Keberanian Dato’ Bahaman (1891-1895) KIMBERLY SOO YEE LING Tujuan saya membuat kajian ini adalah untuk memperoleh pengetahuan, kemahiran dan menyemai nilai-nilai murni dalam diri sebagai seorang warganegara. Oleh itu, objektif kajian ini adalah: 1. Menambah pengetahuan saya tentang penentangan wira negeri Pahang iaitu Dato’ Bahaman dalam kebijaksanaannya menentang British di Pahang. 2. Menguji kemahiran diri dalam penulisan dan bahasa. 3. Menanam jati diri ampuh dan tidak tunduk kepada tekanan pihak musuh . Saya telah menggunakan kaedah: 1. Melayari Internet dengan mengunjungi laman sesawang https://zulfaqarjdmssh.upnm.edu.my/index.php/zjdmssh/article/view/31 untuk menambah maklumat tentang pemberontakkan Pahang 2. Penyelidikan perpustakaan dengan memperoleh bahan-bahan bacaan seperti buku rujukan yang saya jadikan sumber rujukan. Ini dilakukan untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan peristiwa kebangkitan di Pahang. 3. Video merupakan kaedah yang membolehkan saya mendapat maklumat tambahan tentang peristiwa penentangan.Saya telah menonton video daripada YouTube yang disiarkan oleh Cikgu Hazman _ azhar bertajuk Sebab & Peristiwa Dato’Bahaman (Perang Semantan). Pengenalan Pahang merupakan sebuah negeri yang terletak di kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia.Pahang kaya dengan emas dan hasil hutan.Jalur emas Pahang meliputi kawasan perlombongan di Raub dengan berkeluasaan 14,000 batu persegi dan pada abad ke-13 emas menjadi eksport utama Pahang. (a)Dato’Bahaman Dato’Bahaman ,nama sebenar Abdul Rahman bin Tuanku Imam Nuh,ialah seorang pahlawan Melayu terkemuka di Pahang, Tanah Melayu semasa zaman pendudukan British. Beliau juga merupakan salah seorang Orang Besar bagi Sultan Pahang, dan berpengaruh di kawasan Semantan, Pahang. Beliau lahir pada tahun 1838 dan meninggal dunia pada tahun 1977 ketika berusia 139 tahun dengan identitinya sebagai Tok Guru Peramu. (b)Mat Kilau
Mat Kilau,nama penuh Mat Kilau bin Iman Rasu.Mat Kilau dilahirkan pada tahun 1866 di Kampung Masjid,Pulau Tawar,Jerantut,Pahang.Beliau seorang anak muda yang tinggi ilmu agamanya,beradab dan juga berakhlak. (c)Tok Gajah Rasu Abdul Salam bin Shahrom atau juga dikenali sebagai Tok Gajah, Khatib Rasu dan Imam Perang Rasu ialah Orang Besar Raja Pahang dengan gelarannya ialah Imam Perang Indera Gajah Pahang (setara dengan Orang Besar Berempat dan Orang Besar Berlapan - bergajah tunggal). Beliau juga merupakan penasihat utama Sultan Ahmad Muazzam Shah, Sultan Pahang dalam segala hal yang berkaitan dengan Hulu Pahang, iaitu kawasan-kawasan di hilir sungai dari Pulau Tawar. Beliau merupakan Orang Kaya Raja yang berkuasa dari kawasan Batu Redap sampai ke Kuala Piul, kawasan dari Tanjung Sakti sampai ke Kangsa, kawasan dari Pedah hingga ke Tanjung Lindung dan juga Lembahan Sungai Budu di Lipis. Kedudukan beliau setaraf dengan Orang Besar Empat dan Orang Besar Berlapan di Pahang. Sebab Pemimpin Tempatan Menentang British Semasa Sultan Ahmad memerintah Pahang,baginda telah melawat negeri Johor.Baginda telah melihat bagaimana pihak British dengan bidang pertanian dan perniagaan mereka,telah membuat Johor kaya.Oleh itu Sultan Ahmad mengajak orang-orang British dan Cina dari NNS untuk membuka lombong-lombong emas di Pahang tetapi perlakuan baginda membuat pembesar-pembesar Pahang marah.Mereka mengatakan bahawa Pahang adalah milik mereka sepenuhnya dan Sultan tiada hak untuk menjual Pahang kepada kuasa luar. Perkara ini pun mengecewakan pelombong-pelombong NNS kerana mereka telah membeli tanah-tanah itu daripada Sultan Ahmad dan sekarang tidak boleh memulakan lombonglombong mereka.Mereka mengadu hal itu kepada pihak British. Kemudiannya,pihak British meminta Sultan menerima perlantikan Residen untuk membetulkan perkara ini.British beringin mencampur tangan dalam pentadbiran Pahang kerana dapat mengutip keuntungan.Tetapi pemintaan British ditolak oleh Sultan Ahmad. Pihak British tidak dapat campur tangan kerana tiada alasan dan Sultan Ahmad amat berhatihari dalam rundingan dengan British.Tahun1887,British mendapat bantuan dari Sultan Abu Bakar dari Johor untuk memujuk Sultan Ahmad menerima wakil British tetapi ditolak juga. Tahun 1888,British menggunakan ugutan apabila berkunya seorang pekedai Cina bernama Goh Hui dibunuh di Pahang.British mendakwa Goh Hui ialah rakyat British dan Sultan bertanggungjawab atas kematian rakyatnya.Sultan Ahmad terpaksa bersetuju dan seorang lelaki bernama Hugh Clifford dilantik sebagai Residen di Pahang. Dato’ Bahaman telah menentang tindakan British yang melantik E.A. Wise sebagai Pegawai Majistret dan Pemungut Hasil di daerah Temerloh. Akibat dari penentangan tersebut, beliau dilarang mengutip cukai di daerah kekuasaannya.E.A. Wise telah bertindak mendirikan balai polis di Lubuk Terua tanpa berunding terlebih dahulu dengan Dato’ Bahaman. Ini mengakibatkan konflik antara Dato’ Bahaman dengan British menjadi lebih serius kerana Dato’ Bahaman menganggap tindakan British itu sebagai menceroboh kawasan serta mengancam kedudukannya.
