The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by elisyaazkhar, 2023-10-11 06:43:54

etika dan peradaban

e-Folio

NAMA AHLI KUMPULAN : SITI NURFARISHA (17DAS23F1012) NUR ALYA ATIQAH (17DAS23F1061) ELISYA SYAFINA ( 17DAS23F1016) RAESHA NAGINI (17DAS23F1008) FARAH ADIBAH ( 17DAS23F1028) TAJUK TUGASAN : PERJALANAN POLITIK MALAYSIA PASCA PILIHANRAYA KE -14 (TAHUN 2018) KURSUS : MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN SESI : 1 2023/2024 NAMA PENSYARAH : TUAN NAHRAWI BIN KASSIM PROGRAM & KELAS : DAS1A


1.MEMAHAMI PROSES PILIHAN RAYA PRU-14 2. MENERANGKAN PERUBAHAN LANDSKAP POLITIK 3.MENGKAJI ISU DAN KONTROVERSI SEMASA PRU-14 4. MENYELIDIK PERBELANJAAN PILIHANRAYA PRU14 OBJEKTIF


Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan rasa syukur terhadrat illahi kerana dengan limpah kurnianya dapat kami menyiapkan tugasan yang telah diberikan dengan jayanya. Seinfiniti penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Tuan Nahrawi bin Kassim selaku tenaga pengajar bagi subjek penghayatan etika dan peradaban kerana memberi peluang kepada kami bagi menghasilkan tugasan ini dengan baik. Tanpa tunjuk ajar yang begitu jitu dan padu daripada Tuan, mana mungkin kami akan dapat menghasilkan tugasan yang terbaik. Kami juga mengucapkan terima kasih kepada Tuan Nahrawi bin Kassim yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan serta penerangan yang sempurna kepada kami dalam proses menyiapkan tugasan ini. Selain itu, kami juga berterima kasih kepada Tuan kerana memberikan kepercayaan kepada kami dalam menjalankan tugasan ini sehingga jayanya. Seterusnya, kami juga tidak akan melupakan jasa kedua ibu dan bapa kami yang banyak memberi sokongan serta dorongan dan telah banyak menyumbang dari segi kewangan dan juga masa untuk kami mendapatkan bahan dalam menghasilkan tugasan ini. Tanpa sokongan dan dorongan kalian mungkin tidak dapat kami hasilkan tugasan ini seperti rakan-rakan yang lain.Malah jutaan terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan saya iaitu Siti Nurfarisha , Alya Atiqah,Elisya syafina ,Raesha nagini ,Farah Adibah yang sangat setia dengan kerja-kerja yang diberikan dan mempunyai semangat setiakawan yang utuh dalam memberikan idea dan pandangan yang bernas. Hanya Allah S.W.T sahaja dapat membalas budi baik kalian. Akhir madah, harapan kami agar segala tugasan yang kami hasilkan dapat menambah ilmu pengetahuan kami disamping dapat menjadi orang yang berguna pada masa akan datang. Selain itu, harapan kami agar dapat memberi manfaat kepada diri kami sendiri serta kepada pembaca agar kita sama-sama menjadi insan yang berpengetahuan luas dalam segala aspek terutama sekaliaspek etika dan peradaban manusia PENGHARGAAN


