P E N G H A S I L A N P R O D U K T U G A S A N 2 : B M M B 1 1 4 4 K E S A N T U N A N B E R B A H A S A
MAKLUMAT DIRI : NAMA: ALIA ADRIANA BINTI MOHAMAD NAZLI KUMPULAN:PM3 AMBILAN: JUN 2022 ANGKA GILIRAN : 2022272310051 KOD DAN NAMA KURSUS:BMMB1144 KESANTUNAN BERBAHASA NAMA PENSYARAH:PUAN NORHAYATI BINTI AYIT
ISI KANDUNGAN 1.Definisi kesantunan berbahasa 2.isu kesantunan berbahasa beserta justifikasi 3.langkah -langkah mengatasi isu kesantunan berbahasa 4.kesimpulan
DEFINISI KESANTUNAN BERBAHASA Kesantunan berbahasa dapat dilihat melalui sikap seseorang yang mengunakan bahasa dengan penuh sopan, elok, halus budi bahasanya dengan sikap yang berpekerti mulia. Mislikhah (2020) berpandangan bahawa kesantunan merupakan tatacara, adat, atau kesopanan yang berlaku dalam masyarakat. Di samping itu, kesantunan juga tidak terletak pada kecantikan wajah dan pakaiannya namun terletak pada adab dan ketinggian ilmu seseorang (Hamka, 2002) dalam (Faridah Nazir, Ratna Shahidin et al., 2015). Kesimpulannya, kesantunan berbahasa dapat didefinisikan sebagai penggunaan bahasa sopan dan halus yang digunakan seharian serta tidak menimbulkan kemarahan dan perasaan tersinggung.
ISI KESANTUNAN BERBAHASA bahasa kesat bahasa slanga 1.ISU BAHASA bahasa dialek Bahasa rojak 2.ISU BUDAYA bahasa sapaan bahasa sms 3.ISU SOSIAL
ISU BAHASA: BAHASA KESAT Berdasarkan gambar rajah tersebut, dapat dilihat penggunaan bahasa yang kurang santun iaitu 'babi' dan 'bangang' ketika berbual di aplikasi WhatspAp. Dalam konteks ini, penggunaan bahasa kesat tersebut dianggap seperti kebiasaan dan tidak mengguris mana mana pihak. Selain itu, penggunaan bahasa kesat ini juga digunakan sebagai bahan jenaka dan gurauan. Namun begitu , penggunaan bahasa kesat tersebut tetap menggambarkan sikap seseorang yang kurang sopan dan tidak bersantun . Bukan itu sahaja bahasa kasar ini juga menjejaskan martabat bahasa Melayu Bahasa kesat boleh didefinisikan sebagai penggunaan bahasa yang kurang sopan. Kini bahasa kesat seperti 'babi' , 'bodoh' 'sial' atau 'bangang 'sering digunakan dalam perbualan masyarakat setempat terutamanya di media sosial. Bahasa kesat ini sering digunakan oleh individu untuk menyuarakan ketidakpuashatian , amarah dan juga untuk menghina kekurangan orang lain (Siti Norsyahida dan Azuwan Yaakob). Hal ini akan mendatangkan impak negatif dan menunjukkan sikap seseorang yang tidak beradab. Di samping itu,bahasa kesat ini juga dapat menimbulkan pergeseran dan menjatuhkan maruah seseorang.Bahasa kesat ini juga bertentangan dengan Konsep Perbualan Fraser iaitu mewujudkan kontrak perbualan yang harmoni dalam sebuah komunikasi (Fraser dan Nolan,1981) dalam (Abdul Latif, Umar Ahmad et al., 2014) Contoh penggunaan bahasa kesat di dalam aplikasi Whatsapp
2.Bahasa slanga Contoh penggunaan bahasa slanga dalam aplikasi Twitter Berdasarkan contoh yang diberi, terdapat seorang lelaki yang menggunakan bahasa slanga untuk meluahkan perasaan marahnya di aplikasi 'Twitter'.Contoh perkataan slanga yang dapat kita lihat di sini ialah 'gua''lu' dan 'rembat'. Penggunaan perkataan "gua"ini sebenarnya merujuk kepada 'aku' manakala perkataan 'lu' pula merujuk kepada 'kamu'. Selain itu ,kita juga dapat melihat perkatan 'rembat' yang bermaksud 'rampas' dalam bahasa Melayu baku.Hal ini telah menunjukkan penggunaan pelbagai perkataan baharu dalam kalangan masyarakat sekarang sehingga menyebabkan bahasa Melayu semakin rosak . Menurut (Asmah,2008) dalam (Mary Fatimah dan Muhammad Zaid,2016) ,slanga ialah kata dan frasa yang digunakan dalam situasi yang tidak formal dan tidak dianggap sebagai bahasa halus. Selain itu, (Zuraidah Mohd Sulaiman ,2016) dalam (Nasihah Hashim,Aida Mahmor et,.al,n.d) telah menyimpulkan bahawa slanga dianggap sebagai fesyen berbahasa, dan dianggap unik . Namun demikian ,penggunaan bahasa slanga dalam kalangan kelompok masyarakat sekarang telah memberi kesan terhadap bahasa ibunda dan seterusnya boleh mencemarkan serta merosakkan kekuatan makna sebenar bahasa ibunda dengan mewujudkan perkataan baharu.
