The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Muhd Khairi Jaafar, 2024-03-09 04:26:36

E-Buletin Sri Tenang TES84 Edisi 6 2023

E-Buletin Sri Tenang TES84 Edisi 6 2023

Sekolah Menengah Kebangsaan Tenang Stesen yang indah dan permai telah dibuka pada tahun 1984. Ketika itu sekolah ini hanya mempunyai empat blok bangunan iaitu blok A,B,C dan D. Jumlah guru ketika itu hanyalah 15 orang, 309 pelajar peralihan dan tingkatan 1. Dengan 4 blok bangunan inilah SMKTS menjalankan operasi pembelajaran dan pengajaran di samping kegiatan kokurikulum. Pada tahun 2019 SMKTS telah menjenamakan semula sekolah dengan nama TES84 yang bermaksud Tenang Effective School (TES) dan 84 merujuk kepada tahun kelahiran sekolah ini. Penjenamaan ini sebagai salah satu langkah sederap bersama warga TES84 untuk mengekalkan atau meningkatkan lagi prestasi cemerlang dalam bidang akademik, sahsiah dan kokurikulum. Sebagai warga pendidik TES84 kami berjanji akan memberikan pendidikan yang berkualiti untuk melahirkan modal insan yang terbilang mengikut aspirasi negara. Dengan kekuatan jentera pentadbiran dan guru seramai 50 orang selaras dengan pendidikan Abad ke –21(PAK 21), pihak sekolah begitu komited dan beriltizam untuk memastikan setiap pelajar berpotensi digilap, dibimbing dan dirangsang berfikiran di luar kotak pemikiran dengan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) bagi mendepani cabaran di masa hadapan. Seramai 500 orang pelajar dari pelbagai kaum dan latar tempat bergabung demi kecemerlangan sekolah dalam bidang akademik mahupun kokurikulum.


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Syukur alhamdulillah e-buletin Sri Tenang edisi ke -6 dapat diterbitkan sekali lagi bagi tahun 2023. Tahniah dan syabas kepada semua AJK Sidang Redaksi e-buletin yang bertungkus- lumus menghasilkan e-buletin pada tahun ini. E-buletin yang diterbitkan selari dengan kecanggihan dan perkembangan era teknologi maklumat dan komunikasi sejak belakangan ini. E-buletin yang diterbitkan secara atas talian merupakan pengganti kepada majalah sekolah sebelum ini. E-buletin merupakan antara dokumen penting untuk menyimpan pelbagai kenangan dan lakaran sejarah warga sekolah. Segala aktiviti akan dilaporkan setiap tahun dan pencapaian akan dipaparkan untuk menjadimemori indah setiap warganya. Penerbitan e-buletin ini akan menjadi lebih bermakna selepas seseorang murid meninggalkan alam persekolahannya di TES84. Dalam proses penerbitan e-buletin ini banyak usaha dan tenaga yang telah dicurahkan. Apa yang terhasil dalam penerbitan ini menunjukkan komitmen dan kreativiti setiap ahli untuk memastikan hasil kerja mereka menjadi kenangan kepada pemiliknya. Sekolah merupakan satu institusi untuk melahirkan insan yang cemerlang dari segi akademik, kokurikulum dan sahsiah. Murid yang cemerlang bukan murid yang berjaya dalam bidang akademik semata-mata, tetapi mereka yang mempunyai sahsiah yang baik dan terpuji serta aktif dan kokurikulum juga merupakan insan cemerlang. Justeru, guru merupakan insan yang bertanggungjawab dan berperanan penting untuk memastikan setiap aspirasi KPM untuk melahirkan insan yang cemerlang akan menjadi kenyataan. Selaras dengan perubahan pesat lagi pantas dalam bidang teknologi kita warga sekolah perlu berubah ke arah yang lebih baik untuk meningkatkan nama sekolah dalam semua bidang. Saya berharap semua warga TES84 akan terus maju dan cemerlang dalam semua bidang. Kecemerlangan akan dicapai dengan adanya kerjasama dan komitmen semua pihak iaitu murid guru dan ibu bapa. Sekian, terima kasih.


