The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by thirahnur03, 2021-11-21 10:42:58

E-FOLIO PEP KESIHATAN & PERADABAN

E-FOLIO PEP KESIHATAN & PERADABAN

MPU 21032

PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN

KESIHATAN & PERPADUAN

By

NUR SYELLA IZZATY BT MOHD HAFIZAL 16DGU21F1078

NUR ATHIRAH BT MOHAMMAD SETAROJI 16DGU21F1044

NAMA PENSYARAH : PUAN ASMAH BT MOHD
SUBARI

- ISI KANDUNGAN -

• PENGHARGAAN -3-
• PENGENALAN -4-
• KEBERSIHAN DAPAT MEMUPUK PERPADUAN ANTARA MASYARAKAT DAN KAUM -5-
• MASALAH KESIHATAN YANG DIHADAPI DAPAT DISELESAIKAN DENGAN

SEMANGAT PERPADUAN KAUM -6-

• FAKTOR KESIHATAN MEMPENGARUHI SEMANGAT PERPADUAN KAUM -7-
• KEPENTINGAN KESIHATAN DALAM KEHIDUPAN MASYARAKAT -8-
• PERPADUAN KAUM MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN EKONOMI -9-
• KESIMPULAN -10-
• LAMPIRAN -11-
• RUJUKAN -12-

- PENGHARGAAN -

Syukur alhamdulilah dan setinggi-tinggi kesyukuran teradap ilahi kerana
telah memudahkan kami menyiapkan tugasan efolio bagi subjek
penghayatan etika dan peradaban (MPU21032) dengan jayanya.

Kami ingin mungucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan
terima kasih kepada pensyarah kami iaitu Puan Asmah Binti Mohd Subari ,
selaku pensyarah penghayatan etika dan peradaban kerana telah memberi
tunjuk ajar cara-cara membuat tugasan efolio mengikut kriteria-kriteria
yang telah ditetapkan kepada kami.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada semua pihak yang telah
terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara lansung atau tidak
langsung dalam menyiapkan tugasan ini.

Sekian, terima kasih.

PENGENALAN

Malaysia mempunyai variasi kaum yang hidup dalam
komuniti yang aman dan harmoni. Kepelbagaian
kaum seperti Melayu, Cina dan India yang hidup

bagai aur dengan tebing menjadikan Malaysia sebagai
sebuah negara yang unik di rantau ini. Oleh itu, bagi

memupuk perpaduan bagi masyarakat Malaysia,
kesihatan dan kesejahteraan diri harus

diperkukuhkan. Perpaduan dalam kalangan
masyarakat Malaysia sangat penting bagi menjamin

kesihatan dan kehidupan yg sihat

KEBERSIHAN DAPAT MEMUPUK PERPADUAN
ANTARA MASYARAKAT DAN KAUM

Kebersihan merupakan separuh daripada iman. Nilai kebersihan yang
rendah boleh memecahbelahkan perpaduan kaum di Malaysia. Keadaan
persekitaran yang kotor sehingga menyebabkan bau busuk dan
menarik perhatian haiwan liar akan mendatangkan masalah kesihatan
kepada masyarakat terutama kepada penduduk yang tinggal berjiran.
Isu sampah dibuang merata-rata akan membawa kepada peningkatan
kes aedes kerana pembiakkan nyamuk aedes meningkat di kawasan air
bertakung.

selain itu, sampah yang bersepah juga akan menarik perhatian haiwan liar
termasuk ular dan tikus yang akan menyebabkan masalah kesihatan
dan juga menjejaskan keselamatan penduduk. Begitu juga dengan
kebersihan di dalam kampus. Kebersihan memainkan peranan yang
amat penting agar pelajar dapat berlajar dengan selesa dan para
pensyarah dapat mengajar dengan selesa. Oleh itu, para pelajar

hendaklah menjaga kebersihan sekeliling agar hubungan antara pelajar
dan pensyarah dapat dijaga.

MASALAH KESIHATAN YANG DIHADAPI DAPAT DISELESAIKAN
DENGAN SEMANGAT PERPADUAN KAUM

Dalam sektor ekonomi, ahli perniagaan sama ada Melayu, Cina atau
India yang dermawan turut memberikan sumbangan besar dalam
kesihatan. Mereka berganding bahu bersama masyarakat dalam

menjayakan satu program sumbangan kebajikan kepada golongan
yang memerlukan. Contohnya, memberikan perkhidmatan

perbuatan, keperluan asas harian dan sedikit bantuan kewangan
kepada masyarakat yang memerlukan

Selain itu, ahli perniagaan turut memberi pendedahan berkaitan
kesihatan bagi memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat
berbilang kaum. Hal ini dapat memperkukuh perpaduan masyarakat
serta mengelakkan daripada penularan penyakit berjangkit serta

dapat meningkatkan kesejahteraan rakyat

FAKTOR KESIHATAN MEMPENGARUHI
SEMANGAT PERPADUAN KAUM

Kajian menunjukkan bahawa majoriti remaja B40 yang tinggal di kawasan perumahan rakyat
mengakui bahawa mereka merasa gembira berkawan dengan rakan yang berlainan bangsa iaitu

mereka mengakui bahawa mereka dan jiran-jiran di sekelilig mereka saling hormat-
menghormati antara satu sama lain dan boleh bertolak ansur.

