ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
ISI KANDUNGAN
PENGHARGAAN
1.0 PENGENALAN SENI 3 DIMENSI
2.0 JENIS-JENIS SENI 3 DIMENSI
2.1 Arca Stabail
2.2 Arca Mobail
2.3Arca Asemblaj
2.4 Instalasi
2.5 Diorama
2.6 Topeng
2.7 Boneka
2.8 Origami
3.0 SUMBER ILHAM (FLORA & FAUNA)
3.1 Sumber Ilham Flora
3.2 Sumber Ilham Fauna
3.3 Contoh Diorama
3.4 Lakaran Sumber Ilham
4.0 LAKARAN PERKEMBANGAN IDEA
4.1 Lukisan perkembangan idea karya
5.0 KAJIAN KOMPOSISI KARYA YANG DIPILIH
5.1 Lukisan komposisi (Depan, Sisi, Atas)
6.0 LUKISAN WARNA
6.1 Kajian warna bagi (Warna Sejuk, Warna Panas, Warna Harmoni)
7.0 KAJIAN TEKNIK DAN BAHAN
8.0 ALAT DAN BAHAN
9.0 KARYA AKHIR
10.0 KESIMPULAN
RUJUKAN
LAMPIRAN
PENGHARGAAN
Syukur Alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmat-Nya dan izin-Nya jua, saya berjaya siapkan tugasan ini pada waktu yang telah
ditetapkan. Saya merakamkan penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada pensyarah subjek Seni Tiga Dimensi (STDK3013), Puan Norsalawati
Binti Wahid, atas segala tunjuk ajar, bimbingan dan garis panduan yang telah diberikan sepanjang tempoh menyiapkan kerja kursus ini. Dengan tunjuk ajar
dan bimbingan beliau, maka kerja kursus ini berjaya disiapkan dengan sebaik-baiknya.
Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa yang telah banyak membantu dari segi dorongan, sokongan moral dan
kewangan. Sesungguhnya, berkat dan doa daripada ibu bapa memberikan kekuatan kepada penulis untuk melengkapkan tugasan ini.Ucapan penghargaan
turut ditujukan buat rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberikan sumbangan berbentuk idea bagi memurnikan lagi tugasan ini.
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa dan tenaga untuk bersama-sama mencari bahan dan sumber rujukan agar kerja kursus ini dapat
dilengkapkan dengan jayanya. Akhir kalam, terima kasih diucapkan kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penghasilan
kerja kursus ini. Segala bantuan yang diberikan amat saya hargai. Semoga Tuhan merahmati hidup kalian dengan rahmat dan kasih sayang-Nya.
Sekian, terima kasih.
PENGENALAN
Karya seni tiga dimensi mudah dikenali dalam persekitaran kita. Sesetengah karya seni 3D hanya mempunyai fungsi hiasan, tetapi terdapat juga beberapa karya
seni 3D dengan fungsi boleh pakai. Seni tiga dimensi sangat berbeza dengan seni dua dimensi, kerana seni dua dimensi hanya boleh dilihat dari satu sudut. Seni
tiga dimensi boleh dilihat dari pelbagai sudut. Namun, kedua-dua jenis seni ini mempunyai persamaan iaitu seni dua dimensi dan tiga dimensi mempunyai unsur
seni seperti garisan, rupa, bentuk, jalinan, ruang, dan warna. Seni tiga dimensi merujuk kepada perkara yang wujud dalam ruang nyata dan nyata. Karya seni
mempunyai kelantangan, kualiti, dan boleh dirasai serta disentuh. Di samping itu, ia adalah objek konkrit, volumetrik dengan pandangan sisi, pandangan kiri,
pandangan kanan dan pandangan bawah.
Selain itu, karya juga boleh terdiri daripada objek semula jadi, objek buatan manusia, atau bentuk dan ikon ilusi. Contoh karya seni 3D dengan bentuk 3D
ialah arca, anyaman rotan dan ukiran kayu. Bentuk 3D terbahagi kepada dua jenis iaitu bentuk yang boleh dilihat dari pelbagai sudut (360 darjah) dan bentuk
timbul (relief). Contoh bentuk yang boleh dilihat dari pelbagai sudut ialah arca, bangunan, dan tembikar, manakala bentuk relief boleh didapati pada arca yang
dilekatkan pada dinding, seperti ukiran kayu dan arca simen.
Seterusnya, elemen reka bentuk terdiri daripada enam elemen asas, yang penting untuk membentuk kreativiti dan idea untuk menghasilkan karya seni yang
lebih menarik. Enam elemen asas seni reka ialah bentuk, ruang, jalinan, garisan, warna dan rupa. Selain itu, prinsip rekaan ialah kaedah atau olahan unsur seni
dalam gubahan seni visual bagi menghasilkan gambaran yang jelas. Prinsip rekaan amat penting, kerana ia dapat menjadikan sesebuah karya seni lebih lengkap
dan mempunyai nilai estetika yang lebih tinggi. Prinsip-prinsip ini termasuk keharmonian, kontra, penegasan, keseimbangan, irama dan pergerakan, kepelbagaian
dan kesatuan.
