The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hernani.kksbs, 2022-01-22 01:31:28

TOPIK 2 JENIS-JENIS MOTOR

Jenis-jenis motor

MOTOR ELEKTRIK 3 FASA

SKE 2033

HASIL PEMBELAJARAN

• DI AKHIR TOPIK PEMBELAJARAN INI, PARA PELAJAR
BOLEH:

1. MENERANGKAN JENIS – JENIS MOTOR ELEKTRIK TIGA
FASA

2. MENGENAL PASTI BAHAGIAN – BAHAGIAN UTAMA
MOTOR ELEKTRIK TIGA FASA

3. MENERANGKAN KENDALIAN MOTOR ELEKTRIK TIGA
FASA

4. MENGENALPASTI FAKTOR – FAKTOR PEMILIHAN MOTOR

MOTOR SANGKAR TUPAI

Motor ini mempunyai:
Stator (pemegun) – terdapat 3 belitan. Setiap belitan
mewakili setiap fasa.

 Rotor (pemutar) – berbentuk sangkar tupai.

Mempunyai kelajuan yang tunggal dan kelajuan seakan-
akan sama dengan ciri-ciri kelajuan motor medan magnet.

Daya kilas dan faktor kuasa permulaan amat rendah.

Faktor kuasa ini akan bertambah sehingga beban
penuh/full load dan nilainya mencapai tahap 0.85/0.90.

Pemegun MOTOR SANGKAR TUPAI

Bahagian yg pegun dalam motor

 Diperbuat drpd lapisan keluli

 Mempunyai lurah-lurah alur (lubang alur)

Stator disokong oleh rangka

Terdapat 3 belitan satu fasa di stator.

Di kotak pengkalan motor terdapat 6 terminal bagi maksud
untuk sambungan kebekalan.

 Tugas utama stator ialah sebagai teras untuk menghasilkan
medan magnet berputar disamping sebagai pelengkap litar
magnet

MOTOR SANGKAR TUPAI

Pemegun

Motor Sangkar Tupai

PEMUTAR
- ROTOR ATAU SEKUNDER IALAH BAHAGIAN

BERPUTAR.
- IA BERBENTUK SELINDER
- DIBINA DARIPADA LAPISAN-LAPISAN KELULI YG

BERTEBAT.
- TERAS ROTOR SANGKAR TUPAI ADALAH KUKUH

DAN TAHAN LASAK,
- BINAAN TERAS ADALAH BERLAMINA.
- BAR-BAR SANGKAR TUPAI TERLETAK DALAM TERAS
- TUGAS ROTOR IALAH UNTUK MEMUTAR ACI

MOTOR.

GAMBAR PEMUTAR

MOTOR SANGKAR TUPAI

Prinsip Kendalian
1. Bekalan 3 fasa dibekalkan pada belitan pemegun.
2. Medan magnet akan terhasil dan membentuk medan magnet

yang berputar pada pemegun.
3. Penghasilan medan magnet ini adalah disebabkan turun naiknya

arus di pemegun mengikut gelombang frekuensi bekalan 3 fasa
yang mana setiap fasa terpisah sebanyak 120°.
4. Proses aruhan saling diantara stator dan rotor berlaku, maka
arus teraruh akan teraruh di rotor dan menyebabkan rotor mula
berputar.

MOTOR SANGKAR TUPAI

Kebaikan Motor 3 Fasa Sangkar Tupai

 Motor ini ringkas, tahan lasak dan tidak mudah untuk
dimusnahkan terutamanya pada rotor sangkar tupai.

 Perbelanjaannya murah dan penjagaannya mudah.
 Ia boleh digerakkan tanpa memerlukan belitan
tambahan.
 Ia tidak ada belitan dirotor, jadi ianya ringkas.
 Saiznya lebih kecil pada kuasa yg sama dengan
motor rotor berlilit jika dua sangkar tupai digunakan.
 Pengaturan kelajuannya yg baik mengikut
perubahan beban.

