The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Selisticahe Paul, 2021-11-08 03:55:59

Penghasilan Produk GKEB1072

Produk GKEB1072

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA,KOTA
KINABALU,SABAH

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA
PENDIDIKAN PPISMP

-KERJA KURSUS - KURSUS: KEMAHIRAN BELAJAR
KOD KURSUS : GKEB1072

KANDUNGAN: Penghasilan Produk
i. Bahagian A Penulisan Akademik
ii. Bahagian B

Nama Guru Pelatih Selisticahe Paul
No. Kad Matrik P21074277
Kumpulan PPISMP BMSK4
Ambilan JUN 2021 (Kemasukan September 2021)
Semester/Sesi 1/September 2021
No. Telefon Bimbit
Alamat E-mel 0138905082
Nama Pensyarah Kursus [email protected]

Markah : Jaslinah Makantal

KRITERIA 40% 40% Jumlah
(80%)
Penghasilan Produk Penulisan Akedemik

Pemeriksa 1

Pemeriksa 2

A. Pengesahan Pelajar: ( diisi semasa menghantar tugasan)

Saya sahkan bahawa hasil tugasan yang dihasilkan oleh saya sendiri dan tiada unsur-unsur plagiat
didalamnya. Saya faham implikasi yang akan saya terima sekiranya pengakuan ini adalah pengakuan palsu.

Tanda tangan Pelajar : Tarikh :
08. 11. 2021
selisticahe

B. Pelajar Menerima Maklumbalas Hasil Tugasan: ( diisi selepas menerima gred dan
maklumbalas daripada pensyarah)

GKEB1072

Kemahiran
Berfikir

Selisticahe Paul

BM SK4

Isi Kandung Muka surat

Perkara

1.0 Pengenalan 1
2.0 Kepentingan 2
Kemahiran Berfikir
3
3.0 Alat berfikir : 5
Soalan dan penyoalan 6
7
4.0 Justifikasi

5.0 Rumusan
Rujukan

1.0 PENGENALAN

Menurut Beyer (1991), berfikir ialah
memanipulasikan input deria dan persepsi yang diingat
kembali secara mental untuk membentuk pemikiran,
sebab atau keputusan. Berfikir melibatkan tiga
kompenen iaitu operasi mental, pengetahuan dan
sikap. Dalam bidang pendidikan khususnya,
pengaplikasian kemahiran berfikir sangatlah penting
agar pelajar mampu menggunakan minda untuk
membuat pertimbangan dan keputusan. Hal ini
demikian kerana, seiring dengan definisi kemahiran
berfikir yang dikemukakan oleh Presseisen (1987) iaitu
pemikiran sebagai aktiviti mental di mana pengetahuan
diperoleh dan dan diolah melalui proses penakulan.
Oleh itu, pemilihan alat berfikir yang sesuai untuk
meningkatkan kemampuan pelajar untuk mengingat
dan memahami perkara yang dipelajarinya amatlah
ditekankan penggunaannya agar proses penaakulan
dalam kemahiran berfikir mampu menghasilkan
pertimbangan yang rasional dan keputusan yang logik.
Kemahiran berfikir dapat dikelaskan kepada dua
kategori iaitu kemahiran berfikir secara kritis dan
kemahiran berfikir secara kreatif.

1

2.0 KEPENTINGAN KEMAHIRAN BERFIKIR

Dapat membantu pelajar untuk
berfikir secara kritis dan kreatif.

Meningkatkan kemahiran komunikasi
dengan menggunakan bahasa yang baik
dan sopan.

Membantu pelajar untuk membuat
keputusan yang tepat dalam pelbagai
situasi.

Menghasilkan idea-idea yang
bernas

2

3.0 ALAT BERFIKIR

Alat berfikir merupakan instrumen yang
dapat membantu kita menggunakan minda
dengan lebih sistematik dan berkesan ( Som dan
Dahalan, 1998). Dalam tugasan ini saya telah
memilih alat berfikir berbentuk soalan dan
penyoalan. Produk yang saya hasilkan adalah
berdasarkan aras Taksonomi Bloom yang
diasaskan oleh Benjamin S.Bloom pada tahun
1956. Secara keseluruhannya, soalan dan
penyoalan merupakan alat rangsangan untuk
memperoleh maklumat, meninjau kefahaman,
mencungkil minat dan menilai kebolehan dan
pencapaian pelajar yang melibatkan aspek
pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis,
sintesis dan penilaian pelajar dalam berfikir.
Kesemua aspek ini merangkumi aras pemikiran
murid samada aras rendah atau aras tinggi, skop
pembelajaran dan fokus.

