The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Selisticahe Paul, 2022-09-09 01:43:42

Kumpulan 4 - Cerita Mitos & Cerita Lagenda

pdf_20220909_133842_0000 (1)

BMMB3193

TUGASAN TUTORIAL

Cerita Mitos & Cerita Lagenda

Kumpulan 4

Ahli Kumpulan :

1.Bilinbaniey Binti Yampiang
2.Noredma Shayfiqah
3.Selisticahe Paul
4.Sharifah Nazia Binti Zainal Abidin

PROSA TRADISIONAL : MITOS

Definisi Ciri-ciri

Cerita zaman dahulu yang dianggap benar, Latar belakang cerita mitos ialah pada zaman pra-sejarah iaitu
terutamanya yang mengandungi unsur-unsur zaman "animisme".
Mengisahkan mengenai manusia atau makhluk dan peristiwa luar
konsep atau kepercayaan tentang sejarah biasa yang di luar logik fikiran manusia (Hashim Awang, 1986).
awal kewujudan sesuatu suku bangsa, Watak dalam cerita mitos terdiri daripada Tuhan, makhluk halus dan
dewa-dewi.
kejadian-kejadian alam (Kamus Dewan Edisi Cerita mitos dihubungkan dengan asal-usul bermulanya sesuatu
Keempat, 2006). kejadian, benda, binatang, manusia, asal-usul nama tempat dan
keturunan raja.

cerita MITOS

Mitos Asal-usul Mitos Politik

Mempengaruhi gaya pemikiran masyarakat Struktur pemerintahan dan kerajaan.
yang bersifat mistik serta berkaitan dengan ***Contoh : Hikayat Raja-raja Pasai
magis dan sesuatu yang rahsia. ***Sebagai Mengisahkan seorang tokoh kebangsaan yang
dianggap sebagai manusia kerana mempunyai
contohnya, Kisah Tasik Chini. hubungan istemewa dengan Tuhan.
Memberikan penjelasan tentang alam atau

dunia fisik.

Mitos Institusi Sosial

Karya yang mengemukakan
asal-usul sesebuah institusi sosial

dalam kalangan masyarakat.

Menerangkan perasaan ingin Menerangkan sebab dan
tahu manusia terhadap sesuatu akibat terjadinya sesuatu
kejadian alam yang tidak dapat kejadian atau peristiwa.
dijawab dengan menggunakan

pemikiran biasa.

fungsi cerita
MITOS
Memberikan pembenaran Memberikan penghiburan
(justifikasi) dan penjelasan tentang Ahli Antropologi : kepada pendengar tentang
Memberikan pengesahan asal-usul mengenai kejadian
keadan sesuatu atau status atau sokongan terhadap dalam kehidupan mereka.
sesuatu yang kelihatannya ganjil
sesuatu institusi sosial.
atau aneh.

PROSA TRADISIONAL : LAGENDA

Sastera rakyat yang seterusnya ialah lagenda yang didefinisikan sebagai cerita
dongeng yang bersangkutan dengan kisah-kisah yang bersejarah (Kamus Dewan
Bahasa, 2010). Lagenda turut ditakrifkan sebagai sebuah cerita yang dipercayai
benar-benar berlaku tetapi tidak dianggap suci.

Ciri-ciri lagenda:
Sejenis komunikasi lisan yang bercorak cerita bertunjangkan kisah-
kisah pahlawan atau tokoh.
Latar masa bagi karya lagenda tidak semestinya masa lampau tetapi
tetap berkait dengan masa silam.
Berhubung kait dengan zaman sekarang kerana kepercayaan
terhadap keramat seperti Perigi Hang Tuah.
Tokoh terdiri daripada manusia atau tempat yang memiliki sifat luar
biasa.

LAGENDA KEAGAMAAN LAGENDA PERSEORANGAN

Karya yang menceritakan orang alim Berkaitan dengan tokoh-tokoh tertentu yang
dan penyebar agama seperti Makam dianggap peristiwa-peristiwa yang terjadi
Habib Noh dan Tok Kenali yang memang kepada tokoh tersebut benar-benar terjadi
1. Tokoh kepimpinan - Tok Perak
wujud serta menjadi bualan
masyarakat. 2. Tokoh agama - Sheikh Omar Bashyir
3. Tokoh perniagaan - Si Tanggang
LAGENDA ALAM GHAIB
LAGENDA TEMPAT
Kisah yang disangkakan benar-benar
berlaku dan pengalaman yang dialami Karya berkaitan sesebuah tempat yang kadangkala
oleh seseorang seperti menziarahi ke berkaitan dengan nama tokoh atau binatang. Lagenda
yang berunsur historiografi berkaitan peristiwa yang
alam ghaib. Lagenda alam ghaib rapat dengan fakta-fakta sejarah tempatan, berunsur
berfungsi untuk meneguhkan kebenaran tokoh istimewa seperti tempat yang diakaitkan dengan

