The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TATACARA UNTUK KEMASUKAN / PENDAFTARAN KE TINGKATAN ENAM SEMESTER 1 TAHUN 2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-36416399, 2021-07-06 00:29:10

PANDUAN KEMASUKAN KE TINGKATAN ENAM SEMESTER 1 2021

TATACARA UNTUK KEMASUKAN / PENDAFTARAN KE TINGKATAN ENAM SEMESTER 1 TAHUN 2021

LAMPIRAN 8

SOALAN LAZIM KEMASUKAN MURID KE TINGKATAN ENAM:

A. SYARAT TAWARAN

1. Adakah perlu memohon untuk masuk ke Tingkatan Enam Semester 1
selepas keputusan SPM diumumkan?

Tidak perlu. Calon lepasan SPM yang layak dan memenuhi syarat akan
ditawarkan ke Tingkatan Enam.

2. Apakah syarat-syarat kelayakan masuk ke Tingkatan Enam?
a. Syarat am
• Lulus SPM dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian bagi mata
pelajaran Bahasa Melayu.
• Berumur antara 17 hingga 20 tahun pada 1 Januari tahun 2021.
b. Syarat Khas

• Bidang Sains - Mendapat sekurang-kurangnya tiga kepujian dalam mata
pelajaran sains dengan jumlah mata gred tidak melebihi 18 unit.

• Bidang Sains Sosial - Mendapat sekurang-kurangnya tiga kepujian
dengan jumlah mata gred tidak melebihi 12 unit.

3. Apakah nilai wajaran mata unit untuk kiraan bagi kemasukan ke Tingkatan
Enam?
Jadual Wajaran Mata Gred SPM

Gred Nilai Gred Purata Keseluruhan Tahap
(GPK)
A+ 1 Cemerlang Tertinggi
A Cemerlang Tinggi
A- 1 Cemerlang
B+ Kepujian Tertinggi
B 2 Kepujian Tinggi
C+ 3 Kepujian Atas
C 4 Kepujian
D 5 Lulus Atas
E 6 Lulus
G 7 Gagal
8
9

B. SEMAKAN KEPUTUSAN DAN PENDAFTARAN

4. Bilakah murid lepasan SPM tahun 2020 boleh menyemak keputusan tawaran
ke Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2021?

Murid lepasan SPM tahun 2020 boleh menyemak keputusan tawaran ke
Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2021 mulai 5 hingga 15 Julai 2021.

50

5. Bagaimanakah cara bagi membuat semakan keputusan dan pendaftaran ke
Tingkatan Enam Semester 1 tahun 2021?

Murid lepasan SPM 2020 boleh membuat semakan keputusan tawaran dan
pendaftaran ke Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2021 di portal Aplikasi Dalam
Talian Tingkatan Enam (https://sst6.moe.gov.my).

Bagi murid yang tiada capaian internet, pihak sekolah akan memaklumkan
keputusan tawaran serta menyampaikan surat tawaran ke Tingkatan Enam
Semester 1 tahun 2021.

6. Bilakah tarikh pendaftaran murid Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2021?

Tarikh pendaftaran ke Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2021 bermula pada 5
hingga 15 Julai 2021.

7. Bagaimanakah pendaftaran kemasukan murid Tingkatan Enam Semester 1
tahun 2021 dilaksanakan?

Pendaftaran kemasukan murid Tingkatan Enam Semester 1 tahun 2021
dilaksanakan secara dalam talian melalui pautan https://sst6.moe.gov.my.

Bagi murid yang tiada capaian internet, pihak sekolah akan membantu murid
membuat pendaftaran mengikut kaedah yang bersesuaian.

C. PERMOHONAN RAYUAN

8. Sekiranya saya tidak memenuhi syarat kemasukan ke Tingkatan Enam,
adakah saya boleh membuat permohonan rayuan?

Boleh. Murid boleh membuat rayuan secara dalam talian di pautan
https://sst6.moe.gov.my/ dengan mengisi borang rayuan ke Tingkatan Enam
tahun 2021 bagi calon sekolah kerajaan berdasarkan pencapaian kokurikulum
(T6BKK)

Bagi murid yang tiada capaian internet, pihak sekolah akan membantu
menguruskan permohonan rayuan murid mengikut kaedah yang bersesuaian.

