DATO’ ONN
BIN DATO’
JAAFAR
Permata Selatan
Nama:Muhamad Hazeem bin Mohd Sany
Kelas:6 Al-Biruni
Sekolah:Sekolah Kebangsaan Pintas Puding (SKPP)
Dato’ Onn bin Dato’ Jaafar
“Sekiranya UMNO ini sebenarnya bertujuan dan berkehendak mendirikan negara merdeka di
dalam Malaya ini, maka saya berharap juga pihak UMNO ini akan memandang kepada
pandangan yang luas, pandangan yang dikatakan nasional atau kebangsaan itu dan jangan
semata-mata menghadapkan pandangannya itu kepada pandangan yang sempit semata-mata,
iaitu hidup hanyalah di bawah tempurungnya sendiri dengan tidak menghiraukan iaitu ada
lain-lan tempurung yang terletak di sebelahnya”
Gambar Dato’ Onn bin Dato’ Jaafar
Saya akan menceritakan serba sedikit mengenai Dato’ Onn bin Dato’ Jaafar.
BIOGRAFI
Dato’ Onn Jaafar di lahirkan pada tahun 1895 di Bukit Gambir, Jalan Gertak Merah, Johor Bharu. Beliau
merupakan anak yang ketiga dari tujuh orang anak lelaki dan tujuh orang anak perempuan. Bapanya Dato’ Jaafar
bin Haji Muhammad iaitu Menteri Besar Johor yang pertama semasa pemerintahan Sultan Ibrahim. Dato’ Jaafar
berketurunan Bugis dan berasal dari Daik. Ibunya bernama Rugayah berasal dari Timur Dekat, berketurunan
Turki. Dato’ Onn di pelihara oleh Sultan Ibrahim sebagai anak angkat Baginda sejak berusia enam tahun.
Pendidikan asasnya bermula di Sekolah Melayu Johor Bahru. Sebelum dihantar ke England, beliau diasuh oleh
wanita Inggeris bersama Tunku Mahkota Ismail, Tunku Abu Bakar dan Tunku Ahmad pada usia sembilan tahun.
Kemudian belajar di sekolah Aldeburg Lodge di England selama enam tahun. Setelah tamat pelajaran di England
beliau telah pulang ke tanah air, Johor pada 25 Mac 1910 dan melanjutkan lagi pelajarannya di Maktab Melayu
Kuala Kangsar.
Dato’ Onn menamatkan zaman bujangnya dan bertemu jodoh yang pertama
dengan Che’ Rafiah binti Abdullah dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Hawa,
Rukiah dan Cik Salehah. Jodohnya dengan Rafiah tidak panjang kerana beliau
telah kembali kerahmatullah selepas melahirkan Cik Salehah. Kemudian Dato’
Onn berkahwin dengan Cik Jamilah binti Othman dan dikurniakan seorang
anak, Azmir. Walau bagaimanapun jodoh beliau dengan Cik Jamilah tidak
panjang dan mereka bercerai dan Dato’ Onn telah berkahwin pula dengan Datin
Halimah binti Husain dan dikurniakan enam orang anak iaitu Tun Hussein,
Gharib, Major Ja’afar, Tahir, Nurziah dan Nel. Dato’ Onn dan Datin Halimah
hidup sebagai suami isteri selama 41 tahun.
Kerjaya Dato’ Onn Jaafar
Pada 1 September 1911 sewaktu berusia 16 tahun Dato’ Onn mula berkhidmat dengan kerajaan Johor sebagai kerani
pelatih di Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor. Dua bulan kemudian beliau berpindah ke Pejabat Setiausaha Kerajaan
Johor dan dua bulan kemudian beliau berpindah ke Pejabat Penasihat British (British Advisor).
Pada bulan Mei 1912, beliau bertugas sebagai Pembantu Kerani Besar Pejabat Perubatan dan dalam bulan Julai 1912,
beliau kembali ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri sebagai Pembantu Kerani Besar.
Pada 1 Ogos 1913, beliau bekerja di Pejabat Penasihat Undang-Undang Johor, kemudian dalam bulan Oktober 1914
beliau bekerja di Pejabat Imigresen Bahagian India dan pada tahun yang berikutnya beliau bekerja di Pejabat Wang
(Perbendaharaan) Johor.
Atas perintah Sultan Ibrahim, Datuk Onn berkhidmat sebagai kadet dalam Tentera
Johor pada bulan Julai 1917, berakhir dengan pangkat Leftanen. Dari Bukit Timbalan
Johor Bahru beliau dipindahkan ke Pejabat General Advisor. Di sini juga, beliau tidak
lama berkhidmat kerana diberhentikan pada 31 Januari 1920 oleh Sultan Ibrahim
disebabkan perselisihan faham dengan Baginda.
Beliau bersama-sama keluarganya telah berpindah ke Singapura. Di sana beliau berniaga
kecil-kecilan termasuk kain, perkakas perak, tembaga, barang makanan seperti keropok
dan sebagainya. Pada tahun 1922 beliau balik bekerja dengan Kerajaan Johor sebagai
pegawai tambah sementara dalam pejabat tanah.
