PENGENALAN Tun Perak merupakan Bendahara Melaka yang membawa kepada kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Beliau telah berkhidmat selama 42 tahun dengan 4 orang sultan: • Sultan Muzaffar Shah, • Sultan Mansur Shah, • Sultan Alaudin Riayat Shah • Sultan Mahmud Shah
LATAR BELAKANG Bapa : Bendahara Tun Perpatih Sedang (Bendahara Melaka sebelum Tun Ali) Adik Beradik : • Kakaknya, Tun Kudu (Diperisterikan Sultan Muzaffar Shah) • Adik Lelaki Tun Perpatih Putih (Bendahara Putih) Antara anak yang disebut dalam Sejarah Melayu ialah : • Tun Besar (dibunuh oleh Raja Muhammad) • Tun Zainal Abidin • PadukaTuan (Bendahara Lubuk Batu ) Keluarga :
Perluasan Kuasa Pasukan Siam telah berundur dan dikejar oleh pasukan Melaka sehingga ke Singapura. Peperangan ini merupakan tindakan terakhir bendahara dalam pemerintahan Sultan Muzaffar Shah yang kemudiaanya digantikan dengan Sultan Mnasur Shah Tun Perak berperanan penting dalam meluaskan kuasa Melaka sehingga menjadi empayar. Antara kerajaan yang ditakluk ialah Rokan, Siak, Kampar dan Inderagiri di Pulau Sumatera. Selain itu Johor, Pahang,Kelantan, Perak dan Terengganu. Kedudukan Melaka yang kukuh menarik banyak pedagang asing. KETOKOHAN TUN PERAK Bijak Mengatur Strategi Kebijaksanaan Tun Perak dapat dilihat semasa menghadapi ancaman Siam. Beliau mengarahkan Tun Omar melanggar pasukan Siam bagi mengumpulkan maklumat kekuatan tentera Siam. Seterusnya, Bendahara mengarahkan pemasangan puntung pada pangkal kayu bakau di pesisir pantai arah ke Batu Pahat.
Cabaran Kesetiaan Kesetiaan Tun Perak teruji apabila berlaku perostiwa pembunuhan anaknya Tun Besar oleh Raja Muhammad. Apabila bola raga yang disepak telah menjatuhkan destar Raja Muhammad. Anak buah Tun Perak telah bersedia membalas kekejaman Raja Muhammad tetapi tidak dipersetujui Tun Perak. Akhirnya, Raja Muhammad "dibuang" sultan dari Melaka dan dirajakan di Pahang, KETOKOHAN TUN PERAK Berpandangan jauh Hubungan dilpomatik dengan kerajaan lain penting bagi menjamin kedaulatan. Oleh itu, Tun Perak menasihati Sultan Mansur Shah memperbaiki hubungan dengan Siam. Tun Perak mencadangkan Tun Telanai dan Tun Jana Khatib sebagai utusan. Selain itu, hubungan diplomatik diteruskan dengan China dan Makasar. Layanan Tawanan Perang Peranan bendahara sebagai ketua turus angkatan perang menyebabkan beliau mengetuai beberapa siri penaklukan. Semasa menakluk Inderapura, Maharaja Dewa Sura tidak diikat dan dipasung. Puterinya, Puteri Onang Sari diislamkan dan diberi nama Puteri Lela Wangsa lalu diperisterikan oleh Sulan Mansur Shah.