PROGRAM PEMATAPAN
PELUASAN AYAT
TAHUN 3
2020
OLEH
MUHAMAD FAISAL B HJ YAHYA
TEKNIK MEMBINA AYAT
Orang + perbuatan + pada
Orang + perbuatan + di
Orang +perbuatan + untuk
Orang + perbuatan + sambil
Orang + perbuatan + agar
Orang + perbuatan + supaya
Orang + perbuatan + perasaan apa
Orang + perbuatan + ketika
Orang + perbuatan + semasa
dan sebagainya
Kakak sedang memasak.
Kakak saya yang cantik itu
sedang memasak makanan kegemaran saya.
Contoh 1 :
Zakuan bijak.
Zakuan yang comel itu bijak.
Zakuan yang baru berumur 2 tahun bijak.
Zakuan bijak dalam mata pelajaran matematik.
Zakuan lebih bijak dalam mata pelajaran matematik jika dibandingkan
dengan mata pelajaran yang lain.
Walaupun Zakuan baru berumur 2 tahun tetapi bijak berkata-kata.
Contoh 2 :
Puan Hamidah cantik.
Puan Hamidah yang berbaju kebaya itu cantik.
Puan Hamidah yang berbaju kebaya dan bersanggul itu cantik.
Puan Hamidah cantik dan bergaya orangnya.
Puan Hamidah cantik dan bergaya apabila mengenakan busana
ciptaan pereka fesyen terkenal.
Contoh 3 :
Sekolah saya mengadakan Hari Guru.
Sekolah saya yang cantik mengadakan Hari Guru.
Sekolah saya yang cantik dan terletak di lereng bukit mengadakan
Hari Guru.
Sekolah saya mengadakan Hari Guru pada hari Sabtu yang lalu.
Sekolah saya mengadakan Hari Guru pada hari Sabtu yang lalu
dengan penuh gilang-gemilang.
Sekolah saya mengadakan Hari Guru pada hari Sabtu yang lalu
untuk memperingati jasa guru-guru.
Bina peluasan subjek dan predikat bagi ayat-ayat di bawah :
1. Guru saya baik.
2. Ramesh pergi ke sekolah.
3. Ayah menghadiahi ibu jam tangan.
4. Pak Abu menjala ikan.
5. Kakak menulis surat.
6. Pokok kelapa itu tinggi.
7. Pasukan bomba memadamkan api.
8. Adik saya menangis.
Bina peluasan subjek dan predikat bagi ayat-ayat di bawah :
9. Hadiah disampaikan oleh guru besar.
10. Acara dimulakan dengan bacaan doa.
11. Ayah suka memancing.
12. Anak kambing tergelincir ke dalam sungai.
13. Cikgu menyuruh Fatimah mengambil buku.
14. Mereka bermain bola di padang.
15. Jawapan Amin salah.
Ali anak jiran saya yang baik subjek
Ali anak jiran saya
Ali suka membaca.
suka membaca buku. predikat
suka membaca buku cerita haiwan.
Ali anak jiran saya yang baik suka membaca buku cerita
haiwan.
Sekolah tempat saya dan adik-adik belajar subjek
Sekolah tempat saya belajar
Sekolah saya cantik.
sangat besar dan cantik. predikat
sangat besar dan cantik serta bersih.
Sekolah tempat saya dan adik-adik belajar sangat besar
dan cantik serta bersih.
Anak kucing kesayangan saya yang bernama subjek
Tompok
Anak kucing kesayangan saya
Kucing saya comel.
sangat comel dan montel. predikat
sangat comel dan montel kerana kuat minum susu.
Anak kucing kesayangan saya yang bernama Tompok
sangat comel dan montel kerana kuat minum susu.
Maria yang duduk di sebelah saya subjek
Kawan saya Maria
Maria mengantuk.
mengantuk ketika guru mengajar predikat
mengantuk ketika guru mengajar kerana semalam
dia tidur lewat.
Kawan yang duduk di sebelah saya, Maria, mengantuk
ketika guru mengajar kerana semalam dia tidur lewat.
Budak kecil yang berbaju merah itu subjek
Budak kecil itu
Budak itu membuang sampah.
membuang sampah ke dalam tong sampah. predikat
membuang sampah ke dalam tong sampah yang
terletak di tepi almari.
