The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Shahrul Arzelan, 2024-05-09 10:37:21

buku program 2024

50 3.2 Gotong Royong Madani Menerusi Belanjawan 2023, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah diberi peruntukkan bagi pelaksanaan program gotong royong. Program gotong royong ini bertujuan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan warga pendidik dan mengaktifkan peranan ibu bapa, masyakarat dan komuniti. Sehubungan dengan itu, dana sebanyak RM1500 diperlukan bagi gotong royong tersebut. Dengan dana yangdiperolehi, Pihak PPKI dapat menggunakan dana tersebut untuk gotong royong mencantikkan laluan Pintu F PPKI. 3.2.1 Sekitar majlis gotong royong


51 3.3 Sambutan Akhir Tahun dan Hari Jadi Murid PPKI Majlis hari jadi bagi murid PPKI merupakan majlis yang sering diadakan pada setiaptahun. Namun pada kali ini, PPKI ingin menggabungkan majlis sambutan hari jadi dan majlis akhir tahun bagi murid PPKI pada hari yang sama. Sumbangan RM 1956 yangdiberikan adalah bertujuan untuk membeli hadiah, makanan dan aktviti kepada murid- murid. 3.2.2 Sekitar Sambutan Majlis Akhir Tahun dan Hari jadi 4.0 PENUTUP Segala aktiviti yang diperuntukkan untuk PPKI telah dapat dilaksanakan dengan baikdan jayanya. Perkara ini bukan mudah untuk dilaksanakan sekiranya tiada hubunganyang akrab di antara pihak sekolah, ibu bapa dan semua warga SK Seksyen 20. Segala usaha dan sumbangan PIBG untuk membantu melengkapkan prasarana di PPKI sedikit sebanyak telah membantu PPKI SK Seksyen 20. Disediakan oleh, PN.HAIFA NAZIRA BINTI HANIZAM Setiausaha Biro Pendidikan Khas


52 LAPORAN AKTIVITI BIRO KEBAJIKAN DAN HEM 2022 / 2023 1.0 Nama Ahli Jawatankuasa PENGERUSI 1 : TN. HAJI AB RAHMAN BIN HAJI NORDIN PENGERUSI 2 : EN. AHMAD SYAMSUL ARIFFIN BIN SULAIMAN SETIAUSAHA : PN. JAMALIAH BINTI MOHD NOH 2.0 Pengenalan Antara tujuan Biro Kebajikan ditubuhkan di bawah PIBG adalah untuk: 1. Merancang program dan aktiviti ke arah kebajikan murid serta membantu membentuk keperibadian murid yang seimbang dari segi rohani, jasmani, emosi, sahsiah dan intelek. 2. Mengadakan usaha memberi bantuan kepada murid-murid miskin, anak-anak yatim, golongan fakir, sakit dan uzur. 3. Memberi sokongan moral dan bantuan kepada murid-murid mahupun keluarga yang ditimpa musibah seperti kemalangan, banjir dan kebakaran. 4. Memberi pengiktirafan dan anugerah kepada murid-murid yang berjaya dalam segala lapangan dan pendidikan. 5. Membentuk jaringan baik antara persatuan dengan masyarakat setempat . 3.0 Aktiviti Biro Kebajikan Sepanjang Sesi 2023/2024 3.1 SUMBANGAN KEMATIAN IBU/BAPA/MURID Setiap keluarga diperuntukkan sumbangan ihsan sebanyak RM200 selain kutipan sumbangan derma kematian di kalangan ibubapa dan warga sekolah apabila berlaku kematian di kalangan ibu/bapa/murid itu sendiri.Pada sesi 2023/2024 ini sebanyak RM1,600 iaitu seramai 8 buah keluarga telah menerima sumbangan ehsan daripada Pibg. Kutipan sumbangan derma secara tunai juga telah dianjurkan dengan kerjasama Badan Kebajikan Murid SKS20 bagi meringankan beban keluarga yang terlibat. Antara keluarga yang telah menerima sumbangan PIBG dan juga kutipan derma tersebut adalah:


53 Pada 08.02.2024, serahan sumbangan kepada ibu murid yang kematian bapa: 3 beradik Ahmad Faiq 6 Uranus/ Ahmad Falah 4 Zuhal dan Ahmad Faqih 2 Neptun. Bertarikh pada 02.02.2024, penyampaian sumbangan kepada ibu murid yang kematian bapa iaitu Alliyah Azzarah 1 Zuhal.


54 Tanggal 19.01.2024, sumbangan disampaikan kepada ibu murid yang kematian bapa iaitu Maisarah Umairah 6 Neptun. Pada 15.12.2023, sumbangan diserahkan kepada ibu murid yang kematian bapa iaitu Nur Amalina 3 Utarid. Bertarikh 24.11.2023, murid yang kematian bapa iaitu Haziqah Bashirah 3 Zuhal telah menerima sumbangan bersama ibunya.


55 Tanggal 14.09.2023, sumbangan telah disampaikan kepada bapa murid yang kematian ibu iaitu Muhammad Akhil Amin 5 Utarid. Pada 28.8.2023, penyerahan sumbangan kepada bapa murid yang kematian ibu iaitu Nur Ezzara Safiyah 6 Marikh dan Nur Ezzara Aafiyah 2 Utarid. Kutipan sumbangan dari ibubapa dan warga SKS20 untuk kos rawatan dan pemergian buat selamalamanya arwah Puteri Nurul Rania Fiqriyah dari kelas 3 Bumi yang mengidap kanser otak, telah selamat disampaikan kepada ayahnya pada 18.04.2023 dan pada 21.07.2023 kepada ibunya. Semoga syurga buatmu adik Puteri Nurul Rania Fiqriyah yang kita sayangi.


