TOPIK 8 :
PENGHASILAN
KARYA
8.1 SUMBER IDEA
8.1 SUMBER IDEA
Idea ialah keupayaan pemikiran yang
membabitkan saranan,buah
fikiran,pandangan,gambaran
konsep,kesedaran,rasa keinsafan dan sensitiviti
dalam proses penghasilan karya.
Idea merupakan satu perkara yang amat
penting untuk melaksanakan proses
penghasilan karya terutama dari aspek:
– Perancangan atau Hasrat
– Niat atau Tujuan
– Cita-cita atau Aspirasi (Keinginan)
– Tipa induk (replika, model)
MEDIA MASSA
– Media Cetak merupakan salah
satu bahan rujukan yang popular
kerana banyak maklumat atau
sumber yang diperolehi melalui
pembacaan.
-Melalui Media Elektronik
juga kita dapat
memperolehi lebih banyak
informasi yang boleh
membantu mendapatkan
dan menambah idea.
TEKNOLOGI
– Kemajuan sains dan teknologi berupaya
mencipta kaedah baru dalam pembagunan
dari aspek penggunaan alatan seperti
penggunaan mesin untuk menyelesaikan
masalah manusia.Sebagai contoh pencipta
mesin basuh dan meringankan kerja
manusia.
PERSEKITARAN
– Persekitaran bermaksud apa sahaja unsur-
unsur di sekeliling kita.
– Contoh:
– Karya Haron Mokhtar yang
berjudul”Kerbau”. Persekitarannya
menunjukkan Kawasan kampung yang
terdapat sawah padi dan binatang
ternakan iaitu kerbau.
Perubahan yang berlaku terhadap
fenomena alam seperti peristiwa yang
berlaku secara semula jadi.
– Contoh:
-Banjir
-Kemarau
-Tanah runtuh
-Tsunami
Banjir
Kemarau
Tanah Runtuh
Tsunami
PERISTIWA
– Peristiwa lampau atau peristiwa
bersejarah merupakan cerita yang telah
lama berlaku. Kebanyakannya berkaitan
dengan fakta iaitu masa, tempat dan
tokoh. Peristiwa yang berlaku kebiasanya
mengikut kronologi
– Contoh:
– Sejarah kemerdekaan Tanah Melayu
– Penubuhan Malaysia
PENGALAMAN
Kefahaman tentang Pengalaman
Intelekual dan Pengalaman Langsung
sebagai penyumbang kepada
pengalaman estetik dapat membina
kepekaan dan menyumbang idea
kepada diri individu dalam penghasilan
karya.
PENGALAMAN INTELEKTUAL
Pengalaman Intelektual merupakan proses
memperoleh ilmu daripada pengamatan
pelbagai sumber maklumat. Ia boleh melalui
kajian penerokaan ekperimen dan dapatan
dalam proses penghasilan karya seni dan
pelbagai sumber.
PENGALAMAN LANGSUNG
Pengalaman langsung diperolehi melalui
pembelajaran, apreasiasi dan aktiviti
penghasilan produk seni yang melibatkan
deria (proses kreatif dan artistic).
Pengalaman yang diperoleh Ketika
menghasilkan karya pada masa lalu boleh
memberi banyak idea.
SENSITIVITI
Kepekaan dengan keadaan persekitaran dan
peristiwa yang belaku di sekeliling yang
melibatkan unsur budaya, politik,
ekonomi,agama dan adat resam. Aktiviti
kebudayaan seperti wayang kulit,tarian
singa, kuda kepang, sawah padi, gotong-
royong boleh membantu mendapatkan idea.
Wayang Kulit
Tarian Kuda Kepang Tarian Singa
8.2 PENJANAAN IDEA
8.2 Penjanaan Idea
Standard Pembelajaran
• Mengaplikasi kemahiran berfikir yang boleh digunakan dalam
penjanaan idea seperti logikal, kreatif,lateral,analitikal,kritikal dan
intuitif.
• Menjana idea reka bentuk melalui kaedah sumbang
saran/perbincangan/sesi kritik berdasarkan bahan rujukan atau
produk sedia ada yang telah dipilih.
• Mensistesiskan idea yang menjurus kepada penyelesaian masalah
• Menghasilkan beberapa lakaran perkembangan idea yang menjurus
kepada penyelesaian masalah.
• Memilih lakaran idea yang terbaik berdasarkan fungsi untuk
menyelesaikan masalah.
• Menghasilkan lukisan persembahan.
