The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syammanaf791, 2024-04-20 19:41:34

FARM IN SCHOOL@SKPPA

FARM FRESH 2024

SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG PA’ AMAT 16800 PASIR PUTEH, KELANTAN ‘FARM IN SCHOOL’ SKPPA


PENGHARGAAN Bismillahhirrahmanirrahim.. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana bonda bersama Jawatankuasa Farm in School dapat menyiapkan tugasan pertandingan Farm in School SKPPA dalam tempoh masa yang ditetapkan. Mendapat kepercayaan daripada Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Puteh untuk mewakili Daerah ke peringkat negeri adalah satu amanah dan cabaran yang sangat besar bagi bonda. Walau bagaimanapun, bonda bertuah dihadirkan guru-guru dan kakitangan yang begitu bersemangat, kreatif, rajin, pemurah, tidak berkira dan sentiasa ikhlas. Mereka adalah Jawatankuasa Farm in School yang sentiasa membudayakan cogan kata Sekolahku Rumahku, Rumahku Syurgaku. Dari hari pertama tugasan diberikan, kami membentuk Jawatankuasa Farm in School untuk mengorak langkah dengan garapan dan sentuhan yang bergaya seiring dengan motto kami, SKPPA- Amazing School. Jawatankuasa menghayun langkah membuat perancangan dan memulakan tugasan sepanjang cuti akhir semester akademik 2023/2024. Mereka mengorbankan masa cuti bersama keluarga mengambil alih pekerjaan sebagai tukang kayu, tukang simen, pelukis, pekebun dan sebagainya tanpa mengharapkan sebarang balasan. Akhirnya, bonda tersenyum lebar. Farm in School SKPPA siap terhidang untuk diadili. Semoga ada ruang dan peluang untuk SK Padang Pa' Amat mewakili Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan ke peringkat kebangsaan. Jutaan terima kasih kepada seluruh warga SKPPA khasnya Jawatankuasa Farm in School, Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Puteh, Pejabat Pertanian Pasir Puteh dan juga pihak Farm Fresh selaku penganjur. Tidak lupa juga buat anak-anak didik SKPPA yang bonda amat sayangi.Sekapur sireh buat anak-anak bonda.


Taman mini Farm Fresh @ SKPPA ini amatlah bermakna buat semua warga sekolah. Ia bertepatan dengan kehendak penganjur pertandingan dan sekali gus menerapkan beberapa matlamat . Antara objektif utama ialah: 1) Menerapkan amalan minum susu segar (Farm Fresh) dalam kalangan pelajar sekolah di samping meluaskan manfaat susu yang mampu membantu meningkatkan kecerdasan dan kesihatan harian. 2) Mewujudkan generasi yang gemar meminum susu segar sejak usia kanak-kanak hingga dewasa bagi membantu proses tumbesaran yang mampan. 3) Memberi pendedahan kepada golongan muda dalam bidang pertanian dan pengalaman sendiri mengusahakan projek tanaman komersil. 4) Mendidik pelajar-pelajar tentang kebaikan serta amalan kebersihan dalam pemakanan sayuran. 5) Memupuk nilai kesedaran dan kepentingan kitar semula dalam menjaga alam sekeliling supaya kelestarian terjaga. 6) Menceriakan kawasan sekolah dengan pandangan damai taman mini ini di samping boleh dijadikan sebagai terapi minda. 7) Melatih pelajar-pelajar berdisiplin dalam menjaga kebersihan alam dengan tidak membuang kotak susu merata tempat. 8) Menggalakkan pelajar sentiasa aktif melibatkan diri dalam aktiviti keceriaan dan berminat dengan produk Farm Fresh. a OBJEKTIF


AHLI JAWATANKUASA PENGERUSI ROHAYA AHMAD (GB) N.PENGERUSI 1 ZULHAIMI MOHAMED (PKP) N.PENGERUSI 2 ROSLAILI HAMAT (PKKO) PENYELARAS MOHAMAD ISMAIL PEN.PENYELARAS HAFIZUR RAHMAN AHMAD SETIAUSAHA MAHNI ABDULLAH PEN.SETIAUSAHA NOREZAYATI MOHD LAZIM BENDAHARI MOHAD ARIF SALLEH PEN.BENDAHARI ROSMINI DAUD TIM. PENGERUSI NORHAKIMI MOHAMAD (PKHEM) J/K LANDSKAP MAT RIDZUAN RAZALI ZIZI MAT ANDRA MAT WAN J/K PERTANIAN ZARINA SHARMAN SENIAH WAN YAH ZUBAIDAH J/K KEMPEN PEN. PERTANIAN NURUL IJMAH NORAINI NORRIZAN RADIYAH J/K KEMPEN KITAR SEMULA SABARIAH ASMAH SYAMINI ZANARIAH J/K DOKUMENTASI W. NOORHISYAM NOR SUHAIDA NORLIDA NOR KHAIZATUL AZMA ABDUL HAFIZ J/K KEMPEN PEMAKANAN SAYUR MUHAIZIAN NORHANANI FAIZAL NURANISAH J/K PENGURUSAN BILIK PSS HASNAH BAZARIAH


LATAR BELAKANG PROJEK TAMAN MINI Konsep dan idea taman Mini Farm Fresh Farm In School SKPPA ini adalah garapan daripada saranan KPM dengan Kerjasama Syarikat Farm Fresh dalam cabaran pertandingan untuk mewujudkan satu ruangan dekorasi dengan bahan buangan produk Farm Fresh secara kreatif dan inovatif. Pihak sekolah menyahut cabaran tersebut dalam acara ini yang di panggil ‘Farm in School’ dan menyasarkan pencapaian terbaik sekali gus ingin ke peringkat Kebangsaan. Guru Besar dan AJK-AJK yang terlibat amat komited dalam menghasilkan ruangan ini. Satu sudut dalam kawasan sekolah dipilih dan diubah secara berperingkat dalam memenuhi kriteria pertandingan. Taman mini ini terbahagi kepada beberapa bahagian ; pintu gerbang, sudut dekorasi lanskap, kiosk Farm Fresh, sudut inovasi bahan buangan Farm Fresh, tapak semaian, hidroponik, fertigasi dan sudut pameran mini.Keluasan keseluruhan tapak taman mini ini adalah 1500 kaki persegi (30kaki x 50 kaki).


