The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Selisticahe Paul, 2022-10-04 04:05:33

Cerita Mitos & Cerita Lagenda

TUGASAN TUTORIAL

Cerita Mitos & Cerita Lagenda

Bilinbaniey Binti Yampiang

Noredma Shayfiqah

Selisticahe Paul
Sharifah Nazia Binti Zainal
Abidin

PROSA TRADISIONAL

Sastera rakyat yang seterusnya ialah lagenda yang didefinisikan sebagai cerita dongeng yang bersangkutan
dengan kisah-kisah yang bersejarah (Kamus Dewan Bahasa, 2010). Lagenda turut ditakrifkan sebagai sebuah

cerita yang dipercayai benar-benar berlaku tetapi tidak dianggap suci.

Ciri-ciri lagenda:
Sejenis komunikasi lisan yang bercorak cerita bertunjangkan kisah-kisah pahlawan atau tokoh.
Latar masa bagi karya lagenda tidak semestinya masa lampau tetapi tetap berkait dengan masa
silam.
Berhubung kait dengan zaman sekarang kerana kepercayaan terhadap keramat seperti Perigi
Hang Tuah.
Tokoh terdiri daripada manusia atau tempat yang memiliki sifat luar biasa.

LAGENDA KEAGAMAAN LAGENDA PERSEORANGAN

Karya yang menceritakan orang alim Berkaitan dengan tokoh-tokoh tertentu yang
dan penyebar agama seperti Makam dianggap peristiwa-peristiwa yang terjadi
Habib Noh dan Tok Kenali yang memang kepada tokoh tersebut benar-benar terjadi
1. Tokoh kepimpinan - Tok Perak
wujud serta menjadi bualan
masyarakat. 2. Tokoh agama - Sheikh Omar Bashyir
3. Tokoh perniagaan - Si Tanggang
LAGENDA ALAM GHAIB
LAGENDA TEMPAT
Kisah yang disangkakan benar-benar
berlaku dan pengalaman yang dialami Karya berkaitan sesebuah tempat yang kadangkala
oleh seseorang seperti menziarahi ke berkaitan dengan nama tokoh atau binatang. Lagenda
yang berunsur historiografi berkaitan peristiwa yang
alam ghaib. Lagenda alam ghaib rapat dengan fakta-fakta sejarah tempatan, berunsur
berfungsi untuk meneguhkan kebenaran tokoh istimewa seperti tempat yang diakaitkan dengan

terhadap sesebuah kepercayaan. tokoh istimewa yang menjadi pengasas tempat itu
serta berunsur tanda-tanda alam yang mempunyai

kesan dan tanda tersebut masih dapat dilihat.

Menceritakan kisah-kisah mengenai keperibadian Memuji dan menunjukkan kekuatan fizikal
dan keunggulan dalam peribadi yang berkemungkinan dan mental orang-orang Melayu.

besar memang hidup dalam sejarah. ** Contoh : Ianya dapat dilihat melalui kebijaksanaan Sultan Mansur Syah
dalam mentadbir kerajaannya. Baginda betindak menjalin hubungan
** Keunggulan tokoh-tokoh ini sering dihubungkaitkan diplomatik dengan beberapa kuasa besar sebagai langkah berjaga-jaga.
dengan watak-watak istimewa dan supernatural seperti Meskipun Siam pada ketika itu telah menyerang Melaka sebanyak dua kali
gagah berani, kuat, pintar dan sebagainya. Lagenda tewas, namun itu bukanlah bermakna mereka tidak akan menyerang
mempunyai kebanggaan bahkan kerap diteladani oleh Melaka lagi. Maka, Sultan Mansur Syah telah membuat keputusan untuk
masyarakat setempat. berbaik-baik dengan Siam.