MOTOR SANGKAR TUPAI

Keburukan Motor 3 Fasa Sangkar Tupai

 Kelajuan motor ini tidak boleh diubah dan
pengubahan kelajuan hanya dibuat dengan

mengubah kecekapannya.

 Kelajuan motor ini akan berkurang dengan
penambahan beban.

MOTOR PEMUTAR BERLILIT

Motor ini juga dikenali sebagai motor gelang
gelincir atau Slip ring motor dan wound Rotor
Induction Motor.

Binaannya adalah sama dengan motor aruhan
3 fasa jenis sangkar tupai cuma bahagian
rotornya/pemutar disambungkan kepada 3
perintang luar menerusi gelang gelincir.

Daripada gelang gelincir/slip ring ini ia akan
disambungkan ke litar luar dengan menggunakan
3 berus karbon sebagai perantaraan.

MOTOR PEMUTAR BERLILIT

Ciri-ciri Motor Rotor Berlilit
Kelajuan motor ini boleh dikawal kelajuannya
dengan menggunakan perintang boleh laras yang
disambung pada bahagian pemutar.

Kelajuan pemutar tinggi – Nilai rintangan rendah.

Kelajuan pemutar tinggi – Nilai rintangan tinggi.

Terdapat kelemahan menggunakan perintang
boleh laras iaitu berlaku kehilangan kuasa pada
perintang tersebut.

MOTOR PEMUTAR BERLILIT

Kelajuan kawalannya hanya 50% daripada
kelajuan segerak motor.

Kilas/tork motor ini adalah agak baik.
Penyelenggaraan motor ini adalah agak
mahal.
Bagi menyongsangkan arah putaran motor,

ia hanya dilakukan dengan menukarkan
urutan fasa bekalan motor

MOTOR PEMUTAR BERLILIT

MOTOR PEMUTAR BERLILIT

MOTOR PEMUTAR BERLILIT

PRINSIP KENDALIAN
• SEPERTIMANA YANG BERLAKU PADA MOTOR ARUHAN 3 FASA

SANGKAR TUPAI,APABILA PEMEGUN/STATOR MENDAPAT
BEKALAN 3 FASA IA AKAN MENGHASILKAN MEDAN MAGNET
BERPUTAR DI PEMEGUN DENGAN KELAJUAN NS.

• DENGAN BERLAKUNYA PROSES ARUHAN SALING DIANTARA
STATOR DAN ROTOR, MAKA ARUS TERARUH AKAN TERARUH
DI ROTOR BERBELIT DAN MENYEBABKAN ROTOR MULA
BERPUTAR DENGAN KELAJUAN NR.

SAMBUNGAN PRINSIP KENDALIAN

• SEKIRANYA PADA MASA ITU, PERINTANG YANG
DISAMBUNGKAN PADA ROTOR PADA TAHAP
MAKSIMA , MAKA KADAR PUTARAN ROTOR ADALAH
PADA TAHAP PALING MINIMA TETAPI KILAS MOTOR
ADALAH TINGGI.

MOTOR PEMUTAR BERLILIT

RY B Perintang Boleh laras

Belitan Pemegun

Belitan Pemutar

MOTOR SEGERAK

•Motor segerak sebenarnya adalah pengulang-alik tetapi ia
dijalankan sebagai sebuah motor.
•Nama motor ini diperolehi daripada kelajuan segerak yang
dimiliki motor ini iaitu Ns = Nr.
•Oleh itu motor ini tidak mempunyai gelinciran.

Motor ini mempunyai kelajuan yang malar dan ia tidak boleh
bergerak dengan sendiri kerana ia memerlukan penggerak
sama ada daripada luar atau dalam motor

MOTOR SEGERAK

MOTOR SEGERAK

Pemegun
Pemegun motor segerak boleh dibahagikan kepada 2
jenis mengikut fungsi iaitu sebagai teras magnet dan litar
medan magnet serta sebagai tempat belitan pemegun.
Teras pemegun diperbuat daripada besi nipis yang
berlapis-lapis serta bertebat bagi mengurangkan arus
pusar yang berlaku.
Pemegun juga mempunyai lubang-lubang untuk pengalih
udaraan yang berada pada kedudukan melintang lubang
alur tersebut.
Ia bertujuan untuk menyejukkan teras akibat kehilangan
besi / P iron core.