Berdasarkan contoh yang diberi, terdapat seorang lelaki yang menggunakan bahasa rojak iaitu gabungan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Hal ini telah menunjukkan bahasa yang tidak tepat dan tidak mematuhi peraturan linguistik bahasa iaitu dari segi susunan ayat dan percampuran dua bahasa . Penggunaan perkataan "you" sepatutnya digantikan kepada "awak" 'waiting' digantikan kepada 'tunggu' , 'so' perlu menjadi 'sangat' , 'go' sepatutnya menjadi 'pergi' , 'to see' menjadi "untuk berjumpa' dan "let's perlu digantikan kepada 'mari'. ISU BUDAYA: BAHASA ROJAK Menurut kamus dewan edisi keempat(2017).bahasa rojak merupakan bahasa percampuran dua atau lebih bahasa dalam satu percakapan. Penggunaan bahasa rojak ini dikatakan berpunca daripada pengaruh sekeliling dan keinginan untuk mengikut peredaran semasa. Namun, penggunaan bahasa ini tidak wajar diterapkan kerana dapat merosakkan penggunaan bahasa ibunda kita dan membebankan tugas pendidik untuk memperbetulkan tatabahasa serta pemahaman Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar(Fahmy,2017) dalam (Hidayah Shafiee,Ahmad Fahmi et.all) Contoh penggunaan bahasa rojak dalam aplikasi Instargram
Berdasarkan gambar rajah tersebut, dapat dilihat penggunaan bahasa dialek Kelantan ketika berbual di aplikasi 'Whatsapp'" .Ayat mu wak gapo" merupakan dialek Kelantan yang membawa maksud "kamu sedang buat apa" dalam bahasa Melayu baku manakala "bekeng" membawa maksud sebagai marah.Selain itu,perkataan pitih membawa maksud duit manakala "so" members makna satu atau sedikit.Penggunaan bahasa dialek ini tidak membawa sebarang makna yang negatif dan mengguris mana - mana pihak.Namun, penggunaan bahasa dialek ini boleh menyebabkan kecelerauan maksud dan merosakkan martabat bahasa Melayu 2.Bahasa dialek .Hal ini kerana ,jika kita menggunakan dialek negeri kita ketika berbual dengan rakan dari negeri lain,maka sudah tentu akan berlaku ketidakfahaman dan komunikasi yang tidak berkesan. Tambahan lagi ,bahasa ini akan bertentangan dengan Prinsip Kerjasama Grice yang mengekalkan kerjasama antara penutur dan pendengar. (Sara Beden dan Indirawati Zahid, 2015).Hal ini kerana negara Malaysia mempunyai 11 negeri yang mempunyai dialek masing-masing. Maka ,masyarakat akan terpengaruh dengan bahasa budaya lain dan menggunakannya dalam kehidupan seharian. Tuntasnya,penggunaan bahasa dialek ini dianggap kurang difahami orang lain dan merosakkan struktur ayat bahasa Melayu yang tepat Contoh penggunaan bahasa dialek dalam aplikasi Whatsapp
ISU SOSIAL: 1. BAHASA SMS(SHORT MESSAGE SERVICE) Berdasarkan gambar rajah tersebut, dapat dilihat perbualan sekumpulan remaja yang berbual di aplikasi Telegram. Dalam perbualan tersebut,kita dapat lihat penggunaan bahasa SMS seperti 'jgk' 'pegi' dan 'dlm'. Hal ini tidak kelihatakan kasar namun menunjukkan kesalahan bahasa dari segi ejaan. Perkataan -perkataan tersebut sepatutnya digantikan seperti 'jgk' menjadi' juga' manakala' dlm' menjadi 'dalam'. Hal ini telah menyebabkan pembuangan huruf dalam perkataan Melayu dan merosakkan struktur ejaan bahasa .SMS atau singkatannya Short Messaging Service merupakan satu trend pada masa kini dalam pengguna telefon bimbit. Bahasa SMS amerupakan penghantaran mesej yang pendek ,ringkas dan singkatan. Penggunaan bahasa SMS digunakan dalam media sosial seperti emel, Facebook,Twitter dan WhatsApp . Bahasa ini sering digunakan kerana penulis lebih cenderung menggunakan perkataan yang menjimatkan masa dan tenaga. Namun, bahasa SMS ini akan mendatangkan kekeliruan dalam memahami dan mendapatkan sesuatu maklumat.