Hasil kajian mendapati 4 faktor yang mempengaruhi semangat perpaduan dalam kalangan
mereka iaitu kesihatan diri, tingkah laku prososial, hubungan kejiranan dan semangat cinta

akan negara. Justeru, keputusan kajian ini menyatakan bahawa faktor kesihatan diri
merupakan petunjuk utama yang mempengaruhi semangaat perpaduan dalam kalangan remaja

B40 yang tinggal di kawasan perumahan rakyat.Oleh itu, semangat perpaduan merupakan
aspek penting kerana dapat menyemai dan menggambarkan penyatuan nilai-nilai murni yang

perlu dihayati bersama dalam kalangan masyarakat yang berbillang kaum dan etnik di
Malaysia.

KEPENTINGAN KESIHATAN DALAM
KEHIDUPAN BERMASYARAKAT

Kesihatan yang baik adalah penting untuk meningkatkan kualiti hidup.
Oleh itu, kerajaan terus komited untuk mencapai akses sejagat kepada

penjagaan kesihatan berkualiti dalam tempoh rancangan dengan
meneruskan usaha untuk menambah baik asas sistem kesihatan.Setiap

rakyat Malaysia akan mempunyai akses yang sama kepada
perkhidmatan penjagaan kesihatan berkualiti pada kos yang berpatutan

yang disediakan oleh penyedia perkhidmatan awam atau swasta.

Akses kepada penjagaan kesihatan yang berkualiti, terutamanya di
kawasan dan masyarakat yang kurang mendapat liputan di bandar dan

luar bandar akan diperluas. Ini termasuk perluasan perkhidmatan
kepada isi rumah miskin dan berpendapatan rendah, Orang Asli di
Semenanjung Malaysia dan kawasan luar bandar dan pedalaman di
Sabah dan Sarawak.Oleh itu, penempatan lebih ramai pakar dalam
bidang perubatan dan kesihatan serta mewujudkan lebih banyak
kemudahan penjagaan kesihatan di kawasan yang amat memrlukan

PERPADUAN KAUM MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN
EKONOMI

● Seperti yang kita sedia maklum, jika ada masyarakat yang sakit sudah tentu klinik/hospital
yang akan menjadi tempat kunjungan untuk memeriksa masalah kesihatan dan mendapatkan
rawatan. Tidak kira apa bangsa klinik/hospital akan menjadi rujukan setiap rakyat dalam
mendapatkan rawatan terhadap sebarang masalah kesihatan yang dihadapi.

● Begitu juga dengan pegawai yang bertugas sama ada doktor, jururawat, pembantu hospital dan
semua kakitangan hospital akan memastikan pesakit yang datang akan diberikan rawatan.
Suasana ini berlaku di semua klinik dan hospital di Malaysia dan ianya sesuatu yang menjadi
detik perpaduan dalam kalangan rakyat yang mesti diteruskan malah dibanggakan. Oleh itu,
masyarakat tidak perlu bimbang hidup dalam negara Malaysia kerana rakyatnya yang tidak
membezakan bagsa serta agama dalam segala urusan

KESIMPULAN

Kesimpulannya, kita haruslah menjaga kesihatan diri dan bertanggungjawab menjaga kebersihan
sekeliling kita dan dapat memupuk perpaduan antara kaum dengan menjaga kebersihan bersama-
sama dengan penduduk sekitar yang berbilang kaum. Hal ini kerana kerjasama antara kaum menjaga
kesihatan sejagat mengeratkan lagi perpaduan kaum di Malaysia.
Seterusnya, kesimpulan yang dapat diolah adalah berkenaan diri kita sendiri. Kita seharusnya cuba
untuk memantapkan sahsiah diri kita supaya matlamat hidup tidak terpesong.
Selain itu, kita mestilah berganding bahu dengan masyarakat sekeliling kita supaya masalah yang
bertimbun mampu diselesaikan dengan selamat dan berjaya. Disamping itu, kita sewajarnya
menanam semangat perpaduan yang amat mendalam bagi seorang siswa/siswi untuk bekerjasama
dalam bidang kesihatan.
Akhir sekali, kita mestilah berpegang teguh kepada ajaran agama masing-masing. Hal ini dikatakan
demikian kerana kita cuba untuk mengelakkan perkara berulang sekali lagi.

LAMPIRAN

RUJUKAN

• https://jknmelaka.moh.gov.my/xs/page.php?s=keratan-akhbar
• https://news.usm.my/index.php/keratan-akhbar/5443-250-peserta-
hadiri-program-tentang-kesihatan-mental-di-usm-pulau-pinang

• http://nilaimasyarakatmalaysia.blogspot.com/2015/09/blog-post_30.html

• https://haziqahhannis17.blogspot.com/2020/09/kesihatan-dan-
perpaduan.html


Click to View FlipBook Version