The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by yatiderman, 2023-04-04 12:55:11

DASAR DAN KETETAPAN HEM SKTBT 2023

DASAR DAN KETETAPAN HEM SKTBT 2023

DASAR KETETAPAN DAN PENGURUSAN HAL EHWAL MURID SEKOLAH RENDAH PENDAHULUAN - PETIKAN AKTA PENDIDIKAN 1996 ( Akta 550 ) BAHAWASANYA mengakui bahawa ilmu itu adalah penentu utama arah tujuan negara dan penyelamat bangsa: DAN BAHAWASANYA tujuan pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang berdaya saing tinggi serta bersifat global, kesan daripada perkembangan pesat sains, teknologi dan maklumat: DAN BAHAWASANYA pendidikan mempunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara demi untuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dari segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, liberal dan dinamik: DAN BAHAWASANYA adalah menjadi suatu misi untuk menghasilkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia dari segi kualiti bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan mencapai aspirasi negara Malaysia: DAN BAHAWASANYA Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang dizahirkan seperti yang berikut:“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”: DAN BAHAWASANYA dasar yang dinyatakan di atas akan dilaksanakan melalui suatu sistem pendidikan kebangsaan yang memperuntukkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama, Kurikulum Kebangsaandan peperiksaan yang sama; pendidikan yang diberikan adalah pelbagai dan komprehensif skopnya dan yangakan memenuhi keperluan negara, serta memupuk perpaduan negara melalui pembangunan budaya, sosial,ekonomi dan politik selaras dengan prinsipprinsip RukunNegara DAN BAHAWASANYA adalah dianggap sesuatu yang perlu, selagi ia selaras dengan dasar itu, dengan menyediakan pengajaran yang cekap dan selagi ia tidak melibatkan perbelanjaan awam yang tidak munasabah untuk mengambil kira akan prinsip am bahawa murid harus dididik mengikut hasrat ibu bapa masing-masing: MAKA, OLEH YANG DEMIKIAN, INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri PadukaBaginda Yang Di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti berikut: “Murid” ertinya seseorang tanpa mengira umurnya yang kepadanya pendidikan atau latihan sedang diberikan di sesuatu institusi pendidikan;


PENGENALAN PENGURUSAN HAL EHWAL MURID Pengurusan Hal Ehwal Murid adalah antara aspek utama untuk membantu pengurusan sekolah. Ini bermakna pencapaian prestasi berkualiti pengurusan Hal Ehwal Murid boleh membantu untuk menghasilkan sekolah berkesan serta boleh mencapai visi dan misi sekolah ke arah kegemilangan. Dengan adanya permintaan dan harapan yang tinggi dalam kalangan murid dan masyarakat seluruhnya terhadap kemampuan sekolah, pentadbir sekolah seharusnya memainkan peranan yang lebih daripada hanya menjalankan fungsi pentadbiran dan penyelenggaraan.Pentadbir sekolah mesti berupaya menjadi penggerak dan penggalak perubahan untuk mempengaruhi ahli-ahli dalam sekolah menuju ke arah kecemerlangan. Ini kerana murid-murid merupakan aset negara masa depan. Jatuh bangunnya negara bergantung kepada kualiti tenaga manusia yang dihasilkan oleh pendidikan.Untuk membantu individu supaya seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek sebagaimana yang tercerna dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan bukanlah satu perkara yang mudah. Di peringkat sekolah ia berkehendakkan satu perancangan yang lebih berstruktur dan strategik untuk memastikan sesebuah sekolah itu memenuhi ciri-ciri institusi yang berjaya dalam bidang akademik dan bukan akademik. MATLAMAT PROGRAM UNIT HAL EHWAL MURID Menggunakan kekuatan sumber manusia secara menyeluruh melalui budaya kerja professional seiring dengan penghayatan budaya ilmu, pemuafakatan dengan komuniti dan agensi luar ke arah melahirkan warga sekolah yang cemerlang dan berketerampilan. Memantapkan Pengurusan dan Perancangan Hal Ehwal Murid Bagi Membentuk Budaya Sekolah Yang Terpuji Melalui: 1. Peningkatan tahap akademik, sahsiah dan disiplin murid. 2. Kemampuan menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni, disiplin kendiri, berbudaya positif dan berketrampilan. 3. Persekitaran yang sentiasa dalam keadaan selamat, ceria, sihat, berkualiti dan membanggakan. 4. Program Hal Ehwal Murid yang dapat membantu kecemerlangan modal insan di peringkat sekolah. 5. Sumbangan kebajikan demi kesejahteraan murid. 6. Program perpaduan dalam usaha mewujudkan persefahaman dan perasaan saling hormat dalam kalangan murid.


OBJEKTIF HAL EHWAL MURID 1. Mengurangkan jumlah kes-kes salah laku murid 2. Membimbing dan membantu murid yang menghadapi tekanan dan masalah. 3. Mewujudkan persekitaran yang bersih, ceria dan konduksif. 4. Mewujudkan kesedaran dikalangan murid-murid dan wargga sekolah tentang aspek keselamatan diri dan harta benda sekolah. 5. Mengawal pembiakan aedes dan memberi rawatan sementara. 6. Membantu dan menyediakan keperluan murid yang menghadapi tekanan dan masalah. 7. Kebersihan kantin terjaga dan bebas keracunan makanan. 8. Memastikan murid-murid yang layak sahaja menerima bantuan RMT dan Susu Sekolah 9. Menyelaraskan hal-hal pengeluaran, pengambilan dan hapuskira buku teks. 10. Memastikan bekalan perabot untuk murid mencukupi, segala kerosakan dibaikpulih serta pengemaskinian stok perabot dilakukan. 11. Memastikan data murid sentiasa dikemaskini. 12. Menambah pengetahuan dengan membuat jaringan dan jalinan ke tempat-tempat pelancongan yang berinformasi, sekolah-sekolah dan agensi-agensi kerajaan serta menguruskan penanda arasan sekolah. PELAKSANAAN DASAR Pelaksanaan dasar adalah sejajar dengan kehendak-kehendak punca kuasa yang dikuatkuasakan atau dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia seperti senarai berikut: 1. Akta Pelajaran 2. Ordinan Pelajaran 3. Surat Pekeliling 4. Manual Pengurusan 5. Buku Panduan


1.0 PENGURUSAN HEM ITEM KETETAPAN TINDAKAN 1.1 MESYUARAT 1.1.1 Mesyuarat Unit Hal Ehwal Murid dirancang dan dilaksanakan 4 kali setahun ( Surat Siaran : PKPA Bil 2: 1991) mengikut arahan takwim sekolah) 1.1.2 Notis/Memo panggilan mesyuarat disediakan 7 hari sebelum mesyuarat menggunakan format terkini. Borang kehadiran perlu diedarkan kepada ahli mesyuarat dan Borang Maklum Balas Mesyuarat. 1.1.3 Rekod Kehadiran. i. Fail Induk HEM ii. Fail Unit 1.1.4 Agenda mesyuarat merangkumi berdasarkan format SPSK i. Ucapan Pengerusi ii. Membentangkan dan mengesahkan minit mesyuarat iii. Perkara-perkara berbangkit iv. Laporan Unit/ Perkara-perkara baharu v. Hal-hal lain vi. Penutup 1.1.5 Mesyuarat perlu dipengerusikan oleh Guru Besar. Jika tiada boleh digantikan oleh GPK. Jika Semua tiada, mesyuarat perlu ditangguhkan. 1.1.6 Minit mesyuarat perlu disediakan dan diedarkan kepada ahli mesyuarat dalam tempoh (7) tujuh hari bekerja selepas mesyuarat mengikut format terkini. Guru Penolong Kanan HEM/ Setiausaha HEM 1.2 PROGRAM 1.2.1 Program yang dilaksanakan perlu dirangka, dibincangkan dan disusun sebulan sebelum program dilaksanakan. 1.2.2 Kertas kerja perlu disemak oleh GPK HEM dan diluluskan oleh Guru Besar. 1.2.3 Dokumentasi yang dibuat mestilah mengikut format yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. 1.2.4 Perkara yang perlu ada di dalam dokumentasi adalah: i. Laporan Program ii. Gambar bewarna Guru Penolong Kanan HEM/ Setiausaha HEM