Pada 1 Januari 1923 beliau dilantik sebagai Ketua Pejabat Kawalan/Sekatan Getah di
Muar. Tahun berikutnya dilantik sebagai Penolong Pemungut Hasil Tanah Muar dan
kemudiannya berpindah ke Johor Bahru.
Beliau juga pernah bekerja sebagai wartawan di dalam Syarikat Warta Malaya kepunyaan Sye Husin Alsaqof dari tahun
1930 hingga tahun 1993. Kemudiannya dalam tahun 1934, beberapa orang dari Syarikat Warta Malaya menerbitkan
Mingguan Lembaga Malaya dan Harian Lembaga. Dato’ Onn bertindak sebagai pengarangnya.
Pada tahun 1936 Datuk Onn dilantik oleh Sultan Ibrahim sebagai ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor. Walau
bagaimanapun, Datuk Onn telah menerima dengan syarat beliau bebas mengeluarkan pendapat. Pada 1 Jun 1938 beliau
dilantik pula sebagai Setiausaha sulit kepada Tunku Mahkota Johor, membuat kerja yang dititah oeh Sultan sama ada
peribadi, kerja istana atau kerajaan.
Oleh kerana sumbangan dan rapatnya hubungan Datuk Onn dengan Sultan, kedudukan Datuk Onn sangat penting kepada
Sultan. Apabila meletusnya Perang Dunia dan pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Datuk Onn menjadi Ketua Pejabat
Kawalan Makanan Negeri Johor mula 1 Januari 1942 hingga tahun 1945.
Sumbangan Dato’ Onn Jaafar
Pada awal tahun 1946, beliau menubuhkan Persatuan Melayu Semenanjung Johor sebagai Yang Dipertua. Dalam bulan Mac
1946, perwakilan-perwakilan dari berbagai Persatuan Melayu bertemu dalam Kongres Melayu pertama yang diadakan di Kelab
Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur mencapai keputusan akan menubuhkan satu dan yang mewakili orang melayu menentang
Malayan Union.
Kongres Melayu ketiga diadakan di Istana Besar Johor Bahru pada bulan Mei 1946. Kongres inilah yang melahirkan UMNO
dengan Dato’ Onn sebagai yang Di Pertuanya yang pertama. Dalam tahun ini juga iaitu pada 1 Oktober 1946, Sultan Ibrahim
melantik Dato’ Onn Jaafar sebagai Menteri Besar Johor.
Saudara-saudaranya, Datuk Abdullah dan Datuk Mustafa pernah dilantik ke jawatan tersebut.
Setelah berkhidmat selama tiga tahun, Dato’ Onn telah
meletakkan jawatan itu untuk menumpukan sepenuh masa
kepada UMNO selepas Sultan Ibrahim memberi amaran
kepadanya sama ada mahu memilih berkhidmat dengan
kerajaan atau memimpin UMNO. Dato’ Onn memilih untuk
terus berkhidmat sebagai Yang Dipertua UMNO. Pada tahun
1946, kepimpinan Dato’ Onn menentang penjajahan secara
politik sehingga tumbangnya Malayan Union dan
tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu.
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah
memelihara semula kedudukan Raja-Raja Melayu,
memperketatkan syarat-syarat kerakyatan bagi orang-orang
asing dan memberi beberapa hak keistimewaan
kepada orang-orang Melayu.
Usaha-usaha Dato’ Onn untuk mengembalikan kedudukan orang-orang Melayu, beliau telah mengemukakan cadangan
supaya keahlian UMNO dibuka kepada lain-lain bangsa tetapi medapat tentangan di kalangan Majlis Mesyuarat Agung
UMNO disebabkan oleh suasana Kebangsaan Melayu ketika itu tidak sanggup menerima perubahan radikal seperti itu.
Hasrat dan cita-citanya untuk memartabatkan bangsa melayu diteruskan dengan pelbagai cadangan dan tindakan.
Pemerhatian yang dibuat oleh Dato’ Onn ada dinyatakan di dalam ucapannya :
“Layanan yang berat sebelah itu pula tidak terhad kepada pegawai-pegawai British sahaja tetapi diluaskan kepada tiap-
tiap orang Eropah di dalam pekerjaan Kerajaan. Di dalam soal gaji, rumah-rumah kediaman dan di dalam berbagai-
bagai cara lain lagi terdapat layanan yang sama itu diketepikan. Apa yang melukakan hati saya ialah hakikat bahawa
hinggakan pegawai-pegawai kanan Melayu yang berada di dalam perkhidmatan awam itu telah tertolak ke bawah oleh
satu dasar yang menjadi dasar untuk memajukan pentadbir-pentadbir bagi jawatan yang lebih tinggi itu.”
Dalam Persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam pada 25 dan 26 Ogos Dato’ Onn melepaskan jawatan sebagai
Yang DiPertua UMNO disebabkan oleh tentangan tersebut berbagai-bagai tafsiran boleh diberi terhadap pengesyoran.
Dato’ Onn dan ia sendiri pernah dituduh sebagai tidak berkepentingan Melayu.
