The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by HWANG JIA YING IPG-Pelajar, 2024-03-18 05:50:37

Buku Log Pandu Puteri

Buku Log Pandu Puteri

BUKU LOG PANDU PUTERI


Biodata Nama: Hwang Jia Ying No. K.P: 030109-08-0380 Angka Giliran: 2021242340348 Program: PISMP Ambilan: Jun 2021 No Telefon: 016-5272991 Pensyarah: Puan Azizah Binti Alias


Senarai Kandungan


1.1 Pendaftaran Ahli 1.2 Laporan Aktiviti 1.3 Pembentukan Jawatankuasa 1.4 Pakaian Seragam 1.5 Takwin dan Perancangan Aktiviti Pasukan 1.6 Peranan dan Tanggungjawab Pemimpin 1.7 Pengurusan Badan Beruniform Secara Sistematik dan Terancang 1.0 Pengurusan dan Pentadbiran Pasukan


1.1 Pendaftaran Ahli


1 Pengurusan dan Pentadbiran Pasukan 1.1 Pendaftaran Ahli Prosedur Pendaftaran Melengkapkan borang-borang pendaftaran berikut: 1. a. Borang Pendaftaran 1- Pendaftaran Baru/Semula


2 b. Borang Pendaftaran 2 - Borang Senarai Nama Keahlian Dewasa/Pemimpin c. Borang Pendaftaran 3 - Borang Senarai Nama Ahli Pasukan


3 2. Yuran Pendaftaran Kebangsaan untuk Pasukan / Guild RM 2.00 seorang setiap tahun (untuk ahli Pandu Puteri Tunas / Remaja / Renjer) RM 5.00 seorang setiap tahun (untuk setiap ahli Pandu Puteri Kadet / Siswi / Dewasa / Pemimpin / Guild Trefoil) Dibayar setiap tahun semasa pendaftaran semula sebelum 31 Mac setiap tahun Yuran ini adalah dibayar kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia untuk bayaran kuota kepada Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS) Bayaran boleh dibuat dengan cara yang berikut: Bayaran melalui Pesuruhjaya Daerah / Ketua Pesuruhjaya Cawangan atau dibayar terus kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia Bayaran secara tunai, wang pos atau cek berpalang atas nama"PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA" di Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia Bayaran dimasukkan terus ke akaun Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Bank : CIMB Nama Akaun : Persatuan Pandu Puteri Malaysia Nombor Akaun : 1426-0006320-004 Fak/pos/emailkan salinan transaksi bank ke Persatuan Pandu Puteri Malaysia) Sila dapatkan resit daripada pihak yang menerima bayaran yuran sebagai bukti pembayaran.


1.2 Laporan Aktiviti


4 1.2 Laporan Aktiviti (Contoh) Tarikh: 8/1 Masa: 2.30-4.30 petang (2 jam) Aktiviti: Sesi perkenalan antara ahli pandu puteri. Catatan: Puan memperkenalkan dan sesi ice-breaking dimulakan. Setiap ahli pandu puteri memperkenalkan diri dan berkongsi serba sedikit mengenai diri mereka seperti unit beruniform yang dianggotai sewaktu zaman persekolahan Refleksi: Berdasarkan interaksi buat kali pertama ini, saya dapat mengenali semua ahli pandu puteri. Secara keseluruhannya, saya berasa teruja bagi menjalankan aktiviti yang telah dirancang sepanjang semester ini. Tarikh: 15/1 Masa: 2.30-4.30 petang (2 jam) Aktiviti: Pengenalan kepada RMK, pengenalan kerja kursus, melantik AJK, pengenalan kepada perkhemahan online. Catatan: Kelas dimulakan tepat jam 2.30 petang. Puan memberikan penerangan tentang RMK yang akan membantu proses pengajaran dan pembelajaran sepanjang semester ini. Seterusnya, puan turut berbincang serba sedikit mengenai kerja kursus dan memaklumkan bahawa bagi subjek ini, markah adalah 100 peratus kerja kursus. Seterusnya, puan juga berbincang mengenal perkhemahan online yang akan berlangsung tidak lama lagi. Akhir sekali, kami berbincang dan melantik AJK bagi memudahkan proses P&P Refleksi: Kelas berjalan dengan lancar dan saya dapat megetahui perkara- perkara penting bagi subjek ini.