iii. Buku Program/Pamplet/Tentatif iv. Kertas kerja (jika ada) v. Penilaian program – berdasarkan objektif 1.2.5 Dokumentasi perlu dibuat dalam 2 salinan (1 salinan PK HEM dan 1 salinan Fail Unit). 1.2.6 Program HEM yang dijalankan perlu dibuat laporan/dokumentasi lengkap bertandatangan dan dihantar dua minggu selepas program dijalankan. 1.3 PENGURUSAN FAIL 1.3.1 Fail hendaklah berada di pejabat sekolah. 1.3.2 Fail putih kulit keras, berdasarkan Manual Sistem Fail Negeri Selangor. 1.3.3 Fail putih kulit keras, berdasarkan Manual Sistem Fail Negeri Selangor. 700 TADBIR URUS MURID 700-1 Pengurusan Murid 700-2 Pendaftaran Murid 700-3 Penempatan/ Pertukaran Murid 700-4 Bantuan Pelajaran 700-5 Penjagaan Kesihatan Murid 700-6 Keselamatan Murid 700-7 Pengurusan Disiplin 700-8 Bimbingan dan Kaunseling Murid 700-9 Pemantauan Hal Ehwal Murid 700-10 Pengurusan Asrama Setiausaha setiap unit 2.0 DATA MURID (APDM/BJKM/PENDAFTARAN) ITEM KETETAPAN TINDAKAN 2.1 DATA MURID DALAM SISTEM MPM – APDM ONLINE 2.1.1 Surat siaran yang berkaitan adalah seperti berikut: SPI: KPM.100-11/2/2 Jld3(29) (6 Mac 2017) – Penambahbaikan Pengoperasian Pelaksanaan eKehadiran Murid Melalui Modul Penguruan Murid(MPM)Bagi Komponen Dashboard Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Guru kelas/ Penyelaras Aliran


SPI: KPM.100-11/2/2Jld4(10) (2 Oktober 2017) – Pengemaskinian Maklumat Dalam Modul Pengurusan Murid (MPM). SPI: KPM.100-11/2/2 Jld4(51) (2 Januari 2018) – Pengemaskinian Data Murid dan Penetapan Subjek Dan Aliran Dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) dan e-Operasi. Guru kelas bertanggungjawab sepenuhnya terhadap data yang ada dalam sistem data pengurusan murid (APDM) mengemaskini sebelum atau pada 15 Januari dan 15 November setiap tahun. 2.1.2 Semua guru kelas perlu memastikan setiap data murid dalam sistem APDM dilengkapkan dan dikemaskini. 2.1.3 Guru kelas akan menanda kehadiran murid ke dalam Sistem eKehadiran secara atas talian (online) sebelum pukul 12.00 tengah hari bagi sekolah sesi pagi dan sebelum jam 5.00 petang bagi sekolah sesi petang setiap hari persekolahan. 2.1.4 Semua guru kelas perlu memastikan analisis bulanan kehadiran murid setiap kelas perlu disemak, dicetak, disah dan difail pada hari terakhir bagi setiap bulan. Guru Data/ Guru Kelas Guru Penolong Kanan HEM Guru Kelas/ Guru Pembantu Guru Kelas/ Guru Pembantu Guru Kelas/ Guru Pembantu 3.0 FAIL PERIBADI MURID ITEM KETETAPAN TINDAKAN 3.1 FAIL PERIBADI MURID 3.1.1 Semua murid berdaftar di sekolah wajib mempunyai fail peribadi. 3.1.2 Memastikan semua maklumat yang diperlukan berada di dalam fail peribadi. 3.1.3 Fail ini hendaklah disimpan di bilik fail dan diserahkan kepada murid apabila murid telah menamatkan persekolahan atau bertukar sekolah. DOKUMEN WAJIB DI DALAM FAIL PERIBADI MURID a) Salinan Surat Beranak murid. b) Salinan Kad Pengenalan Ibu/Bapa/Penjaga c) Kad Kesihatan d) Borang maklumat diri murid e) Pelaporan PBS Sumatif pertengahan dan akhir tahun. Penyelaras Tahun/Guru Kelas


f) Kad Gigi g) Pelaporan PBS Formatif h) Surat-surat amaran (jika ada) 3.1.4 Semua dokumen yang perlu dilampirkan hendaklah dibuat pengesahan terlebih dahulu. 4.0 PENDAFTARAN MURID ITEM KETETAPAN TINDAKAN 4.1 PENDAFTARAN MURID BARU 4.1.1 Guru Kelas menerima murid baru daripada PK HEM. (status kewarganegaraan telah dikenalpasti oleh PK HEM terlebih dahulu). Seterusnya, mengisi maklumat murid baru dalam buku hijau besar untuk mendapatkan nombor pendaftaran sekolah. 4.1.2 PK HEM hendaklah memastikan Borang Maklumat Murid (Borang BMM) dilengkapkan oleh ibu bapa/penjaga. Jika murid membawa bersama salinan APDM dari sekolah asal, sila pastikan maklumat adalah lengkap dan terkini. 4.1.3 Guru Kelas akan memasukkan data murid-murid baru. Bagi murid asal, guru-guru hanya mengemaskini data APDM yang telah dibuat dan menyerahkan ‘hard copy’ kepada guru data. 4.1.4 Guru Kelas hendaklah menyemak jika murid berkenaan menerima sebarang bentuk bantuan/biasiswa dan melaporkan kepada Guru Biasiswa/Guru Kebajikan. 4.1.5 Guru Kelas perlu selalu mengambil inisiatif mengenalpasti murid berkeperluan khas dan yang memerlukan bantuan khas (anak yatim, murid miskin, oku dan lain-lain) serta melaporkan kepada PK HEM untuk tindakan lanjut. 4.1.6 PK HEM perlu mendapatkan laporan disiplin, Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS), PAFA, PBS dan lain-lain berkaitan kerja kursus dari sekolah terdahulu jika tidaK dibawa bersama semasa mendaftar. Dokumen tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam fail murid dan satu salinan dokumen berkenaan hendaklah diserahkan kepada guru matapelajaran. 4.1.7 Menentukan surat kelulusan murid berkenaan. Guru Penolong Kanan HEM/ Penyelaras Tahun 6 Penyelaras Tahun/Guru Kelas


4.1.8 Mencatat maklumat/butiran pertukaran dalam BJKM. 4.1.9 Murid boleh membawa semua buku teks sama ada pertukaran dalam dan antara negeri kecuali berpindah ke sekolah swasta. Pastikan semua buku tulis dan dokumen mata pelajaran diserahkan kepada murid berkenaan. 4.1.10 Guru Kelas menyediakan Surat Berhenti Sekolah (dengan merujuk Pembantu Tadbir) bagi muridmurid yang berada di sekolah sekurang-kurangnya selama satu (1) tahun jika murid berpindah ke sekolah swasta. 4.1.11 Segala dokumen peribadi murid (Fail Peribadi) diserahkan kepada pihak pejabat untuk diserah kepada ibu bapa/penjaga. (bergantung kepada keadaan) 4.1.12 Bagi murid “Bukan Warganegara” (MBWN) Yuran Warga Asing Sebanyak RM 120.00 bagi sekolah rendah setiap tahun wajib dibayar di Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat terlebih dahulu sebelum didaftar sebagai murid sekolah. Resit bayaran mesti ditunjukkan. Setiap MBWN juga dikenakan bayaran tambahan mengikut arahan pendaftar sekolah. 4.1.13 MBWN juga perlu membayar lain-lain bayaran tambahan yang ditentukan seperti murid lain. 4.1.14 Tidak layak menerima sebarang bantuan. 4.1.15 Rujuk Sektor Pendaftaran Sekolah – surat kebenaran sekolah bagi bukan warganegara. 4.1.16 Kemaskini bayaran fee murid bukan warganegara di dalam APDM supaya murid boleh disenarai di dalam kelas. 4.2 PENDAFTARAN MURID TINGKATAN 1 4.2.1 GPK HEM / Penyelaras Tahun 6 perlu menghadiri taklimat yang dianjurkan oleh pihak PPD .(Julai) 4.2.2 Memastikan guru kelas mengisi maklumat murid dengan lengkap dan betul dalam pangkalan data APDM ( kemaskini data murid, no myKad, angka giliran, warganegara, alamat lengkap) dan Guru Penolong Kanan HEM/ Penyelaras Tahun 6


mendaftarkan murid ke tingkatan 1.(1 Jun—15 Julai). 4.2.3 Semua maklumat perlu disahkan oleh guru besar mengikut ketetapan tarikh PPD . 4.2.4 Mengeluarkan surat makluman kepada murid /ibu bapa sebarang maklumat yang berkaitan (pendaftaran) mengikut ketetapan oleh PPD. 4.2.5 Mengedarkan borang permohonan penempatan (BPPS) kepada murid tahun 6. (13—31 Julai ). 4.2.6 Guru kelas mengisi borang permohonan online berdasarkan BPPS yang diterima daripada murid.(1Ogos—12September). 4.2.7 Memaklumkan kepada ibu bapa berkenaan kemasukan Sekolah Kawalan dan Asrama penuh (September). 5.0 DISIPLIN ITEM KETETAPAN TINDAKAN 5.1 JAWATANKUASA DISIPLIN 5.1.1 Merangka dan menentukan dasar-dasar disiplin dan peraturan sekolah berpandukan pekeliling Kementerian dan Jabatan Pendidikan. 5.1.2 Memastikan semua guru adalah guru disiplin dalam usaha menguatkuasakan peraturan sekolah. 5.1.3 Membantu menyelesaikan masalah-masalah disiplin yang tidak dapat diselesaikan oleh pengawas. 5.1.4 Membantu Lembaga Disiplin Sekolah untuk mengesan dan mengesahkan kesalahankesalahan serius yang boleh membawa kepada hukuman penggantungan sementara atau hukum buang sekolah berpandukan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.(/1975. Setiausaha Lembaga Disiplin atas nasihat Guru Besar boleh memanggil mesyuarat tergempar untuk membincangkan keskes berat mengenai disiplin. Guru Penolong Kanan HEM/ Penyelaras Tahun 6 Penyelaras Tahun/Guru Kelas