Memperingati peristiwa penting yang Berfungsi menceritakan salasilah raja-raja.
berlaku dalam masyarakat Melayu.
** Contoh : Dibuktikan melalui Hikayat Raja-raja Pasai, iaitu mengenai salasilah
** Hal ini sangat penting bagi memastikan kelestarian cerita Merah Silau atau Sultan Malikul Saleh, yakni nama baginda selepas memeluk Islam.
terdahulu yang boleh dijadikan panduan buat generasi Pada awal hikayat ini ada disebutkan tentang salasilah Merah Silau dari awal yang
kemudian baik sebagai hiburan, pengetahuan mahupun bermula daripada kisah Raja Ahmad dan Raja Muhammad yang masing-masing
peringatan. Hal ini dapat dilihat dalam Hikayat Hang Tuah menjumpai seorang kanak-kanak (Puteri Betung) daripada buluh betung dan
yang mengisahkan pertarungan Hang Tuah dengan Hang seorang lagi dijumpai bersama-sama dengan seekor gajah (Merah Gajah). Setelah
Jebat. Kisah ini secara tidak langsung dapat membuatkan kedua-dua mereka membesar, mereka pun dikahwinkan dan dikurniakan dua
orang ramai memperingati peristiwa tersebut dan dibawa orang cahaya mata, iaitu Merah Silau dan Merah Hasum (Russell Jones, 1997).
turun temurun dari generasi ke generasi.

PROSA TRADISIONAL

Cerita zaman dahulu yang dianggap benar, terutamanya yang mengandungi unsur-unsur konsep atau
kepercayaan tentang sejarah awal kewujudan sesuatu suku bangsa, kejadian-kejadian alam (Kamus Dewan Edisi

Keempat, 2006).

Ciri-ciri Mitos:
Latar belakang cerita mitos ialah pada zaman pra-sejarah iaitu zaman "animisme".
Mengisahkan mengenai manusia atau makhluk dan peristiwa luar biasa yang di luar logik fikiran
manusia (Hashim Awang, 1986).
Watak dalam cerita mitos terdiri daripada Tuhan, makhluk halus dan dewa-dewi.
Cerita mitos dihubungkan dengan asal-usul bermulanya sesuatu kejadian, benda, binatang,
manusia, asal-usul nama tempat dan keturunan raja.

Mitos Asal-usul Mitos Institusi Sosial

Struktur pemerintahan dan kerajaan. Karya yang mengemukakan asal-usul sesebuah
Mengisahkan seorang tokoh kebangsaan yang institusi sosial dalam kalangan masyarakat.
dianggap sebagai manusia kerana mempunyai
hubungan istemewa dengan Tuhan.

Mitos Politik

Mempengaruhi gaya pemikiran masyarakat yang bersifat
mistik serta berkaitan dengan magis dan sesuatu yang
rahsia. ***Sebagai contohnya, Kisah Tasik Chini.
Memberikan penjelasan tentang alam atau dunia fisik.

Menerangkan perasaan ingin tahu Fungsi Memberikan pembenaran (justifikasi)
manusia terhadap sesuatu kejadian Mitos dan penjelasan tentang keadan
sesuatu atau status sesuatu yang
alam yang tidak dapat dijawab kelihatannya ganjil atau aneh.
dengan menggunakan pemikiran
Memberikan penghiburan
biasa. kepada pendengar tentang
asal-usul mengenai kejadian
Menerangkan sebab dan dalam kehidupan mereka.
akibat terjadinya sesuatu
kejadian atau peristiwa.

CERITA LAGENDA

Lagenda Riwayat Siit

SINOPSIS

Lagenda ‘Riwayat Siit’ mengisahkakan tentang seorang pemuda tampan bernama Siit yang hidup sebatang kara di Kampung
Limbawang. Siit telah kehilangan kedua ibu bapanya sejak kecil lagi disebabkan oleh pergaduhan besar yang berlaku antara
keluarga Rontob dan Siit. Sebelum ibu bapa Siit meninggal dunia, mereka ada mewariskan ilmu kesaktian kepada Siit yang
diwarisi sejak turun temurun lagi. Hal ini sangatlah berguna dan membantu Siit untuk menjalani kehidupan hariannya di
kampung.

Siit merupakan pemuda yang baik hati dan sentiasa membantu penduduk kampung yang dilanda masalah. Namun di sebalik
perbuatan baik Siit itu ada sosok yang iri hati terhadap dirinya. Rontob yang merupakan seorang ketua kampung yang angkuh
dan dingin di Kampung Limbawang adalah salah satu daripada yang membenci Siit. Rontob juga merupakan datuk yang jahat. Dia
sanggup menyeksa cucunya sendiri semata-mata untuk memisahkannya dengan Siit.

