DIPLOMA PENGURUSAN PELANCONGAN MPU23072 PELANCONGAN DAN HOSPITALITI DALAM ISLAM E FOLIO DISEDIAKAN OLEH : 1. ANIS SYAHIRAH BINTI ABDULLAH TUHED (31DUP22F1003) 2. NURWAHEEDA BINTI AHMAD ZAKI (31DUP22F1004) 3. NUR DAMIA NABILA MOHD FADZLY (31DUP22F1016) DISEMAK OLEH : ENCIK ABDUL FATTAH BIN HAMDEN
ISI KANDUNGAN PENGHARGAAN PENDAHULUAN MAKSUD ADAT CIRI CIRI ADAT 4 BAHAGIAN ADAT KAEDAH KESIMPUILAN RUJUKAN
PENGHARGAAN Assalamualaikum Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat juga kami menyiapkan folio yang telah diusahakan selama ini yang bertajuk adat sumber hukum. Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada individu penting yang banyak membantu kami sepanjang kami menyiapkan projek folio ini. Terutamanya kepada Encik Abdul Fattah Bin Hamden selaku pensyarah MPU23072 kerana beliau telah banyak memberi bimbingan dan semangat. Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah mereka hulurkan amatlah kami hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan mereka , semua tugasan ini mungkin tidak dapat dilaksanakan. Justeru itu, penerangan kami dalam Adat Sumber Hukum dapat menjadi panduan dan rujukan kepada semua masyarakat , tidak kira bangsa atau kaum di Malaysia, kami sangat menghargai pengalaman yang kami perolehi sepanjang menjalankan tugasan ini Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu kami secara langsung ataupun tidak langsung sepanjang projek kami dijalankan dan dibentangkan.
PENDAHULUAN Ramai diantara masyarakat kini yang masih keliru dan tidak faham mengenai konsep fiqh atau pengertian adat yang sebenar, terutamanya generasi muda kerana mereka tidak didedahkan secara teliti mengenai adat-adat yang ada serta banyak didedahkan kepada sumber moden seperti dinegara barat dan bukannya didedahkan kepada perkara-perkara tradisional yang dari zaman nenek moyang kita lagi. Di sini kami ingin menerangkan secara lebih terperinci. Mengenai adat sebagai sumber hukum Kami ingin merungkai dan berkongsi serta memberikan informasi mengenai maksud adat, jenis-jenis adat yang ada dan perbincangan kaedah aplikasi isu semasa berkaitan konsep adat dalam kaedah fiqh yang berlaku di negara kita.Pengertian adat bermaksud sesuatu yang sudah menjadi satu kebiasaan yang dilakukan oleh manusia dan suatu peraturan yang diamalkan secara turun temurun didalam masyarakat sehingga merupakan hukum dan peraturan yang harus dipatuhi dalam kehidupan seharian. Adat juga didefinisikan sebagai satu cara yang sudah menjadi kebiasaan. Definisi adat : Adat sesebuah negeri mungkin berbeza-beza bergantung kepada keadaan sesebuah temadun dan keadaannya. Secara ringkasnya tradisi adalah norma kehidupan seharian. Ia adalah konsep budaya yang terdiri daripada nilai budaya,norma,konvensyen,institusi dan undang-undang adat yang tipikal serantau. Secara umumnya, kejadian yang berasa dari bangsa,budaya,umur atau agama yang sama telah menjadi perkara biasa atau telah sebati dengan cara kewujudan sesebuah masyarakat. Tradisi boleh dikekalkan dengan mewariskan ilmu secara lisan atau bertulis daripada satu generasi kepada generasi seterusnya.
Maksud adat: Adat bermaksud adalah sesuatu yang sudah menjadi satu kebiasaan yang dilakukan oleh manusia. Uruf pula merujuk kepada sesuatu yang telah dimaklumi oleh masyarakat sehingga menjadi amalan kebiasaan. Ia melibatkan perkataan, perbuatan atau sesuatu yang tidak dilakukan Definisi hukum: • Bahasa : suatu penegahan ataupun larangan • Istilah : khitab ataupun perintah allah swt yang berkait dengan perbuatan mukallaf sama ada dalam bentuk iqtidai (perintah ataupun larangan), takhyir (pilihan)atau wad’I (ketentuan). Ciri-ciri adat sumber hukum • Tidak tersusun • Tidak tertulis dalam bentuk perundangan • Tidak dinyatakan dalam bentuk kitab • Tidak memerlukan pertimbangan 4 bahagian adat Adat terbahagi kepada 4 bahagian. Adat yang pertama ialah adat am. Ia merupakan adat yang menjadi kebiasaan yang diterima umum. Ia juga memberi maksud yang tertentu. Seterusnya pula ialah adat khusus. Adat khusus merupakan perkara terpakai dan difahami oleh sesetengah masyarakat. Selain itu, adat sahih. Ia merupakan adat yang bercanggah dengan nas syarak atau prinsip syariat. Yang terakhir pula ialah adat fasid atau rosak. Ia merupakan adat bercanggah dengan nas syarak atau menghalal yang haram dan membatalkan yang wajib.
