TUGASAN MPU34102 Integriti dan Anti Rasuah Semester Februari 2023 Tajuk Kajian Kes: Kejatuhan Barings Bank Disediakan oleh: NO. NAMA PELAJAR NO ID KURSUS 1 NURSYAMEEN UZMA BINTI ROSLI 54211122079 BETA MECHANICAL 2 D’ZULFIKHA BALQIS PUTERI BINTI JAAFAR 54211122141 BETA MECHANICAL 3 NOR SHAZWANI BINTI BAHARUDIN 54211122077 BETA MECHANICAL 4 NURUL ATHIRAH BINTI ZAKARIA ANSURI 54211122052 BETA MECHANICAL 5 AFIFAH NASUHA BINTI ROSLAN 54213122083 BETA MANUFACTURING 6 SITI ASMA’ BINTI ISHAK 54222122114 BETA MECHATRONIC 7 NUR AMIRAH BINTI ABDUL HALIM 54215122084 BET APPLIED ELECTRONIC 8 NURUL SABRINA BINTI NORIZAN 54220122160 BEME
Maklumat Pelajar Ahli-ahli kumpulan: Nursyameen Uzma binti Rosli 54211122079 BETA Mechanical D'zulfikha Balqis Puteri binti Jaafar 54211122141 BETA Mechanical Nor Shazwani binti Baharudin 54211122077 BETA Mechanical Nurul Athirah binti Zakaria Ansuri 54211122052 BETA Mechanical Afifah Nasuha binti Roslan 54213122083 BETA Manufacturing Siti Asma' binti Ishak 54222122114 BETA Mechatronics Nur Amirah binti Abdul Halim 54215122084 BET Applied Electronics Nurul Sabrina binti Norizan 54220122160 BEME
ISI KANDUNGAN 1.0 PENDAHULUAN ................................................................................................................. 4 2.0 DEFINISI RASUAH............................................................................................................. 5 3.0 LATARBELAKANG PIHAK YANG TERLIBAT ................................................................. 6 Kehidupan awal Nick Leeson................................................................................................. 7 Kejatuhan dan Penjara............................................................................................................. 8 Bank Barings ............................................................................................................................. 9 4.0 FAKTA DAN HURAIAN KES BARINGS BANK.............................................................. 11 4.1 Bank Barings.................................................................................................................. 11 4.2 Nick Lesson ................................................................................................................... 11 4.3 Error Account ‘Account 88888’..................................................................................... 12 4.4 Nikkei 225 Futures ........................................................................................................ 12 4.5 Nota I’m Sorry................................................................................................................ 12 4.6 Penangkapan Nick Lesson dan Buku.......................................................................... 13 4.7 Bank Barings dijual 1 dolar........................................................................................... 13 5.0 KOMEN DAN ULASAN KES BARINGS BANK.............................................................. 14 6.0 KESIMPULAN ................................................................................................................... 16 7.0 BIBLIOGRAFI.................................................................................................................... 17
1.0 PENDAHULUAN Rasuah adalah merupakan musuh utama negara yang kian menular di semua negara dan negara kita sendiri tidak ketinggalan. Malah, di Malaysia pelbagai jenis gejala rasuah yang terdapat dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertanggungjawab bagi menguruskan segala keskes rasuah. Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan demokrasi yang berasaskan sistem Persekutuan dimana raja mempunyai keupayaan untuk membubarkan kerajaan parlimen yang sedang berjalan sekiranya terdapat kes rasuah yang berlaku yang dapat dikesan di dalam parlimen. Rasuah bukan sahaja terdapat di dalam negara kita malah, negaranegara luar yang giat membangun mahupun negara-negara maju juga tidak terlepas daripada kes rasuah. Sebagai contoh, negara seperti Amerika Syarikat dan Korea juga mempunyai kes rasuah yang besar dimana terdiri daripada pemimpin mereka sendiri sehingga membawa kepada perletakan jawatan serta masalah kepada negara dan masyarakat. Oleh kerana kecaknaan orang ramai tentang rasuah dan penggunaan teknologi, kes rasuah semakin dititikberatkan dan difahami oleh masyarakat. Demikian itu, hal rasuah kini semakin giat digali oleh pihak pencegah rasuah hasil daripada teknologi yang kian membangun dan kerjasama orang ramai. Gejala ini telah berleluasa dari dahulu sehingga kini namun, pendedahan hal ini kepada orang ramai dapat memberikan sedikit sebanyak ingatan kepada orang ramai supaya lebih berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara untuk mengelakkan diri daripada terjebak denga gejala tersebut. Rasuah perlulah dibendung segera supaya tidak berleluasa dan memberikan kesan yang buruk kepada negara. Berdasarkan kajian kes yang bakal dikupas, dapat dilihat bahawa kes ini merupakan diantara kes rasuah yang terbesar dan diketahui ramai yang akhirnya membawa kesan buruk kepada diri dan negara itu sendiri. Kes rasuah Barings Bank adalah merupakan antara kes rasuah yang terkenal dan mempunyai pelbagai pengajaran yang dapat diambil buat masa hadapan.
