The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-25 TERKINI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ainjahrona baherin, 2025-02-28 09:22:42

BUKU MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-25 TERKINI

BUKU MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-25 TERKINI

SEKOLAH RENDAH AGAMA INTEGRASI (SRAI) SUNGAI MANGGIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-25 SESI 2025 TARIKH : 1 MAC 2025 HARI : SABTU MASA : 8.00 PAGI TEMPAT : DEWAN AL-IKHLAS PIBG SRAI SG. MANGGIS DIRASMIKAN OLEH: Y.B TUAN PAPPARAIDU A/L VERAMAN EXCO SUMBER MANUSIA & PEMBASMI KEMISKINAN ADUN BANTING.


SEKAPUR SIREH YANG DIPERTUA PIBG SRAI SUNGAI MANGGIS Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah,bersyukur kehadrat AllahS.W.T kerana dengan izin dan kurnia-Nya kita dapat bersama-sama pada hari ini menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-25 Sekolah Rendah Agama Integrasi Sungai Manggis.Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana kesudian Tuan-tuan dan Puan-puan menghadiri majlis yang diadakan pada setiap tahun ini. Saya sebagai Yang Dipertua PIBG sekolah ini sentiasa mengambil perhatian yang serius terhadap segala masalah yang dihadapi oleh barisan pentadbir dan tenaga pengajar sekolah ini yang berpenat lelah, berkorban mendidik anak-anak kita. Walaupun menghadapi pelbagai rintangan dan dugaan yang melibatkan tenaga, emosi dan ketahanan mental yang bukan sedikit. Saya sangat-sangat mengharapkan guru-guru dan barisan Pentadbir sekolah ini akan terus dapat memberikan komitmen sepenuhnya bersama PIBG untuk membanteras masalah gejala sosial anak-anak bangsa kita dengan memberikan didikan yang sempurna. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada pihak sekolah yang berusaha bersungguhsungguh untuk mempertingkatkan kecemerlangan murid-murid.Oleh itu,saya mengharapkan agar pihak ibu bapa dapat sama-sama turun padang dan memberikan sepenuh komitmen kepada pihak sekolah agar anak-anak kita dapat diberikan didikan secara menyeluruh dan tidak menyerahkan tanggungjawab mendidik kepada pihak sekolah semata-mata. Ibu bapa sepatutnya lebih prihatin terhadap tingkahlaku dan kesungguhan anak-anak kita yang belajar di sekolah ini. Kesopanan tingkah laku dan nilai budi yang tinggi harus disemai dari rumah agar anak-anak tahu dan pandai menghormati serta mengasihi para guru yang banyak memainkan peranan mencorak masa depan anak-anak kita. Saya pasti dengan kerjasama yang berterusan antara pihak sekolah dan ibu bapa, kejayaan yang lebih cemerlang akan dapat dicapai. Akhir sekali saya ingin menyeru semua ibu bapa murid-murid di sekolah ini agar dapat menyumbangkan bantuan tidak kira secara fizikal mahupun spiritual kepada pihak sekolah,demi kecemerlangan anak-anak kita.Mulakan langkah dengan membaiki jumlah kehadiran ibubapa bagi setiap acara ataupun program yang dianjurkan oleh pihak sekolah yang memerlukan penglibatan ibu bapa. Sekian,selamat bersidang dan terima kasih. (Encik Mohd Kusno Bin Mohd Kusnan) Yang dipertua PIBG SRAI Sungai Manggis 1


SECUBIT HALWA SECANGKIR MADU GURU BESAR SRAI SUNGAI MANGGIS Assalamualaikum wbt. Segala puji bagi Allah S.W.T. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.Alhamdulillah saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T, kerana dengan izin- Nya kita dapat mengadakan Mesyuarat Agung PIBG SRAISM bagi kali ke-25 pada hari ini. Sempena dengan Mesyuarat Agung ini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih dan syabas kepada AJK PIBG SRAISM yang telah menyumbangkan bakti sama ada dalam bentuk tenaga dan idea untuk kesejahteraan dan kecemerlangan anak didik di sekolah ini. Tahniah juga diucapkan kepada AJK PIBG kerana dapat menjayakan Majlis Mesyuarat Agung PIBG bagi tahun 2025 ini. Peranan PIBG dalam membantu meningkatkan imej dan pencapaian sekolah memang tidak dapat dinafikan lagi. Umumnya kita mengetahui bahawa PIBG yang kuat pastinya akan memberi manfaat yang besar kepada semua murid dan sekolah. Selain dari hasil kecemerlangan pengurusan sekolah, tanpa bantuan dana dari PIBG sesuatu program peningkatan itu tidak dapat dijalankan dengan baik. Sehubungan dengan itu,saya bagi pihak sekolah ingin merakamkan ucapan tahniah di atas daya usaha, kewangan dan idea yang telah dicurahkan bagi membangunkan SRAISM. Walau bagaimanapun PIBG perlu terus melangkah kehadapan dan sentiasa berusaha untuk merealisasikan wawasan pendidikan lebih menyeluruh di kalangan ibu bapa dan guru sama ada secara langsung atau tidak langsung. Akhir kata, saya mengucapkan selamat bermesyuarat dan semoga perhimpunan kita pada hari ini menghasilkan banyak manfaat dan diberi keberkatan oleh Allah S.W.T. Sekian,terima kasih. (Puan Hajah Noryani binti Mohd.Yusof) Penasihat PIBG SRAI Sungai Manggis. 2


TENTATIF MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG MASA PERKARA 8:00 pagi Pendaftaran Ibu bapa & Guru 8:30 pagi Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis 8:45 pagi Bacaan doa 9:00 pagi Ucapan Penasihat PIBG : Puan Hajah Noryani Binti Mohd Yusof 9:15 pagi Ucapan Yang Dipertua PIBG : Encik Mohd Kusno Bin Mohd Kusnan 9:30 pagi Ucapan Perasmian : Y.B. Tuan Papparaidu A/L Veraman (EXCO Sumber Manusia & Pembasmi Kemiskinan / ADUN Banting) 10:00 pagi Mesyuarat Agung PIBG dijalankan: 1. YDP PIBG mempengerusikan majlis. 2. Membentangkan dan mengesahkan minit mesyuarat Agung kali ke24. 3. Perkara berbangkit. 4. Membentangkan penyata dan mengesahkan kewangan PIBG bertarikh Januari hingga 31 Disember 2024. 5. Perbincangan Yuran PIBG 2025. 6. Membentang dan membahaskan usul-usul untuk diluluskan dan diterima. 7. Hal-hal lain. 8. Ucapan penangguhan. 9. Rezeki Barokah. 12:30 tengah hari Bersurai 3


AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2024/2025


45


JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU KALI KE-25/2025 PENASIHAT PUAN HAJAH NORYANI BINTI MOHD YUSOF YANG DIPERTUA PIBG ENCIK MOHD KUSNO BIN MOHD KUSNAN NAIB YANG DIPERTUA PIBG ENCIK HAZRIN BIN AZEMI SETIAUSAHA PIBG PUAN NORAISHAH BINTI IBRAHIM BENDAHARI PIBG PUAN ZARINA BINTI MOHD YUNUS PENYAMBUT TETAMU PENGERUSI MAJLIS SEMUA AJK PIBG SRAISM Encik Mohammad Norfaizal bin Mohamed Cik Nur Sabrina Binti Ruslan BUKU PROGRAM BACAAN DOA Puan Hana Nashsuha Binti Mohd Wari (K) Encik Muhammad Alif Bin Rahim Puan Hidayah bt. Zakariah DOKUMENTASI/LABEL PENDAFTARAN Puan Ainjahrona Binti Baherin Puan Siti Sarunah Binti Paimon (SRAI) Puan Nooriah Fadzilah Binti Kadir (SRA) PENCATAT MINIT PA SISTEM & MONTAJ Cik Ain Azhani Binti Jalal (K) Puan Fawizah Binti Sujak (K) Puan Erniza Binti Simun Cik Nadiatun Syauqina Binti Zulkifli Puan Siti Zaleha Binti Miswan Cik Maznum Binti Marpin JAMUAN VIP/ IBU BAPA HADIAH &CABUTAN BAROKAH Puan Nor Haliza Binti Sadali (K) Puan Noraishah Binti Jajuli(K) Puan Rasimah Binti Marjan Puan Rohaida Binti Royani Puan Nurul Huda bt. Muhammad Puan Noorhusna Binti Ismangil Puan Norlela Binti Mohd Idris Puan Emaliadzura Binti Abdul Malek PERSIAPAN KERUSI DEWAN (SEBELUM & SELEPAS) PERSIAPAN PENTAS (SEBELUM & SELEPAS) Puan Ros Pariza Wati Binti Ghazali(K) Puan Siti Azizah Binti Zainal Abidin (K) Cik Raudhahtul Huda Binti Paharuzzaman Puan Nurul Aini binti Muthar Rijan Puan Siti Norhana Binti Samuji Puan Rohanidah Binti Mohd Rohani Puan Zainaif Binti Wahid Puan Norhafizah Binti Mohd Noor BANNER FOTOGRAFI Puan Nur Afifah Aini Binti Ismangil Puan Syamimi Binti Arias 6


MINIT MESYUARAT PIBG KALI KE-24 SESI 2024/2025 7


PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH RENDAH AGAMA INTEGRASI SUNGAI MANGGIS 42700 BANTING, KUALA LANGAT, SELANGOR DARUL EHSAN MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU KALI KE-24 Tarikh : 11 Mei 2024 (Sabtu) Masa : 8:00 pagi Tempat : Dewan Al-Ikhlas PIBG, SRAI Sungai Manggis Dirasmikan oleh : Tuan Muhammad Heeza bin Hassan Pegawai Daerah Kuala Langat Kehadiran : Sila rujuk lampiran A Bil. Agenda 1 UCAPAN NAIB YANG DIPERTUA PIBG: ENCIK MOHD KUSNO BIN MOHD KUSNAN 1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran ibu bapa / penjaga dan guru-guru yang hadir. 1.2 Pengerusi meminta supaya ahli yang hadir dapat mengambil iktibar daripada ucapan perasmian yang disampaikan oleh Tuan Suzaini bin Ahmad iaitu Ketua Penolong Pegawai Daerah bahagian pembangunan. 2 PEMBENTANGAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG TAHUN LALU 2.1 Pembentangan minit mesyuarat Agung PIBG oleh setiausaha PIBG, Puan Noraishah binti Ibrahim diterima tanpa pindaan. 2.2 Minit mesyuarat yang dibentangkan oleh setiausaha PIBG mendapat cadangan dan pengesahan seperti berikut: Dicadangkan oleh : Puan Syahirah Hayati Disahkan oleh : Puan Nur Syafawati 3 3.1 PEMBENTANGAN LAPORAN KEWANGAN YANG BERAKHIR 31/12/2023 3.1.1 Puan Zarina binti Mohd Yunus selaku bendahari PIBG membentangkan penyata kewangan PIBG bermula 1/1/2023 hingga 31/12/2023 seperti dilampiran. 3.1.2 Minit mesyuarat yang dibentangkan oleh bendahari PIBG mendapat cadangan dan pengesahan seperti berikut: Dicadangkan oleh : Puan Aspalela Disahkan oleh : Encik Riduan 4 4.1 PELANTIKAN AJK PIBG SESI 2024/2025 Penasihat: Pn. Noryani binti Mohd Yusof YDP PIBG : En. Mohd Kusno bin Mohd Kusnan NYDP PIBG :En. Hazrin bin Azemi Setiausaha : Pn. Noraishah binti Ibrahim Bendahari : Pn. Zarina binti Mohd Yunus AJK : 1. En. Azlee bin Sahanuddin 2. En. Muhammad bin Abdullah 3. Pn. Siti Shahirah binti Muhammad Ghanisma 4. Pn. Suhada Azwanie binti Misnan 8


5. Pn. Nurol Kausar binti Musa 6. Pn. Nurliza binti Salim 7. Pn. Hamidah binti Rahmat 8. Pn. Zulaili Afidah binti Amat Taib 9. En. Muhamad Hanif bin Jamian 10. Pn. Zaikah binti Denan 11. Pn. Rohanidah binti Mohd Rohani 12. Pn. Noor Azizah binti Siran Pemeriksa Kira-kira : En. Zamri bin Mohd Jalil 4.2 PELANTIKAN PENANDATANGAN AKAUN PIBG SRAI SUNGAI MANGGIS Penama akaun lama : Tuan Haji Hasnul bin Haji Baharuddin - YDP Muhammad Hafiz bin Asrin - Setiausaha Zarina binti Mohd Yunus - Bendahari Penama akaun baru : Encik Mohd Kusno bin Mohd Kusnan (721004-10-5011) - YDP Noraishah binti Ibrahim (800414105132) - Setiausaha Zarina binti Mohd Yunus (760826-10-5792) - Bendahari Syarat tandangan untuk urusan Bank adalah Dua Daripada Tiga Penama Di Atas. 5 PEMBENTANGAN DAN PERBAHASAN USUL 5.1 Usul 1: Nurul Hafizah binti Adzli Penjelasan berhubung status taekwando (Kelab Saujana Taekwando) setiap hari Sabtu di SRAISM. Kelab Saujana Taekwando hanya fokus pada ujian ketangkasan (internal) sahaja dan ia agak merugikan jika tiada langsung penglibatan yang melibatkan tournament. 1. Apakah objektif kelab taekwando ini sebenarnya? 2. Adakah objektif ibu ayah hanya untuk membayar ujian ketangkasan dan lulus semata-mata? 3. Jika anak bertukar kepada kelab taekwando saujana ini, adakah markah akan diambil kira? Adakah pihak sekolah membenarkan? Mohon penjelasan. Maklumbalas : GPK Ko-Kurikulum menjelaskan bahawa pihak sekolah akan berbincang dengan pengurusan Kelab Saujana Taekwando berkenaan isu tersebut. Tindakan : GPK Ko-Kurikulum 5.2 Usul 2: Muhammad Hafiz bin Ramly Melantik RELA atau Pejaga lalu lintas untuk melancarkan keluar masuk kereta dan mohon juga van sekolah tidak melawan arus dengan kenderaan yang masuk. Maklumbalas: NYDP PIBG menjelaskan bantuan RELA tidak sesuai digunakan kerana situasi di dalam kawasan sekolah. Tindakan : Pihak sekolah 5.3 Usul 3: Mohd Hafiz bin Kasnan Pemansuhan baju sekolah memandangkan cuaca tidak menentu. Kekalkan pakaian sukan dan pj. Maklumbalas : Pemakaian sekolah murid tertakluk kepada Pekeliling JAIS (JAIS.BPI700-1/3/3(40) bertarikh 20 Mac 2024. Tindakan : Pihak Pentadbiran 5.4 Usul 4: Muhamad Faisal Hilmi 9