PENGENALAN
Menurut Pablo Picasso (2019), arca merupakan suatu bentuk dalam susunan seni tiga dimensi. Permukaannya dapat dirasai serta dipandang dari
pelbagai sudut. Pengertian arca berasal daripada bahasa Latin iaitu sculpture yang bermaksud suatu proses mengukir, melarik, mengcungkil dan
mengguris. Acra amat mudah dilihat di galeri-galeri seni seperti Balai Seni Kuala Lumpur, taman permainan dan tempat-tempat yang menjadi tarikan para
pelancong. Arca juga mempunyai pelbagai kegiatan atau lebih dikenali sebagai pelbagai jenis. Antara kegiatan arca ialah stabail, mobail, asemblaj,
instalasi, topeng, timbulan boneka, origami dan diorama.
Dengan menggabungkan elemen dan prinsip utama, jenis aktiviti, alatan dan bahan, teknologi, perancangan dan kreativiti yang teratur untuk flora
dan fauna boleh menghasilkan satu produk unik yang berkaitan dengan flora dan fauna. Beberapa perkara yang berkaitan dengan langkah-langkah proses
pengeluaran produk perlu dipertimbangkan dengan teliti untuk menentukan kejayaan kerja 3D yang berkualiti dalam projek kali ini.
JENIS-JENIS SENI
3 DIMENSI
ARCA STABAIL
Stabail ialah satu binaan seperti mobail yang boleh bergerak tapi tidak terawang-awang kerana kedudukan kakinya sengaja boleh bergerak
(Suhaibah Abdul Mutalib, 2016). Bahan atau bahagian dicantum dengan tali/benang pada satu palang yang tidak boleh bergerak. Stabail tidak
mempunyai sendi-sendi di mana bahan atau bahagian yang dicantum boleh bergerak secara terawang-awang. Arca stabail boleh berdiri
dengan sendiri kerana kedudukannya yang seimbang di atas sesuatu permukaan yang rata dan dicantum dengan menggunakan teknik yang
sesuai.
ARCA MOBAIL
Mobail merupakan satu arca kinetik yang dibina berdasarkan prinsip keseimbangan (equilibrium). Arca ini boleh bergerak sendiri, berputar,
berombak dan biasanya terawang-awang, Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2014), mobail bermaksud mudah bergerak atau
digerakkan. Mobail terdiri daripada beberapa batang rod yang digantungkan objek atau rod lain. Objek yang tergantung daripada rod tersebut
mengimbangi antara satu sama lain. Ini menjadikan ia kekal seimbang secara menegak. Setiap rod digantung dengan menggunakan satu tali
sahaja dan iniakan memudahkan ia berputar dengan bebas. Arca mobail sering digantung pada syiling.
ARCA ASEMBLAJ
Asemblaj (assemblage) merupakan satu proses artistik di mana komposisi seni tiga dimensi dihasilkan dengan mengabungkan bahan-bahan
terpakai. Ia merupakan cabang daripada aliran abstrak ekspressionisme. Bahan kutipan dicantum antara satu sama lain untuk membentuk
kesatuan objek dan dipasang tapak yang stabil. Teknik yang bersesuaian dengan arca ini adalah kimpalan, skru, ikatan, acuan atau binaan.
INSTALASI
Arca Instalasi merupakan salah satu kaedah persembahan seni visual dalam satu ruang nyata. Arca instalasi dipersembahkan dengan
menyusun objek-objek seni seperti arca, lukisan, cetakan, atau catan dalam satu komposisi yang telah dirancang oleh pengkarya. Menurut
Allan Kaprow (2008) yang menyatakan bahawa, seni instalasi terhasil daripada penyusunan objek yang melibatkan pengunaan media atau
medium yang tidak terhad bertujuan untuk mencipta suatu persekitaran yang mempunyai ntang yang menarik. Proses pemasangan semula
dapat dilakukan menerusi arca ini
DIORAMA
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2014), diorama ialah sejenis binaan tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek untuk
menggambarkan situasi sebenar. Komposisi situasi tersebut hendaklah diletakkan di dalam kotak atau bekas yang ditebuk satu hingga tiga
permukaan supaya dapat dilihat dari hadapan atau pun sisi. Bahagian dinding kotak dilukis latar belakang untuk menggambarkan situasi yang
diperlukan berdasarkan tema diorama. Diorama biasanya dipamerkan di dalam muzium untuk menceritakan peristiwa-peristiwa sejarah atau
untuk tujuan pendidikan.
TOPENG
Arca topeng adalah benda yang dipakai di atas wajah. Topeng ialah sesuatu yang dipakai utuk menutup muka yang berupa muka orang atau
binatang dan lain-lain (Kamus Dewan Edisi ke-4, 2014). Biasanya topeng dipakai untuk mengiringi musik kesenian daerah. Topeng di
kesenian daerah umumnya untuk menghormati persembahan atau memperjelas watak dalam mengiringi kesenian. Topeng mempunyai
pelbagai watak seperti marah, lembut dan banyak lagi. Selain itu, topeng terbahagi kepada 3 jenis iaitu topeng mata, topeng muka, dan
topeng sarung kepala.