5 Tarikh: 22/1 Masa: 2.30-4.30 petang (2 jam) Aktiviti: Kelas secara tidak segerak, mencari informasi mengenal sejarah pandu puteri, carta organisasi, perlembagaan, pengurusan dan pentadbiran Catatan: Melayari internat secara individu bagi mencari maklumat berkaitan perkara-perkara wajib yang diketahui bagi lebih mengenali unit beruniform pandu puteri Refleksi: Berdasarkan aktiviti ini, saya dapat simpulkan bahawa saya lebih mengetahui asal usul pandu puteri dan informasi penting seperti carta organisasi, perlembagaan, pangurusan dan pentadbiran. Secara keseluruhannya, aktiviti ini berjalan dengan lancar dan jayanya. Tarikh: 29/1 Masa: 2.30-4.30 petang (2 jam) Aktiviti: Pengenalan kepada gajet Catatan: Ahli kumpulan yang terlah ditetapkan memberikan penerangan tentang gajet. Refleksi: Berdasarkan interaksi pada kali ini, saya dapat mengetahui apa itu gajet, bahan-bahan yang diperlukan, tujuan gajet, contoh-contoh gajet. Selain Itu, saya juga dapat informasi bahawa gajet kebiasaanya digunakan ketika perkhemahan. Oleh itu, secara keseluruhannya, saya telah didedahkan dengan informasi yang banyak mengenai gajet yang akan digunakan dan dibina bagi salah satu tugasan kerja kursus iaitu kami ditugaskan bagi membina gajet.


6 Tarikh: 5/2 Masa: 2.30-4.30 petang (2 jam) Aktiviti: Simpulan dan ikatan Catatan: Ahli kumpulan yang telah ditugaskan memberikan penerangan mengenai simpulan dan ikatan. Refleksi: Berdasarkan interaksi pada kali ini, saya telah diberikan pendedahan mengenai simpulan dan ikatan. Misalnya, contoh-contoh simpulan dan ikatan, tujuan setiap simpulan dan ikatan serta cara yang betul bagi melakukan simpulan dan ikatan ini. Saya juga ada melihat video berkaitan cara-cara melakukan sesuatu simpulan dan ikatan. Secara keseluruhannya, saya telah memahami dan mengetahui cara melakukan simpulan dan ikatan. Ini adalah penting memandangkan salah satu tugasan kerja kursus menguji kami dalam simpulan dan ikatan. Tarikh: 19/2 Masa: 2.30-4.30 petang (2 jam) Aktiviti: Ikhtiar hidup dan masakan rimba Catatan: Ahli yang telah ditugaskan memberikan penerangan mengenai ikhtiar hidup dan masakan rimba Refleksi: Berdasarkan interaksi pada minggu ini, saya telah mendapat maklumat yang banyak mengenai ikhtiar hidup. Selain itu, saya dapat mengetahui antara contoh-contoh masakan yang dapat dimasak ketika perkhemahan seperti ikan bakar, memasak nasi dalam tempurung serta rotu gulung. Saya berasa sangat teruja untuk menjalankan aktiviti masakan rimba


7 Tarikh: 26/2 Masa: 2.30-4.30 petang (2 jam) Aktiviti: Kraf perkhemahan Catatan: Ahli kumpulan yang telah ditugaskan memberikan penerangan mengenai kraf perkhemahan Refleksi: Berdasarkan interaksi pada petang ini, saya telah memperoleh ilmu berkaitan kraf perkhemahan. Misalnya, kraf perkhemahan ialah kerjakerja tangan yang diperlukan dalam aktiviti perkhemahan. Selain itu, saya juga memahami matlamat kfat perkhemahan seperti bagi menggalakkan daya pemikiran kreatif dengan bahan yang terhad. Secara keseluruhannya, interaksi pada kali ini berjalan dengan sangat lancar. Tarikh: 4/3 Masa: 2.30-4.30 petang (2 jam) Aktiviti: Kelas secara tidak segerak, persiapan minggu perkhemahan Catatan: Kelas dijalankan secara tidak segerak. Setiap ahli diberikan waktu bagi mencari maklumat mengenai aktiviti-aktiviti yang akan diuji sewaktu perkhemahan. Contohnya, kraf perkhemahan, masakan rimba, simpulan dan ikatan dan pertolongan cemas. Refleksi: Bagi kelas kali ini, saya telah melayari internet dan mencari maklumat yang cukup bagi membantu saya dalam menyiapkan setiap tugasasan yang diamanahkan. Secara keseluruhannya, saya telah memperoleh idea yang banyak bagi menyiapkan semua tugasan.