5.4.1 Mohon sediakan kepelbagaian hidangan untuk pelajar yang ambil pakej makan tengah hari terutama lauk dan tidak terlalu pedas. 5.4.2 Pelbagaikan aktiviti stem untuk pelajar explore cabang teknologi dengan sertai pertandingan seperti robotik anjuran SASBADI-LEGO. 5.4.3 Anjurkan aktiviti yang boleh menggalakkan anak murid untuk lebih celik dengan food security dengan mengadakan anak kebun cilik dan kebun angkat kelas sebagai contoh. Pendedahan pertanian kepada murid. Maklumbalas : Guru Besar SRAISM menyatakan bahawa: 1. Keseluruhan menu sesuai untuk semua murid. 2.Panitia Elektif telah menjalankan aktiviti berkaitan. Murid boleh menyertai sebarang pertandingan anjuran luar dan sijil penyertaan diberi kepada guru kelas untuk makluman penambahan markah PAJSK. 3. Pihak sekolah tidak mampu menyediakan peruntukan. Tindakan : GPK HEM 5.5 Usul 5: Mohd Hazwan bin Abdul Rashid Berharap pihak sekolah boleh pertimbang mengadakan semula kelas tambahan untuk tahap 2 dan kelas mengaji iqra’ pada sebelah petang. Maklumbalas : Guru Besar SRAISM menjelaskan bilangan dan kemampuan guru hanya boleh menyediakan tuisyen untuk tahun lima dan enam sahaja. Tindakan : Pihak Pentadbiran 5.6 Usul 6: Zuhaili bin Mohd Jasuri Bau asap daripada kenderaan yang parkir berhampiran anak-anak menunggu dan kawasan bangku. Mohon pihak security untuk memantau dan mengosongkan kawasan tersebut agar keselamatan dan Kesihatan anak-anak terjaga. Maklumbalas: NYDP PIBG menerangkan bahawa penghadang besi diletakkan semula di tempat menunggu murid untuk mengelakkan ibu bapa parkir di situ. Tindakan : Pihak Sekolah 5.7 Usul 7: Muhammad Nizam bin Jusoh Aspek PAJSK markah pelajar tidak mencapai keputusan untuk mereka bersaing merebut tempat di SBP di tingkatan satu. Sebanyak 20% markah diambil merit untuk layak ke SBP. USUL PAJSK: 1. Markah PAJSK perlu bermula daripada tahun 4, 5 dan 6. 2. Keperluan menetapkan sasaran markah minimum pencapaian 80% bagi semua pelajar. 3. Menambah aktiviti penyertaan agar dapat memberi lebih peluang kepada pelajar menyertai bagi mencapai target markah minimum 80%. 4. Menyertai program ke peringkat antarabangsa. Maklumbalas:.Perkara tersebut telah dipanjangkan kepada pegawai JAIS yang berkaitan dan pihak sekolah masih menunggu Tindakan daripada pihak jabatan. Data kemasukan murid Tahun 6 2023 ke sekolah menengah: SBP – 2 SMKA – 1 MRSM – 6 MITS – 9 SAMBEST – 2 SAM – 32 KAA – 23 Tindakan : GPK Ko-Kurikulum 10


6 HAL-HAL LAIN 6.1 Encik Azlee Beliau bertanyakan mengenai isu parkir khas van dan keselamatan anak-anak. Maklumbalas : Guru Besar menyatakan bahawa tempat parkir khas van bagi memudahkan pelajar yang menaiki van akan ditempatkan di hadapan surau. Tindakan : Pihak Sekolah 6.2 Puan Syila Beliau bertanyakan isu ketiadaan air tandas di Blok D. Maklumbalas : Guru Besar SRAISM menyatakan bahawa masalah paip bocor bawah tanah. Pihak sekolah sudah membuat laporan pada 18.3.2024 dan sedang menunggu kelulusan baik pulih. Inisiatif pihak sekolah berkenaan isu tersebut, tong air telah disediakan di hadapan tandas. Tindakan : Pihak Sekolah 6.3 Puan Azali Beliau meminta pihak sekolah memaklumkan cuti khas dan tambahan lebih awal. Maklumbalas : Guru Besar SRAISM menjawab akan menyebarkan di dalam WhatsApp sebelum jam 2 petang. Tindakan : Pihak Sekolah 6.4 Encik Hilmi Beliau meminta pihak sekolah menyenaraikan kursus dan pertandingan yang dianjurkan khususnya (indoor game). Maklumbalas : Guru Besar SRAISM menjawab kebanyakan kursus dan pertandingan di buka kepada murid Tahun 4, 5 dan 6. Tindakan : Pihak sekolah 7 UCAPAN PENANGGUHAN 7.1 YDP Tuan Kusno bin Baharuddin berterima kasih kepada ahli dan ibu bapa yang dapat bersama-sama mendengarkan perbahasan usul sehingga selesai mesyuarat. YDP berharap supaya kita bersama mengeratkan hubungan silaturahim, memahami antara satu sama lain, bertanggungjawab atas tugasan dan tanggungjawab yang diberi dan menyelesaikan masalah dengan cara yang tenang dan terbaik. Setiap daripada kita semua perlu cemerlang sahsiah, keimanan dan peribadi. 7.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ajk ibu bapa/ penjaga dan guru-guru yang hadir dan berharap agar semua pihak dapat menjalankan tugas sebaiknya. 7.3 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.05 tengah hari. 11


