The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-ipg005138, 2021-08-08 08:30:01

PORTFOLIO PRAKTUKIM FASA 2

E-PORTFOLIO PRAKTIKUM FASA 2

BIODATA
PELAJAR

BIODATA GURU PRAKTIKUM

NAMA:
NUR ARYNA BINTI ZAINAL

KELAS:
D7

KAD PENGENALAN:
990629-08-7832

TARIKH DAN TEMPAT LAHIR:
29 JUN 1999, HOSPITAL PARIT BUNTAR, PERAK

ALAMAT:
104, LORONG 1/11 MANJUNG POINT SEKSYEN 1, 32040 SERI MANJUNG, PERAK

ALAMAT SEMASA:
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU, LEMBAH PANTAI, 59990 , KUALA LUMPUR

NOMBOR TELEFON:
019- 5741679

EMEL:
[email protected]

NAMA SEKOLAH DAN ALAMAT:
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI SITIAWAN

MANJUNG RAYA
32040 SERI MANJUNG, PERAK

NOMBOR TELEFON / FAX:
056882087 / 056882326

EMEL SEKOLAH:
[email protected]

NAMA GURU BESAR:
PUAN DALINA BINTI HUSSIN

NAMA GURU PEMBIMBING : PUAN LAILY BINTI NGAH
NOMBOR TELEFON : 013-2263036

SUBJEK MAJOR : BAHASA MELAYU

NAMA PENSYARAH PENYELIA : DR RUSLAH BIN HJ ABDULLAH

SUBJEK MINOR : PENDIDIKAN SENI VISUAL

NAMA PENSYARAH PENYELIA : PUAN NORZETA BINTI ERHAM

SURAT
PENGENALAN

DIRI

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI SITIAWAN
MANJUNG RAYA
32040 SERI MANJUNG, PERAK

NUR ARYNA BINTI ZAINAL
990629087832
BAHASA MELAYU
PENDIDIKAN SENI VISUAL

PERNYATAAN
PROFESIONAL

PENYATAAN PROFESSIONAL SEBELUM
PRAKTIKUM

Praktikum merupakan perkara atau proses yang akan dilalui oleh semua pelajar yang
menuntut di Institut Pendidikan Guru pada semester-semester tertentu. Hal ini kerana
Praktikum ialah latihan praktik yang merupakan komponen wajib dalam program pendidikan
guru yang memberi peluang kepada pelajar untuk mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan
nilai keguruan secara langsung dalam situasi sebenar bilik darjah dan sekolah. Selesai sahaja
Praktikum fasa satu berlangsung selama 8 minggu, bermula pada 14 Februari 2021 dan berakhir
pada 19 Mei 2021, kini tepat sahaja tarikh 28 Jun 2021 bermulalah Praktikum fasa 2 yang
dilaksanakan ketika pelajar Institut Pendidikan Guru Malaysia berada di semester 7. Serangan
pandemik Covid-19 menyebabkan praktikum diputuskan untuk dijalankan secara atas talian dan
hal ini berterusan sehingga makluman lain diberitahu kelak. Sebelum menjalani praktikum ini,
pelajar dikehendaki untuk menyempurnakan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) sebanyak
tiga kali mengikut struktur kursus yang telah ditetapkan bagi semester yang ditetapkan,
seterusnya Praktikum Fasa 1 sehinggalah seterusnya ke Praktikum Fasa 2. Kemudian, sebagai
persediaan menjalani praktikum ini, pendaftaran emel di bawah Kementerian Pendidikan
Malaysia iaitu moe-dl DELima telah pun dibuat ketika pelaksanaan Praktikum Fasa 1, maka untuk
Praktikum Fasa 2 ini penggunaannya diteruskan untuk menjalani Praktikum buat kali kedua ini,
iaitu ia digunakan sepenuhnya untuk mengajar murid.