Tawie Si pemuda yang penuh dengan iri hati terhadap Siit merupakan dalang dari segala yang terjadi. Dia telah menuduh
Siit dan Lamayan melakukan perbuatan tidak senonoh. Ini menyebabkan kemarahan Rontob terhadap Siit semakin membara.
Disebabakan oleh perbuatan Tawie yang melaga-lagakan kemarahan Rontob, Siit dan Lamayan telah dikorbankan sehingga
membawa bencana yang besar di Kampung Limbawang. Kampung yang dulunya itu dilimpahi dengan hasil tanaman yang banyak
kini hanya tinggal nama sahaja. Sumpahan Siit terhadap Kampung Lambayan menyebabkan banyak penduduk kampung berpindah
dari kampung tersebut kerana punca pendapatan dan bekalan makanan tidak lagi didapati di sana.

TEMA

Cerita ini bertemakan percintaan yang dihalang oleh orang tua.
Contohnya, dalam cerita ini Rontob menghalang Siit daripada bercinta dengan cucunya Lamayan kerana wujudnya
permusuhan antara kedua belah pihak menyebabkan Rontob masih berdendam dengan keluarga Siit.

PERSOALAN

1.Persoalan tentang hasad dengki seseorang. Contohnya, Rontod yang dengki akan keluarga Siit mempunyai ilmu
kesaktian yang telh diwarisi sejak turun temurun.

2.Persoalan tentang kasih sayang. Contohnya, Siit jatuh hati dengan Lamayan namun datuknya Rontod tidak merestui
cinta mereka akibat daripada peristiwa pergaduhan antara keluarga Siit dengan Rontod.

3.Persoalan tentang hubungan kekeluargaan. Contohnya, Rontod lebih mementingkan maruah dirinya berbanding
hubungan sesama keluarganya sendiri hingga dia sanggup menanam Lamayan yang merupakan cucunya sendiri.

PERUMITAN KLIMAKS
Siit membantu orang kampung dengan menggunakan kuasa saktinya Rontod berasa amat malu dan mencuba untuk
untuk menghentikan hujan. Siit juga berbahagi-bahagi bekalan
makanannya kepada penduduk kampung kerana mereka sudah tidak menghukum cucunya dan Siit. Dia ingin menanam Siit dan
makan beberapa hari. Tetapi Tawie dengki akan kebaikan Siit itu, dia Lamayan di dalam tanah dengan bantuan orang-orang
memfitnah bahawa Siit dan Lamayan telah melakukan perkara sumbang suruhannya. Namun belum sempat hajatnya tercapai
mahram dengan memberitahu datuk Lamayan, Rontod. ribut melanda kampung itu dan berlakunya gempa bumi
hingga menyebabkan Rontod dan pengikutnya ditelan

tanah dan lesap begitu sahaja. Manakala Siit dan Lamayan
mati bersama-sama tertimbus oleh tanah.

PERKEMBANGAN BINAAN PLOT

Kampung Limbawang dilanda hujan lebat dan
banjir hingga mengakibatkan tanaman
penduduk kampung rosak.

PERMULAAN PELERAIAN

Siit membantu Lamayan dan mengantarnya ke Kampung Limbawang tidak dihuni oleh sesiapa
rumah hingga mengundang amarah Rontod. lagi selepas kejadian itu kerana Siit telah

menyumpah bahawa tanah di kampung itu akan
tidak subur seperti dahulu kala lagi.

WATAK DAN PERWATAKAN

Siit Lamayan
1.Seorang yang baik hati. Contohnya Siit sanggup memberikan bekalan 1.Seorang yang cantik. Contohnya, kecantikan Lamayan telah membuat hati

makanannya kepada penduduk yang sudah beberapa hari tidak makan akibat Siit cair walaupun dia tahu dia tidak boleh bercinta dengan ahli keluarga
daripada hujan lebat yang tidak berhenti. Rontob.
2.Seorang yang yatim piatu. Contohnya Siit dari kecil lagi hidup sebatang kara 2.Seorang yang berbudi bahasa. Contohnya, Lamayan mengucapkan terima
kerana kedua ibu bapa meninggal dalam pergaduhan besar bersama Rontob. kasih setelah Siit membantunya mengandar bakulnya kerana kaiknya cedera
3.Seorang yang sanggup berkorban demi cinta hatinya. Contohnya, Siit akibat terjatuh.
mengatakan bahawa biarla dia yang pergi meninggalkan Lamayan agar Lamayan 3.Seorang yang menghormati orang tua. Contohnya, walaupun Rontob
tidak disakiti lagi oleh datuknya Rontod. mengurung Lamayan dalam bilik selama seminggu namun dia menghormati
keputusan datuknya itu tanpa melawan arahan Rontod.

