The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 192idanty, 2021-10-12 11:06:03

Berkhidmat untuk negara

Berkhidmat untuk negara

DRAMA:
BERKHIDMAT
UNTUK
NEGARA

Karya: Affix Zulkarnaen Adam

Hazirah binti Ahmad Hatim(Purnama)
Wan Mislaiha Sofea binti Badrisyah(Purnama)
Idanty Qishar binti Mokhdzir(Segara)
Nur Irdina Batrisyia binti Noor Azli(Buana)
4 Nebula

SINOPSIS

Drama ini mengisahkan Aiman, seorang murid berusia 17 tahun yang
memberikan pelbagai alasan untuk tidak menyertai Program Latihan
Khidmat Negara (PLKN). Cerita ini bermula apabila Aiman menerima
sepucuk surat tawaran daripada Jabatan Latihan Khidmat Negara yang
memaklumkan bahawa Aiman telah dipilih sebagai salah seorang
pelatih PLKN. Keadaan ini menimbulkan konflik dalaman kepada Aiman
kerana dia tidak berminat untuk mengikuti siri PLKN. Hal ini demikian
kerana pengetahuan dan pemahamannya yang kurang tentang
kebaikan seseorang remaja mengikuti program itu. Dia juga
beranggapan bahawa PLKN mungkin akan menggugat zon
keselesaannya. Semasa Aiman berada di sekolah, Sundarani, Nora,
Syuhada, Ah tiau dan Aiman berbincang tentang PLKN. Masing-masing
melahirkan rasa bangga dan teruja kerana terpilih sebagai pelatih
baharu PLKN kecuali Aiman.

SINOPSIS

Seterusnya, Aiman meminta bantuan bapanya yang mempunyai
pengaruh dan kedudukan untuk mengecualikan penyertaanya dalam
PLKN. Walaubagaimanapun, bapanya menolak kemahuannya.
Sebaliknya, bapa Aiman bertegas agar Aiman mengikuti PLKN kerana
program tersebut banyak mengandungi kebaikan. Sementara itu, ibu
Aiman kurang bersetuju Aiman mengikuti PLKN atas faktor keselamatan
nyawa anaknya. Namun, bapanya tetap teguh dengan pendirian
asalnya. Kemudian, Aiman masuk ke biliknya lalu melayari internet.
Ketika melayari Internet, dia telah terbaca berita tentang kejayaan senior-
seniornya. Kejayaan mereka telah menanamkan semangat baharu dalam
dirinya. Akhirnya, Aiman berjanji akan mengikuti PLKN agar boleh
berdikari seterusnya menyahut seruan berkhidmat untuk tanah air
tercinta.

TEMA

Kesedaran generasi muda dalam memupuk semangat cinta akan
Negara yang diperoleh melalui penglibatan mereka dalam Program
Latihan Khidmat Negara (PLKN).

PERSOALAN

Peranan seorang guru dalam memberikan kesedaran dan
mewujudkan semangat patriotrisme dalam kalangan pelajar.
Contoh: Cikgu Dahari memberikan penerangan yang jelas kepada
murid-muridnya agar mereka faham akan objektif dan pelaksanaan
PLKN.

Kesedian generasi muda mengikuti dasar kerajaan.
Contoh: Nora, Syuhada, Ah Tiau dan Sundarani mewakili golongan
generasi muda yang berasa bangga dan begitu teruja untuk
mengikuti PLKN.

Kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anak.
Contoh: Datuk Khir Ghazali amat menyayangi Aiman dan
keluarganya. Beliau berpendapat Aiman perlu menghadiri PLKN
untuk membentuk sahsiah positif dalam diri anaknya itu yang
diharapkan menjadi insan yang berguna kepada negara.