Pilihan raya diadakan untuk membolehkan rakyat memilih wakil dalam membentuk kerajaan. Pilihan raya menyaksikan pengalaman sistem demokrasi disesebuah negara. Di negara kita, pilihan raya bermula dengan pilihan raya majlis peradaban , pilihan raya negeri dan pilihan raya umum yang diadakan pada tahun 1955. Pilihan raya umum Malaysia 2018 ialah pilihan raya ke-14 untuk Dewan Rakyat dan dewan-dewan undangan negeri di Malaysia. Pilihan raya ini diadakan pada 9 Mei 2018 hingga 24 Jun 2018 setelah parlimen dibubarkan pada 7 April 2018. Tempoh penggal parlimen mengikut Perlembagaan Malaysia ialah lima tahun sejak mula bersidang, iaitu sehingga 24 Jun 2018. Yang di-Pertuan Agong bagaimanapun boleh membubarkan parlimen lebih awal atas nasihat Perdana Menteri. Bagi pilihan raya serentak seluruh negara (parlimen dan DUN), pilihan raya perlu diadakan selewat-lewatnya 6 Jun 2018. Pilihan raya umum Malaysia menggunakan sistem undian pemenang undi terbanyak. Pilihan raya akan dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR). Walaupun daripada segi teori mana-mana negeri boleh membubarkan Dewan Undangan Negerinya secara berasingan daripada Parlimen, secara tradisinya DUN dibubarkan sekali dengan Parlimen, kecuali Sarawak.Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, 2018 merupakan PRU yang paling sengit dalam sejarah pilihan raya di negara ini. Hal ini demikian kerana keduadua pihak sama ada Barisan Nasional (BN) mahupun pakatan parti pembangkang yang kini mempunyai dua blok iaitu Pakatan Harapan (PH) dan Gagasan Sejahtera (GS) yang dipimpin oleh Parti Islam SeMalaysia (PAS) mempunyai peluang yang seimbang. Dalam ilmu politik yang serba mungkin, dinamik dan penuh ‘ seni’ atau strategi atau taktikal ini, mereka cuba sedaya upaya berkempen untuk memenangi hati dan nurani 14.9 juta pengundi di negara ini. Hasil PRU 2018 menunjukkan bahawa berlakunya satu ‘ gelombang ’ besar yang menolak BN di peringkat Parlimen atau Persekutuan dan di 10 negeri kecuali di Perlis dan Pahang. PH berjaya menewaskan BN dan PAS pada peringkat kerusi Parlimen dengan 122-79-18. PH kekal di negeri Selangor dan Pulau Pinang serta berjaya menawan Johor, Negeri Sembilan, Melaka; Kedah, Perak dan Sabah ditawan PH dengan ‘lompatan ’ beberapa ADUN BN. BN kekal di Pahang dan Perlis manakala PAS kekal di Kelantan dan berjaya menawan Terengganu daripada BN. ‘Gelombang ’ atau ‘kuasa rakyat’ yang dilihat berperanan sebagai ‘ silent voters ’ atau juga dikenali sebagai ‘ pengundi atas pagar ’ (40 peratus daripada keseluruhan 14.9 juta pengundi) ini membadai tanpa dapat dijangka oleh pengkaji/penganalisis politik sehinggalah pada hari pengundian iaitu 9 Mei 2018. Justeru adalah menjadi tujuan penulisan artikel ini untuk menganalisis ‘ gelombang ’ rakyat atau pengundi dalam PRU 2018 ini. PENGENALAN


Pada 10 April 2018, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Mohd Hashim Abdullah telah membuat pengumuman bagi perjalanan Pilihan Raya Umum ke-14 setelah mengadakan Mesyuarat Khas berkaitannya pada hari yang sama. Bagi menjalankan proses PRU14 ini, SPR telah melantik 222 orang Pegawai Pengurus Pilihan Raya. SPR juga menubuhkan 445 buah Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) untuk tujuan memantau semua aktiviti kempen pilihan raya sepanjang tempoh rasmi berkempen. Pada pilihan raya kali ini, seramai 259,391 orang petugas dilantik daripada kalangan orang awam untuk pengendalian proses PRU-14 manakala sebanyak 8,989 buah premis bangunan akan digunakan sebagai Pusat Mengundi yang mengandungi semua 28,995 Tempat Mengundi (Saluran) dan dianggarkan memerlukan belanjawan sebanyak RM500 juta dan lebih RM 100 juta daripada yang sebelumnya. Daftar Pemilih Pilihan Raya PRU14 yang akan digunakan untuk PRU14 pula adalah yang berdaftar sehingga Suku Keempat Tahun 2017 yang mengandungi 14,940,624 orang. Pemilih berdaftar tersebut terdiri daripada: Pemilih Biasa: 14,636,716 orang Pemilih Awal (Tentera dan Pasangan/Polis): 300,255 orang Pengundi Tidak Hadir Luar Negara: 3,653 orang 1. PROSES PILIHAN RAYA PRU-14