2.0 DEFINISI RASUAH "Definisi rasuah perlu diteliti dan dikaji semula memandangkan modus operandinya kini semakin unik. Pembaharuan dalam definisi rasuah dapat memastikan individu yang terpalit dengan sebarang bentuk rasuah dapat didakwa berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada," Dr Zalmizy Hussin iaitu Pensyarah Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial (SAPSP) Universiti Utara Malaysia (UUM). Rasuah dapat didefinisikan dengan berbagai cara. Namun demikian ,definisi rasuah dikaji semula supaya konsep atau makna frasa itu difahami dengan lebih jelas dan menyeluruh, mengambil kira landskap semasa. Rasuah adalah perbuatan atau tindakan yang menyalahi undangundang apabila ia dilakukan bertujuan untuk mendapatkan pertolongan dengan cara pemerasan dan faedahnya adalah untuk diri sendiri. Rasuah merupakan penyalahgunaan kuasa dan jalan pintas seseorang untuk mengecapi hidup mewah atau dengan erti kata yang lain ingin menjadi kaya dalam masa yang singkat. Pengamal rasuah ini hanyalah mementingkan nilai-nilai material dan mengabaikan terus tanggungjawabnya sebagai seorang penjawat awam yang berintegriti amanah dengan kuasa yang diberi dan tiada tanggungjawab. Individu yang mengamalkan atau melakukan perkara ini tidak memikirkan kesan negatif namu mereka hanya memikirkan keuntungan dan kepentingan untuk diri sendiri. Peribahasa tumbuk rusuk atau makan suap sering digunakan dalam gejala rasuah dan konotasi ini memberi maksud yang negatif kepada imej sesebuah masyarakat itu. Semakin luas atau tinggi kadar rasuah di sesebuah negara itu maka semakin rendah persepsi masyarakat luar terhadap kemampuan rakyat negara terbabit untuk melakukan sesuatu terutama dalam aspek ekonomi. Faktor rasuah juga berpunca daripada pembangunan sosial ekonomi yang tidak diselaraskan dengan pembangunan kerohanian akan memudahkan kegiatan rasuah yang meluas. Jadi perbincangan mengenai rasuah adalah
penting kerana kegiatan rasuah akan melumpuhkan fungsi perjalanan sesuatu organisasi. Dengan adanya kegiatan rasuah tiada sesiapa akan dapat mengagak tindakan seseorang atau hasil daripada sesuatu organisasi. Pengukuhan integriti dalam empat fungsi pembahagian kuasa utama yang meliputi pemerintah, perundangan, kehakiman dan pihak berkepentingan. 3.0 LATARBELAKANG PIHAK YANG TERLIBAT Nick Leeson Nicholas William Leeson 1 lahir pada tanggal 25 Februari 1967 merupakan bekas pedagang derivatif Inggeris mempunyai perdagangan yang palsu, tidak sah dan spekulatif telah mengakibatkan kejatuhan Barings Bank pada tahun 1995, bank tertua di United Kingdom. Leeson juga telah disabitkan dengan jenayah kewangan di mahkamah Singapura dan dipenjarakan selama empat tahun di Penjara Changi. Antara tahun 2005 hingga 2011, Leeson memegang jawatan sebagai pengurus kanan di kelab Liga Ireland, Galway United. Setelah mengalami masalah kewangan, dia mengundurkan diri dari jawatannya sebagai ketua pegawai eksekutif. Dia juga aktif dalam rangkaian ucaptama dan seorang pemberi motivasi, di mana dia menasihati syarikat mengenai risiko dan tanggungjawab korporat. Leeson kini merupakan penyiasat persendirian firma korporat yang bertanggungjawab menangani kes salah laku kewangan. Dia tinggal di bandar Galway di Ireland pada tahun 20232 . 1 "Nick Leeson: biography part II". 1 March 2011. 2 "Former 'rogue trader' Nick Leeson joins corporate private eye firm". The Guardian. 22 March 2023.
