The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MyOSHA STUDY, 2023-06-18 10:19:05

TOPIK 5

TOPIK 5 OSHA

TOPIK 5.0 KESELAMATAN & LATIHAN KEBAKARAN SEE 20052 KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN


HASIL PEMBELAJARAN HPK 1: Menjelaskan konsep keselamatan dan kesihatan pekerjaan, pengurusan serta aspek perundangan berdasarkan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan Akta Bekalan Elektrik 1990. (C2, HPP 1)


PENGENALAN ‘Api semasa kecil menjadi kawan, sudah besar menjadi lawan’ merupakan kata-kata yang amat bertepatan dgn penggunaan api dlm kehidupan harian. Biarpun api menjadi satu keperluan dlm kehidupan harian, ia akan menjadi merbahaya sekiranya tidak dikawal secara betul. Pencegahan kebakaran adalah langkah awal yang mesti diambil bagi mengelakkan kebakaran. KESELAMATAN KEBAKARAN


ASAS KEBAKARAN Kebakaran terjadi sekiranya terdapat 3 unsur bergabung iaitu: Bahan (fuel) utk membantu nyalaan seperti kayu, kertas dan minyak. Udara utk membekalkan oksigen. Suhu/ haba (heat) yg tinggi utk menghasilkan api/ nyalaan. KESELAMATAN KEBAKARAN


KELAS KEBAKARAN Pengetahuan tentang kelas kebakaran adalah penting utk menentukan alat pemadam api yg sesuai bagi memadam kebakaran. Kelas kebakaran adalah mengikut punca bahan yg menghasilkan pembakaran. Terdapat 6 kelas kebakaran iaitu: KELAS A KELAS B KELAS C KELAS D KELAS E KELAS F KESELAMATAN KEBAKARAN


KAEDAH KEMEREBAKAN API Kemerebakan berlaku disebabkan oleh pemindahan haba dari tempat yg panas ke tempat sejuk Kemerebakan kebakaran boleh berlaku melalui 4 kaedah iaitu: Perolakan haba Pengaliran Bahangan Terus menerus KESELAMATAN KEBAKARAN


KESELAMATAN KEBAKARAN Perolakan Haba Pemindahan haba yg berlaku dlm benda mudah alir spt cecair/ gas. Gas yg panas akan naik ke atas & gas yg sejuk akan turun ke bawah secara pusingan sehingga keseluruhannya menjadi panas. Jika kebakaran di dlm bangunan, gas yg panas akan naik bersama asap melalui bahagian lubang tangga, lubang lif dan sebagainya.


Pengaliran Haba bergerak melalui bahan-bahan pengalir spt logam, batu, simen dinding bangunan & lantai. Bahan pengalir ini akan menjadi panas & jika bahan api bersentuhan dgnnya maka suhunya akan naik & sampai ke suhu nyalaan, ia terbakar dgn sendirinya. KESELAMATAN KEBAKARAN


Bahangan Pemindahan haba yg mengikut gelombang cahaya drpd kebakaran tersebut. Kepanasan berkurangan apabila jarak drpd punca kebakaran berjauhan. Bahangan boleh bergerak melalui kaca tingkap & apabila bahan api mendapat haba secara bahangan, suhunya akan naik & jika sampai suhu nyalaan, ia akan terbakar. KESELAMATAN KEBAKARAN


KESELAMATAN KEBAKARAN Terus menerus Jika api merebak, ia akan merebak sehingga keseluruhan bahan api habis terbakar. Cth: Jika kertas terbakar ia akan terbakar keseluruhannya dan proses ini berlaku adalah secara pengaliran & bahangan.


KAEDAH MEMADAM KEBAKARAN Kaedah memadam kebakaran adalah berdasarkan kpd bagaimana api merebak. Kaedah pemadaman yg salah akan menyebabkan kesan yg lain seperti kecederaan, letupan, pembaziran & kebakaran semakin membesar. Api terdiri drp 3 unsur iaitu bahan, haba & oksigen, jadi kaedah pemadaman adalah menyekat 3 unsur tersebut drpd saling bertindakbalas. KESELAMATAN KEBAKARAN


Terdapat 3 kaedah memadam kebakaran iaitu: MELAPARKAN (starvation) MELEMASKAN (smoothering) MENYEJUKAN (cooling) Juga boleh dikurangkan dgn menganggu tindak balas berantai kebakaran dgn menyekat percampuran unsur radikal bebas dgn oksigen melalui penggunaan bahan lain spt gas halon yg dapat menukar radikal bebas menjadi gas lengai/ tidak aktif. KESELAMATAN KEBAKARAN


Melaparkan (starvation): Pemadaman boleh dilakukan dgn 3 cara iaitu: Memindahkan bahan api/ bahan mudah terbakar yg belum tebakar ke tempat lain. Cth: memindahkan kayu berhampiran ke tempat yg tidak terbakar. Memindahkan bahan yg terbakar drpd bahan api yang belum terbakar. Memecah/ menghancurkan bahan api yg terbakar iaitu kpd bahan api yg kecil supaya ia mudah dipadamkan. Cth: memadamkan kebakaran belukar dgn menggunakan pemerap api (fire beater). KESELAMATAN KEBAKARAN


