The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU PROGRAM PERSARAAN PN. NORIZAH BT. ABDULLAH

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hasni husna, 2020-05-01 12:13:10

BUKU PROGRAM PERSARAAN PN. NORIZAH BT. ABDULLAH

BUKU PROGRAM PERSARAAN PN. NORIZAH BT. ABDULLAH

BingkisanKasih
Titipan Rindu

Pn. Norizah bt. Abdullah
02 Mei 2020

SK Tanjung Keramat

Aturcara Majlis

10.15 a.m
Sesi menyarungkan Selempang
Persaraan
10.20 a.m
Sesi memotong Kek Hari Lahir
10.30 a.m
Log masuk ke GoogleMeet
10.35 a.m
Bacaan Doa
10.40 a.m
Ucapan Aluan oleh Guru Besar
10.45 a.m
Ucapan yang diraikan -Pn. Norizah
11.00 a.m
Tayangan multimedia
11.15 a.m
Sesi berbual mesra
12.00 p.m
Majlis bersurai

Jawatankuasa Pelaksana

Penasihat Hadiah dan Cenderahati
Pn. Ani Rashidah bt. Mohd Saleh Pn. Noreha bt. Din
Pn. Sadiah bt. Sabari
( Guru Besar )
Pn. Siti Aminah bt. Rosli
Pengerusi Pn. Shaheen Irfana bt. Azmat Ali
Pn. Wan Norezan bt. Wan Alli
Pn. Lina bt. Khalid
(Pengerusi BKGK)
Bacaan Doa
Timbalan Pengerusi En. Mansor bin Shamsuri
Pn. Muzi Hariani bt. Hj. Jumari
Buku Program
( GPK Kurikulum ) Pn. Hasniatul Husna Bt. Abu

Naib Pengerusi Husin
Pn. Mislinda bt. Safiie Pn. Azimah bt. Ahmad
Pn. Roslinda bt. Apandi
(GPK HEM) Pn. Noorshibaaiyah bt. Sharipudin
En. Idrus bin Hassan
( GPK Kokurikulum) Selempang Persaraan
Pn. Sulaitullani bt. Sulaiman
Setiausaha Pn. Hjh. Ruslida bt. Tarmuji
Cik Nurul Natasya Humaira Pn. Noor Aima bt. Abu Kassim
Pn. Siti Nadia bt. Shaharum
bt. Hermi
Teknikal
Bendahari En. Ahmad Azrin bin Ahad
Pn. Noliza bt. Mislan En. Zilhayat Aimi bin Mokhtar
En. Zainudin bin Zainal Abidin
Penyediaan Video Persaraan
En. Muhd Izzuddin bin Azzmi Persembahan Video Kreatif
Pn. Norliah bt. Mohd Rafiai
Pn. Saleha bt. Mustakim Pn. Nurul Farahani bt. Baharullah
Pn. Umah a/p Njanasekaran Pn. Nursakinah bt. Mukhtar

Pn. Siti Zarina bt. Min

Bak Air Yang Mengalir...

Bak air yang mengalir. Selamat tinggal seribu kerenah,
Tiba jua kiranya di muara waktu, Datang dan pergi pelbagai wajah,
Perpisahan mengimbau makna sebuah Bercampur gembira bersisip gundah,
rindu, Bergema didikan beralas madah,
Pada jejak-jejak yang lalu, seribu liku. Selamat tinggal sebuah tempat
Berdiri melihat denai-denai kenangan, bernama sekolah!
Berbunga mesra dalam jambangan ingatan, Selamat datang persaraan,
Barangkali terdengar nanti, Kerana segalanya hanya
Suara bisikan melankolia, kesementaraan,
Ucap salam anak-anak remaja, Melengkapi perjalanan,
Tegur sapa, senyum tawa, rakan sekerja. Sebuah kehidupan!
Tiba waktunya untuk menyusun jemari, Bak air yang mengalir,
Membuang segala kerikil bersalut di hati, Tiba juga kiranya di muara waktu,
yang terkhilaf dimaafi, yang sesal diinsafi, Di sini kami pasti merindu,
yang lebih dibahagi, yang kurang hakikat seorang individu,
dilengkapi, Pn. Norizah yang akrab bagaikan
Agar saat perpisahan ini indah, saudara seibu.
Terlerai segala durja gundah, Jelinglah kami jika rindu masih
Tersirna cebisan amarah, bertamu,
Terurai segala yang bercanggah. Sapalah kami andai mesra akrab
Bak air yang mengalir, berpadu,
Tiba juga kiranya di muara waktu, Selamat berangkat dalam doa berkat,
Pasti tersisa kenangan yang terindah, Selamat istirahat dari segala muslihat,
Berhias luka tidak berdarah, Selamat bersara dengan senyuman
Kesementaraan waktu mengutus seribu mesra.
bumbu, Senyumlah seindah suria,
Kerana sekali dipanggil guru, Setelah mencurahkan segala-galanya,
selamanya pun bergelar guru. Pasti beroleh keredhaan-Nya.
Selamat tinggal suara-suara ceria, Bak air yang mengalir,
Padang perhimpunan dan dewan perkasa, Sampai di sini
Bilik darjah dan anak-anak keletah, kenangan indah pasti terukir!
Pejabat tugas dan pembantu ikhlas,
Bilik guru dan timbunan buku,
Ruang kantin tempat mesra terjalin.

