The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by TEOH ROU YAN IPG-Pelajar, 2024-03-17 09:47:48

Mpu 3441a Buku Log Pandu Puteri

MPU 3441a Buku Log Pandu Puteri

1 BAHAGIAN A: Pengurusan Dan Pentadbiran Pasukan


2 PENDAFTARAN KEAHLIAN DAN PASUKAN PPPM 1. Pendaftaran Ahli Baru ▪ Melalui sistem e-Daftar di Sekolah / Daerah/Cawangan masing-masing 2. Ahli Seumur Hidup • Isi Borang Ahli Seumur Hidup di laman sesawang Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) • Yuran: RM 250.00 sekali bayar sahaja. • Kelayakan: a. Ahli PPPM yang berumur 35 tahun. b. Ahli PPPM yang kurang daripada 35 tahun perlu bayar pendahuluan RM 5.00 bagi setiap tahun sehingga umur 35 tahun. • Cetak/scan borang dan hantar ke Ibu Pejabat bersama bayaran atau bukti pembayaran. 3. Pendaftaran Pasukan Baru / Semula • Isi Borang Pendaftaran Pasukan/ Semula secara atas talian di laman sesawang PPPM. • Salinan borang yang telah ditandatangan hendaklah dicetak dan dihantar ke Ibu Pejabat bersama-sama bayaran atau bukti pembayaran. 4. Yuran Keahlian Kebangsaan Tahunan • RM 2.00 seorang setiap tahun (untuk ahli Pandu Puteri Tunas / Remaja / Renjer). • RM 5.00 seorang setiap tahun (untuk ahli Pandu Puteri Kadet / Siswi / Dewasa / Pemimpin / Guild Trefoil). Contoh: Jika umur 30 tahun Bayaran (RM5.00 x 5 tahun) + RM250.00 =RM275.00


3 • Dibayar setiap tahun semasa pendaftaran semula. • Dibayar sebelum 31 April setiap tahun. 5. Cara Pembayaran: • Bayaran melalui Pesuruhjaya Daerah / Ketua Pesuruhjaya Cawangan atau dibayar terus kepada Persatuan Pandu Puteri Malaysia • Bayaran secara tunai, wang pos atau cek berpalang atas nama "PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA" di Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia. • Bayaran dimasukkan terus ke akaun Persatuan Pandu Puteri Malaysia. 6. Untuk pendaftaran • Bagi urusan pendaftaran boleh layari laman web : https://www.panduputeri.org.my • Segala urusan pendaftaran boleh melalui online sahaja menggunakan pautan tersebut dan boleh dilakukan oleh pemimpin Catatan: Borang-borang tersebut boleh dimuat turunkan atau diperoleh daripada Pesuruhjaya Daerah / Ketua Pesuruhjaya Cawangan atau Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Sertakan salinan Sijil Pendaftaran Pasukan / Guild (Untuk Pendaftaran Semula dan Pemberian Nama Baru Pasukan/Guild). Jelaskan pembayaran yuran yang berkenaan.


4 Folio / buku log / laporan aktiviti Buku log pengurusan merupakan rekod catatan bagi seorang ahli Pandu Puteri Kadet. Buku log perlu mengandungi maklumat-maklumat yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran pasukan, prinsip asas Pandu Puteri, Sejarah perkembangan dan struktur organisasi dan orientasi kurikulum unit berunitform di Sekolah Rendah. Maklumat dikumpul menunjukkan perkembangan dan kemajuan. Jenis-Jenis Buku Log Isi Kandungan Buku Log Peribadi • Biodata pemilik dan rekod jawatan Pandu Puteri yang disandang di sekoleh, • Daerah, negeri atau kebangsaan • Rekod penglibatan diri dalam aktiviti Pandu Puteri (Semua Peringkat) • Acara Pandu Puteri yang dihadiri (Semua Peringkat) Buku Log Kemajuan • Semua laporan kemajuan Program Pandu Puteri Tunas Laporan Lencana kecekapan Buku Log Acara • laporan acara yang disertai • Contoh acara adalah seperti berikut: i) Perkhemahan /Cuti Pasukan ii) Khidmat