Sebenarnya Dato’ Onn telah mendahului zamannya, orang-orang melayu masih tidak dapat bersetuju UMNO menerima
keahlian semua kaum. Begitu juga kelonggaran dalam syarat-syarat kerakyatan untuk kaum-kaum lain masih belum dapat
terima walaupun kemudiannya dalam Penggubalan Perlembangaan Malaya Merdeka syarat-syarat lebih longgar diberi
kepada kaum-kaum lain.
Malah UMNO sendiri sebelum Merdeka telah berkerjasama dengan kaum-kaum lain melalui Parti Perikatan (yang
bagaimanapun mengekalkan identiti parti-parti di dalamnya).
Dato’ Onn yang telah dilantik oleh Kerajaan British sebagai Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri telah dapat melihat
dari dalam masalah-masalah pentadbiran dan politik negara. Mungkin kerana itu, merasakan perlu kerjasama
secara lebih rabat dengan kaum-kaum lain dan mempercayai bahawa bimbingan dari British adalah perlu bagi
memajukan orang-orang melayu sebelum mencapai kemerdekaan.
Beliau dituduh sebagai Pro-British kerana duduk dalam kabinet kerajaan penjajah, tetapi kemudiannya UMNO juga
membenarkan seorang wakilnya menerima tempat dalam kabinet itu.
Sewaktu di dalam kabinet kerajaan penjajah, Dato’ Onn telah dilantik menjadi Pengerusi RIDA, sebuah badan yang
bertujuan untuk meninggikan kedudukan ekonomi orang-orang Melayu.
Dalam bidang pelajaran, nama Dato’ Onn terkenal dengan minatnya terhadap kemajuan anak-anak Melayu yang
membuahkan antara lain “Biasiswa UMNO’ sewaktu beliau dalam parti ini.
Setelah meninggalkan UMNO Dato’ Onn Jaafar menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya tetapi tidak berjaya mendapat
sokongan orang-orang Melayu. Pada tahun 1954, beliau menubuhkan pula Parti Negara sebagai membuat persediaan
menghadapi pilihanraya Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955. Dato’ Onn Jaafar dan partinya tidak berjaya dalam
piliharaya itu, namum tidak berputus asa bagi mendapatkan temapat dalam politik tanahair.
Beliau berjaya juga mendapat kerusi, mewakili kawasan Parlimen Kuala Terengganu Selatan dalam pilihanraya
Persekutuan dalam tahun 1959. Dengan seorang diri mewakili partinya beliau cuba menyampaikan pendapat-pendapat
politiknya dalam sebuah Dewan yang mengandungi ahli-ahli dari UMNO Perikatan dan parti-parti lain.
Pada tahun 1962, Datuk Onn menghembuskan nafasnya yang terakhir di Johor Bahru. Perjalanan perjuangan Datuk
Onn adalah sebahagian daripada sejarah Tanah Melayu kita selepas perang dunia kedua. Walau apapun tanggapan
terhadapnya, tiada siapa pun dapat melupakan jasa baktinya kepada parti, bangsa dan negara.
Sebagai seorang pejuang, pendukung keamanan beliau mempunyai pendirian politiknya yang tersendiri. Kepintaran dan
kegigihannya tidak ada tolok banding di waktu beliau berada di mercu politik UMNO dan tanahair sehingga diperakui
semua kalangan. Beliau seorang tokoh politik nasionalis dengan keupayaan intelektual yang tinggi walaupun tidak
menjejak kaki di Universiti. Beliau juga pemidato dan juga pengarang yang terkenal dengan kebolehan bahasa ynag
menakjubkan. Dalam lima tahun yang intensif sewaktu pergolakan politik tanahair paling memuncak beliau wujud untuk
memegang teraju pimpinan orang-orang melayu dan membentuk corak olitik yang akan diikuti kemudian.
Penghargaan
Pertama sekali saya ingin mengucapkan raa terhutag budi kepada gura mata pelajaran sejarah saya,
Puan Dalela yang telah banyak membantu memberi penerangan dan memberi tunjuk ajar dalam melaksanakan
projek ini dan juga Puan Guru Besar,Puan Hajah Rozita kerana memberi saya menyiapkan projek ini
di luar waktu persekolahan.
Selain itu,saya juga ingin megucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya yang telah menolong saya dari segi
kewangan dan pengangkutan semata-mata untuk projek ini.Dia juga telah menyumbang beberapa idea dalam
projek ini.
Akhir sekali,saya ingin mengucapkan terima kasih kepada sesiapa sahaja yang telibat dalam menjayakan folio
sama ada secara langsung dan tidak langsung.
Dengan adanya tugasan seperti ini,dapat menolong pelajar seperti saya untuk memahami dengan lebih
mendalam lagi mengenai tokoh dan sejarah mereka. Oleh,itu tugasan ini sememangnya memberi banyak
kebaikan tersendiri dalam memahami sejarah tokoh-tokoh kita.
Rujukan
https://umno-online.my/presiden/onnjaafar/
https://en.wikipedia.org/wiki/Onn_Jaafar
Dato’Onn Jaafar Dalam Kenangan
(Al-Fatihah)
Sekian Terima Kasih
Daripada : Muhammad Hazeem bin Mohd Sany