8 Tarikh: 11/3 Masa: 2.50-4.30 petang (2 jam) Aktiviti: Persiapan minggu perkhemahan dan pembahagian slot Catatan: Kelas dijalankan secara segerak. Ahli pandu puteri berbincang mengenai perkhemahan online yang akan berlangsung pada minggu hadapan. Puan mengarahkan kami agar melakukan pembahagian slot secara adil agar setiap ahli mempunyai tugasan dan tanggungjawab bagi melancarkan aktiviti perkhemahan online. Refleksi: Bagi aktiviti dan interaksi pada kali ini, saya telah mendapat maklumat yang lebih terperinci mengenai aktiviti perkhemahan online yang akan berlanguang selama 4 hari 5 malam. Saya juga telah memilih slot refleksi bagi minggu perkhemahan. Tarikh: 12/3 Masa: 8 pagi -4.30 petang Aktiviti: Aktiviti perkhemahan online bermula Catatan: 8.00 pagi Slot istiadat unit beruniform oleh Alia Athirah dan Nik. (Memasang lagu dunia, taps pagi, senam robik, pembentangan tentang sejarah PPK dan ladang kuda, perkongsian kata-kata hikmah) 9.00 pagi Slot kraf/gajet oleh Najian dan Atirah. (Pembentangan mengenai kraf/gajet, pembentangan video gajet) 2.30 petang Slot kembara/webinar oleh Faziella dan Aina Farhana (Pembentangan tentang kembara dan pandu arah, kuiz) Refleksi: Setiap aktiviti berjalan dengan lancar dan jayanya.


9 Tarikh: 14/3 Masa: 8 pagi -4.30 petang Aktiviti: Perkhemahan online hari ketiga Catatan: 8.00 pagi - Slot pertolongan cemas oleh Hanani dan Huda. (Pembentangan mengenal pertolongan cemas) 11.00 pagi Slot masakan rimba oleh Nurin dan Husnina (Pembentangan masakan rimba) 2.30 petang Slot simpulan dan ikatan oleh Anis dan Aida (Pembentangan simpulan dan ikatan) Reflekst: Semua aktiviti berjalan dengan lancar dan jayanya Tarikh: 13/3 Masa: 8pagi-4.30 petang Aktiviti: Perkhemahan online hari kedua Catatan: 8.00 pagi Slot kawad kaki oleh Elively dan Vanessa. (Pembentangan tentang kawad kaki) 11.00 pagi Slot khidmat sukarelawan oleh Alia dan Puteri. (Pembentangan tentang khidmat sukarelawan, kuiz) 2.30 petang - Slot persembahan kebudayaan oleh Dahlia (Rumusan dari perjumpaan setiap kumpulan, perkembangan persiapan persembahan kebudayaan. Refleksi: Semua aktiviti berjalan dengan lancar dan jayanya.


10 Tarikh: 15/9 Masa: 8 pagi-4.30 petang Aktiviti: Perkhemahan online hari keempat Catatan: 8.00 pagi-Slot istiadat UB oleh Umayrah dan Diyana. (Pasang lagu Negaraku, dunia dan taps petang, Pembentangan mengenai istiadat UB, Perkongsian kata-kata himah) 9.00 pagi - Slot simpulan dan ikatan oleh Ayuni. (Pembentangan simpuan ikatan) 11.00 pagi - Slot rumusan dan refleksi oleh Natasya dan Hidayati. (Menunjukkan video montaj sepanjang perkhemahan, rumusan daripada aktiviti yang berlangsung sepanjang perkhemahan, Perkongsian nilai yang diperoleh sepanjang perkhemahan) 2.30 petang-Majlis kebudayaan 3.30 petang Pengumuman pemenang Refleksi: Semua aktiviti berjalan dengan lancar dan jayanya. Sepanjang perkhemahan online yang berlangsung selama 4 hari 3 malam ini, saya telah memperoleh banyak ilmu dan nilai-nilai. Misalnya, nilai tanggungjawab dimana setiap ahli diamanahkan bagi menjaga setiap slot yang berlangung supaya perkhemahan ini berjalan dengan lebih lancar dan teratur. Tarikh: 17/3 Masa: 2.30-4.30 petang (2 jam) Aktiviti: Penerangan tentang perancangan orientasi Catatan: Puan telah memberikan penerangan mengenai tugasan perancangan orientasi. Puan juga telah menunjukkan contoh yang telah dilakukan oleh seorang siswa guru. Refleksi: Berdasarkan interaksi pada kali ini, saya telah lebih mengetahui dengan lebih terperinci mengenai tugasan ini. Saya juga telah mendapat inspirasi bagi membuat perancangan orientasi saya sendiri. Secara keseluruhannya, kelas berjalan dengan lancar dan jayanya.