56 Pada 07.07.2023 sumbangan derma kematian ayah kepada Nurul Afifa Fitiya 5 Marikh telah disampaikan oleh Tuan YDP Pibg, En. Haidzir Sham bin Masngat kepada abangnya. Bertarikh 27.06.2023, sumbangan derma kematian ayah kepada Nur Amani Qaisara (6 Musytari ) & adiknya Muhd Aidil Firash (4 Neptun) telah disampaikan kepada ibunya. 2. SUMBANGAN KEMALANGAN


57 Tanggal 22.08.2023 sumbangan perubatan untuk murid bernama Baytrisyia Falihah kelas 6 Zuhal yang patah kaki telah selamat disampaikan kepada ibunya. Pada 18.08.2023 sumbangan untuk murid bernama Muhammad Aqeel Haiqal bin Mohd Nor Azizi dari kelas 4 Utarid yang patah di pergelangan tangan telah disampaikan kepada ibunya. 3. SUMBANGAN BANTUAN PERSEKOLAHAN KEPADA MURID GOLONGAN B40


58 Berikutan kejayaan Program Dermathon yang lalu mencapai sasaran kutipannya, PIBG merealisasikan salah satu objektif utama program tersebut iaitu membantu dalam memenuhi keperluan dan kebajikan murid-murid terutama dari golongan B40, anak-anak yatim dan murid berkeperluan khas. Seramai 121 orang murid dari golongan B40 telah terpilih menerima sumbangan RM100 setiap seorang. Sumbangan ini diharap dapatd meringankan beban kewangan ibubapa dalam menyediakan keperluan persekolahan anak-anak bagi sesi 2024/2025 ini. 4. PROJEK AMAL BANTUAN UNIFORM SEKOLAH TERPAKAI


59 Sempena Karnival Dermathon SK Seksyen 20 yang berlangsung pada 28/1/2024 (Ahad), Biro Kebajikan PIBG mengambil peluang tersebut untuk membuat Program Amal Uniform Sekolah bagi murid yang memerlukan. Untuk program amal ini, ibubapa dialu-alukan menyumbang pakaian sekolah terpakai anak-anak yang masih elok termasuk uniform Pengawas, PRS, PSS, kasut, beg dan sebagainya kepada Booth Amal PIBG. Mana-mana ibubapa yg memerlukan pakaian ini untuk anak-anak mereka pula boleh mendapatkannya secara percuma dari Booth Amal PIBG sepanjang masa karnival berlangsung. Program ini telah mendapat sambutan menggalakkan daripada ramai ibubapa samada yang menyumbang pakaian mahupun yang datang mendapatkan pakaian untuk keperluan anak-anak mereka. PENUTUP Secara keseluruhannya, Biro Kebajikan telah cuba sedaya upaya memainkan peranan dengan sebaiknya demi kebajikan murid-murid yang memerlukan. Kerjasama yang lebih erat dan berkesan sangat diperlukan daripada pihak sekolah terutamanya Badan Kebajikan Murid, guru-guru kelas dan penyelaras aliran bagi memastikan golongan sasaran dapat dikenalpasti dengan lebih tepat dan cepat serta program bantuan dapat dijalankan dengan lebih lancar di masa-masa akan datang. Disediakan oleh, PN. JAMALIAH BINTI MOHD NOH Setiausaha Biro Kebajikan dan HEM


60


61


62


63 PIBG No Nama Usul Jawapan/Cadangan Catatan 1. Noor Ashiqin Abd Razak Mewajibkan sumbangan PIBG. Sumbangan PIBG bukan yuran menurut arahan KPM. Dengan demikian, PIBG secara sendiri atas keterikatan dengan Akta yang termaktub dan berkuatkuasa, tiada hak dan wewenang untuk mewajibkan sumbangan PIBG seperti mana yang dicadangkan. Namun, PIBG ibarat satu keluarga besar yang mana memerlukan dana yang besar bagi menampung perbelanjaan bagi memenuhi keperluan anak-anak. Dengan demikian, keikhlasan dalam memberi sumbangan kewangan dan sokongan amat dialu-alukan serta dihargai. 2. Heryani Jang Perlu menyokong agar Hari Kecemerlangan diteruskan. PIBG sentiasa memberi sokongan dalam program Hari Kecemerlangan dan Hari Peningkatan Akademik bagi memberi motivasi kepada anak-anak agar dapat bersaing secara sihat untuk meraih kejayaan 3. Haidzir Sham Bin Masngat Membuat kutipan sumbangan tanpa prejudis sepanjang sesi 2024/2025 bagi aktiviti/program yang bertujuan memenuhi keperluan murid yang merangkumi kurikulum, kokurikulum dan HEM Pentadbir dan guru-guru tidak boleh memohon sumbangan kewangan daripada pihak ibu bapa atau manamana pihak. PIBG melalui Biro Kebajikan dengan kerjasama Badan Kebajikan Hal Ehwal Murid perlu membuat kutipan sumbangan terutama anak-anak yang kehilangan ibu, bapa atau ditimpa musibah atau tidak mampu untuk memenuhi keperluan bagi persekolahan. Selain itu, bagi aktiviti sukan, 3K dan sebagainya yang memerlukan keprihatinan kita untuk menyantuni dan memenuhi keperluan anak-anak kita ini. Kemalangan, musibah, bencana atau kehilangan orang tersayang tidak dapat diketahui bila masanya. Aktiviti dan program juga kadang-kala perlukan dana tambahan yang mendesak. Dengan demikian itu, USUL-USUL 2024/2025