3

Aras rendah Pengetahuan Kefahaman AplikasiMengingat semula fakta atau
pengetahuan yang dipelajari.
Analisis
Menterjemahkan idea daripada
Aras tinggi Sintesis Penilaian satu bentuk ke bentuk yang lain
tanpa mengubah maksud asal.

Menggunakan konsep, teori dan
hukum untuk menyelesaikan
masalah.

Mengasingkan maklumat kepada
unsur-unsur kecil.

Menggabungkan idea dengan kreatif
untuk menghasikan idea baru.

Membuat penilaian tentang
sesuatu idea.

Rajah 1 ; Alat berfikir menggunakan SOALAN DAN PENYOALAN Taksonomi Bloom

4

4.0 JUSTIFIKASI

Teknik soalan dan penyoalan merupakan kaedah
yang sesuai untuk merangsang kemahiran berfikir
pelajar. Proses memberikan soalan secara langsung
merupakan aspek yang penting untuk menggalakkan
perkembangan minda pelajar. Untuk mendapatkan hasil
yang optimum, pemberian soalan kepada pelajar haruslah
dilakukan secara berperingkat-peringkat mengikut aras
pemikiran mereka agar pelajar dapat memahami konsep
soalan yang diberikan. Tambahan pula, cara ini dapat
mengelakkan pelajar tertekan dalam mengikuti rentak
mengajar guru. Bukan itu sahaja, alat berfikir
berdasarkan kaedah Taksonomi Bloom juga sebenarnya
mampu membantu guru membuat pentaksiran terhadap
aras pemikiran pelajar. Hal ini dikatakan demikian kerana,
aspek yang dikemukan oleh Bloom sendiri dalam teknik
soalan dan penyolan ini mampu mengenalpasti kebolehan
dan kekurangan pelajar berdasarkan jawapan yang
diberikan oleh pelajar. Sebagai contohnya, jika pelajar
mampu menyelesaikan soalan aras rendah yang diberikan
oleh gurunya dengan mudah dan tepat maka dengan itu
pelajar tersebut sudah menguasai topik tersebut namun
jika sebaliknya pelajar masih perlu dipantau dan
dibimbing oleh guru.

5

5.0 RUMUSAN

Secara tuntasnya, alat berfikir

sangatlah penting digunakan untuk

membantu proses pengajaran dan

pembelajaran terutamanya dari segi

kemahiran berfikir. Pentaksiran Taksonomi

Bloom dapat melatih dan

memperkembangkan kemahiran berfikir

pelajar. Selepas Taksonomi Bloom ini

ditambah baik oleh anak murid Bloom iaitu

Lorin Anderson Kratwohl bersama ahlinya

yang lain pada tahun 2011 maka tercetuslah

Taksonomi Bloom versi Kreatwohl yang

mampu digunakan untuk tujuan belajar dan

membuat nota. Oleh yang demikian, inisiatif

untuk menggunakan alat berfikir sangat

digalakkan dalam kalangan guru untuk

mengukuhkan lagi kemahiran berfikir pelajar

terutama sekali pada musim pandemik ini.

6

Rujukan

Ajmain@Jima’ain, D. M. R. M. R. dan M. T. (2021, April 6).
Kemahiran berfikir pelajar perlu dipupuk. Berita Harian.
https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2021/0
4/803936/kemahiran-berfikir-pelajar-perlu-dipupuk

Ayu, M. (2017, April 13). Taksonomi Bloom. Sistem Guru
Online.
https://www.sistemguruonline.my/2017/04/taksonomi-
bloom.html

Nur Aini. (2019, July 19). Kemahiran Berfikir. Slideshare.
https://www.slideshare.net/Ainious/kemahiran-berfikir-
156445081

pendidik2u. (2017, March 20). Bina Soalan Mengikut Aras
Taksonomi Bloom. Pendidik2u.
https://www.pendidik2u.my/bina-soalan-mengikut-aras-
taksonomi-bloom/

scribd. (2021). Alat Berfikir. Google.com.
https://www.google.com/url?
sa=t&source=web&rct=j&url=https://id.scribd.com/doc/3
6091039/alat-
berfikir&ved=2ahUKEwiSn8vIgf_zAhVB7nMBHX5iBdsQFn
oECCMQAQ&usg=AOvVaw0tw8fOJTXZgk0jlI-OZYhg

7


Click to View FlipBook Version