Kerajaan baharu di bawah teraju Pakatan Harapan (PH) menggantikan Barisan Nasional (BN) terbentuk pada 10 Mei 2018 dengan Tun Dr Mahathir Mohamad kembali menjadi Perdana Menteri buat kali kedua. Dua detik sejarah pertama disaksikan pada 9 dan 10 Mei 2018. Sejak itu banyak perkara yang tidak diduga dan tidak dijangka sama sekali telah disaksikan. Sehingga ke hari ini banyak perkara yang tidak pernah berlaku sebelum 9 Mei 2018 terus berlaku. Antaranya, perubahan landskap politik. Beberapa penjajaran kuasa teraju telah disaksikan di kedua-dua peringkat Persekutuan dan negeri. Ini kali pertama dalam sejarah, perubahan besar berlaku dalam kedudukan parti utama yang memerintah di kedua-dua peringkat pusat dan negeri. Ekoran perubahan landskap politik negara, Perikatan Nasional (PN), gabungan terbaharu pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin, terdiri daripada Bersatu, UMNO, MIC, MCA, Pas, Gabungan Parti Sarawak (GPS), STAR Sabah dan PBS serta disokong wakil rakyat Bebas, mengambil alih kuasa peringkat Pusat daripada PH, sekali gus membentuk kerajaan negeri Perlis, Kedah, Perak, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan dan Sarawak manakala PH kekal di Pulau Pinang dan Selangor. Pilihan raya di Malaysia juga kelihatan bergerak ke arah pertandingan dan pentadbiran sistem dua parti. Ciri ini sudah mula kelihatan sejak tiga PRU yang lalu, terutama sejak tahun 2008. Persaingan dilihat di antara BN dengan Pakatan Rakyat (PR) yang kemudian dikenali sebagai PH dan kini muncul kerjasama baharu atas nama PN. PN telah didaftarkan sebagai satu gabungan politik pada Ogos lalu. PN juga pertama kali telah bertanding dalam PRN Sabah yang berlangsung pada 26 September 2020. Pilihan raya negeri itu dipanggil secara mengejut iaitu dalam tempoh 27 bulan selepas PRU14 ekoran ketidakstabilan politik di negeri itu. Menjelang hari penamaan calon, PN bersama BN dan PBS membentuk satu lagi gabungan yang dikenali sebagai Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang kini memerintah Sabah menggantikan Warisan Plus. Di Sarawak juga perubahan mengambil tempat apabila kebanyakan anggota komponen BN negeri itu keluar parti untuk menubuhkan GPS. Dalam lain perkataan kelihatan wujud gabungan khas di Semenanjung, Sabah dan Sarawak dan tiga wilayah dalam Malaysia pada hari ini. Berdasarkan maklumat diperoleh dari laman web Parlimen dan perkembangan politik semasa setakat 30 November 2020, PN mempunyai 113 kerusi di Dewan Rakyat manakala baki dalam genggam PH dan wakil rakyat Bebas. Dua kerusi iaitu Gerik dan Batu Sapi masih kosong memandangkan pilihan raya kecil tidak dapat diadakan berikutan deklarasi Proklamasi Darurat ekoran impak pandemik COVID-19. Di sebalik ketenangan sementara selepas PN berkuasa, kerajaan negeri Perak bergolak dengan krisis mengejut menggantikan menteri besar. PN berkuasa tetapi jawatan menteri besar bertukar tangan daripada Bersatu kepada UMNO. Satu keunikan menarik dalam sistem pilihan raya demokrasi adalah peluang yang sama rata dan seimbang untuk bertanding dan memilih calon yang disukai manakala calon atau parti yang menang akan ditanggungjawabkan dengan mandat untuk mentadbir selama lima tahun akan datang. Lazimnya, di Malaysia PRU akan diadakan dalam tempoh empat hingga empat setengah tahun mandat sedang berjalan. Hanya dua PRU peringkat nasional telah diadakan ketika di penghujung mandat. Pemilih mempunyai hak, peluang dan tanggungjawab untuk memilih wakil rakyat pilihan mereka. Para pengundi harus mengetahui tanggungjawab mereka. Calon dan parti yang bertanding juga mempunyai hak, peluang dan tanggungjawab mereka iaitu memastikan pencalonan mereka tidak berhadapan dengan halangan atau ditolak semasa proses penamaan calon. Jika tidak mereka akan keciciran peluang untuk bertanding. SPR mempunyai tanggungjawab mengendalikan pengurusan pilihan raya dengan cekap, bebas, adil dan bebas serta memastikan penyertaan seramai yang mungkin dalam pilihan raya. Akhirnya pilihan raya diadakan dengan matlamat untuk memilih sebuah kerajaan yang sah dan sahih untuk mentadbir negara sepanjang mandat yang diberikan. 2.PERUBAHAN LANDSKAP POLITIK


