Mesti ada tema, cadangan & harapan
• Sekadar Perkongsian. Bila belajar bahasa Melayu, mesti tidak lari daripada menggunakan perkataan GRAMATIS. Kalau dalam kelas, pensyarah bahasa saya selalu cakap ayat kurang gramatis. Persoalannya, apa itu GRAMATIS? Gramatis bermaksud ayat yang betul dari segi struktur ayat dan betul pula dari segi semantiknya.
• Sebagai contoh ayat yang kurang gramatis; Ayam itu sedang bermain bola di padang. (Ayat ini betul dari segi bentuk strukturnya iaitu ada subjek dan predikat namun tidak betul pada semantiknya. Jika kita lihat dari segi logik ayat, mana boleh ayam menendang bola atau bolehkah ayam itu menendang bola?) Contoh ayat yang gramatis; Adik sedang bermain bola di padang.