Rontob
1.Seorang yang penuh dengan hasad dengki. Contonhnya, Rontob memang tidak suka akan keturunan keluarga Siit

kerana mereka mempunyai ilmu kesaktian yang hebat berbanding dirinya hanyalah orang biasa sahaja.
2.Seroang yang tidak bertanggungjawab. Contohnya, Rontob tidak membantu pun orang kampung ketika dilanda

musibah malah dia ingin menyusahkan orang kampung Limbawang sedangkan dia ketua kampung mereka.
3.Seorang yang mementingkan diri sendiri. Contohnya Rontob hanya menggunakan bekal makanannya untuk keluarganya

sahaja dan membiarkan penduduk kampung tidak makan walaupun dia tahu kampung mereka sedang dilanda banjir dan
hujan lebat.

Dialog Contohnya, ketika Siit terlanggar Lamayan di tepi jalan.
” Aduh !” jerit Lamayan. Dia jatuh tersungkur bersama bakul yang berisi hasil kebunnya. Siit dengan pantas menolong Lamayan
yang terjatuh itu.
“Lamayan” kata Siit “Siit minta maaf, tidak sengaja terlanggar Lamayan.”
“Tidak mengapa Siit, bukan salah Siit. Lamayan yang terburu-buru.” Sambil memasukkan isi-isian bakulnya semula.

Monolog Contohnya ketika Siit tengah berfikir untuk membantu orang kampung.
dalaman “Siit mesti membantu penduduk kampung, apalah guna ilmu ini diwarisi jika tidak Siit gunakan.” Siit berkata dalam hatinya
setelah berpikir panjang sepanjang hari.

Monolog Contohnya ketika Siit memohon kepada langit untuk memberhentikan hujan lebat yang melanda kampung mereka.
Siit pun mengeluarkan satu tongkat yang ibunya serahkan padanya sebelum meninggal dan menghunusnya ke langit. “Jika ini
ujianmu kami memohon berhentikan lah hujan ini, selamatkan lah orang-orang kampung ini.”

LATAR 1.Masyarakat yang baik hati. Contohnya, Siit yang membantu Lamayan mengandarkan bakulnya kerana kaki Lamayan
MASYARAKAT tercedera.

2.Masyarakat yang tolong menolong. Contohnya, Siit membantu penduduk kampung yang ketiadaan bekalan makanan
semasa Kampung Limbawang ditimpa musibah.

3.Masyarakat yang penyayang. Contohnya, Lamayan yang sanggup mati bersama Siit kerana dia amat menyayangi Siit
walaupun hubungan mereka tidak direstui oleh datuknya Rontod.

LATAR 1.Latar masa pada waktu matahari terbenam. Contohnya, Siit mula pulang ke rumahnya daripada bekerja seharian di
MASA kebun apabila matahari mulai terbenam pada waktu petang.

2.Latar masa pada waktu subuh. Contohnya, Siit pergi ke kebunnya pada waktu -pagi-pagi lagi.

LATAR 1.Latar tempat di Kampung Limbawang. Contohnya, tempat di mana berlakunya, banjir dan hujan lebat yang menimpa
TEMPAT penduduk kampungnya.

2.Latar tempat di hadapan rumah Rontod. Contohnya, Rontod naik marah apabila melihat kemesraan antara Siit dan
Lamayan ketika Siit membantu Lamayan mengandar bakul miliknya dan menghantarnya pulang.

3.Latar tempat di tepi jalan. Contohnya, Siit dan Lamayan berlanggar di tepi jalan sehingga Lamayan terseliuh
kakinya.

Nilai

1.Nilai kesetiaan - Siit dan Lamayan saling setia antara satu sama lain hingga mereka sanggup mati
bersama-sama sebagai pengakhiran daripada hidup mereka.

2.Nilai kasih sayang - Rontod tidak menyayangi ahli keluarganya, dia lebih mementingkan maruah
dirinya dan kekayaannya.

3.Nilai tanggungjawab - Rontod tidak melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang ketua
kampung malah dia mengambil kesempatan ke atas penduduk kampung dengan mengambil hasil
tanaman mereka.