2.KATA SAPAAN Berdasarkan gambar rajah tersebut, dapat dilihat penggunaan kata sapaan yang tidak sesuai iaitu 'woi'.Hal ini kerana penggunaan 'woi' ini kedengaran kasar dan tidak sopan.Namun dalam perbualan ini ,kata panggilan woi ini ttidak membawa sebarang makna negatif, tetapi hanyalah panggilan yang digunakan dalam sesuatu hubungan yang sudah akrab .Walaubagaimanapun ,perkataan 'woi'hendaklah digantikan dengan perkataan yang lebih sopan seperti memberi salam atau' hai'.Amalan ini juga amat signifikan dengan orang beragama islam kerana menurut Wan Aminurrashid (2002) dalam Sara Beden (2020) menyatakan bahawa kita akan berasa gembira apabila orang mengucapkan salam kerana dapat mengeratkan persaudaraan sesama Islam. Dii samping itu, perbualan ini juga menggunakan klata ganti nama yang tidak tepat iaitu 'ko' yang mewakili perkataan 'kau" di dalam bahasa Melayu baku. Kata sapaan ialah kata-kata yang digunakan untuk menyapa, menegur, atau menyebut orang kedua, atau orang yang diajak bicara, disebut sapaan. Sebagai masyarakat yang hamoni, kita perlulah menggunakan kata sapaan dan kata halus yang sesuai bagi mencerminkan pribadi yang mulia .Contohnya, memohon maaf,berterima kasih dan mengucapkan selamat. Contoh penggunaan kata sapaan di dalam aplikasi Whatsapp
Langkah-langkah mengatasi 1.Peranan ibu bapa 2.Peranan institut pendidikan 3.Peranan kerajaan 4.Peranan media massa
Peranan ibu bapa ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak anak mereka.Hal ini dikatakan demikian kerana ibu bapa merupakan orang yang paling rapat dan terdekat dengan anakanak.Oleh itu,ibu bapa memainkan tanggungjawab untuk membentuk sikap anak anak yang sopan dan beradab sejak kecil lagi Selain itu, ibu bapa hendaklah menjadi contoh teladan yang baik.Hal ini bersesuaian dengan pribahasa ,bagaimana acuan begitulah kuihnya. Sikap ibu bapa ini akan mencermin sikap anak -anak .Hal ini karana pada usia muda ini,kanak-kanak lebih berpengaruh untuk mencontohi sikap orang di persekitarannya Di samping itu, ibu bapa juga perlu memantau pergerakan dan cara pergaulan anak -anak mereka.Ibu bapa haruslah melakukan jadual bagi membahagikan waktu belajar dengan waktu bermain.Tambahan lagi,ibu bapa hendaklah mengenali kawankawan anak-anak mereka supaya mereka tidak mudah terpengaruh dengan kelakuan yang tidak baik
2.PERANAN INSTITUT PENDIDIKAN Guru berperanan dalam melahirkan insan yang seimbang dari segi rohani,fizikal,emosi dan jasmani. Sebagai seorang guru , mereka perlulah menerapkan nilai -nilai murni dalam kalangan murid di sekolah .Contohnya, menggalakkan amalan budaya 3s iaitu senyum ,sapa dan salam .Hal ini akan membentuk murid yang baik dan bertatasusila Bukan itu sahaja,guru juga memainkan tanggugjawab untuk memantau tingah laku dan adabadab pelajar. Guru boleh mengenakan denda kepada pelajar supaya pelajar lebih menyedari kesalahannya dan tidak mengulangi kesalahan itu lagi.Di samping itu ,menekankan subjek seperti pendidikan moral dan islam supaya lebih membentuk spelajar yang mempunyai sahsiah terpuji
3.Peranan kerajaan 1Pihak kerajaan boleh mengadakan kempen kesedaran tentang penggunaan Bahasa Melayu dengan tepat dan betul.Contohnya,pihak kerajaan boleh mengadakan program Bulan Bahasa dengan tujuan untuk menimbulkan kesedaran dan kecintaaan terhadap Bahasa kebangsaan kita iaitu Bahasa Melayu 2.Selain itu,pihak kerajaan hendaklah menguatkuasakan undang- undang dengan mengenakan denda dan hukuman yang setimpal dengan kesalahan .Oleh itu,mereka akan menyedari kesalahan mereka dan tidsk mengulangi kesalahan tersebut.Undang -undang yang terdapat di Malaysia adalah seperti Akta 574 Kanun Keseksaan dan Akta Jenayah Komputer 1997(BH Online,2015)
