KATA GANDA OLEH : CIKGU SAZARINA BINTI MD SALEH SMJK YOK BIN, JALAN AYER LELEH, MELAKA
KATA GANDA Kata ganda ialah proses pengulangan kata secara keseluruhan atau pada bahagian-bahagian yang tertentu.
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Dewan Edisi Bahasa (Nik Safiah Karim) Kata Ganda ialah bentuk yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulang kata dasar tersebut diulang secara seluruh/pada bahagian-bahagian tertentu dengan imbuhan atau tanpa imbuhan.
Penggandaan terbahagi kepada empat iaitu : ØKata ganda seluruh ØKata ganda separa ØKata ganda berentak/berima ØKata ganda berimbuhan
KATA GANDA SELURUH/PENUH Kata ganda penuh/seluruh melibatkan seluruh kata dasar yang diulang atau digandakan tanpa sebarang perubahan bentuk.
Contoh kata ganda seluruh iaitu: KATA NAMA KATA KERJA KATA ADJEKTIF Buku-buku Pusing-pusing Cantik-cantik Murid-murid Geleng-geleng Panjang-panjang Meja-meja Gelak-gelak Merah-merah
Penggandaan penuh melibatkan pengulangan seluruh kata . Kata ganda ada yang bermaksud jamak, tunggal, atau kedua-duanya. PENGANDAAN MAKNA JAMAK MAKNA TUNGGAL Api-api Banyaknya api Sejenis serangga Kuda-kuda Banyaknya kuda Kayu penyangga Anak-anak Banyaknya anak mainan
KATA GANDA SEPARA Kata ganda separa ialah kata ganda yang mengalami pengulangan suku kata pertama pada kata asalnya. Selain itu, bunyi vokal pada suku kata pertama berubah menjadi vokal yang dilambangkan dengan huruf e .Contoh :
KATA DASAR KATA GANDA KATA GANDA SEPARA Layang Layang-layang Lelayang Kuda Kuda-kuda Kekuda Tupai Tupai-tupai Tetupai Siku Siku-siku Sesiku Bola Bola-bola Bebola Jari Jari-jari Jejari Langit Langit-langit Lelangit
Namun begitu, terdapat juga pembentukan istilah baru dalam kata ganda separa ini seperti pepejal, cecair, tetuang dan sesendi.
KATA GANDA BERIMA/BERENTAK Kata ganda berima/berentak merupakan proses menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar tersebut. Seluruh kata dasar digandakan dan bunyi- bunyi tertentu diulang. Kata ganda ini terbahagi kepada tiga, iaitu:
JENIS KATA GANDA CONTOH CONTOH AYAT Persamaan bunyi di hujung Kuih-muih, lauk-pauk Kuih-muih itu terhidang di atas meja Persamaan bunyi di pangkal Batu-batan, bukit-bukau Aktiviti gotong-royong akan diadakan esok Persesuaian bunyi keseluruhan Kusut-masai, simpang-siur Rambutnya kusut- masai kerana ditiup angin.
KATA GANDA BERIMBUHAN Kata ganda berimbuhan ialah kata ganda yang menerima imbuhan sama ada awalan, apitan, sisipan, atau akhiran. Contoh : IMBUHAN CONTOH KATA GANDA BERIMBUHAN Awalan Bermain-main, menjerit-jerit, tergaru-garu, melompat-lompat Apitan Bertolak-tolakan, kebodoh-bodohan, setidak-tidaknya Sisipan Tulang-temulang,turun-temurun, gilap- gemilap Akhiran Wangi-wangian, tumbuh-tumbuhan
TAMAT - TERIMA KASIH -