MOTOR ELEKTRIK
TIGA FASA
SKE 2023
HASIL PEMBELAJARAN
• Di akhir Arena Pembelajaran ini, para pelajar
boleh:
1. Menerangkan prinsip medan magnet berputar
2. Mengenal pasti pemutar dan pemegun dalam
motor aruhan tiga fasa
3. Menerangkan prinsip kendalian motor aruhan
4. Menerangkan istilah kelajuan pemutar, kelajuan
segerak dan gelinciran
5. Membuat perhitungan mudah
6. Mengenal pasti jenis sambungan pada motor
1.0 PRINSIP KENDALIAN
MOTOR ELEKTRIK 3 FASA
1.1 MAGNET
- Magnet mempunyai dua kutub
- Kutub utara & kutub selatan
- Pergerakan urat daya magnet adalah dari kutub Utara
ke kutub Selatan
GAMBARAJAH URAT
DAYA MAGNET
US
1.1 MEDAN MAGNET
• Medan magnetik adalah ruangan di
sekitar magnet yang masih terpengaruh
gaya magnetik
• Medan magnet mempunyai kekuatan
untuk menarik atau menolak
bahan/benda yang mempunyai sifat
kemagnetan.
AMALI UNTUK MELIHAT
MEDAN MAGNET
Peralatan yang perlu disediakan :
i. sebatang magnet
ii. kertas tipis
iii. serbuk besi
Kaedah yang dilakukan:
1. Ambil sebatang magnet dan letakan di
bawah sehelai kertas
2. Taburkan serbuk besi diatas kertas tersebut
3. Pola serbuk besi akan terbentuk di atas kertas
apabila sebuk besi tadi ditaburkan
GAMBAR MEDAN MAGNET YANG
TERBENTUK
a. Sebatang magnet b. Dua batang magnet
dengan medan magnet dengan kutub
yang terbentuk berlawanan apabila
didekatkan
c. Dua batang magnet
dengan kutub bersamaan
apabila didekatkan
Medan magnet pada batang magnet
HUBUNGKAIT ARUS ELEKTRIK & MEDAN
MAGNET
a. Jarum kompas b. Jarum kompas c. Jarum kompas
tanpa pengaliran dengan pengaliran dengan pengaliran
arus arus kearah utara arus kearah selatan
Pengaruh arus elektrik terhadap penunjukan arah jarum
kompas
PRINSIP KEWUJUDAN
MEDAN MAGNET BERPUTAR
a. Hukum Genggam b. Arah induksi magnet oleh
Tangan Kanan Fleming pengalir yang berarus bebentuk
gegelung
1.2 MENGENAL PASTI
PEMUTAR DAN PEMEGUN
Pemutar
• Pemutar adalah bahagian
yang berputar pada
sesebuah motor.
Pemutar
• Tugas utamanya adalah untuk
memutarkan aci atau shaft.
• Bagi motor yang kecil terdapat
pengalir-pengalir aluminium yang
dibelitkan pada rotor .
PEMUTAR
• Pemutar bagi motor sangkar
tupai adalah mempunyai
batang-batang kuprum atau
aluminium yang dipasang
selari dengan shaft/aci.
1.2 PEMEGUN
• Pemegun terdiri daripada 'kutub'
berlilit yang mengangkut arus
bekalan untuk mengaruh medan
magnet yang menembusi pemutar.
• Bilangan 'kutub' boleh berbeza
mengikut jenis motor tetapi mestilah
sentiasa berpasangan (iaitu 2, 4, 6,
dsb.)
Teras Pemegun
1.3 PRINSIP KENDALIAN MOTOR
• Apabila bekalan 3 fasa dibekalkan ARUHAN
pada belitan pemegun, medan
magnet akan terbentuk pada setiap
belitan dan membentuk satu medan
magnet yang sentiasa berputar pada
pemegun.
• Penghasilan medan magnet ini adalah
disebabkan turun naiknya arus di
pemegun mengikut gelombang
frekuensi bekalan.
• Medan magnet berputar yang terhasil
di pemegun akan mengaruhkan
pengalir pemutar secara aruhan saling.