A. MANIFESTO: SuntingGabungan Pakatan Harapan telah melancarkan manifesto yang bertemakan "Membina Negara Memenuhi Harapan " untuk pilihan raya umum ke-14 pada 8 Mac 2018. Manifesto tersebut telah dilancarkan oleh calon perdana menteri mereka iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad di Pusat Konvesyen Ideal, Shah Alam di hadapan pimpinan PPBM, DAP, PKR dan Amanah.Manifesto yang menjanjikan 10 perkara, terutama meringankan beban rakyat dalam masa 100 hari pertama pentadbiran kerajaan PH itu terangkum dalam 5 teras utama Buku Harapan. Selain menenaraikan 10 janji dalam tempoh 100 hari, manifesto tersebut juga menyenaraikan 60 janji dalam tempoh lima tahun dan lima iltizam khusus. Gagasan Sejahtera (GAGASAN) yang diterajui PAS pula melancarkan manifesto "Malaysia Sejahtera " pada 18 Mac 2018 dengan menawarkan 20 perkara utama bagi menghadapi PRU-14. Pengerusi GAGASAN, Datuk Seri Hadi Awang, berkata tawaran kepada kumpulan sasar itu dalam bentuk dasar dan penyelesaian bagi mengatasi bebanan rakyat dalam jangka masa pendek dan panjang. Parti pemerintah Barisan Nasional telah membuat majlis pelancaran Manifesto BN, di Stadium Axiata Arena pada 7 April 2018. Manifesto yang bertemakan "Bersama BN Hebatkan Negaraku " itu dilancarkan sendiri oleh Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Razak. Manifesto BN untuk PRU kali ini menjadi inti pati aku janji yang terkandung dalam dokumen setebal 262 muka surat dan disifatkan oleh pucuk pimpiannya sebagai yang terbaik dan bersifat paling menyeluruh pernah dihasilkan. Berteraskan 14 tema utama merangkumi 365 inisiatif, manifesto itu disifatkan mereka mampu menyentuh denyut nadi segenap lapisan masyarakat di negara ini yang sering dahagakan limpahan kesan pembangunan. Kedua-dua pemerintah Barisan Nasional dan lawannya Pakatan Harapan telah menimbulkan pelbagai isu dan insentif bagi menarik perhatian rakyat Malaysia. 3. ISU DAN KONTROVERSI


B.KONTROVERSI HARI PENAMAAN CALON Sunting Kontroversi telah tercetus selepas enam calon pakatan pembangkang, Pakatan Harapan, hilang kelayakan pada Hari Penamaan Calon. Kes yang paling menonjol ialah Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang, apabila pegawai SPR tempatan menghalang beliau daripada mempertahankan kerusi Parlimen Batu disebabkan oleh sabitan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2 Mac tahun ini, mengenakan denda RM2,000 ke atas beliau kerana mengeluarkan perkataan kesat yang mengaibkan seorang pegawai polis, tetapi bercanggah dengan penjelasan Mahkamah Tinggi yang menjelaskan bahawa beliau layak untuk bertanding sebagai Ahli Parlimen Sementara itu, di Rantau, Negeri Sembilan, Menteri Besar Mohamad Hasan menang tanpa bertanding selepas calon pembangkang, Dr. Streram Sinnasamy dicegah daripada memasuki pusat penamaan calon, dengan alasan dia tidak mempunyai pas masuk yang sah, walaupun beliau mendakwa bahawa dia tidak pernah diberikan pas dan kenyataan bahawa tidak ada undang-undang yang mewajibkan calon harus memiliki pas untuk masuk.Empat calon pembangkang yang lain telah dilarang kerana muflis, walaupun terdapat dakwaan bahawa pemeriksaan awal dengan pihak berkuasa telah mengesahkan keupayaan mereka untuk bertanding.Tidak seperti PRU yang lepas yang melibatkan beberapa orang selebriti turut bertanding, PRU kali ini hanya menyaksikan selebriti Azwan Ali diterima bertanding di DUN Bukit Antarabangsa untuk berdepan dengan abangnya sendiri, Mohamed Azmin.Warga tua yang terkenal bertanding sebagai calon bebas dua PRU yang lepas, Maimun Yusof atau yang lebih dikenali sebagai Tok Mun, tidak dapat bertanding pada kali ini akibat tidak mempunyai wang deposit yang diperlukan untuk menjadi calon bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu, tetapi beliau mengkhabarkan sudah menabung untuk Pilihan Raya Umum ke-15. Ini menjadikan Tun Dr. Mahathir sebagai calon paling tua yang bertanding pada PRU kali ini. PRU kali ini juga turut menyaksikan pertembungan antara ahli keluarga. Antaranya ialah dua orang anak Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat iaitu Nik Abduh dan Nik Omar bertanding atas tiket parti yang berbeza iaitu masing-masing sebagai calon PAS di Parlimen Bachok dan calon Pakatan Harapan di kerusi DUN Chempaka.Pada masa yang sama, Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang akan menentang sepupunya, Datuk Seri Nasir Sakaran, bagi calon Barisan Nasional (BN) di kerusi DUN Senallang. 3. ISU DAN KONTROVERSI