peranan media massa Pada era globalisasi ini,media massa telah menjadi medium utama masyarakat untuk meluahkan dan berkongsi sesuatu.Oleh hal yang demikian ,media massa memainkan peranan besar dalam menangani masalah dalam kesantunan berbahasa ini.Salah satunya , media massa haruslah menyiarkan penggunaan bahasa yang sopan dan santun sama ada di dalam televisyen atau radio.Hal ini bertujuan untuk mengajar anak -anak muda tentang penggunaan bahasa yang betul dan tepat. Selain itu,media massa juga perlu membanteras penggunaan bahasa tidak sopan seperti mencarut atau bahasa kasar di media sosial.Hal ini kerana,penggunaan bahasa kasar ini dapat mempengaruhi pemikiran masyarakat dan menjatuhkan maruah individu lain.Tuntasnya ,kita perlulah menggunakkan media sosial untuk perkara yang bermanfaat dan tidak menyalahgunakan media massa untuk perkara yang tidak bermi
Kesimpulan Kesimpulannya, tidak dapat dinafikan lagi bahawa kesantunan berbahasa amatlah penting diterapkan dalam kehidupan seharian terutamanya ketika menjalakan proses komunikasi tidak kira lapisan umur mahupun jenis bangsa atau kaum. Namun begitu, kewujudan media sosial sepertu Youtube, Twitter dan WhatsApp telah menyebabkan keindahan bahasa Melayu semakin pudar dan hilang ditelan zaman. Oleh itu, setiap masyarakat perlu sedar dan memikul tanggungjawab bersama-sama untuk memartabatkan bahasa kita dengan lebih utuh dan mendapat tempat di mata dunia.
RUJUKAN Mislikhah, S. (2020, July 28). Kesantunan Berbahasa | Mislikhah | Ar-Raniry: International Journal of Islamic Studies. Kesantunan Berbahasa | Mislikhah | Ar-Raniry: International Journal of Islamic Studies. https://jurnal.ar-raniry.ac.id/index.php/jar/article/view/7384/4363 Dr. Faridah binti Nazir, Ratna Laila binti Shahidin. Faiziah binti Shamsudin. (2015). Kesantunan Masyarakat Abdul Latif Abd Rahman, Umar Ahmad, Muhaiyuddin Mohamed Azizi, Abu Zaki Romli dan Zulkafly Mohd Noor. Mary Fatimah Subet.(n.d).“GILER” ATAU “GILE” :SLANGA KATA PENGUAT https://jurnal.dbp.my/index.php/jurnalbahasa/article/view/4243/1407 Kamus Dewan edisi keempat.(2017).Dewan bahasa dan pustaka Malaysia. Sasbadi Sdn. Bhd 2014). Kesantunan Masyarakat Malaysia. Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Pulau Pinang.
RUJUKAN Shafiee, H., Mahamood, A. F., Manaf, A. R. A., Yaakob, T. K. S. T., Ramli, A. J., Mokhdzar, Z. A., Jamaluddin, J., Bajuri, M., & Ali, M. E. M. International Journal of Law, Government, and Communication, 4(15), 141-153 http://www.ijlgc.com/PDF/IJLGC-2019-15-06-15.pdf Siti Norsyahida Mohd A Rashi dan Nor Azuwan Yaakob. (2017). Jenis Bahasa Sindiran dalam Ujaran Vlog https://journal.ump.edu.my/ijleal/article/view/511 Sara Beden dan Indirawati Zahid. (2015).Paparan Kesopanan Berbahasa Dalam Teks Komsas Melunas Rindu:Aplikasi Model Leech(1983) dan Grice(1975) https://publisher.unimas.my/ojs/index.php/ILS/article/view/1654/830 Sara Beden. (2020). Kesejajaran Kesantunan Bahasa dalam Perutusan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin dengan Prinsip Kesopanan Leech (1983) https://www.researchgate.net/profile/SaraBeden/publication/358962960_Kesejajaran_Kesantunan_Bahasa_dalam_Perutusan_Pakej_Rangsangan_Ekonomi_Prihatin_den gan_Prinsip_Kesopanan_Leech_1983/links/621f6d6c19ab0c3b4d2ddc5c/Kesejajaran-Kesantunan-Bahasa-dalamPerutusan-Pakej-Rangsangan-Ekonomi-Prihatin-dengan-Prinsip-Kesopanan-Leech-1983.pdf
sekian terima kasih