Taklimat praktikum telah dijalankan secara atas talian bagi pelajar PISMP Ambilan Jun 2018
selama dua minggu kerana disambung dengan taklimat Pendidikan Keselamatan Jalan Raya
(PKJR), yakni taklimat ini diberikan oleh Unit Praktikum dan pensyarah-pensyarah pakar dari
aspek format penulisan RPH yang diselitkan elemen PKJR sehinggalah mengenai pemarkahan
praktikum fasa ini yang sedikit berbeza dari fasa pertama. Berdasarkan taklimat yang diberikan,
guru pelatih haruslah mengajar sekurang- kurangnya lapan hingga dua belas waktu seminggu
dan pengajaran berpasangan juga perlu dilakukan. Guru pelatih juga diwajibkan untuk membuat
projek di sekolah contohnya, membuat mural, menghias pusat sumber atau menyediakan sudut
bacaan. Selain itu, beberapa maklumat yang saya perolehi melalui taklimat tersebut seperti
penyediaan portfolio, prosedur melapor diri pada hari pertama praktikum, penyediaan borang-
borang semasa praktikum, dan jurnal serta tugasan lain yang perlu disiapkan sepanjang
menjalani praktikum.

Selain itu, dari aspek persendiaan kendiri pula, saya membuat persediaan dari segi strategi-
strategi untuk memastikan kawalan kelas dalam keadaan terkawal. Sebagai contoh, saya terlebih
dahulu menetapkan beberapa peraturan kelas yang perlu diikuti oleh murid-murid semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Persediaan-persediaan ini disediakan lebih awal bagi
tujuan mengelakkan lambakan kerja atau tugas-tugas setelah saya ditempatkan di sekolah
sepanjang waktu praktikum berlangsung. Dari segi pendokumentasian bahan pengajaran serta
portfolio pula, saya cuba untuk mencari mana-mana portfolio dan merujuk rakan-rakan, senior
dan portfolio semester lepas bagi mendapatkan gambaran cara untuk melengkapkan dokumen-
dokumen yang sepatutnya. Daripada hasil rujukan saya, saya telah mendapat idea dalam
menyediakan portfolio dan fail rekod pengajaran dalam bentuk yang menarik. Seterusnya, saya

juga meneroka pelbagai aspek maklumat daripada pembinaan poster, penerokaan alat digital
serta pengenalan dan penerokaan aplikasi yang bervariasi sehinggalah perbincangan berkenaan
isu dan cabaran yang wujud dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dan mencari
penyelesaiannya bagi menghadapi praktikum fasa ini berdasarkan pengalaman di fasa satu.
Pendedahan mengenai situasi atau perjalanan Praktikum yang bakal saya laksanakan nanti dari
senior dan sahabat-sahabat lain juga membantu, kerana persiapan awal boleh dilakukan supaya
sesi pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar.

Akhir sekali, persediaan yang turut dilakukan ialah dengan menyediakan senarai semak
berkaitan segala perkara yang diperlukan ketika berpraktikum, misalnya seperti fail-fail dan
peralatan-peralatan yang bakal digunakan untuk bahan bantu mengajar, alat tulis dan
sebagainya. Hal ini kerana peralatan-peralatan ini akan digunakan semasa praktikum secara
bersemuka di sekolah nanti. Tidak ketinggalan, mencari idea atau ilham untuk merancang aktiviti
PdP yang boleh menarik minat murid dalam pembelajaran mereka sama ada secara maya atau
di dalam bilik darjah juga turut menjadi rutin kerana ia merupakan persediaan dari segi mental
dan emosi. Secara keseluruhannya, perkara yang telah saya lakukan sebelum menjalani
praktikum ini lebih kepada persediaan fizikal dan mental yang melingkupi pelbagai aspek supaya
ia berjalan seperti yang diharapkan. Kesimpulannya, persediaan rapi sememangnya perlu
dilakukan sebelum bermulanya praktikum dan harapan saya ialah semoga pelbagai pengalaman
dan pengetahuan yang bakal saya peroleh dari praktikum di Sekolah Kebangsaan Seri Sitiawan
ini akan menjadikan saya seorang guru yang dapat menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan
kelak.