MOTOR SEGERAK

MOTOR SEGERAK

Pemutar

Bagi motor segerak yang kecil, pemutarnya
diperbuat daripada magnet kekal dan motor ini

lazimnya memerlukan tambahan penghidup dari luar.

Ia akan berputar apabila bekalan diberikan.

MOTOR SEGERAK

SAMBUNGAN… PEMUTAR
LAZIMNYA PEMUTAR MOTOR SEGERAK INI TERDIRI

DARIPADA 3 BENTUK KUTUB IAITU KUTUB
TERTONJOL, KUTUB TURBIN DAN JENIS ARUHAN
SEGERAK.
PADA BAHAGIAN PEMUTAR INI DITEMPATKAN 2
GELANG GELINCIR DAN BERUS KARBON SEBAGAI
PERANTARAAN KE BEKALAN A.T BERTUJUAN UNTUK
MENDAPATKAN ARUS UJAAN DI PEMUTAR.

MOTOR SEGERAK

Prinsip Kendalian
1. Apabila bekalan tiga fasa dibekalkan pada pemegun

motor, medan magnet berputar akan terhasil pada
pemegun tersebut dengan kelajuan Ns putaran per-
minit

2. Putaran medan magnet ini tidak berguna bagi
menghasilkan arus aruhan di pemutar kerana pemutar
akan digerakkan oleh satu penggerak daripada luar
yang berputar mengikut arah putaran medan magnet.

3. Kelajuan putaran pemutar (Nr) itu mestilah sama
dengan kelajuan medan magnet / kelajuan segerak
(Ns).

MOTOR SEGERAK

Prinsip Kendalian

4. Setelah kelajuan pemutar dan segerak hampir sama,
bekalan a.t akan diberikan ke pemutar melalui gelang
gelincir.

5. Fluks magnet yang terhasil di pemutar akan
bertindakbalas dengan medan magnet berputar.

6. Seterusnya akan berputar selaju putaran segerak (
kelajuan medan magnet berputar ) iaitu Ns = Nr.

7. Walaupun penggerak pemutar ditanggalkan, motor
masih berputar kerana ini disebabkan oleh tindakan
saling kunci di antara medan magnet berputar
dengan medan magnet di pemutar.

MOTOR SEGERAK

Prinsip Kendalian

8. Daya yang menguncikan pemutar dengan pemegun
diistilahkan sebagai daya kilas tarik ke dalam (perapat )

9. Bagi motor segerak, pemutarnya mempunyai batang
pengalir sangkar tupai dan motor segerak ini dijalankan
mengikut kendalian motor aruhan sangkar tupai
sebelum bekalan a.t dibekalkan pada pemutar apabila
pemutar hampir menyamai kelajuan segerak.

10. Tetapi cara ini terbatas pada motor yang berukuran
sederhana sahaja.

FAKTOR PEMILIHAN MOTOR

ANTARA FAKTOR YANG PERLU DIPERTIMBANGKAN SEBELUM SESUATU JENIS
MOTOR ITU DIPILIH MENJALANKAN SESUATU TUGAS IALAH:-

1. ARUS
2. VOLTAN
3. FREKUENSI
4. KELAJUAN
5. FAKTOR KUASA
6. JENIS KERANGKA
7. KELAS PENEBATAN

FAKTOR PEMILIHAN MOTOR

1. ARUS - KADARAN ARUS ADALAH JUMLAH ARUS
BEBAN PENUH KETIKA MOTOR MEMPUNYAI BEBAN.
KADARAN INI MEMBANTU DALAM MENGIRA SAIZ
KABEL YANG SESUAI, SAIZ FIUS DAN SAIZ HEATER
DALAM PEMULA MOTOR. PEMASANGAN KABEL
UNTUK LITAR MOTOR HENDAKLAH LEBIH BESAR
DARIPADA KADARAN ARUS MOTOR.