Budak kecil yang berbaju merah itu membuang sampah
ke dalam tong sampah yang terletak di tepi almari.
Abang Saleh yang sulung subjek
Abang Saleh
Salleh tertidur di atas sofa.
tertidur di atas sofa kerana keletihan. predikat
tertidur di atas sofa kerana keletihan setelah
bekerja sepanjang hari.
Abang Saleh yang sulung tertidur di atas sofa kerana
keletihan setelah bekerja sepanjang hari.
Ibu kawan saya Fatimah subjek
Ibu Fatimah
Ibu menuntun tangan anaknya.
menuntun tangan anaknya yang kecil. predikat
menuntun tangan anaknya yang kecil ketika
melintas jalan.
Ibu kawan saya Fatimah, menuntun tangan anaknya yang
kecil ketika melintas jalan.
Abang Degawan yang memakai kain pelikat subjek
Abang Degawan
Abang meniarap.
meniarap sambil menulis surat. predikat
meniarap sambil menulis surat untuk ibunya di
kampung.
Abang Degawan yang memakai kain pelikat meniarap
sambil menulis surat untuk ibunya di kampung.
Tiap-tiap hari abang Sudin akan subjek
Tiap-tiap hari Sudin
Sudin menyelak surat khabar.
menyelak surat khabar untuk membaca berita. predikat
menyelak surat khabar untuk membaca berita
tentang sukan bola sepak.
Tiap-tiap hari abang Sudin akan menyelak surat khabar
untuk membaca berita tentang sukan bola sepak.
Nadim memegang sebilah keris pusaka datuknya subjek
sambil
Nadim memegang sebilah keris sambil
Nadim menyingsing lengan bajunya.
menyinsing lengan bajunya kerana marah. predikat
menyinsing lengan bajunya kerana marah akan
perompak yang merompak rumahnya.
Nadim memegang sebilah keris pusaka datuknya sambil
menyinsing lengan bajunya kerana marah akan perompak
yang merompak rumahnya.
Baca perenggan di bawah dan bina peluasan subjek dan predikat
pada ayat yang kamu rasa boleh dipeluaskan.
Tulis perenggan itu semula.
Latihan 1.
Saya mempunyai nenek. Umur nenek 65 tahun. Nenek
saya tinggal di kampung. Hobi nenek saya menganyam
tikar. Tikar nenek cantik. Ramai orang membeli tikar
nenek.
Nenek saya pandai memasak. Masakan nenek sedap.
Saya suka makan masakan nenek. Apabila kami pulang ke
kampung, nenek akan masak masakan kegemaran saya.
Nenek saya baik. Dia selalu menolong orang. Penduduk
di kampung saya suka akan nenek. Nenek ringan tulang.
Saya sayang akan nenek saya.
Saya mempunyai seorang nenek yang nampak muda walaupun
sudah tua. Umur nenek saya 65 tahun. Nenek saya tinggal di
kampung yang indah dannyaman udaranya. Hobi nenek saya ialah
menganyam tikar menggunakan daun mengkuang. Tikar anyaman
nenek sangat cantik. Ramai orang membeli tikar nenek kerana
kehalusan buatannya.
Selain itu, nenek saya juga pandai memasak. Masakan yang nenek
buat sangat sedap. Saya dan keluarga suka makan masakan nenek
yang pedas dan berlemak. Apabila cuti panjang, kami akan pulang ke
kampung yang dirindui dan nenek pasti akan memasak masakan
kegemaran saya iaitu ikan keli, masak lemak cili api.
Nenek saya seorang yang baik hati. Dia selalu menolong orang
yang dalam kesusahan, semampunya. Penduduk di kampung saya suka
akan sikap nenek yang baik itu. Di samping itu, nenek saya juga
ringan tulang. Saya sayang akan nenek saya dan selalu ingat akannya
walaupun kami duduk berjauhan.
Saya mempunyai seorang nenek yang nampak muda walaupun
sudah tua. Umur nenek saya 65 tahun. Nenek saya tinggal di
kampung yang indah dan nyaman udaranya. Hobi nenek saya ialah
menganyam tikar menggunakan daun mengkuang. Tikar anyaman
nenek sangat cantik. Ramai orang membeli tikar nenek kerana
kehalusan buatannya.