9. Bilakah permohonan rayuan kemasukan ke Tingkatan Enam dibuka?

Permohonan rayuan kemasukan ke Tingkatan Enam dibuka mulai 5 hingga 15
Julai 2021.

51

10. Saya merupakan seorang calon persendirian/sekolah swasta/Sekolah
Menengah Agama Negeri SPM tahun 2020, bolehkah saya memohon ke
Tingkatan Enam semester 1 tahun 2021 di Sekolah Kerajaan?

Boleh. Murid boleh membuat permohonan rayuan secara dalam talian di pautan
https://sst6.moe.gov.my/ dengan mengisi borang rayuan calon persendirian,
Sekolah Swasta dan Sekolah Menengah Agama Negeri (T6BCP). Kelulusan
adalah berdasarkan kepada syarat kemasukan dan kekosongan tempat.

Murid yang tiada capaian internet, boleh menghubungi sekolah yang berhampiran
mengikut kaedah yang bersesuaian bagi membuat permohonan rayuan.

11. Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan rayuan sekiranya
seseorang yang telah ditawarkan ke Tingkatan Enam tetapi berhasrat untuk
bertukar Kolej Tingkatan Enam/Pusat Tingkatan Enam atas sebab tertentu,
seperti mata pelajaran yang ingin diambil tidak ditawarkan di Kolej/Pusat
Tingkatan Enam tersebut dan sebagainya?

Permohonan rayuan pertukaran Kolej Tingkatan Enam/Pusat Tingkatan Enam
perlu dikemukakan secara emel ke Pejabat Pendidikan Daerah yang berkaitan
dengan menggunakan Borang P.U.(A) 275 Jadual Ketiga [Permohonan untuk
Bertukar Sekolah oleh Murid Warganegara].

Bagi murid yang tiada capaian internet, pihak sekolah akan membantu murid
membuat permohonan rayuan mengikut kaedah yang bersesuaian.

12. Saya merupakan murid lepasan SPM 2020 di sekolah kerajaan dan bantuan
kerajaan serta memenuhi syarat kemasukan ke Tingkatan Enam, tetapi saya
tidak menerima tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam Semester 1 tahun
2021.

Murid perlu menghubungi (melalui telefon/emel) Jabatan Pendidikan
Negeri/Pejabat Pendidikan Daerah yang berhampiran dengan kediaman masing-
masing untuk semakan tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam Semester 1
tahun 2021.

Bagi murid yang tiada capaian internet, pihak sekolah akan membantu membuat
semakan tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2021.

52

13. Saya merupakan murid lepasan SPM 2020 di sekolah kerajaan dan bantuan
kerajaan serta menerima tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam Semester
1 tahun 2021, tetapi surat tawaran tiada nama Kolej/Pusat Tingkatan Enam.

Murid perlu menghubungi (melalui telefon/emel) Jabatan Pendidikan
Negeri/Pejabat Pendidikan Daerah yang berhampiran dengan kediaman masing-
masing untuk mendapatkan nama Kolej/Pusat Tingkatan Enam yang
ditempatkan.

Bagi murid yang tiada capaian internet, pihak sekolah akan membantu membuat
semakan tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2021.

14. Bolehkah saya menukar bidang (Sains atau Sains Sosial) pengajian yang
ditawarkan dan bilakah tarikh permohonan tersebut?

Boleh. Murid boleh mengemukakan permohonan menukar bidang (Sains atau
Sains Sosial) secara emel mulai 5 hingga 15 Julai 2021 kepada Kolej/Pusat
Tingkatan Enam yang ditempatkan.

Bagi murid yang tiada capaian internet, pihak sekolah asal akan membantu
permohonan tukar bidang mengikut tarikh yang telah ditetapkan.

15. Adakah murid bukan warganegara Malaysia boleh memohon ke Tingkatan
Enam Semester 1?

Permohonan murid bukan warganegara adalah tertakluk kepada seksyen 130
Akta Pendidikan 1996 Peraturan-peraturan Pendidikan (Penerimaan Masuk Murid
ke Sekolah, Penyimpanan Daftar dan Syarat Bagi Pengekalan Murid Belajar Di
Sekolah) 1998. Permohonan adalah tertakluk kepada syarat am dalam kelayakan
kemasukan ke Tingkatan Enam yang telah ditetapkan.

Murid boleh membuat permohonan dengan mengisi borang P.U(A)275-Jadual
Pertama yang boleh diperoleh secara emel dari Jabatan Pendidikan
Negeri/Pejabat Pendidikan Daerah yang berhampiran.

