SEK. KEB. SUNGAI LOKAN
W.D.T 58
90200 KOTA KINABATANGAN
http://www.sklokan.blogspot.com
email: [email protected]
MINIT MESYUARAT HAL EHWAL MURID (HEM) SIRI 1/2019
TARIKH : 16. 01. 2019
MASA : 2.00 PETANG
TEMPAT : Pusat Sumber SK Sungai Lokan
AGENDA :
1. Ucapan Pengerusi
2. Mengesahkan minit mesyuarat yang lalu
3. Perkara berbangkit
4. Penyusunan semula dan PelantikanTugas-tugas Khas HEM 2019
5. Perlantiakan Jawatankuasa Bantuan Sekolah 2019
6. Takwim Hem 2019
7. Pengagihan Guru Kelas 2019
8. Panduan Pengurusan Hal Ehwal Murid
9. Pengurusan RMT 2019
10. BantuanAwal Tahun Persekolahan
11. Pengurusan Disiplin dan Badan Pengawas
12. Laporan Analisis Kehadiran Murid 2018
13. Buku Kehadiran Murid
14. Pengurusan Aplikasi Data Murid (APDM)
15. Perhimpunan Sekolah
16. Hal-hal Lain
KEHADIRAN:
BIL Nama Jawatan
1. Encik Jenaidi bin Hj Ahmad Guru Besar
2. Encik Abdul Latip bin Hj Otoh PenolongKanan HEM
3. Encik Mustapa bin Yusop PenolongKananKurikulum
4. Encik .Hafizul bin Hj. Jalpah PenolongKananKo-Kurikulum
5. Encik Najme bin Nasir Guru
6. Puan Juhanah binti Elut Guru
7. Puan Siti Soffiah binti Ibrahim Guru
8. Cik Aiifa Thaqinah binti Abu Bakar Guru
9. Puan Juhani binti Elut PT
TIDAK HADIR: TIADA
Agenda;
1. Ucapan Pengerusi
- PK Hem selaku pengerusi memulakan mesyuarat dengan ucapan salam keagamaan dan
seterusnya bacaan surah Al-Fatihah. PK Hem mengalu-alukan kehadiran guru besar
serta menyampaikan ucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran semua guru dan staf
SEK. KEB. SUNGAI LOKAN
W.D.T 58
90200 KOTA KINABATANGAN
http://www.sklokan.blogspot.com
email: [email protected]
pada mesyuarat HEM kali pertama untuk tahun 2019. PK Hem berharap semua
jawatankuasa di bawah HEM dapat melaksanakan tugas masing-masing memandangkan
unit HEM sebagai subunit adalah tonggak kepada keberkesanan pengurusan
pentadbiran sekolah keseluruhannya khususnya dalam usaha menjaga kebajikan murid.
PK Hem berharap unit hem dapat dapat membantu pentadbir((guru besar) dalam
memainkan peranan sebagai pemaju, pembina pembantu, perancang, pemudahcara,
penyelaras dan kaunselor kepada hal ehwal murid . Oleh itu PK Hem berharap
mesyuarat hem kali ini dapat merelisasikan harapan ini . PK Hem kemudian menjemput
Guru Besar Untuk menyampaikan ucapan dalam mesyuarat tersebut.
- Guru Besar menyampaikan salam serta mengucap terima atas kehadiran semua ahli
mesyuarat. Guru Besar juga mengucapkan tahniah kepada unit Hem kerana dapat
melaksanakan mesyuarat siri 1 /2019 yang juga mesyuarat Hem kali pertama untuk
tahun ini. Guru Besar berharap unit HEM dapat menilai pencapaian unit Hem dan
memperbaiki sekiranya berlaku kelemahan pada tahun 2018. Guru Besar juga meminta
semua guru yang diberi tugas dan peranan dalam unit hem dapat melaksanakan
tanggungjawab dan fungsi masing-masing demi untuk meberi khidmat kepada sekolah
umumnya dan kebajikan murid khsusunya.
Makluman : Semua ahli
2. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat HEM siri 3/2018
- Minit mesyuarat dicadangkan untuk disahkan oleh Encik Hafizul Bin Jalpah dan disokong
oleh Encik Mustapa Bin Yusop.
