The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syazams3, 2023-08-15 22:45:52

TEKNIK MENJAWAB SOALAN ESEI

PENDIDIKAN MORAL
TINGKATAN 2

Keywords: TEKNIK MENJAWAB

PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 2 SOALAN ESEI OLEH, CIKGU SAZARINA BINTI MD SALEH SMJK YOK BIN, JALAN AYER LELEH MELAKA


FORMULA ESEI PENDIDIKAN MORAL vPerenggan 1 üNilai ( 3 ) üFakta ( 1 ) üHuraian ( 1 ) atau ( 2 ) üContoh ( 1 ) üInferens ( 1 )


vPerenggan 2 üFakta ( 1 ) üHuraian ( 1 ) atau ( 2 ) üContoh ( 1 ) üInferens ( 1 )


Soalan 1 Bagaimanakah anda boleh menjadi Suri Teladan kepada pelajar lain? Huraikan jawapan anda berdasarkan nilai universal.


Jawapan 1 Saya akan mengamalkan nilai bertanggungjawab, nilai hormat, nilai rasional dan hemah tinggi supaya menjadi contoh yang baik kepada pelajar lain. Contohnya, sebagai seorang pengawas sekolah, saya perlu mengikuti semua peraturan sekolah. Setiap hari saya akan datang ke sekolah untuk menuntut ilmu. Hal ini demikian, setiap hari kami datang ke sekolah maka kami tidak akan ketinggalan ilmu yang disampaikan oleh guru. Hal ini dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran.


Soalan 2 Bagaimanakah amalan nilai murni yang boleh dipraktikkan menjadikan anda idola kepada pelajar lain? Huraikan jawapan anda berdasarkan nilai universal.


Jawapan 2 Saya akan mengamalkan nilai hormat, nilai toleransi dan rasional supaya dijadikan idola yang baik bagi pelajar lain. Saya akan berusaha menjadi pelajar yang taat dalam melaksanakan suruhan agama. Contohnya, saya akan menunaikan sembahyang mengikut upacara agama yang saya anuti. Hal ini demikian kerana menurut amalan agama saya akan menjadi pelajar yang berdisiplin dalam hidup. Oleh itu, Kita haruslah mengamalkan amalan positif untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran.


Jawapan 2 Selain itu, saya bertanggungjawab melaksanakan norma masyarakat. Contohnya, saya perlu taat kepada peraturan, undang-undang, pantang larang dan adat resam hidup bermasyarakat. Hal ini disebabkan mematuhi norma masyarakat, merupakan kewajipan kita sebagai individu di dalam masyarakat yang berbilang kaum. Oleh itu, dengan mematuhi norma masyarakat boleh mengeratkan hubungan antara kita.


Soalan 3 Bagaimanakah anda boleh melaksanakan tanggungjawab diri dengan baik? Huraikan jawapan anda berdasarkan nilai universal.


Soalan 4 Bagaimanakah amalan nilai murni dapat membantu anda dalam menjalankan tanggungjawab kepada keluarga?


Soalan 5 Huraikan kepentingan menjaga perselisihan faham dan menjaga hati sahabat dalam persahabatan ?


Click to View FlipBook Version