4.Nilai berhemah tinggi - Walaupun Siit hidup sebatang kara namun dia sentiasa merendah diri
terhadap penduduk kampung dan sebab itulah dia disenangi oleh seluruh penduduk kampung.

Pengajaran

1.Kita mestilah sentiasa baik hati terhadap orang sekitar kita. Misalnya, Siit yang memberikan bekalan makanannya
kepada penduduk sekitar Kampung Limbawang kerana mereka tidak makan selama beberapa hari akibat daripada
hujan yang berlarutan dan banjir.

2.Kita haruslah saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Misalnya, Tawie yang tidak dijemput itu lansung
naik ke atas rumah Rontod tanpa segan silu.

3.Kita perlulah saling sayang-menyayangi antara satu sama lain. Misalnya, Siit dan Lamayan saling menyayangi antara
satu sama lain dengan cara mereka sanggup mati bersama-sama sebagai pengakhiran daripada hidup mereka.

4.Kita hendaklah menghindari sikap tamak haloba. Misalnya, Rontod yang suka mengambil kesempatan ke atas
penduduk Kampung Limbawang dengan mengambil hasil tanaman kebun mereka sedangkan dia merupakan seorang
ketua di kampung tersebut.

CERITA MITOS :



SI BADANG DAN



SANG BUAYA

Cerita ini mengisahkan Badang yang pergi memancing di
sungai Gayang yang mana di situlah sang buaya yang
menghuni sungai itu meminta pertolongannya untuk merawat
saudaranya yang cedera. Sang buaya juga berjanji akan
menunaikan permintaan Badang sekiranya dia sudi
membantu. Akhirnya, Badang bersetuju untuk membantu. Ubat
yang diperlukan untuk menyembuhkan luka saudara sang
buaya terletak di gua di kaki gunung. Oleh itu, Badang pun
pergi mencarinya.Sesudah mendapatkan daun herba itu,
Badang segera mengubati luka saudara sang buaya. Sebagai
balasan, sang buaya menepati janjinya dengan menunaikan
permintaan Badang iaitu tidak akan menyerang atau
membaham keturunannya lagi.

Tema cerita ini ialah keberanian seseorang dalam melakukan sesuatu perkara
demi kepentingan keturunannya. Sebagai contoh,

Walaupun Sungai Gayang terkenal dengan peristiwa dimana Sang Buaya
telah membunuh ramai penduduk kampung yang memancing ikan di
sungai tersebut, tetapi Badang tetap berkeras hendak pergi ke Sungai
Gayang itu. Seterusnya, Badang sedikit pun tidak berasa takut dengan
kehadiran Sang Buaya itu di dasar sungai, malah Badang dengan
beraninya menjawab pertanyaan Sang Buaya dan membantu Sang Buaya
untuk menolong mencari ubat penawar bagi mengubatinya saudara Sang
Buaya itu. Selain itu, Badang dengan tanpa rasa ragu-ragu dan takut pergi
menuju ke dalam hutan yang menempatkan sebuah gunung yang mana
gunung tersebut adalah tempat terletaknya ubat penawar tersebut.
Sesudah mendapatkan ubat penawar tersebut, Badang pun segera
mengubati luka saudara Sang Buaya. Akhir sekali, badang pun meminta
Sang Buaya untuk memenuhi permintaannya yang menginginkan Sang
Buaya dan kerabatnya untuk berjanji agar tidak menyerang atau
membaham keturnaannya lagi.

Badang Seorang yang berani :
Contohnya, Walaupun Sungai Gayang terkenal dengan peristiwa dimana Sang Buaya telah membunuh ramai penduduk
kampung yang memancing ikan di sungai tersebut, tetapi Badang tetap berkeras hendak pergi ke Sungai Gayang itu.
Badang sedikit pun tidak berasa takut dengan kehadiran Sang Buaya itu di dasar sungai, malah Badang dengan
beraninya menjawab pertanyaan Sang Buaya dan membantu Sang Buaya untuk menolong mencari ubat penawar bagi
mengubatinya saudara Sang Buaya.
Badang dengan tanpa rasa ragu-ragu dan takut pergi menuju ke dalam hutan yang menempatkan sebuah gunung yang
mana gunung tersebut adalah tempat terletaknya ubat penawar bagi merawat saudara Sang Buaya yang terluka.