64 kutipan sumbangan ikhlas tanpa prejudis akan digerak pada sebilang masa mengikut keadaan dan keperluan untuk sepanjang tahun terutama sesi 2024/2025. 4. Dr. Noraini Binti Mohd Shah Menukar pintu-pintu kelas yang telah reput Pintu-pintu yang telah reput disebabkan oleh usia sekolah yang hampir 30 tahun. Memang banyak yang rosak dan perlu diganti. Namun kekangan kewangan menghambat usaha PIBG untuk menukar pintu-pintu yang telah rosak.Insya Allah, jika ada kekuatan kewangan maka cadangan tersebut akan dilaksanakan. Dalam masa sama PIBG tidak duduk diam di mana usaha memohon peruntukan telah diajukan kepada kementerian yang berkaitan. 5. Nor Aisyah Binti Abdul Rahim Berkenaan duit PIBG. Duit PIBG digunakan untuk memenuhi keperluan murid. Ini adalah apa yang termaktub dalam Akta. Kita akan memperuntukkan dana kepada Akademik, Kurikulum dan HEM serta bagi tujuan pembangunan prasarana dan infrastruktur. 6. Mohd Sabrie Bin Bayani Membincangkan isuisu semasa kes penculikan budak sekolah. Perbincangan sering dilakukan oleh PIBG bersama pentadbir, guru-guru dan pegawai seranta sekolah (PDRM) dari semasa ke semasa. 7. Khairul Hafizan Bin Abas Menjaga keselamatan murid. Kerjasama dengan sekolah Guru-guru akan menjaga keselamatan anak-anak kita dalam kawasan sekolah kerana ini salah satu tanggungjawab yang digalas. Di luar, RELA akan memastikan keselamatan anak-anak ketika melintas jalan. Namun keselamatan anak-anak turut memerlukan dukungan kita semua kerana mereka adalah anak-anak kita yang disayangi. PIBG tidak pernah berkompromi soal keselamatan anakanak dan warga SK Seksyen 20 8. Nor Azilah binti Abdul Rahman Membuat satu laluan gajah menyusur atau jejantas yang menghubungkan blok D ke blok E bagi mempercepatkan pergerakan guru dari bilik guru blok B ke blok E. Guru ada yang sudah berumur dan uzur yang mempunyai masalah seperti sakit lutut. Sekurangkurangnya menjaga kesihatan guru dan memudahkan urusan guru. Jejantas ini akan memudahkan semua pihak. Ustaz Ahmad Syamsul perlu memohon kebenaran PPD dan jabatan. Ia memerlukan rekabentuk yang diluluskan oleh JKR. Kos sangat mahal. Jika dapat menggunakan peruntukan KPM tiada masalah. 9. Nur Afidah binti Mohamad Zin Mohon sumbangan daripada ibu bapa untuk membeli kerusi RNR kantin bagi Jika kewangan PIBG stabil maka boleh diberikan peruntukan bagi tujuan keselesaan anak-anak. Selain itu, untuk mohon sumbangan ibu bapa


65 PENTADBIRAN / PENGURUSAN No Nama Usul Jawapan / Cadangan Catatan 1. Mohd Shahir bin Che’ Rus Memberi fokus kepada peningkatan kemahiran terhadap murid-murid PPKI. Akan dibincangkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan. 2. Mohd Sabrie Bin Bayani Dapat memperbaharukan buku-buku teks. Buku teks diterima daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). 3. Noor Ashiqin Abd Razak Pengawal diminta untuk jaga pintu masuk dibahagian tepi pagar utama pada hari jumaat disebabkan oleh ada murid yang datang awal. Pengawal dilihat main handphone Pengawal menjaga bangunan sekolah sahaja. menggantikan kerusi kantin yang sudah lama dan mula rosak. ianya memerlukan kelulusan dalam mesyuarat agung PIBG. 10. Nurlisa Puteri binti Mohd Noor Penglibatan ibu bapa yang lebih aktif dengan aktiviti anakanak di sekolah. SKS20 mempunyai Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) dan Kumpulan Penggerak Ibu Bapa, Komuniti dan Swasta (PIBKS) yang memerlukan penglibatan ibu bapa secara aktif dalam memberi sokongan dan dukungan kepada sekolah. Terutama yang melibatkan keperluan anak-anak dalam aspek akademik, kokurikulum dan hal ehwal murid. Dengan itu, ibu bapa digalakkan bergerak secara aktif dalam KSIB dan KPIBKS demi merealisasikan keperluan anak-anak kita. Boleh dimulakan melalui kelas anak masingmasing sebagai asas kekuatan dan perpaduan semua. 11. Aina Amalina Ahmad Tarmizi Yuran PIBG dikecualikan untuk murid yang tiada ibu/bapa (anak yatim) PIBG tiada yuran sebaliknya ia adalah sumbangan daripada kita sebagai ibu bapa yang prihatin kepada pendidikan anak-anak. Bagi usul ini ianya memerlukan sokongan ahli mesyuarat yang hadir untuk meluluskan cadangan tersebut. 12. Maisarah Binti Mohamad Dicadangkan ibu bapa membantu dan menyumbang dalam mencantikkan sekolah dan kelas anak-anak. Cadangan yang baik dan wajar diberikan sokongan sepenuhnya. PIBG dan sekolah akan mengadakan program gotong-royong perdana pada bulan Jun. Diharap ramai ibu bapa yang hadir dan membantu memberi sumbangan. 13. Anne Abd Ghani Menyediakan QR Code/ online banking untuk sebarang bayaran (cashless) Satu cadangan yang menarik dan wajar diperhalusi oleh Bendahari PIBG. Diharap mampu direalisasikan pada tahun ini. Mohon untuk diberikan perhatian oleh Bendahari PIBG. Untuk pembayaran secara atas talian memang telah dilaksanakan sebelum ini.