terhadap sesebuah kepercayaan. tokoh istimewa yang menjadi pengasas tempat itu
serta berunsur tanda-tanda alam yang mempunyai

kesan dan tanda tersebut masih dapat dilihat.

LAGENDA

Kebiasaannya cerita Cerita yang mengisahkan
lagenda dimasukkan sejarah satu-satu tempat atau
ke dalam unsur-unsur peristiwa dan zaman silam.
mitos yang bertujuan Lagenda mengisahkan tentang
mengagungkan seorang tokoh manusia yang
seseorang tokoh. memiliki keistimewaan seperti
Namun demikian kebernian dan kehandalan luar
biasanya masih dapat biasa.
dibuktikan dengan Setiap penempatan yang
kewujudan tanda bersejarah lama mempunyai
Islam. lagendanya sendiri. Misalnya
di Langkawi (Lagenda

Mahsuri) dan di Melaka
(Lagenda Hang Tuah) dan di
Melaka (Lagenda Puteri
Sadong).

lagenda

Secara umumnya, legenda-legenda ini
sengaja diwujudkan dengan tujuan-
tujuan tertentu yang dihubungkan
dengan seseorang tokoh, raja,
pahlawan, ulama dan sebagainya.
Pelbagai sanjungan diberikan kepada
individu-individu tersebut. Di samping itu,
sanjungan tersebut pula lahir sesuai
dengan fungsinya yang berfungsi
memperbesar-besarkan taraf, keturunan
dan kedudukan raja yang disanjung.

Fungsi Cerita Legenda

Menceritakan kisah-kisah mengenai keperibadian
dan keunggulan dalam peribadi yang
berkemungkinan besar memang hidup dalam sejarah.

Keunggulan tokoh-tokoh ini sering dihubungkaitkan
dengan watak-watak istimewa dan supernatural seperti
gagah berani, kuat, pintar dan sebagainya. Lagenda
mempunyai kebanggaan bahkan kerap diteladani oleh
masyarakat setempat.

Memuji dan menunjukkan kekuatan fizikal dan mental
orang-orang Melayu.

Contohnya, ianya dapat dilihat melalui kebijaksanaan Sultan
Mansur Syah dalam mentadbir kerajaannya. Baginda betindak
menjalin hubungan diplomatic dengan beberapa kuasa besar
sebagai langkah berjaga-jaga. Meskipun Siam pada ketika itu
telah menyerang Melaka sebanyak dua kali tewas, namun itu
bukanlah bermakna mereka ridak akan menyerang Melaka lagi.
Maka, Sultan Mansur Syah telah membuat keputusan untuk
berbaik-baik dengan Siam.

Fungsi Cerita Legenda

Memperingati peristiwa penting yang berlaku
dalam masyarakat Melayu.

Hal ini sangat penting bagi memastikan kelestarian cerita-
cerita terdahulu yang boleh dijadikan panduan buat generasi
terkemudian baik sebagai hiburan, pengetahuan mahupun
peringatan. Hal ini dapat dilihat dalam Hikayat Hang Tuah
yang mengisahkan pertarungan Hang Tuah dan Hang Jebat.
Kisah ini secara tidak langsung dapat membuatkan orang
ramai memperingati peristiwa tersebut dan dibawa turun-
temurun dari generasi ke generasi.

Berfungsi menceritakan salasilah raja-raja.

Hal ini dapat dibuktikan melalui Hikayat Raja-raja Pasai, iaitu mengenai
salasilah Merah Silau atau Sultan Malikul Saleh, yakni nama baginda
selepas memeluk Islam. Pada awal hikayat ini ada disebutkan tentang
salasilah Merah Silau dari awal yang bermula daripada kisah Raja
Ahmad dan Raja Muhammad yang masing-masing menjumpai seorang
kanak-kanak (Puteri Betung) daripada buluh betung dan seorang lagi
dijumpai bersama-sama dengan seekor gajah (Merah Gajah). Setelah
kedua-dua mereka membesar, mereka pun dikahwinkan dan
dikurniakan dua orang cahaya mata, iaitu Merah Silau dan Merah
Hasum (Russell Jones, 1997).