5.1.5 Bekerjasama dengan pengawas sekolah untuk menguruskan kawalan disiplin dalam semua majlis sekolah. 5.1.6 Mewujudkan sistem rekod disiplin kelas dan pemantauan yang berkesan. 5.1.7 Menerima laporan pengawas/guru pengawas dan seterusnya mengambil tindakan yang sewajarnya. 5.1.8 Menjalankan hukuman disiplin sekiranya diwakilkan oleh Guru Besar. 5.1.9 Menjalankan rondaan (dengan bantuan guru bertugas harian) untuk mengesan murid yang ponteng dan melanggar disiplin sekolah. 5.1.10 Menyediakan dan membekalkan data dan maklumat disiplin kepada Kementerian/Jabatan Pendidikan/PPD. 5.1.11 Merancang dan melaksanakan program dalam meningkatkan kesedaran dan penghayatan disiplin murid. 5.1.12 Menjadi pegawai perhubungan di antara ibu bapa/penjaga dalam menangani masalah disiplin. 5.2 DISIPLIN MURID 5.2.1 SEMUA GURU ADALAH GURU DISIPLIN. Oleh itu, guru-guru mestilah memastikan semua murid mengikuti peraturan sekolah yang ditetapkan. 5.2.2 Guru-guru mesti memberi teguran dan nasihat jika mereka mendapati seseorang murid itu melakukan kesalahan disiplin. 5.2.3 Guru-guru mestilah memaklumkan kesalahankesalahan murid yang berat kepada Ketua Guru Disiplin/PKHEM. 5.2.4 Guru-guru hendaklah berpegang kepada prinsip bahawa hukuman yang dikenakan mestilah berpatutan dan adil serta setimpal dengan kesalahan murid. Ini bertujuan supaya murid tidak teraniaya dan akan menerima hukuman dengan rela hati. 5.2.5 Tiada sentuhan badan kepada murid dan tingkah laku negatif yang boleh menimbulkan prasangka kepada murid. GPK Hem Ketua Disiplin AJK Disiplin Semua Guru


5.3 PERATURAN SEKOLAH Pada awal tahun permulaan persekolahan murid akan diberi penjelasan dan penerangan tentang peraturan sekolah dan tindakan-tindakan disiplin yang dikuatkuasakan jika melanggar peraturan melalui Taklimat Peraturan Sekolah. 5.3.1 Pemeriksaan Mengejut /Spot check Pemeriksaan mengejut/spot check boleh dilakukan dari semasa ke semasa ke atas murid semasa berada di kelas atau tapak perhimpunan atas arahan pihak pentadbir. a. Pemeriksaan mengejut/ spot check boleh dilakukan terhadap kepatuhan uniform murid, kebersihan diri, buku teks dan membawa barang larangan. b. Guru Disiplin/ guru bertugas bersama guru kelas atau guru mata pelajaran dengan bantuan pengawas sekolah akan membuat spot check dengan disaksikan oleh murid yang berkenaan. 5.3.2 Barang larangan akan dirampas dan maklumat murid tersebut akan direkod oleh guru berkenaan dalam Buku Rekod Salah Laku Barang Rampasan yang disimpan dalam almari Bilik PKHEM. 5.3.3 Barang rampasan akan disimpan oleh PKHEM. Barang rampasan yang mahal seperti telefon bimbit hanya boleh dituntut balik oleh ibu bapa/ penjaga setelah berjumpa PKHEM dan menandatangani surat kontrak. 5.3.4 Barang rampasan yang tidak dituntut selepas tiga tahun akan dilupuskan setelah dibawa mesyuarat AJK Disiplin dan AJK PIBG. 5.3.5 Kehilangan barang-barang berharga adalah tanggungjawab murid-murid. GPK Hem Ketua Disiplin AJK Disiplin 5.4 KAEDAH MENGATASI MASALAH DISIPLIN 5.4.1 Senarai kesalahan ringan, sederhana dan berat ada dalam Fail Rekod Kawalan Kelas. Penerangan kepada semua murid semasa Program Transformasi Diri. 5.4.2 Senarai nama murid dan tampal di papan kenyataan; Kedatangan penuh – 2x setahun Kerap tidak hadir /ponteng – 2 bulan sekali GPK Hem Ketua Disiplin AJK Disiplin


Amalan Baik – Print out daripada SSDM online di mana semua guru mesti key in Amalan Baik Murid. 5.4.3 Sifar Ponteng : Memberikan sijil penghargaan kepada kelas yang mempunyai % kehadiran tertinggi/ terbaik setiap bulan iaitu melebihi 90% (Saya Ikon Sekolah). Murid yang mengekalkan sifar ponteng/ kehadiran penuh akan diberi sijil penghargaan pada akhir tahun iaitu Hari Kanak-Kanak 5.5 PONTENG SEKOLAH 5.5.1 Murid dianggap ponteng sekiranya tidak hadir sekolah dan tidak membawa surat daripada ibu bapa/penjaga atau surat sakit pada keesokan harinya. Guru kelas hendaklah menandakan tidak hadir tanpa sebab bagi murid ponteng sekolah dan tiada maklumat dari ibu bapa penjaga. Jadual penghantaran surat kes Ponteng adalah seperti berikut; 5.5.2 Guru Kelas hendaklah mencatat segala semua proses tindakan dalam borang Rekod Ponteng Sekolah dan SSDM secara online atas kesalahan ponteng sekolah. 5.5.3 Segala surat amaran mestilah dijana di SSDM. 5.5.4 Surat amaran hendaklah diisi dan diserahkan oleh Guru Kelas kepada pentadbir sekolah untuk ditanda tangani dan diserahkan kepada Pembantu Am Rendah untuk urusan pos. (Surat Amaran Ponteng 1 dan 2 secara pos biasa, Amaran 3 secara pos berdaftar). Tindakan Ponteng Berterusan Ponteng Berkala/ Tidak berurutan Amaran 1 3 hari terturut-turut 10 hari Amaran 2 7 hari selepas Surat Amaran 1 10 hari selepas Surat Amaran 1 Amaran 3 7 hari selepas Surat Amaran 2 20 hari selepas Surat Amaran 2 GPK Hem Ketua Disiplin AJK Disiplin Guru Kelas Guru UBK


5.5.5 Sekiranya murid hadir selepas sesuatu tindakan telah dibuat, perkara berikut hendaklah dipatuhi. 5.5.6 Selepas Amaran Pertama, murid hendaklah membawa surat jawapan dan soal selidik masalah daripada ibu bapa/penjaga masing-masing. 5.5.7 Selepas Amaran Kedua, murid hendaklah membawa surat jawapan daripada ibu bapa /penjaga masingmasing dan berjumpa dengan PKHEM. 5.5.8 Selepas Amaran Ketiga, Murid mesti hadir dengan ibu bapa dan berjumpa Guru Besar. Murid hanya dibenarkan masuk ke kelas setelah Guru Besar berpuashati dengan jaminan yang diberi oleh ibu bapa/penjaga melalui Surat Akur Janji. 5.5.9 Jawatankuasa Penyiasatan Murid Cicir akan mengadakan siasatan sekiranya Surat Amaran Ketiga dihantar dan tidak diterima kembali. 5.5.10 Jawatankuasa Penyiasatan Murid Cicir melalui mesyuarat, akan memutuskan sama ada murid digugurkan daripada senarai kehadiran sekiranya Surat Amaran 3 berpatah balik ke sekolah. 5.6 BUKU REKOD KAWALAN MURID 5.6.1 Guru yang masuk hendaklah memastikan kelas dalam keadaan bersih dan teratur sebelum menandatangani Buku Rekod Kawalan Kelas. Sila lengkapkan maklumat seperti yang dikehendaki di dalam Buku Rekod Kawalan Kelas. 5.6.2 Guru mestilah mencatat setiap kesalahan yang dilakukan oleh murid (rujuk Lampiran kod dan jenis Salah Laku Murid) pada helaian mengikut no siri murid di dalam Buku Rekod Kawalan Murid. 5.6.3 Semua kes salah laku yang ringan atau sederhana atau berat hendaklah diambil tindakan oleh guru yang berkenaan pada waktu kelas sedang berlangsung dan Guru Kelas atau Guru Mata Pelajaran bertanggungjawab key in kesalahan murid ke dalam SSDM online. 5.6.4 Semua kes salah laku yang ringan atau sederhana atau berat hendaklah diambil tindakan oleh Guru Disiplin atau Guru Bertugas yang berkenaan pada bukan waktu kelas sedang berlangsung dan GPK Hem Ketua Disiplin AJK Disiplin