Selain itu, nenek saya juga pandai memasak. Masakan yang nenek
masak sangat sedap. Saya dan keluarga suka makan masakan nenek
yang pedas dan berlemak. Apabila cuti panjang, kami akan pulang ke
kampung di Teluk Intan dan nenek pasti akan memasak masakan
kegemaran saya iaitu ikan keli masak lemak cili api.
Nenek saya seorang yang baik hati. Dia selalu menolong orang
yang dalam kesusahan, semampunya. Penduduk di kampung saya suka
akan sikap nenek yang baik itu. Di samping itu, nenek saya juga
ringan tulang. Saya sayang akan nenek saya dan selalu ingat akannya
walaupun kami duduk berjauhan.
Latihan 2.
Saya komputer Acer. Saya dibuat di Taiwan. Saya dieksport
ke Malaysia. Saya dihantar ke sebuah kedai. Saya dipamerkan.
Seorang pemuda datang. Dia ingin membeli komputer. Dia
membelek-belek saya. Dia suka akan saya. Dia membeli saya.
Kini, dia tuan saya.
Pemuda itu guru. Dia menggunakan saya untuk membuat
tugasan. Dia menggunakan saya dengan cermat. Dia menyimpan
saya di almari.
Saya dibawa menunggang motosikal. Di persimpangan lampu
isyarat, tuan saya menekan brek. Saya terjatuh. Tubuh saya
calar-balar.
Saya dibawa ke kedai. Saya tidak dapat dibaiki. Komponen
dalaman saya dikeluarkan. Saya dilabel. Saya dipamerkan .
Latihan 3
Sekolah saya mengadakan sukan. Sukan bermula pada pukul
2.30 petang. Ramai ibu bapa datang. Mereka duduk di bawah
khemah.
Murid-murid berkumpul di khemah. Acara dimulakan
dengan perbarisan. Murid-murid mengelilingi padang. Kemudian
ikrar sukan dibacakan.
Seterusnya ialah acara lumba lari 100 meter. Murid-
murid bersorak. Acara lain yang dipertandingkan ialah 200
meter, lari berganti-ganti dan acara sukaneka.
Acara untuk ibu bapa dan pegawai sukan juga diadakan.
Kumpulan ayah saya menang acara tarik tali. Hadiah
disampaikan oleh Datuk Hj Hasan bin Malek.
Sukan berakhir pada pukul 6.00 petang. Saya sangat
gembira. Pasukan Rumah Merah menang. Zulkifli dipilih sebagai
olahragawan sekolah.
Latihan 4.
Saya mengikuti lawatan ke Melaka. Kami berkumpul di
sekolah. Apabila bas datang kami beratur. Bas bertolak pada
pukul 7.30 pagi.
Pertama kami singgah di Taman Mini Malaysia. Banyak
rumah contoh. Kami melihat ukiran dan barang-barang lama.
Ada pertunjukan kebudayaan. Kami amat gembira.
Kami ke Zoo Melaka. Banyak binatang di zoo. Ada
pelbagai jenis burung. Kami menaiki gajah. Kami melihat
pertunjukan. Kami amat kagum.
Kami ke Bandar Hilir. Kami melihat Kota A Famosa.
Kami ke Dataran Pahlawan. Kami membeli cenderamata.
Pukul 6.00 petang, kami bertolak balik. Kami penat.
Kami tidur di dalam bas. Kami sampai pukul 9.00 malam.
Latihan 5.
Hari pertama persekolahan. Saya bangun pukul 6.00 pagi.
Saya mandi. Saya memakai pakaian baru. Saya bersarapan. Saya ke
sekolah.
Sampai di sekolah pukul 7.20 pagi. Murid telahpun ramai.
Ibu bapa pun ramai. Mereka menghantar anak. 7.30 pagi kami
berhimpun.
Suasana agak sibuk. Ada murid Tahun Satu menangis.
Mereka mahu ibu duduk di dalam kelas. Ada yang gembira. Mereka
dapat kawan baru.
Ibu bapa membayar yuran persekolahan. Saya mendapat
buku tulis. Guru kelas saya Cikgu Azmi. Pelajaran pertama ialah
Bahasa Melayu.
Selepas rehat saya belajar Muzik. Cikgu Hamid mengajar
kami. Dia baik tetapi tegas. Saya belajar bermain rekoder. Saya
sangat gembira. Pukul 1.00 petang saya balik ke rumah.