SEK. KEB. SUNGAI LOKAN
W.D.T 58
90200 KOTA KINABATANGAN
http://www.sklokan.blogspot.com
email: [email protected]
MINIT MESYUARAT JAWATAN KUASA BANTUAN SK. SUNGAI LOKAN (PEMLIHAN
BANTUAN KWAPM TAHUN 2019 )
TARIKH : 07. 03. 2019
MASA : 2.00 PETANG
TEMPAT : Pusat Sumber SK Sungai Lokan
AGENDA :
1. Ucapan Pengerusi
2. Pemilihan Permohonan Bantuan KWAPM 2019
3. Senarai penuh murid layak KWAPM
4. Hal-hal lain
KEHADIRAN:
BIL Nama Jawatan
1. Encik Jenaidi Bin Hj Ahmad Guru Besar
2. Encik Abdul Latip Bin HjOtoh PenolongKanan HEM
3. Encik Mustapa Bin Yusop PenolongKananKurikulum
4. Encik .Hafizul Bin Jalpah PenolongKananKo-Kurikulum
5. Encik Najme Bin Nasir Guru
6. Puan Juhanah Binti Elut Guru
7. Puan Siti Soffiah Binti Ibrahim Guru
8. Cik Aiifa Thaqinah Binti Abu Bakar Guru
9. Puan Juhani Binti Elut AKS
TIDAK HADIR: TIADA
Agenda;
1. Ucapan Pengerusi
- Guru Besar selaku pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan surah Al-Fatihah.
- Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran semua guru
dan staf pada mesyuarat kali ini.
- Sebelum mesyuarat dimulakan Guru Besar meminta kepada Ustaz Hafizul Bin Hj. Jalpah
untuk membacakan doa.
- Pengerusi memaklumkan mesyuarat kali ini adalah untuk memutuskan murid yang layak
menerima bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) untuk tahun 2019
seperti mana dalam Surat Siaran dari Jabatan Pendidikan Sabah Ruj:
JPNNSBH.SPK.UBNK.800-5/6/1 Bertarikh: 18 Februari 2019.
- Pengerusi berharap setiap guru kelas dapat menyenaraikan murid layak untuk menerima
bantuan tersebut berdasarkan pekeliling dan juga data dalam APDM.
- Jawatankuasa Bantuan Sekolah telah dibentuk semasa mesyuarat HEM Siri 1/2019. Oleh
itu beliau berharap semua jawatankuasa ini bertanggungjawab dalam memutuskan
kelayakan murid yang menerima bantuan tersebut.
SEK. KEB. SUNGAI LOKAN
W.D.T 58
90200 KOTA KINABATANGAN
http://www.sklokan.blogspot.com
email: [email protected]
Makluman : Semua ahli
2. Pemilihan Permohonan Bantuan KWAPM 2019
- Guru Kelas Tahun Satu (Puan Juhanah Elut) memaklumkan seramai 10 orang murid dari
kelas tahun 1 layak memohon bantuan KWAPM
- Guru Kelas Tahun Dua (Encik Mustapa Yusop) memaklumkan seramai 9 orang dari
sepuluh murid tahun 2 layak memohon bantuan KWAPM
- Guru Kelas Tahun Tiga(Encik Hafizul Jalpah) memaklumkan seramai 5 orang murid tahun
3 layak memohon bantuan KWAPM
- Guru Kelas Tahun Empat (Encik Najme Bin Nasir) memaklumkan seramai 6 dari 10 orang
murid tahun 4 layak memohon bantuan KWAPM.
- Guru Kelas Tahun Lima ( Ustazah Siti Soffiah) memaklumkan seramai 4 orang murid
tahun 5 layak memohon bantuan KWAPM.
- Guru Kelas Tahun 6 (Cik Aiifa Taqinah Abu Bakar) memaklumkan seramai 5 orang murid
tahun 6 layak memohon bantuan KWAPM
Tindakan : Setiap Guru Kelas
3. Senarai penuh murid layak KWAPM 2019
- Guru Besar selaku pengerusi JK. Bantuan Sekolah memaklumkan berdasarkan maklumat
murid layak setiap kelas, seramai 39 orang murid SK. Sungai Lokan layak menerima
bantuan KWAPM untuk tahun 2019.
- Ahli mesyuarat memutuskan memperakukan 39 orang murid tersebut diluluskan untuk
menerima bantuan KWAPM tersebut. ( Senarai nama murid layak adalah seperti di
Lampiran A )
- Pemilihan adalah muktamad.
Tindakan : Jawatankuasa Bantuan Sekolah
4. Hal-hal lain.
- PK Hem meminta guru bantuan KWAPM Ustazah Siti Soffiah agar dapat memproses
permohonan secara atas talian . Potal bantuan KWAPM telah pun dibuka mulai 01 Mac
hingga 15 Mac 2019 di peringkat sekolah seterusnya disahkan oleh Guru Besar.
- PK Hem juga meminta guru bantuan KWAPM dapat menyiapkan segera minit mesyuarat
tersebut serta mencetak senarai permohonan KWAPM untuk dihantar salinan ke PPD
Tindakan : Guru Bantuan KWAPM
- Ahli mesyuarat juga bersetuju kaedah pengagihan bantuan KWAPM untuk tahun ini juga
dalam bentuk wang tunai. Ini kerana masih ramai murid yang tidak mempunyai buku
akaun, disamping kesukaran ibubapa dan pelajar untuk keluar ke pekan atau bandar.
- Pengerusi juga akan cuba mematuhi SOP pengagihan peruntukan yang diterima oleh
sekolah.
Tindakan : Jawatankuasa Bantuan Sekolah
Penutup Memandangkan tiada hal-hal lain yang ditimbulkan lagi pengerusi menangguhkan
- mesyuarat pada kira-kira jam 3.45 petang.
Mesyuarat diakhiri dengan bacaan surah Al-Asr.
-
SEK. KEB. SUNGAI LOKAN
W.D.T 58
90200 KOTA KINABATANGAN
http://www.sklokan.blogspot.com
email: [email protected]
Disediakan Oleh, Disemak Oleh,
………………………………. ………………………………
(SITI SOFFIAH BINTI IBRAHIM) (ABDUL LATIP BIN HJ OTOH)
PENCATAT MINIT MESYUARAT PENOLONG KANAN HEM
Minit mesyuarat dicadangkan untuk disahkan. Disahkan oleh:
Dicadang Oleh: ....................................................
( JENAIDI BIN HJ AHMAD)
.................................................. GURU BESAR,
( NAJME BIN NASIR ) SK SUNGAI LOKAN, KINABATANGAN
GURU UBK