Perjalanan hidup seorang guru...

Pn. Norizah bt. Abdullah dilahirkan di Kg. Kuantan, Kuala Selangor pada 02 Mei
1965. Puteri kepada pasangan Hj. Abdullah bin Mohamad dan Saniah bt. Yeop ini dibesarkan
dalam sebuah keluarga bahagia, mempunyai seramai 7 orang adik- beradik dan beliau merupa-
kan anak ke-3.

Beliau mendapat pendidikan awal di SK Rantau Panjang iaitu dari tahun 1972-
1977. Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat sekolah menengah di SMK Sultan
Sulaiman Shah dari tahun 1978-1982. Pada tahun 1983-1984, beliau berjaya menyambung
pelajaran ke Tingkatan 6 di Sekolah Menengah Sains, Cheras. Kecemerlangan beliau dalam
bidang akademik dan juga Kokurikulum memang tidak dapat dinafikan. Beliau aktif dalam
bidang sukan dan sering menjadi pemain pilihan dalam kejohanan hoki dan juga sukan
olahraga.

Beliau telah mengikuti latihan asas perguruannya di Maktab Perguruan Kota Bharu,
Kelantan selama 3 tahun iaitu dari 1984-1986. Bermula dari itu, beliau mula melangkah
dengan lebih yakin dan berani untuk menempuh segala dugaan dan ujian dalam arena pendidi-
kan yang penuh cabaran. Di awal perkhidmatannya, beliau bertugas di SK Pasangan iaitu pada
tahun 1987, diikuti dengan SK Kampung Medan, Kuala Langat pada tahun 1988-1989 dan
akhirnya berhijrah ke SK Tanjung Keramat pada 1 November 1989 hingga kini. Kata orang
“genggam bara api biar sampai jadi abu”, begitulah semangat yang dimiliki oleh Pn Norizah bt.
Abdullah, Guru SKTK yang sangat dihormati dan disayangi. Justeru itu, pada tahun 2001 dan
2009, beliau telah menerima Anugerah Khidmat Cemerlang atas perkhidmatan dan sum-
bangannya yang tidak berbelah bahagi dalam dunia pendidikan.

Atas keprihatinannya yang begitu mendalam terhadap anak didiknya, beliau telah
diberi kepercayaan untuk mendidik calon UPSR (Tahun 6) bertahun-tahun lamanya. Begitu
mulia hati seorang guru, tidak pernah jemu dan mengalah dalam usaha memberi pendidikan
terbaik kepada semua anak didiknya hingga berjaya. Di kalangan warga sekolah pula, Pn.
Norizah sangat disenangi oleh rakan sejawat dan siapa sahaja yang mengenalinya. Sesuai
dengan moto hidupnya, “Ketenangan merupakan anugerah yang paling berharga”, sifatnya
yang tenang, peramah dan gemar berjenaka membuatkan beliau mudah didekati dan menjadi
rujukan bagi rakan guru untuk meminta nasihat dalam apa jua perkara. Sudah tentu ketiadaan
beliau nanti merupakan kehilangan besar buat warga sekolah dan akan dirindui oleh segenap
penghuni SK Tanjung Keramat, setelah 31 tahun menabur bakti di sekolah ini.

Menyentuh tentang kehidupan peribadi beliau, isteri kepada En. Azron bin Suradi ini
ialah ibu kepada 5 cahayamata iaitu 2 orang putera dan 3 orang puteri. Berkat didikan ibu
dan ayah, anak sulung pasangan ini Ahmad Syaqif berusia 32 tahun kini bertugas sebagai Ju-
ruteknik Senior dalam bidang Mesin Turbo, diikuti Aqilah, 28 tahun yang bertugas sebagai
Eksekutif Akaun, ketiga Nabihah, 25 tahun, seorang jurutera, keempat Muhammad Zakwan,
20 tahun yang sedang menuntut di ADTEC, Kemaman dan yang bongsu Faqihah, 13 tahun
merupakan pelajar Tingkatan 1 di SAM Jeram. Kini, keluarga ini semakin meriah dan ceria
setelah anak sulungnya mendirikan rumahtangga dan dikurniakan seorang cucu. Semoga keba-
hagiaan yang dimiliki oleh keluarga ini akan terus berkekalan dan berpanjangan hingga ke
akhirnya. Aminn..

Apa kata pentadbir SKTK...

Dari Meja Guru Besar

Assalamu’alaikum wbt, dan Salam Sejahtera.

Pertamanya, saya ingin memanjatkan sepenuh kesyukuran kehadrat Allah
SWT kerana dengan limpah dan izin-Nya dapat saya titipkan kata alu-aluan
dalam buku program ini sempena Persaraan Pn. Norizah bt. Abdullah.