SMK TENANG STESEN ENROLMEN GURU DAN STAF 2023/2024 JAWATAN JANTINA MELAYU CINA INDIA LAIN-LAIN JUMLAH KESELURUHAN GURU LELAKI 20 0 0 0 20 49 PEREMPUAN 26 2 1 0 29 AKP LELAKI 3 0 0 0 3 10 PEREMPUAN 7 0 0 0 7 SMK TENANG STESEN ENROLMEN PELAJAR 2024 TINGKATAN/JANTINA PPKI PERALIHAN 1 2 3 4 5 LELAKI 12 3 54 63 65 52 41 PEREMPUAN 5 0 45 42 51 48 37 JUMLAH 17 3 99 105 116 100 78


Pencapaian Peringkat Kebangsaan ❖ o ❖ o ❖ o ❖ o o o ❖ o o ❖ o o ❖ o CHAI JING XUAN – (Ketiga) ❖ o o ❖ o o NOR SYAKIRIN BINTI ABU HASSAN – (KOPERAL) o MOHAMAD FITRI DANIEAL BIN MD ZIDAR – (KOPERAL) Pencapaian Peringkat Daerah ❖ o ❖ o AHMAD NAJMUDDIN BIN TAIB o ❖ o MUHAMMAD AZIZI BIN AZMAN ❖ o o o (Kelima) (Ketiga)


HARI BERTEMU WARIS PELAJAR TINGKATAN 5 PROGRAM IHYA’ RAMADHAN ❖ MAJLIS PERSARAAN CIKGU NORA ❖ WATIKAH PELANTIKAN BADAN-BADAN KHAS TES84 ❖ SAMBUTAN HARI GURU DAN HARI RAYA ❖ MAJLIS PERPISAHAN CIKGU CHONG LI SAN


AN ❖ MESYUARAT AGUNG PIBG ❖ MAJLIS PERSARAAN CIKGU ARUMUGAM ❖ PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM 2022/2023 ❖ MAJLIS PELANCARAN NILAM ❖ SUKANTARA ❖ MERENTAS DESA ❖ KEJOHAN OLAHRAGA TAHUNAN


❖ PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM ❖ PERASMIAN BULAN KEMERDEKAAN ❖ MAJLIS PERPISAHAN CIKGU RAMLAH LOPEZ ❖ GOTONG ROYONG MADANI ❖ HARI KEUSAHAWANAN ❖ HARI TERBUKA DAN PENETAPAN TARGET SPM ❖ KARNIVAL TVET ❖ HARI SUKAN NEGARA ❖ PELANCARAN DUTA SAHSIAH


❖ SAMBUTAN MAULIDURRASUL DAN SOLIDARITI BUAT PALESTIN ❖ HARI KELUARGA KEBIRUS ❖ PERKAMPUNGAN ILMU ❖ MAJLIS PERSARAAN CIKGU NG YIEW PONG DAN CIKGU LAI SEW YUN ❖ RELAKSASI MINDA KE PERAK ❖ RESTU ILMU PELAJAR TINGKATAN 5 ❖ MAJLIS PERPISAHAN CIKGU NURUL AIN BINTI AHMAT ❖ GOTONG-ROYONG PIBG


BENGKEL TEKNIK MENJAWAB MATEMATIK TAMBAHAN SPM BENGKEL KECEMERLANGAN KIMIA SPM BENGKEL TEKNIK MENJAWAB MATEMATIK SPM BENGKEL PEMANTAPAN SAINS BICARA ADHA BENGKEL MATEMATIK SPM JOM MEMBACA 10 MINIT PENYERAHAN SLIP KEPUTUSAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2023


PROGRAM KERJASAMA DENGAN UTHM GABEZO FOR ALL PENYERAHAN SLIP PBD MINGGU TVET PROGRAM RELAKSASI MINDA


PENYERAHAN SUMBANGAN ANAK YATIM PENDAFTARAN PELAJAR DAN PEMBELIAN BUKU DI KOPERASI PROGRAM ORIENTASI TINGKATAN 1 HARI BERTEMU WARIS PELAJAR TINGKATAN 5 TADARUS AL-QURAN


MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN SUMBANGAN KEPADA ANAK YATIM DAN ASNAF MAJLIS PENYERAHAN KUASA MEROTAN MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS WATIKAH PELANTIKAN MAJLIS PEMIMPIN KECIL: PENGAWAS PUSAT SUMBER PEMBIMBING RAKAN SEBAYA MAJLIS KETUA TINGKATAN


MAJLIS APRESIASI KECEMERLANGAN2022 (1 FEBRUARI 2023) BENGKEL TULISAN KHAT 7 HINGGA 8 APRIL 2023 PROGRAM NATIONAL PLACTIC BUSTERS PERTANDINGAN SCRABBLE KEJOHANAN MSSD BOLA JARING P15 dan P18 KEJOHANAN MSSD BOLA JARING P15 dan P18 SUKANTARA KEJOHANAN BOLA SEPAK L15 KEJOHANAN MSSJ GIMNASTIK PESTA KESENIAN PPIM SEGAMAT KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SEKOLAH KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH


PERTANDINGAN SCIENCE PAPER AIRCRAFT AND GLIDER CABARAN PENDIDIKAN LUAR NEGERI JOHOR 2023 SAMBUTAN HARI POLIS PERINGKAT KEBANGSAAN PROGRAM AGIHAN BUBUR LAMBUK BERSAMA KADET JPJ KURSUS KENAIKAN PANGKAT KADET BOMBA SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN PROGRAM MELESTARIKAN ALAM SEKITAR PERKHEMAHAN GABUNGAN UBB


MINI PERKHEMAHAN PENGAKAP JOHAN HIASAN DONAT KETIGA PEMBUATAN SANDWICH JOHAN GUBAHAN TUALA


Dalam era modenisasi ini, pastinya ramai tertanya-tanya apakah peranan pelbagai pihak untuk menggalakkan pemakanan sihat dalam kalangan remaja. Hal ini kerana kita sering dikejutkan dengan berita yang tidak sedap untuk didengari berkenaan masalah Kesihatan dalam kalangan remaja.comtoh penyakit yang dialami oleh remaja ialah penyakit sakit jantung. Darah tinggi dan kencing manis atau lebih popular dengan nama panggilan penyakit tiga serangkai. Ramai dalam kalangan remaja juga berdepan dengan masalah obesity disebabkan tabiat pemakanan mereka yang tidak seimbang. Dengan ini kita mestilah menyedari bahawa remaja perlu mengamalkan pemakanan yang sihat. Persoalannya, apakah peranan pelbagai pihak untuk menggalakkan pemakanan sihat dalam kalangan remaja? Mauduk pertama,peranan pihak Kerajaan untuk menggalakkan pemakanan sihat dalam kalangan remaja ialah pihak Kerajaan perlu mengadakan kempen pemakanan yang seimbang untuk mengurangkan penyakit dalam kalangan remaja. Melalui kempen tersebut dapat menyedarkan golongan remaja untuk makan mengikut keperluan tenaga dan pengambilan makanan mengikut waktu makan secara teratur. Selain itu, remaja perlu makan pelbagai jenis makanan yang boleh membekalkan nutrisi dalam badan. Seterusnya peranan pihak kerajaan juga perlu mengurangkan pengeluaran makanan ringan dan makanan segera.kerana makanan ringan dan makanan segara begitu popular dalam kalangan remaja. Langkah yang proaktif ini amat penting bagi mengurangkan risiko individu menghadapi penyakit-penyakit berbahaya seperti kencing manis dan darah tinggi. Oleh itu pihak Kerajaan hendaklah sentiasa berwaspada semasa mengeluarkan sesuatu produk bak kata Mutiara ‘sediakan paying sebelum hujan’. Tambahan pula pihak Kerajaan perlu membuat pameran pemakanan yang sihat. Pameran ini dapat menarik minat remaja untuk mengambil pemakanan yang seimbang dan dapat memberikan kesihatan yang baik. Mauduk ketiga, peranan guru juga boleh memberikan nasihat kepada murid bahawa mengambil pemakanan yang sihat bukan sahaja untuk kesihatan tetapi untuk kecerdasan otak dan fizikal. Selain itu, Guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan juga memainkan peranan penting dalam mengatasi masalah ini. Sepertimana dalam pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah yang memberikan kesedaran dan membantu murid membentuk pandangan positif tentang Kesihatan reproduktif dan sosial, menyediakan maklumat yang perlu diketahui supaya mereka mengambil pemakanan yang seimbang’ guru juga dapat mengurangkan risiko menghadapi penyakit dengan melakukan senaman dan melakukan aktiviti sukan. Dengan ini juga dapat membantu murid mengawal kadar obesiti. Guru perlu memberikan nasihat kepada murid tentang pengambilan makanan yang seimbang supaya dapat mengurangkan penyakit dalam kalangan remaja. Kesimpulannya peranan pelbagai pihak amat penting bagi membantu golongan remaja mengatasi masalah berkaitan kesihatan diri. Golongan remaja juga perlu mengamalkan pemakanan yang seimbang dan sedarlah bahawa penjagaan kesihatan hendaklah diutamakan untuk mencegah daripada penyakit berbahaya seperti obesiti, kencing manis dan sakit jantung. Pihak kerajaan pula seharusnya melaksanakan kempen yang lebih berkesan secara meluas supaya setiap remaja mendapat didikan yang betul dan cara yang tepat untuk mengamalkannya demi menghasilkan komuniti yang sihat dan sejahtera. Dengan ini pelbagai pihak perlu bekerjasama supaya generasi dan negara sihat dapat realisasikan dalam tempoh masa yang terdekat. NUR MARLIHAH BINTI BASRAH 5 DINAMIK