1.3 Pembentukan Jawatankuasa


Pembentukan Ahli Jawatankuasa Ahli Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Majlis Jurulatih Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia mencalon dan memilih secara undi sulit sembilan (09) orang dalam kalangan jurulatih yang hadir untuk mengganggotai barisan jawatankuasa bagi tempoh dua (02) tahun. Jawatankuasa Majlis Jurulatih Kebangsaan terdiri daripada: Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Penolong Setiausaha Lima (05) orang ahli jawatankuasa (sekurang-kurangnya seorang dalam kalangan jurulatih Pandu Puteri Tunas, Pandu Puteri Remaja, Pandu Puteri Renjer dan Jurulatih Perkhemahan) 11


TUGASAN JAWATANKUASA 1.PENGERUSI Menetapkan tarikh, tempat dan agenda mesyuarat Majlis Jurulatih Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Mempengerusi semua mesyuarat Majlis Jurulatih Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Menyalur semua keputusan Majlis kepada Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Mengenalpasti dan membina jaringan pintar dengan agensi-agensi luar. Memastikan semua Dasar Pertubuhan dan Undang-Undang (DPU) dan program Pandu Puteri teratur dan terkini. 2. NAIB PENGERUSI Membantu pengerusi menjalankan tugas. Mengambil alih tugas Pengerusi jika beliau tidak hadir. Mengemaskini laman blog Majlis Jurulatih Kebangsaan. 12


3. SETIAUSAHA Menguruskan segala surat-menyurat berkaitan Majlis Jurulatih Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Mencatat minit mesyuarat dan mengedarkannya dalam tempoh dua minggu selepas mesyuarat. Memastikan fail setiausaha teratur dan kemaskini. Menyediakan Laporan Tahunan Majlis Jurulatih Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. 4. PENOLONG SETIAUSAHA Membantu setiausaha menjalankan tugas. Mengambil alih tugas setiausaha jika beliau tidak hadir. Mendokumentasi semua aktiviti program Majlis Jurulatih Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Memastikan pengkalan data jurulatih dan bakal jurulatih Persatuan Pandu Puteri Malaysia kemaskini. 5. AHLI JAWATANKUASA Mencadangkan aktiviti latihan untuk pemimpin Menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dari semasa ke semasa. 13


1.4 Pakaian Seragam


Pandu Puteri Kelip-kelip 14


Pandu Puteri Tunas (9-12 tahun) 15


16


17


Pandu Puteri Remaja (13-15 tahun) 18


19


Pandu Puteri Renjer (16-17 tahun) 20


21


Pemimpin (Mempunyai pasukan Pandu Puteri untuk diuruskan) 22


23


24


Kadet (IPG) Klover (18-30 tahun termasuk Tingkatan 6, IPTA dan IPTS) 25


Guild (30 tahun ke atas) 26


27


1.5 Takwin dan Perancangan Aktiviti Pasukan


Contoh Takwin dan Perancangan Aktiviti Pasukan Pandu Puteri Contoh Takwin dan Perancangan Aktiviti Pasukan Pandu Puteri 28


1.6 Peranan dan Tanggungjawab Pemimpin


Peranan dan Tanggungjawab Pemimpin Menubuhkan pasukan Membentuk jawatankuasa Mengetahui perjumpaan Mendaftarkan pasukan dengan Persatuan Pandu Puteri Malaysia Merujuk Pesuruhjaya Daerah/ Negeri mendapatkan pandangan/nasihat dan bantuan Bekerjasama dalam pengendalian dengan pemimpin lain di dalam dan di luar daerah/ negeri Peranan dan Tanggungjawab Pemimpin 29


