SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN PAROI JAYA MINIT MESYUARAT PENGURUSAN KOKURIKULUM KALI KE- 3 2022/2023 TARIKH : 17 JANUARI 2023 HARI : SELASA MASA : 3:00 PETANG TEMPAT : BILIK GERAKAN KEHADIRAN:- 1. PN AZIHAN BT AHMAD GURU BESAR 2. EN HAFIZULLAH B RAMLAN GPK KOKURIKULUM 3. MOHD SHUKRI B AHMAD GPK PPKI 4. PN NURSYAHIDAH BINTI SALIM SETIAUSAHA 5. PN NORHAIZAN BT MUSA P.SETIAUSAHA 6. EN AMRI SYAH B IDRIS 7. PN ARZEAN IRDAWATY BT MAD ARIS 8. PN ASZLINA BT MOHD ARIF 9. PN AZLINA BT MOHD SALLEH 10. EN CHEN BOON KIN 11. PN ENGKU AESHAH BT ENGKU MUSTAFFA 12. PN HJH FAZILA BT IBNI HAJAR 13. PN FAIZA AZUA BT ABDU RAHMAN 14. PN HABIBAH BT MAHUSIN 15. EN ABD RAZAK B BASHAH 16. EN AMMIR B AZAMI 17. PN HAFSAH BT MAJID 18. PN HARAINE BT ISHAK 19. PN HARLINDA BT JEMAHAR 20. PN HJH HAZILAH BT MOHD HARON 21. PN HEZLIZA BT ZAINUDDIN 22. PN JAMEAH BT MOHAMED 23. PN NORHASLINDA BINTI AHMAD 24. PN JAMILAH BINTI MAT SARIP@MANSOR 25. PN NAFISAH ROSYA NASUTION BT SYAMSUL BAHARI 26. EN PUVANESHWARAN A/L MOHINDRAN 27. PN NOR WAHIDA BT ABD AZIZ 28. PN SUHANISYA BINTI NOOR HANIM 29. PN NORHAZIZAN BT MOHAMAD 30. PN ROZILAWATI BT SHAFIE 31. PN NOOR ELHAIYU BT JUMALI 32. PN ROSNAH BINTI SURIF 33. PN NORASLINA BT M.ATMURI 34. PN LATIFAH NADHRAH BINTI SAID PALLAH 35. EN MUSA BIN RAMLI 36. PN ROSMALIZA BT ABD LATIB 37. EN REDZUAN BIN IBRAHIM 38. PN NORDIANA BT MOHAMAD TODZAH 39. PN SITI FARAWAHIDAH BT MOHD ROMLI
40. PN RUZIANTI BT RUSTI 41. EN MUHD EFFENDI AS-SIDDIQ BAHARUDIN 42. PN SITI ROSE DIANA BT ZAKARIA 43. PN NOR AZAH BINTI AYOB 44. EN WAN NIZAM B WAN MD ZAIN 45. PN KAMAZALINA BT MOHD YUSOF 46. EN ABD KHALID NORAZAM B ABD KHALIL 47. PN HJH KHAMSAH BT MAMAT 48. PN MAIZAN BT DAUD 49. PN MASYITAH BT MOHD RADZI 50. EN MUZAIDI B ADRIS 51. PN NADIRAH BT DAUD 52. PN NOORHIDAYAH BT MAD YUNOS 53. PN NORMA BT ABD RAHMAN 54. PN NUR ADIBAH BT MOHAMAD 55. PN NUR ‘ATIQAH ‘ADILAH BT MEDON 56. PN NURUL SHUHADA BT IBRAHIM 57. PN PA’IZAH BT HUSSIN 58. EN RAZALI B MUHAMMAD 59. PN RUSNI YUSNITA BT BAHARUDDIN 60. PN SITI NORAINUN BT ABDUL AZIS 61. PN WAN ZALILAWATI BT WAN MAMAT 62. PN ZALEHA BT OTHMAN 63. PN RATNA BT THAMRIN 64. PN HAPIZAH BT A. JALAL 65. PN ATIQAH BT ZULKAFLI 66. PN NORLELA BT MISRI 67. PN NOORFADZLIWATI BT MD NOR 68. PN KHODIJAH BT MOHAMAD 69. PN NOR SAM BT OSMAN 70. PN SYUHANA BT ISMAIL TIDAK HADIR BERSEBAB : 1. PN SYAHIDA BT MOHD RASIP 2. PN SH. NURUL FATIMAH BT SY. SHARAPUDIN 3. PN NAGESWARY A/P RAJIGEZ 4. EN AHMAD SHUKRI B ASHARI 5. EN MOHD NAJIB B SHARIF 6. PN YATI SURAYA BT YAZID 1.0 UCAPAN ALUAN PENGERUSI 1.1 En. Hafizullah mengucapkan salam dan mengalu-alukan kehadiran Guru Besar Pn Azihan bt Ahmad, GPK PPKI En Mohd Shukri b Ahmad dan juga semua guru yang hadir pada petang ini. 1.2 Beliau turut merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir ke mesyuarat Ko-kurikulum kali ketiga ini. 1.3 Seterusnya beliau menjemput Pn Azihan bt Ahmad untuk memberikan ucapan.