Pada zaman pascakemerdekaan ini, sektor pelancongan merupakan suatu perkara yang tidak asing lagi dalam kalangan rakyat di malaysia bahkan untuk seluruh negara. Seiring dengan kemerdekaan yang dicapai malaysia pada tanggal 31 Ogos 1957, telah berlakunya banyak perubahan di negara kita khususnya mengenai pembangunan dan kemajuan sistem pengangkutan di Malaysia. Sebagai contoh sistem MRT (Malaysia Railway Transportation) yang canggih telah memudahkan rakyat serta pelancong untuk pergi ke suatu destinasi yang ingin dituju.Oleh hal yang demikian, para pelancong akan lebih tertarik untuk berkunjung ke Malaysia kerana adanya kemudahan pelancongan yang dapat membantu menjimatkan masa. Seperti kata pepatah ‘masa itu emas’. Terdapat beberapa usaha yang boleh dilakukan untuk meningkatkan sektor pertanian. Antara langkah yang efektif lagi pragmatik yang boleh dilakukan ialah pihak kerajaan perlu bersinergi untuk merealisasikan lebih banyak aktiviti berkaitan gotong-royong. Sudah menjadi obligasi setiap rakyat Malaysia untuk menjaga nama negara daripada pandangan orang asing. Namun ada segelintir masyarakat yang hilang sifat mahmudah dalam dirinya dan sewenang-wenangnya merosakkan imej negara dengan cara membuang sampah merata-rata. Natijahnya pihak kerajaan perlulah mengadakan aktiviti gotong -royong (MADANI) bagi meningkatkan imej negara kita sekaligus dapat menarik minat lebih ramai pelancong melancong ke Malaysia. Kesannya Malaysia akan terkenal di jagatraya sebagai sebuah negara yang mempunyai keindahan alam. Tegasnya, aktiviti gotong-royong merupakan salah satu langkah yang boleh dilakukan untuk meningkatkan sektor pelancongan negara. Selain itu, pihak kerajaan juga perlu membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada golongan marhaen bagi mengurangkan kehidupan gelandangan dan penganggur. Dewasa ini, terdapat ramai pelajar lepasa universiti yang sukar untuk mendapatkan pekerjaan mengikut jurusan pelajaran masing-masing. Sebagai pengitlakan, sekiranya bilangan penganggur di Malaysia adalah kurang daripada 4% negara dapat mencapai guna tenaga penuh yang dapat meningkatkan ekonomi negara. Sebagai contoh, tenaga buruh di Malaysia yang belajar dalam sektor perindustrian makanan dapat berkongsi buah idea dengan mereka yang mahir dalam perniagaan supaya dapat mempromosikan makanan tempatan dengan lebih luas lagi hingga ke seantero dunia. Oleh hal yang demikian, rayat di negara luar dapat mengetahui makanan-makanan yang ada di malaysia dan berminat untuk mencubanya. Jika ditelusuri dengan lebih mendalam terdapat ramai pelancong yang datang ke sesebuah negara untuk mencuba kepelbagaian makanan tempatan yang dapat memberikan kondifikasi baharu kepada mereka. Bak kata peribahasa tak tumbuh tak melata tak sungguh orang tak kata. Jelaslah antara usaha yang boleh dilakukan pihak kerajaan untuk meningkatkan ekonomi negara disamping membantu dalam peningkatan sektor pelancongan adalah dengan membuka peluang pekerjaan kepada rakyat. Dalam pada itu, pihak kerajaan juga mestilah bermobiliti ke arah kemodenan sistem pengangkutan di negara kita. Pihak kerajaan seharusnya cekap dalam melaksanakan sesuatu projek seperti pembinaan MRT baru di Malaysia supaya negara kita terampil sebagai sebuah negara yang ‘tak lapuk dek hujan tak lek dek zaman’. Ghalibnya para pelancong negara luar akan berminat untuk datang ke negara kita kerana adanya kemudahan sistem pengangkutan yang signifikan untuk menjimatkan masa dan tenaga mereka. Pelancong asing akan memandang Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai adiwangsa, bahkan dari aspek kecekapan pihak kerajaan menjalankan segala urusan negara. Jelaslah bahawa pihak kerajaan perlu meningkatkan sektor pengangkutan negara untuk meningkatkan sektor pelancongan. Sementara itu, individu juga merupakan uslub berkesan untuk menambahkan jumlah kehadiranpelancong ke dalam negara. Hal ini dikatakan demikian kerana rakyat seharusnya menjadi golongan mingrat yang memiliki sifat terpuji dalam diri. Justifikasinya pelancong-pelancong yang datang ke Malaysia akan merasai keseronokan berada di Malaysia dengan wujudnya keharmonian antara bangsa di negara kita. Negara kita merupakan sebuah negara yang mempunyai banyak bangsa yang berbilang kaum. Tidak hairanlah sekiranya ada pelancong luar negara yang berminat untuk mempelajari adat resam sesebuah kaum. Mereka yang melancong sebahagiannya dengan tujuan untuk mencari maklumatbaharu bagi mereka dan merupakan sumber pengetahuan bagi para pelapor untuk membuat konten dalam talian mereka. Contohnya telegram,youtube dan tik tok. Benarlah individu haruslah mempunyai sahsiah yang baik supaya dapat meningkatkan sektor pelancongan. Intihanya, terdapat pelbagai usaha yang boleh dilakuan untuk meningkatkan sektor pelancongan negara. Oleh hal yang demikian, pihak kerajaan dan individu haruslah mengembleng tenaga bersama-sama memajukan negara supaya pelancong tertarik untuk melancong di negara kita. Saya berharap agar pihak kerajaan mengambil cakna mengenai segala pemasalahan yang wujud dalam kalangan rakyat bagi mengekalkan keharmonian dan imej negara. NURDINA SAFIAH BINTI ABDUL AZIZ 5 BESTARI