bertanggungjawab key in kesalahan murid ke dalam SSDM online. 5.6.5 Bagi kes berat , Borang Aduan dan Borang Tindakan berserta Pengakuan Murid hendaklah dilengkapkan. Borang tersebut di rak Bilik HEM bertajuk Aduan Bulan Semasa. 5.6.6 Buku Rekod Kawalan Murid dan Buku Rekod Kawalan Kelas hendaklah dijaga dengan baik dan diserahkan kepada PKHEM Mac, Jun, September dan November. 5.7 PAS KEBENARAN KELUAR KELAS 5.7.1 Semua guru hendaklah mengambil Pas Kebenaran Keluar daripada PKHEM pada awal tahun. 5.7.2 Mana-mana murid yang ingin keluar ke tandas, berjumpa guru dan sebagainya mesti memakai pas berkenaan. 5.7.3 Guru-guru berhak menahan dan meminta murid balik ke kelas untuk mendapatkan pas daripada guru kelas atau guru kelas sebelah jika tiada guru. GPK Hem Ketua Disiplin AJK Disiplin Guru Kelas Penyelaras Aliran 5.8 KAWALAN/ TANGGUNGJAWAB GURU 5.8.1 Guru mestilah mengetahui nama murid mereka. Ini dianggap sebagai satu usaha guru mempunyai sikap keprihatinan dan mengenali mereka sebagai seorang individu. 5.8.2 Guru hendaklah kenali dan fahami mana-mana murid yang sering menimbulkan masalah disiplin dan berikan tumpuan yang lebih terhadap mereka bagi mendapatkan kerjasama. 5.8.3 Jangan mulakan proses PdP sekiranya murid-murid tidak memberikan tumpuan atau sedang bising dan bercakap sesama sendiri. 5.8.4 Jangan biarkan murid-murid berkumpul di hadapan meja guru, sedangkan murid-murid lain dibiarkan bising di tempat mereka atau di belakang kelas. 5.8.5 Guru haruslah memeriksa kebersihan kelas termasuk kaki lima kelas dan mengarahkan muridmurid mengemas dan membersihkan dengan segera. GPK Hem Ketua Guru Disiplin AJK Disiplin


5.8.6 Guru-guru harus mengambil perhatian terhadap murid-murid yang tidak menyiapkan kerja rumah atau tugasan dalam kelas. Cuba kenalpasti sebabsebabnya dan ambil tindakan sewajarnya. (Dendaan seharusnya tidak merugikan hak belajar murid). Murid-murid yang engkar walaupun telah diberi amaran, boleh dirujuk kepada PKHEM atau Guru Besar. 5.9 KELAB PENCEGAH JENAYAH (KPJ) 5.9.1 Kelab Pencegah Jenayah perlu ditubuhkan berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas bil 5/2006 (Penubuhan Kelab Pencegah Jenayah di Semua Sekolah rendah dan menengah). 5.9.2 Guru Besar sebagai Penaung Kelab manakala Guru Penolong Kanan Hem (GPK HEM) serta Guru Disiplin sebagai guru penasihat. 5.9.3 Keahlian adalah terdiri daripada murid sekolah. Jawatankuasa Kelab terdiri daripada murid melalui perlantikan semasa mesyuarat agung tahunan. 5.9.4 Perlembagaan Kelab menggunakan garis panduan yang telah dikeluarkan Kementerian melalui Surat Pekeliling Ikhtisas bil 5/2006 (Penubuhan Kelab Pencegah Jenayah di Semua Sekolah rendah dan menengah). 5.9.5 Aktiviti kelab boleh dijalankan mengikut kesesuaian waktu dan ditetapkan oleh sekolah sendiri. GPK Hem Ketua Guru Disiplin AJK Disiplin 6.0 BIMBINGAN DAN KAUNSELING ITEM KETETAPAN TINDAKAN 6.1 UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING 6.1.1 Khidmat bimbingan dan kaunseling meliputi semua aspek kaunseling dan bimbingan pelajar, sahsiah, sosial, psikologi dan pencegahan dadah. 6.1.2 Bekerjasama dengan guru-guru lain dalam mengesankecacatan murid-murid dan membuat rujukan kepada badan-badan yang wajar. 6.1.3 Mengelola kaunseling berkelompok untuk tujuan suai kenal, menjelajah dan mengenali kehendak murid serta menyampaikan maklumat kepada murid. GPK HEM Penyelaras UBK Guru UBK


6.1.4 Menemuduga murid yang bermasalah. 6.1.5 Mengelola kajian latar belakang murid-murid yang bermasalah termasuk berbincang dengan guru lain mengenainya. 6.1.6 Melawat murid yang berkenaan jika perlu. 6.1.7 Mengadakan hubungan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat jika perlu. 6.1.8 Menyimpan rekod-rekod kaunseling dan murid bermasalah. Menyelaras Program Guru Penyayang. 6.1.9 Melaksanakan sebarang arahan berkenaan dari Kementerian, jabatan, PPD atau Guru Besar. 6.2 PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING 6.2.1 Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) mestilah memberikan tumpuan kepada empat fokus utama iaitu: Pembangunan sahsiah murid Peningkatan disiplin murid Pendidikan kerjaya murid Psikososial dan sejahteraan mental murid 6.2.2 Unit Bimbingan dan Kaunseling harus diuruskan mengikut etikanya, demi memelihara hak murid. Segala maklumat murid adalah dianggap sulit dan hanya boleh didedahkan kepada pihak yang berkenaan sahaja. 6.2.3 GBK boleh membantu murid-murid dengan memberi bimbingan dan saranan samaada secara individu atau kelompok. 6.2.4 GBK harus membimbing murid bermasalah. 6.2.5 GBK mestilah mengatur masa untuk memberi khidmat kaunseling kepada murid yang telah diberi surat amaran ponteng pertama, kedua dan ketiga. 6.2.6 GBK mesti menyemak SSDM setiap hari untuk merujuk murid masalah disiplin. 6.2.7 Guru Disiplin mahupun Guru Kelas boleh merujuk kepada GBK tentang murid yang memerlukan GPK HEM Penyelaras UBK Guru UBK


bantuan kaunseling ataupun murid yang menghadapi masalah disiplin. 6.2.8 GBK hanya boleh menjalankan tugas di luar sekolah dengan kadar 10% daripada hari persekolahan setahun. 6.2.9 GBK bertanggungjawab menyelaras Profil Peribadi Murid di Bilik Bimbingan & Kaunseling. 6.2.10 Guru bimbingan bekerjasama dengan pihak pentadbir dan AJK Disiplin bagi menjayakan kursus, bengkel, ceramah dan mewujudkan perhubungan erat dengan Badan-badan luar yang berkaitan 6.3 PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDA). 6.3.1 Program Pendidikan Pencegahan Dadah merupakan satu program yang wajib dilaksanakan di semua sekolah di seluruh Negara. Melalui program ini, semua maklumat mengenai PPDa yang meliputi input-input bahaya dadah, rokok, inhalan, alkohol dan HIV/AIDS akan sampai kepada warga sekolah. (rujuk Surat Pekeliling Am Bil. 1 tahun 1985, arahan menjalankan program mencegah dan membasmi kegiatan penagihan dadah oleh Jabatan Perdana Menteri bertarikh 29 Januari 1985 yang diedarkan ke semua jabatan dan sekolah). 6.3.2 Guru PPDa ini perlu melaksanakan aktiviti seperti: . 6.3.2.1 SAMBUTAN MINGGU ANTI DADAH - Minggu Anti Dadah disambut setiap tahun mulai 19 Februari (Peringkat Kebangsaan) 26 Jun (Peringkat Antarabangsa). Sehubungan dengan itu, sekolah digalakkan merancang dan menyambut Minggu Anti Dadah dengan membaca perutusan Anti Dadah dan juga melaksanakan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian seperti melukis poster anti dadah, perkhemahan anti dadah, deklamasi sajak anti dadah dan sebagainya. 6.3.2.2 BILIK/LALUAN DAN SUDUT PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH - Guru PPDa diminta membangunkan dan memajukan Bilik/ Laluan/ Sudut PPDa sebagai sumber rujukan murid. Bilik/ Laluan / Sudut PPDa bersifat "one-stop centre" yang mengandungi maklumat-maklumat bahaya rokok, vape, alkohol, dadah, inhalan dan HIV/Aids. Guru PPDa boleh mendapatkan bantuan ahli SLAD (sekolah menengah) untuk memajukan Bilik / Laluan GPK HEM Penyelaras UBK/ Penyelaras PPDa


