The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zul240601, 2021-12-22 21:40:00

KISAH SI TANGGANG

KISAH SI TANGGANG

MPU21032 : PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

TAJUK : SI TANGGANG

NAMA PENSYARAH : PUAN FARHA BINTI MUHAMMAD
NAMA AHLI KUMPULAN :

1) MUHAMMAD FAUZAN BIN ZULKIPLI (33DEI19F1117)
2) MOHAMAD HAZIQ HAIKAL BIN ABDUL MALIK (33DEI19F1125)
3) MUHAMMAD ZIKRI AMIN BIN ZULKIPLI (33DEI19F1129)
4) KARTHIK RAJ A/L MUNIANDY (33DEI19F1121)

1

PERKARA ISI KANDUNGAN
MUKA SURAT

PENGENALAN 3
OBJEKTIF 3
SINOPSIS 4-5
5-6
NILAI DAN PENGAJARAN 6
ULASAN 6
7
CADANGAN
PENUTUP

2

PENGENALAN
Si Tanggang merupakan seorang anak yang derhaka kepada ibu bapanya. Pada suatu
hari, Si Tanggang telah ditangkap Nakhoda kapal H dan dipaksa untuk melakukan
kerja-kerja di atas kapal. Kerajinan Si Tanggang melakukan kerja-kerja kapal telah
menambat hati nakhoda kapal lalu melantiknya menjadi nakhoda yang baru. Si
Tanggang juga telah dikahwinkan dengan anak nakhoda yang cantik. Pada suatu hari,
awan menjadi gelap menandakan ribut taufan akan melanda. Nakhoda Tanggang
pun menghalakan kapalnya memasuki muara sungai di kampung ibu bapanya. Ibu
dan bapanya terdengar khabar bahawa anak mereka telah kembali lalu berjumpa
dengannya. Nakhoda Tanggang berasa malu untuk mengaku kedua orang tua itu
sebagai ibu bapanya kerana kelihatan begitu daif. Ibunya berasa sangat pilu dengan
sikap angkuh Si Tanggang itu, lalu berdoa kepada Tuhan. Tiba-tiba petir berdentum,
angin bertiup kencang dan ombak yang kuat memecahkan kapal itu. Akhirnya,
Nakhoda Tanggang, isterinya serta semua anak kapalnya berubah menjadi batu.

OBJEKTIF
Objektif yang dapat kita perolehi daripada cerita ini ialah kita mestilah sentiasa
mengenang jasa kedua ibu bapa kita dan tidak mengkhianati kepercayaan
mereka.Cerita ini bertujuan untuk menunjukkan walaupun kita ini berjaya tapi
jangan kita lupakan orang tua kita yang membesarkan kita. Selain itu,cerita ini
bertujuan untuk mengajar kita supaya janganlah bersifat langit walhal kita berasal
dari tanah. Akhir sekali,kita hendaklah memartabatkan ibu bapa kita supaya berjaya
didunia dan akhirat

3

SINOPSIS
Si Talang dan Si Deruma merupakan bapa dan ibu kepada seorang anak lelaki yang
bernama Si Tanggang. Mereka hidup sebagai keluarga nelayan di tepi pantai (dalam
sesetengah versi: sungai). Kehidupan mereka amatlah miskin. Si Tanggang
merupakan seorang kanak-kanak yang bercita-cita tinggi. Dia selalu berkhayal untuk
menjadi kaya dan terkenal. Akan tetapi, keadaan hidupnya yang serba kekurangan
dan ketiadaan peluang menjadi penghalang kepada cita-citanya.

Pada suatu hari, ketika sudah meningkat usia, Si Tanggang terlihat sebuah kapal
besar berlabuh di muara sungai yang berhampiran dengan rumahnya. Si Tanggang
pun pergi mencuba nasib, dia berjumpa dengan nakhoda kapal itu dan meminta
untuk dijadikan anak kapalnya. Nakhoda kapal itu terus bersetuju kerana telah
melihat kecekapan Si Tanggang bersampan dan bekerja.