WATAK UTAMA
& PERWATAKAN

Watak Utama: Aiman Faizullah bin Khir Gazali

Perwatakan:
Seseorang yang bersifat agresif. Dia menentang keras
pemilihan namanya sebagai pelatih baharu PLKN.
Seseorang yang mementingkan kemewahan hidup. Dia tidak
mahu menyertai PLKN kerana tidak sanggup berpanas.
Seorang yang sedar akan kesilapan dan ingin berubah. Aiman
sedar akan kesilapannya tentang PLKN dan berazam untuk
menyertai PLKN bagi memupuk sikap berdikari.

GAYA BAHASA

Sinkope Inversi Peribahasa.
- Hujan emas di
- Tak baik kau - Memang bagus negeri orang,
cakap macam tu program itu. hujan batu di
kepada aku. Sepatutnya: Program itu negeri sendiri.
memang bagus.

Repetisi Simile

- Aku tak suka, tak - ...terasa seperti ada
suka. sesuatu yang menarik
pada hari itu.

LATAR MASA

Cuti Hujung Minggu
Contoh: Aiman bersantai di rumah dan melakukan perkara yang
diinginkannya pada cuti hujung minggu.

Waktu tengah hari
Contoh: Posmen datang ke rumah Khir Ghazali untuk menyampaikan
sepucuk surat kepada Aiman, iaitu tentang pemilihan Aiman sebagai
seorang pelatih PLKN yang baharu pada waktu tengah hari.

Waktu pagi
Contoh: Aiman berdialog bersama-sama rakan-rakan di sekolah
tentang PLKN yang bakal dihadiri mereka.

LATAR TEMPAT

Di sekolah
Contoh: Cikgu Dahari telah berbincang tentang PLKN dengan
anak-anak muridnya.

Bilik Aiman
Contoh: Aiman melayari Internet menggunakan komputer riba di
biliknya

Di rumah Aiman
Contoh: Aiman mengemukan masalah pemilihan namanya sebagai
salah seorang pelatih PLKN kepada bapanya.

LATAR MASYARAKAT

Masyarakat yang meninggalkan semangat patriotik cinta
akan negara

Kawan-kawan sekelas Aiman yang terdiri daripada Nora,
Syuhada, Ah Tiau dan Sudarani sangat teruja dan berbangga
apabila nama mereka terpilih sebagai pelatih Program
Latihan Khidmat Negara (PLKN)
Masyarakat yang terlalu manjakan anak
Datin Masnah tidak bersetuju tentang penyertaan Aiman
sebagai pelatih PLKN kerana bimbang akan keselamatan
nyawa anaknya.
Masyarakat yang berpendirian tegas
Datuk Khir Ghazali tetap dengan keputusannya meminta
Aiman menyertai PLKN walaupun dipujuk oleh Aiman dan
Masnah

NILAI MURNI

Nilai kegigihan
Cikgu Dahari gigih membimbing dan memberi tunjuk ajar
kepada pelatih PLKN tentang Program Penghayatan Sastera
dan Budaya (PPSB)
Nilai hemah tinggi


Nek Sinah bertutur dengan suara yang lemah lembut ketika

mengajak Aiman makan tengah hari walaupun Aiman
melayannya dengan bersikap kurang sopan
Nilai berpandangan jauh
Datuk Khir Ghazali ingin Aiman menyertai PLKN untuk
membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni
disamping menanam semangat patriotik dalam jiwa anaknya

PENGAJARAN

Kita hendaklah memupuk semangat patriotik dalam
kalangan generasi muda.
Cikgu Dahari memberikan sokongan kepada anak-anak muridnya
yang bersemangat kerana terpilih untuk mengikuti PLKN.
Kita hendaklah bersabar menghadapi kerenah manusia.


Nek Sinah bersabar dengan sikap biadap Aiman yang tidak

menghormati dirinya sebagai orang tua
Kita hendaklah gigih mencari rezeki yang halal untuk
menyara keluarga.
Datuk Khir Ghazali selalu pulang ke rumah pada waktu malam
lantaran gigih mencari rezeki untuk menyara keluarganya.

TERIMA
KASIH!


Click to View FlipBook Version