/ Sudut PPDa dengan meletakkan segala maklumat berkaitan dadah, rokok, vape, inhalan, alkohol dan HIV/Aids 6.3.2.3 CERAMAH-CERAMAH PPDa - Menganjurkan ceramah-ceramah PPDa dengan menjemput pegawai-pegawai dari PPD, JPN, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Jabatan Kesihatan dan mana-mana jabatan yang difikirkan relevan dan boleh menyampaikan maklumat kepada murid-murid. 6.3.2.4 MESEJ 5 MINIT PPDa – Mengadakan program '5 Minit Mesej Anti Dadah' semasa perhimpunan atau mengikut kesesuaian. 6.3.2.5 SISIPAN PPDa DALAM KURIKULUM - Maklumat bahaya dadah, rokok diterapkan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Pendidikan Kesihatan dan Sains. 7.0 BANTUAN SEKOLAH ITEM KETETAPAN TINDAKAN 7.1 JAWATANKUASA BANTUAN SEKOLAH 7.1.1 Guru kelas bertanggungjawab mengisi semua data murid dengan lengkap di APDM dan sentiasa kemas kini data bagi memudahkan urusan RMT/KWAPM/Anak Yatim/Asnaf/EMK(Elaun Murid OKU)/SPB 7.1.2 Murid-murid yang menghadapi pelbagai masalah akan sentiasa cuba dibantu oleh jawatankuasajawatankuasa yang dibentuk diperingkat sekolah. 7.1.3 Menguruskan hal ehwal kebajikan murid yang memerlukan bantuan khusus kemalangan, rawatan berterusan, kemalangan dan kematian. (Kebajikan/Takaful/Murid Sakit/Kecemasan). 7.1.4 RMT (Rancangan Makanan Khas) 7.1.4.1 Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun. 7.1.4.2 Menenal pasti murid (Warganegara Malaysia yang perlukan bantuan) 7.1.4.3 Dapatkan maklumat murid melalui guru data atau APDM dan guru kelas. PK HEM Guru Kelas Guru Data Guru Penyelaras Setiap Bantuan


7.1.4.4 Kadar kelayakan berdasarkan Pendapatan Isi Rumah (PIR) dan Paras Garis Kemiskinan (PGK) 2019 (Isi rumah: RM1169 atau per kapita RM310.00) 7.1.4.5 Mengedarkan, mengumpul semula dan memproses borang permohonan RMT kepada Murid yang layak. Bulan September untuk permohonan tahun berikutnya dan bulan Januari untuk murid tahun 1 dan murid yang tercicir. 7.1.4.6 Mesyuarat pemilihan oleh Jawatankuasa Bantuan dan Kebajikan yang dianggotai oleh guru kebajikan, 2 wakil PIBG dan Pegawai Tadbir. 7.1.4.7 Hantar data RMT yang dikehendaki oleh PPD. 7.1.4.8 Maklumkan kepada murid yang layak menerima RMT melalui surat setuju RMT. Surat tersebut perlu dikumpulkan dan disimpan dalam fail. 7.1.4.9 Menentukan menu dan memastikan murid RMT mendapat peruntukan yang mencukupi (RM 3.50 setiap murid sehari untuk 190 hari). 7.1.4.10Menyediakan laporan seperti yang ditetapkan oleh KPM melalui Buku Panduan pelaksaan RMT yang terkini. 7.1.4.11Menyediakan laporan seperti yang ditetapkan oleh KPM melalui Buku Panduan pelaksaan RMT yang terkini. 7.1.4.12Menyediakan perancangan dan rancangan tahunan. 7.1.4.13Mengemaskini Fail RMT dari masa ke semasa 7.1.5 KWAPM (Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin) 7.1.5.1 Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun. 7.1.5.2 Mengenal pasti murid (Warganegara Malaysia yang perlukan bantuan). 7.1.5.3 Dapatkan maklumat murid melalui guru data atau APDM dan guru kelas. 7.1.5.4 Kadar kelayakan berdasarkan Pendapatan Isi Rumah (PIR) dan Paras Garis Kemiskinan (PGK) 2019 (Isi rumah: RM1169 atau per kapita RM310.00) 7.1.5.5 Mengedarkan, mengumpul semula dan memproses borang permohonan KWAPM kepada Murid yang layak. Bulan September untuk permohonan tahun berikutnya dan bulan januari untuk murid tahun 1 dan murid yang tercicir. 7.1.5.6 Mesyuarat pemilihan oleh Jawatankuasa Bantuan dan Kebajikan yang dianggotai oleh guru kebajikan, 2 wakil PIBG. 7.1.5.7 Guru bantuan akan mengesahkan permohonan KWAPM dalam sistem MPM (APDM) melalui aplikasi KWAPM dengan menggunakan ID guru kebajikan yang dilantik oleh admin APDM.


7.1.5.8 Guru Besar perlu membuat pengesahan permohonan di Sistem APDM 7.1.5.9 Guru penyelaras serta AJK KWAPM perlu mengumpulkan salinan buku bank BSN bagi memudahkan agihan pembayaran bantuan KWAPM yang diterima dari KPM. Guru Penyelaras perlu berjumpa dengan PT kewangan sekolah untuk menentukan tarikh pembayaran KWAPM 7.1.6 EMK (Elaun Murid Khas) 7.1.6.1 Guru kelas mengemaskini data murid OKU dalam APDM ( No Kad OKU, Tarikh keluaran kad program pendidikan, Ketagori OKU, Alatan Bantuan teknologi yang diperlukan, Nama bank dan No. Akaun) 7.1.6.2 Saluran bantuan kewangan akan disalurkan secara Automatik ke akaun murid. 7.1.7 BAP (Bantuan Am Persekolahan) 7.1.7.1 Mengenal pasti murid Warganegara Malaysia yang layak BAP. 7.1.7.2 Dapatkan maklumat murid melalui guru data atau APDM dan guru kelas. 7.1.7.3 Kadar kelayakan berdasarkan pendapatan isi rumah RM 3000 dan ke bawah. 7.1.7.4 Memastikan ibu bapa/ penjaga mengemukakan dokumen pengesahan pendapatan yang terkini. 7.1.7.5 Menyemak dan merekod peruntukan yang diterima ke dalam buku tunai (KWK) dan menyelenggara akaun subsidiari. 7.1.7.6 Mengeluarkan wang bantuan daripada bank dan mengagihkan secara tunai kepada ibu bapa/ penjaga dalam tempoh 14 hari daripada tarikh bantuan diterima. 7.1.8 BANTUAN SUSU (Dala RMT) 7.1.8.1 Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun. 7.1.8.2 Mengenal pasti murid (Warganegara Malaysia yang perlukan bantuan). 7.1.8.3 Dapatkan maklumat murid melalui guru data atau APDM dan guru kelas. 7.1.8.4 Kadar kelayakan bantuan SUSU berdasarkan Pendapatan Isi Rumah (PIR) dan Paras Garis Kemiskinan (PGK) 2019 (Isi rumah: RM1169 atau per kapita RM310.00) 7.1.8.5 Mengedarkan dan mengumpul surat setuju terima dariapad murid yang layak. 7.1.8.6 Sediakan tempat penyimpanan susu yang sesuai dan selamat.