Kehidupan awal Nick Leeson. Nick Leeson dilahirkan di Watford, Hertfordshire, dan bersekolah di Parmiter's School di Garston yang berdekatan. Dilahirkan oleh ibu bapa kelas pekerja di ladang majlis, ayahnya adalah seorang tukang besi yang bekerja sendiri manakala ibunya seorang jururawat. Setelah menghabiskan Tingkatan enam pada tahun 1985 dengan lulus enam O level dan dua A level dalam Sastera dan Sejarah Inggeris masing-masing dengan nilai C dan D, serta gagal dalam subjek Matematik,3 4 Dia ditawarkan sebagai kerani di Courts Private Bank cawangan Lombard Street, 5 di mana dia ditugaskan menyelesaikan cek kertas, mengkredit dan mendebit akaun pelanggan. 6 Pada tahun 1987, Leeson berpindah ke pejabat Morgan Stanley's Futures and Options, membersihkan dan menyelesaikan transaksi derivatif yang disenaraikan. Dengan sedikit prospek untuk peranan front - office, dia menyertai Barings Bank dua tahun kemudian, pada £ 12,000 (setara dengan £ 35,909 pada tahun 2021) setahun. Bersama empat pakar penempatan lain, dia ditugaskan ke Hong Kong untuk menyelesaikan masalah back – office Barings di ibu kota Jakarta Indonesia. Dia kembali ke London pada bulan September 1991 untuk menyiasat kes penipuan di mana seorang pekerja Barings telah menggunakan akaun pelanggan untuk berdagang secara rahsia sehingga panggilan margin calls dari clearing house membongkar kejadian tersebut. 7Pada tahun 1992, Leeson membuat perdagangan spekulatif tanpa kebenaran yang pada mulanya memperoleh keuntungan besar untuk Barings. 3 Rawnsley, Judith H (1996). Total Risk: Nick Leeson and the Fall of Barings Bank. University of Michigan: HarperCollins. pp. 88. ISBN 9780887307812 4 Powell, Robin (10 Julai 2015). "4 Lessons to Learn from Nick Leeson". 5 Michael, Costello (6 Jun 2011). "The original rogue trader: interview with Nick Leeson". 6 Elga, Drummond (2007). The Dynamics of Organizational Collapse: The Case of Barings Bank. Routledge. p. 20. ISBN 9780415399616 7 Laurent, Jacque (2015). Global Derivative Debacles: From Theory to Malpractice (Second ed.). World Scientific Publishing Company. p. 146. ISBN 9789814699891.