Makluman : Semua ahli
3. Perkara berbangkit
- Merujuk mesyuarat Hem Siri 3/2018 yang lalu beberapa perkara akan berulang dan
berkaitan dengan agenda pada hari ini. Oleh itu, perkara berbangkit tersebut akan
dibincangkan dalam agenda mesyuarat pada hari ini nanti.
Makluman : Semua ahli
4. Penyusunan semula dan PelantikanTugas-tugasKhas HEM 2019
- Jawatankuasa Induk Hal Ehwal Murid 2019
- Pengerusi : Guru Besar
- Timbalan Pengerus i : PK HEM
- Naib Pengerusi 1 : Penolong Kanan 1
- Naib Pengerusi 2 : Penolong Kanan KOKUM
- Setiausaha : Ustazah Siti Soffiah Ibrahim
- Tugas-Tugas Khas;
Bidang Tugas Guru Penyelaras
SPBT Najme Bin Nasir
RMT Juhanah Binti Elut
Disiplin dan Badan Pengawas Mustapa Bin Yusop
SEK. KEB. SUNGAI LOKAN
W.D.T 58
90200 KOTA KINABATANGAN
http://www.sklokan.blogspot.com
email: [email protected]
Bimbingan dan Kaunseling Najme Bin Nasir
Kebersihan dan Keceriaan Abdul Latip Bin otoh
Kesihatan dan Kebajikan Murid Hafizul Bin Jalpah
Keselamatan Mustapa Bin Yusop
Bantuan Lain/ BAP/Seragam dll Juhanah Binti Elut
Sambutan Perayaan Aiifa Taqinah Binti Abu Bakar
Perhimpunan Najme Bin Nasir
Pendaftaran dan Penempatan Murid Juhanah Binti Elut
Pengurusan Tahun 6 & Tingkatan 1 Aiifa Taqinah Binti Abu Bakar
-
Makluman : Semua ahli
5. Pemilihan Jawatankuasa Bantuan Sekolah 2019
- Pengerusi : Encik Jenaidi Bin Ahmad (Guru Besar)
Timbalan Pengerusi : Encik Mustapah Bin Yusop (PK 1)
Setiausaha : Encik Abdul Latip Bin Otoh (PK Hem)
Ahli : Encik Hafizul Bin Jalpah
Encik Najme Bin Nasir
Puan Juhanah Binti Elut
Ustazah Siti Soffiah Binti Ibrahim
Cik Aiifah Taqinah Binti Abu Bakar
Juhani Binti Elut
Makluman : Semua ahli
- Guru Besar berharap dengan pelantikan jawatakuasa bantuan sekolah tahun ini, urusan
pemilihan murid dalam menerima sebarang bantuan dapat dilaksanakan dengan lebih
cekap dan telus.
6. Takwim Hem 2019
- PK Hem memaklumkan dan membentengkan Takwim Hem untuk tahun 2019
- Takwim Hem (Rujuk Lampiran 1)
- Takwim akan diedarkan kepada semua guru dan ditampal dalam papan kenyataan
sekolah
- Guru Besar berharap aktiviti dalam takwim hem dapat dipatuhi dan dilaksanakan
mengikut tarikh yang ditetapkan.
- Guru Besar juga menambah agar aktiviti yang sudah dilaksanakan dibuat pelaporan dan
dibentangkan dalam mesyuarat hem akan datang.
- Tindakan: PK Hem
7. Pengagihan Guru Kelas 2019
- PENGAGIHAN GURU KELAS TAHUN 2019
SEK. KEB. SUNGAI LOKAN
W.D.T 58
90200 KOTA KINABATANGAN
http://www.sklokan.blogspot.com
email: [email protected]
KELAS GURU KELAS
Tahun 1 Juhanah Binti Elut
Tahun 2 Mustapa Bin Yusop
Tahun 3 Hafizul Bin Jalpah
Tahun 4 Najme Bin Nasir
Tahun 5 Siti Soffiah Binti Ibrahim
Tahun 6 Aiifa Taqinah Binti Abu Bakar
- PK Hem berharap guru kelas yang dilantik dapat menyelaras dari segi pengurusan,
kebersihan dan keceriaan dan keselamatan di bilik darjah.