PENYATAAN PROFESSIONAL SEMASA
PRAKTIKUM

Tepat pada tarikh 27 Jun 2021, bermulalah praktikum fasa 2 seperti yang telah dinyatakan
dalam rancangan semester, yakni semua pelajar yang menjalani praktikum perlu melapor diri
pada tarikh dan jam yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah melalui nombor sekolah, yakni
saya menguruskan sendiri dari menghubungi pihak sekolah sehinggalah memberi penerangan
dan sebagainya kerana unit praktikum hanya memberi taklimat kepada guru pembimbing dari
sekolah-sekolah yang bakal dihadiri oleh pelajar semester 7 pada saat-saat akhir menyebabkan
keadaan agak kelam-kabut, namun begitu ia berada dalam kawalan. Perkara utama yang perlu
dilakukan pada hari Ahad sebelum hari pertama persekolahan adalah melapor diri dengan pihak
pengurusan sekolah, disebabkan situasi pandemik dan pematuhan arahan Perintah Kawalan
Pergerakan serta arahan Bekerja Dari Rumah, semuanya diajalankan secara maya. Sesi melapor
diri, dilakukan secara dalam talian dengan dihadiri oleh barisan pentadbiran sekolah yang
berada di kediamann masing-masing, ekoran pematuhan perintah kerajaan. Ketika sesi melapor
diri, segala maklumat sekolah dan pengenalan yang menyeluruh mengenai sekolah diberi
penerangan dan pada hari itu juga, segala dokumen pengenalan diri yang sepatutnya dibawa
secara fizikal, diserahkan dalam bentuk maya dan diserahkan kepada pihak sekolah untuk
memudahkan urusan praktikum kelak.

Seperti yang telah diterangkan dalam taklimat sebelum ini, akan ada guru pembimbing yang
akan berperanan untuk membimbing guru pelatih sepanjang tempoh praktikum di sekolah yang
ditempatkan. Jadi, untuk Praktikum ini, saya berada di bawah bimbingan Puan Laily Binti Ngah.
Saya telah dipertanggungjawabkan untuk mengajar Bahasa Melayu Tahun 5 Bijak di bawah
bimbingan Dr. Ruslan Bin Abdullah bagi subjek major iaitu bahasa Melayu manakala bagi subjek
minor, iaitu Pendidikan Seni Visual, saya akan mengajarkan murid kelas yang sama di bawah
bimbingan Puan Norzeta Binti Erham. Berikut merupakan jadual waktu yang telah diamanahkan
kepada saya:

Selain itu, bagi aktiviti kokurikulum pula yang terdiri dari kelab, unit-uniform dan permainan.
Apa yang dipertanggungjawabkan kepada saya ialah Kelab Bahasa Melayu dan Permainan Bola
Jaring, manakala bagi unit beruniform pula ialah Tunas Kadet Remaja Sekolah, memandangkan
saya merupakan ahli Kadet Remaja Sekolah di Institut Pendidikan Guru. Namun begitu, aktiviti
kokurikulum tidak dapat dijalankan secara bersemuka berikutan situasi semasa yang
membataskan pergerakan dan aktiviti berkumpulan maka ia dijalankan secara atas talian
sahaja. Pelaksanaan aktiviti kokurikulum mengikut perancangan yang dipersetujui oleh
pensyarah pembimbing hanya akan dijalankan secara atas talian sahaja bagi memenuhi
kehendak dan arahan pelaksanaan Praktikum. Berikut merupakan rumusan bagi penyertaan
kokurikulum yang dijalankan yakni setiap perjumpaan yang berlangsung telah mencapai
objektif dan target yang diingini bagi murid yang hadir, yakni murid – murid dapat menguasai
objektif pengajaran yang di tetapkan bagi setiap perjumpaan yang dilaksanakan. Kehadiran
murid juga boleh dikatakan berada pada tahap yang memuaskan iaitu murid-murid ini
mengikuti perjumpaan Kokurikulum ini di rumah menggunakan Google Meet selama 1 jam.
Perjumpaan yang dijalankan ini merupakan perjumpaan secara atas talian memandangkan
aktiviti kokurikulum tidak dilaksanakan berikutan kes pandemik yanng semakin meningkat. Oleh
itu secara keseluruhannya, pelaksanaan perjumpaan aktiviti kokurikulum ini hanya
dilaksanakan mengikut unit-uniform, kelab dan permainan yang telah ditetapkan oleh pihak
sekolah melalui perjumpaan yang diaturkan.