Seorang yang baik hati :
Contohnya, walaupun Sang Buaya pernah membunuh banyak penduduk kampung yang memancing di Sungai Gayang,
tetapi Badang sudi membantu Sang Buaya untuk mencari ubat herba bagi menyembuhkan saudara Sang Buaya
tersebut.
Contohnya, Badang membantu nenek yang sedang kelaparan di tengah hutan dengan memberikan bekalan makanan
yang dibawanya dari rumah.

Seorang yang ikhlas :
Walaupun Badang hidup dalam serba kekurangan, tetapi dia tidak pernah meminta balasan/ganjaran daripada orang-
orang yang dibantunya.

Seorang yang bijak :
Contohnya, Badang mendapati bahawa tiada sebarang titi yang boleh digunakan untuk menyeberangi sungai di dalam
hutan itu, lalu tanpa berlengah dia pun terus mencari di sekelilingnya jika ada sebarang kayu atau pohon tumbang yang
boleh dijadikan titi.

Karim Sahabat baik Badang di kampung.
Seorang yang bersikap setia kawan :
Sang Penghuni Sungai Gayang.
Buaya Berpegang kepada janji : Karim amat prihatin akan keselamatan
Badang sehingga Karim berkeras
Sesudah Si Badang mendapatkan ubat penawar menghalang Badang daripada pergi
dan merawat luka saudaranya, Sang Buaya pun ke Sungai Gayang itu.
berpegang kepada janjinya untuk memenuhi
permintaan Si Badang yang menginginkan Sang Nenek / Penghuni hutan.
Buaya dan kerabatnya untuk berjanji agar tidak Puteri Bunian Seorang yang mengenang budi :
menyerang atau membaham keturunannya lagi.
Prihatin Oleh kerana Si Badang telah
Sang Buaya amat prihatin akan keadaan membantu dirinya yang kelaparan
saudaranya yang dipanah oleh seorang dengan memberikan bekalan
pemburu yang mempunyai ilmu sihir. Sang makanan maka nenek pun membantu
Buaya sanggup meminta tolong kepada Si Badang untuk menyeberangi sungai
manusia untuk membantunya mendapatkan dengan cara pandangan mata
ubat penawar yang terletak di gunung yang kasarnya untuk melihat titi tersebut.
berada di tengah hutan.

PERUMITAN KEMUNCAK

Badang pergi mencari herba.Namun begitu,di tengah perjalanan tidak ada Badang segera mendapatkan daun herba di gua
jambatan yang membolehkan dia menyeberangi sungai. Tiba-tiba muncul tersebut dan membawanya kepada sang buaya
seorang nenek tua yang kelaparan. Badang pun memberi bekalnya kepada lalu merawat luka saudara sang buaya.
nenek itu.Nenek yang sebenarnya merupakan penjaga hutan membuka
pandangan matanya sehingga Badang melihat jambatan dan .
membolehkannya menyeberangi sungai.
.. PELERAIAN

PERKEMBANGAN Sang buaya menepati janjinya
dengan menunaikan permintaan
Semasa memancing, tiba-tiba muncullah seekor Badang iaitu,tidak akan menyerang
buaya di sungai tersebut.Buaya itu meminta atau membaham keturunannya lagi.
pertolongan Badang untuk mendapatkan daun
herba di sebuah gua agar saudaranya yang .
terluka dapat disembuhkan. Sang buaya akan
tunaikan satu permintaan Badang sekiranya dia
sudi membantu. Badang pun bersetuju untuk
membantu.

PERMULAAN BINAAN PLOT

Badang ingin pergi memancing di sungai Gayang.
Walaupun, Karim menghalangnya namun Badang
tetap berkeras untuk pergi memancing.

1. Dialog
-Kebanyakan dialog berlaku antara Badang dan sang buaya.
Contohnya:
*“ Wahai pemuda yang budiman, bolehkah engkau membantu aku?”,ujar
buaya itu.
*Badang pun dengan tenangnya menjawab ” Wahai Sang Buaya, apakah
yang boleh aku bantu ?”.

2. Kejutan
-Kemunculan sang buaya secara tiba-tiba dan seterusnya ia
menyatakan hasratnya untuk meminta pertolongan dari Badang..

