PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
TAHUN 4
GIMNASTIK ASAS
Kemahiran Imbangan
Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat :
1. Memahami apa itu imbangan.
2. Menyatakan jenis-jenis imbangan.
3. Melakukan aktiviti TOE-TUG WALK.
KEMAHIRAN IMBANGAN
1. Imbangan boleh difahami sebagai kebolehan seseorang mengekalkan
posisi badannya ketika dia berada dalam keadaan tetap atau semasa
melakukan sesuatu aktiviti.
2. Contoh-contoh imbangan ialah seperti, aksi-aksi berjalan, berlari,
melompat, mengguling, meloncat serta meluncur.
3. Contoh lain ialah berjalan sambil menjengket di atas garisan lurus dan juga
berjalan di atas bangku gimnastik.
4. Kebolehan untuk mengekalkan keseimbangan apabila pusat graviti
seseorang dan dasar (tapak) menyokong diubah.
JENIS IMBANGAN
a) Imbangan Statik
ialah kebolehan mengekalkan keseimbangan ketika pusat gravitinya berada
setempat. (tidak bergerak)
b) Imbangan Dinamik
ialah kebolehan mengekalkan keseimbangan ketika pusat graviti diubah.
(ada pergerakkan ke tempat lain)
Contoh Imbangan Statik
Contoh Imbangan Dinamik
Berjalan Berlari
Melompat Berguling
Cuba lakukan permainan ini.
TOE-TUG WALK
1. Permainan ini boleh dimainkan secara individu atau berkumpulan.
2. Aktiviti ini memerlukan keseimbangan tubuh badan untuk bergerak lancar.
3. Faktor yang mempengaruhi imbangan tubuh badan ialah luas tapak
sokongan, bilangan tapak sokongan dan kedudukan pusat graviti.
Cara bermain :
1. Berdiri tegak.
2. Bongkokkan badan dan pegang ibu jari kaki dengan tangan.
3. Anda hendaklah bergerak ke hadapan, dengan tangan memegang ibu jari
kaki.
4. Jika terasa hendak jatuh, cuba luaskan jarak kaki kiri dengan kaki kanan
(buka kangkang lebih luas) supaya mudah untuk bergerak.
Peringatan
Pastikan murid memakai pakaian riadah yang sesuai.
Lakukan permainan ini di kawasan yang luas/lapang.
LATIHAN PENGUKUHAN
SALIN NOTA DAN BUAT LATIHAN DALAM
BUKU LATIHAN PENDEK.
GAMBAR TAK PERLU LUKIS.