CERITA MITOS

SI GAGAH DAN SANG BUAYA

OLEH : BILINBANIEY
NOREDMA
SHARIFAH
SELISTICAHE

Di sebuah kampung yang bernama Kampung Sariyan, tinggallah seorang pemuda yang
gagah perkasa bernama Badang. Orang kampung sangat menyenanginya kerana Badang
seorang yang gagah perkasa, pemurah dan baik hati. Walaupun dia hidup dalam serba
kekurangan, namun dia tidak pernah meminta ganjaran daripada orang-orang yang
dibantunya.

Pada suatu hari, Badang menceritakan niatnya kepada sahabatnya bahawa dia ingin ke
Sungai Gayang yang terletak di hujung kampung mereka. Kemudian, sahabatnya terkejut
kerana sungai tersebut sudah lama tidak dikunjungi untuk memancing. Hal ini kerana Sungai
Gayang mempunyai penghuni yang ganas dan telah membunuh penduduk yang memancing di
sungai tersebut. Penghuni Sungai Gayang itu ialah Sang Buaya yang mengganas. Sahabat
Badang pun berkeras untuk menghalangnya daripada menuju ke Sungai itu. Namun, Badang
tetap berkeras hendak ke sana. Setelah itu, Badang pun bersiap menuju ke sungai itu untuk
memancing ikan. Semasa sedang memancing, air sungai berkocak dengan kuat. Tidak lama
kemudian, muncullah seekor buaya dari dalam sungai itu. Kejadian itu tidak sedikit pun membuat
Badang ketakutan.

Dengan tenang, Badang pun berbalik untuk pulang ke rumah tetapi buaya itu tiba-tiba bersuara
“ Wahai pemuda yang budiman, bolehkah engkau membantu aku?”,ujar buaya itu. Badang pun
dengan tenangnya menjawab ” Wahai Sang Buaya, apakah yang boleh aku bantu ?”. Sang
Buaya menjawab “ Saudaraku terluka dipanah oleh pemburu yang mempunyai ilmu sihir, namun
hanya satu cara sahaja yang dapat menyembuhkannya, iaitu dengan daun herba yang terletak
di dalam gua di atas gunung ?”. Badang membalasnya “Kenapa bukan engkau sahaja yang pergi
mengambilnya, bukankah engkau Sang Buaya yang amat digeruni oleh penduduk kampung aku
sehingga mereka tidak lagi berani memancing di sini .” Sang Buaya memujuk Badang lagi “ Aku
akan tunaikan apa sahaja permintaan kau jika engkau sudi membantuku”. “Jika engkau sudah
berkata begitu, maka aku setuju untuk membantu mu”,akhirnya Badang bersetuju untuk
membantu sang buaya.

Pada keesokan harinya, Si Badang yang gagah pun pergi menuju ke arah hutan yang
menempatkan gunung tersebut. Dalam perjalanan itu, Badang berhenti di sebuah sungai.
Badang kehairanan kerana tiada sebarang titi yang hendak menuju ke seberang sungai itu.
Tanpa berlengah, Badang pun melihat sekeliling jika ada sebarang kayu atau pohon yang telah
tumbang untuk dijadikan titi.

Tiba-tiba, Badang terlihat seorang nenek yang duduk di bawah pohon yang rendang itu. Si
Nenek terlihat seperti berada dalam kesakitan. Lalu, Badang pun pergi menuju ke arah nenek itu.
Badang bertanya “ Wahai Nenek, apakah yang nenek lakukan di tengah-tengah hutan ini ?
Kenapa nenek terlihat sakit ?” Si nenek menjawab “ Wahai anak muda, nenek sudah tiga hari
tidak makan nak, nenek sakit perut dan tidak berdaya.” Badang menjawab “Wahai nenek, aku
ada membawa sedikit bekal dari rumah, silalah ambil makanan ini agar nenek tidak sakit perut
lagi.” Nenek pun menjawab “ Terima kasih nak, engkau memang seorang pemuda yang
pemurah.” Badang pun berlalu pergi untuk menlanjutkan pencarian pohon atau kayu untuk
dijadikan titi. Tiba-tiba, Badang terkejut melihat seorang wanita yang indah paras rupanya
berdiri di hadapannya secara mengejut. Lalu wanita tersebut berkata “ Wahai Si Badang yang
Gagah, terima kasih telah membantuku , engkau memang pemuda yaang berani dan pemurah.
Badang berada dalam kekeliruan lalu bertanya “ Apakah maksud di sebalik kata-kata engkau ?”
Puteri Bunian menjawab “ Aku adalah Si Nenek yang telah engkau bantu tadi. Sebenarnya, Aku
adalah puteri bunian yang menjaga Sungai ini. Ya, sungai ini memang tidak mempunyai sebarang
titi untuk menuju ke seberang kerana ini ialah kawasanku. Namun, kerana engkau telah
menunjukkan keikhlasan hatimu dalam membantuku , aku akan membuka pandangan matamu
agar engkau boleh melihat titi tersebut.”