Kejatuhan dan Penjara Leeson meninggalkan catatan, "Maaf" dan melarikan diri dari Singapura pada 23 Februari. Kerugian terakhir mencapai £ 827 juta (US $ 1.4 bilion), modal perdagangan dua kali Barings yang ada. Setelah percubaan bailout yang gagal, Barings, yang merupakan bank tertua di UK, dinyatakan muflis pada 26 Februari. 8 Setelah melarikan diri ke Malaysia, Thailand dan akhirnya Jerman, Leeson ditangkap di Frankfurt dan dihantar kembali ke Singapura pada 20 November 1995. Leeson mengaku bersalah atas dua tuduhan "menipu juruaudit bank dan menipu pertukaran Singapura", termasuk memalsukan dokumen. Hakim daerah Richard Magnus, yang mensabitkan Leeson, memutuskan untuk menjatuhkan hukuman enam setengah tahun di Penjara Changi di Singapura. 9 Leeson dibebaskan pada bulan Julai 1999 setelah menjalani hukuman sekurang-kurangnya dua pertiga dari hukumannya (4 tahun dan 4 bulan) kerana tingkah laku yang baik, dan setelah didiagnosis menghidap barah usus besar, yang dia selamat walaupun terdapat ura yang tidak menyenangkan pada masa itu. Pada tahun 1996, Leeson menerbitkan autobiografi, Rogue Trader, yang memperincikan kelakuannya. Maklum balas di ruangan kewangan The New York Times menyatakan, "Ini adalah buku yang membosankan, ditulis oleh seorang pemuda yang mementingkan dirinya sendiri, tetapi ia mesti dibaca oleh pengurus perbankan dan juruaudit di mana sahaja. "10 Pada tahun 1999, buku ini dijadikan filem dengan nama yang sama yang dibintangi oleh Ewan McGregor dan Anna Friel. Perkara ini juga menjadi tajuk utama dokumentari televisyen 1996 yang dibuat oleh Adam Curtis, berjudul Inside Story Special: £ 830,000,000 – Nick Leeson and the Fall of the House of Barings. 11 8 "25 million Pounds". 27 December 2009. Archived from the original on 29 March 2012. Retrieved 23 February 2012. 9 "INTERNATIONAL BUSINESS; Singapore Sentences Leeson to 6 1/2 Years in Prison". The New York Times. 2 December 1995. 10 Floyd Norris (31 March 1996). "Upper-Class Twits Made Me Do It". New York Times. Retrieved 23 February 2012. 11 "Inside Story Special – BBC One London – 12 Jun 1996". BBC Genome.
Bank Barings Sir Francis Baring, 1st Baronet, dan abangnya John Baring, merupakan rakan kongsi yang menubuhkan Bank Barings pada tahun 1762 sebagai Syarikat John dan Francis Baring. Mereka adalah anak kepada John (né Johann) Baring, yang dilahirkan di Bremen, Jerman. Syarikat itu pada mulanya beroperasi di luar pejabat di Cheapside London sebelum berpindah ke kemudahan yang lebih besar di Mincing Lane selepas beberapa tahun. Apabila perdagangan antarabangsa berkembang dengan cepat, termasuk perdagangan hamba yang menguntungkan, Barings secara beransur-ansur mengembangkan barisan produknya melebihi benang bulu biri- biri untuk memasukkan pelbagai jenis komoditi lain. Ini membolehkan bank meluaskan operasi dan reputasinya dengan ketara. Untuk mengumpul wang semasa Perang Dunia Kedua, kerajaan British menggunakan Barings untuk menjual aset di negara lain dan Amerika Syarikat. Barings telah mengatasi saiz dan kuasa oleh institusi perbankan lain selepas perang, tetapi ia terus menjadi pemain penting dalam pasaran sehingga tahun 1995. Bank itu membuat keputusan untuk memasuki pasaran sekuriti UK dan memperoleh broker saham Henderson Crosthwaite pada Mei 1984 dan Wilson & Watford pada November 1985. Pada bulan April 1992, Barings memutuskan untuk membuka pejabat Futures and Options di Singapura bagi melaksanakan dan membersihkan
transaksi di Singapore International Monetary Exchange ( SIMEX ). 12 Barings telah mempunyai tempat di SIMEX selama beberapa waktu, tetapi tidak mengaktifkannya sehingga kehadiran Leeson, yang dilantik sebagai pengurus besar. Leeson dihantar untuk mengetuai operasi front - office dan back - office. Sebelum pergi, Leeson ditolak lesen broker di UK kerana melakukan penipuan atas permohonannya. 13 Dia gagal melaporkan keputusan terhadapnya yang dibuat oleh National Westminster Bank. Leeson dan Barings tidak mendedahkan penolakan ini ketika dia memohon lesennya di Singapura. 14 Barings telah dijatuhkan pada tahun 1995 oleh kerugian besar yang disebabkan oleh perdagangan penipuan oleh ketua peniaga derivatifnya di Singapura sejak 1992, Nick Leeson. Leeson sepatutnya menjadi timbang tara, mencari keuntungan daripada perbezaan harga kontrak hadapan Nikkei 225 yang disenaraikan di Bursa Sekuriti Osaka di Jepun dan di Bursa Kewangan Antarabangsa Singapura (SIMEX). Walau bagaimanapun, daripada membeli bagi pihak pelanggan di satu pasaran dan segera menjual di pasaran lain untuk keuntungan kecil, menggunakan strategi yang diluluskan oleh atasannya, Leeson mula menjalankan perdagangan sedemikian menggunakan wang bank, berjudi pada hala tuju pasaran Jepun. Menurut Eddie George, Gabenor Bank of England, Leeson mula melakukan perkara ini pada penghujung Januari 1992. Disebabkan oleh beberapa siri peristiwa dalaman dan luaran, kerugiannya yang tidak dilindungi meningkat dengan cepat. 12 Floyd Norris (31 March 1996). "Upper-Class Twits Made Me Do It". New York Times. Retrieved 23 Februari 2012. 13 Maeda, Martha (2010). The Complete Guide to Spotting Accounting Fraud & Cover-ups. Atlantic Publishing Company. p. 31. ISBN 978-1-60138-212-2. 14 Hal S. Scott (2006). International Finance: Transactions, Policy, and Regulation. Foundation Press. ISBN 978- 1-59941-263-4.