2. VOLTAN BEKALAN – SAMADA BEKALAN AT, AU; 1
FASA ATAU 3 FASA

FAKTOR PEMILIHAN MOTOR

3. Frekuensi - Frekuensi motor di AS adalah 60 Hz
manakala frekuensi motor yang digunakan di
Eropah dan Asia adalah 50 Hz. Frekuensi motor
hendaklah dipastikan sepadan dengan
frekuensi bekalan kuasa motor.

4. Kelajuan yang diperlukan – iaitu sekiranya
motor itu hendak digunakan sebagai motor
kawalan kelajuan, maka faktor ini perlu diambil
kira.

FAKTOR PEMILIHAN MOTOR

5. Faktor kuasa - Menentukan sejauh mana
motor boleh selamat sekiranya beban lampau
(overload). Contohnya, motor dengan SF = 1.15
boleh dilampau beban sebanyak 15%.

FAKTOR PEMILIHAN MOTOR

6. KERANGKA MOTOR

•Kerangka motor adalah jenis-jenis penutupan yang
digunakan untuk melindungi motor dari keadaan-keadaan
persekitaran tertentu

•Kerangka motor biasanya dikelaskan kepada dua jenis iaitu:
a. jenis terbuka – apabila udara diambil daripada
atmosfera sekeliling

dan diedarkan dalam motor.

b. jenis tertutup sepenuhnya – apabila tidak ada
pertukaran udara antara dalam motor dan atmosfera
sekeliling.

FAKTOR PEMILIHAN MOTOR

KERANGKA MOTOR

• Kerangka motor dinamakan mengikut keadaan
persekitarannya. Antaranya ialah:

i. tutupan kalis air
ii. tutupan kalis titisan
iii. tutupan kalis percikan
iv. tutupan tahan letupan
v. tutupan tahan haba

• Bahagian yang membentuk kerangka motor adalah:
i. Perisai hujung
ii. Kuk (badan motor)

FAKTOR PEMILIHAN MOTOR

Kerangka

Tutupan perlindungan jenis jaring Tutupan terbuka tanpa perlindungan mekanik

Tutupan terbuka jenis kalis titisan Tutupan tertutup sepenuhnya jenis kalis air

Tutupan tertutup sepenuhnya jenis kalis nyala Tutupan tertutup sepenuhnya kalis kotoran, kelembapan dan
pengaratan

FAKTOR PEMILIHAN MOTOR

7. Kelas Penebatan – Penebatan lilitan motor adalah penting
kerana ia merupakan bahagian utama yang akan mengalami
kesan suhu yang tinggi pada motor. terdapat 5 kelas
penebatan yang biasanya didapati iaitu:

i. Penebatan kelas A ( suhu maksima 105°C ) jarang digunakan.
ii. Penebatan kelas E (suhu maksima 120°C
iii. Penebatan kelas B (suhu maksima 130°C )

FAKTOR PEMILIHAN MOTOR

SAMBUNGAN…

IV. PENEBATAN KELAS F (SUHU MAKSIMA 155°C )
V. PENEBATAN KELAS H (SUHU MAKSIMA 180°C )
VI. PENEBATAN KELAS C (SUHU MAKSIMA IALAH

LEBIH DARIPADA180°C )
VII.PENEBATAN KELAS Y(SUHU MAKSIMA IALAH

SAMPAI 90°C )

KESIMPULAN

• BAHAGIAN UTAMA MOTOR ELEKTRIK 3 FASA ADALAH PEMEGUN,
PEMUTAR, PERISAI DAN ACI.

• MOTOR SANGKAR TUPAI, MOTOR PEMUTAR BERLILIT DAN MOTOR
SEGERAK MERUPAKAN MOTOR ARUHAN 3 FASA YANG BIASA
DIGUNAKAN

• BINAAN SESEBUAH PEMUTAR BOLEH MEMBEZAKAN JENIS MOTOR 3 FASA.

• TERDAPAT 7 FAKTOR PEMILIHAN MOTOR YANG PERLU DIAMBILKIRA
SEBELUM MEMILIH JENIS MOTOR YANG BERSESUAIAN.

SEKIAN,
TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version