Walaupun Si Talang dan Si Deruma amat keberatan untuk melepaskan Si Tanggang
belayar mengikut kapal nakhoda itu, mereka terpaksa mengalah. Si Tanggang
berjanji akan kembali ke kampung setelah menjadi kaya.

Si Tanggang melakukan apa sahaja kerja yang diperintahkan oleh Nakhoda. Nakhoda
amat suka dengannya kerana dia rajin bekerja. Tidak lama kemudian, Si Tanggang
pun diambil sebagai anak angkat. Apabila Nakhoda menjadi uzur, maka Si Tanggang
dilantik menjadi nakhoda baru. Dia dipanggil Nakhoda Tanggang.

Si Tanggang memiliki kecekapan dalam berniaga. Dia menjadi kaya raya dan
namanya menjadi terkenal. Namanya sampai ke telinga Sultan dan dijemput ke
istana. Tidak lama kemudian, Sultan mengahwini puterinya dengan Si Tanggang. Si
Tanggang membawa isterinya berlayar ke banyak tempat di merata negeri.

Pada suatu hari, kapal Si Tanggang berlabuh di muara sungai kampung asal-usulnya.
Orang kampung mengetahui nakhoda kapal itu Si Tanggang. Mereka pun
memberitahu kepada orang tuanya.

Gembira dalam hati, Si Talang dan Si Deruma pun pergilah berkayuh sampan menuju
ke kapal Nakhoda Tanggang. Apabila tiba di kapal, seorang anak kapal melarang
mereka naik. Seketika kemudian, Si Tanggang muncul dengan isterinya. Si Tanggang
malu melihat keadaan ibu dan bapanya yang daif di hadapan isterinya. Si Talang dan
Si Deruma memanggil-manggil Si Tanggang, tetapi dia berpura-pura seperti tidak
mengenali mereka. Isterinya bertanya mengenai mereka, tetapi dia mengatakan
bahawa ibu dan bapanya sudah tiada.

4

Si Tanggang menghalau ibunya dengan biadap. Si Talang dan Si Deruma berdayung
ke tepi dengan perasaan sedih dan kecewa. Apabila tiba di daratan, Si Deruma
memandang ke langit dan memengangkat kedua-dua belah tangannya, kemudian
berseru, "Oh, Tuhan! Tunjukkanlah kepada Si Tanggang bahawa akulah ibu
kandungnya."

Tiba-tiba petir berdentum dan angin bertiup kencang. Kapal Si Tanggang terumbang-
ambing akibat air yang bergelora. Ketika itulah, Si Tanggang berasa kesal. Dia sedar
Tuhan telah memperkenankan doa ibunya. Dia akan menerima balasannya kerana
telah menderhaka. Akhirnya, dia berteriak kepada ibunya supaya diampun. Walau
bagaimanapun, penyesalannya sudah tidak berguna lagi. Kapalnya pecah akibat
dipukul oleh ombak yang kuat. Apabila ribut reda, Si Tanggang, isterinya, kapalnya,
dan semua anak kapalnya telah bertukar menjadi batu

NILAI DAN PENGAJARAN

Antara nilai dan pengajaran yang dapat dari kisah Si Tanggang ini ialah semangat yang tinggi
dan gigih untuk mendapatkan satu pekerjaan. Contohnya Si Tanggang yang bersungguh-
sungguh bekerja di kapal pelayar agar dibawa untuk menjadi pekerjanya. Setelah diterima
bekerja Si Tanggang bekerja dengan lebih gigih dan membuat si pemilik kapal tertarik
dengan kegigihan dia bekerja lalu dijadikan anak angkatnya . Jadi si tanggang dijadikan
penerus bagi kapal pelayaran tersebut.

Selain itu, nilai kasih sayang juga merupakan salah satu nilai yang terdapat di dalam kisah Si
Tanggang. Contohnya, ibu si tanggang yang sentiasa mendoakan yang terbaik buat anak
agar sentiasa selamat semasa berlayar dan selamat pulang ke kampong halaman. Bukan itu
sahaja, ibu si tanggang juga dengan gembiranya membawa makanan kegemaran anak
walaupun sudah tua apabila mendengar khabar bahawa kapal yang dinaik si tanggang
berada di pelabuhan.