7.1.8.7 Guru bertugas perlu melengkapkan buku log semasa pengedaran susu. 7.1.8.8 Guru bertugas memastikan tatacara minum susu yang betul. 7.1.9 SPBT (Skim Pinjaman Buku Teks) 7.1.9.1 Semua murid berhak mendapat pinjaman buku teks kecuali Bukan Warganegara. 7.1.9.2 Guru Kelas perlu memastikan semua murid yang layak, mendapat buku teks. Pastikan guru kelas catat di dalam borang G yang dibekalkan oleh unit SPBT. 7.1.9.3 Guru kelas perlu memastikan semua murid membalut buku teks dan menjaga buku teks dari rosak dan hilang. 7.1.9.4 Guru kelas perlu memastikan semua murid yang meminjam buku teks perlu memulangkan semula ke sekolah pada akhir tahun. 7.1.9.5 Sebarang kerosakan/ kehilangan buku teks perlu diganti semula. 7.1.9.6 AJK SPBT perlu memastikan bekalan buku teks mencukupi untuk diagihkan kepada murid. Jika tidak mencukupi Penyelaras perlu mendapatkan bekalan dari Bilik BOSS SPBT daerah. 7.1.9.7 AJK SPBT perlu memastikan bilangan buku teks dan aktiviti direkodkan di dalam buku stok SPBT. 7.1.9.8 AJK SPBT hendaklah merawat buku teks yang rosak. Jika tidak dapat dirawat buku teks tersebut perlu dikumpulkan untuk dilupuskan. 7.1.9.9 AJK SPBT perlu memastikan setiap buku teks ada cop sekolah dan nombor perolehansebelum diedarkan kepada murid. 7.1.9.10Guru SPBT perlu menubuhkan Pengawas/Kelab SPBT sekolah bertujuan untuk membantu dalam pengurusan dan pelaksanaan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) di sekolah. Kewujudan kelab/pengawas SPBT ini diharapkan dapat memupuk rasa cinta akan buku teks dalam kalangan para pelajar dan seterusnya mampu memartabatkan kedudukannya sebagai sumber ilmu yang penting. 7.1.10 TPSM (TAKAFUL PELAJAR SEKOLAH MALAYSIA) dan Skim Perlindungan Murid di dalam Bas Sekolah oleh SPAD 7.1.10.1Setiap murid warganegara Malaysia wajib dilindungi dengan Insurans Takaful Pelajar Sekolah Malaysia (TPSM) 7.1.10.2Bayaran sebanyak RM1.60 setiap murid. (Kadar Semasa) 7.1.10.3Sumbangan ini ditanggung oleh kerajaan.


7.1.10.4Segala tuntutan perlu dirujuk kepada Prosedur tuntutan. 7.1.10.5Perlindungan ke atas murid –murid ini tamat serta merta apabila murid tersebut berhenti atau diberhentikan daripada sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan. 8.0 PROGRAM 3K (Kebersihan, Kesihatan, Keselamatan) ITEM KETETAPAN TINDAKAN 8.1 PROGRAM 3K 8.1.1 Program 3K diperkenalkan pada 1991 bertujuan meningkatkan kesihatan, keselamatan dan kebersihan. 8.1.2 Keselamatan/kesejahteraan SPI Bil 14/2002: Keselamatan SPI Bil 8/2011: Ibubapa/penjaga yang ingin berurusan dengan sekolah, perlu mendapatkan slip dari post pengawal keselamatan dan pas pelawat dari pejabat. Hanya kenderaan yang mempunyai pelekat sekolah sahaja dibenarkan masuk dalam kawasan Sekolah. Kawasan sekolah dikawal oleh pengawal keselamatan 24 jam sehari iaitu 2 orang pengawal pada waktu siang dan 2 orang pengawal pada waktu malam 8.1.3 Kesihatan/Denggi SPI Bil 3/ 1982: Program Bebas Denggi. Guru Ajk Program Bebas Denggi akan memeriksa kawasan sekitar sekolah dan menghantar laporan ke PPDHL pada setiap bulan Skuad denggi perlu menghantar laporan setiap minggu. 8.1.4 Kebersihan kelas/ Keceriaan: SPI Bil 5/1988: SPI Bil 6/1988 : SPI Bil 2/1999 Kebersihan Kelas: Markah kebersihan kelas akan direkodkan pada setiap minggu oleh guru sebelum Disember setiap tahun. Setiap kelas perlu merujuk kepada senarai semak yang akan dikeluarkan oleh Unit HEM. Inventori kelas perlu diisi dan hantar kepada Penyelaras Iventori sebelum Disember setiap tahun. GPK HEM Penyelaras UBK Guru UBK


9.0 KEBERSIHAN ITEM KETETAPAN TINDAKAN 9.1 UNIT 3K - KEBERSIHAN 9.1.1 Merancang cara meningkatkan keceriaan dan kebersihan persekitaran sekolah. 9.1.2 Bersama dengan unit pengawas dan disiplin mengawasi kebersihan persekitaran sekolah. 9.1.3 Menjadi jawatankuasa pelaksana aktiviti-aktiviti gotong-royong untuk keceriaan persekitaran sekolah. 9.1.4 Mengadakan ceramah/ bengkel/ latihan berkaitan untuk guru/ masyarakat. 9.1.5 Melaporkan kepada guru penolong kanan (HEM) sebarang masalah berkaitan untuk tindakan selanjutnya. 9.2 Kebersihan Kelas 9.2.1 AJK Kebersihan hendaklah memastikan kelas dibersihkan setiap hari persekolahan. 9.2.2 Menceriakan kelas dengan bahan maklumat di papan-papan kenyataan kelas (jangan dibiar kosong). 9.2.3 Setiap guru yang masuk ke kelas mesti memastikan keadaan dalam kelas sentiasa bersih dan teratur sebelum mula mengajar atau menggantikan guru dan juga sebelum keluar dari kelas berkenaan. 9.2.4 AJK Kebersihan Kelas hendaklah memastikan sampah di dalam laci meja murid dan bakul sampah dibuang pada waktu akhir setiap hari. 9.2.5 Sebelum meninggalkan kelas semua murid hendaklah memastikan kerusi dan meja dalam keadaan kemas dan teratur. 9.2.6 Ketua Kelas hendaklah memastikan suis lampu dan kipas dimatikan sebelum meninggalkan kelas. 9.2.7 Ketua Kelas hendaklah memastikan pintu kelas ditutup. PENYELARAS UNIT KEBERSIHAN GURU BERTUGAS MINGGUAN


9.2.8 Peralatan kebersihan akan dibekalkan pada awal tahun. Adalah menjadi tanggungjawab ketua kelas untuk melaporkan kepada guru kelas jika hilang atau rosak. 9.2.9 Guru Kelas hendaklah mengambil perhatian terhadap perkara berikut: a. Menentukan wayar elektrik, kipas dan lampu serta suisnya dalam keadaan baik dan selamat digunakan. b. Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak kepada pihak pentadbir. c. Membimbing dan menyelia Jawatankuasa Kelas yang dilantik menjalankan tugas. 9.3 Kebersihan dan Keceriaan Sekolah 9.3.1 Semua guru bertanggungjawab bagi memastikan murid-murid menjaga kebersihan diri, kelas, tandas, kantin, bilik-bilik khas, bangunan dan kawasan sekolah. 9.3.2 Guru Kelas mestilah sentiasa mengingatkan muridmurid kelasnya supaya menjaga kebersihan dan keceriaan kelas masing-masing. 9.3.3 Guru Kelas bertanggungjawab mengambil inisiatif untuk menghias kelas mereka agar kelihatan kemas dan teratur, ceria dan kondusif bagi memudah dan membantu dalam proses Pembelajaran dan Pengajaran. 9.3.4 Papan kenyataan kelas mesti diisi dengan maklumat. 9.3.5 Guru kelas dibantu oleh Ketua Kelas bertanggungjawab mempastikan kelas dibersihkan setiap hari iaitu 5 minit sebelum waktu pertama persekolahan dan 5 minit sebelum balik. 9.3.6 Guru yang masuk mengajar masa pertama bertanggungjawab memastikan kelas dalam keadaan bersih sebelum memulakan Pembelajaran dan Pengajaran. 9.3.7 Murid-murid dikehendaki menaikkan kerusi di atas meja masing-masing sebelum meninggalkan kelas pada waktu akhir persekolahan. 10.0 KESIHATAN ITEM KETETAPAN TINDAKAN 10.1 UNIT 3K - KESIHATAN 10.1.1 Mengurus dan memastikan bilik rawatan dan peti ubat disediakan dan dilengkapi. PENYELARAS UNIT KESIHATAN GURU BERTUGAS MINGGUAN