5 Ciri-ciri Buku Log: • Buku log ini mengandungi rekod atau catatan maklumat hasil daripada pengalaman yang dilalui pastikan: i) Bahan disusun kemas ii) Rokod disimpan berterusan, tersusun dan berperingkat iii) Maklumat dikumpul menunjukkan perkembangan dan kemajuan iv) Melampirkan sijil atau surat perakuan atau bukti penyertaan v) Kesian can kreativamat digalakkan vi) Hasil kerja boleh dizahirkan dalam bentuk tulisan tangan atau berta KECUALI biodata Isi Kandungan: ➢ Nama ➢ No. Mykad / No Mykid / No surat beranak ➢ Tarikh lahir ➢ Alamat rumah ➢ No tel rumah / No tel bimbit ➢ Alamat e-mail ➢ Nama & alamat sekolah ➢ No tel sekolah ➢ Nama pasukan ➢ Nama Kumpulan Berenam


6 Pembentukan Jawatankuasa Fungsi Jawatankuasa Jumlah minimum ahli pandu puteri adalah 16 orang dan maksimum 36 orang. Setiap pasukan pandu puteri perlu mempunyai seorang pemimpin yang dikenali sebagai Kaptendan sekurang-kurangnya seorang penolong yang dikenali sebagai Leftenan. Pasukan pandu puteri perlu melantik satu jawatankuasa terdiri daripada Pengerusi, Penolong Pengerusi, Setiausaha Kehormat,Bendahari Kehormat,Ketua Kumpulan.Pengerusi terdiri daripada kapten dan penolong pengerusi pula adalah leftnan. Menjalin hubungan dan kerjasama dengan badan dan pertubuhan lain untuk mencapai matlamat dan kepentingan serupa. Menjadi salah satu institusi yang menggerak, mengeratkan dan mengukuhkan hubungan muhibah, kebajikan, kerjasama, persefahaman dan kesejahteraan bekerja sesama ahli. Menjadi saluran rasmi kepada ahli untuk bertemu dan berbincang sesama ahli serta pihak pengurusan yang berkaitan Memperkasa dan memartabatkan profesionalisme ahli di dalam bidang masingmasing.


7 Pakaian Seragam Pemimpin Pandu Puteri 5 Jenis Baju Pemimpin: 1. Baju Kurung Berpesak 2. Baju Kebaya 3. Baju Perjalanan / Aktiviti 4. Baju Batik PPPM 5. Baju Perkheman / Aktiviti Pakaian Baju Kurung Teluk Belanga • Baju rasmi berwarna biru muda berpesak, labuh di bawah paras lutut, kain berlisu disusun di sebelah kiri • Sepasang flashes bahu PPPM dijahit di kelim bahagian lengan kanan dan kiri • Tudung sutera rasmi PPPM dikenakan brooch dan woggle PPPM, penampang dipakai pada baju sebelah dada kiri; klip emas dikenakan pada tudung; dan tudung tidak boleh digayakan seperti shawl iaitu dililit ke atas kepala. (jika bertudung) • Penampang dipakai atas tudung di sebelah dada kiri. Lencana maksima 5 sahaja tidak termasuk tag nama • Lencana Jalur Gemilang di lengan kiri - 5cm di bawah flashes.


8 Penampang Lencana asas yang perlu ada untuk pemimpin muda: 1. Lencana Dunia 2. Lencana Perlantikan Pemimpin (Emas) 3. Tanda nama yang ditempah khas Lencana asas yang perlu ada untuk pemimpin berwaran (maksima 6 termasuk tanda nama): 1. Lencana Dunia 2. Lencana Perankan Pemimpin • Emas-Pemimpin • Perak - Pesuruhjaya 3. Lencana Pencapaian Tertinggi 4. Lencana Jawatan (Jika Ada)/ Waran Pasukan 5. Tanda Nama yang ditempah khas