LATAR MASYARAKAT

Masyarakat yang berani dalam melakukan sesuatu perkara .
Contohnya, walaupun Sang Buaya pernah membunuh banyak penduduk kampung yang memancing di Sungai Gayang, tetapi
Badang sudi membantu Sang Buaya untuk mencari ubat herba bagi menyembuhkan saudara Sang Buaya tersebut.
Badang tidak berasa takut dengan kehadiran Sang Buaya itu di dasar sungai, malah Badang dengan beraninya menjawab
pertanyaan Sang Buaya.
Tanpa ada rasa ragu dan takut, Badang pergi menuju ke dalam hutan yang menempatkan untuk mencari ubat penawar bagi
merawat saudara Sang Buaya yang terluka.

Masyarakat yang baik hati dalam membantu orang disekelilingnya.
Contohnya, Badang membantu nenek yang sedang kelaparan di tengah hutan dengan memberikan bekalan makanan yang
dibawanya dari rumah.
Badang juga sering membantu orang disekelilingnya sehingga dirinya disenangi oleh penduduk kampung.


Masyarakat yang mengambil berat terhadap keselamatan sahabatnya.
Karim amat prihatin akan keselamatan Badang sehingga Karim berkeras menghalang Badang daripada pergi ke Sungai Gayang itu.

Masyarakat yang tidak mengharapkan apa-apa balasan dalam membantu orang lain.
Walaupun Badang hidup dalam serba kekurangan, tetapi dia tidak pernah meminta balasan/ganjaran daripada orang-orang yang
dibantunya.

Masyarakat yang bijak dalam mencari jalan penyelesaian sesuatu masalah.
Badang mendapati bahawa tiada sebarang titi yang boleh digunakan untuk menyeberangi sungai di dalam hutan itu, lalu tanpa
berlengah dia pun terus mencari di sekelilingnya jika ada sebarang kayu atau pohon tumbang yang boleh dijadikan titi.


Masyarakat yang menghargai pertolongan orang lain.
Oleh kerana Si Badang telah membantu nenek yang kelaparan dengan memberikan bekalan makanan, maka nenek pun membantu Si
Badang untuk menyeberangi sungai dengan membuka pandangan mata kasarnya untuk melihat titi tersebut.

LATAR TEMPAT

-Kampung Sariyan
Tempat tinggal Badang dan Karim.
Badang menceritkan niatnya kepada sahabatnya Karim bahawa dia ingin ke Sungai Gayang.

-Sungai Gayang
Badang memancing ikan.
Badang bertemu dengan Sang Buaya.
Sang Buaya meminta pertolongan Si Badang bagi mencari ubat penawar untuk merawat saudaranya yang terluka.
Sang Buaya menngabuli permintaan Si Badang yang meminta dia dan kerabatnya untuk tidak lagi membaham atau menyerang keturunan
Si Badang.

-Hutan
Si Badang bertemu dengan seorang nenek tua yang dalam kelaparan lalu membantu nenek tersebut dengan memberikannya bekalan
makanan.
Si Badang mencari kayu atau pohon yang tumbang untuk dijadikan titi bagi menyeberangi sungai yang terletak di situ.
Si Badang telah mengetahui perkara sebenar bahawa nenek tua yang dibantunya seketika tadi merupakan seorang puteri bunian yang
menjaga hutan tersebut.
Puteri bunian yang menyamar sebagai nenek tua telah membuka pandangan mata kasar Si Badang agar Si Badang dapat melihat titi
tersebut.

-Gunung
Tempat dimana Badang mengambil daun herba yang merupakan ubat penawar untuk luka saudara Sang Buaya.

LATAR MASA

-Keeseokan hari
Badang pergi ke dalam hutan bagi mendapatkan ubat penawar yang diminta oleh Sang Buaya..

KEBERANIAN Contohnya, Walaupun Sungai Gayang terkenal dengan peristiwa dimana Sang Buaya telah
membunuh ramai penduduk kampung yang memancing ikan di sungai tersebut, tetapi Badang
KEBIJAKSANAAN tetap berkeras hendak pergi ke Sungai Gayang itu.
Badang sedikit pun tidak berasa takut dengan kehadiran Sang Buaya itu di dasar sungai, malah
Badang dengan beraninya menjawab pertanyaan Sang Buaya dan membantu Sang Buaya untuk
menolong mencari ubat penawar bagi mengubatinya saudara Sang Buaya.
Badang dengan tanpa rasa ragu-ragu dan takut pergi menuju ke dalam hutan yang menempatkan
sebuah gunung yang mana gunung tersebut adalah tempat terletaknya ubat penawar bagi
merawat saudara Sang Buaya yang terluka.

