The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BAHASA MELAYU
TINGKATAN 2

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syazams3, 2023-08-15 20:52:49

KARANGAN PENDEK

BAHASA MELAYU
TINGKATAN 2

Keywords: KARANGAN

KARANGAN PENDEK OLEH : CIKGU SAZARINA BINTI MD SALEH SMJK YOK BIN, JALAN AYER LELEH, MELAKA


CONTOH KARANGAN Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan. LANGKAH- LANGKAH PENCEGAHAN COVID-19 Mengelakkan Penularan wabak Memakai Pelitup muka Tanggungjawab Semua pihak Mengamalkan Penjarakan sosial Membawa Pensanitasi tangan


Langkah 1 : Membina rangka karangan Kategorikan maklumat yang diberikan ke dalam rangka. Pendahuluan mengelakkan penularan wabak Isi 1 memakai pelitup muka Isi 2 membawa pensanitasi tangan Isi 3 mengamalkan penjarakan sosial Kesimpulan / Harapan tanggungjawab semua pihak Ungkapan ( Gunakan idea sendiri menyelit ungkapan yang berkaitan untuk memurnikan karangan ini )


Langkah 2 : Menulis karangan Gunakan ayat sendiri dan penanda wacana yang sesuai untuk kembangkan maklumat mengikut kategori : ( Pendahuluan ) (Isi 1 / Isi 2 / Isi 3 ) ( Kesimpulan / Harapan / Ungkapan )


( Pendahuluan ) Kita digalakkan untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan covid-19 untuk mengelakkan penularan wabak ini. ( Isi 1 ) Antara langkah yang boleh diambil adalah dengan memakai pelitup muka apabila berada di tempat awam. ( Isi 2 ) Selain itu, kita juga haruslah sentiasa membawa pensanitasi tangan untuk digunakan apabila perlu. ( Isi 3 ) Seterusnya, kita diminta untuk mengamalkan penjarakan sosial sekurang-kurangnya satu meter. ( Kesimpulan ) Kesimpulannya, langkah pencegahan ini merupakan tanggungjawab semua pihak agar ( Harapan ) kita dapat memutuskan rantaian Covid-19 ini kerana mencegah lebih baik daripada mengubati.


SEKIAN TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version