BONEKA
Menurut kamus Dewan Bahasa Edisi Ke 4 pula, mentakrifkan boneka adalah anak patung, anak-anakan. Perkataan boneka yang berasal dari
Bahasa Portugis, iaitu “boneca”, merupakan satu jenis mainan yang dapat berbentuk berbagai-bagai, terutamnya manusia atau haiwan..
Setiap boneka yang dihasilkan mempunyai teknik yang berbeza semasa membuatnya. Teknik yang digunakan bergantung kepada jenis
boneka yang ingin dihasilkan. Antara teknik yang sesuai digunakan untuk membentuk boneka adalah lukisan, catan, tampalan, ikatan, dan
guntingan.
ORIGAMI
Origami merupakan satu teknik lipatan sama ada dengan menggunakan kain atau kertas. Menurut Hira Karmachela (2009), origami ialah seni
melipat kertas atau sesuatu (menampilkan bentuk dari burung, serangga, dan bunga) yang dihasilkan dari lipatan kertas. Ini jelas
menunjukkan bahawa bahan utama menghasilkan seni 3D origami ialah kertas kerana menurut Isao Honda (1965) di dalam bukunya iaitu
“The Wolrd of Origami”, origami telah wujud setelah kertas wujud di dunia. Origami masih terkenal di kalangan orang Jepun terutamanya
dengan penghasilan kertas origami Jepun ‘Washi’.
SUMBER ILHAM
(FLORA & FAUNA)
SUMBER ILHAM FLORA
SUMBER ILHAM FAUNA
CONTOH DIORAMA
LAKARAN SUMBER ILHAM
LAKARAN SUMBER ILHAM
LAKARAN SUMBER ILHAM
LAKARAN SUMBER ILHAM
LAKARAN
PERKEMBANGAN IDEA
LAKARAN PERKEMBANGAN IDEA
LAKARAN PERKEMBANGAN IDEA
LAKARAN PERKEMBANGAN IDEA
KAJIAN KOMPOSISI
PANDANGAN
HADAPAN
PANDANGAN
SISI
PANDANGAN
ATAS
KAJIAN WARNA
WARNA
SEJUK
WARNA
PANAS
WARNA
HARMONI
KAJIAN TEKNIK
TEKNIK GAM
TEKNIK GAM
TEKNIK GAM
TEKNIK GAM
ALAT DAN BAHAN
ALAT
LIDI PISTOL GAM PANAS GUNTING
PEMADAM
PENSEL
PENSEL WARNA
ALAT
PEMBARIS GAM PISAU KERTAS
BAHAN
KERTAS SPAN PASIR
BATU PLASTIK KAPAS
BAHAN
KAYU POLISTERIN LEMBU MAINAN
POKOK MAINAN CAT KOTAK
KARYA AKHIR
TAJUK
DIORAMA:
DIORAMA
LADANG
WARNA
DIPILIH
IALAH
WARNA
HARMONI.
KESIMPULAN
Tuntasnya, portfolio yang dihasilkan pada kali ini merupakan perancangan awal bagi membina karya 3 dimensi yang sebenar kelak. Melalui
perancangan yang teliti ini, saya yakin dapat menghasilkan satu arca 3 dimensi yang menarik dengan menggunakan alat dan bahan terpilih serta
teknik yang tertentu. Ilham yang tercetus untuk menghasilkan projek seni 3 dimensi ini berpunca daripada minat yang mendalam terhadap
pemandangan ladang yang tenang dan minat yang mendalam terhadap jenis susu lembu. Oleh itu, saya telah meluahkan minat tersebut kepada satu
arca seni 3 dimensi jenis diorama. Tidak lupa juga portfolio ini dihasilkan dengan berbantukan komputer dalam proses sumber ilham dan sebagainya.
Dengan ini, saya berharap segala proses untuk membina arca 3 dimensi berjalan lancer mengikut perkara yang telah dirancang seperti dalam
portfolio ini.
RUJUKAN
BUKU
Allan Kaprow et.al. (2008). Allan Kaprow: Art as Life. Los Angeles: Getty Research Institute.
Hira Karmachela. (2008). Pengertian Origami dan Manfaat Origami. Bandung: Bumi Aksara.
Isao Honda, (2009). The World of Origami. Jepun: Japan Publications Trading Company.
Kamus Dewan. (2014). Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Pablo Picasso. (2019). Pablo Picasso The Impossible Collection. New York: Assouline Publishing.
Suhaibah Abdul Mutalib. (2016). Pengkaryaan dan hasil seni visual. Selangor: Penerbitan Zamzam.
INTERNET
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Diakses daripada Pendidikan seni visual institut pendidikan guru malaysia: http://psv.ipg.edu.my/bidang-psv/
LAMPIRAN