NOVEL : JEJAK MONPUS BAHASA MELAYU TINGKATAN 2 OLEH : CIKGU SAZARINA BINTI MD SALEH
1.Huraikan tiga nilai kemanusiaan yang terdapat dalam novel yang anda pelajari ? 1.Nilai kasih sayang : Qistina amat menyayangi Zahar dan mencadangkan anaknya itu memusnahkan makmalnya kerana bimbang akan keselamatan Zahar apabila penduduk kampung menyalahkan anaknya itu membiak ulat bulu berbintik hitam.
2.Nilai Keberanian : Zahar dengan beraninya ke Pulau Pisang untuk mencari penawar bagi mengatasi penyakit kulit gatal yang dialami oleh penduduk kampung setelah diserang ulat bulu berbintik hitam.
3.Nilai Simpati : Zahar bersimpati terhadap nasib penduduk Kampung Maju Jaya yang mengidap pelbagai penyakit seperti penyakit kulit gatal apabila diserang ulat bulu berbintik hitam.
2.Huraikan perwatakan watak utama yang terdapat dalam novel yang anda pelajari ? Watak utama : Zahar Perwatakan : 1.Seorang yang berani. Zahar dengan beraninya ke Pulau Pisang untuk mencari penawar bagi mengatasi penyakit kulit gatal yang dialami oleh penduduk kampung setelah diserang ulat bulu berbintik hitam.
2.Seorang yang bersimpati. Zahar bersimpati terhadap nasib penduduk Kampung Maju Jaya yang menghidap pelbagai penyakit seperti penyakit kulit gatal apabila diserang ulat bulu berbintik hitam.
3.Seorang penyabar. Zahar sabar mencari formula untuk menyelamatkan penduduk kampung daripada serangan ulat bulu berbintik hitam.
3.Latar belakang ialah gambaran kehidupan masyarakat yang dipaparkan dalam sesebuah karya. Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan tiga latar masyarakat beserta contoh peristiwa yang sesuai.
1.Masyarakat yang mementingkan ilmu pengetahuan. Zahar sering menjalankan eksperimen untuk kepentingan masyarakat umum. Akhirnya, Zahar berjaya mencipta formula MONPUS, iaitu racun serangga yang dapat menghapuskan ulat bulu berbintik hitam dan menyelamatkan penduduk kampung.
2.Masyarakat yang suka berdendam. Ripin berdendam dengan Zahar dan sentiasa mencari jalan untuk membuat provokasi terhadap Zahar dan mengkhianatinya.
3.Masyarakat yang berani melakukan sesuatu perkara. Zahar dengan beraninya ke Pulau Pisang untuk mencari penawar bagi mengatasi penyakit kulit gatal yang dialami oleh penduduk kampung setelah diserang ulat bulu berbintik hitam.
Persoalan kepentingan ilmu sains dalam kehidupan 1.Penyelidikan yang dijalankan oleh Zahar telah menyelamatkan penduduk Kampung Maju Jaya daripada serangan ulat bulu bebintik hitam.
Persoalan kepentingan ilmu sains dalam kehidupan 2.Selain itu, ilmu sains yang dipraktikkan oleh Zahar dalam kajiannya menyebabkan dia diumumkan sebagai penerima Anugerah Biasiswa Kerusi Canselor, sekali gus menjadi contoh yang baik kepada belia di Kampung Maju Jaya.
Persoalan kepentingan ilmu sains dalam kehidupan 3.Zahar bijak menyelesaikan masalah yang dihadapinya dengan mencari penawar bagi mengatasi serang ulat bulu berbintik hitam di kampungnya.
SEKIAN TAMAT