2.0 PERUTUSAN GURU BESAR 2.1 Pn Azihan bt Ahmad mengucapkan terima kasih kepada En Hafizullah GPK Kokurikulum, En Mohd Shukri b Ahmad dan juga semua guru yang hadir. 2.2 Beliau menzahirkan rasa syukur kerana semua unit telah berjaya menyelesaikan mesyuarat yang ketiga untuk menutup semua hal-hal berkaitan kokurikulum dengan sesi 2022 / 2023 2.3 Beliau menyatakan banyak pencapaian yang telah dapat dicapai sepanjang sesi 2022 / 2023 ini. Ramai murid yang telah menerima sijil peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa. 2.4 Tahniah diucapkan kepada guru-guru kerana selepas dua tahun PKP hasilnya sangatsangat membanggakan. 2.5 Beliau memaklumkan pihak PPD memerlukan analisa data untuk pencapaian yang telah dicapai oleh sekolah. 2.6 Beliau meminta semua sijil-sijil yang telah diterima oleh murid tersebut dibuat salinan untuk dijadikan bahan dokumentasi. Semua gambar-gambar penyertaan, gambar pencapaian, gambar medal, trofi dan semua yang berkaitan disimpan. 2.7 Selain itu, beliau turut memaklumkan bahawa majlis anugerah bagi peringkat daerah dan negeri akan berjalan pada tahun ini. Jadi sekiranya sekolah tercalon, semua evidens dapat diberikan kepada pihak PPD. 2.8 Semua guru yang membawa murid mengumpulkan semua evidens yang diperlukan tersebut. Jika boleh sediakan satu poster tahniah bagi setiap pencapaian individu ataupun kumpulan dan nyatakan lokasi pertandingan tersebut berlangsung. Pastikan juga gambar-gambar murid tersebut adalah gambar dari pandangan hadapan. 2.9 Murid-murid yang terlibat juga akan diraikan sekali lagi dalam Majlis Apresiasi nanti. Murid-murid yang telah mencapai kejayaan dan mengharumkan nama sekolah juga diharapkan mengharumkan nama sekolah dalam akademik dan dalam pelbagai bidang yang lain juga. Ini merupakan pencetus semangat kepada murid untuk hadir ke sekolah. 2.10 Beliau mengharapkan pada tahun lebih ramai lagi mencatat sejarah sekolah. Insyaallah, semua sukan akan bermula dan bola sepak telah menerajui program pembangunan bola sepak akan berlangsung pada 31 Januari 2023 ini dan yang akan menyusul. 2.11 Sokongan 100% diberikan kepada semua pertandingan. 2.12 Guru-guru penasihat ataupun semua jurulatih akan mula menggilap bakat murid lebih awal. 2.13 Program pembangunan maksudnya sesi belum bermula tapi projek sudah berjalan, pelapis sudah mula dicari. Ini merupakan langkah awal untuk menuju kejayaan. 2.14 En. Mohd Izaja menyatakan jika guru-guru ada target untuk memenangi acara yang dipertandingkan, guru penasihat ataupun jurulatih diminta untuk mengambil nama murid, kelas dan nombor telefon untuk tujuan latihan kecergasan yang akan beliau adakan pada masa cuti nanti. Tindakan : Makluman
3.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL 2 2022/2023 3.1 dicadang oleh :Ustzah Hjh Khamsah bt Mamat 3.2 disokong oleh : Pn Norhazizan bt Mohamad 4.0 PERKARA BERBANGKIT / MAKLUM BALAS 4.1 Pajsk – pengisian data telah pun dibuat dan seterusnya guru-guru tahap 2 diminta untuk melengkapkan data murid bagi pengiraan markah samaada di peringkat sekolah, daerah dan negeri. 4.2 Dasar PiKBM – berkaitan dengan kandungan Bahasa Melayu yang disisipkan pada waktu Koko. Setiap kali perjumpaan ambil masa 5 – 10 minit untuk melakukan aktiviti seperti bersajak, menyanyi dan lain-lain. Aktiviti tersebut mesti ditulis dalam pelaporan pada hari tersebut. Aktiviti fizikal mesti diambil gambar sebagai evidens. 