Di samping itu, nilai berpegang pada janji. Misalnya, sebelum berlabuh untuk bekerja, Si
tanggang telah meminta kawan baiknya untuk menjaga ibunya semasa ketiadaan dirinya
dikampung. Hal ini dilaksanakan secara baik dan amanah oleh rakan si tanggang kerana
setiap hari akan menjenguk ibu si tanggang dan akan memberikan makanan agar ibu si
tanggang sihat.

Akhir sekali, pengajaran yang kita dapat ialah janganlah kita sombong dan lupa aka nasal
usul kita bak kata pepatah bagai kacang lupakan kulit. Hal ini kerana, kita perlulah bangga
dengan tempat kelahiran kita kerana setiap tempat mempunyai kisah silamnya tersendiri.

5

Kesimpulannya, kita perlulah memupuk nilai-nilai murni dalam diri kita serta mengambil
pengajaran dari setiap yang telah berlaku. Hal ini kerana, kita tidak mahu pisang berbuah
dua kali atas kelalaian kita sendiri.

ULASAN
Si Tanggang merupakan antara dongeng yang paling popular dalam kalangan orang Melayu.
Ia diceritakan melalui lisan secara turun-temurun. Kanak-kanak akan didedahkan dengan
cerita ini. Ini kerana dongeng ini mengandungi pengajaran penting yang merupakan salah
satu pantang larang dalam adat Melayu: jangan derhaka kepada orang tua. Pengajaran ini
juga selaras dengan ajaran Islam yang menghormati kedudukan ibu bapa. Kanak-kanak yang
tidak mahu menurut suruhan ibu atau bapa akan cepat-cepat diusik dengan panggilan "Si
Tanggang" untuk mengingatinya mengenai kisah tersebut.
Beberapa tempat di Kepulauan Melayu dikaitkan dengan dongeng Si Tanggang. Antaranya
ialah Jong Batu di Brunei, Batu Caves di Malaysia, dan Batu Malin Kundang di Pantai Air
Manis, Padang, Sumatera Barat. Tempat-tempat ini, menurut kepercayaan masyarakat
setempat, mengandungi bekas sejarah Si Tenggang menjadi batu.

CADANGAN
Cadangan saya terhadap cerita si tanggang ini adalah kita janganlah mencontohi si tanggang
ini kerana dalam cerita ini si tanggang bertindak derhaka terhadap ibu nya dan dia memilih
kekasih hati berbanding ibunya sebaliknya, kita mestilah mengutamakan ibu kita dahulu
berbanding perkara lain. Hal ini demikian kerana ibu kita mengandungkan kita 9 bulan 10
hari dan bertarung nyawa melahirkan kita serta menyusukan kita. Oleh itu kita wajarlah
mengangkat martabat ibu kita kerana ibu tidak ternilai kasihnya di dunia ini.
Selain itu, kita juga perlulah mengambil pengajaran daripada cerita Si Tanggang ini dan di
jadikan pedoman serta perlu sentiasa mengingati antara satu sama lain akan hal-hal yang
tidak baik. Kita hendaklah menjadi insan yang dapat membantu orang yang dalam
kesusahan dan menjadi contoh yang baik buat anak-anak zaman kini kerana setiap
perbuatan dan amalan yang dilakukan oleh orang dewasa menjadi salah satu contoh
pengembangan anak-anak kecil sekarang.

6

PENUTUP
Si Tanggang merupakan antara dongeng yang paling popular dalam kalangan orang Melayu.
Ia diceritakan melalui lisan secara turun-temurun. Kanak-kanak akan didedahkan dengan
cerita ini. Ini kerana dongeng ini mengandungi pengajaran penting yang merupakan salah
satu pantang larang dalam adat Melayu: jangan derhaka kepada orang tua. Pengajaran ini
juga selaras dengan ajaran islam yang menghormati kedudukan ibu bapa. Kanak-kanak yang
tidak mahu menurut suruhan ibu atau bapa akan cepat-cepat diusik dengan panggilan "Si
Tanggang" untuk mengingatinya mengenai kisah tersebut.

7


Click to View FlipBook Version