10.1.2 Menyediakan peraturan penggunaan bilik rawatan dan peti ubat. 10.1.3 Mengurus dan mengumpulkan kad kesihatan dengan kerjasama guru kelas. 10.1.4 Bertanggungjawab menguruskan pemeriksaan kesihatan gigi oleh Jabatan Kesihatan. 10.1.5 Merancang dan melaksanakan program kesihatan seperti ceramah, pameran, tayangan dan lainlain. 10.1.6 Menguruskan murid-murid yang melakukan rawatan terutama murid Tahun 1 dan Tahun 6. 10.2 Rekod Kesihatan Murid e-RKM 10.2.1 Memberi taklimat Rekod Kesihatan Murid semasa hari pendaftaran murid Tahun1. 10.2.2 Mengumpul dan menyimpan Surat Kebenaran Ibu Bapa/ Penjaga (Tahun 1 hingga Tingkatan 6 Atas) 10.2.3 Mengesahkan data pengisian e-RKM sekolah yang telah lengkap dan memastikan status e-RKM dikemaskini. 10.2.4 Guru Kelas mestilah mengemaskini maklumat kesihatan setiap muridnya dalam sistem online eRKM. 10.3 Kad Pergigian Murid 10.3.1 Setiap murid sekolah mempunyai kad pergigian yang dibekalkan setiap tahun. 10.3.2 Guru Kelas mestilah memastikan kad ini diedarkan kepada ibu bapa / penjaga murid untuk mendapatkan kebenaran bagi menjalankan pemeriksaan gigi terhadap anak / anak jagaannya. 10.3.3 Kad ini hendaklah diserahkan kepada pegawai kesihatan yang berkenaan dan pemeriksaan akan dijalankan pada satu tempoh yang ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan berkenaan. 10.4 Surat Rawatan Murid


10.4.1 Murid boleh mendapatkan surat rawatan ini di pejabat sekolah. 10.4.2 Surat rawatan ini hendaklah ditandatangani oleh Pengetua atau mana-mana Penolong Kanan. 10.4.3 Surat ini digunakan oleh murid apabila ingin mendapatkan khidmat rawatan di mana-mana hospital atau klinik kerajaan. 10.5 Murid Sakit 10.5.1 Murid boleh mendapatkan surat rawatan ini di pejabat se Guru Kelas mestilah prihatin jika ada dalam kalangan murid kelasnya yang sakit atau kurang sihat pada hari tersebut. 10.5.2 Jika murid berkenaan ingin meminta izin untuk pulang, Guru Bertugas atau Guru Kelas boleh menghubungi ibu bapa / penjaga berkenaan untuk menjemputnya di sekolah. 10.5.3 Guru Bertugas atau Guru Kelas tidak boleh membenarkan murid berkenaan pulang sendiri ke rumah walau pun rumahnya berhampiran dengan sekolah. 10.5.4 Jika keadaan kesihatan murid serius atau berlaku kes-kes kecemasan atau kecederaan, guru bertugas mestilah menghubungi ibu bapa / penjaga dan menghantar murid berkenaan ke klinik atau hospital terdekat samada menggunakan kenderaan sendiri, kenderan sekolah atau menghubungi ambulans 10.5.5 Guru bertugas mestilah merekodkan butiran murid yang dibenarkan pulang dalam Buku Laporan Bertugas dan Buku Rekod Keluar Murid. 11.0 KESELAMATAN ITEM KETETAPAN TINDAKAN 10.1 UNIT 3K - KESELAMATAN 11.1.1 Menyediakan papan makluman untuk memberitahu pelawat supaya mendapat kebenaran Guru Besar sebelum berurusan di sekolah. PENYELARAS UNIT KESIHATAN GURU BERTUGAS MINGGUAN


11.1.2 Mendapatkan kerjasama pihak polis untuk mengawal keselamatan lalu lintas (jika perlu contohnya acara merentas desa). 11.1.3 Merancang dan melaksanakan program keselamatan. 11.1.4 Memastikan peraturan keselamatan bilik-bilik khas ditampal di bilik darjah dan di dalam buku latihan murid. 11.1.5 Meletakkan tanda amaran ‘BAHAYA’ di tempattempat berbahaya. 11.1.6 Merancang pergerakan lalu lintas dan tempat letak kenderaan pada masa majlis rasmi di sekolah. 11.1.7 Menetapkan laluan tertentu untuk murid bagi mengelakkan kesesakan. 11.2 Keselamatan Murid Semasa Aktiviti 11.2.1 Semua sekolah wajib melaksanakan Program 3K (Kebersihan, Kesihatan, Keselamatan). 11.2.2 Keselamatan murid sentiasa dilindungi sepenuhnya sepanjang mereka berada di kawasan sekolah dari jam 6.30 pagi hingga tamat sesi persekolahan) 11.2.3 Sekolah perlu memastikan semua murid memiliki insuran perlindungan kemalangan dan digalakkan membeli Skim Insuran Takaful. 11.2.4 Setiap aktiviti yang dilaksanakan diluar kawasan sekolah perlu mendapat kebenaran daripada pihak sekolah / Jabatan Pelajaran dan ibubapa / penjaga murid. Penglibatan murid dalam manamana aktiviti luar sekolah perlu diiringi oleh guru pada nisbah 10 orang murid dan seorang guru pengiring. 11.2.5 Sekiranya terdapat seorang murid perempuan atau lebih dalam jumlah 10 orang murid berkenaan maka guru pengiringnya hendaklah seorang guru perempuan. 11.2.6 Aspek-aspek keselamatan dan kebajikan murid wajib diberi keutamaan oleh semua pihak


terutama semasa sebelum dan semasa selepas sesuatu program/ aktiviti dilaksanakan. 11.2.7 Penglibatan murid dalam sebarang aktiviti luar sekolah 11.3 Pengungsian Bangunan 11.3.1 Sekolah mesti memastikan bahawa latihan kebakaran (fire drill) dijalankan 2 kali setahun. 11.3.2 Sekolah mesti memastikan alat pencegahan kebakaran mencukupi dan berfungsi. 11.3.3 Guru-Guru mestilah memastikan murid-murid meninggalkan kelas / bilik khas dengan segera, tetapi secara teratur apabila isyarat kebakaran dibunyikan. 11.3.4 Murid-murid khas atau OKU hendaklah dibantu keluar oleh guru mereka. 11.3.5 Guru-guru mesti memastikan suis lampu, kipas atau peralatan elektrik yang lain serta bekalan gas ditutup sebelum keluar. 11.3.6 Guru Kelas mestilah menyemak kehadiran murid kelas masing-masing di tempat berkumpul dan mengira bilangan murid dengan segera. 11.3.7 Mana-mana murid yang tiada hendaklah dimaklumkan kepada Pentadbir dengan sertamerta 11.4 Polisi Keselamatan Sekolah 11.4.1 Pihak sekolah perlu mengamalkan tiga polisi utama dalam aspek keselamatan sekolah iaitu:- a. Polisi Keselamatan Pergi dan Balik dari Sekolah b. Polisi Mengelakkan Gangguan Seksual c. Polisi Keselamatan Menjalankan Aktiviti Kokurikulum. 11.5Kenderaan Murid, Kakitangan dan Pelawat 11.5.1 Guru, murid dan pelawat mesti memastikan kenderaan diletakkan di tempat yang telah dikhaskan dan tidak mengganggu laluan masuk.


11.5.2 Guru-guru dan para murid diingatkan supaya berhati-hati memandu kenderaan mereka dalam kawasan sekolah untuk mengelakkan sebarang kemalangan. 11.5.3 Murid-murid yang memandu kenderaan ke sekolah mesti memiliki lesen memandu dan insuran kenderaan bermotor. 11.6Pondok Kawalan Keselamatan 11.6.1 Guru-guru hendaklah memaklumkan kepada pentadbir sekolah sekiranya mereka mendapati tiada pengawal keselamatan yang bertugas di pintu pagar sekolah. 11.6.2 Pintu pagar sekolah mestilah sentiasa ditutup dan mana-mana pelawat yang ingin berurusan dengan pihak sekolah mesti menandatangani Buku Rekod Pelawat dan Mendapatkan Pas Pelawat terlebih dahulu. 11.6.3 Khidmat Warden lalulintas bagi mengawal pergerakan murid keluar dan masuk dalam pertimbangan kerajaan. 12.0 KANTIN ITEM KETETAPAN TINDAKAN 12.1 UNIT KANTIN 12.1.1 KPM melalui SPI Bil2/1983 : Kantin Sekolah Guru Besar bertanggungjawab untuk mengawasi semua aspek yang berkaitan dengan Kantin Sekolah. a. Keutamaan yang lebih hendaklah ditumpukan kepada aspek : ii. kebersihan makanan dan minuman iii. mutu dan kesesuaian bahan-bahan makanan dan minuman yang dijual. b. Bangunan Kantin mestilah dalam keadaan yang memuaskan iaitu dari segi kebersihan, kecantikan, keselesaan, keselamatan dan kekesanan fungsinya. c. Kemudahan-kemudahan di kantin seperti tempat membasuh tangan dan tong sampah dan lain-lain alat kelengkapan perlu dipantau dari segi kebersihan, keselamatan dan kegunaannya dari masa ke semasa d. Semua perkakas alat untuk menyediakan, menyimpan dan menghidangkan makanan tidak berkarat, retak, sumpik atau kotor PENYELARAS UNIT KESIHATAN GURU BERTUGAS MINGGUAN