5.0 PEMBENTANGAN / LAPORAN / PERBINCANGAN 5.1 En Hafizullah membentangkan laporan semua aktiviti/ program unit Kokurikulum iaitu sebanyak 16 aktiviti iaitu: i) Mesyuarat Unit Koko Bil 1 ii) Mesyuarat Unit Koko Bil 2 iii) Mesyuarat Unit Koko Bil 3 iv) Mesyuarat Agong Unit Beruniform/Kelas Persatuan/Sukan Permainan v) Kejohanan Merentas desa vi) Kejohanan Sukan Sekolah vii) Sambutan Hari Raya viii) Sambutan Hari Guru ix) Sambutan Bulan Kemerdekaan x) Perkhemahan Perdana Unit Kokurikulum xi) Kem Bestari Solat xii) Sambutan Bulan Sukan Negara xiii) Majlis Anugerah Kokurikulum xiv) Kemaskini Data PAJSK xv) Kemaskini Fail Laporan Unit-unit xvi) Aktiviti Mingguan Kokurikulum 5.2 Untuk sesi 2023/2024, unit Kokurikulum akan menyediakan watikah pelantikan untuk penyelaras-penyelaras setiap program seperti yang telah dilaksanakan pada sesi 2022/2023. 5.3 Untuk makluman juga, akan ada perubahan pada penyelaras setiap program pada sesi 2023/2024 ini contohnya Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Sambutan Hari Guru. 5.4 Seterusnya tentang penglibatan dan pencapaian murid-murid dalam pertandingan koakademik dan juga sukan. Ada lebih kurang 26 acara/program dalam sukan permainan yang telah disertai oleh murid-murid. 5.5 Pencapaian diperingkat sekolah sangat menggalakkan daripada murid tahun 4, tahun 5 dan tahun 6. Manakala pencapaian peringkat MSSD sebanyak 7 pertandingan, pertandingan peringkat MSSNS sebanyak 6 pertandingan, MSSM sebanyak 8 pertandingan dan peringkat antarabangsa sebanyak 2 pertandingan iaitu virtual run dan pertandingan bola sepak (perempuan ) yag diadakan di Singapura.
5.6 Pencapaian Ko-akademik juga menunjukkan peningkatan. Di peringkat sekolah ada 2 acara, peringkat daerah ada 13 pertandingan, peringkat negeri ada 6 pencapaian iaitu daripada STEM, B.Inggeris dan Doktor Muda. Manakala peringkat Kebangsaan iaitu pertandingan ‘Dare To Spell Cyber Challange’yang sampai ke peringkat suku akhir. 5.7 En.Hafizullah mengucapkan tahniah kepada semua guru penasihat dan jurulatih yang telah membimbing semua peserta yang menyertai semua pertandingan. Pertandingan sukan dan pertandingan ko-akademik mestilah seimbang. 5.8 Seterusnya percapaian unit beruniform, tidak banyak yang menyertai pertandingan kerana kekurangan kemahiran untuk mengajar kawad kaki, ikatan dan simpulan dan balutan. Kebiasaannya pertandingan yang akan dipertandingkan ialah kawad kaki, ikatan dan simpulan dan balutan untuk semua unit. 5.9 Beliau berharap guru-guru yang diarahkan untuk menghadiri kursus berkaitan supaya hadir bagi meningkatkan lagi kemahiran-kemahiran yang berkaitan dengan ikatan, simpulan dan balutan. 5.10 Pertandingan unit beruniform pencapaiannya di peringkat sekolah dan daerah sahaja. Virtual Run di bawah TKRS sahaja pencapaiannya di peringkat kebangsaan. 5.11 Beliau berharap untuk sesi 2023/2024 ini akan ada lebih banyak pencapaian yang akan diperolehi oleh unit beruniform. 5.12 En Hafizullah mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam mengendalikan aktiviti ataupun kemahiran kepada murid-murid dari segi sukan, permainan, ko-akademik dan unit beruniform. 5.13 Pn Azihan meminta disediakan analisa berkaitan pencapaian peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan. Data tersebut akan dibentangkan pada mesyuarat kali pertama bagi sesi 2023/2024. Analisa tersebut akan dijadikan target untuk sesi akan datang. 