Bagi murid yang tiada capaian internet, pihak sekolah akan membantu dengan
menggunakan kaedah yang bersesuaian bagi membuat permohonan rayuan.
Kelulusan adalah berdasarkan kepada syarat kemasukan dan kekosongan
tempat.

53

16. Saya telah menolak tawaran Universiti Awam/IPTA/IPTS/setara, bolehkah
saya memohon ke Tingkatan Enam?

Boleh. Calon yang menolak tawaran Universiti Awam/IPTA/IPTS/setara perlu
membuat permohonan rayuan secara dalam talian di pautan
https://sst6.moe.gov.my/ dengan mengisi borang rayuan umum kemasukan ke
Tingkatan Enam (T6BRU).

Bagi murid yang tiada capaian internet, pihak sekolah akan membantu dengan
menggunakan kaedah yang bersesuaian bagi membuat permohonan rayuan.
Kelulusan adalah berdasarkan kepada syarat kemasukan dan kekosongan
tempat.

17. Saya tidak menamatkan pengajian di Universiti Awam/IPTA/IPTS/setara,
bolehkah saya merayu untuk masuk ke Tingkatan Enam?

Boleh. Calon yang tidak menamatkan pengajian di Universiti
Awam/IPTA/IPTS/setara perlu membuat permohonan rayuan secara dalam talian
di pautan https://sst6.moe.gov.my/ dengan mengisi borang rayuan umum
kemasukan ke Tingkatan Enam (T6BRU).

Bagi murid yang tiada capaian internet, pihak sekolah akan membantu dengan
menggunakan kaedah yang bersesuaian bagi membuat permohonan rayuan.
Kelulusan adalah berdasarkan kepada syarat kemasukan dan kekosongan
tempat.

D. PENGURUSAN TINGKATAN ENAM

18. Dimanakah saya boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan tawaran
kemasukan ke Tingkatan Enam?

Maklumat berkaitan tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam boleh diperoleh
daripada portal KPM (https://www.moe.gov.my) dan portal Aplikasi Dalam Talian
Tingkatan Enam (https://sst6.moe.gov.my/). Murid juga boleh menghubungi
Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah yang berhampiran
dengan kediaman masing-masing melalui telefon/emel (rujuk portal yang sama).

Bagi murid yang tiada capaian internet, pihak sekolah akan membantu membuat
semakan tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2021.

54

19. Adakah saya boleh hadir ke Jabatan Pendidikan Negeri/Pejabat Pendidikan
Daerah untuk mengambil surat tawaran?

Tidak boleh. Surat tawaran boleh diperoleh secara dalam talian dipautan
(https://sst6.moe.gov.my/).

Bagi murid yang tiada capaian internet, pihak sekolah akan memaklumkan
keputusan tawaran serta menyampaikan surat tawaran Tingkatan Enam
Semester 1 Tahun 2021.

20. Adakah saya boleh melapor diri secara bersemuka di Kolej/Pusat Tingkatan
Enam yang telah ditetapkan?

Tidak boleh. Pendaftaran kemasukan murid Tingkatan Enam Semester 1 Tahun
2021 dilaksanakan secara dalam talian melalui pautan (https://sst6.moe.gov.my/).

Bagi murid yang tiada capaian internet, pihak sekolah akan membantu murid
membuat pendaftaran mengikut kaedah yang bersesuaian.

21. Adakah murid boleh menangguh untuk pendaftaran ke Kolej/Pusat
Tingkatan Enam yang telah ditetapkan?

Tidak boleh. Murid perlu mendaftar dalam tempoh yang telah ditetapkan.
Sekiranya murid membuat penangguhan, maka tempoh pengajian minimum 20
minggu dalam semester 1 tidak dapat dipenuhi sebelum menduduki peperiksaan
STPM Semester.