9 Pakaian Blaus dan Seluar • Blaus Blaus hijau PPPM, potongan bush jacket, berlengan padanan rata panjang, kolar lurus, labuh blaus di bawah punggung • Seluar Seluar berwarna biru tua potong lurus, belah berzip di hadapan, dua korek di tepi kiri dan kanan, ben pinggang dengan getah cerut di tepi kanan dan kiri. • Kasut Kasut kulit / PVC hitam bertumit rendah (satu setengah inch) • Tudung Tudung berwarna hitam (plain) tanpa manik atau sulaman dimasukkan ke atas blaus. Brooch PPPM disematkan pada bahagian dagu. Tudung sutera PPPM ukuran panjang dipakai di leher dan dikenakan woggle. • Aksesori dan lencana Sepasang flashes bahu PPPM dijahit di kelim bahagian lengan kanan dan kiri Lencana Jalur Gemilang di lengan kiri - 5cm di bawh flashes bahu Beg tangan rasmi PPPM Uniform Rasmi Ahli-Ahli Mulia T-Shirt Uniform Pandu Puteri


10 Takwim dan perancangan aktiviti pasukan


11


12 Peranan dan tanggungjawab pemimpin Pemimpin Pandu Puteri Kadet dipimpin oleh seorang ketua atau dikenali sebagai Kapten dan sekurang-kurangnya seorang penolong sebagai Leftenan Pemimpin Puteri Kadet harus: • membantu ahli Pandu Puteri Kadet memupuk persahabatan, mengamalkan Persetiaan, Undang-undang dan Cogan Kata Pandu Puteri; • memahami serta boleh menggunakan dan menjalankan Sistem Berkumpulan, Majlis Mesyuarat Jawatankuasa Pasukan Pandu Puteri Kadet dan kawad istiadat Pandu Puteri dengan betul; • memperkasakan ahli-ahli untuk memimpin dan melaksanakan aktiviti pasukan: • mengetahui cara-cara menjalankan Program Pandu Puteri Kadet mengikut syarat-syaratnya; • membantu Pandu Puteri Kadet untuk memahami dan melaksanakan semua aktiviti Pandu Puteri Kadet: • mengetahui perkembangan Pandu Puteri di Malaysia, negara-negara Rantau Asia Pasifik serta Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS); • memahami kepentingan serta pengurusan perkhemahan pandu puten dan Undang-undang (DPU) Perkhemahan Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan program Pandu Puteri Kadet, • menyimpan pelbagai Rekod Pandu Puteri Kadet seperti hal kewangan, kemajuan, aktiviti dan sebagainya, • berkebolehan merancang perjumpaan mingguan yang sesuai dan bertanggungjawah mengendalikan perjumpaan dengan baik


13 • memahami peranan Pasukan Pandu Puteri Kadet dalam daerah/cawangan sendiri dan menyedari kepentingan kerjasama antara pasukannya dengan pasukan pandu puteri lain: • berhubung rapat dan bekerjasama dengan Pesuruhjaya Daerah / Ketua Pesuruhjaya Cawangan untuk kepentingan kegiatan Pasukan Pandu Puteri Kadetnya; • meningkatkan ilmu, kemahiran dan pengalaman melalui penyertaan dalam pelbagai acara Pandu Puteri, bacaan penerbitan Pandu Puteri yang sesuai, melayari laman sesawang, dan menulis makalah Pandu Puteri untuk disiarkan /terbitkan: • mengurus Pasukan Pandu Puteri Kadet dan latihan ahli-ahlinya berlandaskan Dasar Pertubuhan dan Undang-undang (DPU) Pemimpin Persatuan Pandu Puteri Malaysia: • boleh menggantung keahlian seseorang Pandu Puteri Kadet yang menunjukkan kelakuan yang tidak memuaskan tetapi tidak boleh melucutkan keahlian seseorang Pandu Puteri Kadet sebelum berunding terlebih dahulu dengan Pesuruhjaya Daerah / Ketua Pesuruhjaya Cawangan; dan • menguji dan melantik Pandu Puteri Kadetnya sekiranya pemimpin itu berwaran. Panel penguji yang mempunyai kemahiran tertentu juga boleh Gilanik untuk menguji ali-ahli Panju Puteri Kadet