THE VALUE OF HIGHER EDUCATION BY: IZZAH INSYIRAH BINTI AFANDI (5 ARIF) Ladies and gentlemen, distinguished guests, and fellow seekers of knowledge, I stand before you today to explore a thoughtprovoking question that echoes through the halls of academia and resonates within the hearts of students and educators alike: Is higher education still valid in Malaysia? In a rapidly evolving world, where technological advancements and alternative learning platforms abound, it is crucial that we delve deep into the very essence of education, reassess its purpose, and navigate the shifting tides of educational paradigms. Together, let us embark on a transformative journey of inquiry, as we uncover the untold stories and unravel the complexities surrounding the relevance and value of higher education in the beautiful land we call Malaysia. Do we all understand the concept of higher education? It refers to learning at universities or similar institutions, typically leading to a degree. For recent Malaysian SPM 2022 graduates, this is pertinent. However, not everyone may have applied or grasped its significance. Malaysia boasts numerous universities like SITC, UiTM, UM, and many more, along with diverse courses at community colleges, making degree attainment relatively accessible. Yet, some still question the value of higher education. Nevertheless, doubt often stems from underlying reasons. Why question the value of higher education? Scrolling through social media platforms like Instagram and Twitter reveals complaints about salaries, sparking debates over why SPM certificate holders might earn more than degree holders in certain fields. This not only impacts individuals directly but also tarnishes the perceived importance of education. Such uncertainty may sway young minds, prompting them to ponder whether to prioritize earning money or pursuing further knowledge. To address this issue, we can shift the perspective of young minds regarding higher education. Many recent SPM graduates may not have applied due to uncertainty about which university or course to choose—a common problem in Malaysia, often stemming from insufficient exposure to these topics in school. Guidance from counsellors and experienced individuals is crucial in helping them navigate this decision-making process. As a diverse and supportive nation, we all have a role to play in assisting these graduates in selecting paths for their future, benefiting both them and the country's success. In higher education, individuals develop both street smarts, learning from personal experiences, and book smarts, gaining knowledge from others' experiences documented in books, lectures, and courses. Colleges and universities encourage critical thinking and idea generation, enabling students to gain their own experiences while also benefiting from the insights of experienced lecturers and peers. In conclusion, higher education remains highly relevant in Malaysia, offering significant benefits for all SPM graduates. Embracing this opportunity not only enriches their present but also secures a brighter future. Learning is an ongoing journey, and as Leonardo Da Vinci famously said, "Learning never exhausts the mind." Public Speaking Video: https://youtu.be/Iy8_tkDBtTQ