MAKLUM BALAS MINIT MESYUARAT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-24 SESI 2024/2025 M U K A S U R A T P A R A PERKARA TINDAKAN MAKLUM BALAS 1 - 2 4 . 1 Pelantikan AJK PIBG sesi 2024/2025 Ahli PIBG Pelantikan AJK PIBG telah selesai dalam MAP 2024/2025. 2 4 . 2 Pelantikan penandatangan Akaun PIBG SRAI Sungai Manggis. YDP, Setiausaha dan Bendahari Pelantikan AJK PIBG telah selesai dalam MAP 2024/2025. 2 5 . 1 Penjelasan berhubung status taekwando (Kelab Saujana Taekwando) setiap hari Sabtu di SRAISM. Kelab Saujana Taekwando hanya fokus pada ujian ketangkasan (internal) sahaja dan tiada penglibatan dalam tournament. GPK Kokurikulum Pihak sekolah telah berbincang dengan pengurusan Kelab Saujana Taekwando berkenaan isu tersebut. 2 5 . 2 . Melantik RELA atau Pejaga lalu lintas untuk melancarkan keluar masuk kereta dan mohon juga van sekolah tidak melawan arus dengan kenderaan yang masuk. Pentadbiran Sekolah Bantuan RELA tidak sesuai digunakan kerana situasi di dalam kawasan sekolah. 3 5 . 3 Pemansuhan baju sekolah memandangkan cuaca tidak menentu. Kekalkan pakaian sukan dan pj. Pentadbiran Sekolah Pemakaian sekolah murid tertakluk kepada Pekeliling JAIS (JAIS.BPI700-1/3/3(40) bertarikh 20 Mac 2024. 12


3 5.4.15.4.25 .4.3 - Mohon sediakan kepelbagaian hidangan untuk pelajar yang ambil pakej makan tengah hari terutama lauk dan tidak terlalu pedas. - Pelbagaikan aktiviti STEM untuk pelajar explore cabang teknologi dengan sertai pertandingan seperti robotik anjuran SASBADI-LEGO. - Anjurkan aktiviti yang boleh menggalakkan anak murid untuk lebih celik dengan food security dengan mengadakan anak kebun cilik dan kebun angkat kelas sebagai contoh. Pendedahan pertanian kepada murid. GPK HEM - Keseluruhan menu sesuai untuk semua murid. - Panitia Elektif telah menjalankan aktiviti berkaitan. Murid boleh menyertai sebarang pertandingan anjuran luar dan sijil penyertaan diberi kepada guru kelas untuk makluman penambahan markah PAJSK. - Pihak sekolah tidak mampu menyediakan peruntukan. 3 5.5 Mengadakan semula kelas tambahan untuk tahap 2 dan kelas mengaji iqra’ pada sebelah petang. Pihak Pentadbiran Bilangan dan kemampuan guru hanya boleh menyediakan tuisyen untuk tahun lima dan enam sahaja. 3 5.6 Bau asap daripada kenderaan yang parkir berhampiran anak-anak menunggu dan kawasan bangku. Mohon pihak security untuk memantau dan mengosongkan kawasan tersebut agar keselamatan dan kesihatan anak-anak terjaga. Pentadbiran Sekolah Penghadang besi diletakkan semula di tempat menunggu murid untuk mengelakkan ibu bapa parkir di situ. 4 5.7 Aspek PAJSK markah pelajar tidak mencapai keputusan untuk muridmurid tahun 6 bersaing merebut tempat di SBP di tingkatan satu. GPK Kokurikulum Perkara tersebut telah dipanjangkan kepada pegawai JAIS yang berkaitan dan tindakan telah diambil. 4 6.1 Isu parkir khas van dan keselamatan anak-anak murid. Pentadbiran Sekolah Pihak pentadbiran sekolah telah memaklumkan kepada pemandu bas sekolah berkaitan isu tersebut. 13


4 6 . 2 Isu ketiadaan air tandas di Blok D. Pentadbiran Sekolah Isu ketiadaan air telah dapat ditangani sebelum KAMIL peringkat zon di SRAISM. 4 6 . 3 Meminta pihak sekolah memaklumkan cuti khas dan tambahan lebih awal. Pentadbiran Sekolah Pentadbiran sekolah telah meminta guru kelas memasukkan takwim bulanan sekolah dalam group Whatsapp kelas. 5 6 . 4 Meminta pihak sekolahmenyenaraikan kursus dan pertandingan yang dianjurkan khususnya (indoor game). Pentadbiran Sekolah Indoor game seperti catur telah dibuka kepada murid tahap 2 yang berminat (MSSD & KESUSRAI). 14


LAMPIRAN A KEHADIRAN MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU KALI KE-24/2024 1 PUAN NORYANI BINTI MUHD YUSOF PENASIHAT 2 ENCIK MOHD KUSNO BIN KUSNAN YDP PIBG 3 ENCIK HAZRIN BIN AZEMI NYDP PIBG 4 PUAN NORAISHAH BINTI IBRAHIM SETIAUSAHA 5 PUAN ZARINA BINTI MOHD YUNUS BENDAHARI 6 PUAN HAMIDAH BINTI RAHMAT AJK 7 PUAN ZULAILI AFIDAH BINTI HJ AMAT TAIB AJK 8 MOHD HANIF BIN JAMIAN AJK 9 PUAN NOOR AZIZAH BINTI SIRAN AJK 10 PUAN ROHANIDAH BINTI BINTI MOHD ROHANI AJK 11 PUAN NUROL KAUSAR BINTI MUSA AJK 12 PUAN NURLIZA BINTI ABDUL MALEK AJK 13 ENCIK ZAMRI BIN MOHD JALIL AJK 14 ENCIK MUHAMMAD BIN ABDULLAH AJK 15 CIK MAZNUM BINTI MARPIN AJK 16 PUAN ZAIKAH BINTI DENAN AJK 17 PUAN NUR SUHADA AZWANIE BINTI MISNAN AJK 18 PUAN SITI SHAHIRAH BINTI MUHAMMAD GHANISMA AJK 19 PAHADI BIN HAMDAN AHLI 20 ZANARIAH BINTI MOHD TABIEE AHLI 21 FAWIZAH BINTI MOHD SUJAK AHLI 22 SYAMIMI BINTI ARIAS AHLI 23 AZIZUL AZRI BIN JEMMANI AHLI 24 ZUHAFIZA ZULKIFLI AHLI 25 SYAMIMI BINTI ARIAS AHLI 26 SAFIRUL ALREDHA MUHAMAD SHAHINDAR AHLI 27 SITI NORHANAA BINTI SAMUJI AHLI 28 ROS PARIZA WATI BINTI GHAZALI AHLI 29 NOORHUSNA BT ISMANGIL AHLI 30 ROHAIDA BINTI ROYANI AHLI 31 HANA NASHSUHA BINTI MOHD WARI AHLI 32 SITI SARUNAH PAIMON AHLI 33 SITI ZALEHA BINTI MISWAN AHLI 34 MOHD NASIR BIN MISKAM AHLI 35 MOHD KHAIRUDDIN BIN YUSUF AHLI 36 RASIMAH BINTI MARJAN AHLI 15