66 dalam bilik dibahagian tepi pagar utama. 4. Haidzir Sham Bin Masngat Memohon menukar guna tandas R&R kepada surau R&R. Memohon pembinaan sebuah dewan terbuka. Memohon kebenaran membuat padang, memperbaiki padang yang rosak. Jika ada peruntukkan inshaAllah akan dilaksanakan. 5. Khairul Hafizan Bin Abas Memudahkan urusan ibu bapa dengan guru. Melancarkan pentadbiran. Akan dibincangkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan. 6. Zarak Shaifuddin Bin Zamrah Mohon pihak sekolah mengadakan baju PJ untuk murid yang berbadan besar. Setakat ini paling besar saiz 44. Akan dimaklumkan kepda kedai buku sekolah. 7. Munira Binti Md Johari Berhubung dengan ibu bapa/segala info yang ingin pihak sekolah sampaikan melalui surat. Kekurangan masa untuk melihat what’s app yang panjang. Akan dibincangkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan. 8. Ain Afeqah Mahamad Kemas kini perkembangan murid dari semasa ke semasa agar ibu bapa dapat mengambil inisiatif tambahan untuk meningkatkan prestasi murid. Akan dibincangkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan. 9. Azhar Hasan Baik pulih kipas dikantin dan juga di dalam kelas. Jika ada peruntukkan ianya akan dilaksanakan, inshaAllah. 10. Nurlisa Puteri Binti Mohd Noor Menambah baik keadaan bilik darjah supaya tidak panas/bahaya. Jika ada peruntukkan ianya akan dilaksanakan, inshaAllah. 11. Fahmy Bin Sabudin Baju pendidikan jasmani maroon design baharu, kain jersey dan lengan panjang. Akan dibincangkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan. 12. Maisarah Binti Mohamad Komunikasi secara efektif antara guru kelas dan ibu bapa bagi meningkatkan prestasi pelajaran. Akan dibincangkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan. 13. Masitah Binti Mohamad Berharap pihak sekolah dapat menyenaraikan terlebih dahulu bukubuku yang wajib bagi setiap tahun supaya tidak berlaku pembaziran buku-buku seperti buku tulis. Akan dibincangkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan.


67 14. Khatijah Binti Mohamed Menyediakan satu ruang informasi dan tidak menganggu tugas mengajar guru. Akan dibincangkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan. 15. Anne Abd Ghani Mewujudkan semula da’i/imam dikalangan murid tahap 2 (solat dhuha). Akan dibincangkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan. KURIKULUM No Nama Usul Jawapan / Cadangan Catatan 1. Noor Ashiqin Abd Razak Matapelajaran seperti PJK dan Muzik tidak memerlukan buku kerja disebabkan oleh buku kerja tersebut tidak sampai separuh digunakan. Buku kerja PJK dan Muzik digunakan sepenuhnya oleh guru matapelajaran tersebut dan ada murid yang tidak menghantar untuk disemak oleh guru. 2. Hafishah Mat Isa Membenarkan murid membawa balik buku aktiviti untuk ibu bapa menyemak anak-anak membuat tugasan atau tidak sebulan sekali. Maklum dan akan dibuat tindakan. 3. Heryani Jang Sambutan Hari Kecemerlangan wajar diteruskan bagi memotivasikan murid. Berdasarkan surat KPM.100-1/3/2 Jld.7(90) tarikh 18 Disember 2023, peringatan berhubung perlaksanaan Majlis Graduasi Murid di sekolah dibawah KPM tidak dibenarkan. Walaubagaimanapun, sekolah ambil maklum atas persetujuan semua ibu bapa dalam Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-29/2024 jika setuju untuk mengadakan dengan menggunakan sumbangan PIBG/sumbangan lain. 4. Khairul Hafizan Bin Abas Membantu murid yang lemah. Meningkatkan Pendidikan. Perancangan telah dibuat pada tahun 2024 dan akan dilaksanakan pelbagai program peningkatan untuk murid yang lemah. 5. Mohd Nizam Bin Lumain Jadual ujian dimaklumkan lebih awal. Akan dibincangkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan. 6. Nurlisa Puteri Binti Mohd Noor Pemantauan yang lebih mendalam terhadap prestasi anak. Akan dibincangkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan. 7. Maisarah Binti Mohamad Memberi penekanan kepada KPM untuk melihat semula silibus pelajaran bagi semua subjek. Akan dibincangkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan. 8. Anne Abd Ghani Melaksanakan aktiviti STEM/ STEAM/PAK 21 Akan dibincangkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan.


68 KOKURIKULUM . No Nama Usul Jawapan / Cadangan Catatan 1. Khairul Hafizan Bin Abas Melahirkan murid-murid yang cergas. Murid yang sihat. Pihak sekolah setiap tahun menyertai Hari Sukan Negara. Segala aktiviti yang diadakan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pihak sekolah akan terlibat sama. Tambahan pula pihak sekolah turut mempunyai pasukan aerobik sekolah 2. Haidzir Sham Bin Masngat Mengadakan Hari Usahawan yang bertujuan mendedahkan muridmurid kepada aktiviti keusahawanan. Diambil maklum. Hari Keusahawanan ada dijalankan pada waktu kokurikulum iaitu kelab dan persatuan yang melibatkan muridmurid Sahaja. 3. Muhammad Asyraf Bin Ismail Lebihkan aktiviti kokurikulum. Pihak sekolah memang mengikut jadual yang ditetapkan berserta kebenaran Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) 4. Maisarah Binti Mohamad Kebanyakkan kelab kokurikulum tidak aktif. Kurang penglibatan murid-murid. Sekolah perlu meningkatkan usaha. Sekolah memang terlibat aktif dalam aktiviti kokurikulum dan SKS20 juga telah menjadi Naib Johan sekolah cemerlang kokurikulum. 5. Anne Abd Ghani Memberi pendedahan kepada murid dengan aktiviti outdoor dan kursus-kursus yang berkaitan. Telah diambil maklum dan beberapa aktiviti telah dirancang untuk tahun 2024.