PENJANAAN IDEA
– Boleh dilakukan setelah maklumat yang diperoleh Seperti
melalui kajian.
– Idea ringkas seperti lakaran.
– Proses penjanaan idea dilakukan melalui kemahiran berfikir
secara logikal, kreatif, lateral, analitikal, kritikal dan intuitif.
– Kemahiran berfikir ialah satu proses yang berlaku di minda
apabila kita berusaha memahami sesuatu pengalaman atau
situasi untuk menyelesaikan sesuatu masalah dengan
menggunakan akal fikiran.
PENJANAAN IDEA
– Melalui kemahiran berfikir,proses penyusunan maklumat,
konsep dan idea yang berkaitan dengan sesuatu situasi yang
berlaku.
– Teknik berfikir ini dapat membantu menggalakkan proses
penjanaan idea.
– Penjanaan idea berkait rapat dengan proses penghasilan reka
ciptaan, iaitu untuk menyelesaikan masalah yang telah
dikenal pasti.
– Penjanaan idea memerlukan daya usaha individu sama ada
berbentuk semula jadi atau terancang.
PEMIKIRAN KREATIF
– Keupayaan atau kebolehan mencipta sesuatu yang baharu.
Ciri-ciri Pemikir Kreatif :
– Peribadi stabil
– Berani mencabar amalan biasa
– Tidak terikat dengan cara kerja konvensional
– Tadikal
– Tidak berputus asa
– Mengubah suai idea atau konsep secara inovatif
PEMIKIRAN LATERAL
– Bersifat generative dan membina.
– Untuk menerbitkan suatu perubahan dan
kelainan.
– Pilihan penyelesaian tanpa Batasan.
– Tiada nilai betul atau salah.
– Idea bercanggah diterima asalkan bersifat
positif.
PEMIKIRAN ANALITIKAL
PEMIKIRAN KRITIKAL
KAEDAH PENJANAAN IDEA
Sumbangsaran Kaedah Perbincangan
Penjanaan
Idea
Sesi
Kritik
SUMBANGSARAN
Sumbangsaran dilakukan secara berkumpulan untuk menjanakan
idea yang banyak dalam masa yang singkat.
PERATURAN DALAM SESI SUMBANGSARAN
• Ahli kumpulan mengenali dan mempercayai antara satu sama lain.
• Tidak mengadili sesuatu idea.
• Memahami topik yang hendak dibincangkan.
• Mengikuti had masa yang ditetapkan agar ahli-ahli kumpulan menjadi
kreatif dan spontan tanpa sebarang tekanan.
• Berfikir secara bebas tanpa paksaan.
• Dapatan daripada sumbang saran digunakan dalam membuat
keputusan berikutnya.
PERBINCANGAN
– Perbincangan kumpulan untuk mendapatkan idea
atas kata putus tentang sesuatu isu. Ia boleh
dijalankan antara ahli dalam kumpulan, antara
ahli kumpulan dengan pembimbing atau antara
kumpulan yang lain. Topik perbincangan mestilah
dipersetujui serta setiap idea atau pandangan
orang lain perlulah diterima dan dihormati.
PERATURAN DALAM SESI
PERBINCANGAN
– Tetapkan topik.
– Idea yang diberi menjurus kepada penyelesaian masalah.
– Bincangkan dan bahaskan setiap idea yang ada serta
dicatatkan.
– Setiap idea harus mempunyai data-data atau maklumat
sokongan.
– Setiap idea terbaik yang dipilih merupakan pilihan kumpulan
tersebut dan mempunyai alasan-alas an tertentu yang
menyokongnya.
SESI KRITIK
Sesi kritik bertujuan untuk mendapatkan maklum balas daripada orang
lain mengenai ciptaan atau idea. Ia dapat membantu dalam pembinaan
idea yang lebih baik dan juga mengenal pasti kelemahan sedia ada.
PERATURAN DALAM SESI KRITIK
– Melantik seorang pengerusi atau ketua.
– Mengambil Tindakan terhadap kritikan yang diterima yang diterima
untuk tujuan membaiki kelemahan yang ada.
– Membentangkan idea mereka secara individu atau kumpulan dalam
masa yang ditetapkan.
– Melakukan kritikan selepas selesai pembentangan idea.
LUKISAN PENJANAAN IDEA
LUKISAN PENJANAAN IDEA
LUKISAN PENJANAAN IDEA
LUKISAN PENJANAAN IDEA
8.3 TERJEMAHAN
IDEA
TERJEMAHAN IDEA
Penterjemahan idea ialah proses penghasilan dalam
pengkaryaan dan perekaan.