14 Pengurusan Badan Beruniform secara sistematik


15 BAHAGIAN B: Prinsip Asas Pandu Puteri


16 Dasar Pertubuhan dan undang-undang am dan pemimpin Dasar Pertubuhan dan Undang-Undang merupakan satu ketetapan yang digubal untuk dipatuhi bagi menentukan kelicinan pentadbiran dan pengurusan Persatuan Pandu Puteri Malaysia Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai tujuan mendidik, melatih dan mengembangkan potensi semua ahli Persatuan ini supaya menjadi warganegara yang peka, berwibawa, berketerampilan dan berdisiplin. Harapan Persatuan Pandu Puteri Malaysia adalah untuk menghasilkan insan yang taat dan setia, berguna, cekap dan amanah, bertimbang rasa, mempunyai inisiatif, berdaya kreatif, dan selalu sedia memberi khidmat untuk membantu orang lain. Untuk mencapai tujuan tersebut, pendidikan dan latihan melalui Program Pandu Puteri mengutamakan Sistem Kumpulan (Patrol System) yang menjadi ciri utama dalam Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia. VISI MISI Menerajui Perkembangan Potensi Gadis Dan Wanita untuk membawa perubahan Persatuan Pandu Puteri Malaysia Mempunyai Komitmen Melahirkan Golongan Wanita, Remaja Dan Dewasa Yang Berkaliber Melalui Penerapan Ilmu, Kemahiran Dan Nilai Pandu Puteri Demi Kepentingan Nusa, Bangsa Dan Antarabangsa TUJUAN


17 Dasar Pertubuhan dan Undang-Undang merupakan satu ketetapan yang digubal untuk dipatuhi bagi menentukan kelicinan pentadbiran dan pengurusan Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai tujuan mendidik, melatih dan mengembangkan potensi semua ahli Persatuan ini supaya menjadi warganegara yang peka, berwibawa, berketerampilan dan berdisiplin. Harapan Persatuan Pandu PuteriMalaysia adalah untuk menghasilkan insan yang taat dan setia, berguna, cekap danamanah, bertimbang rasa, mempunyai inisiatif, berdaya kreatif, dan selalu sediamemberi khidmat untuk membantu orang lain. Untuk mencapai tujuan tersebut.pendidikan dan latihan melalui Program Pandu Puteri mengutamakan Sistem Kumpulan (Patrol System) yang menjadi ciri utama dalam Pergerakan Pandu Puteri seluruh dunia. Persatuan Pandu Puteri Malaysia menyediakan barisan pemimpin untuk mendidik dan memimpin ahli wanita dan dewasa. Barisan pemimpin dikategorikan mengikut peningkatan iaitu Pemimpin Berwaran dan Pemimpin tidak Berwaran. Seorang pemimpin tidak berwaran perlu mengikuti kursus Prawaran dan melafazkan atau membaharui Persetiaan Pandu Puteri. Pemimpin boleh memakai lencana pelantikan pelantikan pemimpin. Pemimpin yang telah menguruskan pasukan sekurang-kurangnya tiga bulan dan diselia oleh pemimpin berwaran atau Pesuruhjaya Daerah akan dilantik sebagai pemimpin berwaran. Pemimpin berwaran boleh menguji Pandu Puteri Tunas sehingga Calit Emas serta Pandu Puteri Remaja atau Pandu Puteri Renjer sehingga Kelas Dua. Pemimpin berwaran digalakkan mengikuti kursus lanjutan supaya boleh menguji Pandu Puteri Tunas sehingga Anugerah Tunas Harapan Ketua dan Pesuruhjaya serta Pandu Puteri Remaja atau Pandu Puteri Renjer Kelas serta satu sehingga ke peringkat Pandu Puteri Raja Pemimpin berwaran seterusnya boleh melayakkan diri dan memperoleh Mutiara I, Mutiara II, Mutiara III dan Mutiara IV. Dasar Pertubuhan Undang-Undang Am & Pemimpin


18 Persetiaan dan undang-undang Pandu Puteri PERSETIAAN PANDU PUTERI Bahawa Dengan Sesungguhnya Saya Berjanji Dan Bersetia Dengan Sedaya Upaya Menunaikan Kewajipan Saya Kepada Tuhan Raja Dan Negara Saya Malaysia Menolong Orang Setiap Masa, dan Mematuhi Undang-Undang Pandu Puteri


19 Undang-Undang Pandu Puteri Seorang pandu puteri : 1. Boleh Dipercayai 2. Sentiasa Taat Dan Setia 3. Suka Menolong Orang Lain 4. Bersahabat Dengan Semua Orang Dan Bersaudara Dengan Ahli Pandu Puteri Yang Lai 5. Sentiasa Bersopan Santun 6. Melindungi Haiwan Dan Memelihara Alam Sekitar 7. Sentiasa Menurut Perintah 8. Bersemangat Dan Bergembira Walaupun Dalam Kesulitan 9. Sentiasa Berjimat Cermat 10. Suci Dalam Fikiran, Perkataan Dan Perbuatan