69 HAL EHWAL MURID No Nama Usul Jawapan / Cadangan Catatan 1. Hajar Marsillah Binti Zulkifly Menambah baik kebersihan bilik darjah, kantin, dewan perhimpunan dan tandas. Sekolah kekurangan 3 pekerja pembersihan. 4 orang pekerja yang sedia ada cuba yang terbaik. Walau bagaimana pun ingatan dan teguran juga ada diberikan kepada mereka. 2. Heryani Jang Tunas pengawas boleh ditugaskan membantu guru memantau adik-adik tahun1 sebelum masuk kelas, atau sebelum kehadiran guru bertugas agar murid tahun 1 lebih terkawal. Idea yang baik dan akan dibincangkan oleh Guru Pengawas sesi petang untuk pelaksanaannya jika sesuai. 3. Munira Binti Md Johari Guru menggunakn bahasa yang sopan ketika menegur murid. Akan dibincangkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan 4. Haidzir Sham Bin Masngat Program waqaf/Infaq Program wakaf / infaq perlu dinyatakan secara spesifik tajuknya. Perlu dicadangkan dalam MAT jika kutipan melibatkan ibu bapa dan pihak luar. Contoh: Program wakaf surau SKS20 dicadangkan dalam MAT dan majoriti yg hadir bersetuju dan diminitkan dlm MAT. Surat makluman/kebenara n projek wakaf dan salinan minit meayuarat MAT dilampirkan bersama dan dihantar ke ppd/ jpn / mais jika perlu. Jika mendapat kebenaran 1 lajur khas dlm akaun pibg utk kutipan wakaf perlu diwujudkan.


70 • Terdapat beberapa usul tidak dapat dimasukkan kerana melibatkan peraturan pentadbiran. • Jika ada sebarang usul yang tertinggal, boleh diajukan semasa mesyuarat. Sebarang kesilapan harap dimaafkan. 5. Ain Afeqah Mahamad Mengenal pasti ciri-ciri buli/gejala dibuli agar dapat dibendung daripada peringkat awal. Murid yg menjadi mangsa perlu buat laporan kepada sekolah. Program antibuli ada dijalankan. Langkah peringatan oleh guru bertugas mingguan sebelum naik ke kelas selepas rehat / perhimpunan rasmi. 6. Maisarah Binti Mohamad Penambahbaikkan perkhidmatan kantin, mewujudkan tabung kebajikan pelajar, kelas tambahan untuk Al-Quran dan Fardhu Ain. Mewujudkan tabung untuk pembinaan dewan dan surau di dalam kawasan sekolah. Kantin sentiasa ditambah baik berdasarkan aduan yang diterima jika munasabah. Tabung kebajikan PIBG sentiasa memberikan kebenaran kutipan derma jika murid ditimpa musibah berdasarkan kes yang dipersetujui. Tabung pembinaan surau dan dewan pihak sekolah tiada halangan utk diwujudkan dan bergantung kpd keputusan Mesyuarat Agong Tahunan untuk meluluskan. 7. Anne Abd Ghani Menyediakan loker untuk semua murid terutamanya yang membawa buku kerja. Loker untuk murid tahun 1 dan 2 sahaja setakat ini.


71 Senarai ahli jawatankuasa pibg sesi 2022 / 2023 PENASIHAT : EN LUTFEE ISMAIL BIN AMIR YANG DIPERTUA : ______________________________ NAIB YANG DIPERTUA : ______________________________ SETIAUSAHA : BENDAHARI : (GURU) AHLI JAWATANKUASA (IBU BAPA) : 1.______________________________________________ 2.______________________________________________ 3.______________________________________________ 4.______________________________________________ 5._______________________________________________ AHLI JAWATANKUASA (GURU) : 1. 2. 3. 4. 5. PEMERIKSA KIRA-KIRA AJK IBU BAPA : __________________________________ AJK GURU : JAWATANKUASA INDUK PIBG SESI 2024 / 2025


72 TARIKH: 11 MEI 2024 (SABTU) TEMPAT: DEWAN AMINUDDIN BAKI, SK SEKSYEN 20, SHAH ALAM. MASA: 8.30 PAGI Pengerusi :En. Lutfee Ismail Bin Amir ( Guru Besar/Penasihat PIBG ) Naib Pengerusi :Pn. Dyg Raniah Binti Awg Jalil ( PK Pentadbiran ) :En. Ahmad Syamsul Arifin Bin Sulaiman ( PK HEM ) :Pn. Azlina Binti Ab Rahman ( PK Kokurikulum ) :Pn. Noor Hazaidah binti Zainuddin ( PK Petang ) :Pn. Junaini Binti Kadir ( PK Pendidikan Khas ) YDP PIBG :En. Haidzir Sham Bin Masngat NYDP PIBG :Tn. Haji Ab Rahman Bin Hj. Nordin Setiausaha PIBG :Dr. Noraini Binti Mohd Shah Pen. Setiausaha PIBG :Cik Wan Zainora Binti Wan Abdullah Bendahari PIBG :Pn. Asmahani Binti Saeedin Pen. Bendahari PIBG :Pn. Jamaliah Binti Mohd Noh AJK PIBG :YM. Tengku Ahmad Saifullizan Bin Tengku Abdul Rahim :Pn. Noor Sabrina Binti Ibrahim :Pn. Norasyikin Hemalatha :Pn. Nur Hidayah Binti Kamaruddin :En. Nik Juhaidi Bin Tarmizi :Pn. Norhanora binti Zainol :En. Sulaiman Bin Osman :Pn. Haifa Nazira Binti Hanizam :Pn. Munira binti Johari :En. Mohd Faizal bin Ismail :En. Mohd Bakhtiar bin Mohd Zaki (Pemeriksa Kira-kira – Ibu Bapa) :Pn. Nur Hazwani Binti Abdul Halim (Pemeriksa Kira-kira – Guru) JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PIBG 2024 SK. SEKSYEN 20, SHAH ALAM JALAN RAMA-RAMA 20/2, 40300 SHAH ALAM, SELANGOR