Badang tergamam dengan kata-kata wanita itu, namun setelah melihat titi tersebut ternyata ia
berada di hadapannya sahaja, dia pun mempercayai bahwa puteri bunian itu memang Penjaga
Sungai tersebut. Setelah itu, Badang pun selamat tiba di seberang sungai. Badang pun
melanjutkan perjalanannya ke Gunung itu.

Setibanya di Gunung, Badang terus masuk ke dalam gua tersebut untuk mengambil daun
herba yang dikatakan oleh Sang Buaya. Setelah berjaya itu memetik daun herba itu, Badang pun
pergi ke Sungai Gayang bagi bertemu dengan Sang Buaya. Setibanya di Sungai, Badang pun
memanggil Sang Buaya. Sang Buaya pun datang. Badang berkata “ Wahai Sang Buaya, aku
telah mengambil daun herba yang engkau inginkan itu, pergilah engkau membawa daun herba
ini untuk merawat saudaramu itu.” Sang Buaya berkata “ Terima kasih Badang, engkau memang
pemuda yang baik hati. Seperti yang sudah aku katakan, aku akan menunaikan apa sahaja
permintaan mu kerana engkau telah membantuku.” Badang berkata “ Baiklah, Permintaanku
adalah aku ingin engkau dan kerabatmu berhenti mengganggu atau menjadikan keturunanku itu
sebagai mangsa engkau dan kerabatmu di sungai-sungai seluruh tempat.” Sang Buaya pun
berkata “ Baiklah jika itu yang engkau minta. Aku akan menyeru seluruh kerabatku untuk tidak
sesekali mengganggu keturunanMu mahupun menjadikan Keturunanmu sebagai santapan kami.”

Maka, peristiwa antara Si Badang yang Gagah dan Sang Buaya yang ganas itu telah membawa
kebaikan kepada keturunan Si Badang. Sejak peristiwa itu, manusia yang berketurunan dari
darah Si Badang tidak lagi diganggu atau dijadikan santapan bagi Sang Buaya di Sungai-Sungai
seluruh tempat.

~ TAMAT ~

CERITA LAGENDA

RAJA
BERSIONG

Oleh : Bilinbaniey
Noredma
Sharifah
Selisticahe

Pada suatu dahulu kala, ada satu kerajaan di bawah pimpinan Sang Raja yang terkenal dengan kekejamannya. Raja Bersiong
ataupun Raja Ong Maha Perita Daria nama diberi oleh ayahandanya Raja Seri Maha Inderawangsa yang merupakan seorang raja yang
sangat pemurah dan baik orangnya jauh berbeza dengan anaknya. Setelah turunnya takhta ke Raja Bersiong bermulalah mimpi ngeri
rakyat negeri Kedah pada zaman pemerintahannya. Tidak satupun rakyat negeri Kedah yang berani membuat onar, jika mereka
didapati melakukan kesalahan mereka akan diseksa ada juga yang terus dibunuh oleh para pengawal dan para panglima Raja
Bersiong.

Kuasa jajahan Raja Bersiong bertambah daripada masa ke semasa. Sebahagian besar Lembah Bujang yang terletak di tengah
negeri Kedah berada di bawah pemerintahan baginda. Baginda sangat suka makan masakan kari. Paling digemari baginda ialah
masakan kari sayur bayam.

Setiap kali baginda santap, dua orang panglima berkawal di belakang baginda, kerana Raja Bersiong sangat takut kalau ada
orang yang mahu membunuh baginda. Raja juga selalu bimbang sekiranya ada orang mahu meracuni baginda. Sesungguhnya ini amat
mustahil kerana baginda mempunyai dua orang tukang masak yang sangat jujur. Seorang ditugaskan untuk membasuh sayur-sayur bayam
sementara seorang lagi yang sangat pandai memasak kari disuruh memasak kari bayam ini untuk santapannya.
Setiap pagi semasa raja masih tidur, kedua-dua orang tukang masak itu mesti menyiapkan masakan kari bayam. Sekiranya masakan
tersebut masakan tersebut belum tersedia sewaktu raja bangun daripada peraduannya, baginda akan memarahi dan menghukum kedua-
dua orang tukang masak itu.