Peristiwa Penentangan Pemimpin Tempatan Tersebut Pada tahun 1891,tiga orang pengikut Dato’Bahaman telah ditangkap oleh Pemangku Pemungut Hasil dari Semantan kerana dituduh mengambil hasil-hasil hutan tanpa kebenaran dan ketiga-tiga orang pengikut telah dibicarakan di Lubuk Terua. Tindakan ini menimbulkan kemarahan Dato’Bahaman kerana kebiasaannya perbicaraan dijalankan di Ibu Pejabat Daerah di Temerloh.Tetapi British menganggap mereka lebih berkuasa,bahkan undang-undang diubah suai mengikut selera mereka. Pada 17 Disember 1891, Dato’Bahaman bertindak membebaskan tawaran ini dengan menyerang hendap pasukan kerajaan,dan kemudiannya menyerang Balai Polis Lubuk Terua.Selepas peristiwa ini,British mengambil tindak balas dengan segera.Satu pasukan yang dipimpin oleh Hugh Clifford mara ke Semantan tetapi terpaksa berunduk ke Temerloh disebabkan banjir. Sultan Ahmad setuju desakan British supaya bekerjasama dalam ancaman Dato’ Bahaman.Pada 14 Januari 1892,Sultan Ahmad dan putera kedua iaitu Tengku Ali telah menyerang Sematan,tetapi Dato’Bahaman telah mengundur dirinya. Kompromi Sultan Ahmad telah memberi banyak kebaikan kepada pihak British, menyebabkan orang Melayu semakin tertekan apabila pemimpin mereka terperangkap dengan hasutan, pujukan, dan janji manis British. Tengku Ali diarahkan mengawal tempat itu tetapi tidak berupaya untuk menyekat kemaraan Dato' Bahaman kerana orang-orang Melayu menyokongnya. Dato' Bahaman telah menawan semula Lubuk Terua pada awal bulan Mac 1892. Peristiwa ini menyebabkan Clifford dan wakil Raja menyerang Semantan dan sekali lagi Dato' Bahaman berundur. Clifford cuba meneruskan tindakan ke atas golongan penentang tetapi Sultan Ahmad mencegahnya memandangkan bulan puasa baru sahaja bermula iaitu pada akhir bulan Mac 1892. Keberanian Dato’Bahaman telah memberi semangat kepada pembesar-pembesar yang lain untuk turut bangkit menentang British.Tok Gajah dan Mat Kilau memberi bantuan kepada Dato’Bahaman untuk menawan British.Cadangan Tok Gajah diambil untuk menentang British secara besar-besaran.Dato’Bahaman akan mengambil Semantan,Sultan AHmad mempertahankan Chenor,Panglima Muda menawan Pekan,Mat Kilau dan Tok Raja menawan Kuala Lipis dan Raub,sementara Tok Gajah sendiri ke Tembeling. Rancangan ini dimulakan dengan serangan Panglima Muda pada 5 April 1892.Dua orang bangsa British telah dibunuh dan pasukan Panglima Muda mara ke Pekan.Dato’Bahaman telah berjaya menawan Semantan.British meminta Wan Ahmad menyertai pemerintah untuk menentang Dato’Bahaman.Pasukan Sultan Ahman dan Tok Gajah telah berjaya mengusir Dato’Bahaman pada 8 Mei.Sementara itu,pasukan Clifford dan Leftenan Kolonel Walker terus bertindak menyerang Budu pada 21 Mei tetapi Mat Kilau berjaya melepaskan dirinya lalu bersatu dengan Dato’Bahaman di Cheka.