4.0 FAKTA DAN HURAIAN KES BARINGS BANK 4.1Bank Barings Bank Barings ialah bank tertua di United Kingdom yang gagal selepas pedagang derivatives yang bernama Nick Lesson terlibat dalam pemalsuan pelaburan yang berisiko tinggi dan telah jatuh merudum pada tahun 1995. Bank Barings telah kehilangan lebih daripada 1.3 bilion dolar semasa jatuh bankrap. Jumlah kerugian ialah 2 kali ganda daripada jumlah yang dilabur. Pada ketika itu, Queen Elizabeth II juga mempunyai akaun di bank Barings. Aset bank Barings itu kemudiannya dipegang oleh Dutch ING Groep, untuk membentuk ING Barings. Subsidi ini telah dijual kepada ABN Amro pada tahun 2001. Punca utama Bank Barings bankrap adalah kerana tidak mampu mencapai permintaan tunai oleh sebab perdagangan yang tidak diluluskan. 4.2Nick Lesson Nick Lesson merupakan seorang remaja berusia 25 tahun telah dilantik sebagai pedagang derivatives di bank Barings Singapura yang baru di buka pada tahun 1992. Nick mula membuat perdagangan spekulatif dan berjaya menempa nama apabila dia membuat keuntungan yang menyumbang kepada 10% jumlah keuntungan tahunan bagi bank Barings. Nick Lesson telah dihadiahkan bonus yang lumayan di atas dagangan yang tidak mendapat kelulusan dan melebihi had yang ditetapkan. Setelah itu, Nick juga telah mendapat kebebasan di bank Barings kerana terdapat kelemahan pada sistem bank tersebut. Kedudukannya sebagai ketua operasi bagi Front-Office (dealing) dan juga Back-Office (settlement) yang sepatutnya dijawat oleh 2 orang yang berbeza juga telah memudahkannya untuk menyembunyikan kesalahan yang dilakukan.
4.3Error Account ‘Account 88888’ Akaun 88888 dicipta oleh bank Barings untuk kesilapan yang tidak disengajakan. Error Account tersebut telah disalahgunakan oleh Nick Lesson demi menjaga reputasinya. Hal ini kerana terdapat rahsia yang semakin menggunung dan mengganggu fikirannya di sebalik keuntungan yang diraih. Untuk memperbaiki kesilapan yang dilakukan, Nick mengambil keputusan untuk menggandakan saiz dagangan. 4.4Nikkei 225 Futures Pada 17 Januari 1995, indeks Nikkei 225 Futures mengalami tekanan jualan akibat gempa bumi yang melanda Kobe, Jepun. Bencana ini memberi impak yang besar kepada Nick kerana dia mempunyai pegangan yang besar di dalam short straddle bagi Nikkei 225 Futures. Pegangan ini akan memberi keuntungan kepada Nick jika Nikkei 225 Futures hanya bergerak di dalam lingkungan yang tertentu. Terkesan dari bencana tersebut, Nick membuat spekulasi bahawa indeks akan kembali pulih dalam masa yang singkat. Nick mula membeli Nikkei 225 Futures dengan jumlah yang besar. Keputusan yang telah diambil oleh Nick, akhirnya memakan diri apabila indeks tersebut terus menjunam dan menyebabkan kerugiannya bertambah dengan cepat. 4.5Nota I’m Sorry Setelah masalah yang telah dilakukannya telah terjadi, Nick Lesson meninggalkan nota ‘I’m sorry’, dan melarikan diri berikutan tekanan yang tinggi. Nick menyedari bahawa dia tidak mampu membaik pulih kesemua kerugian ini, Nick telah melarikan diri ke Kuala Lumpur, Malaysia. Dari sini, dia telah terbang ke Brunei, Bangkok dan Abu Dhabi sebelum akhirnya Nick telah berjaya ditangkap di Frankfurt, Jerman dalam usahanya untuk melarikan diri ke London.