Baginda sangat suka berburu, terutama memburu rusa. Dalam kawasan Lembah Bujang, terdapat bermacam-macam jenis kancil dan
rusa liar. Binatang-binatang itu sangat pantas berlari, kerana itu Raja Bersiong mempunyai dua ekor anjing yang terlatih untuk
membantu baginda dalam pemburuan. Oleh itu, setiap kali berburu, baginda akan berjaya membunuh beberapa ekor rusa yang besar.

Lalu pada suatu hari, kumpulan baginda berada di tengah hutan kerana bimbangkan keselamatan raja, para
pengawal menyuruh baginda berteduh di dalam sebuah gua yang berhampiran. Pada mulanya baginda menolak, dan baginda
mahu meneruskan pemburuan. Tetapi setelah dilihat hari semakin gelap dan hujan semakin lebat, baginda pun bersetuju
dengan cadangan tersebut. Hujan yang lebat itu berlarutan. Baginda sangat marah dan mula terasa lapar. Tetapi
apabila teringatkan tangkapan yang telah dibuat, baginda berasa gembira kerana telah berjaya menangkap enam ekor
rusa yang besar-besar.

Setelah hujan berhenti, Raja Bersiong memerintahkan orang-orangnya supaya bersiap untuk pulang. Tidak ada
gunanya meneruskan pemburuan kerana semua binatang telah lari jauh ke tengah hutan. Atas perintah raja, semua hasil
buruan dimuatkan ke atas dua buah kereta tolak. Setelah siap, mereka pun berangkat menuju ke istana.

Sementara itu di istana, kedua-dua orang tukang masak raja berasa bimbang kerana raja mereka belum pulang.
Mereka sedang sibuk menyiapkan masakan kari untuk raja dan pengawal yang turut serta berburu. Tukang masak yang
bertugas memasak kari raja adalah seorang yang suka berkhayal. Sewaktu memasak kari raja, beliau memikirkan
keselamatan baginda. Tiba-tiba pisau yang digunakan terhiris jarinya sendiri. Masa itu juga darah keluar dan
beberapa titik darah telah termasuk ke dalam periuk yang berisi kari raja.

"Apa mesti aku buat?" ia berkata sendirian.
"Sekiranya baginda tahu tentang perkara ini, tentu aku akan dihukum nanti. Aku mesti sediakan masakan yang lain
sebelum baginda sampai".

Untuk memasak kari yang istimewa itu memakan masa sekurang-kurangnya satu jam. Dalam keadaan kelam-kabut itu, tukang masak
terdengar bunyi trumpet, menandakan raja dan rombongannya telah sampai. Tentunya tukang masak tidak sempat menyediakan kari yang
lain. Beliau berharap semoga raja tidak akan merasakan sebarang perbedaan dalam masakannya kali ini.

Raja Bersiong yang sedang kelaparan itu memandang kepada masakan kegemarannya. Baunya yang wangi makin menambahkan lagi
selera baginda. Tanpa membuang masa, baginda mengambil sepinggan nasi dan terus memakannya dengan masakan kari yang terhidang.

Setelah hampir separuh kari tersebut dimakannya, baru baginda menyedari akan perubahan rasanya. Baginda tidak pernah
merasakan kari yang seperti ini sebelumnya. Segera baginda perintahkan pengawal memanggil tukang masaknya untuk mengetahui
apakah yang telah dimasukkan ke dalam kari baginda kali ini.


"Apakah yang telah kamu masukkan ke dalam kari beta hari ini?" soal raja kepada tukang masak.

Tukang masak yang menyediakan masakan itu terus sahaja mengaku kesalahannya. Ia tahu tidak ada gunanya ia berbohong kepada
raja. Sebaliknya dengan berterus-terang ia berharap raja dapat memaafkan kesalahannya.

"Ampun tuanku, semasa patik menyediakan kari tuanku, dengan tidak sengaja jari patik telah terluka dan beberapa titik darah
telah termasuk ke dalam kari tuanku. Ampunkan patik tuanku, patik tidak sempat menyediakan masakan kari yang lain. Tolong
ampunkan patik tuanku".