20 Piagam Persatuan Pandu Puteri Malaysia sentiasa: ➢ Menyediakan latihan Pandu Puteri yang berkualiti ➢ Menerapkan sifat-sifat kepimpinan yang tulen melalui program Pandu Puteri ➢ Melahirkan ahli yang berkaliber ➢ Menonjolkan ahli yang mempunyai nilai-nilai murni ➢ Menampilkan ahli sebagai warga negara yang sihat dan berguna ➢ Menggalakkan ahli berbakti secara sukarela tanpa apa-apa ganjaran Nilai-Nilai Teras Persatuan Pandu Puteri Malaysia percaya bahawa semua ahli perlu menonjolkan nilai-nilai seperti berikut setiap masa: ➢ Integriti ➢ Toleransi ➢ Kejujuran ➢ Kasih Sayang ➢ Hormat-menghormati ➢ Bantu-membantu


21 Cogan kata dan lambang Lambang Pandu Puteri Logo Persatuan Pandu Puteri Malaysia terdiri daripada lencana Pandu Puteri Malaysia dikelilingi perkataan Persatuan Pandu Puteri Malaysia Reka bentuk Lencana Pandu Puteri Malaysia mula-mula diperkenalkan pada bulan Januari 1962. Logo tersebut dicipta oleh Cik Mary Bowers, seorang Pesuruhjaya Latihan Ibu Pejabat Lencana Pandu Puteri Malaysia mengandungi cantuman tiga rangkaian daun lebar dengan bintang pecah 14 di tengah serta perkataan Pandu Puteri di bawahnya. Cantuman tiga rangkaian daun lebar melambangkan tiga bahagian Persetiaan. Bintang pecah 14 bererti perpaduan antara 13 buah negeri serta wilayah Persekutuan di negara ini. Lencana ini disemat pada skaf ahli Pandu Puteri semasa isitiadat pelantikan setelah lulus Prinsip Asas Pandu Puteri. Lencana ini juga dikenali sebagai Lencana Pelantikan. Selalu Sedia bermaksud setiap ahli Pandu Puteri hendaklah sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan tanpa mengharapkan sebarang Imbuhan dan balasanmenghulurkan bantuan tanpa mengharapkan sebarang imbuhan dan balasan. setiap ahli Pandu Puteri hendaklah sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan tanpa mengharapkan sebarang imbuhan dan balasan.


22 Lencana dunia (World Badge) ialah lambang Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGSS). Lencana ini telah diterima dalam Persidangan Dunia yang ke-11 di Evian, Perancis dalam tahun 1946. Trefoil emas yang berlatar belakang biru mewakili matahari yang menyinari seluruh kanak-kanak di dunia tanpa mengira bangsa, agama, kebudayaan dan warna kulit. Tiga bentuk daan bercabang melambangkan tiga bahagian Persetiaan Pandu Puteri. Tangkai di bawah daun melambangkan kasih sayang manusia sejagat. Jarum yang menghala ke atas di tengah daun itu menunjukkan arah Dua bintang di sebelah kiri dan kanan melambangkan Persetiaan dan Undang-undang Pandu Puteri yang menjadi asas pergerakan ini


23 Trefoil telah menjadi symbol penting Per. Persatuan Pendu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS) lebih dari 100 te tahun. Walaupun reke cipta logo ini tulah dikemaskinikan berulang kali, trefoil kekal me kal menjadi ciri utama lege WAGGGS. Versi trefoil yang direka cipta pada tahun 1991, masih ada, tetapi AGGGS terserlah, elemenelemen di sekitarnya telah diperbaharu Logo WAGO terang dan penggunaannya disesuaikan dengan pelbagai kh khayalak