- Antara perkara asas yang perlu dilaksanakan oleh guru kelas ialah carta organisasi kelas,
jadual waktu, jadual tugas, pelan kedudukan kelas, inventori kelas, moto kelas, misi dan
visi sekolah, sudut mata pelajaran, alat pembersihan dan lain-lain hal yang berkaitan
dengan pengurusan kelas.
-
Tindakan : Guru kelas
8. Panduan Pengurusan Hal Ehwal Murid
- PK Hem memaklumkan akan mengedarkan buku Panduan Pengurusan Hal Ehwal Murid
sebagai panduan dalam melaksanakan tugas masing-masing dalam unit Hem
- Tindakan : PK Hem
9. Pengurusan RMT 2019
- RMT sudah dapat dilaksanakan pada minggu kedua persekolahan setelah mendapat
teguran oleh pegawai PPD pada hari pertama persekolahan.
- Maklumat lanjut rujuk semula Minit Mesyuarat Jawatankuasa Penawaran Pembekal RMT
Bil. 1/2019 RUJ: SKL(KN)/06/07/001(2019-01) Bertarikh: 02 Januari 2019
10. Bantuan Awal Tahun Persekolahan
- Sekolah telaha menerima peruntukan Bantuan Awal Tahun persekolahan (BAP)
sebanyak RM4,600.00.
- Seramai 40 orang murid layak menerima bantuan tersebut dengan jumlah RM4,000.00
- Terdapat lebihan peuntukan sebanyak RM600.00 yang akan dipulangkan kepada
Kemeneterian Pelajaran Malaysia.
- Guru Besar memaklumkan BAP akan disampaikan kepada murid yang layak pada 18
Januari 2019.
- Pembayaran BAP kepada murid adalah secara tunai
- Jastifikasi pembayaran tunai;
i. Ramai murid tiada akaun bank
SEK. KEB. SUNGAI LOKAN
W.D.T 58
90200 KOTA KINABATANGAN
http://www.sklokan.blogspot.com
email: [email protected]
ii. Wang yang diambil tidak melebihi RM10,000.00 oleh itu tidak memerlukan
prosedur yang ketat.
iii. Kesukaran ibu bapa untuk keluar ke bank berhampiran.
iv. Ibubapa tidak bersetuju dengan cara pembayaran melalui bank.
11. Pengurusan Disiplin dan Badan Pengawas
- Guru disiplin Encik Mustapa Yusop telah membentangkan JK. Disiplin dan bidang tugas
(Rujuk Fail Minit Mesyuarat Disiplin)
12. Laporan Analisis Kehadiran Murid Tahun 2018
- Peratus kehadiran murid tahun 2018 ialah 96%
13. Hal-hal lain
- PK Hem memaklumkan kepada semua guru kelas agar dapat menyegerakan pengurusan
hal-hal kelas seperti jadual kelas, jadual bertugas murid sudut pembelajaran, keceriaan,
visi dan misi sekolah dan lain-lain yang berkaitan dengan pengurusan kelas.
Penutup Memandangkan tiada hal-hal lain yang ditimbulkan lagi pengerusi menangguhkan
- mesyuarat pada kira-kira jam 4.45 petang.
Mesyuarat diakhiri dengan bacaan surah Al-Ash
-
Disediakan oleh Disemak oleh,
………………………………. ………………………………
(SITI SOFFIAH BT IBRAHIM) ( ABD LATIP B. HJ OTOH )
Setiausaha Hal Ehwal Murid PenolongKanan Hal EhwalMurid,
Sk Sungai Lokan, Sk Sungai Lokan,
Kinabatangan Kinabatangan.
SEK. KEB. SUNGAI LOKAN
W.D.T 58
90200 KOTA KINABATANGAN
http://www.sklokan.blogspot.com
email: [email protected]
Minit mesyuarat dicadangkan untuk disahkan.
Dicadang oleh: Disahkan oleh:
.................................................. ....................................................
( NAJME BIN NASIR ) ( JENAIDI BIN HJ AHMAD)
GURU UBK GURU BESAR,
SK SUNGAI LOKAN, KINABATANGAN