长期使用电脑的坏处 在现代社会中,电脑已经成为人们生活和工作不可缺少的工具,它在给人们生活和工作带来方便、快捷的同时,也在慢慢地危及人们的 健康,引起视力衰退、关节损伤、辐射伤害、头部和肩膀疼痛。很多过度使用电脑的人都容易得这种“电脑病”。 长期使用电脑不注意的话,最容易受到侵害的就是眼睛视力下降、眼睛干涩及眼红。其次就是受电脑产生的静电导 致皮肤病,使得面部皮肤 受到刺激,会出现过敏起疹等现象。同时,长期与电脑键盘打交道,每天重复在键盘上打字或移动鼠标,手腕关节长期和过度活动,会使关 节受损,出现手指疼痛。 除此之外,久坐在电脑前,若是坐姿不正确,还容易出现颈肩腰背痛,眩晕等,但电脑对人类更多的伤害还在于它所潜伏的危害,如多 种人格障碍、心理变态等,还可表现出一些疾病,如胃肠道消化不良,肥胖等。 记者、编辑、打字员以及整天呆在公司的白领等长期以电脑为主要工具的人群属“电脑病”的高危人群,这主要由 于他们的工作和电脑 分不开。另外,一些妇女、儿童,尤其是沉迷于网吧的青少年,也是电脑病的高发人群,因为他们的抵抗力比较低,长期面对电脑更容易得电 脑 病,对他们的健康成长非常不利。 “电脑病”的产生主要是和人们在电脑面前的坐姿、使用方法,以及使用时间长短有关。因此,对长期使用电脑的人来说,做好防护 工作非常重要。 首先,在操作电脑时尽可能保持自然的端坐位,将后背坐直,并保持颈部的挺直。两肩自然下垂,上臂贴近身体,手肘弯曲成90度,操 作键盘或滑鼠,尽量使手腕保持水平。 我们应该避免长时间连续操作电脑。使用电脑的时间最好是30分钟。然后就休息5至十分钟。休息期间可到室外散步,或抬头望天,或向远处 眺望,或进行数次的伸颈和扩胸练习,舒展紧绷的肌肉。 除了坐姿,我们也应该从食物着手。平时多吃些胡萝卜、白菜、豆芽、豆腐、以及牛奶、鸡蛋、瘦肉等食物,少食油腻及辛辣食品,以 补充人体内维生素A和蛋白质。平时可多饮些茶,茶叶中含有的物质,有利于吸收与抵抗放射性物质。 电脑是我们的朋友,也可以是我们的敌人。只要我们能节制及适当地善用它,电脑能带给我们很多好处。反之,如果我们不懂得节制,电脑会 扰乱我们的生活习惯, 进而影响个人的身心及生理发展。朋友们,让电脑成为我们永远的伙伴吧! 王雪晴 5Arif 畅游大马历史之都 --- 马六甲 马六甲因拥有悠久的历史而被称为古城,它在1400年由拜里米苏拉创建。马六甲市我国最早发展的州属,它曾经是一个 重要的港口,吸引多国商人到来进行商品交易。 马六甲有许多吸引人的旅游景点,其中一个著名的景点是鸡场街。鸡场街原名街场街,因闽南语“街场”和“鸡场”同 音,后来就演变成“鸡场街”这独特的街道名称。这里有很多小食摊,售卖各种美食,其中有海南鸡饭粒、煎律、红豆冰等。每 逢星期五、星期六及星期日,鸡场街就会万人空巷。许多游客都涌到这里来品尝美食,购买手工艺品或观赏文化表演。 马六甲另一个特别的景点是红屋。这红屋之称是因其墙壁被髹得红彤彤的。其实它们是由荷兰人建造,原是荷兰政府办 事处,后被改为博物馆。马六甲红屋是东南亚最古老的荷兰式建筑物。