The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by machiella23, 2022-06-07 10:09:30

KEBUDAYAAN,KESENIAN DAN KESENIAN

KEBUDAYAAN KAUM IBAN

KEBUDAYAAN , KESENIAN DAN ESTETIKA

KEBUDAYAAN KAUM
IBAN

MACHIELLA LUNCHA ANAK JUNI
SC190018 / 4 AL-FARABI

PENGENALAN

Kaum Iban merupakan penduduk peribumi dan kaum majoriti di
Sarawak dengan peratusan majoriti yang lebih daripada 30% daripada
jumlah peratusan penduduk di Sarawak. Rata-rata kaum Iban di
Sarawak majoriti daripada mereka adalah penganut agama Kristian.
Kaum Iban tradisional sebenarnya lebih dikenali sebagai Dayak Laut dan
mereka pada asalnya berasal daripada Kalimantan, Indonesia dan
kemudiannya berpindah ke Sarawak pada masa yang hampir sama
dengan kedatangan bangsa Eropah ke Asia Tenggara.

MENGAPA MEMILIH TAJUK INI ?

1 2

Untuk menambah Untuk berkongsi
pengetahuan pengetahuan
tentang budaya tentang budaya
kaum Iban di kaum Iban di
Malaysia Malaysia

ISI-ISI PENTING

ISI 1 ISI 2 ISI 3

Pakaian Makanan tradisional Perayaan Kaum Iban
tradisional kaum kaum Iban di di Malaysia
Iban di Malaysia Malaysia

PAKAIAN TRADISIONAL KAUM IBAN

PAKAIAN TRADISIONAL KAUM IBAN (PEREMPUAN)

Terbahagi kepada tiga jenis iaitu Bidang, Kalambi dan Bedong. Bidangmerupakan
sejenis kain sarung yang sempit dan panjangnya cuma separas lutut.
Baju Kaum Iban yang dipanggil kalambi pula ada dua jenis iaitu kalambi berlengan
dan kalambi tanpa lengan.
Wanita Iban juga memakai kain selendang yang panjang dan sempit. Kain selempang
ini dikenali sebagai bedong, iaitu ia dihiasi oleh reka corak tenunan yang sangat halus

PAKAIAN TRADISIONAL KAUM IBAN (LELAKI)

Terbahagi kepada dua iaitu Kain Sirat dan Dandong. Kain Siratdikenali juga sebagai
kain cawat merupakan pakaian asas kaum Iban. Sirat dipakai dengan cara melilitnya
dipinggang dan celah kelengkang. Hujung kain ini dijuntaikan dari pinggang ke
hadapan dan belakang badan, mempamerkan bahagian yang berhias.
Dandong pula merupakan kain selendang yang dipakai oleh lelaki Iban.Dandong lebih
lebar daripada bedong. Panjangdandong tidak tetap kerana kain ini digunakan
sebagai pembungkus barang-barang persembahan dalam upacara-upacara tertentu.
Dandong diperbuat daripada kain yang ditenun dengan cara ikat.

MAKANAN TRADISIONAL KAUM IBAN

UMAI AYAM PANSUH PEKASAM ENSABI CUAN IBAN PENGANAN

PERAYAAN KAUM IBAN

Perayaan Gawai ini disambut setahun sekali pada 1 atau 2 Jun.
Perayaan ini disambut menunjukkan bahawa berakhirnya musim
menuai padi. Mereka merayakan perayaan ini dengan berkumpul di
serambi umum Rumah Panjang yang terdapat ranyai atau dikenali
pokok istiadat. Mereka akan mengenakan pakaian tradisional
masyarakat Iban yang dipenuhi dengan manik yang mewarisi budaya
atau adat nenek moyang mereka. Sewaktu perayaan ini, mereka
memeriahkan lagi suasana dengan berjumpa, berkumpul dan bersuka
ria sambil menikmati pelbagai jenis makanan tradisional yang
disediakan. Perayaan gawai ini turut terkenal dengan tariannya yang
dikenali sebagai tarianNgajat. Selain itu juga, perayaan Gawai ini
juga diselitkan dengan meminum arak beras (tuak) dan aktiviti
hiburan yang lain.
Ngajat Lesung ialah sejenis tarian yang dipersembahkan oleh para
penari yang bersaing ingin menunjukkan kehebatan mereka dengan
mengangkat lesung penumbuk padi dengan menggunakan gigi.
Apabila ranyai dibuang, maka berakhirlah perayaan ini.

2 PERIBAHASA

PERIBAHASA 1 PERIBAHASA 2

BULAT AIR KERANA SERUMPUN BAK SERAI ,
PEMBENTUNG , BERAT SESUSUN BAK SIREH .
MANUSIA KERANA
MUAFAKAT.

KESIMPULAN

Tegaslah bahawa , kita seharusnya bersyukur dengan keamanan dan
keharmonian yang membolehkan kita duduk bersama serta berbincang tanpa
ada rasa perbezaan antara satu sama lain. Oleh itu , kita hendaklah
mengekalkan persefahaman yang telah berjaya dicapai ini perlu dikekalkan
supaya tiada perasaan curiga antara kaum kerana ia akan menjejaskan serta
merosakkan semangat perpaduan yang telah terjalin sejak kian lama. Besarlah
harapan semua pihak agar perpaduan antara masyarakat dapat dikekalkan
sehingga kemudian zaman . Kesimpulanan , kita hendaklah mengetahui
tentang budaya kaum lain untuk meluaskan lagi ilmu pengetahuan .

TERSIMEKAIAKNAS, IH!


Click to View FlipBook Version