73 BIL TUGAS SENARAI TUGAS 1. Sambutan / Protokol • En. Lutfee Ismail bin Amir • En. Haidzir Sham Bin Masngat (YDP PIBG) • Tn. Haji Ab Rahman Bin Hj. Nordin (NYDP PIBG) • Pn. Dyg Raniah Binti Awg Jalil • En. Ahmad Syamsul Arifin Bin Sulaiman • Pn. Azlina binti Abd Rahman • Pn. Noor Hazaidah binti Zainuddin • Pn. Junaini Binti Kadir ● Menyambut ketibaan tetamu, VIP ● Melayan tetamu & VIP dari awal hingga akhir majlis ● Menyampaikan cederamata (jika ada) ● Tempat rujukan protokol majlis ● Memantau tugas-tugas AJK untuk memastikan tiada sebarang gangguan atau kesilapan teknikal berlaku. 2. Jemputan Khas • Dr. Noraini Binti Mohd Shah • Menyenaraikan nama-nama jemputan • Menguruskan surat-menyurat untuk PIBG dan AJK PIBG • Mengesahkan kehadiran tetamu jemputan 3. Persiapan Tempat 3.1 Dewan ● En. Muhammad Amiruddin Bin Abdullah (K) ● En. Mohd Shah Rizan bin Zulzilah ● Pn. Khairunnisak binti Narsri ● Pn. Faridah binti Sha’ari ● Pn. Hasnah binti Nordin ● Berjumpa dan berbincang dengan pentadbir terlebih dahulu untuk menyusun atur kedudukan kerusi VIP, AJK dan tetamu. ● Menyusun atur kerusi mengikut kedudukan yang sesuai. ● Hubungi pekerja untuk membersihkan pentas dan lantai. ● Pastikan langsir dewan dan tirai pentas dalam keadaan kemas (tidak terlucut) ● Memastikan keceriaan dan kebersihan dewan berada pada tahap yang terbaik. ● Meletakkan kerusi di bawah khemah (Jika perlu). 3.2 Meja Mesyuarat Agung ● Pn. Amutha A/P Shanmugam (K) ● En. Malik Sulaiman Bin Mohd @Muhammad ● En. Jafri bin Hussein ● Pn. Norzariza binti Idrais ● Pn. Nor Azilah binti Abd Rahman 3.3 Kerusi Meja VIP ● Pn. Zaihawati binti Hamdzani (K) ● En. Alif bin Md Drus ● En. Nik Juhaidi Tarmizi bin Juhari ● Cik. Maizatulhana binti Salam ● Pn. Noor Aisyah binti Zainal Abidin ● Menyediakan 8 buah meja untuk Mesyuarat Agung ( diambil dari makmal komputer) ● Pastikan meja mesyuarat berada di atas pentas apabila mesyuarat agung akan bermula. ● Pastikan bilangan kerusi mencukupi bagi semua ajk. ● Memastikan meja pencatat disediakan dan beralas beserta 6 buah kerusi. ● Melabelkan kerusi vip dan ajk PIBG. ● Menggunakan kerusi warna merah (banquet) untuk kerusi vip (2 baris) ● Keperluan pada meja V.I.P – gelas,air,alas & bunga ● Menyediakan buku pelawat di atas meja VIP beserta pen (rujuk guru besar)


74 3.4 Peralatan/ Penyediaan Teks Ucapan ● Pn. Hasmaliza binti Mahd Ata (K) – (Teks Ucapan Perasmi) ● Pn. Nur Hidayah binti Kamaruddin (Teks Ucapan YDP PIBG) ● Pn. Zainab binti Mustafa (Teks Ucapan Guru Besar) ● Pn. Rosliza binti Abdul Jalil (Penyediaan peralatan, penulisan di papan putih) ●Penyediaan Teks Ucapan untuk Perasmi, YDP PIBG dan Guru Besar. ●Menyediakan dua papan putih di tepi dewan, marker pen (2 batang merah, 2 batang hitam), 2 buah pemadam dapatkan di pejabat. ● Papan putih telah siap ditulis dengan senarai AJK PIBG sebelum atau pada 11 Mei 2023. 4. Backdrop/Banner/Pentas/Kulit Buku Program 4.1 Backdrop ● Pn. Nurulain binti Aezam (K) ● Pn. Nadia Binti Azmi ● Pn. Nurul Adni Binti Abdul Rahim Banner/Kulit Buku Program ● Pn. Wan Arifah binti Wan Ahmad (K) ● Pn. Nor Suria binti Abd Latif ● Menyediakan backdrop yang sesuai. ● Banner mestilah digantung sebelum 13 Mei 2023. ● Sediakan lakaran Banner/Backdrop/Kulit Buku Program dan rujuk kepada guru besar. ● Sila dapatkan sumber kewangan daripada Pn Asmahani (Bendahari PIBG) ● Saiz dan tajuk banner perlu dirujuk kepada Setiausaha PIBG. 4.2 Hiasan Pentas ● Pn. Nazilah binti Che Me (K) ● Pn. Che Rodiah binti Jusoh ● Pn. Norhidayah binti Mohd Salleh ● Pn. Siti Rodia binti Abdul Molok ● Pn. Anis Huda binti Amir Hamzah ● Pn. Siti Junaidah binti Yasin ● Mencipta dekorasi pentas mengikut kreativiti dan kesesuaian program. ● Menyediakan pengelap kaki jenis getah di pintu depan dewan (rujuk Pn ● Jamaliah– penolong bendahari) ● Mengemas dan menyimpan semula peralatan setelah tamat program. ● Berbincang dengan pentadbir sebelum melaksanakan tugasan. 5. Pengacara Majlis ● Pn. Nur Masyhitah binti Che Norddin (K) ● Pn. Siti Norma binti Mohd Noor • Berjumpa dan berbincang dengan pentadbir terlebih dahulu ●Menyediakan teks pengacara lebih awal sebelum berjumpa dan berbincang dengan pentadbir ●Pastikan teks pengacara ada kata-kata bidalan, pantun, seloka dan kata-kata perangsang ●Mendapatkan draf buku program /atur acara majlis serta nama perasmi & lain-lain tetamu khas daripada setiausaha program. ●Bersedia di tempat majlis lebih awal ●Membuat pengumuman yang sepatutnya sebelum majlis dimulakan ● Memaklumkan semua guru mesti berada di dalam dewan sebelum mesyuarat bermula • Mengendalikan majlis dengan lancar. 6. PA Sistem/ Siaraya /Video Kamera ●En. Mohamad Fareed bin Abdul Hamid(K) ●En Muhammad Syafiq bin Roslan ●En. Mohd Zamani bin Mat Kassem ● Berjumpa dan berbincang dengan pentadbir terlebih dahulu ● Pastikan semua peralatan berada dalam keadaan baik ● Dapatkan peralatan daripada juruteknik makmal ● Memasang dengan lengkap peralatan teknikal lebih awal