"Oh begitu," sahut raja.
"Jadi campuran darahlah yang menyebabkan kari beta terasa berlainan daripada biasa. Kari ini sungguh sedap. Beta mahu kamu
campurkan lebih banyak darah di setiap masakan beta pada masa akan datang".

Mendengar arahan tersebut, tukang masak menjadi takut. Beliau tahu apakah yang dimaksudkan oleh raja itu. Raja Bersiong
adalah seorang raja yang zalim. Baginda menyimpan banyak musuh di dalam penjara. Setengah-setengah daripada mereka sedang menanti
masa untuk dihukum bunuh. Raja berpaling kepada pengawal dan bersuara dengan kuat.

"Pergi ke penjara dan lihat siapa akan dibunuh hari ini. Bawa sebuah bekas bersama kamu. Setelah memenggal lehernya, kamu masukkan
semua darahnya ke dalam bekas dan bawa kepada beta".

Pengawal itu pun segera pergi ke penjara. Pada masa itu terdapat seorang musuh raja yang telah tua. Ia sepatutnya menjalani
hukuman bunuh hari itu. Ia dibunuh di situ juga oleh pengawal yang menjalankan perintah Raja Bersiong itu. Darahnya dimasukkan ke
dalam bekas dan dibawa kepada raja.

Raja Bersiong tersenyum melihat bekas yang berisi darah itu. Orang ramai yang berada dalam istana berasa takut, tetapi mereka
tidak berani berkata apa-apa. Mereka tahu raja yang laparkan darah manusia itu akan membunuh sesiapa sahaja untuk mendapatkan
darah.

Bermula dari hari itu, Raja Bersiong tidak dapat hidup tanpa merasa darah manusia. Orang-orang tahanan semakin banyak yang
dibunuh, walaupun mereka tidak bersalah. Kerana ini, baginda sangat dibenci oleh orang-orang dalam istana.

Setelah didapati orang tahanan dalam penjara tinggal beberapa orang sahaja lagi, Raja Bersiong tahu ia mesti mencari jalan
untuk mendapatkan bekalan darah yang berterusan. Baginda segera perintahkan pengawal-pengawal supaya menculik budak-budak yang
tidak bersalah. Walaupun penculikan itu dilakukan oleh pengawal-pengawal raja, tetapi orang ramai menyedari siapakah yang
bertanggungjawab atas semua kejadian itu. Budak-budak yang tidak bernasib baik terus dibunuh dan darah mereka diberikan kepada
tukang masak untuk dicampurkan ke dalam kari raja.

Penduduk kampung tersangat marah akan Raja Bersiong. Perbuatan baginda membunuh orang-orang yang tidak bersalah hanya untuk
mendapatkan darah mereka dianggap sungguh zalim. Perbuatan Raja Bersiong memakan darah manusia ini menyebabkan dua batang taring atau siong
tertumbuh di sebelah mulutnya. Perkara ini tidak disedarinya sehingga pada satu pagi, setelah sedar daripada peraduannya, baginda terasa
sakit di mulut. Baginda meminta seorang menteri yang telah tua supaya melihat apakah punca kesakitan itu. Setelah memerhatikan dengan
teliti, menteri itu sungguh terperanjat dengan apa yang dilihatnya. Ia segera memberitahu raja.

"Ampun tuanku, kesakitan yang tuanku alami itu bukanlah berpunca daripada gigi. Tetapi terdapat dua batang siong telah tumbuh di sebelah
mulut tuanku, dan siong inilah yang menyebabkan tuanku berasa sakit".

Apabila mendengar perkara tersebut, Raja Bersiong pun ketawa dengan kuatnya. Suara baginda itu telah menakutkan orang-orang dalam
istana. Mereka tahu tentu ada sesuatu perkara yang berlaku.Berita raja mempunyai siong itu tersebar di seluruh negeri. Baginda sungguh
bangga dengan siong-siong tersebut. Baginda mahu seluruh rakyat tahu bahawa siong baginda bertambah panjang apabila baginda memakan darah
manusia. Perkara ini sangat menakutkan rakyat Kedah. Raja Bersiong berharap dengan adanya siong itu, rakyat bertambah hormat dan musuh akan
takut kepada baginda. Pembunuhan ke atas budak-budak dan rakyat yang tidak bersalah terus dilakukan. Baginda mahukan darah untuk memuaskan
seleranya yang semakin bertambah.