5.14 Beliau berharap pencapaian untuk sesi akan datang akan lebih membanggakan berdasarkan TOV sesi ini. Tindakan : Makluman 6.0 HAL-HAL LAIN 6.1 En Hafizullah memaklumkan bahawa Majlis Anugerah Kokurikulum akan diadakan bersama dengan unit Kurikulum dan unit HEM. Senarai pencalonan sebanyak 22 anugerah iaitu dari segi individu dan kumpulan. Jumlah penerima anugerah adalah seramai 71 orang. 6.1.1 Selain anugerah untuk murid, ada juga anugerah untuk kategori guru aktif lelaki dan perempuan. Anugerah ini turut melibatkan unit beruniform, sukan & permainan. 6.1.2 Disamping itu juga, ada juga cadangan daripada unit Koko untuk memberi anugerah bagi jurulatih terbaik guru lelaki dan perempuan. 6.1.3 Anugerah Cemerlang Kokurikulum tahun 4, tahun 5 dan tahun 6. 6.1.4 Pajsk – seramai 30 orang calon daripada murid tahun 4, tahun 5 dan tahun 6 yang mendapat markah tertinggi dalam Pajsk. Tindakan : Makluman
6.2 Kehadiran guru dalam aktiviti Kokurikulum 6.2.1 Mengikut surat pekeliling kehadiran koko adalah wajib bagi semua guru dan murid. Alasan untuk pelepasan daripada menghadirkan diri semasa waktu koko atas budi bicara GPK Kokurikulum ialah sakit dan temujanji hospital sahaja. 6.2.2 En Hafizullah berharap untuk sesi 2023 / 2024 akan datang diharapkan guruguru tidak memberikan alasan yang tidak munasabah untuk tidak menghadiri aktiviti kokurikulum. Tindakan : Makluman 6.3 Pendaftaran unit beruniform 6.3.1 Jika ada guru penasihat yang membuat kutipan bagi pendaftaran unit beruniform tetapi gagal untuk mendaftarkan murid, semua kutipan tersebut mesti dikembalikan semula kepada murid terutamanya murid tahun 6. Jangan disimpan untuk sesi akan datang. Tindakan : Makluman 6.4 Pemilihan ke Sekolah Sukan Za’aba 6.4.1 Pada hari Khamis 19/1/2023 akan diadakan pemilihan untuk sukan bola sepak. 6.4.2 Guru yang akan membawa murid ialah Cikgu Nursyahidah dan Cikgu Norhaizan. Tetapi pada hari yang sama diadakan penyerahan wang BAP dan Cikgu Norhaizan adalah guru kelas. ( akan dibincangkan kemudian ) Tindakan : Makluman 6.5 Gotong-royong bilik Koko 6.5.1 Bilik yang sedia ada akan dipindahkan ke bilik asal iaitu bilik di sebelah makmal Sains. ( bilik elektrik )Bilik Koko yang sekarang akan digunakan oleh murid PPKI untuk sesi akan datang. 6.5.2 Guru-guru PJ akan membuat gotong-royong pada minggu pertama cuti nanti. Tindakan : Guru-guru PJ 6.6 Ucapan Guru Besar 6.6.1 Sebelum ucapan penangguhan, Pn Azihan bt Ahmad mengucapkan tahniah kepada Setiausaha HEM dan Setiausaha Koko kerana melaksanakan mesyuarat mengikut agenda. 6.6.2 Beliau berpuas hati dengan penulisan minit mesyuarat dan juga ucapan tahniah buat GPK Koko dapat mempengerusikan mesyuarat dengan baik. 6.6.3 Beliau berharap guru-guru sentiasa belajar kerana suatu hari nanti guru-guru yang lain juga akan menjadi pemimpin yang akan mempengerusikan mesyuarat dengan teratur, mengikut prosedur, mengikut agenda, mesyuarat dapat diselesaikan dengan cepat dan padat. 6.6.4 Diharapkan semua yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar. Tindakan : Makluman
7.0 PENUTUP 7.1 En Hafizullah mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada barisan pentadbir dan juga guru-guru dan beliau berharap sesi 2023/2024 nanti semua guru akan bersamasama mengekalkan kecemerlangan dalam lebih cemerlang untuk anak didik. 7.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4:15 petang. Disediakan oleh, ………………………. ( Norhaizan bt Musa ) Penolong Setiausaha Unit Kokurikulum
MAKLUM BALAS NAMA MESYUARAT : MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 3/2022 TARIKH : 17 JANUARI 2023 ( KHAMIS ) TEMPAT : BILIK GERAKAN, SK TAMAN PAROI JAYA BIL PARA PERKARA TINDAKAN/ MAKLUMAN MAKLUM BALAS