24 Logo dan Lencana Lencana Dunia • Lencana dunia (World Badge) ialahlambang Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS). • Lencana ini telah diterima dalam Persidangan Dunia yang ke-11 di Evian, Perancis dalam tahun 1946. • Trefoil emas ang balatar belakang biru mewakili matahari yang menyinari seluruh kanak-kanak di dunia tanpa mengira bangsa, agama, kebudayaan dan warna kulit. • Tiga bentuk daunbercabang melambangkan tigabahagian Persetiaan Pandu Puteri. • Tangkai di bawah daunmelambangkankasih sayang manusia sejagat. • Jarum yangmenghala ke atas di tengah daun itu menunjukkan arah. • Dua bintang di sebelahkiri dan kanan melambangkan Persetiaan dan Undang-undang Pandu Puteri yang menjadi asas pergerakan ini Logo Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS) • Trefoil telah menjadi symbol penting Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS) lebih dari 100 tahun. • Walaupun reka cipta logo initelah dikemaskinikan berulangkali, trefoil kekal menjadi ciri utama logo WAGGGS. • Versi trefoil yang direka cipta pada tahun 1991 masih ada, tetapi elemen-elemen di sekitarnya telah diperbaharu. • Logo WAGGGS terserlah, terang dan penggunaannya disesuaikan dengan pelbagai khalayak


25 Isyarat dan hormat Pandu Puteri Hormat Pandu Puteri diberikan untuk keadaan berikut: • Perjumpaan dengan Pemimpin, Ketua , dan orang-orang kenamaan dalam upacara kepanduan • Upacara penerimaan hadiah atau kurniakan • Upacara mengibarkan bendera • Hormat atau tabik Tunas Puteri adalah perlakuan menerusi isyarat yang dilakukan oleh Pandu Puteri kepada pegawaipegawai Tunas Puteri seperti Pemimpin, Ketua , dan juga sasama ahli kumpulan • Ia juga diberikan kepada ketua negara, ketua negeri, pembesar dan tetamu kehormat dalam upacara rasmi • Hormat Pandu Puteri adalah sebagai tanda menghormati seseorang dalam acara atau halhal yang membabitkan kepanduan


26 Berjabat tangan dan khidmat Pandu Puteri Khidmat Pandu Puteri • Catatkan khidmat yang diberi kepada orang lain selama 2 minggu • hormat mengikut kreativiti masing-masing Contoh khidmat : 1. Menolong ayah membersihkan akuarium. 2. Menolong jiran yang ina memotong rumput 3. Menolong guru mengangkat huku Berjabat tangan ialah tanda persahabatan bagi Pandu Puteri. Pandu Puteri Malaysia menggunakan kedua-dua belah tangan apabila berjabat tangan dengan orang kenamaan dan orang yang tidak berpakaian seragam, bersesuaian dengan budaya kita. Pandu Puteri berjabat tangan menggunakan tangan kiri dengan ahli berpakaian seragam yang in. Berjabat tangan dengan tangan kiri ini mempunyai kaitan dengan perlakuan yang serupa dilakukan oleh puak Zulu di Afrika semasa Lord dan Lady Baden Powell melawat Kenya. Kaum ini sering memegang senjata pada tangan kanan sehingga tidak sanggup meletaknya walaupun sebentar. Hanya tangan kiri sahaja yang boleh digunakan untuk tujuan lain, termasuk untuk berjabat tangan. Lantaran itu, Lord Baden Powell terus mengambil perlakuan ini sebagai amalan Pengakap den kemudiannya Pandu Puteri.


27 Isyarat wisel serta isyarat tangan Isyarat yang digunakan bagi Pasukan Pandu Puteri Wisel : Tiupan Pendek Tiupan Panjang 1. Isyarat wisel digunakan sebagai satu arahan 2. Semasa mengadakan perkhemahan, isyarat wisel akan digunakan bagi memberikan arahan-arahan tertentu tanpa perlu menjerit 3. Isyarat wisel sesuai digunakan bagi pasukan yang memiliki ahli yang ramai


28 Isyarat Tangan:


29


30


31


32


33 Boleh tekan untuk mendengar: https://www.youtube.com/watch?v=qWCiIXzHLwc


34 Bendera Malaysia, Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) dan Bendera Dunia A.Bendera Malaysia ✓ Bendera Malaysia yang digunakan sekarang diperkenalkan pada bulan Mei tahun 1950. ✓ Namanya ditukar kepada Jalur Gemilang pada tahun 1997 sempena Hari Kemerdekaan negara ke-40. ✓ Jalur menggambarkan satu haluan yang lurus, hala tuju dan arah yang sama dianuti oleh rakyat dalam menuju kegemilangan bangsa manakala Gemilang bermaksud bercahaya ✓ Jalur Gemilang- kecemerlangan negara dan rakyat Malaysia dalam semua bidang, serta kesungguhan, kegigihan dan kesanggpan rakyat untuk menaikkan imej negara