Tukang masak baginda berasa sungguh sedih di atas kekejaman yang dilakukan oleh pengawal-pengawal raja. Ia mesti melakukan sesuatu
untuk mengelakkan perkara ini daripada berterusan. Ia bercadang untuk membunuh Raja Bersiong dan menamatkan kekejaman baginda. Setelah
merancang beberapa hari, akhirnya pada suatu hari
semasa raja keluar berburu, tukang masak mengambil peluang ini untuk meracuni raja.

Rancangan ini tidak diberitahu kepada sesiapa kerana takut rahsia ini akan diketahui raja. Tukang masak mengambil masa lebih daripada
satu jam untuk memasak kari raja pada hari itu. Semasa tidak ada orang yang melihat, dia pun mengeluarkan satu benda yang berbentuk seperti
tanduk yang mengandungi racun di dalamnya. Ia segera menaburkan racun tersebut ke dalam kari raja.

Hari ini Raja Bersiong berasa sedih kerana kumpulannya tidak dapat membunuh banyak rusa. Baginda segera perintahkan supaya pulang ke
istana. Dalam perjalanan, tidak ada siapa berani bersuara. Suara nyanyian dan pukulan gendang juga tidak kedengaran.
Setelah sampai di istana, Raja Bersiong segera perintahkan supaya disediakan makan malamnya. Tetapi kali ini dua ekor anjing buruan baginda
turut bersama semasa baginda berada di meja makan. Baginda perlukan teman setelah gagal dalam pemburuan.
Tukang masak pun membawa kari kegemaran baginda ke meja. Ia terlalu takut sehingga tangannya menggigil, tetapi mujurlah raja tidak melihat.

Sebelum sempat Raja Bersiong memakan kari yang beracun itu, seekor daripada anjingnya yang kelaparan telah melompat ke atas meja makan
dan terlanggar mangkuk yang berisi kari itu. Kari itu pun tumpah ke lantai.
Raja yang sedang lapar, terkejut dengan peristiwa itu. Dengan marah baginda perintahkan pengawal supaya menghalau anjing-anjing itu keluar.
Tetapi belum sempat pengawal menghalaunya, anjing-anjing itu telah memakan kari yang tumpah di lantai.
Dalam beberapa saat sahaja racun yang berbisa itu meresap masuk ke dalam badan anjing-anjing itu. Kedua-duanya menggelepar kesakitan.
Setelah memeriksa kedua-dua ekor anjing itu, pengawal pun memberitahu raja bahawa anjing tersebut telah mati. Nyatalah kepada baginda
bahawa kari itu mengandungi racun. Baginda berasa lega kerana anjing-anjing itu telah menyelamatkan nyawa baginda.
Maka tahulah raja bahawa tukang masaknya mencuba meracuni baginda. Kerana ialah sahaja yang memasak dan menyediakan kari baginda selama
ini. Segera diperintahkan supaya kedua-dua tukang masak ditangkap dan disiksa.

Setelah puas mendapat seksaan, maka tukang masak yang bertanggungjawab memasukkan racun ke dalam kari raja pun mengaku kesalahannya. Ia
tidak sanggup melihat kawannya yang tidak bersalah disiksa juga. Raja amat murka dengan pengakuan tersebut. Baginda segera memerintahkan
supaya dipenggal leher tukang masak itu. Perintah tersebut segera dijalankan. Baginda kemudian mengarahkan tukang masak yang seorang lagi
supaya mengambil alih tugas tukang masak yang telah dibunuh itu.

Dari hari itu, raja mempunyai seorang tukang masak sahaja. Baginda memerintahkan dua orang pengawal menjaga setiap gerak-geri tukang
masak tersebut untuk memastikan ia tidak akan melakukan sesuatu yang boleh membahayakan raja. Tentunya pengawasan ini tidak perlu, kerana
tukang masak itu terlalu takut, dan ia tidak akan mencuba sesuatu yang boleh membahayakan nyawanya sendiri.

Raja Bersiong tetap dengan kekejamannya. Beberapa orang nelayan yang berani, berpakat untuk menamatkan perbuatan itu. Salah seorang daripada mereka memberitahu
kawan-kawannya bahawa masa untuk mereka memberontak telah tiba. Walaupun tidak mempunyai senjata yang lengkap tetapi mereka berazam untuk menamatkan pemerintahan Raja
Bersiong yang zalim itu.