C.DAKWAAN MEMBELI UNDI Sunting Gabungan pemerintah, Barisan Nasional, telah menghadapi kritikan atas pembelian undi yang didakwa. Kajian Nikkei Asia telah mengambil langkah-langkah seperti bonus tunai yang diserahkan kepada penjawat awam dan pesara, komponen utama asas sokongan, berlaku sebelum pembubaran rumah Parlimen yang lebih rendah dengan langkah-langkah lain yang diumumkan semasa jejak kempen termasuk "bantuan khas " sebanyak RM500 dan unit rumah sosial terpelihara untuk pekerja syarikat berkaitan kerajaan serta kenaikan upah minimum. Di dalam kawasan pilihan raya, Ahli Parlimen Barisan Nasional telah mendapat kritikan yang ketara daripada pengawas pemilihan Bersih, dengan tujuh daripada sepuluh orang yang dinamakan dalam "Dewan Pemecatan Kesalahan Pemilihan " mereka dari parti komponen Barisan Nasional. Musa Aman, Noh Omar, Hamzah Zainudin dan Shahanim Mohd Yusuf (BN-UMNO) serta P. Kamalanathan dan Jaspal Singh (BN-MIC) secara terang-terangan ditegur kerana menyerahkan makanan, petrol, perabot, barangan runcit dan motosikal percuma kawasan pilihan raya, dalam apa yang dilihat secara meluas sebagai percubaan untuk mengundi undi yang memihak kepada mereka.Kontroversi juga telah meletus semasa pertempuran Barisan Nasional untuk kawasan Sekinchan, dianggap kerusi parlimen yang dipegang oleh parti pembangkang DAP, di mana satu acara pilihan raya yang dianjurkan oleh Datuk Seri Jamal Yunos (ketua UMNO untuk Sungai Besar) menyokong calon tempatan Lee Yee Yuan (BN-MCA) termasuk prasmanan semua-anda-boleh-makan, peluang untuk memenangi motosikal dan hadiah wang tunai RM25,000 , serta janji pembayaran RM2,000 (setiap 50an) jika mereka dipilih.Kesemua bayaran, bersama-sama dengan derma RM150,000 yang dijanjikan dan Mercedes-Benz C200 yang ditawarkan pada acara seterusnya, dikatakan telah disumbangkan oleh " ahli perniagaan yang berjaya " di kampung nelayan kecil (penduduk: 20,000) yang mahu menunjukkan " rasa syukur " mereka kepada BN. Walaupun Yunos menafikan sebarang kesalahan, mendakwa bahawa dia bukan calon tetapi "hanya menyampaikan sumbangan daripada individu tertentu, " cawangan DAP Sekinchan telah membuat laporan polis terhadapnya kerana didakwa membeli undi.Yunos juga menghadapi kontroversi kerana ditangkap pada video yang mengeluarkan nota RM50 (AS$ 13) dari beg di sebuah majlis di Kampung Sungai Leman Bendang Utara, yang juga sebahagian daripada Sekinchan. Dia mendakwa bahawa mereka yang dibayar adalah " pekerja parti" yang bertanggungjawab untuk " memasang bendera, pungutan dan bahan lain, " tuntutan bahawa media tidak dapat mengesahkan secara bebas. Outlet media Malaysiakini menyatakan bahawa kebanyakan mereka yang dibayar tidak memakai warna Barisan Nasional, dan jumlah besar warga tua dan kanak-kanak hadir di majlis tersebut. Pakatan pembangkang utama, Pakatan Harapan, juga tidak kebal terhadap tuduhan membeli undi. Manifesto Pakatan Harapan, khususnya, menyenaraikan sebagai janji utama pemansuhan GST 6% Malaysia dan kenaikan upah minimum, yang wartawan dan penganalisis kewangan menuntut jumlah populisme tong babi yang boleh memberi kesan negatif kepada kewangan kerajaan Malaysia.[85] Bersih juga termasuk Afif Bahardin (PH-PKR) atas Dewan Kesalahan Pilihan Raya mereka dengan menggunakan program kerajaan negeri Pulau Pinang untuk memberi sumbangan seperti hamper kepada pengundi di kawasannya di Seberang Jaya. Tambahan pula, Ahmad Yakob (GS-PAS) Ketua Menteri Kelantan, dipilih sebagai kritikan selepas " menggunakan sumber kerajaan Kelantan secara berulang kali" untuk memberi manfaat kepada kempen partinya, PAS (bersaing sebagai komponen utama Gabungan Gagasan Sejahtera), termasuk dengan menyerahkan wang tunai kepada pemimpin agama di dewan kerajaan negeri yang dilindungi oleh bendera PAS. 3. ISU DAN KONTROVERSI