ADAT AM Adat am merujuk kepada sesuatu kebiasaan yang diterima umum sebagai satu yang memberi contoh yang pertama , adat melayu iaitu perkahwinan Adat merisik , meminang dan bertunang adalah adat yang penting sebelum perkahwinan. Hal ini penting supaya pihak lelaki dapat mengetahui bahawa gadis yang bakal dipinang berpunya atau tidak dan pihak perempuan perlu memastikan lelaki tersebut mempunyai latar belakang agama serta dapat menyara gadis tersebut dan ia juga berhak memilih lelaki. Akan tetapi, adat-adat tersebut tidak dianggap penting pada zaman sekarang. Contoh yang seterusnya ialah adat kunjung mengunjung diantara jiran tetangga, sahabat handai serta sanak saudara. Masyarakat melayu tidak harus mengunjung rumah orang pada waktu petang iaitu waktu solat maghrib dan biasanya jamuan yang disediakan tidak harus ditolak walaupun sudah kenyang. Namun pada masa kini, sesetengah masyarakat melayu sudah tidak menghormati waktu solat dan waktu petang yang tidak disalahkan mengunjungi rumah orang ADAT KHUSUS Adat khusus bermaksud sesuatu yang terpakai dan difahami oleh sesetengah masyarakat atau negeri dan dikalangan golongan tertentu. Dari aspek sosial, ia masih bercirikan hidup kekeluargaan seperi budaya kerjasama, bermuafakat , saling hormat-menghormati dan semangat kejiranan Selain itu, upacara nikah kahwin, kenduri dan sebagainya masih mempunyai ciri-ciri tradisi yang unik. Contohnya, mengharuskan kenduri tahlil kerana ia merupakan amalan kebajikan, malah pahala daripada berdoa, bersedekah dan membaca ayat-ayat suci al-quran yang dibaca dalam majlis tersebut. ADAT SAHIH Adat sahih iaitu adat istiadat yang tidak bertentangan dengan nash-nash yang ada dalam hadis mahupun dalam Al-Quran. Selain itu, merupakan adat istiadat yang telah diterima oleh masyarakat. Adat sahih juga merupakan adat yang dapat diterima secara meluas serta dapat
dipertimbangkan oleh akal yang sihat serta membawa kepada kebaikan. Dalam masa yang sama, dapat menolak daripada kerosakan akhlak. Antara contohnya, seseorang menjual dan membeli bahan makanan yang kebiasaannya diukur dengan takaran tetapi bertukar menjadi ukuran mengikut timbangan. Contoh seterusnya, bertahlil satu perbuatan yang baik kerana mengandungi bacaan Al-Quran, berdoa,beristigfar , bertasbih akan dikirimkan pahalanya bukan sahaja kepada si mati yang baru saja meninggal dunia malah kepada saudara mara yang telah lama meninggal dunia. ADAT FASID ATAU ROSAK Urf fasid ialah perkara yang menjadi kebiasaan bagi manusia tetapi bertentangan dengan syarak atau sesuatu yang menghalalkan perkara yang haram dan mengharamkan perkara yang halal. Urf fasid juga adalah setiap yang menyalahi syarak dan membawa kemudaratan kepada manusia serta tidak mendatangkan apa-apa kebaikan seperti pinjaman yang berbentuk riba dan kejahatan. Contohnya, melakukan dosa-dosa besar atau meninggalkan fardhu tanpa keuzuran, menyebabkan orang yang melakukan menjadi fasiq yang menyebabkan gugur persaksiannya dan wajiblah dibunuh tetapi masih dikira mu'min jika masih percaya kepada rukun-rukun jika masih percaya kepada rukun iman dan rukum islam.
kaedah Kaedah memainkan peranan besar dalam pengurusan manusia. Kaedah ini merupakan sumber rujukan untuk membuat keputusan dan pemakaian kaedah ini berdasarkan kefahaman yang mendalam tentang konsep adat yang mampu menjadi rujukan hukum. a) Hendaklah menjadi satu amalan atau satu budaya yang diamalkan oleh semua masyarakat. b) Pembayaran bil-bil ialah adat biasa atau amalan c) Bayaran yang dikenakan tidak boleh melanggar prinsip islam. Kesimpulan Oleh itu , kita hendaklah sentiasa menjaga adat supaya diri kita sentiasa terjaga.Hukum juga boleh mengajar kita tentang hal-hal yang tidak boleh dilakukan dan yang boleh dilakukan. Adalah penting untuk ambil perhatian bahawa pengiktirafan dan penilaian adat sebagai sumber hukum berbeza dari negara ke negara dan sistem perundangan. Sesetengah negara mungkin memberikan pengiktirafan yang lebih luas dan menghalalkan adat dalam sistem perundangan mereka, manakala negara lain mungkin mengutamakan undang-undang positif yang ditubuhkan oleh negara.
Rujukan https://www.academia.edu/32349313/Kaedah_Asas_5_Adat_sebagai_Sumber_Rujukan_Hu kum https://prezi.com/p/u_vkkwm7z9dw/adat-dijadikan-sebagai-rujukan-hukum/ https://sites.google.com/site/maulidunajamian/oum/semester-empat/usul-fiqh-1- absf2103/buku-rujukan/topik-2---teori-hukum-islam-dan-pembahagiannya/2-1---definisi-dankonsep-hukum-islam/2-1-1---definisi-hukum-menurut-bahasa-dan-istilah https://prezi.com/p/cguytwsoh34p/adat-dijadikan-sebagai-rujukan-hukum/