在红屋外的街道可看到许多三轮车夫在积极招徕游客。游 客可以乘坐装饰得鲜艳夺目的三轮车观赏市区美景,别有一番滋味呢! 除此之外,马六甲的古城门也很著名。这座建筑的全名为圣地亚哥古城门,原本是一座城堡,由葡萄牙人在1511年建造 。城门的作用是抵御外敌入侵,是葡萄牙人占领马六甲时期的一道防卫线。现今,只剩一座城门和两尊大炮。 马六甲还有许多吸引人的名胜:汉丽宝井、葡萄牙村、迷你马来西亚等,都值得一游。此外,马六甲也是购物和美食天 堂。马六甲有许多大型的购物中心,但马六甲真正的购物天堂是在繁忙的街边商铺与市场。沿着英雄广场的街道有许多民族特色 的手工艺品货摊或商店。游客可以砍价,任意选购自己喜欢的东西:各种各样的丝织品、篮子、木雕、蜡染衬衫等,玲琅满目, 应有尽有。至于马六甲的美食更是多不胜数,有娘惹饭、沙爹碌碌、罗惹、海南鸡饭等,若你没吃过这些美食,那你还不算到过 马六甲。 到马六甲,千万不要忘了买一些纪念品。世间最大的损失莫过于游览一处胜景而没有留下任何回忆。这些记忆 可以触摸、保留、并与他人分享。把纪念品带回去,你就可以随时随地在记忆的长河中重游马六甲,这个让人难忘的大马历史之 都。 蔡靖萱 3 Arif


ஆக்கம், ஷாலினி த/பெ சுரேஷ் 5D/2023 SHALINI A/P SURESH 5D /2023


Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Pengetua,Barisan Pentadbir, Yang Dipertua PIBG, AJK eBuletin, Guru-guru, Staf-staf sokongandan seluruh warga TES84 yang telah memberikan sumbangan, tenaga dan fikiran bagi menjayakan e – Buletin “Sri Tenang” Edisi ke – 6 Tahun 2023. Tidak lupa juga kepada pasukan penerbitan yang melalui banyak proses penghasilan e – Buletin ini dan seluruh jawatankuasa yang membantu. Diharapkan dengan kemajuan digital kini, Sri Tennang TES84 akan terus menyerlah dan berkembang mengikut peredaran zaman.


Koleksi Gambar Guru dan Staf TES84 Koleksi Gambar “Behind The Scenes” Koleksi Gambar Unit Kokurikulum Koleksi Gambar Kelas Koleksi Gambar Badan-badan Khas TES84


Click to View FlipBook Version