Tetapi malangnya, rancangan kaum nelayan itu telah diketahui oleh Raja Bersiong. Baginda mendapat berita tersebut daripada salah seorang nelayan yang telah belot
terhadap kawan-kawannya. Raja Bersiong segera memerintahkan askar-askar simpanannya yang bersenjatakan senapang supaya bersembunyi di dalam hutan berhampiran dengan
istana.

Apabila askar-askar melihat kumpulan nelayan sedang mara menuju ke istana, mereka segera menyerang dan menembak beberapa orang daripada mereka. Kaum nelayan yang
terkejut dengan serangan itu terus melarikan diri.

Kaum nelayan menuju ke kampung mereka untuk menyelamatkan diri dengan harapan askar-askar Raja Bersiong tidak akan mengejar mereka. Tetapi sesampai sahaja mereka di
kampung, dilihat banyak askar yang lengkap bersenjata menanti. Ini kerana nelayan yang belot tadi telah memberitahu Raja Bersiong tentang tempat kediaman nelayan-nelayan
tersebut.
Salah seorang daripada nelayan yang dilantik menjadi ketua dalam kumpulan nelayan itu telah menyeru kawan-kawannya supaya melawan askar-askar tersebut sehingga ke akhir
hayat mereka. Tidak ada gunanya mereka menyerah kerana mereka akan dibunuh juga.

Maka berlakulah peperangan. Askar-askar Raja Bersiong telah berjaya membunuh semua nelayan yang memberontak itu. Tetapi kematian mereka bukan kerana menyerah tetapi
kerana melawan. Semasa peristiwa ini berlaku, salah seorang daripada menteri Raja Bersiong tidak ada dalam negeri. Setelah beliau kembali ke Kedah, keluarganya telah
menceritakan apa yang telah berlaku dan tentang kematian adiknya yang termasuk dalam kumpulan nelayan itu.

Setelah mendengar berita itu, menteri berasa marah dan sedih. Selama ini, beliau amat patuh kepada raja, dan kini adiknya sendiri telah dibunuh. Beliau adalah
seorang yang cintakan keamanan dan tidak sanggup melihat kekejaman yang berterusan berlaku ke atas rakyat Kedah. Beliau berfikir sudah tibalah masanya untuk menamatkan
kezaliman Raja Bersiong itu. Beliau mesti mengambil sesuatu tindakan.

Menteri tersebut adalah seorang yang terkenal di kalangan orang-orang istana. Beliau tidak mahu menimbulkan sebarang kekacauan dalam istana. Beliau menantikan hari
apabila raja keluar berburu dengan pengawal-pengawal baginda. Tidak beberapa lama kemudian keluarlah raja berburu ke dalam hutan. Masa inilah yang dinantikan oleh menteri
itu. Beliau segera melancarkan pemberontakan. Beliau berjaya mendapat sokongan daripada menteri-menteri dan askar-askar Raja Bersiong.

Beliau segera menyusun satu angkatan yang besar mengandungi beribu-ribu orang askar. Mereka berbaris menuju ke tempat Raja Bersiong sedang berburu.

Raja sungguh terkejut melihat askar-askar yang begitu banyak menuju ke arah baginda. Tahulah
baginda bahawa menteri dan askar-askarnya telah belot. Baginda segera perintahkan pengawal-pengawal
yang berjumlah seratus orang bersama baginda itu supaya melawan angkatan menteri itu. Tetapi tidak
seorang pengawal pun yang menurut perintah baginda, malahan kesemuanya telah masuk ke dalam
kumpulan menteri tadi. Tinggallah baginda seorang diri.

Raja Bersiong mula berasa takut. Baginda terus melarikan diri ke dalam hutan yang tebal itu.
Menteri memberitahu orang-orangnya supaya jangan menangkap Raja Bersiong. Beliau tahu, raja
Bersiong tidak akan berani lagi keluar daripada hutan itu.

Tahulah angkatan menteri itu bahawa mereka sekarang telah selamat daripada kekejaman Raja
Bersiong. Semua rakyat Kedah sungguh gembira dengan kejayaan menteri dan askar-askarnya.

Beberapa tahun kemudian mangkatlah Raja Bersiong di dalam hutan yang tebal itu kerana terlalu
tua.

Di bawah pemerintahan menteri yang adil itu, kawasan Lembah Bujang menjadi maju dan aman selalu.
Rakyat tidak lagi berasa takut. Raja Bersiong yang zalim tidak mengganggu mereka lagi.

SEKIAN
TERIMA
KASIH


Click to View FlipBook Version