22. Apakah pakaian murid Tingkatan Enam?

Pakaian murid adalah berpandukan Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 2 Tahun
2014 Etika Pakaian Murid Tingkatan Enam. Pakaian murid lelaki ialah baju kemeja
berseluar panjang lengkap dengan kasut dan stoking. Pakaian murid perempuan
ialah baju kurung, gaun, gaun labuh/jenis jubah/maksi, two-piece/three piece suit
pants lengkap dengan kasut atau pakaian tradisional kaum masing-masing yang
bersesuaian dan lengkap. Sebarang pakaian yang menggunakan material jenis
denim tidak dibenarkan. Jean, cargo pants, seluar pendek, atau legging tidak
dibenarkan. Apa-apa pakaian yang menutup muka tidak dibenarkan. Murid
dilarang memakai kemeja-T semasa menghadiri kelas. Murid hendaklah
berpakaian kemas, sopan dan tidak mencolok mata. Pakaian yang jarang dan
ketat juga tidak dibenarkan. Walau bagaimanapun, murid juga boleh mengenakan
pakaian seragam sekolah sekiranya perlu (hak memilih terpulang pada murid).

55

23. Saya calon Sekolah Integriti bolehkah saya memohon untuk ke Tingkatan
Enam?

Permohonan ke Tingkatan Enam boleh dibuat menerusi Sekolah Integriti masing-
masing dan tertakluk di bawah kawalan Kementerian Dalam Negeri.

24. Saya murid lepasan Sijil Vokasional Malaysia (SVM), bolehkah saya
menyambung pengajian di Tingkatan Enam, KPM?

Boleh. Murid boleh menghubungi (melalui telefon/emel) JPN/PPD yang
berhampiran dengan kediaman masing-masing untuk semakan tawaran
kemasukan ke Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2021.

Bagi murid yang tiada capaian internet, pihak sekolah akan membantu murid
membuat semakan tawaran kemasukkan ke Tingkatan Tingkatan Enam
Semester 1 Tahun 2021.

25. Saya murid bawah Program Vokasional Menengah Atas (PVMA). Adakah
saya boleh menyambung pengajian di Tingkatan Enam, KPM?

Boleh. Murid boleh menghubungi (melalui telefon/emel) JPN/PPD yang
berhampiran dengan kediaman masing-masing untuk semakan tawaran
kemasukan ke Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2021.

Bagi murid yang tiada capaian internet, pihak sekolah akan membantu murid
membuat semakan tawaran kemasukkan ke Tingkatan Enam Semester 1 Tahun
2021.

(Bagi murid PVMA mata pelajaran yang diambil kira bagi pengiraan dalam syarat
khas kemasukan ke Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2021 adalah hanya
melibatkan matapelajaran yang setara dengan SPM iaitu Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris dan Sejarah).

E. SESI PENGAJIAN

26. Bilakah sesi pengajian Tingkatan Enam Semester 1 bermula?

Sesi pengajian bagi Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2021 akan bermula
pada 25 Julai 2021 bagi sekolah dalam negeri kumpulan A dan pada 26 Julai
2021 bagi sekolah dalam negeri kumpulan B.

56

LAMPIRAN 9

CARTA PROSES KERJA SEBELUM TARIKH SEMAKAN DIBUKA

Mula Tindakan
Bahagian Pengurusan Sekolah
29/6/21
Mendapatkan kelulusan bagi tarikh Harian
penawaran dan pendaftaran ke Tingkatan Bahagian Pengurusan Sekolah
Enam, Kenyataan Media dan Bahan
Harian
Hebahan. Bahagian Pengurusan Sekolah

29/6/21 Harian
Surat Pemakluman dan Garis Panduan Pejabat Pendidikan Daerah

29 -30/6/21 Sekolah Pusat
Sesi Libat Urus Serta Serahan Senarai
Murid Layak, Surat Pemakluman dan Sekolah Pusat
Garis Panduan diedarkan ke JPN/PPD
Sekolah Pusat
(Ikut Zon)
Sekolah Asal
30/6/21
Sekolah Asal
Sesi Libat Urus Serta Serahan Senarai Sekolah Asal
Murid Layak, Surat Pemakluman dan
Garis Panduan diedarkan ke Sekolah Sekolah Pusat
Bahagian Pengurusan Sekolah
30/6 - 1/7/21
Harian
Sekolah pusat menghubungi sekolah
asal untuk mengenal pasti murid yang
tidak mempunyai akses internet/peranti

dan mendapatkan maklumat

30/6 - 1/7/21

Menyediakan jadual waktu, kaedah
pemilihan pakej bagi murid-murid yang
mempunyai akses internet/peranti dan
tidak mempunyai akses internet/peranti

30/6 - 15/7/21

Menyediakan modul pengajaran dan
pembelajaran bagi murid-murid yang

tidak mempunyai capaian internet

30/6 - 1/7/21

Senarai nama murid yang tidak
mempunyai akses internet/peranti
dihantar kepada sekolah pusat bagi
tujuan pendaftaran (maklumat murid).