75 ● Menyediakan 2 meja dan dihias dengan skirting ● Menyediakan 4 mikrofon, 4 alat pembesar suara dan memastikan berfungsi dengan baik sepanjang program ● Peralatan perlu disediakan lebih awal ● Mengemas & menyimpan semula peralatan setelah majlis tamat. 7. LCD & Komputer/ Teknikal/Jurukamera ●En. Mohd Hamidi bin Zainal Abidin (K) ●En. Aizatul Ashraf bin Mustafa Kamal ●En. Mohd Zulfitri Bin Md Zin ● Membuat video berkaitan program-program yang telah dijalankan oleh SK Seksyen 20 sepanjang tahun 2023. ● Menyediakan bahan untuk paparan LCD sepanjang program ● Memasang LCD dan komputer sebelum program ● Memastikan LCD dan komputer berfungsi dengan baik sepanjang program ● Mengemas dan menyimpan semula LCD dan komputer selepas program 8. Bacaan Doa ●En. Mahadzir bin Dollah (K) ● Menyediakan doa yang sesuai untuk majlis ● Menyerahkan soft copy doa kepada Unit LCD & komputer untuk dipaparkan di skrin ● Membaca doa mengikut atur acara. 9. Jamuan VIP ●Pn. Aisah Haslina binti Otok (K) ●Pn. Nur Fatin Syafika Mad Saad ●Pn. Nurul Asyeken binti Hassan ● Berjumpa dan berbincang dengan pentadbir terlebih dahulu. ● Merancang menu jamuan. ● Menyediakan tempat jamuan untuk tetamu. ● Memastikan kuantiti makanan mencukupi dan semua orang mendapat makanan yang sepatutnya. ● Menjaga kebersihan tempat. 10. Jamuan Guru ● Pn. Romsiah binti Salihan (K) ● Pn. Rabiatul ‘Adawiah binti Wan Abdullah ● Pn. S. Youvanis A/P Selvarajoo ● Berjumpa dan berbincang dengan pentadbir terlebih dahulu. ● Merancang menu jamuan. ● Menyediakan tempat jamuan untuk tetamu. ● Memastikan kuantiti makanan mencukupi dan semua orang mendapat makanan yang sepatutnya. ● Menjaga kebersihan tempat. 11. Jamuan Ibu Bapa ●Datin Nor Azizah binti Jamil @ Shafii (K) ●Pn. Nor Lida binti Nazir ●Pn. Harliza Binti Ramli ●Pn. Rosnita binti Zakaria ● Berjumpa dan berbincang dengan pentadbir terlebih dahulu. ● Merancang menu jamuan. ● Menyediakan tempat jamuan untuk tetamu. ● Memastikan kuantiti makanan mencukupi dan semua orang ● Mendapat makanan yang sepatutnya. ● Menjaga kebersihan tempat. 12. Pendaftaran ●Pn. Baby Harjit Kaur Khaira (K) ●Pn. Noor Sabrina binti Ibrahim ●Pn. Noor Rashidah binti Md Isa ●Pn. Maizida binti Abdul Kadir ●Pn. Rosmaini binti Mat Kazi ●Pn. Suriani binti Ismail ●Pn. Maizura binti Arshad ●Pn. Aida Binti Othman ● Menyediakan borang pendaftaran yang sesuai sebelum hari program. ● Menyediakan meja pendaftaran mengikut aliran (9 kaunter termasuk kaunter pendaftaran guru) beserta alas meja dan label. ● Menyediakan lokasi pendaftaran. ● Mengambil kedatangan guru, ibubapa dan murid yang terlibat.