37 ZAINAIF BINTI WAHID AHLI 38 MARINA MOHAMMAD PAZIR AHLI 39 NADIAH BINTI NGUSMAN AHLI 40 MUHAMAD NIZAM BIN JUSOH AHLI 41 TARMIZI BIN SAINI AHLI 42 MOHAMAD AZMAN BIN HASMI AHLI 43 MUHAMMAD AMIR SADIQ BIN MOHD SHUKOR AHLI 44 NORASIAH BINTI JAMALUDIN AHLI 45 MOHD NIZAM BIN HARUN AHLI 46 NOOR ZAIRONNA BINTI JAIHAN AHLI 47 NORHANINAH BINTI SAHRONI AHLI 48 MOHD FIRDAUS SULONG AHLI 49 NUR SYAZWANIE BINTI JAMIL AHLI 50 AZURA BINTI SAJURI AHLI 51 MUHAMMAD SAIFUDDIN BIN MOHD ROHANI AHLI 52 AHMAD SAIFULLAH BIN AHMAD HALIMI AHLI 53 ASPALELA BINTI MISKAM AHLI 54 MUHAMMAD HAFIZ BIN RAMLY AHLI 55 AHMAD SAHRIZAN BIN MOHD NAWAWI AHLI 56 AZREEN RIZAL BIN NASIR AHLI 57 HASNOR AIN BT HASNAN AHLI 58 MURIZWAN BIN IBRAHIM AHLI 59 SHARULNIZAM MADON AHLI 60 MOHAMMAD EHWAN BIN EHSAN AHLI 61 NURUL AZHIDAYU AHLI 62 MOHD HAFFIDZ BIN SALEH AHLI 63 HANELI BINTI HAFIZON AHLI 64 AZIERA SHAFII AHLI 65 NORAISHAH BT JAJULI AHLI 66 MOHAMAD ASWANI BIN IDRIS AHLI 16


67 AZIZ BIN HUSSIN AHLI 68 EMALIADZURA BT ABDUL MALEK AHLI 69 ABDUL MAAROP BIN ABDUL AZIZ AHLI 70 NOOR MOHAMMAD SAFWAN AHLI 71 SITI NURADILLA BINTI MISLAN AHLI 72 ZAMNIAZURA MOHD SARIN AHLI 73 NUR AZILA BINTI ABD MALIK AHLI 74 MUHAMMAD FAHMI BIN ABD RAHIM AHLI 75 MOHD HAFIZ BIN KASNAN AHLI 76 NOORADLEE SHAFIQ BIN SHAHARUDDIN AHLI 77 HAFIDZ ARIF AHLI 78 ABDULLAHFAHIM BIN MELAN AHLI 79 EMILIA SHEILA ROSLAN AHLI 80 NUR FAEZAH BINTI OTHMAN AHLI 81 MOHAMMAD AZWAN BIN ROSLI AHLI 82 NURUL AINI BINTI MOTHAR RIJAN AHLI 83 MARLINA BINTI SALIMI AHLI 84 MOHD KHAIRUL BIN AHMAD AHLI 85 LAR MUHAMMAD FAISAL HILMI BIN JAMALUDDIN AHLI 86 ABDUL MALIK BIN SAID AHLI 87 NUR AFIFAH AINI BT ISMANGIL AHLI 88 NOR HALIZA BINTI MOHD. SADALI AHLI 89 KAMARUL AZAM BIN SAMPOL AHLI 90 SITI AZIZAH BINTI ZAINAL ABIDIN AHLI 91 FARAH HANA BINTI MISNON AHLI 92 NOOR BIN SALIMI AHLI 93 AINJAHRONA BINTI BAHERIN AHLI 94 NIK INTAN SSHAPINAZ AHLI 95 AZIZAH BINTI RAMLI AHLI 17


96 ABDUL MAAROP AHLI 97 MAZURA BINTI MOHD MUSTAHIM AHLI 98 AZURA BINTI SAJURI AHLI 99 RAFIDAH BINTI BAHAROM AHLI 100 SAFIRUL ALREDHA AHLI 101 ZALIFAH BINTI ABD KARIM AHLI 102 ASLINDAWATI BINTI SAIAN AHLI 103 MOHD FAUZI BIN MOKSIN AHLI 104 MOHD SAIFUL ANUAR BIN MOHD ISA AHLI 105 SHARULNIZAM BIN MADON AHLI 106 SHAHIRAH HAYATI BINTI MOHD SALLEH AHLI 107 NORLINA BINTI SHAHARUDDIN AHLI 108 NOR SHAFAWATI AHLI 109 MOHD HAZWAN AHLI 110 SARIMA BINTI AHMAD AHLI 111 NOR ATIQAH BINTI ISMAIL AHLI 112 SITI ALIZA BINTI MOHAMAD AHLI 18


SUMBANGAN PIBG TAHUN 2024 19


Sumbangan PIBG sepanjang sesi 2024/2025 : 1. Membantu sekolah dalam baik pulih prasarana sekolah : i. Menaiktaraf dan membaiki kebocoran paip. ii. Baik pulih elektrik di Blok D dan Blok E. iii. Menukar kipas syiling, kipas dinding dan lampu kelas. 2. Melantai konkrit simen tempat menunggu murid. 3. Kerja-kerja menebang pokok. 4. Sumbangan berupa makanan untuk PSRA dan UPKK. 5. Kerja- kerja pembersihan kawasan sekolah. 6. Menaiktaraf Bilik STEM. 7. Pemberian cenderamata guru berpindah. 8. Membantu membiayai Hari Kecemerlangan Murid. 9. Mengeluarkan saguhati berbentuk wang tunai kepada murid yang mendapat Keputusan cemerlang dalam PSRA dan UPKK. 10. Membantu membiayai Sukan Tahunan Sekolah. AKTIVITI PIBG 1. Mengadakan Majlis Bacaan Yaasin dan Solat Hajat bagi murid tahun 5 dan 6 yang menghadapi peperiksaan PSRA dan UPKK. 2. Memberi kerjasama dalam Temasya Sukan Tahunan. 3. Program Seminar dan Kecemerlangan PSRA dan UPKK. 4. Perkhemahan Unit Beruniform (Peringkat Sekolah). 5. Program Permata Hebat. 6. Program Kepimpinan Murid. 20