Pengkaryaan
-mempunyai ciri kreativiti, mengutamakan makna
dan nilai estetik
Perekaan
-mempunyai ciri kreativiti,mengutamakan fungsi dan
nilai estetik.
PERMASALAHAN VISUAL
– Penzahiran idea melibatkan aktiviti membuat
thumbnail,lakaran kasar, dan lakaran sebenar.
– Lakaran dan lukisan kajian dihasilkan untuk menghasilkan
idea konkrit.
– Lakaran ialah lukisan yang dihasilkan secara ringkas dan
kurang perincian. Ia sering kali dihasilkan dalam masa
yang terhad untuk menggambarkan idea awal sebelum
lukisan dalam perkembangan idea dihasilkan.
Terdapat pelbagai jenis lakaran
antaranya ialah:
Lakaran Kecil/Kenit (Thumbnail Sketches)
Lakaran Kasar
Lakaran Sebenar
Contoh lakaran thumbnail sketches
– Lakaran kecil/kenit (thumbnail
sketches),iaitu lakaran ringkas
bersaiz kecil yang digunakan
sebagai paling asas kepada
perkembangan idea yang
dihasilkan dalam karya.
Contoh lakaran kasar
– Lakaran kasar ialah lakaran asas
yang tidak mempunyai saiz
tertentu.Lakaran kasar ialah
pengolahan idea yang tidak
menitikberatkan keterpeincian
seperti jalinan,warna atau bentuk
secara terperinci.
Contoh lakaran sebenar
– Lakaran sebenar ialah lakaran yang
lebih menumpukan kepada elemen
yang dikehendaki dengan lebih
perincian seperti jalinan pada
bentuk, penumpuan kepada
perspektif atau memasukkan
tipografi pada reka letak poster.
• Lukisan ialah imej yang dipersembah menggunakan
media kering sebagai media utama dalam
penghasilan karya. Lukisan ini dihasilkan dengan
menekankan elemen garisan yang membentuk
rupa,jalinan,bentuk ilusi ruang dan pelbagai elemen
tampak yang lain.
• Lukisan dan lakaran dihasilkan bertujuan untuk
menzahirkan idea, memperkembangkan idea dalam
langkah menggubah karya akhir.
• Kajian juga mempunyai lukisan akhir yang
berperanan sebagai imej terakhir yang akan
dijadikan karya.
Pemilihan Bahan dan Teknik
Tujuan pemilihan media dan teknik
melalui eksperimen,eksplorasi dan
manipulasi adalah bertujuan untuk
mengembangkan idea dan ekspresi
dalam melahirkan karya akhir.
Media ialah bahan tara yang
digunakan dalam penghasilan karya
manakala teknik ialah cara media
tersebut digunakan dalam
penghasilan karya.
Penentuan Gaya Penghasilan atau Gaya
Penampilan
Penentuan gaya bertujuan
untuk menghasilkan
gubahan yang bersesuian
dalam penghasilan karya
akhir.
Contoh Gaya Penampilan
karya Dua Dimensi
Penggubahan dan penyelesaian visual
– Penggubahan dan penyelesaian visual berkaitan dengan olahan
penghasilan karya yang dihasilkan .
– Ia berkait rapat dengan hasil karya yang akan dihasilkan
berdasarkan kajian portfolio yang telah dilakukan.
– Penggubahan dan penyelesaian visual adalah berkaitan dengan
olahan dalam karya akhir. Contohnya, kesesuaian karya akhir
dengan tema dan hal benda ,aspek formal, kandungan dan
konteks yang selari dengan kehendak soalan yang dipilih serta
selaras dengan portfolio yang telah dihasilkan.
Persembahan dan peragaan
– Calon hendaklah memahami secara keseluruhan proses penghasilan
karya serta mampu memberi apresiasi terhadap karya yang telah
dihasilkan berdasarkan kefahaman subjek, aspek formal serta
kandungan dan konteks.
– Mempersembahkan dan memperagakan karya dengan kemas dan
teratur bersesuian dengan lokasi karya dikumpulkan atau
dipamerkan.
– Setiap karya yang dihasilkan perlu dikemas kini dan dibuat perincian.
– Seluruh proses penghasilan karya yang dihasilkan perlu difahami
sepenuhnya oleh calon agar dapat membentangkan penyataan
berkaitan pelbagai aspek karya secara lisan dan meyakinkan.
Contoh peragaan dan karya Akhir