76 ●Pn. Haifa Nazira Binti Hanizam ●Pn. Nurhanim Binti Sarion ● Menyerahkan laporan kehadiran dalam hard copy dan soft copy. 13. Hadiah/Sijil/Cenderamata ●Pn. Jamaliah binti Mohd Noh (K) ●Pn. Asmahani binti Saeedin ●Pn. Norhuda binti Mustaffa ●Pn. Noraini binti Ali ●Pn. Norlila Hayati binti Mustafa ●Pn. Siti Juwairiah binti Zakaria ●Pn. Suraya binti Mat ● Berjumpa dan berbincang dengan pentadbir terlebih dahulu untuk menentukan jenis & bilangan hadiah, sijil dan cenderamata. (murid, ajk PIBG dan perasmi) ● Menyediakan tempat,meja & dulang yang sesuai untuk hadiah. ● Memaklumkan dan merujuk kepada pengacara majlis jika terdapat sebarang perubahan ● Mengedarkan hadiah semasa program berjalan 14. Buku Atur Acara ●Dr. Noraini Binti Mohd Shah (K) ●Pn. Rosmiati binti Abd Razak ●Pn. Noor Mila binti Alias ● Berjumpa dan berbincang dengan pentadbir untuk mengemaskini kandungan buku program. ● Mendapatkan bahan-bahan untuk dimuatkan dalam buku tersebut. ● Menyediakan bilangan buku yang cukup kepada penerima. ● Memberikan buku program kepada tetamu khas. 15. Dokumentasi ●Pn. Siti Rus Ilianii binti Rozlan (K) ●Pn. Siti Aishah binti Shafiee ●Pn. Nurul Fatihah binti Che Min ● Berjumpa dan berbincang dengan pentadbir terlebih dahulu ● Pastikan semua peralatan berada dalam keadaan baik ● Dapatkan peralatan daripada juruteknik makmal (jika perlu) ● Menangkap gambar yang sesuai ● Mendokumentasikan laporan program dan lampiran bergambar dalam bentuk hard & soft copy (3 hari selepas majlis) 16. Pencatat Minit Mesyuarat Kumpulan A (Kanan) ● Pn. Nur Afidah binti Mohamad Zin (K) ● Pn. Farah Azrin Binti Mustafa ● Cik Wan Zainora Binti Wan Abdullah ● Kumpulan B (Kiri) ● Pn. Siti Mumtaz Basyira binti Johari (K) ● Pn. Nur Hidayah Binti Mohd Amin ● Pn. Haslinda Binti Sulong ● Menulis Minit Mesyuarat Agung PIBG dan serah kepada SU PIBG selepas 5 hari dari tarikh mesyuarat. ● Serahan mestilah dalam hard copy dan soft copy (minit mesyuarat lengkap). 17. Seranta / Parking ●En. S. Thangaswaran A/L Suppiah (K) ●Dibantu oleh Pengawal Keselamatan ● Membuat pengumuman lokasi parking guru sehari sebelum program. ● Mengawal lalu masuk kenderaan di pintu pagar sekolah & parking. ● Sediakan 1 lot parking untuk perasmi majlis.


77 18. Disiplin & Keselamatan ● Pn. Norkam Zarima Binti Mahmod (K) ● Pn. Suraini Binti Ismail ● Pn. Nur Hazwani binti Abdul Halim ● Mengawal disiplin murid sebelum, semasa dan selepas program dijalankan. ● Memastikan keselamatan murid. ● Menjaga disiplin murid di bilik kuarantin untuk persembahan (jika ada) ● Menjaga disiplin murid yang menerima hadiah di tempat-tempat yang ditetapkan ● Menegur ibu bapa yang cuba mengeruhkan/mengganggu perjalanan program. 19. Kebersihan ● Pn. Siti Nurul Baiti binti Mohd Noor (K) ● Pn. Siti Zainab binti Mustafa ● Pn. Norhafiza binti Bakri ● Semua guru dan pekerja pembersihan ● Memastikan kebersihan tempat / kawasan / dewan sebelum, semasa dan selepas upacara. ● Bekerjasama dengan pekerja swasta supaya sekolah sentiasa bersih & ceria. 20. Jawatankuasa usul ● Semua penyelaras tahun ● Setiausaha PIBG ● Mengumpulkan kertas-kertas usul daripada guru kelas ● Menyerahkan kertas-kertas usul kepada Setiausaha PIBG 21. Pengira Undi Bahagian Kiri ● Pn. Azleen Binti Mohd Bohari (K) ● En. Mohd Fadzli bin Baharudin Bahagian Kanan ● Pn. Hjh Siti Nor Amnah binti Adnan (K) ● Pn. Nurul Ain @ Nurul Uyun Binti Abd Rahman Pencatat Kiraan Undi ● Pn. Shuhaiza binti Mohamed Ghazali (K) ● Pn. Suriani binti Ishak ● Menulis lebih awal senarai jawatan yang akan diundi ● Mengira undi ketika pemilihan dijalankan ● Mencatat nama ahli jawatankuasa baru pada papan putih yang disediakan 22. Tugas-tugas Khas ● Pn. Rohana binti Md Bajuri (K) ● Pn. Khalijah @Khadijah Binti Ishak ● Pn. Norbaieyah binti Yusof ● Perlu peka terhadap perjalanan majlis dan bertindak cepat sekiranya berlaku sesuatu perkara yang memerlukan penyelesaian segera. ● Bertindak sebagai pemerhati dan tempat rujukan selain pihak pentadbir. 23. Floor Manager’ ● Pn. Elinda binti Nisabury ● Pn. Saadiah binti A. Aziz ● Penghubung utama antara perasmi dengan urusetia sepanjang majlis. ● Jurupandu arah pergerakkan perasmi antara laluan / kawasan bilik khas / cadangan lokasi.


78 24. Mengemas Dewan dan Pentas ● En. Mior Azlin bin Meor Mohd Yusop (K) ● En. Mohd Nazri bin Mohamed Rajikin ● Pn. Hasni binti Jalil ● Pn. Siti Rasyidah binti Mohamad Rasidi ● Pn. Nur Aina Sofia binti Mohmad Saffi ● Semua guru, PPM dan Pekerja Pembersihan ● Mengemas semula kerusi, meja dan peralatan-peralatan lain selepas majlis tamat. ● Memulangkan kembali peralatan program ke tempat asal. ● Pastikan tempat majlis berada dalam keadaan seperti asal.


Click to View FlipBook Version