PENYATA KEWANGAN TAHUNAN PIBG BERAKHIR 31 DISEMBER 2024 21


22


CADANGAN YURAN PIBG 2025 23


24


25


23 PENYATAAN USUL/CADANGAN IBUBAPA 26


MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU KALI KE-25/2025 PENYATAAN USUL/CADANGAN IBU BAPA BIL NAMA PERKARA JAWAPAN PIHAK SEKOLAH 1. 1.1 WAN SAIFUL ANUAR BIN MOHAMED (WAN AMMAR ZAFRAN BIN WAN SAIFUL ANUAR - 2 AL BIRUNI) 1.2 MOHAMMAD HAFIZ BIN MOHD HATA (MUHAMMAD HAFIY BIN MOHAMMAD HAFIZ-1 AL BIRUNI) 1.3 MOHD RIDZUAN BIN MOHD ZAM ZAM NAURAH RAAINA BINTI MOHD RIDZUAN-3 AZAM) 1.1.1 Memastikan semua tandas selesa digunakan, termasuk disediakan penyangkut seluar dan baju. 1.2.1 Sediakan tandas duduk di sekolah sekurang-kurangnya 1 setiap tandas. 1.3.1 Tandas yang dibenarkan untuk murid jauh dan terdapat perlalatan yang rosak terutama kunci dan pam air. Anak sering tahan buang air kecil hingga balik ke rumah. - Cadangan yang baik. Pentadbiran Sekolah akan buat penambahbaikan. - Tandas sekolah dalam proses baik pulih. Pembinaan tandas duduk sedang dalam proses dan sedang menunggu kontraktor datang ke sekolah dalam masa terdekat ini. 2. 2.1 MUHAMMAD SYAZALLY BIN RAMLY (MUHAMMAD AMMAR MUKHLIS -3 AL BIRUNI) 2.2 MOHD FAIZ FAUZAN BIN RASHID (AHMAD ZAYN ZIQRY BIN MOHD FAIZ FAUZAN-1 AL BIRUNI) 2.3 MOHD RIDZUAN BIN MOHD ZAM ZAM NAURAH RAAINA BINTI MOHD RIDZUAN-3 AZAM) 2.1.1 I would like to kindly request that the canteen stops selling processed foods such as sausages, nuggets, and wedges. These foods, while convenient, contain high levels of unhealthy fats, sodium, and artificial additives that can negatively impact health over time. 2.1.2 Encouraging healthier food choices will benefit everyone. Do promote fruits at reasonable price and portion. 2.2.1 Menu makanan kantin sekolah. 2.3.1 Makanan di kantin perlulah lebih sihat. Pentingkan kualiti dari kuantiti. - Semua menu makanan yang dijual di kantin dipantau oleh pihak sekolah. Pentadbiran Sekolah akan memastikan makanan seperti fastfood tidak akan dibenarkan dijual di kantin. - Menu serta harga makanan yang dijual oleh pengusaha kantin telah dipamerkan di kantin sekolah. 27


3. 3.1 MUHAMMAD HAZIM BIN MOHD RAZALI (MUHAMMAD KHOLIF YUSUF-1 AL BIRUNI) 3.2 ZUHAFIZA BINTI ZULKIFLI (NUR ADRA ZHAFIRA BINTI MOHD NOR AZLAN -5 AL JAZARI 3.1.1 Kelas Tambahan. 3.2.1 Kelas tambahan untuk murid tahun 5 yang akan menduduki peperiksaan UPKK. - Kelas tambahan untuk kelas peperiksaan sahaja iaitu tahun 5 (UPKK) dan tahun 6 (PSRA). -Kelas tambahan tahun 5 dan 6 akan diadakan seperti tahun-tahun sebelum ini. Tarikh akan dimaklumkan dalam group whatsap. 4. 4.1 NOOR REHAN BINTI ZAINAL ABIDIN (ADWA MALEEQA QAYLA BINTI AZRUL HAFIDZ-3 AL JAZARI) 4.1.1 Baik pulih padang sekolah. AJK PIBG dan pentadbiran sekolah dalam proses menyelesaikan isu baik pulih padang. 5. 5.1 MOHD TARIJUDIN BIN TAWANG /NOR ATIQAH BINTI ISMAIL (MUHAMMAD DARWISH IMAN -5 AL BIRUNI) 5.2 NURUL HAFIZAH BINTI ADZLI (ARIF AMSYARR BIN MUHAMMAD MAHZAN-4 AL BIRUNI) 5.1.1 Berkenaan program NILAM, bagaimana pelaksanaan NILAM dilakukan oleh pihak sekolah? Sekolah kebangsaan mempunyai id iaitu IDDelima untuk melihat jumlah bacaan anak-anak kerana ia juga memberi markah kepada PAJSK melalui bintang yang diperolehi. 5.1.2 Bagaimana saya nak tahu markah PAJSK anak pada tahun lepas untuk darjah 4. 5.2.1 NILAM - merupakan salah satu komponen penting dibawah PAJSK. Mohon pencerahan, adakah SRAI telah mempunyai sistem ADVANCED INTEGRATED NILAM SYSTEM (AINS) iaitu Sistem Bersepadu untuk merekod bahan NILAM ? Untuk makluman, AINS adalah platform atas talian yang membolehkan pelajar merekod buku nilam yang dibaca dengan mengumpulkan mata untuk mencapai kiraan tertinggi. Adakah pihak sekolah mempunyai ID & password untuk tujuan login pelajar? - Perekodan bacaan murid menggunakan buku NILAM/ borang rekod bacaan. Sekolah (SRAI) di bawah JAIS tiada sistem IDME. - Slip markah PAJSK murid telah dimasukkan di dalam link UASA. 6. 6.1 NORZULHILMI BIN SALLEH (ZARA AISYAH BINTI NORZULHILMI-1 AL JAZARI) 6.1.1 Mencadangkan pengawal keselamatan mengawal lalulintas apabila ibubapa mengambil anak di sekolah,masih ada segelintir yang memandu melawan arus apabila hendak keluar ke jalan besar. - Pentadbiran Sekolah telah mengambil tindakan cuba menangani masalah kesesakan lalu lintas sebaik mungkin. 28