4.6Penangkapan Nick Lesson dan Buku Pada November 1995, pihak berkuasa Jerman telah menyerahkan Nick Lesson kepada kerajaan Singapura untuk dibicarakan kesnya. Nick telah dihukum penjara selama 6 tahun setengah dan telah dibebaskan awal pada tahun 1999 setelah didiagnosis dengan kanser kolon dan juga perilakunya yang baik semasa di dalam penjara. Sewaktu dalam tahanan, Nick sempat menulis buku bertajuk ‘Rogue Trader: How I Brought Down Barings Bank and Shook the Financial World’ . 4.7Bank Barings dijual 1 dolar. Bank Barings mengalami kerugian sebanyak 1.3 bilion dolar dan telah melebih 2 kali ganda daripada jumlah modal mereka. Percubaan Bank of England untuk menyelamatkan bank Barings gagal dan akhirnya dijual kepada ING Group dengan jumlah 1 dolar. ING Group telah bersetuju untuk menanggung hutang-hutang Barings. Bank yang berusia 230 tahun itu terpaksa berhenti beroperasi pada 26 Februari 1995. Kebanyakan eksekutif tertinggi bank Barings juga telah meletakkan jawatan atau dipecat, termasuklah CEO, Peter Norris dan juga pengerusinya sendiri Peter Baring.
5.0 KOMEN DAN ULASAN KES BARINGS BANK Kejatuhan Barings Bank ini memberi kejutan melalui industri perbankan, pelaburan dan perdagangan. Walaupun terdapat pertindihan yang ketara dalam tugas Leeson dan penipuan itu sepatutnya ditemui lebih awal, hakikat bahawa ia berlaku dalam jumlah yang ia lakukan, mendorong kedua-dua penyiasatan terhadap perbankan dan peraturan baharu dikuatkuasakan. Sektor perbankan mengetahui bahawa tidak sepatutnya ada peniaga yang menguruskan buku perakaunan mereka sendiri. Lapisan keselamatan baharu juga memastikan bahawa peniaga tidak dapat menyesuaikan dagangan mereka selepas mereka ditempatkan dan semua dagangan derivasi diletakkan melalui pusat penjelasan. Ini menambah satu lagi rekod perdagangan, kini berada di tangan pihak ketiga. Walaupun begitu, terdapat peraturan dan pengawasan baharu, seorang trader bernama Jerome Kerviel mengalami kerugian yang berjumlah lebih banyak daripada Leeson. Kejadian seperti Barings Bank akan sering berlaku jika kurangnya sistem kawalan yang mencukupi dan kegagalan dalam pengurusan untuk menjalankan peranan pengawasan asas. Nick Leeson seorang trader muda di pejabat Barings Britain di Singapura, mengambil kedudukan dalam usaha untuk memulihkan kerugian masa lalu yang dapat disembunyikannya secara palsu. Kedudukan spekulatif meningkatkan ukuran kerugian yang menyebabkan kebankrapan dan punca kerugian adalah kerana pengawasan pengurusan proses penyelesaian yang sedikit dan kedudukan masa depan yang spekulatif. Selain itu, keruntuhan ini juga boleh dikesan oleh satu sebab utama yang sebahagian besarnya merupakan perdagangan spekulatif yang tidak dikawal. Penciptaan garis sempadan yang jelas antara perdagangan aktiviti yang dijalankan oleh pejabat luar dan dalam hendaklah disemak dan diimbangkan dengan betul. Dengan pengurusan maklumat yang tepat akan menjadikan sistem berada pada kedudukan untuk menilai pelbagai pendedahan terhadap modal yang ada. Hakikat bahawa permintaan Leeson untuk ditukarkan ke cawangan lain diterima adalah disebabkan oleh beberapa
sebab. Kekurangan kawalan ke atas pejabat Singapura, sikap tidak berminat penyelia dalam menyemak rekod transaksi dan laporan juruaudit dalaman, bilangan pelanggan dengan jumlah urus niaga yang besar dan angka positif yang Leeson laporkan sebagai keuntungan memudahkan pesanan pemindahan diterima tanpa banyak halangan. Kini, jelas bahawa pengawal selia pertukaran asing memerlukan pengawasan pasaran yang ketat dan perlindungan dana pelanggan. Mekanisme yang dipertingkatkan yang berfungsi untuk mengesan dan menangani penumpuan kuasa yang dipegang dalam pasaran ini mengancam kestabilan pasaran. Adalah jelas bahawa terdapat perdagangan orang dalam yang sedang berlaku tetapi dilindungi dengan kepura-puraan. Pihak pengurusan sepatutnya mematuhi nasihat yang diberikan oleh pasukan audit mengenai aktiviti rahsia Leeson. Walaupun sistem yang digunakan oleh broker terus dipertingkatkan, Nick Leeson berkata, "tidak banyak perhatian diberikan kepada bidang pengurusan risiko atau jabatan aduan, yang mana wang boleh dikawal". Oleh itu, kejatuhan Barings Bank menunjukkan betapa pentingnya untuk mengetahui cara mengenal pasti, mengurus dan mengawal risiko sebelum kejadian berlaku.