TANAMAN A TANAMAN B TANAMAN C TANAMAN D


MINGGU 1 MINGGU 2 MINGGU 3 MINGGU 4 MINGGU 5 MINGGU 6 MINGGU 7 MINGGU 8 PELAN PELAKSANAAN PROJEK INFO TERIMA BIG IDEA INOVASI SESI KOLABORATIF AJK PERTANDINGAN PEMBIKINAN PROJEK PENJURIAN/ PENAMBAHBAIKAN PENYEDIAAN LAPORAN/DOKUMENTASI PENGHAKIMAN/ SERAHAN LAPORAN/ PENUTUPAN


PERBINCANGAN PROJEK Sesi penerangan dan perancangan projek taman mini Farm in School Sudut kawasan yang sesuai dipilih sebagai tapak taman mini Guru Besar dan penyelaras meletak simbolik penetapan projek.


PROSES PEMBIKINAN PROJEK BAHAGIAN 1: TAPAK TAMAN MINI ‘FARM IN SCHOOL’ Langkah pelaksanaan projek pertama adalah memasang ‘banner’ sebagai tanda permulaan . Pemasangan binaan pagar ladang oleh pasukan/ AJK.


Model Mercu tanda utama berbentuk ‘ Kincir Angin’ mula dibina. Guru Besar meletakkan batu asas di tapak taman mini. Penyelaras dan ahli pasukan membina model ‘Kincir Angin’.


Model mercu kedua, “perigi ladang’mula dibina sebagai lambang suasana sebenar ladang ternakan. Model yang siap diletakkan sudut tepi kawasan taman mini. Usaha ini dilakukan secara kerjasama antara ahli pasukan yang sangat komited. Model perigi yang siap didekorasi.


Langkah seterusnya , membina Gerbang Masuk dan keluar. Kiosk Farm Fresh SKPPA bina didekorasi oleh ahli pasukan.


BAHAGIAN 2 : TEKNOLOGI ASAS DALAM PERTANIAN


HIDROPONIK (SALAD) Benih yang elok dipilih dan disemai terdahulu dlm bekas semaian. Set hidroponik disediakan dan dipasang apabila benih mula bercambah dengan baik. Set hidroponik diletakkan dalam kawasan taman mini sebelah kiri. Hasil yang sedia dituai.


FERTIGASI (TERUNG) Benih dipilih dan disemai dalam bekas kitar semula. Benih digubah ke dalam bekas /pasu/polibag Tanaman diletakkan di kawasan berdekatan set hidroponik. Tanaman fertigasi pelbagai jenis sayuran


BAHAGIAN 3A: KEMPEN PENDIDIKAN PERTANIAN Aktiviti 1: proses penanaman pokok yang mudah hidup oleh murid dan guru. Kebaikan hasil tanaman: Disamping boleh dituai, makan dan jual ia juga mampu mengindahkan kawasan sekolah.


Aktiviti 2: Kempen dan Lawatan sambil teroka Taman Mini Farm Fresh SKPPA Kunjungan khas dari KPPD PP Penerangan dari guru Sesi soal jawab bersama murid dan guru


BAHAGIAN 3B: KEMPEN KITAR SEMULA (HASIL INOVASI) Kotak susu sebagai “Tong Sampah Recycle” Dekorasi kotak semaian anak benih. Inovasi kotak susu transformasi Model ‘ Barn House’ sebagai Doorgift Inovasi kotak susu transformasi Model Lampu Taman


BAHAGIAN 3C: KEMPEN SIHAT AMALAN PEMAKANAN SAYURAN Terung matang dituai Buah dihiris nipis menjadi kepingan Buah dibasuh bersih Hirisan digoreng celup tepung. Dijual dan digemari oleh pelajar


PEMANTAUAN DAN PENYELIAAN Pemantauan dan pra penjurian dari Pegawai Khas Syarikat Farm Fresh ke SKPPA


RUMUSAN Projek ini dikategorikan sebagai berjaya oleh pihak SKPPA dan amat berguna kepada semua warga sekolah. Farm in School @ Farm Fresh SKPPA dibangunkan secara kolaboratif semuka bersama ahli pasukan. Projek ini akan dijadikan mercu tanda kebanggaan sekolah bagi menarik minat murid dan warga sekolah serta orang luar supaya sentiasa cintakan alam sekitar dan cipta benda bermanfaat. Pihak sekolah terutama pasukan kami akan terus komited dalam menjana idea untuk mencipta produk kitar semula yang berpotensi komersial berasaskan produk Farm Fresh. Kami juga sanggup meluangkan masa kami untuk membangunkan projek yang bermanfaat ini. Sebagai penghargaan kepada pihak Farm Fresh, warga SKPPA mempersembahkan taman ini sebagai dedikasi abadi hasil garapan idealogi yang mantap. Harapan kami , semoga Farm in School @ Farm Fresh SKPPA ini berjaya mendapat tempat tertinggi dalam penjurian akhir . Terima Kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam merealisasikan impian SKPPA mempunyai mercu taman yang teragung di dalam PPD Pasir Puteh.


TAMAT LAPORAN


Click to View FlipBook Version