Melemaskan (Smoothering) Terjadi bila bekalan oksigen dlm udara dapat dikurangkan drpd kebakaran. Ianya akan menghalang kemasukan oksigen ke dasar api dgn cara spt berikut: Meniup kebakaran kecil atau menggunakan guni basah. Menggunakan alat pemadam api jenis buih ke atas kebakaran. Menyembur debu kering kepada kebakaran. Penggunaan alat pemadam api jenis sebatian ke atas kebakaran logam Menutup pintu dan pintu bilik Meletupkan kebakaran tangki minyak KESELAMATAN KEBAKARAN


Menyejukkan (Cooling) Bahan api akan mengeluarkan wap atau gas mudah terbakar apabila suhunya mencapai takat sambaran. (flashing point) Teknik menyejukkan adalah dengan cara memindahkan atau menyerap keluar haba yang dihasilkan daripada kebakaran. Suhu kebakaran akan menurun dan proses pengeluaran gas atau wap mudah bakar akan berkurangan Apa yang penting adalah untuk menurunkan suhu bahan api itu daripada takat sambaran supaya pengeluaran gas dan wap terhenti Contohnya seperti menggunakan air atau CO2 dimana ia akan menyerap haba daripada kebakaran KESELAMATAN KEBAKARAN


Faktor yg menjadi penyumbang utama kepada kebakaran adalah: Faktor semulajadi Kejadian kebakaran krn bencana alam seperti kemarau, letupan gunung berapi. Faktor kemalangan Kejadian kebakaran kerana kelalaian dan kecuaian manusia. PUNCA KEBAKARAN


Jenis Alat Pemadam Api Alat ini tidak direkabentuk untuk mengatasi/ memadam api yg besar tetapi ia adalah utk memadamkan api kecil di peringkat permulaan kebakaran. Setiap alat pemadam api ditandakan simbol kelas api dan dinyatakan jenis api yang boleh dipadamkan. MEMILIH ALAT PEMADAM API


Terdapat empat (4) jenis alat pemadam api iaitu: Debu Kering (Dry Powder) Buih (Foam) Air (Water) Karbon Dioksida (Co2 ) MEMILIH ALAT PEMADAM API


Debu Kering (Dry Powder) Menggunakan debu kering sebagai media pemadaman yg disimpan di dalam tabung luar. Boleh memadam semua kelas kebakaran. Terdapat pelbagai jenis mengikut keupayaannya utk memadam seperti BC, ABC & D. Kandungan kimianya terdiri daripada: 97 % sodium bikarbonat 1.5 % magnesium stearat 1 % magnesium karbonat 0.5 % trikalsium fosfat Tabung dalam diisi dgn gas CO2 MEMILIH ALAT PEMADAM API


Buih (Foam) Menggunakan cecair yg tidak larut sbg media pemadaman yg disimpan di dlm tabung luar. Boleh memadam kebakaran yg melibatkan minyak, cecair & lemak. Tabung dlm diisi dgn gas CO2. Tidak sesuai memadam kebakaran yg melibatkan bahan listrik & elektrik. MEMILIH ALAT PEMADAM API


Air (Water) Menggunakan air sbg media pemadaman yg disimpan di dlm tabung luar. Sesuai utk memadam bahan berkarbon. Terdiri drpd tabung luar yg diisi dgn air bercampur sodium nitrat. Tabung dlm diisi dgn gas CO2. Cthnya seperti soda asid dan water air. MEMILIH ALAT PEMADAM API


Karbon Dioksida (Co2 ) Menggunakan liquid CO2 sebagai media pemadaman. Sesuai memadam kebakaran melibatkan gas & perkakasan elektrik. Juga sesuai utk cairan mudah terbakar dan komputer. Tiada kesan kotor dan bersifat menyelimut. MEMILIH ALAT PEMADAM API


KESELAMATAN KEBAKARAN adalah satu aspek yang amat penting dan memerlukan kerjasama semua pihak. Objektif keselamatan kebakaran adalah untuk menjamin keselamatan nyawa, melindungi harta benda dan menjamin keselamatan pasukan menyelamat. KEPERLUAN LATIHAN KESELAMATAN KEBAKARAN


Pegawai/kakitangan dapat bertindak dengan tenang dan selamat semasa diancam bahaya kebakaran. Pengawal keselamatan, Pegawai Keselamatan Kebakaran (PKK), syarikat penyelenggara bangunan dapat melaksanakan tanggungjawab mereka dengan selamat, teratur dan berdisiplin semasa menghadapi kebakaran. KEPERLUAN LATIHAN KESELAMATAN KEBAKARAN


Kemudahan untuk menyelamat diri yang ada dapat digunakan mengikut perancangan awal dengan selamat. Pemindahan penghuni daripada bangunan dapat dilakukan dengan teratur dan pantas KEPERLUAN LATIHAN KESELAMATAN KEBAKARAN


Click to View FlipBook Version