30/6 - 1/7/21
Penyusunan jadual bertugas secara

bergilir semasa proses semakan
dibuka.

30/6 - 1/7/21
Mengenal pasti lokasi kediaman guru
dan pihak-pihak yang dapat membantu
bagi memudahkan penghantaran surat

tawaran dan bantuan murid
30/6 - 1/7/21

Taklimat pakej sekolah pusat kepada
sekolah asal (Pentadbir dan Kaunselor)

2/7/21
Memuat naik Kenyataan Media dan Bahan

Hebahan

Tamat

57

LAMPIRAN 10

CARTA PROSES KERJA SEMASA TARIKH SEMAKAN DIBUKA

Mula Tindakan Tindakan
Murid Ada Capaian Murid Tiada
5-15/7/21
Internet/Peranti Capaian
Sistem Aplikasi Dalam Talian Internet/Peranti
Tingkatan Enam dibuka Bahagian
Pengurusan Bahagian
Pengurusan
Maklumat
Maklumat

Ya Capaian Tidak

Internet/Peranti

5-15/7/21 5 - 15/7/21

Murid membuka portal Aplikasi Dalam Guru menyemak status murid yang tidak Murid dalam talian Sekolah Asal
Talian Tingkatan Enam mempunyai capaian internet/peranti
(https://sst6.moe.gov.my) Sekolah Pusat dan
Sekolah Asal
Tidak LULUS Ya
5 - 15/7/21

Murid memasukkan nombor Kad Pemakluman kepada Surat tawaran Murid dalam talian
Pengenalan untuk membuat semakan murid tidak layak diberikan kepada
murid layak beserta
Borang Pilihan Pakej
(Pilihan pakej mesti
lebih daripada 1).

Ya Tidak 5 - 15/7/21 5 - 15/7/21
Mendapatkan
LULUS Membantu murid pengesahan murid
membuat rayuan bersetuju untuk melapor
Pendaftaran Rayuan Umum, secara luar talian Sekolah Asal, Sekolah
Rayuan T6BKK, Rayuan umum, Rayuan diri Pusat, Sekolah
Rayuan Swasta T6BKK, Rayuan Calon Rendah, Ketua
(Dalam Talian) Persendirian dan Murid dalam talian
Rayuan Tukar. (Secara Kampung, JAKOA, Tok
Dalam Talian/Luar Batin dan komuniti
setempat
Talian)

5 - 15/7/21 5 - 15/7/21
Borang rayuan
Masukkan No Hantar Rayuan dihantar ke PPD bagi Maklumat murid Murid dalam talian Sekolah Asal
telefon dan permohonan rayuan bersetuju untuk
email dan Terima Salinan Pejabat Pendidikan
hantar Borang Rayuan luar talian melapor diri Daerah
seterusnya
Terima Surat 16 -20/7/21 memaklumkan Melibatkan sekolah
Tawaran Memproses rayuan kepada sekolah rendah, Ketua

Murid akan murid secara pusat. Kampung, JAKOA, Tok
dihubungi oleh dalam talian/luar Batin dan komuniti
sekolah untuk Murid dalam talian setempat
pilihan pakej talian.
Boleh melibatkan
20/7/21 Murid dalam talian sekolah rendah, Ketua
Kampung, JAKOA, Tok
Seterusnya
memaklumkan Batin dan komuniti
keputusan rayuan setempat.
secara dalam talian
atau luar talian Boleh melibatkan
sekolah rendah, Ketua
20/7/21 Kampung, JAKOA, Tok

Mengedarkan jadual waktu, bagi murid- Batin dan komuniti
murid yang mempunyai akses setempat.

internet/peranti dan tidak mempunyai
akses internet/peranti.

20/7/21

Mengedarkan modul pengajaran dan
pembelajaran bagi murid-murid yang

tidak mempunyai capaian
internet/peranti dan secara dalam
talian bagi yang ada internet/peranti.

*25/7/21 **26/7/21 Sekolah Pusat
Sesi Pengajian bermula.

Nota: *Sekolah dalam Negeri Kumpulan A dan
**Sekolah dalam Negeri Kumpulan B

Tamat

58

- TAMAT -
59

60


Click to View FlipBook Version