1.7 Pengurusan Badan Beruniform Secara Sistematik dan Terancang


Aspek 3.2.3: Pengurusan Badan Beruniform SKPMg2 30


2.1 Dasar Pertubuhan dan Undangundang Am dan Pemimpin 2.2 Persetiaan dan Undang-undang Pandu Puteri 2.3 Cogan Kata dan Lambang 2.4 Isyarat dan Hormat Pandu Puteri 2.5 Berjabat Tangan dan Khidmat Pandu Puteri 2.6 Isyarat Wisel Serta Isyarat Tangan 2.7 Lagu Pandu Puteri 2.8 Bendera Malaysia, Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) dan Bendera Dunia 2.0 Prinsip Asas Pandu Puteri


2.1 Dasar Pertubuhan dan Undang-undang Am dan Pemimpin


Latar Belakang: Dasar Pertubuhan dan Undang-Undang merupakan satu ketetapan yang digubal untuk dipatuhi bagi menentukan kelicinan pentadbiran dan pengurusan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Tujuan: Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai tujuan mendidik, melatih dan mengembangkan potensi semua ahli Persatuan ini supaya menjadi warganegara yang peka, berwibawa, berketerampilan dan berdisiplin. Harapan Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah untuk menghasilkan insan yang taat dan setia, berguna, cekap dan amanah, bertimbang rasa, mempunyai inisiatif, berdaya kreatif, dan selalu sedia memberi khidmat untuk membantu orang lain. Untuk mencapai tujuan tersebut, pendidikan dan latihan melalui Program Pandu Puteri mengutamakan Sistem Kumpulan (Patrol System) yang menjadi ciri utama dalam Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia. DASAR PERTUBUHAN DAN UNDANG-UNDANG AM PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA 31


VISI Menerajui Perkembangan Potensi Gadis Dan Wanita Untuk Membawa Perubahan Taking The Lead In Developing The Potential Of Girls And Women For Change MISI Persatuan Pandu Puteri Malaysia Mempunyai Komitmen Melahirkan Golongan Wanita, Remaja Dan Dewasa Yang Berkaliber Melalui Penerapan Ilmu, Kemahiran Dan Nilai Pandu Puteri Demi Kepentingan Nusa, Bangsa Dan Antarabangsa Girl Guides Association Malaysia Is Committed To Develop Girls And Women Of Calibre Through Internationalization Of Girl Guiding Knowledge, Skills And Values To Benefit The Society And Country 32


. Kepemimpinan Persatuan Pandu Puteri Malaysia menyediakan barisan pemimpin untuk mendidik dan memimpin ahli wanita dan dewasa. Barisan pemimpin dikategorikan mengikut peningkatan seperti yang berikut: Pemimpin Tidak Berwaran: 1. Seorang pemimpin tidak berwaran perlu mengikuti kursus Prawaran dan melafazkan atau membaharui Persetiaan Pandu Puteri 2. Pemimpin boleh memakai lencana pelantikan pelantikan pemimpin. 3. Pemimpin yang telah menguruskan pasukan sekurang-kurangnya tiga bulan dan diselia oleh pemimpin berwaran atau Pesuruhjaya Daerah akan dilantik sebagai pemimpin berwaran. 33


Pemimpin Berwaran: . 1. Pemimpin berwaran boleh menguji Pandu Puteri Tunas sehingga Calit Emas serta Pandu Puteri Remaja atau Pandu Puteri Renjer sehingga Kelas Dua. 2. Pemimpin berwaran digalakkan mengikuti kursus lanjutan supaya boleh menguji Pandu Puteri Tunas sehingga Anugerah Tunas Harapan Ketua Pesuruhjaya serta Pandu Puteri Remaja atau Pandu Puteri Renjer Kelas Satu sehingga ke peringkat Pandu Puteri Raja. 3. Pemimpin berwaran seterusnya boleh melayakkan diri dan memperoleh Mutiara I, Mutiara II, Mutiara III dan Mutiara IV 34


2.2 Persetiaan dan Undang-undang Pandu Puteri


Bahawa Dengan Sesungguhnya, Saya Berjanji Dan Bersetia Dengan Sedaya Upaya, Menunaikan Kewajipan Saya Kepada Tuhan, Raja Dan Negara Saya, Malaysia, Menolong Orang Setiap Masa, Dan Mematuhi Undang-Undang Pandu Puteri. Program Pandu Puteri Persatuan Pandu Puteri Malaysia berdasarkan Persetiaan dan UndangUndang Pandu Puteri. PERSETIAAN PANDU PUTERI 35


Click to View FlipBook Version