6.0 KESIMPULAN Secara kesimpulannya, dapat ditakrifkan bahawa kes rasuah ini merupakan hasil daripada kesilapan Nick Leeson sendiri dalam menjalankan kerjanya sebagai orang terpenting dalam bank tersebut. Pelbagai pendapat dapat dilihat dalam memahami apa yang dimaksudkan dengan rasuah berdasarkan daripada kajian ini sendiri. Hal ini bagi memberikan penjelasan yang benar-benar difahami oleh masyarakat agar masyarakat tidak keliru dengan setiap perbuatan yang dilakukan dalam urusan seharian mereka. Rasuah tidak hanya merangkumi satu perkara, malahan ia boleh dibahagikan kepada beberapa jenis rasuah. Melalui perbincangan yang telah dilakukan melalui kajian ini dapat diketahui bahawa berlakunya rasuah adalah berpunca daripada pelbagai faktor yang meliputi aspek individu, peranan yang dimainkan oleh masyarakat dan ketidak keberkesanan undang-undang yang diguna pakai. Faktor-faktor ini telah dikenal pasti berdasarkan kepada kajian yang dilakukan serta diambil daripada pandangan beberapa pihak yang melakukan tinjauan terhadap permasalahan berkenaan dengan jenayah rasuah. Maka dengan itu, pihak berkuasa haruslah melaksanakan tugas mereka dengan sebaiknya bagi membanteras gejala rasuah supaya dapat dikurangkan. Mengikuti perkembangan zaman moden kini, dapat dilihat bahawasanya orang semakin bijak melakukan gejala rasuah dengan pelbagai cara. Namun, masyarkat sendiri juga perlulah mengambil berat tentang isu ini dan menjadikannya sebagai satu pengajaran buat mereka pada masa hadapan. Oleh itu, jalankanlah tanggungjawab yang diberikan dengan sebaiknya dan janganlah menjadi duri dalam daging. Bak kata peribahasa Melayu, harapkan pagar, pagar yang memakan padi di mana seseorang yang kita berikan amanah telah mengkhianati tanggungjawabnya dalam amanah tersebut.
7.0 BIBLIOGRAFI Chen, J. (2022, March 11). Barings Bank: Its Collapse, Acquisition, Lessons Learned. Retrieved from https://www.investopedia.com/terms/b/baringsbank.asp Kenton, W. (2022, May 31). Who is Nick Leeson? Retrieved from https://www.investopedia.com/terms/n/nick-leeson.asp Leeson, N. (2023). Nick Leeson Biography. Retrieved from Nick Leeson Biography | Official Website: https://www.nickleeson.com/biography/ Manaf, M. T. (2020). Kursus Integriti dan Rasuah (Institut Pengajian Tinggi). Putrajaya: Bahagian Pendidikan Masyarakat. Mun, K. Y., & Goh Lee Kim. (2009). Collapse of Barings | Infopedia. Retrieved from https://eresources.nlb.gov.sg/infopedia/articles/SIP_1531_2009-06-11.html