Majlis persaraan ini sebenarnya begitu bermakna buat seluruh warga
SKTK. Maafkan kami kerana tidak dapat menganjurkan majlis seperti yang
dirancang atas faktor global sekarang iaitu menangani COVID19. Di dalam
tempoh PKP ini, sesungguhnya inilah yang terbaik dapat pihak sekolah lak-
sanakan iaitu menganjurkan majlis secara maya, Namun demikian, matlamat
kita tetap sama iaitu meraikan persaraan guru tersayang, Cikgu Norizah.

Sesungguhnya seluruh warga sekolah amat menghargai segala jasa bakti
serta keringat yang dicurahkan oleh Cikgu Norizah. Perkhidmatan, pengor-
banan dan sumbangan beliau yang tidak pernah mengenal erti penat lelah te-
lah membawa SK Tanjung Keramat ke satu tahap yang lebih baik dan mem-
banggakan pada hari ini. Dalam hal ini, kita amat terhutang budi terhadap
perkhidmatan, pengorbanan dan kejayaan yang telah disumbangkan oleh be-
liau sepanjang berkhidmat di sekolah ini.

Percayalah bahawa ini akan menjadi dorongan kepada kita yang masih
berkhidmat untuk terus mengejar kejayaan dan seterusnya meningkatkan
kecekalan untuk mengharungi cabaran pada masa hadapan. Setiap kebaikan
yang ditinggalkan pastinya akan menjadi ikutan dan pendorong semangat
kepada kita.

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan walaupun ia begitu menyakitkan.
Apabila mengenang kembali saat– saat bersama, pasti ia akan menjadi detik
kenangan paling manis yang tidak akan dilupakan. Bagi saya, beliau bukan
sahaja sebagai guru, bahkan sebagai bonda kita dalam keluarga SK Tanjung
Keramat. Begitulah perasaan yang kita rasai sekarang. Berat sungguh untuk
melepaskan Cikgu Norizah yang telah banyak menyumbangkan jasa terhadap
kemajuan dan perkembangan SK Tanjung Keramat.

Marilah sama– sama kita berdoa, semoga Allah SWT akan melimpahkan
rahmat kepada beliau dan seisi keluarga agar dipanjangkan usia, diberikan
kesihatan tubuh badan dan ditambahkan ilmu pengetahuan bagi manfaat aga-
ma dan bangsa. Sekian, terima kasih.

Dari Meja Penolong Kanan Pentadbiran

Assalamualaikum wbt. Pn. Norizah. Sayang tekukur gulainya lemak,
Sayang selasih dibawa batang,
Jerami disabit di tengah sawah, Biarlah pandangan tidak ternampak,
Indah berusaha seisi keluarga, Tanam di hati kekalkan sayang.
Hancur badan dikandung tanah,
Budimu kakak ku kenang jua. Selamat Bersara…
Sayang selalu dari saya dan keluarga.
Hujan panas turun berderai,
Guruh menyambar di pohon jati,
Kasih dan sayang tidakkan bercerai,
Bagaikan rambut tersimpul rapi.

Dari Meja Penolong Kanan HEM

Assalamualaikum wbt. Pn. Norizah.

Selamat Bersara wahai kakakku yang manis. Terkadang perpisahan
membuat kita mengerti betapa pertemuan itu sangat bererti, sehingga kita mam-
pu memaknai dan menghargai setiap detik bersama.

Sampai masa untuk kita berpisah, mengikut rentak perjalanan berbeza.
Terima kasih atas bakti yang telah dicurah. Semoga ikatan ukhuwah ini kekal
hingga ke Jannah. Terima Kasih.

Dari Meja Penolong Kanan Kokurikulum

Assalamualaikum wbt. Pn. Norizah.

Masa terus berlalu, dan kini sampailah ketikanya cikgu bergelar seorang
pesara. Syukur ke hadrat Ilahi kerana cikgu masih diberikan kekuatan dan
kesihatan dalam menempuh hari– hari mendatang. Biarpun tidak lagi bertugas
sebagai guru, namun jiwa sebagai pendidik dan gelaran sebagai cikgu tetap terse-
mat di hati hingga ke akhir hayat. Terima kasih atas segala sumbangan jasa dan
bakti. Nikmatilah hari– hari yang bakal cikgu tempuh selepas ini dengan penuh
kegembiraan dan kebahagiaan bersama keluarga dan rakan- rakan. Terima
kasih, Cikgu.

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Bila memandang ke muka laut
Nampak sampan mudik ke hulu
Hati terkenang mulut menyebut
Budi yang baik ingat selalu

Akar keladi melilit selasih
Selasih tumbuh di dalam taman
Junjungan budi kenangan kasih
Mesra kenangan sepanjang zaman

Kait rambutan gunakan galah
Disimpan bersama buah berangan
Walau sezarah silap dan salah
Harap dimaaf disimpan jangan

Tuan puteri pergi ke Rasah
Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Diizin Allah bersua lagi

Sekalung Penghargaan
Terima kasih kepada seluruh warga SK Tanjung Keramat dan semua
pihak yang telah memberi kerjasama dan sumbangan secara langsung

atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.


Click to View FlipBook Version