e. Pekerja-pekerja diakui sihat oleh Jabatan Perubatan dan Perkhidmatan Kesihatan dibenarkan kerja di kantin sekolah f. Semua Pekerja perlu menjaga kebersihan diri dan mengelakkan amalan-amalan yang boleh menyebabkan kekotoran atau pencemaran bahanbahan makanan dan minuman g. Makanan dan minuman yang dijual di kantin mestilah bersih, berzat, bermutu, selamat untuk dimakan dan harga yang berpatutan. h. Semua makanan bermasak seelok-eloknya disediakan di kantin. i. makanan dan minuman yang halal dari segi agama Islam disediakan di semua sekolah. j. Binatang-binatang belaan seperti kucing, anjing, kambing, ayam, burung dan lain-lain tidak dibenarkan berada di kawasan kantin sekolah. k. Kantin sekolah seelok-eloknya tidak dijadkan sebagai tempat kediaman. l. Melantik Jawatankuasa Kantin untuk mengelola Tender Dan Sebut Harga Kantin, menyelia dan memantau kantin, Laporan Kantin dan lain-lain mengikut keperluan. m. SPI Bil 1/1981: bertarikh 9 Februari 1981: Jualan makanan dan minuman di kantin sekolah untuk murid-murid berbilang Agama. 12.2Tugas PK HEM dan AJK Unit Kantin 12.2.1 Memastikan pengusaha kantin mengikut peraturan dan pekeliling Kementerian Pendidikan Malaysia. 12.2.2 Memastikan jenis-jenis makanan dan minuman yang dijual mengikut syarat perjanjian. 12.2.3 Memastikan mutu makanan dan harga jualan berpatutan mengikut syarat-syarat perjanjian dan senarai harga hendaklah dipamerkan. 12.2.4 Memastikan tidak ada makanan yang tidak halal seperti minyak (lard). Makanan yang menggunakan lemak binatang campuran dalam menu dan sebagainya. 12.2.5 Memastikan penyediaan dan peralatan yang digunakan bersih dan selamat serta menggunakan penyepit untuk mengambil makanan. 12.2.6 Memastikan keadaan luar dan dalam kantin sentiasa bersih, kemas dan ceria. 12.2.7 Memastikan semua pekerja kantin telah menjalani pemeriksaan kesihatan dan memiliki kad kesihatan yang sah. 12.2.8 Memastikan pihak pengusaha kantin berada di premis supaya mudah dihubungi.


12.2.9 Memastikan semua penjual dan kakitangan di kantin sentiasa memakai apron, penutup kepala yang bersih dan kemas mengikut pekeliling Kementerian Kesihatan. 12.2.10 Memastikan semua makanan ditutup dengan tudung saji/ kain maslin/ disimpan dalam bekas yang tertutup. 12.2.11 Memaklumkan kepada pengusaha kantin tentang hari-hari persekolahan. 12.2.12 Memastikan makanan yang disediakan untuk harian mencukupi. 12.2.13 Memastikan murid dan guru mempunyai tempat duduk yang mencukupi, selamat dan sesuai. 12.2.14 Membuat laporan mingguan di dalam buku/ borang laporan kantin. 12.2.15 Menyampaikan laporan bulanan kepada Guru Besar/GPK HEM tentang prestasi kantin. 12.2.16 Mengadakan mesyuarat jawatankuasa kantin 3 kali setahun dan perbincangan dari masa ke semasa. 12.2.17 Memastikan perkhidmatan dan layanan cepat dan mesra. 12.3Peraturan Di Kantin Sekolah 12.3.1 Semua guru perlu memastikan semua murid makan di meja yang ditetapkan. 12.3.2 Guru AJK Kantin perlu membuat laporan harian dan menghantar kepada GPK HEM bersama Buku Penilaian Kendiri sebelum 28hb setiap bulan . 12.3.3 Sudut rasa disediakan untuk memastikan makanan yang disediakan oleh pihak kantin tidak tercemar dan guru AJK Kantin bertanggungjawab untuk merasa makanan tersebut seawal jam 8.00 pagi sesi pagi dan 1.00 petang bagi sesi petang. 12.3.4 Sekiranya terdapat keracunan makanan, perlu segera dilaporkan kepada GPK HEM/ GPK Petang. Penyelaras Unit Kantin Guru Unit Kantin Pengusaha Kantin Sekolah 12.4Sebutharga Kantin Sekolah 12.4.1 Sebutharga Kantin Sekolah diurus oleh Pembantu Tadbir dengan kerjasama GPK Hem dan Penyelaras Unit Kedai Buku. 12.4.2 Borang Sebutharga akan dikeluarkan bermula September setiap tahun. 12.4.3 Tempoh Sebutharga bermula mulai 01 Dis (tahun semasa) hingga 31 Nov (dua tahun berikutnya). 12.4.4 Pihak pengusaha Kantin Sekolah boleh memohon perlanjutan (+1) jika berminat dengan mengemukakan surat perlanjutan. 12.4.5 Urusan Buka Sebutharga Kantin Sekolah adalah berdasarkan manual kerja yang dikeluarkan oleh PPD. GPK Hem Pembantu Tadbir PT Kewangan Penyelaras Unit Kantin Pengusaha Kantin Sekolah


12.4.6 Jawatankuasa Buka Sebutharga terdiri daripada Pengerusi : Guru Penolong Kanan Pentadbiran Setiausaha : Penyelaras Kantin Sekolah AJK : Guru Kantin Sekolah 12.4.7 Jawatankuasa Pemilihan Sebutharga terdiri daripada: Pengerusi : Guru Besar Setiausaha : GPK HEM AJK : Wakil PPD 13.0 KEDAI BUKU SEKOLAH ITEM KETETAPAN TINDAKAN 13.1 UNIT KEDAI BUKU 13.1.1 Guru JK Kedai Buku hendaklah memastikan pengusaha kedai buku mengamalkan kebersihan dalam penjualan dan seluruh kawasan kedai buku serta menekankan aspek peraturan membeli di kedai buku. 13.1.2 Guru JK Kedai Buku perlu membuat laporan kepada PKHEM atau pentadbir jika berlaku penjualan alatulis atau buku yang tidak sepatutnya atau perkara yang tidak sepatutnya dengan segera. 13.1.3 Guru bertugas serta Guru Disiplin mesti memastikan murid murid menepati masa untuk beredar dari kedai buku untuk masuk ke kelas apabila loceng tamat waktu rehat dibunyikan. 13.1.4 Murid tidak dibenarkan membeli di kedai buku di luar waktu rehat kecuali dengan kebenaran khas. 13.1.5 Alatan dan bahan jualan di kedai buku sekolah perlulah mengikut perjanjian yang telah ditandatangani antara pihak Kedai Buku dan pihak sekolah. 13.1.6 Teguran lisan dan bertulis boleh dikeluarkan kepada pihak pengusaha kedai buku, jika ianya tidak mengikut peraturan jualan yang ditetapkan GPK Hem Pembantu Tadbir PT Kewangan Penyelaras Unit Kedai Buku Pengusaha Kedai Buku Sekolah 13.2 SEBUTHARGA KEDAI BUKU SEKOLAH 13.2.1 Sebutharga Kedai Buku Sekolah diurus oleh Pembantu Tadbir dengan kerjasama GPK Hem dan Penyelaras Unit Kedai Buku. 13.2.2 Borang Sebutharga akan dikeluarkan bermula Mac setiap tahun. 13.2.3 Tempoh Sebutharga bermula mulai Jun (tahun semasa) hingga Mei (dua tahun berikutnya). 13.2.4 Pihak pengusaha Kedai Buku boleh memohon perlanjutan (+1) jika berminat dengan mengemukakan surat perlanjutan. GPK Hem Pembantu Tadbir PT Kewangan Penyelaras Unit Kantin Pengusaha Kantin Sekolah


13.2.5 Urusan Buka Sebutharga Kedai Buku adalah berdasarkan manual kerja yang dikeluarkan oleh PPD. 13.2.6 Jawatankuasa Buka Sebutharga terdiri daripada : Pengerusi : GPK Pentadbiran Setiausaha : Penyelaras Kedai Buku AJK : Guru Kedai Buku 13.2.7 Jawatankuasa Pemilihan Sebutharga terdiri daripada: Pengerusi : Guru Besar Setiausaha : GPK HEM AJK : Pihak PPD


Click to View FlipBook Version