha memperkenalkan kesusasteraan melayu ke peringkat serantau dan antarabangsa telah dipergiatkan oleh pelbagai institusi seperti dbp malaysia dan brunei, pusat bahasa indonesia dan beberapa institusi pengajian tinggi serantau melalui program seminar, pertemuan, dialog, persidangan penulis, pengucapan puisi, disamping program sastera atau minggu sastera melayu di luar negara. 1. Hubungan kerjasama antarabangsa di antara negara-negara memang sangat penting terutamanya dalam bidang bahasa dan sastera. Contohnya, terdapat beberapa forum kerjasama seperti Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM 1), Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA 1), Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM), dan Forum Kerjasama Penerbitan Serantau (FOKEPS). Selain itu, juga terdapat Mesyuarat Kerjasama Kebahasaan dan Persuratan (MEKKAP) Kawasan Segi Tiga Asia Tenggara.
Cabaran dan Masa Depan Bahasa Melayu Pendidikan Cabaran Masa Depan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu : Tidak semua guru yang mengajar bahasa Melayu mendapat latihan khusus dalam bidang bahasa . Hal ini akan menjejaskan kualiti pengajaran dan hasil pembelajaran murid. Meningkatkan Keterampilan Berbahasa Guru Bahasa Melayu : Melaksanakan latihan dalam perkhidmatan berdasarkan Garis Panduan Program Pembangunan Profesionalisme Berterusan Guru Bahasa Melayu
Cabaran dan Masa Depan Bahasa Melayu Ekonomi Cabaran Masa Depan Bahasa Melayu dalam Urusan Perniagaan : Bahasa Inggeris dijadikan bahasa utama untuk dokumen perniagaan syarikat swasta . Contohnya, Industri perhotelan,syarikat jualan kereta dan komputer didominasi oleh bahasa Inggeris Graduan Bahasa Melayu dalam Pemilihan Kerjaya : Graduan bahasa Melayu boleh memilih profesion perguruan sebagai kerjaya. Graduan juga boleh memilih untuk menceburi bidang penulisan kreatif,pengacaraan dan penterjemahan .
Cabaran dan Masa Depan Bahasa Melayu Pentadbiran Kerajaan Cabaran Masa Depan Surat Rasmi Kerajaan telah mengeluarkan Surat Pekeliling Am Bilangan 1 tahun 2006 : (Urusan dalam negara) Surat rasmi dalam negara oleh agensi kerajaan menggunakan bahasa Kebangsaan. Jika menerima surat selain bahasa Kebangsaan hendaklah dibalas beserta dengan dokumen lampiran dalam bahasa kebangsaan Bahasa Melayu telah termaktub sebagai bahasa Kebangsaan dan bahasa Rasmi negara Malaysia : Kerajaan berusaha mengembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan. Usaha pihak kerajaan jelas dapat dilihat dalam bidang pentadbiran dengan mengadakan matlamat setelah sepuluh tahun negara mencapai kemerdekaan iaitu semua urusan rasmi termasuklah penulisan surat ,perbicaraan dalama mesyuarat dan lain-lain hendaklah dalam bahasa Melayu.
Cabaran dan Masa Depan Bahasa Melayu Kerancuan Bahasa di Media Sosial Cabaran Masa Depan Penggunaan kata singkatan yang berleluasa menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa yang rancu Perkembangan dan ledakan era digital mengakibatkan kebanyakan medium bahasa dicampur aduk dan didominasi oleh bahasa Inggeris
Cabaran dan Masa Depan Bahasa Melayu Pencampuran Kod Cabaran Masa Depan Menyebabkan kekeliruan bahasa yang boleh menjejaskan perolehan bahasa seseorang individu. Pencampuran kod berlaku tanpa sedar atau spontan.
Cabaran dan Masa Depan Bahasa Melayu Slanga Cabaran Masa Depan Kedudukan bahasa Melayu akan tercemar. Lenyap bahasa Melayu yang gramatis. Kedaulatan bahasa akan terjejas . Istilah baharu akan wujud.
RUMUSAN Bahasa Melayu Pramerdeka merujuk kepada Bahasa Melayu yang digunakan sebelum kemerdekaan Malaysia pada tahun 1957. Era pramerdeka merupakan zaman yang berjuang untuk menegakkan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Selepas kemerdekaan, Bahasa Melayu terus berkembang dan menjadi bahasa kebangsaan Malaysia. Pada tahun 1967, Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 ditetapkan untuk memperkasakan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Sebagai rakyat Malaysia yang cakna sejarah dan isu semasa, kita hendaklah mempertahankan dan memartabatkan darjat bahasa Melayu agar bahasa ini tidak lapuk ditelan zaman dan diamalkan dalam kehidupan seharian
IPGKTHO