The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syazams3, 2023-08-15 23:02:35

TEKNIK MENJAWAB SOALAN ESEI

PENDIDIKAN MORAL
TINGKATAN 3

Keywords: TEKNIK ESEI

PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3 SOALAN ESEI OLEH, CIKGU SAZARINA BINTI MD SALEH SMJK YOK BIN, JALAN AYER LELEH MELAKA


FORMULA ESEI PENDIDIKAN MORAL vPerenggan 1 üNilai ( 3 ) üFakta ( 1 ) üHuraian ( 1 ) atau ( 2 ) üContoh ( 1 ) üInferens ( 1 )


vPerenggan 2 üFakta ( 1 ) üHuraian ( 1 ) atau ( 2 ) üContoh ( 1 ) üInferens ( 1 )


Soalan 1 Bagaimanakah anda boleh menjadi Suri Teladan kepada pelajar lain? Huraikan jawapan anda berdasarkan nilai universal.


Jawapan 1 Saya akan mengamalkan nilai bertanggungjawab, nilai hormat, nilai rasional dan hemah tinggi supaya menjadi contoh yang baik kepada pelajar lain. Contohnya, sebagai seorang pengawas sekolah, saya perlu mengikuti semua peraturan sekolah. Setiap hari saya akan datang ke sekolah untuk menuntut ilmu. Hal ini demikian, setiap hari kami datang ke sekolah maka kami tidak akan ketinggalan ilmu yang disampaikan oleh guru. Hal ini dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran.


Soalan 2 Bagaimanakah amalan kebestarian diri boleh menjadikan anda idola kepada pelajar lain? Huraikan jawapan anda berdasarkan nilai universal.


Jawapan 2 Saya akan mengamalkan nilai bertanggungjawab, nilai kasih sayang dan nilai kegigihan supaya dijadikan idola baik kepada pelajar lain. Saya akan berusaha mencapai keputusan cemerlang. Contohnya, saya akan mengulang kaji di sekolah dan juga di rumah. Hal ini demikian kerana keputusan yang cemerlang boleh menjamin masa depan yang lebih baik. Oleh itu, kita haruslah mengamalkan amalan positif di sekolah.


Jawapan 2 Selain itu, saya bertanggungjawab melaksanakan tugas masing-masing. Contohnya, saya akan membuang sampah ke dalam tong sampah jika melihat sampah dibuang merata-rata. Hal ini disebabkan kerana tindakan membuang sampah ke dalam tong sampah merupakan tanggungjawab saya sebagai murid. Dengan ini, saya boleh mengelakkan pencemaran alam sekitar.


Soalan 3 Bagaimanakah anda boleh menyelamatkan anugerah alam ciptaan tuhan terus diseludup? Huraikan jawapan anda berdasarkan nilai universal.


Soalan 4 Bagaimanakah amalan nilai murni dapat membantu anda dalam menghargai anugerah alam ciptaan tuhan.


Soalan 5 Huraikan kepentingan ilmu pengetahuan dan budi pekerti mulia dalam membentuk kebestarian diri.


Click to View FlipBook Version