Pada Jun 1892,British menyerang Jempul dan menawannya.Ini menyebabkan Sultan Ahmad menasihati Tok Gajah melarikan diri kerana bimbang British akan mengambil tindakan ke atasnya.Pada Ogos 1892,Tok Gajah melarikan diri.Oleh sebab tekanan seterusnya,mereka terpaksa berundur je sempadan Kelantan pada September 1892.Malangnya,Panglima Muda telah terbunuh pada Oktober 1892. Tok Raja(orang perantaraan) mengambil usaha untuk menghentikan penentangan.Rundingan dimulakan pada Disember 1893 tetapi Mat Kilau dan Mat Lela,putera Dato’Bahaman,enggan mengambil bahagian.Rundingan yang berlangsung hingga April 1894 tidak memberi sebarang hasil. Dato’Bahaman mengumpul pengikut-pengikutnya dari Besut dan Ulu Lebir.Pada 12 Jun 1894,penentangan kembali meletus apabila golongan penentang menyerang Kuala Tembeling. Ram Singh berjaya melepaskan diri ke Pulau Tasar tetapi golongan penentangan lain gagal mendapatkan bantuan daripada Tok Raja dari Pulau Tawar.Penentangan ini akhirnya tamat apabila satu angkatan tentera British yang besar menyerang Jeram Ampai dan menawanya pada 29 Jun 1894.Akhirnya semua golongan penentang berundur ke Kelantan dan Terengganu. Kesan penentangan pemimpin tempatan Dato’Bahaman dan semua golongan penentangan berundur ke Kelantan kerana gagal untuk menentang British di Pahang.Seramai 200 Orang pengikut Dato’Bahaman yang berundur bersama-samanya ke Kelantan kerana tidak mahu berpisah dengan beliau.Sesampainya Dato’Bahaman di Kelantan,British memaksa Kerajaan Siam dan Sultan Kelantan supaya membuang negeri Dato’Bahaman ke Siam.Pada bulan November 1895,Dato’Bahaman dan sekira-kiranya 60 orang pengikutnya dibuang negeri ke Chiangmai,Siam Utara.Pada tahun 1913,selepas Dato’Bahaman meninggal dunia,anaknya,Mat Lela,bersama 11 orang kembali ke Pahang,tanah tumpah darah mereka. Cara Memupuk Semangat Nasionalisme Dalam Kalangan Rakyat Malaysia Masa Kini. Kerajaan boleh menganjurkan kem jati diri yang mana pengisiannya mestilah bertumpu kepada usaha memberikan kesedaran kepada golongan remaja.Selain itu,ibu bapa perlu mendidik anak-anak sejak kecil tentang tokoh pahlawan dan tokok pejuang kebangsaan.Justerunya,pihak sekolah boleh mengadakan program sambutan 'Bulan Kemerdekaan' di sekolah mahupun institusi pengajian yang lain.Bukan itu sahaja, kita boleh mempromosikan sejarah negara kita di media massa biar masyarakat ingati sejarah negara. Kesan Kepada Negara Jika Rakyat Tiada Semangat Patriotik Jika sesebuah rakyat negara tidak mempunyai semangat patriotik,negara tersebut akan dijajah oleh kuasa lain disebabkan rakyat yang mementingkan diri sendiri tanpa
bekerjasama menghalang kuasa lain.Selain itu,negara tersebut akan sentiasa berlaku peperangan menyebabkan negara tidak aman dan rakyat sentiasa dalam keadaan yang bahaya.Bukan itu sahaja,negara tersebut akan mengalami keruntuhan dan imej negara akan terjejas dan serta dipandang rendah oleh negara lain. Iktibar Yang Diperolehi Daripada Peristiwa Penentangan Pemimpin Tempatan Kita haruslah bersatu padu menghadapi sebarang masalah supaya membentuk rakyat yang perpaduan tanpa dicampur tangan oleh kuasa asing. Kesimpulan Penghasilan kerja kursus ini memberi pengetahuan bahawa Dato’Bahaman menentang British untuk melindungi wilayah dan hak diri serta rakyat. Selain itu,rakyat yang bersatu padu menentang British untuk menjaga negara diri daripada dijajah oleh British. Seterusnya,golongan penentangan kesetiaan kerana walaupun Dato’Bahaman dibuang negeri ke Kelantan,mereka juga mengikut beliau berundur ke Kelantan. Rujukan i.buku Mejar Qayyum A.Badaruddin,2022.Mat Kilau Mewariskan Etos Keperwiraan Bangsa Melayu:Casamas Resources SDN.BHD. Mahdi Shuid,Umi Saidatul Arryennah Madsah,2020.Komik Santai Sejarah Tingkatan 3:MK eSolutions SDN.BHD. ii.internet https://zulfaqarjdmssh.upnm.edu.my/index.php/zjdmssh/article/view/31 iii.jurnal Amnah S.Ismail. “Analysis of Dato’Bahaman’s Battle Strategies in the Pahang Uprising 1891- 1895” Journal of Civil Engineering and Technology (IJCIET).Jilid 10.1 January 2019.