4. PERBELANJAAN PILIHAN RAYA Pada PRU14, SPR telah menerima sebanyak 687 pencalonan bagi kerusi Parlimen dan 1,646 pencalonan bagi kerusi DUN. Senarai perbelanjaan berjumlah RM171,675 bagi kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang telah dikemukakan oleh Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kepada agensi terbabit. Senarai perbelanjaan yang dikatakan dikemukakan Syed Saddiq kepada SPRM membabitkan bayaran deposit calon (RM10,000); deposit bahan kempen (RM5,000); permit iklan pilihan raya (RM200); iklan pilihan raya (RM50); cenderahati (RM51,784); kos penginapan (RM2,120); peredaran dan pengiklanan (RM29,100); percetakan (RM69,491); fotostat (RM750) dan lencana butang (RM3,180).Perbelanjaan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Pengerusi SPR Mohd. Hashim Abdullah mengumumkan bahawa ia membelanjakan RM500 juta bagi Pilihan Raya Umum ini,[1]RM 100 juta lebih daripada yang sebelumnya.


Pada keseluruhannya pengurusan pilihan raya di Malaysia telah berjalan dengan baik dan lancar sejak PRU yang pertama pada tahun 1959.Namun begitu, berdasarkan kepada kehendak dan keperluan semasa, sistem dan undang-undang pilihan raya boleh ditambah baik dan memerlukan penambahbaikan Tempoh selepas PRU14 juga menyaksikan pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan peruntukan kelayakan mengundi dan menjadi calon baharu diperkenalkan, iaitu 18 tahun. Beberapa negeri turut telah mengambil langkah yang sama bagi meminda Perlembagaan masing-masing. Sebanyak enam negeri telah berbuat demikian sehingga akhir tahun lalu. SPR dalam kenyataan media dua bulan yang lalu mengatakan bahawa pihaknya memerlukan masa untuk melaksanakan pendaftaran pengundi secara automatik, yang awalnya dijangka untuk dilaksanakan tahun ini, ditunda sehingga September 2022. Bagaimanapun, mereka yang berumur 18 tahun boleh menjadi calon dalam saingan peringkat Dewan Rakyat dan di beberapa negeri. Muhyiddin telah mengumumkan bahawa tidak akan ada apa pilihan raya ekoran Proklamasi Darurat.Meskipun sudah tiga tahun ketika memasuki pasca-PRU14, penjajaran baharu politik terus menjadi bahan perbualan dan perbincangan. Kestabilan muktamad belum kelihatan.Perkembangan sepanjang tiga tahun lalu telah membawa kepada keperluan untuk mengkaji undang-undang dan sistem pilihan raya negara, termasuk peruntukan dalam Perlembagaan.Keperluan ini dilihat penting bagi menyuburkan lagi semangat demokrasi, terutama dalam landskap pilihan raya demokrasi. KESIMPULAN


RUJUKAN https://www-astroawani-com.cdn.ampproject.org/v/s/www.astroawani.com/beritamalaysia/tanggal-9-mei-2018-hari-rakyat-malaysia-lakar-sejarah-207216? amp=1&amp_gsa=1&amp_js_v=a9&usqp=mq331AQIUAKwASCAAgM%3D#amp_tf=Fro m%20%251%24s&aoh=16967349337550&referrer=https%3A%2F%2Fwww.google.co m&ampshare=https%3A%2F%2Fwww.astroawani.com%2Fberitamalaysia%2Ftanggal-9-mei-2018-hari-rakyat-malaysia-lakar-sejarah-207216 https://www.bharian.com.my/berita/nasional/ 2018/04/410173/malaysia-mengundi-9-mei http://pru14.spr.gov.my/#!/home https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Pilihan_raya _umum_Malaysia_2018 https://www.astroawani.com/berita-politik/tiga-tahunselepas-pru14-politik-malaysia-belum-stabil-297350


Click to View FlipBook Version