Perjumpaan Kokurikulum telah dijalankan sebanyak 2 kali dan tidak dapat dinafikan bahawa
banyak kekangan yang berlaku menyebabkan ia tidak dapt dijalankan berkali-kali, namun begitu
masih ada murid yang sanggup berkorban masa dan sebagainya untuk mengikuti perjumpaan
ini. Perjumpaan Kokurikulum yang dilaksanakan merupakan perjumpaan bagi unit Kokurikulum
Tunas Kadet Remaja Sekolah dan Kelab Bahasa Melayu. Dari aspek skop pembelajarannya pula
masih membataskan pembelajaran skop kokurikulum TKRS seperti ikatan dan simpulan serta
rawatan kecemasan (anduh) manakala bagi perjumpaan kelab ia bersifat lebih umum, kerana
melibatkan tahap dua yang terdiri dari tahun 4, 5 dan 6. Secara keseluruhannya, dapatlah
dirumuskan bahawa perjumpaan Kokurikulum berjalan dengan lancar, namun dari segi
perlaksanaannya iaitu dari segi kawalan kelas dan sebagainya dapat dirujuk di bahagian refleksi
setiap perjumpaan untuk melihat perjalanan perjumpaan.

Kesimpulannya, semasa praktikum ini, banyak pengalaman serta pengetahuan baru yang
saya peroleh. Mengajar di sebuah sekolah di bandar merupakan pengalaman baru bagi saya.
Selain itu, pembinaan hubungan serta cuba menerapkan nilai-nilai murni dalam kalangan murid
merupakan sebahagian cabaran yang perlu ditempuhi untuk meningkatkan kualiti dalam diri
saya. Penulisan jurnal mingguan memberikan peluang kepada saya untuk lebih bijak dalam
mengatasai masalah yang dihadapi. Oleh itu, saya perlu sentiasa proaktif supaya dapat berjaya
dengan cemerlang pada praktikum kali ini.

PENYATAAN PROFESSIONAL SELEPAS
PRAKTIKUM

Imbas kod QR ini

PETA LOKASI,
PELAN

SEKOLAH DAN
BILIK DARJAH

PETA LOKASI
PELAN SEKOLAH

CARTA
ORGANISASI

SEKOLAH

PENGURUSAN KURIKULUM

PENGURUSAN KOKURIKULUM

PENGURUSAN HAL EHWAL
MURID

PROGRAM PENDIDIKAN
KHAS INTEGRASI (PPKI)

VISI DAN MISI
SEKOLAH

VISI, MISI DAN MATLAMAT
SEKOLAH

TAKWIM
SEKOLAH

TAKWIM SEKOLAH

Imbas kod QR ini

SENARAI
NAMA STAF
(AKADEMIK

DAN
SOKONGAN)

SENARAI NAMA GURU

ANGGOTA KUMPULAN
PELAKSANA (AKP)

PERATURAN-
PERATURAN

SEKOLAH



JADUAL
WAKTU
MENGAJAR

JADUAL WAKTU
MENGAJAR

SALINAN
BORANG
BIMBINGAN
(PR1)

SALINAN BORANG
BIMBINGAN (PR1)

Imbas kod QR ini

SALINAN
BORANG
KEHADIRAN
PRAKTIKUM

SALINAN BORANG KEHADIRAN
PRAKTIKUM

Imbas kod QR ini

BORANG
PEMANTAUAN
KEKERAPAN
PENYELIAAN

BORANG PEMANTAUAN
KEKERAPAN PENYELIAAN

Imbas kod QR ini

REKOD
PENGAJARAN
BERPASANGAN

REKOD PENGAJARAN
BERPASANGAN

Imbas kod QR ini

RANCANGAN
AKTIVITI

KOKURIKULUM

RANCANGAN TAHUNAN TUNAS
KADET REMAJA SEKOLAH

SENARAI
NAMA AHLI

DAN
KEHADIRAN

REKOD PENGAJARAN
BERPASANGAN

Imbas kod QR ini

LAPORAN
AKTIVITI
KOKURIKULUM

LAPORAN AKTIVITI
KOKURIKULUM

Imbas kod QR ini

RANCANGAN
PROJEK/
PERANAN-
PERANAN
LAIN

RANCANGAN PROJEK/ PERANAN-
PERANAN LAIN

Imbas kod QR ini

LAPORAN
PROJEK/
PERANAN-
PERANAN

LAIN

LAPORAN PROJEK/
PERANAN-PERANAN LAIN

Imbas kod QR ini

FORMAT DAN
CONTOH

PENULISAN
JURNAL


Click to View FlipBook Version