Badang mendapati bahawa tiada sebarang titi yang boleh digunakan untuk menyeberangi sungai
di dalam hutan itu, lalu tanpa berlengah dia pun terus mencari di sekelilingnya jika ada sebarang
kayu atau pohon tumbang yang boleh dijadikan titi.

KEIKHLASAN Contohnya, walaupun Badang hidup dalam serba kekurangan, tetapi dia tidak pernah meminta
balasan/ganjaran daripada orang-orang yang dibantunya.

BAIK HATI Contohnya, Badang membantu nenek yang sedang kelaparan di tengah hutan dengan memberi
bekalan makanan yang dibawanya dari rumah.
KEPRIHATINAN Contohnya, walaupun Sang Buaya pernah membunuh banyak penduduk kampung yang
memancing di Sungai Gayang, tetapi Badang sudi membantu Sang Buaya untuk mencari ubat
SETIA KAWAN herba bagi menyembuhkan saudara Sang Buaya tersebut.

MENGENANG Sang Buaya amat prihatin akan keadaan saudaranya yang dipanah oleh seorang pemburu yang
BUDI mempunyai ilmu sihir. Sang Buaya sanggup meminta tolong kepada manusia untuk membantunya
mendapatkan ubat penawar yang terletak di gunung yang berada di tengah hutan.

Misalnya, Sahabat Badang yang bernama Karim prihatin akan keselamatan Badang sehingga
Karim berkeras menghalang Badang daripada pergi ke Sungai Gayang itu.

Oleh kerana Si Badang telah membantu nenek yang kelaparan dengan memberikan bekalan
makanan, maka nenek pun membantu Si Badang untuk menyeberangi sungai dengan membuka
pandangan mata kasarnya untuk melihat titi tersebut.

Kita hendaklah berani menghadapi apa jua Kita hendaklah bijak dalam mencari jalan
rintangan dalam melakasanakan sesuatu perkara. penyelesaian sesuatu masalah yang dihadapi.

Contohnya, walaupun Sang Buaya pernah membunuh banyak Badang mendapati bahawa tiada sebarang titi yang boleh
penduduk kampung yang memancing di Sungai Gayang, tetapi digunakan untuk menyeberangi sungai di dalam hutan itu,
Badang sudi membantu Sang Buaya untuk mencari ubat herba lalu tanpa berlengah dia pun terus mencari di
bagi menyembuhkan saudara Sang Buaya tersebut. sekelilingnya jika ada sebarang kayu atau pohon tumbang
Badang tidak berasa takut dengan kehadiran Sang Buaya itu di yang boleh dijadikan titi.
dasar sungai, malah Badang dengan beraninya menjawab
pertanyaan Sang Buaya.
Tanpa ada rasa ragu dan takut, Badang pergi menuju ke dalam
hutan yang menempatkan untuk mencari ubat penawar bagi
merawat saudara Sang Buaya yang terluka.
Badang juga berani membuat permintaan dengan Sang Buaya
dimana dia meminta agar keturunannya tidak lagi dijadikan
mangsa makanan oleh Sang Buaya dan kerabatnya.

Kita haruslah ikhlas dalam membantu orang Kita mestilah saling tolong-menolong sesama kita
disekeliling kita tanpa mengharapan balasan. tidak kira tua atau muda.

Walaupun Badang hidup dalam serba kekurangan, tetapi Contohnya, Badang membantu nenek yang sedang
dia tidak pernah meminta balasan/ganjaran daripada kelaparan di tengah hutan dengan memberikan bekalan
orang-orang yang dibantunya. makanan yang dibawanya dari rumah.
Badang juga sering membantu orang disekelilingnya
Kita perlulah bersikap prihatin terhadap orang sehingga dirinya disenangi oleh penduduk kampung.
sekeliling kita. Oleh kerana Si Badang telah membantu nenek yang
kelaparan dengan memberikan bekalan makanan, maka
Misalnya, sahabat Badang yang bernama Karim prihatin nenek pun membantu Si Badang untuk menyeberangi
akan keselamatan Badang sehingga Karim berkeras sungai dengan membuka pandangan mata kasarnya
menghalang Badang daripada pergi ke Sungai Gayang untuk melihat titi tersebut.
itu.

SEKIAN,
TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version