The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by najmenasir, 2020-09-24 01:39:26

MINIT MESYUARAT KWAPM Siri 2 (2019)

MINIT MESYUARAT KWAPM Siri 2 (2019)

SEK. KEB. SUNGAI LOKAN
W.D.T 58

90200 KOTA KINABATANGAN

http://www.sklokan.blogspot.com

email: [email protected]

MINIT MESYUARAT JAWATAN KUASA BANTUAN SK. SUNGAI LOKAN
(PENGAGIHAN BANTUAN KWAPM DAN eKASIH TAHUN 2019 )

TARIKH : 15. 07. 2019

MASA : 2.00 PETANG

TEMPAT : Pusat Sumber SK Sungai Lokan

AGENDA :

1. Ucapan Pengerusi
2. Pengagihan Bantuan KWAPM dan eKASIH 2019
3. Senarai penuh murid layak menerima KWAPM dan eKASIH 2019
4. Hal-hal lain

KEHADIRAN:

BIL Nama Jawatan
1. Encik Jenaidi Bin Hj Ahmad Guru Besar
2. Encik Abdul Latip Bin HjOtoh PenolongKanan HEM
3. Encik Mustapa Bin Yusop PenolongKananKurikulum
4. Encik .Hafizul Bin Jalpah PenolongKananKo-Kurikulum
5. Encik Najme Bin Nasir Guru
6. Puan Juhanah Binti Elut Guru
7. Puan Siti Soffiah Binti Ibrahim Guru
8. Cik Aiifa Thaqinah Binti Abu Bakar Guru
9. Puan Juhani Binti Elut AKS

TIDAK HADIR: TIADA

Agenda;
1. Ucapan Pengerusi
- Guru Besar selaku pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan surah Al-Fatihah.
- Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran semua guru
dan staf pada mesyuarat kali ini.
- Sebelum mesyuarat dimulakan Guru Besar meminta kepada Ustaz Hafizul Bin Hj. Jalpah
untuk membacakan doa.
- Guru Besar memaklumkan tujuan utama mesyuarat kali ini adalah untuk
membincangkan tentang pengagihan bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin
(KWAPM) untuk tahun 2019 seperti mana dalam Surat Siaran dari Jabatan Pendidikan
Sabah Ruj: JPNNSBH.SPK.UBNK.800-5/6/1 Bertarikh: 05 Julai 2019 dan dipanjangkan
oleh Pegawai Pendidikan Daerah Kinabatangan melalui surat Ruj: PPDK.UPK.800.0206( )
Bertarikh: 08 Julai 2018
- Oleh itu guru besar meminta Jawatankuasa Bantuan Sekolah meracang kaedah
pengagihan dan memilih masa yang sesuai untuk tujuan tersebut

SEK. KEB. SUNGAI LOKAN
W.D.T 58

90200 KOTA KINABATANGAN

http://www.sklokan.blogspot.com
email: [email protected]

Makluman : Semua ahli

2. Pengagihan Bantuan KWAPM dan eKASIH 2019
2.1 Tarikh Pengagihan

Guru Besar dan semua ahli bersetuju untuk membuat ketetapan tarikh dan masa
pengagihan tersebut pada;
Tarikh : 19 Julai 2019 ( Jumaat)
Masa :08.00 – 11.00 Pagi
2.2 Guru Besar memaklumkan beliau akan menguruskan pengeluaran wang KWAPM tersebut
dari CIMB bank selewat-lewatnya 17 Julai 2019’

Tindakan : Guru Besar
3. Senarai penuh murid layak KWAPM 2019
3.1 Guru Besar selaku pengerusi JK. Bantuan Sekolah memaklumkan berdasarkan maklumat

murid layak setiap kelas, seramai 39 orang murid SK. Sungai Lokan layak menerima bantuan
KWAPM untuk tahun 2019.
3.2 Ahli mesyuarat memutuskan memperakukan 39 orang murid tersebut diluluskan untuk
menerima bantuan KWAPM tersebut. ( Senarai nama murid layak adalah seperti di Lampiran
A)
3.3 Pemilihan adalah muktamad.

Tindakan : Jawatankuasa Bantuan Sekolah
4. Hal-hal lain.
4.1 PK Hem juga meminta guru bantuan KWAPM dapat menyiapkan segera minit mesyuarat

tersebut serta mencetak senarai permohonan KWAPM untuk dihantar salinan ke PPD
Tindakan : Setiausaha

4.2 Ahli mesyuarat juga bersetuju kaedah pengagihan bantuan KWAPM untuk tahun ini juga
dalam bentuk wang tunai. Ini kerana masih ramai murid yang tidak mempunyai buku akaun,
disamping kesukaran ibubapa dan pelajar untuk keluar ke pekan atau bandar.

4.3 Pengerusi juga akan cuba mematuhi SOP pengagihan peruntukan yang diterima oleh
sekolah.

Tindakan : Jawatankuasa Bantuan Sekolah

Penutup
Memandangkan tiada hal-hal lain yang ditimbulkan lagi pengerusi menangguhkan mesyuarat
pada kira-kira jam 4.10 petang.
Mesyuarat diakhiri dengan bacaan surah Al-Asr.

Disediakan Oleh, Disemak Oleh,

………………………………. ………………………………
(SITI SOFFIAH BINTI IBRAHIM) (ABDUL LATIP BIN HJ OTOH)
PENCATAT MINIT MESYUARAT PENOLONG KANAN HEM

SEK. KEB. SUNGAI LOKAN
W.D.T 58

90200 KOTA KINABATANGAN

http://www.sklokan.blogspot.com

email: [email protected]

Minit mesyuarat dicadangkan untuk disahkan. Disahkan oleh:

Dicadang Oleh: ....................................................
( JENAIDI BIN HJ AHMAD)
.................................................. GURU BESAR,
( NAJME BIN NASIR ) SK SUNGAI LOKAN, KINABATANGAN
GURU UBK


Click to View FlipBook Version