The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Analisis Penyata Kewangan dan Perbandingan Prestasi

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-1465537, 2021-04-24 22:03:09

Prinsip Perakaunan

Analisis Penyata Kewangan dan Perbandingan Prestasi

Prinsip Perakaunan

Tajuk : Analisis Penyata Kewangan dan Perbandingan Perakaunan

Ahli : 1. Au Jo Lyn
2. Koh Jia Xin
3. Lim Chee Yee
4. Wee Qiu Min
5. Yap Huey Shin

Tingkatan : 5 Red

Jenis-jenis Nisbah Kewangan

(i)Nisbah keberuntungan
a.Tokakan
b.Margin Untung Kasar
c.Margin Untung Bersih
d.Pulangan atas Modal

(ii)Nisbah Kecairan
a.Nisbah Semasa
b.Nisbah Ujian Asid

(iii)Nisbah Kecekapan
a.Kadar Pusingan Ganti Inventori
b.Tempoh Kutipan Kewangan
c.Tempoh Pembayaran Hutang

a. Peratus Untung Kasar atas Kos Jualan (Tokokan)

- Mengira peratus penambahan kepada kos jualan dalam menentukan harga jualan.
- Dinyatakan dalam bentuk peratus.
- Tokokan = Untung Kasar x 100

Kos Jualan

b. Peratus Untung Kasar atas Jualan (Margin Untung Kasar)

- Mengukur untung kasar yang diperoleh daripada setiap ringgit jualan.
- Mengukur keuntungan daripada jualan barang sebelum mengambil kira lain-lain belanja.
- Peratus untung kasar kepada jualan bersih.
- Dinyatakan dalam bentuk peratus; nilai yang tinggi lebih bagus.
- Margin Untung Kasar = Untung Kasar x 100

Jualan

c. Peratus Untung Bersih atas Jualan (Margin Untung Bersih)

- Mengukur untung bersih yang diperoleh daripada setiap ringgit jualan.

- Mengukur keuntungan keseluruhan perniagaan.
- Peratus untung bersih kepada jualan bersih.
- Dinyatakan dalam bentuk peratus; nilai yang tinggi lebih bagus
- Margin Untung Bersih = Untung Bersih x 100

Jualan Bersih

d. Pulangan atas Modal (Pulangan atas Pelaburan)

- Mengukur kadar pulangan atas setiap ringgit modal yang dilaburkan.
- Mengukur pulangan pada pelaburan modal untuk satu tempoh tertentu.
- Dinyatakan dalam bentuk peratus; nilai yang tinggi lebih bagus (perniagaan berupaya menguruskan modal
dengan lebih cekap).
- Pulangan atas Modal = Untung Bersih x 100

Modal Awal

NISBAH SEMASA

• Mengukur keupayaan sesebuah perniagaan menjelaskan semua Liabiliti Semasa mengikut
masa yang ditetapkan.

• Menunjukkan hubungan antara Aset Semasa dengan Liabiliti Semasa .
• Rumus untuk mengira Nisbah Semasa.

CONTOH – Pengiraan Nisbah Semasa

Akaun Semasa RM40 000
Liabiliti Semasa RM20 000

Nisbah semasa = Aset Semasa
Liabiliti Semasa

= RM40 000
RM20 000

=2:1
Tafsiran : Setiap RM1 Liabiliti Semasa , perniagaan mempunyai Aset Semasa sebanyak
RM2 untuk menjelaskannya.

NISBAH UJIAN ASID

• Mengukur keupayaan sesebuah perniagaan untuk membayar hutang jangka pendek dengan

cepat atau serta- merta.
• Menunjukkan hubungan antara Aset Semasa ( kecuali Inventori Akhir ) dengan Liabiliti Semasa.
• Rumus untuk mengira Nisbah Ujian Asid .

CONTOH – Pengiraan Nisbah Ujian Asid

Aset Semasa RM40 000
Liabiliti Semasa RM20 000
Inventori Akhir RM14 000

Nisbah Ujian Asid = Aset Semasa – Inventori Akhir
Liabiliti Semasa

= RM40 000 – RM14 000
RM20 000

= 1.3 : 1
Tafsiran : Setiap RM1 Liabiliti Semasa , perniagaan mempunyai Aset Semasa sebanyak RM1.30

untuk menjelaskannya tanpa perlu menukarkan Inventori Akhir kepada Tunai.

Kadar Pusingan Ganti Inventori

• Menghitung kekerapan pusingan inventori dalam setahun

• Menunjukkan hubungan antara Kos Jualan dengan Inventori Purata

• Dapat mengukur keupayaan sesebuah perniagaan menjual barang niaga yang menyebabkan modal
perniagaan terikat pada inventori yang tidak dijual

CONTOH Pengiraan Kadar Pusingan Ganti Inventori

Kos Jualan RM56 700
Inventori Awal RM14 090
Inventori Akhir RM20 540

Inventori Purata = Inventori Awal + Inventori Akhir
2

= RM14 090 + RM20 540
2

= RM17 315

Kadar Pusingan Ganti Inventori (bilangan kali) = Kos Jualan
Inventori Purata

= RM 56 700
RM17 315

= 3.27 kali

Kadar Pusingan Inventori Purata (bilangan hari) = Inventori Purata X 365 hari
Kos Jualan

= RM17 513 X 365 hari
RM 56 700

= 111 .46 hari

Tafsiran : Kadar Pusingan Ganti Inventori menunjukkan bahawa perniagaan telah menggantikan atau membeli
inventori baru sebanyak 3.27 kali atau mengambil masa 111 hari dalam suatu tempoh perakauan.

Tempoh Kutipan Wang

⚫ Mengukur keupayaan atau kecekapan perniagaan membuat kutipan hutang daripada

pelanggan.
⚫ Merupakan purata jangka masa yang diambil oleh pelanggan untuk membayar hutangnya.

CONTOH-Pengiraan Tempoh Kutipan Hutang

Akaun Belum Terima RM 20 400
Jualan Kredit RM 170 800

Tempoh Kutipan Hutang =Akaun Belum Terima X 365 hari
Jualan Kredit

=RM20 400 X 365 hari
RM170 800
=43.59 hari

Tafsiran : Tempoh Kutipan Hutang menunjukkan bahawa perniagaan mengambil masa 44 hari
untuk mengutip hutang pelanggannya.

Tempoh Pembayaran Hutang

⚫ Mengukur keupayaan atau kecekapan perniagaan membuat bayaran hutang kepada pembekal.
⚫ Merupakan purata jangka masa yang diambil oleh perniagaan untuk membayar hutang kepada

pembekal.

CONTOH-Pengiraan Tempoh Pembayaran Hutang

Akaun Belum Bayar RM12 300
Belian Kredit RM67 500

Tempoh Pembayaran Hutang = Akaun Belum Bayar X 365 hari
Belian Kredit

=RM12 300 X 365 hari
RM67 500
=66.51 hari

Tafsiran : Tempoh Pembayaran Hutang menunjukkan bahawa perniagaan mengambil masa 66 hari
untuk membayar hutang kepada pembekalnya.


Click to View FlipBook Version