KELAJUAN SEGERAK
KELAJUAN SEGERAK ( Ns )
Kelajuan segerak adalah kelajuan medan magnet
berputar di stator apabila bekalan diberikan.Kelajuan ini
adalah berkadar terus dengan frekuensi dan berkadar
songsang dengan bilangan kutub
FORMULA;
Ns = 120f
P
Dimana, f = frekuensi bekalan.
P = Bil. kutub
KELAJUAN PEMUTAR
KELAJUAN PEMUTAR ( Nr )
Kelajuan pemutar adalah kelajuan rotor
bagi sesebuah motor aruhan 3 fasa.
Kelajuan ini biasanya kurang 3 hingga 4
peratus daripada kelajuan segerak.
FREKUENSI ROTOR
FREKUENSI ROTOR (Fr)
Ulangan arus yang teraruh yang wujud di
pemutar dalam pusingan per minit.
Frekuensi rotor ,
Fr = s x f
Dimana ;
s = Slip / kegelinciran
F = Frekuensi bekalan
GELINCIRAN
GELINCIRAN ( s )
Perbezaan kelajuan segerak dan kelajuan
pemutar.
Gelinciran wujud di dalam motor bertujuan bagi
membolehkan medan magnet berputar memotong
pengalir rotor dan seterusnya mengaruhkan arus
dipemutar.Gelinciran bagi sesebuah motor aruhan
biasanya 3 hingga 4 peratus atau dalam per unit.
Peratus gelinciran ;
s = Ns – Nr x 100%
Ns
Dimana; Ns = kelajuan segerak
Nr = kelajuan pemutar
CONTOH PENGIRAAN
1. Satu motor aruhan 3 fasa telah dililitkan untuk 4 kutub
dan dibekalkan dari satu suatu sistem 50 hertz.
Kirakan.
a. Kelajuan Segerak, Ns
b. Kelajuan Pemutar apabila kegelinciran 4%, Nr
c. Frekuensi rotor apabila laju rotor 600 rpm, Fr
LANGKAH PENYELESAIAN
Daripada soalan, berikut adalah data tentang motor
yang diperolehi;
P =4
f = 50hertz
LANGKAH PENYELESAIAN
BAHAGIAN (A)
a) Kelajuan Segerak
Daripada formula;
Ns = 120f
P
= 120 x 50
4
Ns = 1500 rpm
LANGKAH PENYELESAIAN
BAHAGIAN (B)
b) Kelajuan pemutar apabila berlaku kegelinciran 4%.
Daripada formula slip kita akan dapat mencari nilai Nr ;
s = Ns – Nr x 100%
Ns
Jadi,
-Nr = Ns(s) – Ns
= 1500( 0.04 ) – 1500
= 60 – 1500
- Nr = - 1440 rpm.
Maka, Nr = 1440 rpm
LANGKAH PENYELESAIAN
BAHAGIAN (C)
c) Frekuensi rotor apabila laju rotor 600 rpm.
Oleh sebab kelajuan rotor berubah maka nilai gelinciran yang baru perlu dicari;
Jadi , dengan menggunakan formula slip ;
s = Ns – Nr x 100%
Ns
s = 1500 – 600 x 100% Oleh itu, s = 60% @ 0.6p.u
1500
Sekarang, kita gunakan formula frekuensi rotor iaitu ;
fr = s x F
fr = 0.6 x 50
= 30 hertz
SAMBUNGAN BINTANG
(STAR)
R
BY
SAMBUNGAN BINTANG
(STAR)
U1 V1 W1
U2 V2 W2
Sambungan bintang di motor
SAMBUNGAN DELTA
R
BY
SAMBUNGAN DELTA
U1 V1 W1
U2 V2 W2
KESIMPULAN
US
Kutub mempunyai 2 jenis – Utara & selatan
Bahagian utama motor – Pemutar & pemegun
Jenis sambungan di motor – Bintang & segitiga
Terdapat 2 jenis kelajuan yang boleh diukur –
Kelajuan pemutar & kelajuan pemegun
SEKIAN
TERIMA KASIH