6.2 MOHD KHAIRUL BIN AHMAD (HANIA SYAKIRA BINTI MOHD KHAIRUL-3 AL JAZARI) 6.3 NOR FAIZAH BINTI MOHAMED (AINUL MARDHIAH BINTI MUHAMMAD AMIR AZZRAAI-1 AL BIRUNI) 6.2.1 Pengawal mestilah menjaga dan mengawal keluar masuk kenderaan ke dalam sekolah, bukan hanya bermain telefon dan duduk dalam post. 6.3.1 Pengambilan waktu ambil sekolah lebih sistematik. - Pentadbiran Sekolah telah membuat teguran kepada pengawal berkenaan tentang masalah tersebut. - Kesesakan lalu lintas akan cuba diperbaiki untuk kebaikan semua pihak. 7. 7.1 SITI NUR ASILAH BINTI AHMAD JALALUDIN (AAIRA ZAHRAH BINTI IZWAN SYAMIM-1 AL BIRUNI) 7.1.1 Membuat laluan berbumbung di bahagian drop off /pick up pelajar hingga ke bangunan sekolah untuk memudahkan pelajar berjalan jika berlaku hujan lebat. - Cadangan membuat laluan berbumbung akan dipertimbangkan. 8. 8.1 HASNOR AIN (KHALISH AQIL BIN MOHAMMAD EHWAN-4 AL BIRUNI) 8.1.1 Mencadangkan bukti pembayaran (bayaran yuran online) dan tempahan lencana, tali leher dan lain-lain menggunakan Google Form /Google Drive atau sistem lain yang bersesuaianbagi mengelakkan Group WhatsApp kelas penuh dengan slip pembayaran dan tempahan barang-barang lain serta dapat memudahkan guru menyemak bukti pembayaran yang telah dibuat. Cadangan menggunakan Google Form/ Google Drive akan dibuat untuk memudahkan semua pihak. 9. 9.1 AZMAN BIN AWANG KECHIK (SITI KHADIJAH BINTI AZMAN-3 AL JAZARI) 9.2 ABDULLAH FAHIM BIN MELAN (ARISSA SOFEA BINTI ABDULLAHFAHIM-5 AL JAZARI) 9.1.1 Mengadakan peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun bagi pelajar tahap 1(1-3) peringkat dalaman. supaya ibubapa dapat melihat dan mentafsir kemampuan muriddengan ini tindakan awal dapat diambil bagi membantu muridwalaupun KPM memberi kelonggaran kepada murid tahap 1. 9.2.1 Mengadakan kembali ujian pertengahan tahun dan akhir tahun bagi tahap 1 untuk menilai tahap prestasi pelajar. - Surat Siaran KPM Bil 14 Tahun 2018, Pemansuhan Peperiksaan Pertengahan dan Akhir Tahun bagi murid tahap 1 mulai tahun 2019. Menjadi kesalahan mengadakan peperiksaan untuk murid tahap 1. 10. 10.1 MASNAH BINTI RASMAN (MUHAMMAD AFIQ ARYAN BIN AMIRUDDIN-1 AZAM) 10.2 JATI KURNIA BIN HAJI RUSLAN (MARYAM AMANI BINTI JATI KURNIA-3 AZAM) 10.1.1 Gotong-royong membersihkan dan mencantikkan kelas murid. 10.2.1 Penglibatan ibu bapa dalam keceriaan kelas / gotong royong. - Cadangan yang baik. Pihak sekolah sangat mengalu-alukan. 29


10.3 SAFINA BINTI AHMAD (MUHAMMAD AL FATEH BIN MD AZIZ-4 AL BIRUNI) 10.3.1 Wujudkan aktiviti gotongroyong kebersihan sekolah/ kelas/ tandas / kantin yang disertai muridmurid terutama tahap 2 seperti menyapu sampah, membersih toilet dan lain-lain. Salah satu method juga untuk murid yang membuat kesalahan - membersih persekitaran sekolah (sampah) , tandas dan sebagainya. - Pihak sekolah telah memikirkan cadangan tersebut dan mengambil kira baik buruk tindakan yang dibuat kepada murid. 11. 11.1 NORAZLIHAN BIN NORAHIM (MUHAMMAD SYAWAL ZIQRI IMAN-1 AL JAZARI) 11.2 MOHAMAD HAFIDZ ARIF (HAYFA KHAYRINA -2 AL JAZARI) 11.1.1 Penambahbaikan fasiliti. 11.2.1 Jika ada apa-apa aktiviti atau penambahbaikan fasiliti sekolah/bilik darjah boleh buka tabung untuk sesiapa yang ingin menyumbang. - Pentadbiran sekolah dan PIBG sentiasa berusaha menaiktaraf pembangunan dan fasiliti sekolah dari semasa ke semasa. - Segala permohonan untuk sumbangan perlu mengikut prosedur kutipan JAIS. 12. 12.1 WAN NORHASNI BINTI WAN MAMAT (NUR DIYANA HUWAINAA BINTI MD KHAIRUL AZHAR-1 AL BIRUNI) 12.2 SITI MARIAH BINTI ISMAIL (MUHAMMAD ANIQ LUQMAN BIN MOHD SHAZERIN-1 AL JAZARI) 12.1.1 Laluan tangga gelap pada waktu pagi. 12.2.1 Mohon lampu tangga dinyalakan setiap awal pagi. Hantar anak ke sekolah gelap lagi dan tangga pulak gelap takut jatuh. - Masalah laluan tangga gelap telah selesai. Pihak sekolah telah mengambil tindakan. 13. 13.1 JASNI BIN JAMALUDDIN (MUHAMMAD HARITH ALTAMIS BIN JASNI -5 AL JAZARI) 13.2 SHAHRUL AFANDI BIN SHAHARUDDIN (SHAKEEL AZFAR BIN SHAHRUL AFANDI-1 AZAM) 13.1.1 Ingatan murni kepada ibu bapa berkaitan buku teks. Mohon agar ibu bapa tidak melekatkan sticker nama pada kulit hadapan buku teks kerana akan merosakkan buku teks itu apabila ditanggalkan untuk kegunaan murid yang akan datang. Juga ingatan murni kepada ibu bapa agar tidak membalut buku teks tersebut dengan menstapler buku teks tersebut. 13.2.1 Pastikan sebelum balik muridmurid check buku teks masingmasing untuk elakkan tertukar buku dan sebagainya. - Guru SPBT telah memberi peringatan kepada murid akan hal tersebut dan akan dimaklumkan di dalam group Whatsapps kelas. - Guru- guru akan sentiasa mengingatkan kepada murid-murid tentang hal tersebut. 14. 14.1 MUHAMMAD HIDAYAT BIN MOHD LIAS (MUHAMMAD ANAQI BIN MUHAMMAD HIDAYAT-1 14.1.1 Kadar yuran PIBG. - Akan dibentang dan diputuskan dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke25. 30