35 B.Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) ▪ Tiga rangkaian daun lebar melambangkan tiga Persetiaan Pandu Puteri. ▪ Bintang pecah melambangkan 13 buah negeri serta Wilayah Persekutuan di Malaysia. ▪ Lencana Pandu Puteri Malaysia di tengah latar biru membawa maksud matahari menyinari setiap kanak-kanak di dunia C.Bendera Dunia ▪ Tiga blok atau petak jingga menyerong sederet di bahagian kanan bawah melambangkan 3 bahagian Persetiaan. ▪ Bahagian putih di penjuru melambangkan komitmen semua ahli Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia terhadap keamanan. ▪ Trefoil dunia dalam latar biru melambangkan matahari menyinari kanak-kanak di dunia.


36 BAHAGIAN C: Sejarah Perkembangan dan Struktur Organisasi


37


38


39


40 Persatuan Pandu Puteri Malaysia


41


42 Persatuan Pandu Puteri Malaysia


43 Persatuan Pandu Puteri Cawangan


44 Persatuan Pandu Puteri di Sekolah


45 Pasukan Pandu Puteri Kadet Guru Penasihat Santan Ketua Kumpulan Ahli Kumpulan Kenanga Ketua Kumpulan Ahli Kumpulan Melur Ketua Kumpulan Ahli Kumpulan Cempeka Ketua Kumpulan Ahli Kumpulan Teratai Ketua Kumpulan Ahli Kumpulan Pengerusi Naib Pengerusi Bendahari Setiausaha Ahli Jawatankuasa


46]


47 Pasukan Pandu Puteri Kelip-Kelip


48 Maklumat Tambahan Persatuan / Kelab Peringkat Umur Tunas Puteri Pelajar sekolah rendah (7-12 tahun) Pandu Puteri Pelajar Sekolah Menengah (13-15 tahun) Renjer Puteri Pelajar Sekolah Menengah (16-18 tahun) Kadet Pandu Puteri Untuk guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Kelab Renjer Pandu Puteri Untuk lepasan sekolah dan mereka yang bekerja Kelab Pandud Puteri Untuk penutut universiti dan institut pendidikan tingi


49 BAHAGIAN D: Orientesi Kurikulum Unit Beruniform di Sekolah Rendah


50 Program Pandu Puteri Tunas (PPT) Prinsip Asas Pandu Puteri Tunas Seorang ahli Pandu Puteri Tunas hendaklah: 1. Mengetahui, menghayati dan mengamalkan Persetiaan Undang-undang, Cogan kata; Isyarat dan Hormat; dan Berjabat Tangan. 2. Mengetahui dan memahami; Logo, Lencaba dan Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia; dan Logo Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS), Lencana Dunia serta Bendera Dunia. 3. Mengenal dan mengetahui makna Bendera Malaysia dan menamakan bendera semua negeri di Malaysia. 4. Mengenal struktur organisasi pasukan sendiri 5. Memperoleh Lencana kecekapan kawad dan istiadat, 6. Memperoleh Lencana Kecekapan Lagu-lagu Pandu Puteri Tunas 7. Memperoleh Lencana kecekapan sahabat Pandu Puteri Tunas 8. Memperoleh Lencana Kecekapan Bercerita 2. Anugerah TOPAZ I Seorang ahli Pandu Puteri Tunas hendaklah memperolehi lencana-lencana yang berikut untuk melayakkannya mendapat Anugerah Topaz I: 1. Lencana Kecekapan Pembuat Simpulan 2. Lencana Kecekapan Pelayan Tetamu; 3. Lencana Kecekapan Pencegah Kemalangan 4. Satu Lencana Sustainable Development Goal (SDG) untuk Pandu Puteri Tunas daripada SDG 2,7,13,14 ATAU 15 5. Satu lencana kecekapan yang belum dicapai daripada elemen Budaya dan kreativiti.


Click to View FlipBook Version