AL BIRUNI) 15. 15.1 NAZREYAH BINTI MOHD MARJUNID (AYSAR WAFIQ BIN MOHAMMAD ASRULIZAM-1 AL BIRUNI) 15.1.1 Loker simpanan buku untuk murid. - Setiap kelas telah disediakan dua buah almari besi untuk murid menyimpan buku teks. 16. 16.1 NOOR EMILIA BINTI ABDUL HAMID (MUHAMMAD AL FATHIH BIN MOHAMAD FARID-2 AL BIRUNI) 16.1.1 Perancangan pembangunan bakat murid dalam bidang sukan & kokurikulum. - Pentadbiran Sekolah telah ada perancangan untuk pembangunan bakat murid. 17. 17.1 NOOR ZAIRONNA BINTI JAIHAN (NOOR ANNASYA BINTI MUHAMMAD ASYRAFF-2 AL JAZARI) 17.1.1 Cadangan untuk Hari Interaksi Ibu Bapa bersama guru pada hujung tahun untuk membincangkan tahap perkembangan anak-anak terutamanya anak Tahap 1 yang tiada UASA. 17.1.2 Guru subjek memberikan murid kerja sekolah untuk dibuat di rumah terutamanya pada setiap hujung minggu (Sabtu & Ahad). - Cadangan mengadakan Hari Interaksi Bersama Ibu Bapa untuk murid tahap 1 akan dipertimbangkan oleh Pentadbiran Sekolah. - Pihak sekolah ambil maklum dan memohon kerjasama daripada pihak ibu bapa memantau anak-anak menyiapkan kerja sekolah yang diberi. 18. 18.1 ISMAIL BIN MAT NOH (MUHAMMAD IZZUL KHAIRY BIN ISMAIL-5 AL BIRUNI) 18.1.1 Nama anak tidak di kemaskini dalam sistem IDME oleh pihak sekolah. 18.1.2 Adakah Murid SRAI berdaftar dalam sistem APDM KPM dan layak untuk memohon SBP dan MRSM . - Sekolah SRAI bawah JAIS tiada sistem IDME. SRAI menggunakan sistem APDM. - Semua murid SRAI berdaftar dalam sistem APDM KPM dan layak memohon SBP dan MRSM. 19. 19.1 SAZRIL DARMAN (NUR AISYAH BINTI SAZRIL-1 AL JAZARI) 19.1.1 Menambah bilangan coway untuk pelajar . - Pentadbiran Sekolah akan ambil maklum cadangan tersebut dan diusahakan untuk kemudahan murid. 20. 20.1 MUHAMMAD HISYAM (NUR HANA ZAHIRAH-2 AL BIRUNI) 20.1.1 Wujudkan Google Form atau apa-apa platform yang sesuai untuk ibu bapa memberikan cadangan atau pendapat kepada pihak PIBG tanpa perlu menunggu setahun sekali (mesyuarat PIBG). 20.1.2 Apakah pendekatan yang SRAISM guna untuk sampaikan maklumat/info kepada ibu bapa penjaga berkaitan dengan sebarang improvement yang diperlukan oleh anak samada dari segi sahsiah mahupun akademik sebagaimana yang dilaksanakan oleh sekolah lain (report card day)? - Sekiranya ibu bapa ada sebarang cadangan atau pendapat boleh ajukan kepada Pentadbiran Sekolah. -Pihak Pentadbiran Sekolah akan pertimbangkan cadangan tersebut untuk mengadakan Hari Interaksi Bersama Ibu Bapa tahap 1 tentang makluman perkembangan anak-anak. - Pihak sekolah sangat berbesar hati dan mengalu-alukan bantuan daripada ibu ayah. 31


20.1.3 Mencadangkan agar pihak SRAISM membuka peluang kepada ibu bapa yang berkelapangan untuk menjadi sukarelawan untuk program terbuka yang diadakan seperti sukan sekolah untuk mengurangkan bebanan tugas dan komitmen guru. 20.1.4 Mencadangkan agar pemilihan jawatankuasa PIBG dilaksanakan untuk tempoh 2 tahun sekali untuk membolehkan setiap perancangan yang telah,sedang dan akan dibuat, dapat dilaksanakan sepenuhnya seperti yang dirancang. - Pelantikan AJK PIBG dibuat 2 tahun sekali mengikut Buku Garis Panduan PIBG SAN, JAIS dalam melaksanakan segala perancangan dan aktiviti yang dirancang. 21. 21.1 FATIMAH BINTI JUSOH (MUHAMMAD ZAQWAN AL FAQEEH-5 AL BIRUNI) 21.1.1 Mohon pihak sekolah memberi maklumat jelas mengenai PAJSK. 21.1.2 Memberi peluang kepada semua murid dalam aktiviti melibatkan markah PAJSK. - Maklumat berkaitan PAJSK telah ditaklimatkan dalam Mesyuarat Agung PIBG yang lalu (2024). - Guru-guru sentiasa membantu, memberi peluang dan galakan kepada murid-murid melibatkan diri dalam acara sukan, kokurikulum, KAMIL dan sebagainya untuk mendapatkan markah dalam PAJSK. 22. 22.1 NURUL HAFIZAH BINTI ADZLI (ARIF AZHFARR BIN MUHAMMAD MAHZAN -1 AL JAZARI) 22.1.1 Mohon agar pihak sekolah meneruskan perkongsian takwim bulanan/kalendar sekolah utk maklumkan ibu/ayah untuk mengetahui tarikh-tarikh penting tahunan sekolah. - Perkongsian takwim telah dilaksanakan pada tahun lepas dan akan dilaksanakan pada tahun ini juga melalui group WhatsApp kelas. 32


ANALISA PSRA DAN UPKK SRAI & SRA SUNGAI MANGGIS


SRAI SUNGAI MANGGIS PSRA 2024 BIL GRED PSRA JUMLAH CALON 1 MUMTAZ 62 2 JAYYID JIDDAN 10 3 JAYYID 0 4 MAQBUL 0 5 MUSAADAH 0 JUMLAH 72 UPKK 2023 BIL GRED UPKK JUMLAH CALON 1 8A 40 2 7A 17 3 6A 6 4 5A 3 5 4A 3 6 2A 1 JUMLAH 70 33


SRA SUNGAI MANGGIS PSRA 2024 BIL GRED PSRA JUMLAH CALON 1 MUMTAZ 13 2 JAYYID JIDDAN 12 3 JAYYID 7 4 MAQBUL 2 5 MUSAADAH 4 JUMLAH 38 UPKK 2023 BIL GRED UPKK JUMLAH CALON 1 8A 3 2 7A 8 3 6A 3 4 5A 4 5 4A 8 6 3A 13 6 2A 2 JUMLAH 41 34


DATA KEMASUKAN MURID TAHUN 6 KE SEKOLAH MENENGAHBAGI TAHUN 2023 &2024 BIL TAWARAN SEKOLAH 2023 2024 1. SBP 2 10 2. MRSM 6 5 3. MITS 9 7 4. SAMBEST 2 4 5. SAM 32 22 6. SMKA 1 3 35


PENGHARGAAN Penasihat , Yang Dipertua PIBG & AJK PIBG Sekolah Rendah Agama Integrasi Sungai Manggis merakamkan ucapan penghargaan dan jutaan terima kasih di atas kehadiran, kerjasama serta sumbangan yang telah diberikan kepada : ➢ Semua guru dan kakitangan Sekolah Rendah Agama Integrasi Sungai Manggis. ➢ Semua Ibubapa / penjaga murid-murid Sekolah Rendah Agama Integrasi Sungai Manggis. ➢ Semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke - 24 36


Click to View FlipBook Version